laporan keseluruhan projek taman sains rumah hijau

of 13 /13
LAPORAN PROJEK TAMAN SAINS RUMAH HIJAU SEKOLAH KEBANGSAAN SERIAN 1.0 PENDAHULUAN Projek Taman Sains Rumah Hijau merupakan satu ilham daripada Guru Besar SK Serian, Encik Bolhassan Bin Montol dalam memupuk sikap cintakan alam sekitar dan ruangan untuk menyemai dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang sains. Dengan usaha bersama dengan guru-guru pelatih dan guru-guru serta kakitangan sekolah, projek ini bermula sejak 2 Julai 2007 hingga 28 September iaitu sepanjang tempoh praktikum di sekolah ini. 2.0 PERSEDIAAN Projek ini dimulakan dengan persediaan melakar pelan untuk membina taman ini. Perbincangan dan pertukaran idea untuk merancang pelaksanaan taman dan kerja-kerja memulakan projek. Persediaan ini adalah dari segi bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerja-kerja projek. Bahan-bahan yang dimaksudkan adalah seperti alat-alat cangkul, gunting, kereta sorong, cat, pasu, beg plastik hitam dan sebagainya. Dengan bantuan nasihat guru pembimbing untuk taman ini iaitu Encik Jaafar Sahari, dan guru-guru yang lain turut memberikan sokongan moral yang baik untuk menjayakan projek taman ini.

Author: baldwin-haw

Post on 24-Jan-2015

4.574 views

Category:

