kurikulum bersepadu sekolah menengah spesifikasi kurikulum · pdf filekurikulum bersepadu...

65
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2011

Upload: lamdang

Post on 30-Jan-2018

266 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPESIFIKASI KURIKULUM

SAINS

TINGKATAN 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2011

Page 2: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

Buku Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 2 ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Curriculum Specifications Form 2 Science terbitan Curriculum Development Centre, Ministry Of Education Malaysia, Putrajaya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia Tel: 603-88842000 Faks: 603-88889917 Laman Web: http://www.moe.gov.my

Cetakan Pertama 2011 © Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum © Curriculum Development Centre, 2003

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Page 3: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

KANDUNGAN

Muka Surat

Rukun Negara v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii

Falsafah Sains Negara ix

Prakata xi

Pengenalan 1

Matlamat dan Objektif 2

Kemahiran Saintifik 3

Kemahiran Berfikir 5

Sikap Saintifik dan Nilai Murni 11

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 13

Organisasi Kandungan 17

Tema

Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup 18

Manusia dan Kepelbagaian Benda Hidup 28

Jirim dalam Alam 35

Daya dan Gerakan

Perkembangan Teknologi dan Industri dalam Masyarakat

47

52

Panel Penterjamah 56

Page 4: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Page 5: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk

• mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

• memelihara satu cara hidup demokratik;

• mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

• menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;

• membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

Page 6: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

vii

Page 7: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

ix

Page 8: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Page 9: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

1

Seperti yang termaktub dalam Polisi Pendidikan Kebangsaan,

pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang dan

harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum sains

sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan hasrat untuk

menghasilkan insan yang dihasratkan.

Sebagai sebuah Negara yang sedang melangkah kearah status

negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik

dan progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai daya

perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta

penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Bagi

mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif

dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi.

Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran sains teras

dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata pelajaran teras adalah

Sains Sekolah Rendah, Sains

Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas. Mata pelajaran Sains

Elektif ditawarkan pada Menengah Atas dan terdiri daripada Fizik,

Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.

Mata pelajaran Sains Teras untuk Sekolah rendah dan Menengah

direka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada murid,

menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di

peringkat menengah atas. Mata pelajaran Sains Teras untuk

Menengah atas direka bentuk untuk menghasilkan murid yang celik

sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains,

membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang cenderung

dalam bidang sains untuk melanjutkan pelajaran di bidang sains pada

peringkat pra-menengah atas. Golongan murid ini akan menceburi

kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan

dalam bidang pembangunan negara.

Setiap mata pelajaran sains dibekalkan dua dokumen iaitu sukatan

pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Sukatan Pelajaran

mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi kandungan

kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi mata pelajaran sains elektif

dan lima tahun untuk mata pelajaran Sains Teras. Huraian sukatan

pelajaran mengandungi maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan

objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir,

kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi Pengajaran

dan Pembelajaran dan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum

mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti pengajaran dan

hasil pembelajaran dan perbendaharaan kata.

PENGENALAN

Page 10: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

2

MATLAMAT

Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan

untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains

dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan

sikap saintifik dan nilai murni

Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan

memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi

pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak

rasmi.

Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang

bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan

membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam

menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF

Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:

1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains

serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena

alam semulajadi dan pengalaman harian.

2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip

sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.

3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik

secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai

murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta

bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains

dan teknologi.

6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak

dan berkesan.

7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan

dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan

bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap

pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.

10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian

sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh

penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan

kemampuan akal

11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang

kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam

pemuliharaan dan pemeliharaannya

Page 11: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

3

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah.

Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik

dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan

kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti

mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan

projek.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan

kemahiran manipulatif.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid

mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.

Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti

berikut:

Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,

sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan

maklumat tentang objek dan fenomena.

Mengelaskan Melalui pemerhatian, mengumpulkan objek

atau fenomena berdasarkan persamaan dan

perbezaan.

Mengukur dan

menggunakan

nombor

Membuat

inferens

Meramalkan

Berkomunikasi

Menggunakan

perhubungan

ruang dan masa

Mentafsir data

Mendefinasi

secara operasi

Membuat pemerhatian secara kuantitatif

dengan menggunakan nombor dan alat berunit

piawai. Pengukuran menjadikan pemerhatian

lebih jitu.

