laporan anugerah inovasi kerajaan negeri melaka...

15
1 LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 PENGENALAN a) Penerangan Jabatan Latar Belakang PERPUSTAM Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah ditubuhkan melalui Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka 1975 mengikut Warta Kerajaan No. 3 bertarikh 31 Julai 1975 serta Warta Kerajaan No. 13 bertarikh 16 April 1994 (Pindaan). Perkhidmatan perpustakaan dibawah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka bermula di Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan sebagai ibu pejabat dan Perpustakaan Pusat pada tahun 1977. Perpustakaan Pusat ini kemudiannya berpindah ke bangunan sendiri di Bukit Baru pada Tahun 1996 dan perkhidmatan dikenali sebagai Perpustakaan Negeri telah dimulakan pada 1 Julai 1996. Perpustakaan kemudiannya dikembangkan dari semasa ke semasa diseluruh Negeri Melaka melalui pembukaan Perpustakaan Cawangan, Pekan, Bergerak dan Desa Fungsi PERPUSTAM Menubuhkan, melengkapi, menguruskan dan menyelenggarakan Perpustakaan Awam (PERPUSTAM). Membuat semua lain-lain perkara dan hal sebagaimana diperlukan secara berpatutan bagi semua atau sebarang tujuan Enakmen ini. Mendorong dan menggalakkan pembacaan terutama dalam Bahasa Malaysia. Piagam Pelanggan PERPUSTAM Merancang Dan Melaksanakan Aktiviti-Aktiviti Yang Bersesuaian Bagi Menggalakkan Minat Membaca Ke Arah Melahirkan Masyarakat Negeri Melaka Yang Berbudaya Membaca, Berilmu Dan Bermaklumat. Menyediakan persekitaran yang tenang, selesa dan sesuai untuk aktiviti pembacaan dan perolehan maklumat. Objektif & Moto PERPUSTAM Objektif : Menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan terkini Mewujudkan masyarakat bermaklumat melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan sumber-sumber yang sedia ada di perpustakaan

Upload: lyhanh

Post on 10-Aug-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

1

LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA

TAHUN 2017

PENGENALAN

a) Penerangan Jabatan

Latar Belakang PERPUSTAM

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah ditubuhkan melalui Enakmen

Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka 1975 mengikut Warta Kerajaan No. 3 bertarikh 31

Julai 1975 serta Warta Kerajaan No. 13 bertarikh 16 April 1994 (Pindaan).

Perkhidmatan perpustakaan dibawah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka bermula di

Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan sebagai ibu pejabat dan

Perpustakaan Pusat pada tahun 1977.

Perpustakaan Pusat ini kemudiannya berpindah ke bangunan sendiri di Bukit Baru pada Tahun

1996 dan perkhidmatan dikenali sebagai Perpustakaan Negeri telah dimulakan pada 1 Julai

1996. Perpustakaan kemudiannya dikembangkan dari semasa ke semasa diseluruh Negeri

Melaka melalui pembukaan Perpustakaan Cawangan, Pekan, Bergerak dan Desa

Fungsi PERPUSTAM

Menubuhkan, melengkapi, menguruskan dan menyelenggarakan Perpustakaan Awam

(PERPUSTAM).

Membuat semua lain-lain perkara dan hal sebagaimana diperlukan secara berpatutan bagi

semua atau sebarang tujuan Enakmen ini.

Mendorong dan menggalakkan pembacaan terutama dalam Bahasa Malaysia.

Piagam Pelanggan PERPUSTAM

Merancang Dan Melaksanakan Aktiviti-Aktiviti Yang Bersesuaian Bagi Menggalakkan Minat

Membaca Ke Arah Melahirkan Masyarakat Negeri Melaka Yang Berbudaya Membaca, Berilmu

Dan Bermaklumat.

Menyediakan persekitaran yang tenang, selesa dan sesuai untuk aktiviti pembacaan dan

perolehan maklumat.

