lampiran 1 tajuk/nama inovasi ptgdetect …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/1131-ptgdetect.pdftanah...
TRANSCRIPT
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
0
LAMPIRAN 1
TAJUK/NAMA INOVASI
PTGDetect – Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang
NAMA JABATAN/AGENSI
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang
PENGENALAN
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang (PTG) telah maju setapak lagi kehadapan dalam urusan-urusan pentadbiran tanah dengan lebih
cepat, akauntabiliti dan telus melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK). Kumpulan Inovatif dan Kreatif PTGPP iaitu kumpulan Smart Endos dengan
kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat PTG telah berjaya membangunkan satu penyelesaian yang kreatif dan inovatif melalui realisasinya sebuah sistem
aplikasi berasaskan web yang dibangunkan secara in-house di beri nama PTGDetect atau nama
sebenarnya Sistem Pengesanan Dokumen Urusan
Tanah PTG Pulau Pinang
LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan)
TUJUAN INOVASI
Sistem PTGDetect ini memudahkan proses memantau dan merekod
semua proses perserahan bagi urusan Urusniaga dan Bukan Urusniaga mulai SPOC sehingga Keluar di Bahagian Pendaftaran di PTG Pulau Pinang.
Sistem ini digunakan oleh kerani kemasukan untuk membuat kemasukan, pendaftar untuk mengesahkan perserahan yang telah didaftarkan,
kerani agihan isihan untuk mengesahkan pengagihan perserahan kepada kerani isihan, kerani isihan untuk mengisih perserahan di bilik kebal, kerani
kutipan untuk merekod kutipan dan perserahan keluar kepada pelanggan.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
1
Setiap dokumen perserahan tersebut direkodkan dan dipantau kedudukannya menggunakan sistem ini mengikut tugas kerani dan
pendaftar yang melaksanakannya dan sistem ini telah mula digunapakai bermula pada 25 Julai 2013 secara ‘live’ di Bahagian Pendaftaran PTG.
Beberapa cadangan, komen, pembetulan dan penambahbaikan yang
diberikan dan telah dilaksanakan ke atas sistem ini sehingga stabil dan penambahbaikan diteruskan dari masa ke semasa.
PROSES PELAKSANAAN INOVASI
- Di bangunkan secara in-house oleh Bahagian Teknologi Maklumat
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang (PTGPP)
PROSES SEBELUM DAN SELEPAS SEBELUM
i. Sebelum ini, dokumen perserahan tersebut sentiasa bergerak dalam
proses kerjanya tanpa pantauan dan kurang bersistematik. Tiada proses merekod dan memantau yang jelas sebelum ini.
ii. Terdapat masalah-masalah sebelum pelaksanaan sistem ini seperti
kerap kali dokumen perserahan tersebut hilang dan tercicir dalam aliran proses kerjanya. Ini adalah kerana tiada rekod catatan
perpindahan dan pergerakan dokumen tersebut dari satu kakitangan ke satu kakitangan yang lain untuk melaksanakan urusan tugasnya
seperti agihan, kemasukan, pendaftaran, isihan dan kutipan. Status dokumen tersebut juga sukar dikenalpasti telah berada pada urusan
apa, di mana dan bila ia sampai kepada kakitangan/pegawai
berkenaan.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
2
SELEPAS
Dengan adanya PTGDetect ini, dapatlah menjimatkan masa dan kos kerana sebarang pemantauan dan percarian semula dokumen dapat
dilaksanakan dengan segera sekiranya berlaku kehilangan dan keciciran dokumen atau pun
pelanggan ingin
mengetahui status urusan tanahnya dengan segera.
Bila kehilangan dokumen tidak berlaku, kos dapat
dijimatkan kerana tidak perlu mencetak semula
pendua dokumen tersebut. Secara tidak langsung
dapat meningkatkan produktiviti untuk
mengembalikan semula dokumen perserahan
tersebut kepada pelanggan tanpa sebarang masalah
kelewatan dan lambat
berpunca dari kehilangan, keciciran, tidak tahu ada
pada kakitangan dan pegawai mana dan status
dokumen tersebut berada di mana.
.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
3
Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/Negara:
- Pengagihan dokumen urusan tanah menjadi teratur, sistematik dan adil kepada kakitangan bertugas.
- Meningkat produktiviti jabatan dalam urusan berkaitan meningkatkan kecekapan pengurusan tanah jabatan.