Menggunakan pengumpulan data dan

pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan

dan menerangkan sesuatu peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa

berdasarkan pemerhatian dan pengalaman

yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Menggunakan perkataan atau simbol

grafik seperti jadual, graf, rajah atau model

untuk menerangkan tindakan, objek atau

peristiwa

Memperihalkan perubahan parameter dengan

masa. Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz ,

isipadu, berat dan jisim

Memberi penerangan yang rasional tentang

objek, peristiwa atau pola daripada data yang

dikumpulkan.

Memberi tafsiran tentang sesuatu konsep

dengan menyatakan perkara yang

dilakukan dan diperhatikan.

Page 12: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

4

Mengawal

pemboleh ubah

Membuat

hipotesis

Mengeksperimen

Mengenalpasti pemboleh ubah

dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak

balas dan pemboleh ubah yang dimalarkan.

Dalam sesuatu penyiasatan satu

pembolehubah dimanipulasikan untuk

memerhatikan hubungannya dengan pemboleh

ubah yang bergerak balas. Pada masa yang

sama pemboleh ubah yang lain dimalarkan.

Membuat sesuatu penyataan umum tentang

hubungan antara pemboleh ubah yang

dimanipulasi dan pemboleh ubah yang

bergerak balas untuk menerangkan sesuatu

peristiwa atau pemerhatian. Pernyataan ini

boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Merancang dan menjalankan aktiviti untuk

menguji sesuatu hipotesis, mengumpulkan

data, mentafsirkan data sehingga mendapat

rumusan daripada aktiviti itu.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam

penyiasatan sains yang membolehkan murid:

Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan

dengan betul.

Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

Melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.

Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

Menyimpan peralatan sains dan bahan dengan betul dan

selamat.

Page 13: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

5

KEMAHIRAN BERFIKIR

Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu

menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada

pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam

sekeliling.

Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk

mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh

dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah.

Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir

dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.

Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil

minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat

mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan

pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa

menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya.

Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi

yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta

boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada.

Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi

peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah

melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi

berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses

berfikir.

Kemahiran Berfikir Kritis

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti

yang berikut :

Mencirikan

Membandingkan

dan

membezakan

Mengumpulkan

dan

mengelaskan

Membuat urutan

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti

dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan

kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur

sesuatu objek atau peristiwa.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau

fenomena kepada kumpulan masing-masing

berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau

sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri

atau sifat sepunya.

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib

berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya

seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Page 14: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

6

Menyusun

mengikut

keutamaan

Menganalisis

Mengesan

Kecondongan

Menilai

Membuat

kesimpulan

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib

berdasarkan kepentingan atau keutamaan.

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya

kepada bahagian yang lebih kecil bagi

memahami sesuatu lonsep atau peristiwa serta

mencari makna yang tersirat.

Mengesan pandangan atau pendapat yang

berpihak kepada atau menentang sesuatu.

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara

dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan

bukti atau dalil yang sah.

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu

kajian yang berdasarkan kepada sesuatu

hipotesis.

Kemahiran Berfikir Kreatif

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah

seperti yang berikut:

Menjanakan idea

Menghubungkaitkan

Membuat inferens

Meramalkan

Mengitlakkan

Membuat gambaran

mental

Menghasilkan idea yang berkaitan

dengan sesuatu perkara.

Membuat perkaitan dalam sesuatu

keadaan atau peristiwa untuk mencari

sesuatu struktur atau corak hubungan.

Menggunakan pengumpulan data dan

pengalaman lalu untuk membuat

kesimpulan dan menerangkan sesuatu

peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu

peristiwa berdasarkan pemerhatian dan

pengalaman yang lalu atau data yang

boleh dipercayai.

Membuat pernyataan umum terhadap

sesuatu perkara untuk keselurahan

kumpulan berdasarkan pemerhatian ke

atas sampel atau beberapa maklumat

daripada kumpulan itu.

Membuat tanggapan atau

membayangkan sesuatu idea, konsep,

keadaan atau gagasan dalam minda atau

fikiran.

Page 15: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

7

Mensintesiskan

Membuat hipotesis

Menganalogikan

Mereka cipta

Menggabungkan unsur yang berasingan

untuk menghasilkan satu gambaran

menyeluruh dalam bentuk seperti

pernyataan, lukisan dan artifak.

Membuat sesuatu penyataan umum

tentang hubungan antara pemboleh ubah

yang dimanipulasi dan pemboleh ubah

yang bergerak balas untuk menerangkan

sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Pernyataan ini boleh diuji untuk

membuktikan kesahihannya.