Objektif & Moto PERPUSTAM

Objektif : Menyediakan perkhidmatan maklumat dan rujukan terkini

Mewujudkan masyarakat bermaklumat melalui aktiviti-aktiviti yang bersesuaian

dengan sumber-sumber yang sedia ada di perpustakaan

Page 2: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

2

Moto : Masyarakat Berilmu Penggerak Wawasan

Misi & Visi PERPUSTAM

Misi : Memperkukuhkan Penyampaian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat

Visi : Peneraju Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat Yang Terunggul

Page 3: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

3

b) Pengenalan Inovasi

(i)Tujuan Projek/Inovasi

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah mengurangkan tempoh pemasangan panel pameran.

Panel pameran sedia ada berat dan besar serta sukar diangkut dan dipasang oleh petugas.

Selain itu, pemasangan panel pameran sedia ada memerlukan lebih daripada dua orang.

Dengan adanya inovasi panel pameran menggunakan paip PVC, ianya mudah dipasang dan

ringan.

(ii) Objektif Projek/Inovasi

Memasang panel pameran dengan lebih cepat

Meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan

Mewujudkan ruang teratur dan selamat serta menjadikan ruang kerja lebih selesa

Meningkatkan kepuasan pelanggan

Memperbaiki keadaan kerja

(iii) Proses Pelaksanaan Inovasi

Projek ini telah dilaksanakan oleh kakitangan sendiri. Ianya memerlukan kepakaran kakitangan

dalam penghasilan projek ini.

(iv) Tempoh Pelaksanaan

Projek ini telah dilaksanakan dengan menyediakan pelan tindakan penyelesaian dalam tempoh

4 bulan iaitu bermula Mei 2015 sehingga Ogos 2015.

(v) Peringkat Pelaksanaan

Kajian - penekanan kepada keperluan inovasi sosial dan membuka peluang baru bagi

menyelesaikan permasalahan tertunggak

- Melalui borang kaji selidik, temubual, pemerhatian dan statistik penggunaan panel

pameran.

Cadangan – idea dibangunkan dan diketengahkan

- Pemasangan panel sedia ada yang berat dan sukar menyebabkan timbul masalah

kepada kakitangan. Hasil dari perbincangan, kakitangan bersetuju mewujudkan panel

pameran yang ringan dan mudah dipasang.

Prototaip - idea dibangunkan secara fizikal bagi tujuan ujicuba dan di fasa pembangunan

- Idea asal untuk tujuan ujicuba kakitangan menggunakan kayu untuk menghasilkan

rekabentuk tetapi hasil dari ujicuba rekabentuk ini sukar untuk dibawa ke lokasi luar.

Page 4: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

4

- Panel pameran direka dan dicipta dengan menukar bahan kepada yang lebih ringan,

mudah dibawa serta mudah dibuka dan dipasang iaitu PVC.

Pengekalan

Pembangunan idea inovasi dikekalkan dan dijadikan sebahagian daripada norma harian.

- Mengekalkan penggunaan panel pameran (boleh memuatkan bahan pameran bersaiz A3

sebanyak 16 keping dan A4 sebanyak 24 keping).

- Perubahan teratur – mereka semula dan memperkenalkan perubahan secara menyeluruh

untuk mendapatkan hasil idea terbaik.

- Bagi memudahkan pergerakan panel pameran, pihak pengurusan mengesyorkan

penambahan roda di panel pameran.

(vi) Implikasi Kewangan

Kos pembuatan panel pameran hanya memerlukan kos yang rendah iaitu RM 265 seunit

berbanding panel di pasaran berharga RM1000.

(vii) Kaedah Pencetusan Idea

Pengurusan atasan dan warga/pelanggan

Kaedah yang digunakan adalah seperti berikut:-

Menggunakan kaedah PDCA

- Untuk melancarkan projek, beberapa perkara perlu diambil kira iaitu masalah perlu dicari,

objektif, analisa dibuat dan seterusnya masa pelaksanaan hendaklah dirancang terlebih

dahulu. Kakitangan perlu mencari data untuk perbandingan sebagai sumber rujukan.

Menggunakan kaedah Brainstorming

- Melalui percambahan fikiran, maklumbalas petugas dan laporan, permasalahan dipilih

mengikut kaedah Brainstorming. Enam masalah telah dikenalpasti dan disenaraikan dan

setiap masalah telah dibincangkan berdasarkan kesan kepada jabatan, petugas dan juga

pengguna. Akhirnya, masalah dipilih ialah pemasangan panel pameran mengambil

tempoh masa.

