laporan kemahiran sosial
TRANSCRIPT
Nama : NUR AISHAH BINTI ABASAMatrik : A146269
Fakulti : FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMATHHHC : HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
TAJUK PROJEK : STRATEGIC PLANNING & TEAM BUILDING (NUMOSS)
PERANAN ANDA DALAM PROJEK : Bendahari Program
PENGENALAN
Program ini telah dijalankan pada 21 Disember 2014 di Dewan Kuliah FTSM, UKM Bangi.
Program ini adalah anjuran Kelab Komuniti Sumber Manusia (KST) atau National University of
Malaysia Open Source Society (NUMOSS) UKM Bangi. Program ini disertai oleh 20 orang AJK
dan 30 orang peserta. Tujuan program ini adalah untuk membina keyakinan diri dan
mengeratkan hubungan silaturahim antara sesame peserta dan ahli kelab NUMOSS.
Melalui program ini saya telah dilantik untuk menjadi bendahari program. Tugas saya sepanjang
program ini berlangsung adalah memastikan sumber kewangan disalurkan kepada AJK yang
memerlukan dan memastikan tiada penyalahgunaan wang tersebut dan sentiasa memastikan
wang tersebut mencukupi sepanjang program ini berjalan.
Sebanyak RM 800 telah diperuntukkan bagi menjalankan program ini dan tidak ada masalah
kewangan yang timbul. Wang tersebut telah dibelanjakan untuk sarapan pagi, makan tengahari,
sijil dan peralatan yang digunakan dalam aktiviti program.
Selain itu juga, pada hari berlangsungnya program saya telah ditugaskan untuk membantu ahli-
ahli AJK yang lain yang memerlukan bantuan dan menjadi fasilitator sepanjang program
berlangsung. 11
HASIL DAN IMPLIKASI
Sepanjang menjalankan tugas sebagai bendahari banyak pengalaman yang telah saya dapat
melalui program ini. Antaranya ialah saya dapat mempertingkatkan kemahiran sosial dan
kebertanggungjawaban. Melalui program ini aktiviti sosial yang dijalankan amat jelas iaitu setiap
aktiviti yang dilakukan ia memerlukan setiap peserta berinteraksi antara satu sama lain. Melalui
tugas saya sebagai seorang bendahari saya dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
kewangan dengan baik dan betul. Disamping belajar untuk menguruskan kewangan, saya juga
belajar untuk bersikap jujur dan amanah dalam mengelola dana yang telah diperuntukkan yang
harus saya uruskan dalam program ini.
Selain daripada itu juga, sepanjang penglibatan saya di dalam program ini, saya belajar untuk
lebih berkomunikasi antara sesama ahli dan mengeratkan silaturahim. Saya juga belajar
bagaimana cara untuk membentuk sesbuah kumpulan yang mantap dan dapat menyesuaikan diri
antara satu sama lain. Saya juga merupakan fasilitator bagi kumpulan 2 dan ini memberikan saya
tanggungjawab untuk mengendalikan ahli kumpulan saya dengan baik dan memahami serta
mengenali ahli kumpulan. Malahan saya turut belajar bagaimana cara untuk menyelesaikan
setiap permasalahan yang berlaku agar tidak mempengaruhi perkara-perkara lain yang boleh
menjejaskan kelancaran program ini. Dan terakhir, saya banyak menggunakan buku, majalah dan
internet sebagai sumber rujukan sepanjang program ini contohnya mengakses maklumat
mengenai aktiviti-aktiviti berkumpulan, cara mengendalikan program, cara menguruskan
kewangan dan sebagainya.
PENYATAAN MASALAH
Ketua Program lambat memberi maklumat seperti waktu dari hari perjumpaan.
Ketua Program tidak banyak berkomunikasi dengan anak buah yang lain
Kekangan waktu untuk mempersiapkan jadual aktiviti program.
Maklumat program tidak disampaikan dengan baik seperti ramai ahli yang tidak tahu
akan program yang dijalankan.
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH
Ketua Program haruslah dilantik dikalangan yang pernah atau berpengalaman
mengendalikan program.
Ketua Program harus peka dan lebih bertanggungjawab serta memahami peranan seagai
seorang ketua.
Proses sebelum dan selepas program haruslah mempunyai masa yang mencukupi seperti
dalam jangka satu bulan.
Setiap program harus dipromosi dan diwar-warkan dengan lebih besar seperti
menggunakan medium facebook, whatsapp dan banner.
NILAI INOVASI
Saya dapat menghasilkan idea-idea kreatif dan memberi sumbangan idea untuk memilih
aktiviti untuk dilakukan dalam program ini.
Saya dapat mempertingkatkan kemahiran saya dalam mengendalikan program daripada
program yang saya sertai sebelum ini seperti kemahiran bersosial, berkomunikasi, dan
lebih bertanggungjawab menjalankan setiap tugasan tepar pada masa.
Saya dapat menambah pengalaman dan rakan-rakan baru.
Saya dapat belajar bagaimana menguruskan kewangan dengan lebih baik dan teratur.
KESAN KEPADA PELAJAR
Pelajar lebih mengenali antara satu sama lain.
Pelajar lebih sihat dan cerdas.
Pelajar lebih berfikiran positif dan aktif.
Pelajar dapat belajar cara membentuk sesebuah pasukan yang baik dan kreatif.
Pelajar lebih berdaya saing.
KESIMPULAN
Kesimpulannya program ini banyak memberi manfaat kepada saya terutamanya dalam mengasah
kemahiran social dan kebertanggungjawaban. Hal ini dapat dilihat apabila sepanjang
berlangsungnya program ini, saya diharuskan untuk berinteraksi dan bersosial sesama ahli dan
para peserta. Dengan pengalaman ini ia telah sedikit sebanyak membantu saya agar lebih
berkeyakinan dalam berkomunikasi antara pelbagai individu dan peringkat umur. Disamping itu
juga, ia turut membantu saya agar lebih peka dan cekap dalam mengatur pertuturan yang menjadi
salah satu kemahiran yang terpenting apabila melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Akhir sekali melalui pembelajaran ini saya dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu
kemahiran kerja dan sikap. Saya juga dapat belajar teknik-teknik pembelajaran yang betul serta
diaplikasikannya dlam kehidupan seharian melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal.
Saya juga dapat belajar bagaimana cara untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang
arahan yang perlu dipatuhi ketika program berlangsung.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan
dan juga mampu memberi nilai dan sumbangan kepada para peserta. Antaranya dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara semua ahli yang terlibat bersama para peserta.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudah terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi menjayakan program ini.
1) PENDAFTARAN PESERTA DAN AJK
2) SENAMROBIK
3) ICE BREAKING
4) AKTIVITI 1
5) AKTIVITI 2
6) AKTIVITI 3