laporan anugerah inovasi negara tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf ·...

30
: Anugerah Inovasi Negara 2011 1 | muka surat E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011 Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011 SISTEM ELEKTRONIK PENGURUSAN KELUARGA ISLAM NEGERI KELANTAN (E-NIKAH v2) Disediakan Oleh : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan Kompleks Islam Darulnaim, Lundang

Upload: vuongtruc

Post on 22-Mar-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

1 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011

SISTEM ELEKTRONIK PENGURUSAN KELUARGA ISLAM

NEGERI KELANTAN

(E-NIKAH v2)

Disediakan Oleh :

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

Kompleks Islam Darulnaim, Lundang

Page 2: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

2 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

KANDUNGAN

1 PENGENALAN .......................................................................................................... 3

1.1 Latar Belakang Ringkas ....................................................................................... 3 1.2 Fungsi BPUK ....................................................................................................... 3 1.3 Piagam Pelanggan BPUK Berkaitan Projek Inovasi ............................................ 3

2 LAPORAN INOVASI ................................................................................................ 4

2.1 Latar Belakang Projek Inovasi ............................................................................. 4 2.2 Tujuan Projek Inovasi Sistem e-NIKAH ............................................................. 4

2.2.1 Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan ............................................................ 4

2.2.2 Mengurangkan Kos Operasi dan meningkatkan pendapatan. ....................... 5 3 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN ........................................... 6

3.1 Perbandingan Mengenai Kaedah / Sistem Yang Digunakan ............................... 6 3.1.1 eNIKAH versi 1 (Fasa 1) .............................................................................. 6

3.1.2 eNIKAH versi 2 (Fasa 3) .............................................................................. 9 3.2 Isu dan Masalah Yang Dihadapi Sebelum Inovasi............................................. 10 3.3 Carta Aliran Kerja Sebelum Inovasi Dan Selepas Inovasi ................................. 11 3.4 Pendapatan Sebelum Inovasi dan Selepas Pelaksanaan E-NIKAH ................... 11

3.4.1 Pendapatan Sebelum E-NIKAH ................................................................. 11 3.4.2 Pendapatan Selepas E-NIKAH ................................................................... 11

4 KRITERIA PENILAIAN.......................................................................................... 12

4.1 Kreativiti............................................................................................................. 12

4.2 Tahap Pelaksanaan ............................................................................................. 12 4.3 Replicability ....................................................................................................... 12 4.4 Efisien................................................................................................................. 12

4.4.1 Penjimatan Masa ......................................................................................... 12 4.4.2 Penjimatan Kos ........................................................................................... 13

4.4.3 Mudah Digunakan (User-friendly) ............................................................. 13 4.5 Signifikan ........................................................................................................... 13

4 KESIMPULAN ......................................................................................................... 13

5 LAMPIRAN-LAMPIRAN ....................................................................................... 14

Page 3: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

3 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

1 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Ringkas

1.1.1 Pada 16 Julai 1998, Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Kelantan (BPUK), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan telah ditubuhkan bagi menjalankan fungsi-fungsi Pentadbiran dan Pengurusan Undang-undang Keluarga Islam.

1.1.2 Bahagian ini mempunyai tiga unit iaitu : Pendaftaran Nikah, Cerai dan Rujuk, Khidmat Nasihat dan Pembangunan Keluarga.

1.1.3 Bidang tugas bahagian ini ialah melaksanakan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 1/83, meliputi hal-hal berkaitan pentadbiran nikah cerai, pembangunan keluarga dan sosial serta rundingcara kekeluargaan.

1.2 Fungsi BPUK

1.2.1 Menjalankan Kursus Pra Perkahwinan Islam berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) dan memproses sijil.

1.2.2 Menjalankan Sesi Khidmat Nasihat keluarga.

1.2.3 Memproses Permohonan Kebenaran Berkahwin Luar Negeri/ Negara, Kahwin Segera dan Mukim Ketiga.

1.2.4 Mengeluarkan Sijil Perakuan Nikah.

1.2.5 Mengeluarkan Sijil Perakuan Cerai.

1.3 Piagam Pelanggan BPUK Berkaitan Projek Inovasi

1.3.1 Menganjurkan kursus Pra Perkahwinan Islam berdasarkan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) sebanyak 10 hingga 15 kali sebulan bagi seluruh Negeri Kelantan.

1.3.2 Mengeluar dan mengedarkan Sijil Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) sebaik sahaja kursus tamat.

1.3.3 Memproses permohonan kebenaran berkahwin dalam dan luar Negeri/Negara, Kahwin Segera dan Mukim Ketiga dalam masa tiga (3) hari;

1.3.4 Memproses dan mengeluarkan Perakuan Nikah dalam tempoh satu (1) bulan selepas menerima penyerahan dokumen oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju‟ (PPNCR).

1.3.5 Memproses dan mengeluarkan Perakuan Cerai dalam tempoh satu (1) bulan selepas menerima Perintah Mahkamah berkenaan Keputusan Perbicaraan untuk Pendaftaran Perceraian dari pemohon.