Membentuk kefahaman tentang sesuatu

konsep yang kompleks atau abstrak

secara mengaitkan konsep itu dengan

konsep yang mudah atau maujud yang

mempunyai ciri yang serupa.

Menghasilkan sesuatu yang baru atau

melakukan pengubahsuaian kepada

sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi

masalah secara terancang.

Strategi Berfikir

Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti

yang berikut :

Mengkonsepsikan

Membuat

keputusan

Menyelesaikan

masalah

Membuat pengitlakan ke arah membina

pengertian, konsep atau model

berdasarkan ciri spesifik sepunya yang

saling berhubung kait.

Memilih satu alternatif penyelesaian

yang terbaik daripada beberapa alternatif

berdasarkan kriteria tertentu bagi

mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mencari penyelesaian yang tepat secara

terancang terhadap situasi yang tidak

pasti atau mencabar ataupun kesulitan

yang tidak dijangkakan.

Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut,

kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang

diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan

untuk membuat pertimbangan seccara logik, rasional, adil dan

saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta

Page 16: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

8

strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan

membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi

gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi

berfikir.

Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui

pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui

peringkat berikut :

1. KBSB diperkenalkan.

2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan

dengan bimbingan guru.

5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk

mencapai tugasan berfikir.

Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains

diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan

Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( Pusat

Pembangunan Kurikulum, 1999).

Rajah 1: Model KBSB dalam Sains

Strategi Berfikir Mengkonsepsikan

Membuat keputusan

Menyelesaikan masalah

Kemahiran Berfikir

Kritis Mencirikan

Membandingkan

& membezakan

Mengumpulkan &

mengelaskan

Membuat urutan

Menyusun

mengikut

keutamaan

Menganalisis

Mengesan

kecondongan

Menilai

Membuat

kesimpulan

mmmm

Kreatif Menjana idea

Menghubungkait

Membuat inferens

Meramalkan

Membuat

hipotesis

Mensintesiskan

Mengitlakkan

Membuat

gambaran mental

Menganalogikan

Mereka cipta

Menaakul

Page 17: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

9

Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk

mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan

secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang

menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik.

Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan

pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir

secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu

menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir

utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah

seperti berikut:

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran Berfikir

Memerhatikan

Mencirikan

Membandingkan dan

membezakan

Menghubungkaitkan

Mengelaskan

Mengukur dan

menggunakan

nombor

Membuat inferens

Meramalkan

Menggunakan

perhubungan ruang

dan masa

Mentafsir data

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menganalisis

Membuat inferes

Menghubungkaitkan

Membuat gambaran mental

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Membandingkan dan membezakan

Menganalisis

Mengesan kecondongan

Membuat kesimpulan

Mengitlakkan

Menilai

Page 18: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

10

Mendefini secara

operasi

Mengawal pemboleh

ubah

Membuat hipotesis

Mengeksperimen

Berkomunikasi

Menghubungkaitkan

Menganalogikan

Membuat gambaran mental

Menganalisis

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Menganalisis

Mencirikan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menjana idea

Membuat hipotesis

Meramalkan

Mensintesiskan

Semua kemahiran berfikir

Semua kemahiran berfikir

Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran

Berfikir dan Kemahiran Saintifik

Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang

berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara

mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan

kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam

pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasan

kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping

penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Berikut diberi beberapa contoh hasil pembelajaran yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran

berfikir dan kemahiran saintifik.

Contoh :

Hasil Pembelajaran: Membandingkan dan membezakan logam dan

bukan logam berdasarkan sifat fizik.

Kemahiran Berfikir: Membandingkan dan membezakan

Penerangan:

Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan

tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dan bukan logam dalam

kehidupan harian mereka dipelajari melalui membandingkan dan

Page 19: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

11

membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan

membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang sifat

fizikal dan kegunaan logam dam bukan logam.

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai

positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah

seperti berikut :

• Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

• Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

• Rajin dan tabah.

• Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta

terhadap alam sekitar.

• Menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara

untuk memahami alam.

• Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan

sihat.

• Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

• Berhemah tinggi dan hormat –menghormati.

• Menghargai sumbangan sains dan teknologi.

• Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

• Berfikiran kritikal dan analitis.

• Luwes dan berfikiran terbuka.

• Baik hati dan penyayang.

• Bersifat objektif.

• Sistematik.

• Bekerjasama.

• Adil dan saksama.

• Berani mencuba.

