lakukan segala dgn pantas

2
Lakukan segala-galanya dengan pantas… Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi [22] Comments 4.5kShare 8Share Share Share Pantas! Itulah kuncinya… Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang “sebab dan kejadian”. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat. Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda? Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat. PENGUMUMAN: HARI INI adalah HARI TERAKHIR untuk pendaftaran Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, dan kelas bermula esok.Dapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran secara online di www.OpenEdu.com.my

Upload: bangiidaman

Post on 04-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

motivasi

TRANSCRIPT

Lakukan segala-galanya dengan pantasPosted by Irfan Khairi underTip Motivasi[22] Comments

4.5kShare 8Share Share SharePantas! Itulah kuncinya

Untuk mencapai kejayaan dengan cepat, anda perlu lakukan sesuatu dengan pantas. Itulah yang dinamakan undang-undang sebab dan kejadian. Disebabkan sesuatu kerja itu dimulakan dengan cepat, maka, hasilnya juga akan terima dengan cepat.

Ramai yang tertanya-tanya, apakah rahsianya untuk mencapai kejayaan pada usia muda? Apakah rahsianya untuk mengumpulkan wang yang banyak pada usia muda?

Jawapannya adalah amat mudah. Mulakan dengan pantas! Mulakan proses anda mencapai matlamat anda dengan pantas dan mulakan proses mengumpul kewangan anda dengan cepat.

PENGUMUMAN:HARI INI adalah HARI TERAKHIRuntuk pendaftaran Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, dan kelas bermula esok.Dapatkan maklumat lanjut dan pendaftaran secara online di www.OpenEdu.com.mySatu pengajaran yang boleh kita ambil dari tycoon perniagaan billionaire British terkenal, Sir Richard Branson, pengasas Virgin companies adalah beliau melakukan segalanya dengan pantas.

Menurut biografi Richard Branson, bermula pertama kali perbincangan untuk membina syarikat penerbangan Virgin Airlines, Syarikat tersebut memulakan penerbangan pertamanya 5 bulan kemudian! Wah, betapa pantasnya seorang billionaire melakukan kerja.

Melakukan kerja dengan pantas adalah kunci untuk memulakan momentum motivasi. Bayangkan acara lumba lari pecut apabila semua atlit pecut berbaris di garisan mula. Ke garisan sedia MULA! kesemua pelari tersebut bermula dengan deras!

Ingat tak ketika sukan olimpik, adakalanya terdapat foul start dan pengadil terpaksa menghentikan perlumbaan sejurus selepas bermula. Perasan tak, ramai pelari akan terus berlari dan ada yang sehingga jalan pun, masih lagi berlari oleh kerana permulaan yang pantas memberi momentum yang pantas. Ianya sukar untuk berhenti dengan tiba-tiba!

Begitulah juga dengan motivasi diri. Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan, MULAKAN SEGERA perniagaan tersebut! Sekiranya anda ingin mula merancang kewangan anda, MULAKAN SEGERA dengan membuka akaun simpanan baru! Sekiranya anda ingin mempelajari ilmu baru, MULAKAN SEGERA ke kedai buku dan dapatkan buku yang berkaitan dengan ilmu tersebut.Pembunuh kejayaan adalah membuang masa atau procrastination. Dengan memulakan sesuatu dengan pantas, anda membunh pembunuh ini. Momenntum akan dibina dan ia akan menjadi sukar untuk anda hentikan diri anda sendiri!