laporan hari sukan negara skud 2015

10
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DONG 27600 RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR. LAPORAN AKTIVITI HARI SUKAN NEGARA SK ULU DONG TARIKH : 10 OKTOBER 2015 TEMPAT : DATARAN DAN PADANG SEKOLAH 1

Upload: mohd-ibrahim-alias

Post on 23-Jan-2016

206 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

OK

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Hari Sukan Negara Skud 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DONG

27600 RAUB,

PAHANG DARUL MAKMUR.

LAPORAN AKTIVITI HARI SUKAN NEGARA

SK ULU DONG

TARIKH :

10 OKTOBER 2015

TEMPAT :

DATARAN DAN PADANG SEKOLAH

MASA :

7.30 PAGI – 12.05 T/HARI

1

Page 2: Laporan Hari Sukan Negara Skud 2015

1.0 PENGENALAN

Sambutan Hari Sukan Negara diisytiharkan pada setiap Sabtu minggu kedua

Oktober setiap tahun oleh Perdana Menteri pada 24 Mac lalu. Sambutan ini adalah

inisiatif Kementerian Belia dan Sukan yang mana ia satu langkah proaktif dalam proses

transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara

Bersukan'. Hari Sukan Negara diisi dengan lebih 17,000 aktiviti sukan dan riadah untuk

memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan

ini yang diraikan secara serentak di seluruh negara.

2.0 RASIONAL

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat sekolah merupakan satu program di

bawah Kementerian Belia dan Sukan yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib

bin Tun Haji Abdul Razak pada 24 Mac 2015. Program ini akan dilaksanakan di seluruh

sekolah pada 10 Oktober 2015 yang merupakan hari persekolahan bagi cuti berganti

sempena Aidilfitri yang lalu.

3.0 MATLAMAT

Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan

rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan

masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40

peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan

melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu

menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. Sambutan Hari Sukan

Negara ini adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai

hasrat menjadikan negara Malaysia sebagai salah sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting

Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan satu agenda nasional yang

selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

2

Page 3: Laporan Hari Sukan Negara Skud 2015

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

5.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aspek

7.30 pagi – 8.00 pagi Kedatangan Guru dan Murid ke tapak

Perhimpunan

Mengambil kehadiran.

8.00 pagi – 10.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku,lagu Negeri Dan

lagu Sekolah

Bacaan Doa

Ucapan perasmian oleh Guru Besar

Senam robik

10.00 pagi – 10.30 pagi Rehat

10.30 pagi – 12.00 tengah hari Aktiviti sukan Futsal (Murid Lelaki)dan Bola

Jaring ( Murid Perempuan )

12.00 tengah hari Bersurai

6.0 LAPORAN

Majlis pelancaran Hari Sukan Negara telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan

Ulu Dong pada hari 10 Oktober 2015. Majlis telah dijalankan pada jam 8.00 pagi

bertempat di Tapak perhimpunan sekolah yang dirasmikan oleh En Sabarudin Bin Lan,

Guru Besar SK Ulu Dong. Murid – murid bersama semua guru telah menjalankan

senamrobik bersama jawatankuasa hari sukan negara diketuai oleh Pn.Zakiah dan Cik

Hazliza selaku guru Senamrobik.Selepas itu acara diteruskan lagi dengan semua murid

berkumpul di padang sekolah untuk aktiviti sukan permainan iaitu Futsal dan Bola

jaring.

3

Page 4: Laporan Hari Sukan Negara Skud 2015

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah :

1. Senamrobik

2. Bola Jaring

3. Futsal

"Saya berharap aktiviti sukan ini akan menjadi amalan hidup kita kerana adalah

sangat penting dan kita juga perlu masa untuk rekreasi dan bersukan. Dengan

kesihatan yang baik, maka mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan dan melahirkan

insan yang cemerlang dari segi JERIS serta memajukan sekolah serta negara," kata En

Sabarudin Bin Lan, Guru Besar SK Ulu Dong.

7.0 PENUTUP

Konklusinya, Hari Sukan Negara yang telah diadakan diseluruh negara pada 10

Oktober 2015 turut diadakan di SK Ulu Dong. Setinggi - tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini.

4

Page 5: Laporan Hari Sukan Negara Skud 2015

Lampiran bergambar

Aktiviti-aktiviti semasa Hari Sukan Negara di SK Ulu Dong

5

Murid berkumpul di tapak perhimpunan dan Guru bertugas iaitu En Zamzuri mempengerusikan majlis

Ucapan perasmian Oleh Guru Besar SK Ulu Dong

En Sabarudin Bin Lan

Merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

Page 6: Laporan Hari Sukan Negara Skud 2015

Aktiviti senamrobik

6

Page 7: Laporan Hari Sukan Negara Skud 2015

Aktiviti Sukan permainan Futsal Dan Bola Jaring

7

Page 8: Laporan Hari Sukan Negara Skud 2015

8

Page 9: Laporan Hari Sukan Negara Skud 2015

9