Menggunakan kaedah 5W 1H

What

Apa masalahnya?

Page 5: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

5

Kesukaran membawa dan memasang panel pameran

Apa itu panel pameran?

Panel pameran adalah alat yang digunakan untuk mempamerkan informasi atau

maklumat

Where

Di mana ia digunakan?

Di lokasi program sebagai contoh :

- Bangunan Kerajaan / Swasta

- Sekolah / Kolej / Universiti

- Karnival / Pesta Buku

When

Bila ianya berlaku ?

Semasa kakitangan membawa dan memasang panel pameran

Who

Siapa yang terlibat ?

Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka

Why

Kenapa ianya berlaku ? Panel tersebut berat dan menyukarkan pergerakan Memerlukan tenaga pekerja yang ramai

How

Bagaimana ianya berlaku ?

Panel pameran yang sedia ada 70% diperbuat daripada bahan besi dan aluminium. Jadi

ianya menyukarkan petugas semasa pemasangan panel dilakukan kerana cara

pemasangannya terlalu kompleks dan perlu dilakukan dengan teliti dan penuh berhati-hati

Menggunakan Rajah Ishikawa

Melalui analisa masalah menggunakan Rajah Ishikawa sebelum projek, 4 faktor dipilih

melalui verifikasi punca-punca masalah iaitu:-

Faktor manusia - Tenaga kerja terhad

Faktor persekitaran -Aksesori panel pameran tidak teratur

Faktor bahan - Peralatan terlalu berat

Faktor kaedah - Tiada panduan untuk pemasangan

Page 6: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

6

(viii) Kategori Inovasi

Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

(ix) Indikator / Ciri-ciri Utama Inovasi

Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos

Panel pameran ini mudah dipasang, dibuka dan mudah dibawa ke lokasi .

Pemasangan tidak perlu tenaga kerja yang ramai.

Tempoh pemasangan yang singkat.

Kos pembuatan yang murah berbanding dengan panel pameran sedia ada.

Tidak memerlukan ruang penyimpanan yang luas, kakitangan bekerja dengan lebih

selesa .

Memperkenalkan pendekatan baharu

Panel pameran boleh dipelbagaigunakan seperti latar persembahan boneka dan sesi

bercerita .

(x) Input Pelanggan diambil kira dalam peringkat penghasilan inovasi

Semua peringkat

(xi) Mekanisme Maklum balas Pelanggan

Kaedah Borang Soal Selidik / Maklumbalas

Page 7: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

7

IMPAK SEBELUM DAN SELEPAS INOVASI DIHASILKAN

Berdasarkan kaedah Brainstroming masalah dipilih ialah pemasangan panel pameran

mengambil tempoh masa yang lama. Sasaran projek adalah memendekkan tempoh masa

pemasangan panel pameran dari 15 minit kepada 2 minit 30 saat.

Berdasarkan Rajah Ishikawa Analisa Punca-Punca Masalah dibuat sebelum dan selepas.

Keterangan projek

Masalah

Penerangan Ringkas

Akibat Daripada Masalah

Pemasangan panel

pameran mengambil

tempoh yang lama

Pemasangan mengambil

lebih dari seorang

kakitangan dan

mengambil masa lebih

daripada 15 minit

• Penglibatan lebih daripada

seorang kakitangan.

• Masa yang lama untuk

memasang panel.

• Perlukan kenderaan yang sesuai

untuk membawa panel.

Objektif projek adalah memendekkan tempoh masa pemasangan panel pameran

Punca-punca Masalah adalah terdiri daripada faktor berikut:-

Manusia

PUNCA MASALAH PEMERHATIAN PENILAIAN

Tenaga Kerja Terhad Hanya seorang

petugas yang

mengendalikan kaunter

pameran

Pemasangan panel pameran

mengambil masa yang lama

Persekitaran

PUNCA MASALAH PEMERHATIAN PENILAIAN

Aksesori Panel Pameran

Tidak Teratur

Peralatan dan aksesori

panel pameran tidak

berada pada tempat

yang sepatutnya

Petugas mengambil masa yang lama

untuk mencari aksesori yang perlu

digunakan sewaktu pemasangan panel

pameran seperti “allen key”