• Berfikir secara rasional.

• Yakin dan berdikari.

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku

mengikut peringkat berikut :

• Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap

saintifik dan nilai murni.

• Memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni.

• Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai

murni.

Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik

dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai

contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali guru perlu

sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan

eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur.

Page 20: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

12

Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan

penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains.

Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang

pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang

penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan

pelajaran.

Berikut diberi contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan

penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Contoh :

Tahun : Tingkatan Empat

Bidang Pembelajaran:

Objektit Pembelajaran:

Hasil Pembelajaran:

1. Bahan Kimia Dalam

Perindustrian

1.4 Menyedari kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar dari pencemaran sisa

buangan industri untuk

kepentingan manusia sejagat.

Menerangkan kepentingan

mengamalkan sikap

bertanggungjawab dalam

melupuskan sisa buangan

industri.

Cadangan aktiviti

pembelajaran

Sikap saintifik dan nilai

murni

Melihat tayangan video atau

simulasi komputer tentang

pencemaran sisa buangan industri

dan kesannya terhadap alam

sekitar. Membincangkan

kepentingan mengamalkan sikap

bertanggungjawab dalam

melupuskan sisa buangan industri

Menyayangi dan menghargai alam

sekitar.

Bertanggungjawab ke atas diri

sendiri, orang lain dan alam

sekitar.

Menghargai keseimbangan alam

sekitar

Bersikap sistematik

Bersikap bekerjasama.

Penerapan Unsur Patriotisme

Kurikulum sains dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme

di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran proses

pengkolonian dan proses sesaran di dalam ekosistem, murid akan

belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan

menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara

dan meningkatkan kecintaan kepada negara.

Page 21: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

13

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sains

mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah

adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan

ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang

murid ke tahap yang optimum. Pembelajaran berfikrah dapat

mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri,

konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri.

Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang

dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan

berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir

dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau

masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid

diminta menyelesaikan masalah mneggunakan daya kreatif dan kritis

mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan

pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Penemuan Inkuiri

Penemuan inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan

pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud

mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang

berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip

utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti

seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai

kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk

memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut. Kemahiran

berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri

ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak

sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran.

Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara

langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid

belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka

sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah:

Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid

Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.

Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal

dengan idea baru bagi menstrukturkan semula idea mereka.

Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan

pengalaman serta membuat refleksi.

Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM)

Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat

menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian

mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti

Page 22: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

14

pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan

Masyarakat (STM).

Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan

dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran

sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains

dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi

dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta

implikasi kepada masyarakat.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan

dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar

secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan

pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan

kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat

seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan

semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan.

Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid

mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid

untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan

perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh

dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran

seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek dan lawatan.

Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran

untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan

secara eksplisit dalam bentuk ‘Cadangan Aktiviti Pembelajaran’.

Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti

pembelajaran jika perlu.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat

meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang

kurang menarik tidak memotivasikan murid untuk belajar dan

seterusnya mempegaruhi pencapaian murid. Penentuan kaedah

pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan

kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta

sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai

penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru

juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan

pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis

kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza

Page 23: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

15

perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan

kecerdasan yang berbeza.

Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah

pengajaran dan pembelajaran.

Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam

pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan

untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara saintifik.

Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir,

kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah

seperti berikut:

Mengenal pasti masalah

Membuat hipotesis

Merancang eksperimen

Mengawal pembolehubah

Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

Menentukan langkah menjalankan eksperimen dan kaedah

mengumpulkan data dan menganalisis data

Menjalankan eksperimen

Mengumpulkan data

Menganalisis data

Mentafsirkan data

Membuat kesimpulan

Menulis laporan

Dalam perlaksanaan kurikulum ini, adalah dicadangkan selain

daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang

merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara

eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan bagaimana

menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil

eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan

sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru bertindak

sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan

soalan yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.

Simulasi

Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh

simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan penggunaan

model. Dalam main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan

secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan.

Page 24: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

16

Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid

bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami

proses untuk membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk

mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan

situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang

dipelajari.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk

mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang

panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk

dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain

perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek

menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah,

kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja.

Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti zoo,

muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang.

Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan

pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk

mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang

secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan

tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu

diadakan.