1.3.6 Memproses Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara dalam tempoh 1 bulan selepas menerima Perintah Mahkamah berkenaan Keputusan Perbicaraan Untuk Pendaftaran Perkahwinan dari Pemohon.

1.3.7 Memproses dan mengeluarkan cabutan/salinan Perakuan Nikah, Cerai, Taklik dan Ruju‟, dalam tempoh dua (2) minggu selepas permohonan diterima.

Page 4: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

4 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

2 LAPORAN INOVASI

2.1 Latar Belakang Projek Inovasi

2.1.1 Pelaksanakan dasar „Kerajaan Elektronik‟ melalui Sistem Elektronik

Pengurusan Keluarga Islam yang dikenali sebagai e-NIKAH sebagai

satu sistem inovasi yang membolehkan fungsi Bahagian Pentadbiran

Undang-Undang Keluarga Islam dapat dilaksanakan dengan lebih

efisyen.

2.1.2 Merintis pembaharuan sebagai jabatan agama Islam negeri yang

pertama di Malaysia menggunakan sistem elektronik dalam

pengurusan maklumat keluarga Islam.

2.1.3 Mula dibangunkan pada November 2005 bagi menyelesaikan

beberapa masalah terutamanya berkaitan dengan rekod Nikah, Cerai

dan Ruju‟ (NCR) melalui Pengurusan Perkahwinan Islam Negeri

Kelantan yang akan diurus secara elektronik.

2.1.4 Terdapat sembilan (9) modul utama iaitu Pra-Perkahwinan, Kebenaran

Berkahwin, Pendaftaran Perkahwinan, Pendaftaran Cerai, Pendaftaran

Ruju‟, Pengeluaran Kad Nikah, Carian & Pengesahan, Laporan &

Statistik dan Informasi Keluarga Islam (i-KIS) di mana kesemua modul-

modul yang dibangunkan adalah mengikut keperluan yang

digunapakai dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri

Kelantan Bil. 6/2002.

2.1.5 Mulai Februari 2008 pihak pengurusan jabatan telah memperluaskan

perkhidmatan sistem ini ke seluruh Pejabat Agama Jajahan (PAJ) di

Negeri Kelantan sebagai perkhidmatan atas talian (online) bagi

kakitangan jabatan.

2.2 Tujuan Projek Inovasi Sistem e-NIKAH

2.2.1 Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan

2.2.1.1 Produk-produk yang berkualiti seperti Kad Nikah Pintar, Surat Kebenaran Kahwin, Sijil Perakuan, Sijil Kursus, Surat Perakuan Taklik, Cabutan Nikah, Cerai, Ruju‟ dan Taklik dapat dihasilkan dengan lebih sistematik.

2.2.1.2 Dapat membantu mengurangkan ruang penyimpanan data (paperless).

2.2.1.3 Had capaian berdasarkan senarai tugas dan setiap aktiviti (kakitangan yang mendaftar, masa, tujuan dan lain-lain) juga dapat direkod secara automatik.

2.2.1.4 Mampu menyelesaikan 9 urusan Nikah, Cerai dan Rujuk secara automatik. Dengan itu, ianya dapat meningkatkan kecekapan, penjimatan masa dan tenaga kerja dalam mengendalikan kursus pra-perkahwinan, pengeluaran sijil, salinan/cabutan nikah, cerai dan rujuk, kaunseling, i-KIS, laporan dan statistik.

Page 5: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

5 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

2.2.2 Mengurangkan Kos Operasi dan meningkatkan pendapatan.

2.2.2.1 Untuk Menjimatkan Masa.

i. Tempoh operasi / perkhidmatan bagi satu-satu urusan boleh diselesaikan dengan cepat dan tepat serta boleh diakses dari mana-mana lokasi menggunakan pelayar web dengan kebenaran.

ii. Memudahkan proses carian data / maklumat semua pasangan yang berdaftar dengan sistem e-NIKAH atau dengan kata lain dapat mengurangkan masa menunggu.

iii. Maklumat Nikah juga adalah terpelihara (turut di simpan di dalam cip kad Nikah dan pelayan pengkalan data).

2.2.2.2 Untuk Meningkatkan Tahap Kepuasan Pelanggan

i. Penghasilan kad E-NIKAH yang bersaiz MyKad akan memudahkan pengguna untuk menyimpannya di dalam dompet dan ini memudahkan untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

ii. Sebagai pengesahan awal dokumen rasmi status perkahwinan dan dianggap mesra pengguna, tahan lasak dan menarik.

2.2.2.3 Mengurangkan Risiko Pemalsuan Dokumen

i. Risiko kewujudan sindiket pemalsuan dokumen nikah dapat dikurangkan, dan usaha membasmi sindiket pemalsuan dokumen NCR (sifar sindiket) dapat ditingkatkan.

ii. Ciri-ciri keselamatan pada dokumen asli yang dihasilkan membolehkan dokumen palsu dikesan dengan mudah. (Rujuk lampiran Gambar 1 dan 2).