Page 8: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

8

Bahan

PUNCA MASALAH PEMERHATIAN PENILAIAN

Peralatan Terlalu Berat Panel pameran perlu

diseret kerana berat

dan kekurangan tenaga

kerja

Memerlukan petugas tambahan untuk

setiap pemasangan panel pameran

Kaedah

PUNCA MASALAH PEMERHATIAN PENILAIAN

Tiada Panduan Untuk

Pemasangan

Petugas tidak

memahami cara

pemasangan panel

yang betul

Memerlukan petugas yang mahir untuk

memberi tunjuk ajar dalam

pemasangan panel pameran

Senarai Punca-Punca Masalah dan Cadangan Penyelesaian

Bil Punca Paling Mungkin Cadangan

1. Tenaga Kerja Terhad Menggunakan bahan peralatan yang lebih

ringan dan mudah dibawa

2. Peralatan Terlalu Berat Menggunakan troli untuk membawa

peralatan panel pameran

3. Aksesori Panel Pameran Tidak Teratur Menggunakan panel pameran yang tidak

mempunyai aksesori peralatan

4. Tiada Panduan Untuk Pemasangan Menggunakan panel pameran yang tidak

mempunyai aksesori peralatan

Analisis SWOT

Bil Punca

Dikenal Pasti

Cadangan

Penyelesaian

Strength Weakness Opportunity Threat

1. Tenaga Kerja

Terhad

Menggunakan

panel pameran

yang boleh

dibawa dan

Memudahkan

dan

mempercepatkan

Bergantung

pada bahan

pameran

yang

Menjimatkan

masa

Tiada

Page 9: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

9

dipasang oleh

seorang petugas

sahaja

pemasangan

digunakan

2. Peralatan

Terlalu Berat

Menggunakan

bahan peralatan

yang lebih ringan

dan mudah

dibawa

Memudahkan

dan

mempercepatkan

pemasangan

Tiada

Penjimatan

masa dan

tenaga

Tiada

3. Aksesori

Panel

Pameran

Tidak Teratur

Menggunakan

panel pameran

yang tidak

mempunyai

aksesori

peralatan

Panel mudah dan

cepat dipasang

Petugas

mengambil

mudah

dalam

tugasan

pemasangan

Menjimatka

n masa

Tiada

4. Tiada

Panduan

Untuk

Pemasangan

Mewujudkan

panel pameran

yang lebih mesra

pengguna

Petugas mudah

untuk memahami

kaedah

pemasangan

Petugas

mengambil

mudah

dalam

tugasan

pemasangan

Kerja

pemasangan

dapat

dilaksanakan

dengan

cepat

Tiada

Page 10: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

10

Lakaran Reka Bentuk Multi-Purpose Panel PERPUSTAM (MP3)

Panel Pameran ini dinamakan sebagai MULTI-PURPOSE PANEL PERPUSTAM (MP3)

Penambahbaikan dan Tindakan Susulan

Kemudahan Panel

Multi-purpose Panel PERPUSTAM ini diperbuat daripada sejenis bahan PVC yang ringan dan

tahan lasak. Ia memudahkan untuk dibawa dan dipasang oleh seorang petugas sahaja. Tetapi

pada awal ciptaan panel ini, ianya sukar untuk dialihkan dan bergerak. Jadi pihak pengurusan

menyarankan untuk memasang roda pada kaki panel tersebut.

Penggunaan panel

Pada awal panel ini dihasilkan, ianya bertujuan untuk digunakan sebagai mempamerkan bahan-

bahan bacaan sebagai pameran umum. Setelah dilihat berdasarkan reka bentuk panel ini, ianya

juga boleh digunakan oleh petugas untuk beberapa program yang lain, antaranya ialah

persembahan boneka, sesi bercerita dan papan kenyataan.

