laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
LAPORAN BULAN KECERGASAN TAHUN 2011
Bulan kecergasan merupakan satu program yang biasa dijalankan pada setiap bulan Julai setiap tahun
di peringkat KPM,JPN,PPD dan sekolah-sekolah.Perlaksanaan program ini di dorong oleh hasrat Kementerian
pelajaran Malaysia bagi melibatkan seramai mungkin warga sekolah dan masyarakat Malaysia daripada
berbagai lapisan untuk menyertai aktiviti-aktiviti kecergasan. Program ini juga bertujuan untuk menyemai dan
menyuburkan persepsi masyarakat yang bukan sahaja melihat sukan sebagai unsur bagi menjana kesihatan
secara berterusan tetapi juga untuk menjadikan sukan sebagai satu budaya hidup dalam kehidupan seharian.
Sepanjang bulan kecergasan ini Sekolah Menengah Agama Nilai telah mengadakan beberapa aktiviti
khusus untuk pelajar bagi merealisasikan perjalanan program bulan kecergasan ini. Program bulan kecergasan
ini telah di jalankan oleh Pn Norizan bt Mohamed Kalam selaku GPK Kokurikulum di bantu oleh guru-guru serta
sokongan daripada pihak pentadbir Sekolah Menengah Agama Nilai.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti senamrobik pada pagi pelancaran bulan kecergasan
ini.Aktiviti senamrobik ini mendapat sambutan yang agak baik kerana turut di sertai oleh guru-guru sekolah ini. Di
samping itu, juga terdapat pertandingan bola jaring 3 sebelah yang melibatkan pelajar perempuan .Sebanyak 8
pasukan telah menyertai pertandingan ini. Di samping itu bersempena dengan bulan kecergasan ini
pertandingan bola tampar juga telah dijalankan dan di sertai oleh pelajar lelaki. Sebanyak 8 kumpulan yang
menyertai pertandingan ini.Selain daripada itu Guru Kesihatan juga telah mengadakan ceramah kesihatan yang
di adakan di kantin Sekolah Menengah Agama Nilai . Dr Faridah dari Klinik Kesihatan Nilai telah dipanggil untuk
memberi ceramah.Ini bertujuan bagi menimbulkan kesedaran para pelajar dan guru tentang kesihatan tubuh
badan yang ideal. Diakhir Bulan Kecergasan telah diadakan sukaneka yang disertai oleh para pelajar dan juga
guru-guru Sekolah Menengah Agama Nilai. Majlis Penutupan Bulan Kecergasan telah diadakan di Dewan Makan
SMA Nilai dengan ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Pengetua dan di akhiri dengan persembahan silat
oleh Tuan Pengetua.
Kesimpulannya Program Bulan Kecergasan ini merupakan sebuah program yang baik dan tepat bagi
menimbulkan kesedaran warga sekolah akan betapa pentingnya erti kesihatan.Di samping itu ia juga dapat
menjadikan warga sekolah sihat dan cergas sekaligus dapat mengelakkan daripada penyakit-penyakit yang
merbahaya.
AKTIVITI PROGRAM
Antara-antara aktiviti yang di jalankan ialah
1. Senamrobik
2. Pertandingan Bola Jaring 3Sebelah
3. Pertandingan Bola Tampar
4. Sukaneka
5. Ceramah Kesihatan
GAMBAR- GAMBAR SEPANJANG BULAN KECERGASAN 2011
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
…………………………………….. ………………………………………….ZUBAIDAH BT SEMAN PN NORIZAN BT MOHAMED KALAM(S/U Kokurikulum) (GPK Kokurikulum)Sekolah Menengah Agama Nilai Sekolah Menengah Agama Nilai