2.2.2.4 Mengurangkan Kerenah Birokrasi

i. Berjaya mengurangkan kerenah birokrasi dalam pengurusan Nikah, Cerai dan Ruju‟ (NCR) dengan lebih efektif.

2.2.2.5 Membina Bank Data Keluarga Islam

i. Buat pertama kali dalam sejarah pengurusan maklumat Nikah, Cerai dan Rujuk, Bank Data kekeluargaan Islam Negeri Kelantan (BDKIN) akan dapat dihasilkan bagi tujuan-tujuan kursus dakwah dan sebagainya.

2.3 Tempoh Pelaksanaan Sistem E-NIKAH

2.3.1 Sistem E-NIKAH Negeri Kelantan mula dibangunkan pada November 2005,

dan telah melalui tempoh percubaan selama setahun iaitu dari Januari

2007 hingga Disember 2007.

2.3.2 Berjaya dilaksanakan sepenuhnya di seluruh jajahan negeri Kelantan pada

Februari 2008.

2.3.3 Sehingga Mei 2009, ia telah beroperasi dengan jayanya di seluruh negeri

Kelantan selama 15 bulan (Februari 2008 sehingga Mei 2009).

Page 6: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

6 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

2.4 Lokasi Pelaksanaan Sistem E-NIKAH

2.4.1 Sistem ini telah beroperasi secara berpusat di Bahagian Pentadbiran

Undang-undang Keluarga menggunakan rangkaian Internet Protokol Virtual

Private Network (IPVPN) Classics dan,

2.4.2 Dihubungkan ke semua Pejabat Agama Jajahan di seluruh negeri Kelantan

menggunakan IPVPN Value, yang melibatkan 10 buah jajahan, iaitu PAJ

Kota Bharu, PAJ Pasir Mas, PAJ Tumpat, PAJ Bachok, PAJ Pasir Puteh,

PAJ Machang, PAJ Tanah Merah, PAJ Kuala Krai, PAJ Jeli dan PAJ

Gua Musang.

3 SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

3.1 Perbandingan Mengenai Kaedah / Sistem Yang Digunakan

3.1.1 eNIKAH versi 1 (Fasa 1)

3.1.1.1 Modul 1 : Pra Perkahwinan

SEBELUM SELEPAS

1. Semua dokumen seperti senarai peserta, senarai kehadiran, sijil dan cabutan ditaip, disimpan dan dicetak secara manual. (Rujuk lampiran Gambar 3).

2. Maklumat berkaitan kursus dan peserta

disimpan secara berasingan mengikut

kaedah pejabat agama jajahan masing-

masing. (Rujuk lampiran Gambar 5).

3. Semua permohonan salinan sijil

perakuan (cabutan) bagi sijil yang hilang

atau rosak perlu dilakukan di ibu pejabat

Bahagian Pentadbiran Undang-Undang

Keluarga. (Rujuk lampiran Gambar 7)

1. Semua dokumen akan didaftar, disimpan, dicapai untuk dicetak secara atas talian (online). (Rujuk lampiran Gambar 4).

2. Maklumat disimpan secara berpusat

(centralised) di dalam Pengkalan Data

(Server). (Rujuk lampiran Gambar 6).

3. Semua permohonan salinan sijil

perakuan (cabutan) boleh dilakukan di

mana-mana pejabat agama jajahan

seluruh Negeri Kelantan. (Rujuk

lampiran Gambar 8).

3.1.1.2 Modul 2 : Kebenaran Berkahwin

SEBELUM SELEPAS

1. Semua maklumat peribadi pemohon

perlu ditaip semula berdasarkan format

yang ditetapkan menggunakan perisian

Microsoft Word bagi setiap permohonan

sebelum dicetak. Setelah dicetak,

maklumat pemohon tidak disimpan dan

akan diubah apabila terdapat pemohon

baru. (Rujuk lampiran Gambar 9 dan

Gambar 11).

1. Maklumat pemohon boleh dicapai secara automatik berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan semasa kursus pra-perkahwinan terdahulu. Dengan ini, maklumat yang perlu diisi adalah minimum dan menjimatkan masa memproses. (Rujuk lampiran Gambar 10 dan Gambar 12).

Page 7: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

7 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

3.1.1.3 Modul 3 : Pendaftaran Perkahwinan

SEBELUM SELEPAS

1. Penulis sijil perlu menulis sijil perakuan nikah (borang 3F) dalam 3 salinan (Rujuk lampiran Gambar 13) untuk: a. Lelaki

b. Perempuan

c. Salinan Pejabat

2. Pemohon perlu mengemukakan 3

keping gambar lelaki dan 3 keping

gambar perempuan untuk dilekatkan

pada sijil perakuan nikah (buku 3F)

(Rujuk lampiran Gambar 15).

3. Sijil perakuan nikah (salinan lelaki dan

perempuan) perlu disimpan didalam

bilik/laci besi berkunci sehingga dituntut

oleh pasangan (Rujuk lampiran Gambar

17).

4. Tempoh masa menunggu adalah

selama 6 bulan (Rujuk lampiran

Gambar 19).