Page 11: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

11

CARTA ALIR PROSES PEMASANGAN PANEL PAMERAN (SEBELUM PROJEK)

MULA

Terima peralatan panel pameran

Semak kelengkapan panel pameran

Memasang kaki panel pameran

Meletakkan kedudukan penahan

dengan betul pada kaki panel

Skru penahan panel agar tidak

jatuh

Memasang papan panel

Memastikan papan panel tidak

jatuh

Meletakkan Info pada papan panel

pameran

TAMAT

Lengka

p

Tidak

Lengkap

Tidak

Stabil

Stabil Tempoh

masa yang

diambil

Page 12: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

12

CARTA ALIR PROSES PEMASANGAN PANEL PAMERAN (SELEPAS PROJEK)

MULA

Terima peralatan panel pameran

Semak kelengkapan panel pameran

Memasang kaki panel pameran

Meletakkan kedudukan penahan

dengan betul pada kaki panel

Memasang papan panel

Meletakkan Info pada papan panel

pameran

TAMAT

Lengka

p

Tidak

Lengkap

Tempoh

masa yang

diambil

Page 13: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

13

Multi-Purpose Panel PERPUSTAM (MP3) ini dijadilakan sebagai panel persembahan boneka.

Selain berfungsi sebagai panel pameran, MP3 juga boleh digunakan sebagai tempat untuk

melaksanakan aktiviti kanak-kanak seperti sesi bercerita dan papan kenyataan.

Page 14: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

14

Berdasarkan pemerhatian pihak pengurusan, MP3 perlu penambahbaikan dari segi keteguhan

panel dengan cara meletakkan simen didalam kaki panel agar lebih stabil semasa pemasangan

serta penambahan roda pada kaki panel untuk memudahkan pergerakan MP3.

Penambahan roda pada kaki panel sedang dilakukan

Simen diletakkan didalam PVC yang berfungsi sebagai kaki panel pameran

IMPAK INOVASI

Agensi / Jabatan - Bahan penyediaan panel pameran adalah murah berbanding pembelian

panel pameran yang baru. Harga untuk panel pameran inovasi baru ini adalah RM 265.00.

Perkhidmatan Awam - Mempercepatkan pemasangan panel pameran iaitu mengambil masa 2

minit 30 saat.

ELEMEN INOVASI

(i) Inovatif / Kreativiti

Inovasi panel pameran ini menggunakan bahan yang lebih ringan dan mudah dibawa

berbanding panel pameran yang sediada yang menggunakan bahan yang lebih berat. Selain

itu, penambahan roda kepada panel pameran agar memudahkan pergerakan. Kelebihan panel

pameran ini adalah boleh dipelbagaigunakan seperti latar sesi bercerita dan persembahan

boneka serta papan kenyataan.

(ii) Keberkesanan

Faedah penggunaan panel pameran ini adalah mempercepatkan masa pemasangan panel

pameran, pemasangan menjadi lebih mudah dan kakitangan berpuashati dengan inovasi yang

diwujudkan, pembuatan panel pameran hanya memerlukan kos yang rendah dan menjimatkan

kos jabatan.

Page 15: LAPORAN ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2473-multi-purpose-panel...Tingkat 1, Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka untuk dijadikan

15

(iv) Signifikan

Perkhidmatan mesra pelanggan disebabkan panel pameran ringan, mudah dan selamat

digunakan.

Penjimatan masa/ kos/ sumber dan meningkatkan produktiviti.

Mengurangkan tempoh pemasangan panel pameran daripada 15 minit kepada 2 minit 30 saat.

Pembuatan panel pameran hanya memerlukan kos yang rendah

Pembuatan panel pameran sediada memerlukan kos sebanyak RM 1000.00 berbanding kos

panel pameran MP3 sebanyak RM 265.00. Berlaku penjimatan sebanyak RM 735.00.

Bahan-bahan diperolehi daripada pembelian.

Mempermudahkan dan mempercepatkan tugasan.

(iv) Relevan

Pembuatan panel pameran sediada memerlukan kos sebanyak RM 1000.00 berbanding kos

panel pameran MP3 sebanyak RM 265.00. Berlaku penjimatan sebanyak RM 735.00. Ini

selaras dengan seruan kerajaan supaya semua agensi/ jabatan mengamalkan penjimatan.

PENGIKTIRAFAN DITERIMA

Inovasi ini telah memenangi Tempat Ketiga di Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif

Tahun 2015 peringkat Negeri Melaka.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, inovasi ini memberi impak yang besar kepada organisasi. Selain itu,

ianya memberi pembelajaran kepada kakitangan dalam kerjasama berpasukan serta

mencungkil bakat dan kreativiti kakitangan.