- Menjimatkan kos pembangunan sistem kerana tiada kos diperlukan dari sumber luar (out source) kerana sistem dibangunkan sendiri oleh personal IT dalaman jabatan dan menggunakan sumber-sumber peralatan ICT sedia ada.
- Menjimatkan kos kertas keselamatan kerana tidak perlu lagi mencetak untuk kali kedua kerana kurangnya berlaku kehilangan dan keciciran dokumen.
- Pemantauan pergerakan dokumen urusan tanah tersebut menjadi mudah dan cepat kerana sebelum ini mekanisma pemantauan secara manual dan ada yang terputus proses pemantauan.
- Mempercepatkan carian dan menentukan status dokumen kurang dari 10 saat yang sebelum ini hampir 1 jam.
- Mempercepatkan penyerahan dokumen pada pelanggan kurang dari 5 minit yang sebelum ini hampir beberapa jam.
- Mengurankan stress dan tekanan kakitangan kerana tidak lagi tudukan dan menyalahkan lagi sesiapa atas kehilangan atau keciciran dokumen perserahan tanah tersebut.
.
i) Elemen Inovatif/Kreativiti - Pencapaian nilai/elemen baru/tambahbaik
a) Pemantauan secara elektronik.
b) Telah dibentangkan dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2013.
c) Elemen knowledge base untuk simpan maklumat penyelesaian masalah utk rujukan penyelesaian masa depan sekiranya masalah yang sama berlaku serta menjadi rujukan penyelesaian masalah staf baru di masa depan,
d) Mempunyai status proses berwarna, kawalan akses dan capaian, janaan auto pelaporan dan statistik termasuk KPI/SKT kakitangan Pendaftaran PTG, carian pantas, personalisasi dan pengkategorian maklumat serta kedalaman perincian maklumat.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
4
- Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah
a) Memudahkan carian untuk mengetahui status dan maklumat lanjut dokumen urusan tanah dengan cepat.
b) Mudah untuk mengetahui maklumat pelanggan/runner yang mengambil dokumen kerana dta pelanggan/runner yang mengambil dokumen direkodkan dalam sistem.
c) Agihan dokumen lebih mudah dan terancang.
d) Memudahkan membuat keputusan ii) Elemen Keberkesanan
- Kurang berlakunya kehilangan dan keciciran dokumen. - Pelanggan tidak lagi merungut lambat dan lewat. - Peningkatan produktiviti/kepuasan – pegawai dan kakitangan PTG berpuashati dengan kemudahan yang disediakan secara online dan kurang menggunakan kertas dan kaedah manual.
iii) Elemen Signifikan
- Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan – dengan mesranya skrin antaramuka sistem, kurang input data yang perlu di isi, sistem yang sentiasa memberi ingatan dan guide melalui pop up mesej dan dialog box. - Penjimatan masa/kos/sumber manusia – penjimatan masa untuk mengisi borang, mengurangkan kos penggunaan kertas, penjimatan kos pembangunan sistem kerana dibangunkan secara dalaman dan menggunakan sumber peralatan ICT sedia ada, pengendalian sistem yang mudah.
PENUTUP
Dalam perancangan dan inspirasi masa depan, sistem ini akan diperluaskan penggunaannya ke Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah di Pulau Pinang Pejabat Pengarah Tanah dan Galian serta Pejabat-Pejabat Daerah dan Tanah negeri lain atau pun agensi lain sekiranya berminat dan ada permohonan untuk menggunakan sistem ini untuk kegunaan pengurusan bahagian ICT dan jabatan masing-masing. Disediakan oleh: Nama Pegawai : NORHARDI BIN SABRI (PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT) Tel : 04-6505412 / 012-2991824 eMel: [email protected]
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
5
1. PANDUAN LOG MASUK PTGDetect
Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke sistem:
a) Taip alamat PTGDetect pada ruangan address internet explorer atau
Mozila FireFox atau pun melalui iPadPTG Online klik ikon PTGDetect.
http://172.21.22.3/PTGDetect dan tekan enter.
b) Masukan ID pengguna (No. Kad Pengenalan) dan katalaluan yang
telah disediakan pada ruanga ID PENGGUNA DAN KATALALUAN.
