lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

20
1 LAMPIRAN A PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK, DAERAH HULU SELANGOR DAN HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG, DAERAH HULU SELANGOR PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS) PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA DI ATAS KOMPATMEN DAN BLOK-BLOK SELUAS 5,000 HEKTAR DI HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK, DAERAH HULU SELANGOR YANG DIUSAHAKAN OLEH SYARIKAT SHRADER NURSERY SDN BHD DAN KOMPATMEN DAN BLOK-BLOK, SELUAS 5,000 HEKTAR, DI HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG, DAERAH HULU SELANGOR YANG DIUSAHAKAN OLEH 6 (ENAM) SYARIKAT IAITU SYARIKAT IN-N-OUT SDN BHD, SYARIKAT MEGAFORES NURSERY SDN BHD, SYARIKAT ECO MURNI SDN BHD, SYARIKAT KAYANGAN RAMPAI SDN BHD, SYARIKAT TROPICAL POSITION SDN BHD DAN SYARIKAT MEWAH IKHTIAR SDN BHD. MMKN pada ..... November 2009 bersetuju supaya Y. A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor mengelaskan semula maklumat ini di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (AKTA 88)

Upload: one-world

Post on 08-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

TRANSCRIPT

Page 1: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

1

LAMPIRAN A

PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA

HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK, DAERAH HULU SELANGOR

DAN

HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG, DAERAH HULU SELANGOR

PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)

PROGRAM PENGHUTANAN SEMULA DI ATAS KOMPATMEN DAN BLOK-BLOK SELUAS

5,000 HEKTAR DI HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK, DAERAH HULU SELANGOR YANG

DIUSAHAKAN OLEH SYARIKAT SHRADER NURSERY SDN BHD

DAN

KOMPATMEN DAN BLOK-BLOK, SELUAS 5,000 HEKTAR, DI HUTAN SIMPAN RANTAU

PANJANG, DAERAH HULU SELANGOR YANG DIUSAHAKAN OLEH 6 (ENAM)

SYARIKAT IAITU SYARIKAT IN-N-OUT SDN BHD, SYARIKAT MEGAFORES NURSERY

SDN BHD, SYARIKAT ECO MURNI SDN BHD, SYARIKAT KAYANGAN RAMPAI SDN

BHD, SYARIKAT TROPICAL POSITION SDN BHD DAN SYARIKAT MEWAH IKHTIAR

SDN BHD.

MMKN pada ..... November 2009 bersetuju supaya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor

mengelaskan semula maklumat ini di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi (AKTA

88)

Page 2: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

2

PENDAHULUAN

Kandungan lampiran ini dikemukan dalam beberapa bahagian iaitu

- Kronologi

- Maklumat syarikat-syarikat pemajak

- Maklumat perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani

- Kedudukan masa kini

Page 3: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

3

KRONOLOGI

Kawasan Hutan Simpan Rantau Panjang dan Bukit Tarek, Mukim Serendah seluas 10,000

hektar telah ditanam dengan tanaman Acacia sejak 1984. Sehingga tahun 1994, seluas 10%

daripada kawasan tersebut telah mencapai tahap matang dan sesuai ditebang serta ditanam

semula.

Kerajaan Negeri Selangor, dalam mesyuarat Stanco Pertanian Negeri Selangor telah

mengarahkan PKPS melaksanakan program penghutanan semula Hutan Simpan dengan

tanaman Sentang dan Jati bagi menggantikan tanaman Acacia.

Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis PKPS No 99 pada 12 Ogos 1999 telah membincangan

Kertas Kerja L/P Bil 12/99 mengenai Cadangan Menghutan Semula Kawasan Acasia

Dengan Projek Tanaman Sentang dan Jati” yang dikemukakan oleh Perbadanan

Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Mesyuarat ini mengambilmaklum perkara-perkara

berikut:-

Kerajaan Negeri telah mengarahkan PKPS melaksanakan Program Penghutanan

Semula (mengantikan tanaman Acasia yang sedia ada dengan tanaman Sentang &

Jati).

PKPS dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri telah mengenalpasti 10,000

hektar di Hutan Simpan Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor sebagai kawasan

penghutanan semula di mana terdapat 1,000 hektar tanaman Acasia (dari

keseluruhan keluasan) telah matang dan sedia ditanam semula dengan tanaman

Sentang dan Jati.

Projek penanaman semula dilaksanakan oleh PKPS dengan cara Kerajaan Negeri

memberi konsesi selama enam puluh (60) tahun.

Aktiviti perhutanan semula dijalankan secara kerjasama dengan syarikat-syarikat

Mega Forest Plantation Management Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja-kerja

menanam pokok sentang dan Schrader Forest Management Sdn. Bhd untuk

penanaman pokok jati.

Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis PKPS No 99 ini kemudiannya bersetuju untuk

mengemukakan cadangan supaya PKPS dijadikan agensi menjalankan program

penghutanan semula di Hutan Simpan Bukit Tarek Seluas 5.000 hektar dan Hutan

Simpan Rantau Panjang seluas 5,000 hektar. Untuk tujuan ini, PKPS dikehendaki

memohon konsesi kawasan hutan-hutan simpan terserbut.