1. Sijil perakuan nikah dan cabutan boleh terus dicapai berdasarkan carian nombor kad pengenalan dan dikemaskini sebelum dicetak dalam 3 salinan (Rujuk lampiran Gambar 14).

2. Hanya perlu mengemuka-kan sekeping

gambar lelaki dan sekeping gambar perempuan sahaja untuk diimbas sebelum di upload ke pengkalan data (data base) (Rujuk lampiran Gambar 16).

3. Sijil perakuan nikah untuk pasangan akan dicetak terus semasa dituntut sendiri oleh pasangan atau wakilnya. Dengan itu, salinan sijil pasangan tidak perlu disimpan secara fizikal untuk suatu tempoh yang panjang (Rujuk lampiran Gambar 18).

4. Tempoh masa menunggu adalah selama 1 hingga 30 hari (Rujuk lampiran Gambar 20).

3.1.1.4 Modul 4 : Pendaftaran Perceraian

SEBELUM SELEPAS

1. Sijil perakuan cerai perlu ditulis dalam 3 salinan bagi setiap permohonan untuk salinan (Rujuk lampiran Gambar 21 dan Gambar 23) : a. Lelaki b. Perempuan c. Pendaftar/Pejabat

1. Sijil boleh terus dicetak dari pengkalan data untuk permohonan salinan (Rujuk lampiran Gambar 22 dan Gambar 24): a. Lelaki b. Perempuan c. Pendaftar/Pejabat

3.1.1.5 Modul 5 : Pendaftaran Ruju'

SEBELUM SELEPAS

1. Sijil perakuan ruju‟ perlu ditulis dalam 3 salinan bagi setiap permohonan untuk salinan (Rujuk lampiran Gambar 25) :

a. Lelaki b. Perempuan c. Pendaftar/Pejabat

1. Dikemaskini dan boleh terus dicetak dari pengkalan data untuk salinan (Rujuk lampiran Gambar 26 dan Gambar 27): a. Lelaki b. Perempuan c. Pendaftar/Pejabat

Page 8: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

8 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

3.1.1.6 Modul 6 : Kad Perakuan Nikah

SEBELUM SELEPAS

1. Buku Perakuan Nikah (Buku 3F) dikeluarkan kepada semua pasangan. Walau bagaimanapun, sebahagian besar buku-buku tersebut tidak dituntut oleh pasangan sehingga kini (Rujuk lampiran Gambar 28 dan Gambar 30).

1. Kad Perakuan Nikah Pintar yang bersaiz mykad telah diperkenal dan dikeluarkan untuk kemudahan pasangan dibawa bersama setiap masa (Rujuk lampiran Gambar 29 dan Gambar 31).

3.1.1.7 Modul 7 : Carian dan Pengesahan (Status Nikah, Cerai

dan Ruju’)

SEBELUM SELEPAS

1. Pemohon perlu menunggu dalam tempoh masa 2 minggu bagi membolehkan kakitangan membuat carian secara manual di dalam buku daftar berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemohon (Rujuk lampiran Gambar 32 dan Gambar 33).

1. Hanya perlu menunggu dalam tempoh masa 1 minit untuk mendapatkan hasil carian dan pengesahan kerana kakitangan hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan (MyID) pasangan dalam modul carian sistem e-NIKAH (Rujuk lampiran Gambar 34 dan Gambar 35).

3.1.1.8 Modul 8 : Laporan dan Statistik

SEBELUM SELEPAS

1. Semua data perlu dicari dan dikumpul secara manual oleh kakitangan.

2. Sekiranya laporan yang diperlukan melibatkan lain-lain jajahan dan berbeza format atau perkara, tempoh masa yang lama diperlukan untuk mendapat maklumbalas/ laporan dari setiap pejabat agama jajahan.

3. Kesahihan maklumat pula adalah sangat bergantung kepada ketelitian kakitangan terlibat.

1. Mendapatkan laporan-laporan dan statistik-statistik setiap modul bagi setiap jajahan seluruh negeri Kelantan dengan lengkap dan terperinci.

2. Format laporan dan statistik ini boleh diubah mengikut kriteria carian (Rujuk lampiran Gambar 36 dan Gambar 37) .

3.1.1.9 Modul 9 : i-KIS (Informasi Keluarga Islam)

Sebelum Selepas

1. Tiada maklumat salasilah keluarga dapat disediakan.

1. Pengumpulan maklumat keluarga Islam (bank data keluarga).

2. Menghasilkan salasilah keturunan dan juga salasilah nenek moyang.

3. Menghasilkan data maklumat individu bagi tujuan merancang/ menyediakan kursus-kursus lain, menyalurkan bantuan dan sebagai persediaan awal untuk integrasi dengan sistem lain (Rujuk lampiran Gambar 38 dan Gambar 39).