c) Sekiranya ID PENGGUNA dan KATALALUAN SALAH, mesej
ini akan dipaparkan.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
6
2. MENGENALI PERSEKITARAN MENU UTAMA PTGDetect
Berikut adalah menu utama PTGDetect dan bahagian-bahagiannya:-
a) Ruang kerja untuk paparan data dan maklumat.
b) Ruang kerja untuk pilihan data atau kemasukan data.
c) Menu pautan.
d) Senarai Capaian/Pautan umum.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
7
3. PANDUAN MEMBUAT AGIHAN
Berikut adalah panduan untuk membuat agihan:-
i. KEMASUKAN DATA AGIHAN
a) Untuk membuat agihan, sila klik ikon bernama AGIHAN KEMASUKAN.
b) Sekiranya apabila tetikus menyentuh imej pautan dan mengeluarkan
mesej tool tip text seperti ini, sila maklumkan kepada Bhg. Teknologi
Maklumat PTG atau wakil Kumpulan Smart Endos untuk menentukan
akses masuk.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
8
c) Pilih Nama Kerani
Kemasukan, piilh
Jenis Perserahan,
piilh Urusan yang
berkaitan,
masukan Nombor
Perserahan, tahun
telah disetkan
sebagai tahun
semasa secara
automatik, pilih
Daerah, pilih
Mukim, masukan
Nombor Hakmilik.
d) Klik pada ruangan
Tarikh Perserahan
dan pilih tarikh berkaitan (atau klik butang Auto Tarikh Hari ini
sekiranya ingin memasukkan tarikh hari ini), klik pada ruangan Tarikh
Agihan dan pilih tarikh (atau klik butang Auto Tarikh Hari Ini), klik
pada tarikh Kerani Ambil Dokumen dan pilih tarikh.
e) Kemudian klik butang Tambah – senarai perserahan untuk kerani
tersebut akan tersenarai di bahagian bawah iaitu pada ruangan kerja
paparan data dan maklumat.
f) Sekiranya rekod terlalu panjang ke bawah skrin atau ke atas skrin,
gunakan butang ini untuk terus ke bawah atau ke atas skrin.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
9
ii. MENGHAPUS REKOD
a) Untuk menghapuskan rekod ini, cuma klik pada imej ini.
Klik butang OK apabila di tanyakan kepastian untuk hapus rekod ini, jika
tidak klik butang Cancel.
iii. MENGEMASKINI REKOD
a) Untuk mengemaskini rekod ini, sekiranya ada pembetulan atau
perubahan data, klik
pada imej ini.
b) Satu skrin pop up
akan terpapar dan
buat perubahan pada
data yang berkenaan.
Kemudian klik butang
Kemaskini dan Tutup
(Dalam ruangan ini
juga, boleh setkan
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
10
status Tarik Balik dengan cara klik pada butang Tarik Balik sekiranya
terdapat kes perserahan sedemikian berlaku, sekiranya untuk kembali
kepada status Kemasukan, klik butang Undo Tarikh Balik).
iv. MENCETAK REKOD
a) Untuk mencetak, highlight terlebih dahulu kawasan yang ingin
dicetak, kemudian klik butang Cetak.
b) Pada Page Range, klik
Selection dan klik Butang
Print.
c) Butang Cari di gunakan untuk menyenaraikan kembali semua senarai
agihan yang telah dibuat. Senarai Agihan boleh dilihat melalui 2 cara
tapisan. Iaitu:
i. berdasarkan Tarikh Agihan yang dipilih dan klik pada butang
Cari pada Tarikh Agihan (Data akan dipaparkan untuk semua
Kerani Kemasukan yang telah dibuat Agihan) atau;
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
11
ii. berdasarkan kombinasi Tarikh Agihan bersama Nama Kerani
Kemasukan yang dipilih dan klik butang Cari pada Nama Kerani
Kemasukan (Agihan akan terpapar untuk kerani tersebut pada
Tarikh Agihan yang dipilih sahaja).
