laporan kendiri big

3
Saya bersyukur akhirnya, kerana dapat menyempurnakan BIG Fasa 3 ( Bina Insan Guru) dengan berjaya. Program BIG ini kali ini amat beza dengan yang sebelumnya. Kali ini, kami diminta untuk mengadakan satu program rasmi . Walaupun ianya sangat berbeza dengan BIG yang sebelumnya, tetapi kami dapat menjalankan BIG dengan sempurna seperti yang dirancang. Terdapat beberapa kekuatan dalam BIG ini. Antara kekuatan yang saya dapat ialah Pertamanya adalah dapat menerapkan semangat kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Contohnya, pelajar guru telah menolong antara satu sama lain semasa aktiviti ini berlaku. Seterusnya adalah dapat menjalinkan hubungan yang erat antara siswazahguru dengan para pensyarah. Disamping itu, aktiviti ini juga membantu saya untuk bergaul dan berinteraksi secara berkesan antara satu sama lain. Ini kerana, saya dapat berkumpul secara bersama-sama dalam aktiviti seperti ini. Justeru, aktiviti ini merupakan satu langakah untuk melahirkan hubungan silahturrahim antara kami. Selain itu, saya juga dapat berkongsi pandangan dan idea dengan kawan saya. Tambahan pula saya juga belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Seterusnya, saya adalah AJK Pentas. Saya dan ahli kumpulan saya telah membuat banner tentang Kempen Kesedaran Kesihatan dengan sendiri. Dengan ini kami dapat belajar untuk membuat sesuatu banner dengan sendiri. saya juga mendapat pengalaman dalam mengurus dan merancang program. Tugasan BIG kali ini banyak membantu saya dalam mengenali tentang etika sosial dan protokol. Dimana ia akan membantu pelajar guru dalam mengurus program sebegini di sekolah nanti. Walaupun terdapat kekuatan, maka juga mempunyai kelemahan. Antara kelemahan yang kami hadapi adalah masa yang singkat. Ini kerana kerja yang lain boleh dibuat dalam masa yang singkat contohnya, mengemas,

Upload: shameneeraja

Post on 06-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan tentang BIG FASA 3

TRANSCRIPT

Saya bersyukur akhirnya, kerana dapat menyempurnakan BIG Fasa 3 ( Bina Insan Guru) dengan berjaya. Program BIG ini kali ini amat beza dengan yang sebelumnya. Kali ini, kami diminta untuk mengadakan satu program rasmi . Walaupun ianya sangat berbeza dengan BIG yang sebelumnya, tetapi kami dapat menjalankan BIG dengan sempurna seperti yang dirancang.

Terdapat beberapa kekuatan dalam BIG ini. Antara kekuatan yang saya dapat ialah Pertamanya adalah dapat menerapkan semangat kerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Contohnya, pelajar guru telah menolong antara satu sama lain semasa aktiviti ini berlaku. Seterusnya adalah dapat menjalinkan hubungan yang erat antara siswazahguru dengan para pensyarah. Disamping itu, aktiviti ini juga membantu saya untuk bergaul dan berinteraksi secara berkesan antara satu sama lain. Ini kerana, saya dapat berkumpul secara bersama-sama dalam aktiviti seperti ini. Justeru, aktiviti ini merupakan satu langakah untuk melahirkan hubungan silahturrahim antara kami. Selain itu, saya juga dapat berkongsi pandangan dan idea dengan kawan saya. Tambahan pula saya juga belajar untuk menguruskan masa dengan baik. Seterusnya, saya adalah AJK Pentas. Saya dan ahli kumpulan saya telah membuat banner tentang Kempen Kesedaran Kesihatan dengan sendiri. Dengan ini kami dapat belajar untuk membuat sesuatu banner dengan sendiri. saya juga mendapat pengalaman dalam mengurus dan merancang program. Tugasan BIG kali ini banyak membantu saya dalam mengenali tentang etika sosial dan protokol. Dimana ia akan membantu pelajar guru dalam mengurus program sebegini di sekolah nanti.

Walaupun terdapat kekuatan, maka juga mempunyai kelemahan. Antara kelemahan yang kami hadapi adalah masa yang singkat. Ini kerana kerja yang lain boleh dibuat dalam masa yang singkat contohnya, mengemas, membuat video dan sebagainya, tetapi banner haruslah memerlukan masa yang panjang. Ini kerana kami harus melukis gambar yang berkenaan dengan kempen tersebut. Disamping itu, gambarnya haruslah besar. Walaupun, saya boleh melukis, tetapi untuk melukis gambar yang besar ini adalah satu cabaran yang amat besar kepada saya. Kelemahan yang seterusnya adalah, kami tidak mencukupi warna dan berus untuk mewarna. Ini kerana disebabkan gambarnya besar, kami memerlukan warna dan berus yang banyak bagi memudahkan.

Ancaman yang saya hadapi adalah, ia mengambil banyak masa untuk melukis. Ini kerana saya pernah melukis gambar-gambar kecil, bukan gambar-gambar yang besar. Maka, aktiviti ini mencadi satu cabaran. Saya mengambil banyak masa untuk melukis sahaja. Ancaman yang seterusnya adalah, selepas melukis, semasa mewarna kertas yang kami melukis telah berkoyak. Ini kerana kertasnya adalah kertas mahjong. Kertasnya nipis dan apabila kami mengguna warna air maka kertas tersebut koyak. Justeru, kami melukis lagi sekali gambar tersebut dan mewarnanya. Selain itu, perkataan-perkataan yang kami lekat pada banner telah terjatuh disebabkan angin yang kuat. Kami telah menyediakan huruf-huruf untuk lekat pada banner, contohnya, MAJLIS RASMI KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN. Setiap huruf telah dilekat pada banner dan pada keesokan harinya, terdapat beberapa huruf yang terjatuh. Kami sekali lagi menyediakan huruf-huruf tersebut dan lekat pada banner.

Seterusnya adalah peluang. Walaupun saya mendapati ancaman, maka saya dapat peluang untuk belajar melukis gambar besar. Ini kerana sebelum ini saya hanya pernah melukis gambar yang kecil sahaja. pengalaman ini merupakan pengalaman yang baru kepada saya dan ahli kumpulan saya. Dalam aktiviti ini, kami dapat peluang untuk mewujudkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Selain itu, kami juga dapat peluang untuk menunjukkan kreativiti yang ada pada diri kami. Tambahan pula, kami juga dapat peluang untuk memperlihatkan ciri kepimpinan pada diri kami dalam menguruskan sesuatu program atau tugasan.

Secara kesimpulannya, saya amat berpuas hati dengan program yang diadakan. Banyak faedah telah saya perolehi dalam BIG kali ini. Program rasmi sebegini telah memberi pendedahan kepada saya dalam mengendalikan suatu program dengan pemikiran yang positif dan motivasi diri yang tinggi. Sekian, terima kasih.