Sejurus itu, pada 16 Disember 1999, Mesyuarat UPEN mengenai cadangan Projek

Penghutanan Semula Hutan Simpan Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor dengan

tanaman Sentang dan Jati oleh PKPS diadakan.

Mesyuarat dimaklumkan bahawa idea asal perancangan projek adalah daripada YAB

Menteri Besar Selangor pada masa tersebut, iaitu Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Bin Toyo,

bertujuan untuk mengimbangi pembangunan fizikal dan kehijauan di Selangor. Kawasan

Page 4: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

4

yang dikenalpasti telah ditanam dengan pokok Acasia dan pada masa yang sama pinjaman

Kerajaan dari Bank Pembangunan Asia masih belum diselesaikan pada masa tersebut.

Dalam mesyuarat yang sama, Pengarah Jabatatan Perhutanan Negeri menyatakan bahawa

pihak Jabatannya akan menetapkan syarat-syarat seperti tempoh pajakan tanah, bayaran

premium dan sewaan tanah.

Mesyuarat UPEN ini besetuju dengan kertas cadangan yang dibentangkan oleh PKPS untuk

memohon konsesi tanah selama enam puluh (60) tahun di Hutan Simpan Bukit Tarek dan

Rantau Panjang, Mukim Serendah, Daerah Hulu Selangor, daripada Kerajaan Negeri.

Mesyuarat juga menyarankan supaya kertas ringkasan pada peringkat EXCO MTES

mengenai perkara ini disediakan. Mesyuarat ini juga mencadangkan penubuhan satu

jawatankuasa pemandu untuk memantau perjalanan projek ini dan menyediakan perjanjian-

perjanjian dengan Schrader Nursery (M) Sdn. Bhd dan Megafores Nursery Sdn Bhd.

Sejurus itu, EXCO MTES EXCO MTES Bil 1/2000 pada 5 Jan 2000 meluluskan kertas

cadangan Projek Penghutanan Semula Hutan Simpan Mukim Serendah, Daerah Hulu

Selangor Dengan Tanaman Sentang dan Jati yang disediakan oleh PKPS. Kelulusan

konsesi tanah selama enam puluh (60) tahun diberi kepada PKPS.

Mesyuarat EXCO MTES ini juga mengarahkan supaya PKPS menyelesaikan pinjaman Bank

Pembangunan Asia (ADB) sebanyak RM16 juta melalui hasil royalti dari balak Acacia yang

ditebang. PKPS juga dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau

projek dan menentukan insentif dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Lain-lain

syarat ditentukan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Selangor.

Pada 5 Mei 2000, Mesyuarat Pemberian Konsesi Seluas 10,000 Hektar Hutan Simpan

bagi Penghutanan Semula Kepada PKPS diadakan oleh pihak UPEN. Mesyuarat

dimaklumkan bahawa PKPS telah menyediakan deraf perjanjian usahasama dengan

Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd untuk tanaman Jati dan Syarikat

Megafores Nursery Sdn Bhd untuk tanaman Sentang. Menurut minit mesyuarat yang dicatat,

PKPS diminta mengemukan deraf perjanjian kepada Kerajaan Negeri untuk disemak dan

PKPS juga diminta untuk menyemak latar belakang kedua-dua syarikat Schrader Forest

Management Sdn. Bhd dan Megafores Nursery Sdn Bhd. PKPS juga dikehendaki meneliti

semula penglibatan kedua-dua syarikat kerana cadangan yang sedia ada tidak langsung

meletakkan tanggungjawab kepada syarikat, sebaliknya hanya kepada PKPS.

Pada 7 Jun 2000, Mesyuarat UPEN yang membincangkan mengenai projek penghutanan

semula diadakan untuk menyemak perlaksanaan projek tersebut dari aspek kemajuan

tapak, perjanjian usahasama dan isu-isu yang berbangkit. Wakil-wakil dari Syarikat Mega

Forest Plantation Sdn. Bhd. dan Schreder Nursery (M) Sdn. Bhd. yang turut hadir dalam

mesyuarat ini dimaklumkan bahawa mereka boleh memulakan kerja-kerja di tapak setelah

perjanjiian ditandatangani. Jabatan Perhutanan Negeri diminta mengeluarkan surat kepada

PKPS yang membenarkan PKPS dan syarikat memasuki kawasan. PKPS juga diminta

mengeluarkan surat kepada kedua-dua syarikat untuk kebenaran ini.

Page 5: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

5

Pada 20 Oct 2000, MTES megemukakan surat kepada PKPS ((8)

dlm.IPK.Sel.04.01.1/84/12) di mana pihak PKPS diminta untuk menghadiri mesyuarat

penyemakan deraf-deraf perjanjian untuk program penghutanan. Menurut surat tersebut,

mesyuarat ini diadakan pada 23 Oktober 2000. Walaubagaimanapun, minit mesyuarat dan

keputusan mesyuarat penyemakan deraf perjanjian ini tidak dapat dikesan di PKPS.

Pada 20 November 2000, EXCO MTES Bil 30/2000 telah meluluskan tiga (3) deraf

perjanjian cadangan projek iaitu

- Perjanjian konsesi Kerajaan Negeri & PKPS

- Perjanjian pajakan semula PKPS dengan Syarikat Schrader Forest Management (M)

Sdn. Bhd

- Perjanjian pajakan semula PKPS dengan Syarikat Megafores Nursery Sdn Bhd

Pada 22 Februari 2001, PKPS dan Kerajaan Negeri menandatangani Lease and

Concession Agreement di mana PKPS diberi konsesi tanah Hutan Simpan Bukit Tarek

seluas 5,000 hektar dan Hutan Simpan Rantau Panjang seluas 5,000 hektar selama 60

tahun.