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
12
v. MENUKAR DOKUMEN PERSERAHAN KEPADA KERANI LAIN
a) Paparkan semua perserahan Kerani Kemasukan yang terdapat pada
Tarikh Agihan asal.
b) Pilih Nama Kerani Kemasukan yang ingin ditukarkan perserahan
(jangan klik butang cari) dan pilih Tarikh Agihan lain jika ingin
diagihkan pada tarikh lain.
c) Tandakan () pada check box perserahan-perserahan yang ingin
ditukarkan kepada kerani Kemasukan lain tersebut.
d) Klik butang Tukar Kerani Kemasukan.
e) Klik OK pada kotak dialog yang terpapar.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
13
4. PANDUAN MEMBUAT PENGESAHAN KEMASUKAN PERSERAHAN
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat kemasukan:-
a) Klik pautan imej bernama KEMASUKAN maka anda akan masuk ke
kawasan ini.
b) Buat carian menggunakan Nombor Perserahan atau Tarikh
Perserahan dan klik butang Cari. Senarai perserahan berstatus
AWALAN atau KEMASUKAN sahaja akan dipaparkan.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
14
c) Klik pada ruangan penandaan ini untuk setkan status dokumen
untuk dokumen-dokumen yang telah dibuat kemasukan. Kemudian
klik butang simpan.
d) Untuk undo tandaan, klik tanda pangkah.
e) Bagi kes-kes istimewa seperti tolak dan gantung, pilih dari senarai
ini untuk setkan status bagi kemasukan yang terlibat dan klik
butang terima.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
15
5. PANDUAN MENGESAHKAN PENDAFTARAN PERSERAHAN
Untuk mengesahkan perserahan,
a) Masukan nombor perserahan atau pilih Tarikh Perserahan dan klik
butang Cari.
b) Pilih nama Kerani Kemasukan yang terlibat.
c) Kemudian klik check box ini untuk sahkan pendaftaran perserahan.
d) Klik butang simpan.
e) Untuk mengembalikan kepada status asal klik butang Undo Pengesahan.
f) Perserahan yang telah disahkan akan bertukar kepada status DAFTAR.
g) Hanya perserahan yang berstatus KEMASUKAN DAN DAFTAR sahaja akan
tersenarai di sini.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
16
6. PANDUAN MEMBUAT AGIHAN ISIHAN PERSERAHAN
a) Masukan nombor perserahan atau pilih Tarikh Perserahan dan nama
Pendaftar yang terlibat. Klik butang Cari untuk menyenaraikan semua
perserahan yang berkenaan.
b) Tentukan Nama Kerani Isihan (PAP) yang ditugaskan untuk Perserahan
tertentu untuknya.
c) Kemudian klik check box untuk sahkan agihan isihan telah dibuat.
d) Klik butang simpan.
e) Untuk mengembalikan kepada status asal klik butang Undo.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
17
f) Apabila butang simpan diklik, semua perserahan yang ditandakan
dengan dengan nama seorang Kerani Isihan tersebut akan terpapar di
ruangan nama Pembantu Am Pejabat (Kerani Isihan). Ulang proses ini
untuk agihkan perserahan untuk Kerani Isihan yang lain.
g) Perserahan yang telah diagihkan kepada Kerani Isihan akan bertukar
kepada status AGIHAN ISIHAN.
h) Hanya perserahan yang berstatus AGIHAN ISIHAN DAN DAFTAR sahaja
akan tersenarai di sini.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
18
7. PANDUAN MEMBUAT ISIHAN PERSERAHAN
a) Masukan nombor perserahan atau pilih Tarikh Perserahan dan nama
Kerani Isihan yang terlibat. Klik butang Cari untuk menyenaraikan semua
perserahan yang berkenaan.
b) Tentukan Nama Kerani Kutipan yang ditugaskan untuk Perserahan
tertentu untuknya.
c) Kemudian klik check box untuk sahkan Isihan telah dibuat.
d) Klik butang simpan.
e) Untuk mengembalikan kepada status asal klik butang Undo.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
19
f) Apabila butang simpan diklik, semua perserahan yang ditandakan
dengan dengan nama seorang Kerani Kutipan tersebut akan terpapar di
ruangan Nama Kerani Kutipan. Ulang proses ini untuk isihan perserahan
untuk Kerani Kutipan yang lain.
g) Perserahan yang telah diisihkan kepada Kerani Kutipan akan bertukar
kepada status ISIHAN.
h) Hanya perserahan yang berstatus AGIHAN ISIHAN DAN ISIHAN sahaja
akan tersenarai di sini.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
20
8. PANDUAN MENGESAHKAN KUTIPAN PERSERAHAN
a) Masukan nombor perserahan atau pilih Tarikh Perserahan dan nama
Kerani Kutipan yang terlibat. Klik butang Cari untuk menyenaraikan
semua perserahan yang berkenaan.