Penggunaan Teknologi

Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai

potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran

sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video,

komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh

menjadi lebih menarik dan berkesan. Simulasi dan animasi

berkomputer merupakan alat yang berkesan untuk menjelaskan

pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang

sukar. Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan

dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi

seperti ‘word processers’, perisian persembahan grafik (graphic

presentation softwear) dan hamparan elektronik (electronic

spreadsheets) adalah merupakan satu alat yang bernilai untuk

menganalisis dan mempersembahkan data. Penggunaan teknologi

lain seperti ‘data loggers’ dan antara muka berkomputer dalam

eksperimen dan projek dapat membantu pengajaran dan

pembelajaran sains berkesan.

Page 25: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

17

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum sains ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap

tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran, setiap bidang

pembelajaran mempunyai beberapa objektif pembelajaran. Objektif

pembelajaran mempunyai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Hasil pembelajaran umum ditulis mengikut peringkat dalam domain

kognitif dan afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah

mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis

dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari,

menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri,

mendalami dan mengamalkan. Hasil Pelajaran dalam domain afektif

adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan.

Penerapan sikap siantifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam

setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan penerapan

nilai dan sikap secara spontan dan semulajadi. Hasil pembelajaran

dalam domain psikomotor adalah tersurat dalam aktiviti pembelajaran.

Hasil pembelajaran ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh

diukur. Secara am, Hasil pembelajaran dalam sesuatu objektif

pembelajaran disusun secara berurutan daripada mudah kepada

yang lebih kompleks.

Walaubagaimanapun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam perlakuan holistik dan

integrasi yang membolehkan pelbagai hasil pembelajaran di capai

mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu menggunakan strategi

pengajaran untuk cuba mencapai hasil pembelajaran secara

bersepadu mengikut susunan dalam huraian sukatan pelajaran.

Cadangan aktiviti pembelajaran memberi cadangan pengalaman

pembelajaran dan maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu

hasil pembelajaran. Cadangan aktiviti pembelajaran diberi untuk

membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi

mencapai hasil pembelajaran yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin

dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran.

Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin

dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh

mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdasan,

tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru

digalakkan merekabentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan

berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

sains.

Page 26: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

18

TEMA: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP BIDANG PEMBELAJARAN: 1. DUNIA MELALUI DERIA KITA

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami organ deria dan fungsinya.

Menjalankan aktiviti untuk menghubungkait lima deria, organ deria dan rangsangan.

Membincangkan apa yang berlaku dalam badan kita apabila rangsangan dikesan.

Murid boleh:

mengenal pasti dan mengaitkan organ deria dengan rangsangannya.

menyatakan laluan daripada rangsangan kepada gerak balas: Rangsangan Organ deria Saraf Otak Saraf Gerak balas

Lima organ deria telah diperkenalkan dalam Sains Rendah

brain – otak nerve – saraf response – gerakbalas stimuli – rangsangan sensory organ – organ deria

1.2 Memahami deria sentuhan.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji yang berikut: a) struktur kulit manusia yang

terlibat dalam pengesanan rangsangan.

b) kepekaan kulit pada bahagian badan yang berlainan terhadap rangsangan.

Membincangkan kepekaan kulit berhubung situasi berikut: a) menerima suntikan. b) menggunakan Braille.

Murid boleh:

mengenal pasti struktur kulit manusia yang terlibat dalam pengesanan rangsangan.

menyatakan fungsi reseptor yang berbeza – tekanan, haba, sakit.

membuat kesimpulan tentang kepekaan kulit pada bahagian badan yang berlainan terhadap rangsangan.

Struktur reseptor tidak perlu diperkenalkan

cold – kesejukan heat – kepanasan pain – kesakitan pressure – tekanan receptor – hujung saraf sensitivity – kepekaan skin – kulit touch – sentuhan

Page 27: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

19

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.3 Memahami deria bau.

Membincangkan struktur hidung dan kedudukan sel-sel deria bau menggunakan model, carta, perisian komputer dan bahan bantu mengajar yang lain.

Murid boleh:

mengenal pasti struktur hidung.

mengenal pasti kedudukan sel deria bau dalam pengesanan bau.

nose – hidung sensory cells – sel deria

1.4 Memahami deria rasa.

Menjalankan aktiviti untuk mengesan kawasan berbeza pada lidah yang bergerak balas terhadap rasa yang berbeza. Menjalankan aktiviti untuk menghubungkaitkan deria rasa dengan deria bau.

