laporan

3
Laporan Melalui lawatan Hubungan Etnik ini, saya mendapat banyak manfaat dan ilmu pengetahuan baru dalam mengenali bangsa Siam di Malaysia. Secara tidak langsung, melalui kajian ini saya banyak mempelajari dan lebih memahami adat istiadat dalam masyarakat ini. Melalui lawatan ini juga, saya dapat mempelajari bahawa hubungan etnik yang terdapat dalam Negara kita ini mempunyai daya tarikan dan kebudayaan serta ciri-ciri yang tersendiri yang menyebabkan Negara Malaysia ini merupakan sebuah Negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan bengsa namun mampu untuk hidup aman dan harmoni di bawah satu bumbung dan naungan Negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, apa yang seya pelajari melalui kajian hubungan etnik ini,kita seharusnya menghargai Negara kita dan memelihara kesejahteraan Negara dengan memupukkan perpaduan antara satu dengan yang lain. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai bangsa,agama dan fahaman, namun kesemua itu menjadikan Negara kita sebagai Negara yang istimewa dan mampu bersanig dan menjadi contoh kepadan Negara luar. Sesungguhnya, saya mengakui bahawa lawatan ini sangat mencabar dan sangat menduga tahap kesabaran saya serta menguji tahap kognitif dan juga kawalan emosi saya. Saya juga menghadapi pelbagai kesulitan sepanjang melaksanakan lawatan ini, antara kekangan yang saya hadapi sepanjang melaksanakan lawatan ini ialah kesukaran untuk mendapatkan sumber rujukan yang utama seperti dan buku-buku lain yang menjadi bahan

Upload: wan-amir-iskandar-ismadi

Post on 01-Oct-2015

9 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

LaporanMelalui lawatan Hubungan Etnik ini, saya mendapat banyak manfaat dan ilmu pengetahuan baru dalam mengenali bangsa Siam di Malaysia. Secara tidak langsung, melalui kajian ini saya banyak mempelajari dan lebih memahami adat istiadat dalam masyarakat ini. Melalui lawatan ini juga, saya dapat mempelajari bahawa hubungan etnik yang terdapat dalam Negara kita ini mempunyai daya tarikan dan kebudayaan serta ciri-ciri yang tersendiri yang menyebabkan Negara Malaysia ini merupakan sebuah Negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan bengsa namun mampu untuk hidup aman dan harmoni di bawah satu bumbung dan naungan Negara Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, apa yang seya pelajari melalui kajian hubungan etnik ini,kita seharusnya menghargai Negara kita dan memelihara kesejahteraan Negara dengan memupukkan perpaduan antara satu dengan yang lain. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai bangsa,agama dan fahaman, namun kesemua itu menjadikan Negara kita sebagai Negara yang istimewa dan mampu bersanig dan menjadi contoh kepadan Negara luar.Sesungguhnya, saya mengakui bahawa lawatan ini sangat mencabar dan sangat menduga tahap kesabaran saya serta menguji tahap kognitif dan juga kawalan emosi saya. Saya juga menghadapi pelbagai kesulitan sepanjang melaksanakan lawatan ini, antara kekangan yang saya hadapi sepanjang melaksanakan lawatan ini ialah kesukaran untuk mendapatkan sumber rujukan yang utama seperti dan buku-buku lain yang menjadi bahan bacaan utama bagi etnik yang saya kaji. Sumber rujukan yang ada juga adalah terhad dan tidak mencukupi kerana ramai pelajar juga ingin mendapatkan buku yang sama namun buku tersebut tidak mencukupi untuk semua pelajar dan perkara ini juga memberi pengajaran kepada saya untuk berlumba bersama pelajar lain untuk mendapatkan buku tersebut lebih awal agar sumber yang ada dapat saya gunakan dengan sepenuhnya.Maklumat yang terdapat dalam laman web juga kurang menepati sasaran saya dan menyukarkan saya untuk mencari maklumat dengan lebih mendalam. Sepanjang melaksanakan lawatan ini juga, saya mengalami sedikit tekanan yang membuatkan saya menangis namun saya percaya dan berpegang pada kata-kata pengarah IPG Kampus Pulau Pinang menyatakan selagi peluh kita tidak keluar,selagi itu kita tidak akan merasa hasil usaha kita. Oleh itu, saya berjuang dengan semangat yang ada untuk menyiapkan lawatan ini dalam tempoh yang ditetapkan walaupun dalam tempoh yang diberikan juga terdapat tugasan-tugasan lain yang perlu disiapkan dan begitu juga dengan aktiviti yang semakin menimpa untuk kami laksanakan. Inilah sedikit sebanyak info dan input baru yang saya perolehi semasa menyiapkan lawatan ini.Saya berharap dan berdoa kepada Tuhan agar segala ilmu yang saya pelajari sepanjang semester ini akan terus melekat dalam ingatan saya dan membantusaya untuk menjadi insan yang berintelektual serta mempunyai pengetahuan yang banyak dalam profesion yang saya ceburi dan saya juga berharap agar pembelajaran sayag akan trus berlangsung dan saya dapat menyebarkan ilmu yang saya peroleh kepada masyarakat dan memanfaatkan ilmu tersebut dengan sebaik yang mungkin. Insyaallah dengan izin Allah.