Page 9: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

9 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

3.1.2 eNIKAH versi 2 (Fasa 3)

3.1.2.1 Pengenalan

Selepas pelaksanaan hampir tiga (3) tahun, pelbagai kelemahan telah dikenalpasti bagi tujuan penambahbaikan khususnya terhadap aliran kerja sistem. Versi 2 merupakan olahan semula dan penaiktarafan kepada sistem yang lebih sistematik dan stabil dengan masih mengekalkan penggunaan modul bagi setiap operasi, tetapi telah distrukturkan kembali supaya lebih tersusun. Penaiktarafan melibatkan :

1. Rekabentuk antaramuka

2. Struktur database

3. Aliran Proses

Terdapat 9 modul telah dipertingkatkan iaitu:

1. Pra-Perkahwinan,

2. Pengecualian Kursus Pra-Perkahwinan,

3. Kebenaran Berkahwin,

4. Pendaftaran Perkahwinan,

5. Pendaftaran Perceraian,

6. Pendaftaran Rujuk,

7. Pendaftaran Kad Perakuan Nikah,

8. Informasi Keluarga Islam (i-KISTM).

9. Khidmat Nasihat,

3.1.2.2 Apa Yang Baru Dalam Versi 2?

i. Rekabentuk Antaramuka (Interface Design) (Rujuk

Gambar 40).

ii. Struktur Pengkalan Data

iii. Aliran Kerja (Rujuk Gambar 41 dan 42).

3.1.2.3 Fungsian Generik

i. Menggunakan Rangka Proses Kerja Semasa

(Rujuk Gambar 43).

ii. Maklumat Peribadi (Rujuk Gambar 44).

iii. Sejarah Perubahan Data (Audit Trail) (Rujuk Gambar 45).

iv. Klasifikasi Data

1. Hierarki Pengguna (Rujuk Gambar 46)

2. Kawalan Penguna Berperingkat (UAC)

3. Satu Pengguna, Satu ID Dalam Satu-satu Masa

v. Ringkasan d’NCR (Rujuk Gambar 47)

vi. Komunikasi Pelbagai Hala (Instant Messenger) (Rujuk Gambar 48).

Page 10: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

10 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

vii. Inbox Tindakan (Rujuk Gambar 49).

viii. Carian melalui No.KP (MyID). (Rujuk Gambar 50).

ix. Senarai Carian (Rujuk Gambar 51).

x. Format No.Siri Janaan Auto

xi. Tandatangan Digital

xii. Paparan status terkini di sijil Nikah, Cerai dan Ruju’ (Rujuk

Gambar 52).

xiii. Alih Bahasa/Tulisan Sijil NCR (Rujuk Gambar 53).

3.1.2.4 Kesimpulan

1 Setiap modul telah diperkemas dan dipertingkatkan fungsi masing-masing berdasarkan kegunaan semasa.

2 Ada modul yang dipecahkan dan ada yang digabungkan.

3 Mengurangkan kebergantungan antara modul tetapi tidak mengurangkan kefungsiannya.

3.2 Isu dan Masalah Yang Dihadapi Sebelum Inovasi

i. Rekod-rekod pendaftaran perkahwinan sebelum ini menggunakan kaedah konvensional, iaitu sistem pemfailan fizikal (Rujuk lampiran Gambar 54).

ii. Dokumen (buku) mudah rosak, terkoyak serta usang sekiranya usianya menjangkau puluhan tahun (Rujuk lampiran Gambar 55).

iii. Dakwat pen akan luntur / mudah hapus jika terkena air akan menyebabkan tulisan tidak dapat dibaca.

iv. Memerlukan penggunaan gambar yang lebih (6 keping). v. Memerlukan ruang simpanan/storan yang besar di Pejabat Agama.

vi. Menyukarkan operasi penguatkuasaan pencegahan maksiat dilakukan ke atas pasangan yang disyaki melakukan kegiatan maksiat / tidak bermoral sama ada kepada pasangan terlibat mahu pun anggota penguatkuasa apabila pasangan tersebut memberi alasan dokumen (buku) tidak pernah dibawa kerana sukar untuk disimpan / dibawa bersama.

vii. Pemalsuan dokumen nikah (buku) mudah dilakukan oleh sindiket. Contohnya, Pada 29 Januari 2007 JAHEAIK telah berjaya membongkar sindiket pemalsuan dokumen nikah dalam operasi bongkar dengan kerjasama Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Dalam operasi itu pihak JAHEAIK telah berjaya menahan seorang jurunikah palsu dan dua orang pembantu kerana dipercayai mengendalikan urusan pernikahan ke atas lebih 100 pasangan termasuk orang kenamaan. Dalam serbuan itu, sebanyak 118 sijil nikah palsu dan 31 cop palsu melibatkan sebilangan nama kadi daerah, hakim Mahkamah Rendah Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, cop Jabatan Pendaftaran dan Cop mohor Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. Disamping itu pihak JAHEAIK juga berjaya merampas beberapa borang keputusan saringan HIV dari Kementerian Kesihatan. Turut dirampas dalam serbuan itu juga beberapa sijil nikah asal yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Narathiwat dan beberapa senarai nama pasangan yang dinikahkan oleh jurunikah palsu.

viii. Mengambil masa yang lama dan sukar untuk dikesan kesahihan dokumen (buku).

ix. Memerlukan kepakaran kakitangan (Penulis Sijil) yang boleh membaca dan menulis tulisan jawi.