Education


16 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. LAPORAN PROJEK TAMAN SAINS RUMAH HIJAU SEKOLAH KEBANGSAAN SERIAN1.0 PENDAHULUANProjek Taman Sains Rumah Hijau merupakan satu ilham daripada Guru Besar SK Serian, EncikBolhassan Bin Montol dalam memupuk sikap cintakan alam sekitar dan ruangan untukmenyemai dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang sains. Dengan usaha bersamadengan guru-guru pelatih dan guru-guru serta kakitangan sekolah, projek ini bermula sejak 2Julai 2007 hingga 28 September iaitu sepanjang tempoh praktikum di sekolah ini.2.0 PERSEDIAANProjek ini dimulakan dengan persediaan melakar pelan untuk membina taman ini. Perbincangandan pertukaran idea untuk merancang pelaksanaan taman dan kerja-kerja memulakan projek.Persediaan ini adalah dari segi bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kerja-kerja projek.Bahan-bahan yang dimaksudkan adalah seperti alat-alat cangkul, gunting, kereta sorong, cat,pasu, beg plastik hitam dan sebagainya.Dengan bantuan nasihat guru pembimbing untuk taman ini iaitu Encik Jaafar Sahari, dan guru-guru yang lain turut memberikan sokongan moral yang baik untuk menjayakan projek taman ini.3.0 URUTAN KERJARangkuman urutan kerja: i. Pembersihan tapak taman lama. Tapak taman ini adalah terbiar untuk satu jangka masa yang agak lama dan telah dijadikan sebagai tempat untuk menyimpan barang- barang buangan seperti besi-besi buruk, pasu-pasu yang pecah, wayar, dan kerusi dan meja yang rosak. Dengan bantuan murid-murid, kerja-kerja juga membersihkan
  • 2. tanaman-tanaman yang tidak diperlukan serta memecahkan lantai yang mempunyai simen dengan penukul.ii. Kerja memasukkan tanah ke dalam beg plastik hitam untuk tanaman semaian bunga dan tumbuhan. Terdapat seratus beg plastik digunakan sebelum ditanam di pasu.iii. Selepas itu, kerja-kerja membina semula rak untuk meletakkan plastik semaian. Rak yang telah siap kemudian dicat dengan warna-warni dan diletakkan dengan plastik semaian.iv. Langkah kerja seterusnya adalah mengangkut batu dan pasir serta bata untuk membina semula kolam ikan yang terdahulu. Kerja-kerja membuat jalan menggunakan batu juga dilaksanakan. Kerja-kerja ini telah mengambil masa 3 hari untuk disiapkan.v. Selepas kolam telah siap dibina. Kolam tersebut diisikan dengan air dan atas sumbangan daripada murid-murid, ikan-ikan diletakkan di dalam kolam tersebut.vi. Seterusnya pula, kerja-kerja mengecat giat diusahakan dengan pagar diwarnakan dengan warna perak dan tiang diwarnakan dengan warna perang.vii. Setelah kerja-kerja mengecat selesai, proses menggantungkan jala pelindung matahari dipasangkan di atas taman tersebut sebagai langkah perlindungan daripada pancaran matahari yang terlalu terik sehingga boleh menjejaskan pertumbuhan pokok bunga dan ikan.viii. Kerja-kerja seterusnya adalah menanam pokok bunga ke dalam pasu bunga, setelah pasu yang ditempah telah tiba. Pasu-pasu yang telah ditanam dengan bunga kemudiannya dipamerkan di atas rak yang telah disiapkan.
  • 3. ix. Bahan-bahan yang berkaitan dengan sains juga dipasangkan dan dipamerkan di dalam taman ini seperti gambar-gambar kitaran kehidupan serangga, proses fotosintesis, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini adalah sebagai ruangan untuk murid- murid belajar sesuatu informasi di luar bilik darjah. x. Pembinaan papan nama adalah salah satu langkah terakhir dalam menyiapkan projek ini dengan mengecat semula papan-papan yang tidak digunakan dan dihiaskan semula untuk digantungkan sebagai lambing taman telah boleh dibuka kepada pengunjung. xi. Langkah terakhir dalam projek taman ini adalah membuat label nama pada tumbuhan dan meletakkan nama saintifik sebagai panduan.4.0 CABARANCabaran yang dialami sepanjang menyempurnakan projek ini adalah kerana tidak adapengalaman dalam membuat kerja-kerja tanaman. Namun demikian, itu bukanlah penghalanguntuk menjayakan projek ini. Dengan adanya pengetahuan dan nasihat ramai, kerja-kerjadijalankan dengan pembelajaran daripada kesilapan untuk mempelajari dengan betul menyiapkanprojek ini. Projek ini sebenarnya memerlukan banyak kerahan tenaga seperti mengangkut batu,bata dan tanah yang berat. Malah ada kerja-kerja yang memerlukan kemahiran dan kreativitiseperti mengecat dan menghiasi taman. Hasil kerjasama dan perbincangan, maka segalarintangan telah dapat diatasi dengan jayanya. Selain itu, kerja-kerja projek ini dijalankan selepassesi pengajaran dan pembelajaran iaitu pada waktu petang. Maka, cuaca dan keadaan adalahsangat panas dan kurang selesa. Itulah cabaran.5.0 PENGAJARAN DAN DAPATAN HASIL PROJEKTerdapat banyak proses pembelajaran daripada projek ini, pertama sekali, kepercayaan sebagaiseorang perancang yang baik adalah penting. Jika kita gagal untuk merancang, maka kita adalah
  • 4. merancang untuk gagal. Perancangan dibuat dengan teliti dengan kemampuan dan keperluanyang ada di sekolah. Perancangan untuk pelan B juga sangat penting jika pelan A tidak dapatdilaksanakan. Selain itu, pengajaran yang dapat diperolehi adalah kerjasama berpasukan. Kerjasamasangat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu projek. Perbincangan sesame pasukan dandengan guru pembimbing serba sedikit amat membantu dalam melihat kelancaran pelaksanaankerja. Idea-idea daripada mereka yang berpengalaman telah memberikan satu pengajaran pentingsebagai kejayaan projek. Disiplin diri yang baik juga merupakan elemen penting yang diperolehi hasil daripadaprojek ini. Ia adalah satu asas yang berguna dalam kesungguhan untuk menyiapkan projekmenepati masanya.6.0 PENUTUPSecara keseluruhannya, projek ini adalah satu latihan dan pembinaan insan melalui pendedahankepada corak komunikasi, kerjasama dan kecintaan kepada alam sekitar yang bukan sahajakepada diri sendiri tetapi juga kepada murid-murid sekolah. Hasil daripada usaha ini, murid-murid juga belajar untuk memberikan kerjasama dan bantuan serta nilai yang baik dalam hidupbermasyarakat. Dengan inspirasi dan teguran Guru Besar, Encik Bolhassan, Guru Pembimbing,Encik Jaafar Sahari dan Encik Ibrahim serta kakitangan sekolah Encik Pandy Taha, projek initelah berjaya disiapkan dan disempurnakan perasmiannya pada 27 September 2007. Atassumbangan nasihat dan sokongan moral semua staf sekolah, Projek Taman Sains Rumah Hijauyang diberikan nama Our Garden menjadi mercu pembelajaran yang bermakna dan harusdicontohi.
  • 5. 7.0 LAMPIRANGambar 1: Sebelum kerja-kerja dimulakan.
  • 6. Gambar 2: Proses menjalankan projek sedang giat dijalankan.
  • 7. Gambar 3: Pemasangan Jala Pelindung Matahari dijalankan.
  • 8. Gambar 4: Penanaman pokok bunga ke dalam pasu.
  • 9. Gambar 5: Projek Taman Sains Rumah Hijau telah disiapkan.
  • 10. Gambar 6: Bersama dengan Guru Besar Encik Bolhassan Bin Montol, Penolong Kanan 1 EncikMahadi Bin Kemari dan Guru Bimbingan dan Kaunseling Encik Jaafar Bin Sahari .Disediakan oleh(BALDWIN NG SUI HAW)Guru Praktikum SK SerianInstitut Perguruan Tun Abdul Razak