Pada hari yang sama, iaitu 22 Februari 2001, Sublease Agreement diantara PKPS dengan

Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd. ditandatangani di mana Blok-blok 12/86, 15/87,

3/85 dan15/87 seluas 1,000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada

selama Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd selama 50 tahun.

Pada 7 Mac 2001, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Schrader

Nursery (M) Sdn. Bhd ditandatangani di mana Blok-blok 2/88, 18/87, 19/87 dan 22/90

seluas 5,000 hektar di Hutan Simpan Bukit Tarek dipajakkan kepada Syarikat Schrader

Nursery (M) Sdn. Bhd selama 50 tahun.

Pada 16 Mei 2002, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat In-N-Out

Plantation Management Sdn. Bhd. ditandatangani di mana Kompartmen 13/86 dan Blok

16/87 seluas 1000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat In-

N-Out Plantation Management Sdn. Bhd selama 50 tahun. Maklumat keluluskan pemberian

konsesi tanah seluas 1,000 hektar kepada syarikat ini tidak dapat dikesan di PKPS.

Ketetapan Pekeliling (Circular Resolution) PKPS bertarikh 19 Februari 2003 bersetujuuntuk

meluluskan pemberian konsesi tanah seluas 660 hektar kepada Syarikat Mewah Ikhtiar

Sdn Bhd.

Pada 28 Jan 2003, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Mewah Ikhtiar

Sdn Bhd. ditandatangani di mana Kompatmen Blok A, Blok-blok 12,13,14,28,29 seluas 660

hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd

selama 50 tahun.

Ketetapan Pekeliling (Circular Resolution) PKPS bertarikh 3 Febuari 2003 bersetuju untuk meluluskan pemberian konsesi tanah seluas 80 hektar kepada Syarikat Eco Murni Sdn. Bhd untuk “Organic Technology Park”.

Page 6: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

6

Pada 14 Febuari 2003, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Eco Murni

Sdn Bhd ditandatangani ditandatangani di mana Kompatmen 36 seluas 80 hektar di Hutan

Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Eco Murni Sdn Bhd selama 50 tahun

Pada 8 Disember 2003, Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis Majlis PKPS ke 110 meluluskan

pajakan kepada Syarikat Kayangan Rampai Sdn. Bhd. seluas 100 hektar untuk Agro

Forestry Industry.

Pada 7 Januari 2005, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Kayangan

Rampai Sdn Bhd ditandatangani di mana Kompatmen 6/84 seluas 100 hektar di di Hutan

Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd selama 20

tahun.

Pada 11 April 2005 Mesyuarat Jemaah Ahli Majlis Majlis PKPS Ke 113 meluluskan pajakan

kepada Syarikat Tropical Position Sdn Bhd seluas 1144 hektar untuk Program

Penghutanan Semula.

Pada 11 Oktober 2005, Sublease Agreement diantara PKPS dengan Syarikat Tropical

Position Sdn Bhd ditandatangani di mana Kompatmen 36, 37, 38, 41, 42, Kompatmen

50/52 dan Blok 2A di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Tropical

Position Sdn Bhd selama 50 tahun.

MAKLUMAT SYARIKAT-SYARIKAT KONSESI DI HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK DAN

RANTAU PANJANG

a) Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat

Megafores Nursery Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 30 Sep, 2000 dan jenis

perniagaannya adalah „Timber planting, growing, cultivating, buying, selling,

developing and otherwise’. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan

dalam laporan yang sama, adalah Room 209, 2nd Floor, Kwang Tung Assoc.

Building, 44 Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah

seperti berikut:-

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Brig. Gen ® Dato‟ Abdullah Omar

450331-03-5047 No. 8, Lorong Setiarasa, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

30-9-2000

Datin Norizan Hussien

591207-10-5780 No. 8, Lorong Setiarasa, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

30-9-2000

Jasmin Bin Abdullah 0678661 No. 8, Lorong Setiarasa, Bukit

26-9-2002

Page 7: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

7

Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Suhaimi Bin Mohd Ghazali

680229-10-5487 No. 72, Jalan Mawar 5A, Taman Mawar, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor

13-3-2006

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2001

adalah seperti berikut:

1. Brig. Gen ® Dato‟ Abdullah Omar

2. Datin Norizan Hussein

3. Dato‟ Karim bin Marzuki

4. Jasmin bin Abdullah

5. Suhaimi bin Mohd Ghazali

b) Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat

Schrader Forest Management Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 8 Disember 1999 dan

jenis perniagaannya adalah „Nursery forest planning, designing and landscaping’.

Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang sama,

adalah Lot 2.08, 2nd Floor, Wisma Westcourt 126, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala

Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut:-

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Ralf Klaus Koether 1327241716 STRAMDWEG 79

22587 Hamburg

Germany

2-3-2009

Dato' Mohd Salleh

bin Ahmad

411211-10-5045 198, Jln Mutiara

Gombak Setia 53100

Kuala Lumpur

25-5-2009

Tan Sri Dato' Sri

Sanusi bin Junid

430710-02-5051 No. 3, Lorong Batai

Dalam, Damansara

Heights, 50190

Kuala Lumpur

11-2-2009

Kamarulzaman bin

Sidin

480703-05-5135 26, Jln H 10 Taman

Melawati, Ulu Klang

53100 Kuala Lumpur

21-4-2008

Page 8: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

8

Dato' Lau Eng Guang 550221-01-5211 Lot 1.05, 1st Floor,

Wisma Westcourt,

126, Jalan Kelang

Lama, 58000 Kuala

Lumpur

21-4-2008

Amnah binti Ibrahim 581224-01-5702 No. 26, Jalan

Kenyalang 11/8 PJU

5, Kota Damansara

47810 Petaling Jaya,

Selangor

21-4-2008

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2001

adalah seperti berikut;

1. Hans Peter Hartmann

2. Shaharudin bin Hj. Nordin

3. Harald Jess

c) Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn. Bhd.

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat In-N-

Out Plantation Management Sdn. Bhd. pada asalnya ditubuhkan pada 29 Januari

1996 di atas nama Hsinfatt Property Sdn. Bhd. Pertukaran nama syarikat dilakukan

pada 27 Mei 1998 dan jenis perniagaannya adalah „To plant high quality and quick

growing trees on lands leased by the company with the intention to harvest and trade

such products’. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam

laporan yang sama, adalah 24A (Room 1), Jalan 21/19, Sea Park, 46300 Petaling

Jaya dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut.

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Yap Tian Tion 561014-05-5097 2, Jalan Sri Petaling

10, Bandar Baru Sri

Petaling, 57000

Kuala Lumpur

15-11-2008

Ng Ah Chai 620703-10-5077 No. 11, Jalan 1,

Puncak Perdana,

Batu 11, 43200

Cheras, Selangor

15-11-2008

Chee Chik Eng 671103-10-6041 205, Kg. Baru Bt.11,

43200 Bt. 9 Cheras,

9-7-2003

Page 9: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

9

Selangor

Gan Boon Tian 681010-10-5495 10, Jalam

Kemunting, Taman

Paling Jaya, 43500

Semenyih, Selangor

15-11-2008

Tan Kok Fah 570214-05-5563 No. 1, Jalan

Lentang, Taman

Bukit Lentang, 73400

Gemas Baru, Negeri

Sembilan

15-11-2008

Chee Chik Keng 660124-10-6135 No. 205, Kampung

Baru, Batu 11, 43200

Cheras, Selangor

15-11-2008

Kuan Kian Seng 670911-10-5181 No. 182, Batu 11

Cheras, Batu 9,

43200 Cheras,

Selangor

15-11-2008

Gan Seow Ling

720116-10-5126 Lot 996, Batu 22

Jalan Beranang,

43500 Semenyih,

Selangor

15-11-2008

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2002

adalah seperti berikut:

1. Ten Geok Soo

2. Dato’ Abdul Rahman bin Palil

d) Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat

Mewah Ikhtiar Sdn Bhd ditubuhkan pada 27 Febuari 1990 dan jenis perniagaannya

adalah „Reforestation plantation‟. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang

disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 39-1, Jalan 9/62A, Bandar

Manjalara, Kepong, 52200 Kuala Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah seperti

berikut.

Page 10: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

10

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Lee Kai Sim

500926-10-5078 17, Jalan 7/1 Off

Jalan Permata

Selangor

6-2-2003

Lim Keow Lam 520428-10-5473 17, Jalan 7/1 Off

Jalan Permata

Selangor

6-2-2003

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2003

adalah seperti berikut:

1. Dato‟ Tengku Putra Bin Tengku Azman Shah

2. Poh Goay Kee

3. Tan Siew Hong

4. Felix Tan Soon Kim

e) Syarikat Eco Murni Sdn Bhd

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat Eco

Murni Sdn Bhd ditubuhkan pada 13 Julai, 2007 dan status syarikat adalah

„Dormant‟. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan

yang sama, adalah 41B, Damai Complex, Jalan Dato Haji Eusoff, 50400 Kuala

Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut.

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Ng Poh Kok 500915-07-5141 44, Linkungan

Negeri Sembilan,

Federal Hill, 50480

Kuala Lumpur

13-7-1998

Yong Kim Thai 571124-10-5621 723, Jalan IB/4,

Bandar Baru Sg.

Buloh, Selangor

25-3-2005

Lim Beng Yau 691116-02-5337 3, Jln Desa 12/5,

Bandar Country

Homes, Rawang

Selango

15-1-2001

Page 11: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

11

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2003

adalah seperti berikut:

1. Ng Poh Kok

2. Lim Beng Yau

f) Syarikat Kayangan Rampai Sdn. Bhd

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat

Kayangan Rampai Sdn. Bhd ditubuhkan pada 8 Jul, 1996 dan jenis perniagaan

disenaraikan sebagai „Operator of an orchard ‟. Alamat berdaftar syarikat ini seperti

yang disenaraikan dalam laporan yang sama, adalah 5.15, 5th Floor, Office Block,

Pudu Plaza, Jalan Landak Off Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur dan pengarah-

pengarahnya adalah seperti berikut.