Page 11: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

11 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

x. Penulis Sijil juga haruslah mampu menulis sijil dengan tulisan yang cantik dan mudah dibaca.

xi. Sekiranya dokumen nikah (buku) rosak / hilang daripada simpanan kedua pasangan, maka akan menyukarkan pasangan untuk membuktikan status perkahwinan mereka dan kakitangan jabatan agama untuk mencari salinan nikah melibatkan rekod-rekod perkahwinan yang lampau.

3.3 Carta Aliran Kerja Sebelum Inovasi Dan Selepas Inovasi

3.3.1 Sebelum e-NIKAH (Rujuk Gambarajah 56).

3.3.2 Selepas Pelaksanaan e-NIKAH (Rujuk Gambarajah 57).

3.4 Pendapatan Sebelum Inovasi dan Selepas Pelaksanaan E-NIKAH

3.4.1 Pendapatan Sebelum E-NIKAH

Pada tahun 2006, pendapatan yang dijana hasil urusan Nikah, Cerai dan Rujuk

ialah sebanyak RM 2,265,104.00.

3.4.2 Pendapatan Selepas E-NIKAH

Pendapatan yang diperolehi telah dapat ditingkatkan dengan drastik. Bagi tahun

2008, pendapatan yang dijana sebanyak kira-kira RM 3.4 juta.

Secara perbandingan, pendapatan sebelum dan selepas pelaksanaan adalah

sebagaimana berikut :

2006 – Sebelum Pelaksanaan

2007 – Semasa Tempoh Percubaan

2008

2009 Pelaksanaan Penuh

2010

(Rujuk lampiran Gambarajah 58).

TAHUN PUNGUTAN HASIL (RM)

2006 2,265,104.00

2007 2,377,773.00

2008 3,383,394.00

2009 3,134,044.00

2010 3,335,878.00

Page 12: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

12 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

4 KRITERIA PENILAIAN

4.1 Kreativiti

Idea, konsep, susunan dan rekabentuk antaramuka (interface) Sistem E-

NIKAH Negeri Kelantan merupakan yang pertama di Malaysia dan

konsepnya dirangka oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

sendiri. Ia bukan merupakan adaptasi dari mana-mana sistem yang telah

wujud sebelum ini.

4.2 Tahap Pelaksanaan

Sistem E-NIKAH Negeri Kelantan mula dibangunkan pada November 2005,

dan telah melalui tempoh percubaan selama setahun iaitu dari Januari

hingga Disember 2007.

Kemudian, ia telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh jajahan negeri

Kelantan pada Februari 2008 sehingga sekarang melalui sistem rangkaian

IPVPN (Rujuk lampiran Gambarajah 59). Sehingga Oktober 2011, ia telah

beroperasi dengan jayanya di seluruh negeri Kelantan selama 45 bulan

(Februari 2008 sehingga Oktober 2011).

4.3 Replicability

Sistem ini telah beroperasi secara berpusat di Bahagian Pentadbiran

Undang-undang Keluarga menggunakan rangkaian Internet Protokol Virtual

Private Network (IPVPN) Classics dan dihubungkan ke semua Pejabat

Agama Jajahan di seluruh negeri Kelantan menggunakan IPVPN Value, yang

melibatkan 10 buah jajahan, iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok,

Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

4.4 Efisien

4.4.1 Penjimatan Masa

4.4.1.1 boleh diakses dari mana-mana lokasi menggunakan pelayar web dengan kebenaran.

4.4.1.2 memudahkan proses carian data / maklumat semua pasangan yang berdaftar dengan sistem E-NIKAH

4.4.1.3 Mengurangkan masa menunggu.

4.4.1.4 Maklumat Nikah juga adalah terpelihara (turut di rekod/simpan di dalam cip kad Nikah Pintar dan di dalam pengkalan data server JAHEAIK).

4.4.1.5 Urusan pendaftaran nikah dapat disingkatkan dari enam (6) bulan kepada satu (1) bulan atau kurang.

Page 13: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

13 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

4.4.2 Penjimatan Kos

4.4.2.1 Mengurangkan kesilapan.

4.4.2.2 Setiap transaksi yang memerlukan bayaran tidak akan dicetak tanpa bayaran (no resit).

4.4.2.3 Sebagai contoh, kos perjalanan kakitangan bagi urusan kursus pra perkahwinan Islam yang sebelum ini mencecah RM 18,000.00 setahun dapat dijimatkan kepada hasil sifar.

4.4.3 Mudah Digunakan (User-friendly)

4.4.4 Signifikan

Sistem E-NIKAH ini telah memberikan impak yang besar kepada

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Hasil pelaksanaan sistem

ini, pada tahun 2008 JAHEAIK telah memenangi anugerah Inovasi

Peringkat Negeri Kelantan. Manakala peringkat kebangsaan pula,

JAHEAIK disenaraikan 20 terbaik pada Anugerah Inovasi

Perkhidmatan Awam (AIPA) 2009.