b) Kemudian klik check box untuk sahkan kutipan telah dibuat.
c) Klik butang simpan.
d) Untuk mengembalikan kepada status asal klik butang Undo.
e) Perserahan yang telah dibuat kutipan akan bertukar kepada status
KUTIPAN. Hanya perserahan berstatus ISIHAN dan KUTIPAN akan
tersenarai di sini.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
21
9. PANDUAN MENGESAHKAN PERSERAHAN KELUAR
a) Masukan nombor perserahan atau pilih Tarikh Perserahan dan nama
Kerani Kutipan yang terlibat. Klik butang Cari untuk menyenaraikan
semua perserahan yang berkenaan.
b) Masukkan nombor kad pengenalan runner/pelanggan yang hadir
berkenaan. Sekiranya runner wujud maka namanya akan terpapar,
sekiranya tidak maka perlu mendaftar Runner dengan klik pada menu
Daftar Runner terlebih dahulu (rujuk panduan mendaftar runner).
c) Setelah runner/pelanggan didaftarkan, masukan nombor kad pengenalan
sekali lagi dan klik semak. Nama runner/pelanggan akan dipaparkan.
d) Kemudian klik check box untuk sahkan perserahan telah diserahkan pada
runner/pelanggan.
e) Klik butang simpan.
f) Untuk mengembalikan kepada status asal klik butang Undo.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
22
g) Apabila butang simpan diklik, semua perserahan yang ditandakan
dengan dengan nama runner/pelanggan tersebut akan terpapar di
ruangan Nama Runner/Pelanggan. Ulang proses ini untuk urusan keluar
perserahan untuk Runner/Pelanggan yang lain.
h) Pengesahan perserahan yang telah diserahkan kepada runner/pelanggan
akan bertukar kepada status KELUAR.
i) Nama runner/pelanggan boleh diklik untuk melihat maklumat terperinci.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
23
10. PANDUAN MENDAFTAR RUNNER/PELANGGAN
a) Pada menu utama, klik menu Daftar Runner.
b) Skrin Daftar Runner akan dipaparkan.
c) Masukan semua maklumat runner/pelanggan. Bagi ruangan yang ikon
bertanda seruan berklip, wajib dimasukan data. Pengguna digalakan
memasukan gambar runner/pelanggan tersebut sama ada gambar
diambil pada masa yang sama semasa mendaftar atau diberikan oleh
runner/pelanggan tersebut kemudian.
d) Klik butang simpan.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
24
11. PANDUAN MELIHAT SENARAI RUNNER/PELANGGAN BERDAFTAR
a) Pada menu utama, klik menu Senarai Runner.
b) Masukan nama atau nombor Kad Pengenalan runner/pelanggan dan klik
butang Papar/Cari. Senarai runner/pelanggan yang wujud akan
dipaparkan. Klik pada Nama atau Nombor K/P untuk melihat maklumat
terperinci.
c) Klik ikon anak panah hijau untuk kemaskini maklumat runner/pelanggan.
d) Klik ikon pangkah untuk hapus maklumat runner/pelanggan tersebut (di
nasihatkan agar tidak menghapuskan maklumat runner/pelanggan
yang telah berdaftar.)
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
25
12. PANDUAN MENGGUNAKAN CARIAN
Untuk memasuki ruangan carian,
a) klik pada pautan Carian Rekod.
b) Berikut adalah paparan carian perserahan yang dipaparkan.
c) Untuk membuat carian, boleh membuat carian melalui nombor
perserahan, nama kerani, tarikh agihan, tarikh perserahan atau tarikh
ambil. Juga terdapat satu carian kombinasi antara Nama Kerani
Kemasukan dan Tarikh Agihan. Carian melalui nombor perserahan
akan memaparkan hanya 1 urusan perserahan sahaja berbanding
dengan carian melalui tarikh.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
26
d) Berikut adalah contoh carian menggunakan carian melalui tarikh
perserahan.
e) Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai sesuatu urusan,
klik pada pautan Jenis Urusan atau Nombor Perserahan.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
27
f) Berikut adalah maklumat terperinci yang dipaparkan. Dari maklumat
terperinci ini setiap proses dan peringkat pergerakan dokumen
tersebut dapat dikesan dan dipantau dengan lebih mudah seperti log
kerana dipaparkan maklumat status, tarikh dan nama
pegawai/kakitangan yang berkenaan.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
28
13. PANDUAN LOG KELUAR DARI PTGDetect
Untuk keluar dari PTGDetect, klik menu Log Keluar.