Murid boleh:

mengenal pasti kawasan berbeza pada lidah yang bergerak balas terhadap rasa yang berbeza.

menghubungkaitkan deria rasa dengan deria bau.

bitter – pahit salty – masin sour – masam sweet – manis taste – rasa tongue – lidah

1.5 Memahami deria pendengaran.

Memerhati dan mengenal pasti struktur telinga manusia. Membincangkan fungsi setiap bahagian pada struktur telinga manusia. Membincangkan mekanisme pendengaran.

Murid boleh:

mengenal pasti struktur telinga manusia.

menerangkan fungsi bahagian berbeza pada telinga manusia.

memerihalkan bagaimana kita mendengar.

Guru digalakkan menggunakan simulasi komputer untuk menerangkan mekanisme pendengaran.

cochlea – koklea ear – telinga ear drum – gegendang telinga

Page 28: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

20

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.6 Memahami deria penglihatan.

Memeriksa mata lembu atau model mata manusia. Mengumpul maklumat tentang struktur dan fungsi setiap bahagian mata. Membincangkan bagaimana kita melihat.

Murid boleh;

mengenal pasti struktur mata manusia.

menerangkan fungsi bahagian yang berbeza pada mata.

memerihalkan bagaimana kita melihat.

1.7 Memahami cahaya dan penglihatan.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji: a) pantulan cahaya. b) pembiasan cahaya di antara

dua medium yang berbeza ketumpatan.

Mengumpul maklumat tentang jenis kecacatan penglihatan dan sumbangan/penggunaan teknologi untuk membetulkannya.

Murid boleh:

memerihalkan sifat-sifat cahaya (iaitu: pantulan dan pembiasan).

menyatakan pelbagai jenis kecacatan penglihatan.

menerangkan cara pembetulan kecacatan penglihatan.

menyatakan dan memberi contoh had deria penglihatan.

mengaitkan penglihatan stereoskopik dan monokular dengan kemandirian haiwan.

mengenal pasti alat-alat yang sesuai untuk mengatasi had deria penglihatan.

Menghubungkaitkan sifat cahaya dengan fenomena semulajadi dan penggunaan harian. Sudut tuju, sudut pantulan, sudut biasan dan garis normal tidak diperlukan. Astigmatisme, ilusi optik, titik buta, penglihatan monokular dan stereoskopik patut diperkenalkan.

density – ketumpatan medium – bahantara/medium reflection – pantulan refraction – pembiasan

Page 29: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

21

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan rabun jauh dan rabun dekat serta cara membetulkanannya. Membincangkan maksud astigmatisme dan cara membetulkannya. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji: a) ilusi optik. b) titik buta. Membincangkan hubungan antara penglihatan stereoskopik dan monokular dengan kemandirian haiwan. Mengumpul maklumat tentang alat untuk mengatasi had deria penglihatan.

Mikroskop, kanta pembesar, teleskop, binokular, alat pengesan ultrabunyi, sinar-X, periskop patut dinyatakan.

astigmatism – astigmatisme blind spot – bintik (or titik) buta long sightedness – rabun dekat monocular vision – penglihatan monokular optical illusion – ilusi optik periscope – periskop short sightedness – rabun jauh stereoscopic vision – penglihatan stereoskopik

Page 30: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

22

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Notes Perbendaharaan Kata

1.8 Memahami bunyi dan pendengaran.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji: a) penghasilan bunyi. b) keperluan medium untuk

pemindahan bunyi. c) pantulan dan penyerapan

bunyi. Mengumpulkan maklumat tentang: a) kecacatan pendengaran. b) cara pembetulan kecacatan

pendengaran. Membincangkan had pendengaran dan cara meningkatkan keupayaan pendengaran. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji pendengaran stereofonik yang diperlukan bagi menentukan arah bunyi.

Murid boleh:

memerihalkan sifat bunyi.

menerangkan pantulan dan penyerapan bunyi.

menerangkan kecacatan pendengaran.

menerangkan cara pembetulan kecacatan pendengaran.

menyatakan had pendengaran.

menyatakan alat yang digunakan untuk mengatasi had pendengaran.

menerangkan pendengaran stereofonik.

Masukkan alat seperti alat bantu pendengaran dan stetoskop.

Page 31: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

23

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.9 Memahami rangsangan dan gerak balas tumbuhan

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji dan mengenal pasti: a) rangsangan-rangsangan yang

dikesan oleh tumbuhan. b) bahagian-bahagian tumbuhan

yang peka terhadap rangsangan yang tertentu.

Membincangkan bagaimana gerak balas terhadap ransangan-rangsangan penting untuk kemandirian tumbuhan.