Kad Nikah Pintar merupakan satu imej perkhidmatan Hal Ehwal Islam

dan mendapat pengiktirafan daripada pihak pentadbiran Kerajaan

Negeri yang mana ianya telah dilancarkan oleh KDYMM Tuanku Al-

Sultan Kelantan pada 26 Ogos 2007. (Rujuk Gambarajah 60).

.

4 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, penggunaan Sistem Elektronik Pengurusan Keluarga

Islam atau E-NIKAH oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

(JAHEAIK) dilihat sebagai pembaharuan dalam penyediaan perkhidmatan atas

talian (online) serta bersistematik kepada semua peringkat dan ia adalah selaras

dengan hasrat kerajaan sendiri iaitu untuk melihat jabatan-jabatannya bergerak

selari dengan perkembangan arus dunia khususnya dalam penggunaan

teknologi terkini. Ia juga turut menjadi contoh kepada Jabatan Agama Islam

Negeri lain untuk turut serta dalam perkembangan teknologi semasa.

Sehingga kini beberapa negeri seperti Jabatan Agama Islam Negeri Perak

(JAIPk) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP) telah

mengadakan lawatan bagi meninjau pembangunan dan penggunaan sistem E-

NIKAH dan telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan JAHEAIK.

JAHEAIK juga sedia bekerjasama untuk melaksanakan integrasi dengan mana-mana agensi dan berharap supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggunakan Sistem E-NIKAH v2 sebagai landasan dalam pelaksanaan pengurusan kekeluargaan Islam secara elektronik dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia.

Page 14: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

14 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

i-KISTM

Carian Dan Pengesahan

Laporan Statistik

Kad

Nikah

Kebenaran Berkahwin

Pra-

Perkahwinan

Pendaftaran

Ruju’

Pendaftaran Perceraian

Pendaftaran Perkahwinan

E-NIKAH (Fasa

Pertama)

5 LAMPIRAN-LAMPIRAN

Rajah 1 : Model Pembangunan Modul eNIKAH

Gambar 1 : sijil perceraian asal Gambar 2 : sijil perceraian palsu

Page 15: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

15 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

SEBELUM SELEPAS

Gambar 3 : Sijil Kursus MBKPI lama

Gambar 5 : Ruangan penyimpanan

dokumen

Gambar 7 : Pelanggan terpaksa

menunggu lama untuk mendapatkan

perkhidmatan

Gambar 4 : Sijil Kursus MBKPI baru

Gambar 6 : Data di simpan di Server

JAHEAIK

Gambar 8 : Kakitangan boleh

menyelesaikan urusan dengan pantas.

Page 16: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

16 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 9 : Kakitangan sedang menaip

data pemohon menggunakan template

(ms-word) sebelum surat kebenaran

dicetak.

Gambar 11 : surat kebenaran berkahwin

mengikut format lama

Gambar 10 : Kemaskini data peribadi

pemohon secara atas talian dan disimpan

di dalam pengkalan data pada server

JAHEAIK

Gambar 12 : surat kebenaran berkahwin

mengikut format baru yang dijana

Gambar 13 : Kakitangan sedang menulis

sijil pada buku 3F (pasangan pemohon)

Gambar 14 : Rekod perkahwinan akan

dikemaskini sebelum sijil dicetak

Page 17: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

17 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 15 : Kandungan buku 3F (salinan

pendaftar/pejabat)

Gambar 17 : Dokumen terpaksa disimpan

di “pigeon-hole” berikutan ruang simpanan

terhad

Gambar 19 : Sjil perakuan nikah

sementara (Borang 4) disimpan oleh

pemohon lelaki sebelum buku nikah

dituntut

Gambar 16 : mengimbas gambar

pemohon sebelum di upload ke server

Gambar 18: Sijil pasangan tidak perlu

disimpan, sebaliknya ia akan dicetak

apabila dipohon

Gambar 20 : Permohonan pelanggan

akan dilayan dengan kadar yang segera

Page 18: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

18 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 21 : Sijil perakuan perceraian

lama

Gambar 23 : Data rekod dalam buku

Daftar Perceraian (pejabat)

Gambar 22 : Sijil perakuan perceraian

baru

Gambar 24 : Data direkod dalam Modul

Perceraian

Gambar 25 : Sijil Perakuan Ruju‟ lama

Gambar 26 : Sijil Perakuan Ruju‟ baru

Page 19: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

19 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 27 : Data direkod di dalam

Pendaftaran Ruju‟

Gambar 28 : Buku sijil perkahwinan

sukar dibawa setiap masa dan tulisan

mudah pudar

Gambar 30 : Sijil Perakuan Nikah (Buku

3F) perlu ditulis tangan (secara manual)

Gambar 29 : Kad Nikah Pintar

memudahkan pasangan membawa

bersama setiap masa

Gambar 31 : Kad Nikah Pintar akan

dicetak dan di‟enkod‟ dalam masa 5 minit

sahaja

Page 20: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

20 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 32 dan 33 : Proses carian

cabutan/ permohonan Nikah, Cerai dan

Ruju‟ melibatkan dokumen yang banyak

dan memakan masa.