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Mohamad Khairil

bin Haris

621209-10-7485 75, Sungai Kantan

43000 Kajang,

Selangor

16-6-2003

Muhammad Nadzri

bin Baharom

650906-10-5031 1 Lot 55, Jln. Tan

Sri Abd. Aziz, Sg.

Kantan 43000

Kajang, Selangor

16-6-2003

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2005

adalah seperti berikut:

1. Low Meow Fah

2. Teh Teong Seen

g) Syarikat Tropical Position Sdn. Bhd

Menurut laporan yang diperolehi dari SSM bertarikh 12 Oktober 2009 Syarikat

Tropical Position Sdn. Bhd ditubuhkan pada 20 April 2004 dan jenis perniagaan

disenaraikan sebagai „Engaged in planting of rubber trees for its latex and rubber

wood ‟. Alamat berdaftar syarikat ini seperti yang disenaraikan dalam laporan yang

sama, adalah E-9-21B, Plaza Mont Kiara, No.2, Jalan Kiara, Mont Kiara, 50480

Kuala Lumpur dan pengarah-pengarahnya adalah seperti berikut.

Nama K/P Alamat Tarikh Perlantikan

Dr. Roslan bin 551113-04-5215 21 Jalan Bidara

2/1 Taman Bidara

19-8-2008

Page 12: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

12

Ismail Selayang, 68100

Batu Caves,

Selangor

Noradzman bin Mat

Idris

630123-10-7649 No. 2H, Lengkuk

Teluk Menegun 3,

Taman Sri

Menegun, 41000

Klang, Selangor

1-7-2004

Chong Boon Weng 690607-05-5229 B4-3, Sri Sentosa

Condominium,

Sungai Jelok,

43000 Kajang,

Selangor

24-8-2006

Ong Chui Peng 731006-14-5446 99, Jln Perlak, Sri

Petaling 57000

Kuala Lumpur

1-6-2004

Ahli lembaga pengarah asal semasa perjanjian ditandatangani pada tahun 2005

adalah seperti berikut:

1. Mat Idris bin Ahmat @ Muhammad

2. Noradzman bin Mat Idris

3. Ong Chui Peng

PERJANJIAN

a) Perjanjian antara pihak PKPS dan Kerajaan Negeri

„Lease and Concession Agreement’ di antara Kerajaan Negeri dan PKPS ditandatangani

pada 22 Feb, 2001, di mana PKPS diberi konsesi tanah Hutan Simpan Bukit Tarek

seluas 5,000 hektar dan Hutan Simpan Rantau Panjang seluas 5,000 hektar selama 60

tahun.

Pihak yang menderaf dan menyemak perjanjian adalah Tetuan Baharuddin Ali & Co.

panel peguam PKPS. Bagi pihak PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato'

Haji Karim Marzuki, Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin

Darhan, Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Kerajaan

Negeri, perjanjian ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Selangor Dato' Hj Ambrin bin

Buang, Setiausaha Kerajaan Selangor pada masa itu dan Dato' Mohd Sinon b.Mudzakir,

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) pada masa tersebut. "Peguam PKPS:

Page 13: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

13

Penasihat undang-undang bagi pihak PKPS adalah Tetuan Baharuddin Ali & Co dan

bagi pihak Kerajaan Negeri, adalah YB Dato' Hj Mohd Zawawi bin Hj Saleh, Penasihat

Undang-undang Negeri Selangor pada masa tersebut.

b) Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat – Syarikat Pemajak

Perjanjian-perjanjian di antara PKPS dan syarikat-syarikat pemajak yang dipilih

dilaksanakan di antara tahun 2001 sehingga 2005.

Untuk kesemua syarikat-syarikat pemajak, kecuali Tropical Position Sdn. Bhd, kadar

pajakan yang ditetapkan oleh PKPS adalah seperti berikut

Tahun 1 - 6 = RM 10 per hektar setahun

Tahun 7 - 15 = RM 13 per hektar setahun

Tahun 16 - 50 = RM 20 per hektar setahun

Bagi Tropical Position Sdn. Bhd, kadar pajakan yang ditetapkan adalah seperti berikut

Tahun 1 - 6 = RM 18 per hektar setahun

Tahun 7 - 15 = RM 23 per hektar setahun

Tahun 16 - 50 = RM 28 per hektar setahun

Selain itu, pemajak dikehendaki membayar royalti balak dan hasil ladang sebanyak 4%

kepada PKPS dan cukai-cukai kepada Jabatan Perhutanan Negeri yang mana kadarnya

ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.

Tempoh pajakan yang diberi kepada kesemua syarikat pemajak adalah selama lima

puluh (50) tahun, kecuali Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd di mana tempoh

pajakannya adalah selama dua puluh (20) tahun.

Berikut adalah butir-butir perjanjian yang ditandatangani oleh PKPS dan syarikat-syarikat

pemajak.

b(i) Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd

„Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Megafores Nursery

Sdn. Bhd ditandatangani pada 22 Feb, 2001, di mana Blok-blok 12/86,

15/87, 3/85 dan15/87 seluas 1,000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang

dipajakkan kepada Syarikat Megafores Nursery Sdn. Bhd selama 50 tahun.

Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Baharuddin Ali & Co. Bagi pihak

PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki,

Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin Darhan,

Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Syarikat

perjanjian ditandatangani oleh - Brig. Gen ® Abdullah Omar Managing Director

dan Norizan Hussien, Pengarah Syarikat.

Page 14: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

14

b(ii) Perjanjian antara PKPS dan Syarikat Schrader Forest Management Sdn.

Bhd

„Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Schrader Forest

Management Sdn. Bhd ditandatangani pada 7 Mac 2001, di mana Blok-blok

2/88, 18/87, 19/87 dan 22/90 seluas 5,000 hektar di Hutan Simpan Bukit

Tarek dipajakkan kepada Syarikat Schrader Nursery (M) Sdn. Bhd selama 50

tahun.

Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Baharuddin Ali & Co. Bagi pihak

PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki,

Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin Darhan,

Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Syarikat,

perjanjian ditandatangani oleh Peter Hartman, Pengarah Urusan dan Shaharudin

bin Hj Nordin, Pengarah.

b(iii) Perjanjian PKPS dengan Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn.

Bhd.

„Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat In-N-Out Plantation

Management Sdn. Bhd. ditandatangani pada 16 Mei, 2002, Kompatmen

13/86 dan Blok 16/87 seluas 1000 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang

dipajakkan kepada Syarikat In-N-Out Plantation Management Sdn. Bhd

selama 50 tahun.

Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Baharuddin Ali & Co. Bagi pihak

PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki,

Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin Dahran,

Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Syarikat

perjanjian ditandatangani oleh Dato‟ Abd. Rahman bin Palil dan Ten Geok Soo.

b(iv) Perjanjian PKPS dengan Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd.

„Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn

Bhd. ditandatangani pada 28 Januari, 2003, di mana Kompatmen Blok A,

Blok-blok 12,13,14,28,29 seluas 660 hektar di Hutan Simpan Rantau Panjang

dipajakkan kepada Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd selama 50 tahun.

Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Baharuddin Ali & Co. Bagi pihak

PKPS, perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki,

Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Mohd Nordin bin Darhan,

Pengurus Kanan Korporat, PKPS pada masa tersebut. Bagi pihak Syarikat

perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Dato' Tengku Putra

Tengku Azman Shah dan Poh Goay Kee.

Pada 5 Mac 2007, satu Supplementary Agreement di antara PKPS dengan

Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd. ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki,

Pengurus Besar Kumpulan pada masa itu dan Zarinah Zarinah binti Taslim

Page 15: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

15

Pengurus Perundangan, bagi pihak PKPS. Bagi pihak Syarikat perjanjian ini

ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu Dato' Lim Keow Lam (Dato

Francis KL Lim) dan Lee Kai Sim.

Tujuan Supplementary Agreement ini diadakan adalah disebabkan perubahan

kawasan asal daripada 1,000 hektar dikurangkan kepada 660 hektar.

b(v) Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat Eco Murni Sdn Bhd

„Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Eco Murni Sdn Bhd

ditandatangani pada 14 Feb 2003, di mana Kompatmen 36 seluas 80 hektar

di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat Eco Murni Sdn

Bhd selama 50 tahun.

Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Al Sabri & Co. Bagi pihak PKPS,

perjanjian tersebut ditandatangani oleh Dato' Haji Karim Marzuki, Pengurus

Besar Kumpulan pada masa tersebut, Mohd Nordin bin Darhan, Pengurus

Kanan Korporat pada masa tersebut dan Mohd Faiz bin M.Jaafar, Peguam PKPS

merupakan saksi perjanjian.

Bagi pihak Syarikat perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu

Dr. Ng Poh Kok dan Lim Beng Yau.

b(vi) Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd

„Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Kayangan Rampai Sdn

Bhd ditandatangani pada 7 Januari 2005, di mana Kompatmen 6/84 seluas

100 hektar di di Hutan Simpan Rantau Panjang dipajakkan kepada Syarikat

Kayangan Rampai Sdn Bhd selama 20 tahun untuk tujuan Agro Forestry

Industry.

Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Al Sabri & Co. Bagi pihak PKPS,

perjanjian tersebut ditandatangani oleh PKPS Dato' Haji Karim Marzuki,

Pengurus Besar Kumpulan pada masa tersebut dan Norizan Ibrahim, Ketua

Bahagian Pemasaran, Penyelidikan dan Pembangunan.

Bagi pihak Syarikat perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu

Mohd Nadzri Bin Baharom dan Mohd Khairil Haris.

b(vii) Perjanjian antara pihak PKPS dan Syarikat Tropical Position Sdn Bhd

„Sublease Agreement’ di antara PKPS dan Syarikat Tropical Position Sdn

Bhd ditandatangani pada 7 Januari,2005, di mana Kompatmen 36, 37, 38,

41, 42, Kompatmen 50/52 dan Blok 2A di Hutan Simpan Rantau Panjang

dipajakkan kepada Syarikat Tropical Position Sdn Bhd selama 50 tahun.

Perjanjian dideraf dan disemak oleh Tetuan Al Sabri & Co. Bagi pihak PKPS,

perjanjian tersebut ditandatangani oleh PKPS Dato' Haji Karim Marzuki,

Page 16: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

16

Pengurus Besar Kumpulan pada masa tersebut dan Mohd Faizal bin Md.Arifin,

Pengurus Hartanah.