14. PANDUAN MENUKAR KATALALUAN
a) Untuk menukarkan katalaluan anda, klik menu Tukar Katalaluan.
b) Masukan katalaluan baru dan masukan sekali lagi katalaluan baru di
ruangan pengesahan.
c) Klik butang Simpan.
15. PANDUAN RESET KATALALUAN
a) Reset Katalaluan digunakan untuk pengguna yang mengadu lupa
katalaluan untuk akses ke sistem PTGDetect. Ia boleh dilakukan oleh
pengguna yang mempunyai level akses Pentadbir Sistem atau
Pegawai.
b) Untuk reset katalaluan, klik menu Reset Katalaluan.
c) Masukan nombor Kad Pengenalan mengikut format yang betul dan
klik butang Set Semula Katalaluan.
d) Mohon pengguna untuk log masuk ke sistem menggunakan nombor
kad pengenalan pada ruangan ID Pengguna dan katalaluan dan tukar
katalaluan baru (sendiri) setelah berjaya log masuk.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
29
16. PANDUAN MENDAFTAR STAF BARU (PENGGUNA BARU)
a) Sebelum mendaftar staf/pengguna, sila buat semakan terlebih dahulu
dengan cara klik menu Senarai Staf.
b) Masukan nama pendek pada carian nama staf dan klik butang cari.
c) Sekiranya nama yang dicari tersebut telah wujud bersama nombor
kad pengenalannya, maka tidak perlu lagi untuk mendaftar
staf/pengguna tersebut, memadai dengan mengemaskini
maklumatnya sahaja jika perlu dengan klik butang kemaskini.
d) Jika tiada nama yang dicari tersebut tersenarai, maka klik menu
Daftar Staf.
e) Isi semua maklumat staf dengan tepat terutamanya Nombor Kad
Pengenalan dan level akses dengan betul.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
30
f) Klik butang Simpan.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
31
17. LAPORAN PRESTASI HARIAN KERANI KEMASUKAN DAN PENDAFTAR
a) PTGDetect juga ada menyediakan laporan Prestasi Harian untuk
menilai prestasi kemasukan yang telah dibuat pada setiap bulan
dalam tahun tertentu.
b) Caranya adalah dengan cara klik pada pautan Laporan Harian Kerani.
c) Pilih nama kerani kemasukan.
d) Pilih bulan dan tahun.
e) Kemudian klik pada butang Cari.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
32
f) Begitu juga untuk Laporan Harian Pendaftar, caranya adalah dengan
cara klik pada pautan Laporan Harian Pendaftar.
g) Pilih nama Pendaftar.
h) Pilih bulan dan tahun.
i) Kemudian klik pada butang Cari.
Sistem PTGDetect Versi 1.0 Sistem Pengesanan Dokumen Urusan Tanah PTG Pulau Pinang
33
18. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan penggunaan Sistem PTGDetect, sila hubungi:-
KUMPULAN KREATIF DAN INOVATIF SMART ENDOS
Pn. Nazihatul Farah Bt. Muhamad Nidzam
Pn. Faizah Hanin Bt. Shaari
En. Muhamad Hilal Bin Zakaria
Pn. Noorbayah Bt. Mohd Nor
Pn. Safazillah Bt. Amanullah
Pn. Awanis Bt. Hashim
Pn. Siti Hajar Bt. Mohd
En. Nazrul Bin Hussain
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PTGPP
Pn. Shuhilla Ahmad (Pegawai Teknologi Maklumat Kanan) 5411
En. Norhardi Sabri (Pegawai Teknologi Maklumat) – PTGDetect Dev. 5412
En. Wanit Ee Pan (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 1) 5578
Pn. Norazlina Halidi (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat 2) 5498
Pn. Salinah Ahmad (Juruteknik Komputer 1) 5670
Pn. Masitah Zainon Abedin (Juruteknik Komputer 2) 5670
Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Pulau Pinang Bahagian Teknologi Maklumat
Paras 3, 21 dan 22, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 10000 Pulau Pinang
*Direct Line: 04 – 650… disambung dengan 4 digit nombor di atas.