Gambar 34 dan 35 : Proses carian rekod

pemohon dapat dilakukan dengan hanya

memasukkan nombor kad pengenalan

pasangan sahaja.

Gambar 36 dan 37 : Contoh laporan dan

statistik yang dijana oleh sistem E-NIKAH.

Page 21: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

21 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 38 dan 39 : Contoh Bank Data

Keluarga.

Gambar 40 : Rekabentuk Antaramuka Penggguna.

1. Header dan Menu Navigasi

2. Komponen Modul.

3. Paparan Unit. 4. Inbox

Tindakan. 5. User online

dan Chat.

Page 22: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

22 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 41 dan Gambar 42 : Aliran Kerja yang sistematik.

Gambar 43 : Menggunakan Rangka Proses Kerja Semasa.

1.Permohonan 2.Salinan (Rekod yang telah ada). 3.Kelulusan 4.Daftar Kebenaran 5.Cetakan 6.Serahan 7.Rekabentuk 8.Laporan

Page 23: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

23 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 44 : Maklumat Peribadi

Gambar 45 : Sejarah Perubahan Data (Audit Trail)

Page 24: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

24 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 46 : Klasifikasi Data (Hierarki Pengguna)

Gambar 47 : Ringkasan d‟NCR (Ringkasan rekod status pasangan)

Gambar 48 : Komunikasi Pelbagai Hala (Instant Messenger)

- Hierarki ini boleh diubah mengikut

keperluan jabatan

Page 25: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

25 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 49 : Inbox Tindakan (memaparkan jumlah/status tindakan terkini yang perlu

dilakukan oleh pengguna)

Gambar 50 : Carian melalui No.KP (MyID)

Gambar 51 : Senarai Carian

Page 26: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

26 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 52 : Paparan Status Terkini di sijil Nikah, Cerai dan Ruju‟

Gambar 53 : Paparan Alih Bahasa/ Tulisan Sijil NCR.

Page 27: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

27 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 54 : Ruangan penyimpanan rekod perakuan Nikah, Cerai & Ruju‟

Gambar 55 : Dokumen mengalami kerosakan setelah lama disimpan.

Page 28: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

28 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambarajah 56 : Carta Aliran Kerja Sebelum Inovasi (sehingga 2006). Masa yang

diambil bagi aliran kerja ini adalah selama 6 bulan.

TERIMA DOKUMEN

SEMAKAN DOKUMEN

TERIMA HASIL

SEMAKAN PUNGUTAN &

BILANGAN

TAMPAL GAMBAR PASANGAN

Menepati

Lengkap

Tidak Lengkap

TAMAT

DISEMAK DAN DITANDATANGAN OLEH PNCR

MAKLUM / PUNGUTAN IKUT MUKIM, JAJAHAN DAN SIMPANAN

KEMBALIKAN KPD PPNCR

ARAHAN UNTUK MENYEMPURNAKAN

BAYARAN / AKAN MENGAMBIL TINDAKAN

UNDANG-UNDANG

MULA

EDAR BORANG 4 KPD PENULISAN

SIJIL

Satu Bulan

Lima Bulan

Jumlah : Enam Bulan

Page 29: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

29 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambarajah 57 : Carta Aliran Kerja Selepas Inovasi (mulai 2007 sekarang).

Tempoh masa yang diambil selama 1 hingga 30 hari)

0.00

500,000.00

1,000,000.00

1,500,000.00

2,000,000.00

2,500,000.00

3,000,000.00

3,500,000.00

2006 2007 2008 2009 2010

Pendapatan Pungutan Hasil NCR Sebelum dan Selepas Pelaksanaan E-NIKAH

Gambar 58 : Pendapatan Selepas eNIKAH

TERIMA DOKUMEN

SEMAKAN DOKUMEN

TERIMA HASIL

SEMAKAN PUNGUTAN &

BILANGAN

Menepati

Lengkap

Tidak Lengkap

DISEMAK DAN DITANDATANGANI OLEH PNCR

KEMBALIKAN KPD PPNCR

ARAHAN UNTUK MENYEMPURNAKAN

BAYARAN / AKAN MENGAMBIL TINDAKAN

UNDANG-UNDANG

MULA

Satu Bulan

TAMAT

MEMASUKKAN DATA NIKAH

Jumlah : Satu Bulan

Page 30: Laporan Anugerah Inovasi Negara Tahun 2011s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/433-e-nikah.pdf · Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan ... 1.1 Latar Belakang Ringkas ... Kelantan

: Anugerah Inovasi Negara 2011

30 | m u k a s u r a t E-NIKAH : Anugerah Inovasi Negara 2011

Gambar 59 : Sistem Rangkaian JAHEAIK

Gambar 60 : Majlis Perasmian Pelancaran Sistem eNIKAH v1 oleh KDYMM

Tuanku Al-Sultan Kelantan pada 26 Ogos 2007.