Bagi pihak Syarikat perjanjian ditandatangani oleh pengarah-pengarahnya iaitu

Noradzman bin Mat Idris dan Ong Chui Peng.

Berdasarkan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani, unjuran pendapatan PKPS

berbanding dengan syarikat-syarikat pemajak yang disenaraikan di carta berikut

menujukkan yang untuk tempoh lebih dari 20 tahun, PKPS akan mendapat pulangan

sebanyak RM40 juta bagi pajakan tanah seluas 10,000 hektar di Hutan Simpan Sungai Bukit

Tarek dan Rantau Panjang, manakala syarikat-syarikat pemajak dijangka mendapat

keuntungan lebih daripada RM 400 juta.

CARTA-CARTA UNJURAN PENDAPATAN PKPS BERBANDING SYARIKAT PEMAJAK BAGI

TEMPOH TAHUN 2001 HINGGA 2024 BAGI HUTAN SIMPAN RANTAU PANJANG

BIL SYARIKAT PENDAPATAN PKPS SYARIKAT PEMAJAK

Hasil Pajakan

(RM)

Royalti

Balak

(RM)

Hasil

Ladang

(RM)

Jumlah Pendapatan Keuntungan

1. In & Out Plantation

Management Sdn.

Bhd.

337,000 76,091 5,556,960 5,970,051 140,826,281 49,666,102

2. Megafores Nursery

Sdn. Bhd.

357,000 40,024 3,034,480 3,431,504 67,143,795 24,380,231

3. Tropical Position

Sdn. Bhd.

469,450 50,123 6,362,719 6,882,292 160,321,065 56,797,523

4. Mewah Ikhtiar Sdn.

Bhd.

209,220 37,262 3,667,594 3,914,076 92,621,400 30,826,043

5. Eco-Murni Sdn. Bhd. 67,800 2,036 187,200 257,036 4,680,000 678,964

6. Kayangan Rampai

Sdn. Bhd.

79,750 13,800 259,200 352,750 6,480,000 943,250

JUMLAH 1,520,220 219,336 19,068,153 20,807,709 472,072,541 163,292,113

(Source: PKPS Oktober 2009)

Page 17: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

17

CARTA-CARTA UNJURAN PENDAPATAN PKPS BERBANDING SYARIKAT PEMAJAK BAGI

TEMPOH TAHUN 2001 HINGGA 2024 BAGI HUTAN SIMPAN BUKIT TAREK

BIL SYARIKAT PENDAPATAN PKPS SYARIKAT PEMAJAK

Hasil

Pajakan

(RM)

Royalti

Balak

(RM)

Hasil

Ladang

(RM)

Jumlah Pendapatan Keuntungan

1. Schrader Forest

Management Sdn.

Bhd.

1,119,620 82,924 17,742,859 18,945,403 471,414,000 245,625,278

JUMLAH 1,119,620 82,924 17,742,859 18,945,403 471,414,000 245,625,278

(Source: PKPS Oktober 2009)

KEDUDUKAN TERKINI PROJEK PERHUTANAN SEMULA DI HUTAN SIMPAN SUNGAI

BUKIT TAREK DAN RANTAU PANJANG

Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat pemajak dengan aktiviti

projek perladangan hutan bercampur, ladang getah balak dan tanaman buah-buahan.

Jumlah keseluruhan bayaran bagi Bukit Tarek Hutan Simpan Rantau Panjang yang telah

diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009 adalah seperti berikut:

- Jumlah pendapatan dari pajakan : RM390,000/- (dibulatkan)

- Jumlah Royalti Balak : RM330,000/- (dibulatkan)

Butir-butir terpeinci mengenai kedudukan masa kini syarikat-syarikat pemajak adalah seperti

berikut:-

a) Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd (5000 hektar di Hutan Simpan

Bukit Tarek)

Sebelum ini, Syarikat Schrader Forest Management Sdn. Bhd telah mendapat

kelulusan pihak-pihak berkuasa untuk perlaksanaan program penghutanan semula

iaitu:

Jawatankuasa Pelaburan Asing (AIC)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Seluas 1,800 hektar telah dibangunkan oleh syarikat pemajak dengan aktiviti projek

perladangan hutan bercampur dan ladang getah balak (latex timber clone,LTC).

Pada 18 November 2008, syarikat ini dikenakan denda sebanyak RM 50,000/- oleh

Jabatan Perhutanan kerana didapati terdapat unsur-unsur ‟encroachment‟. Denda ini

Page 18: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

18

telah diselesaikan.

Buat masa ini, syarikat mengemukakan permintaaan kepada PKPS untuk

membangunkan baki kawasan seluas 3200 hektar masih belum dibangunkan.

Sepertimana yang dipersetujui dalam perjanjian yang telah ditandatangani, PKPS

sebagai agensi usahasama telah mengemukakan permintaan ini kepada Jabatan

Perhutanan. Buat masa ini, permintaan ini masih diproses oleh Jabatan tersebut.

Pada masa yang sama, sebahagian dari kawasan ini juga telah dicerobohi oleh

penduduk-penduduk Kampung Kerandang. Kerajaan Negeri pada masa ini sedang

membuat mencari jalan penyelesaian untuk hal ini.

Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009

adalah seperti berikut:

- Jumlah pendapatan dari pajakan : RM147,451/-

- Jumlah Royalti balak : RM234,222/-

b) Syarikat Megafores Sdn Bhd di Hutan Simpan Rantau Panjang (1000 Hektar)

Keseluruhan 1000 kawasan yang dipajak telah dibangunkan oleh syarikat ini dengan

aktiviti projek perladangan hutan bercampur iaitu Sentang, ladang getah balak dan

tanaman kelapa sawit. Selain itu, syarikat juga membangunkan kilang makanan

haiwan dan juga terdapat projek intergrasi dimana syarikat melaksanakan projek

ternakan ruminan seperti kambing dan lembu. Dimaklumkan bahawa, aktiviti-aktiviti

penanaman pokok kelapa sawit dan pembinaan struktur bangunan seperti kilang

pemprosesan makanan haiwan adalah tidak dibenarkan untuk dibangunkan di dalam

kawasan hutan simpan. Oleh itu, syarikat didapati telah melanggar syarat-syarat

perjanjian.

Pada masa yang sama, syarikat juga tidak menepati sempadan yang dipersetujui

dan telah mengeluarkan ‟letter of demand‟ sebanyak RM6.6 juta kepada PKPS

kerana isu-isu sempadan ini. Pada masa ini, kes ini sedang dilihat oleh peguam

PKPS.

Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009

adalah seperti berikut:

- Jumlah pendapatan dari pajakan : RM85,715/-

- Jumlah Royalti balak : Tiada

c) Syarikat In-N-Out Sdn Bhd di Hutan Simpan Rantau Panjang (1000 Hektar)

Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat-dengan aktiviti projek ladang

getah balak (LTC).

Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009

Page 19: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

19

adalah seperti berikut:

- Jumlah pendapatan dari pajakan : RM46,526/-

- Jumlah Royalti balak : Tiada

d) Syarikat Mewah Ikhtiar Sdn Bhd

Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat dengan aktiviti projek ladang

getah balak (LTC).

Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009

adalah seperti berikut:

- Jumlah pendapatan dari pajakan : RM30,701/-

- Jumlah Royalti balak : tiada

e) Syarikat Eco Murni Sdn Bhd

Pada asalnya, 50% kawasan telah dibangunkan secara tanaman sayur-sayuran.

Penyelarasan projek adalah bermasalah dan tidak menepati jadual (terbengkalai).

PKPS telah memberi notis 12 bulan (sebagaimana yang tertakluk dalam perjanjian)

kepada syarikat untuk membetulkan keadaan. Walaubagaimanapun, sehingga hari

ini, syarikat masih tidak membetulkan kesalahan-kesalahannya. Notis ini akan lupus

dalam masa beberapa bulan lagi.

Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009

adalah seperti berikut:

- Jumlah pendapatan dari pajakan: RM16,600/-

- Jumlah Royalti balak : RM4,527/-

f) Syarikat Kayangan Rampai Sdn Bhd

Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat dengan aktiviti projek ladang

buah-buahan.

Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009

adalah seperti berikut:

- Jumlah pendapatan dari pajakan : RM13,083/-

- Jumlah Royalti balak : tiada

g) Syarikat Tropical Position Sdn Bhd

Keseluruhan kawasan telah dibangunkan oleh syarikat dengan aktiviti projek ladang

getah balak (LTC).

Jumlah bayaran yang telah diterima oleh pihak PKPS sehingga bulan Oktober 2009

Page 20: lampiran-a-hutan-simpan-bukit-tarek-rantau-panjang

20

adalah seperti berikut:

- Jumlah pendapatan dari pajakan : RM46,383/-

- Jumlah Royalti balak : RM88,282/-

PENARIKAN BALIK

Menurut keputusan Mesyuarat Jemaah Ahli PKPS No. 119 bertarikh 10 Mei 2007

sebahagian lagi Hutan Simpan Rantau Panjang diluluskan untuk diberi pajakan kepada

Syarikat Insan Makmur Sdn Bhd seluas 40 hektar. Walau bagaimanapun, lesen telah

dibatalkan bermula 22 November 2008. Ini adalah disebabkan pihak syarikat belum

melaksanakan sebarang aktiviti dan dokumen perjanjian masih belum ditandatangani.

Mesyuarat Jemaah Ahli PKPS No. 121 bertarikh 14 Januari 2008 telah meluluskan Syarikat

Serasi Murni Sdn Bhd (20 ha) dan Syarikat Maju Global Trading Sdn Bhd (60 ha) diberi

pajakan ke atas sebahagian Hutan Simpan Rantau Panjang. Walau bagaimapun, tawaran

pajakan telah dibatalkan melalui notis hasrat untuk membatalkan tawaran yan dikeluarkan

pada 30 Mac 2008. Ini adalah disebabkan tiada perjanjian usahasama atau perjanjian

pajakan ditandatangani antara kedua-dua pihak.

PENAFIAN

Penyediaan maklumat dalam kertas ini adalah berdasarkan kepada sumber

fakta dan rekod yang terdapat dalam simpanan PKPS. Sekiranya terdapat

sebarang ketidaktepatan atau apa-apa kesilapan atau ketinggalan

berkenaan maklumat atau fakta yang dinyatakan dalam risalah ini, pihak

yang berkenaan diminta mengemukakan maklumat atau fakta yang sahih

untuk memperbetulkan fakta yang terkandung dalam risalah ini.