Murid boleh:

menyatakan rangsangan yang menyebabkan gerak balas tumbuhan.

mengenal pasti bahagian tumbuhan yang peka terhadap rangsangan tertentu.

menghubungkait gerak balas tumbuhan dengan kemandiriannya.

Gerak balas termasuk fototropisme, geotropisme, hidrotropisme, gerakan nastik, tigmotropisme.

Page 32: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

24

BIDANG PEMBELAJARAN: 2. NUTRISI

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Notes Perbendaharaan Kata

2.1 Menganalisa kelas-kelas makanan.

Membincangkan kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, pelawas dan air serta menyatakan fungsinya. Menjalankan aktiviti untuk menguji kanji (larutan iodin), glukosa (larutan Benedict), protein (bahan uji Millon) dan lemak (ujian alkohol-emulsi).

Murid boleh:

menerangkan melalui contoh kelas makanan.

menyatakan fungsi setiap kelas makanan.

menguji kanji, glukosa, protein dan lemak.

Hanya vitamin utama (A, B, C, D, E dan K) dan mineral (kalsium, natrium, besi, iodin, fosforus dan kalium) diperlukan. Vitamin B tidak perlu dikelaskan kepada B1, B2 dan dsb. Perkenalkan ujian alkohol-emulsi untuk lemak.

fats – lemak fibre – pelawas potassium – kalium starch – kanji sodium – natrium

2.2 Menilai kepentingan gizi seimbang.

Membincangkan: a) apa maksud diet seimbang. b) faktor yang menentukan gizi

seimbang seseorang: umur, saiz, jantina, pekerjaan, iklim, keadaan kesihatan.

Murid boleh:

menyatakan maksud gizi seimbang.

menyatakan faktor yang mesti dipertimbangkan apabila merancang gizi seimbang.

menerangkan bagaimana faktor berkenaan memberi kesan kepada gizi seimbang.

Unit untuk tenaga dalam makanan boleh diukur samada dalam joule atau kalori.

balanced diet – gizi seimbang calorific value – nilai kalori climate – cuaca food wrapper – bungkusan makanan

Page 33: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

25

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Notes Perbendaharaan Kata

Mengumpul pembungkus makanan yang menunjukkan nilai kalori makanan dan membuat senarai untuk menunjukkan nilai kalori bagi setiap jenis makanan. Membincangkan untuk menganggar nilai kalori makanan dalam satu hidangan. Merancang gizi seimbang untuk satu hari (sarapan, makan tengahari dan makan malam).

menyatakan kuantiti tenaga dalam setiap gram karbohidrat, protein dan lemak.

menganggar kalori makanan yang diambil dalam setiap hidangan.

merancang satu gizi seimbang.

2.3 Memahami sistem pencernaan manusia.

Membincangkan pencernaan sebagai penguraian molekul makanan yang besar kepada molekul yang lebih kecil yang boleh larut dan sedia diserap oleh badan. Mengenal pasti bahagian sistem pencernaan dan aliran makanan melalui salur pencernaan dengan menggunakan model/carta/CD ROM

Murid boleh:

menerangkan maksud pencernaan.

mengenal pasti bahagian sistem pencernaan.

memerihalkan aliran makanan melalui salur pencernaan.

menyatakan fungsi organ dalam sistem pencernaan.

memerihalkan proses pencernaan dalam salur pencernaan.

Enzim hanya perlu melibatkan amilase, protease dan lipase.

alimentary canal – salur penghadaman anus – dubur appendix – umbai usus bile – jus hempedu digestion – penghadaman enzyme – enzim gall bladder – pundi hempedu gut – salur penghadaman insoluble – tidak larut large intestine – usus besar

Page 34: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

26

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Notes Perbendaharaan Kata

Membincangkan fungsi organ dalam sistem pencernaan dan enzim yang terlibat. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan tindakan enzim dalam air liur terhadap kanji.

menyenaraikan hasil pencernaan karbohidrat, protein dan lemak.

liver – hati saliva – air liur small intestine – usus kecil stomach – perut

2.4 Memahami proses penyerapan makanan tercerna.

Membincangkan proses penyerapan hasil pencernaan dalam usus kecil. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan penyerapan glukosa melalui tiub Visking.

Murid boleh:

menerangkan proses penyerapan hasil pencernaan.

membuat inferens tentang penyerapan glukosa melalui tiub Visking.

Struktur vilus tidak diperlukan. Hanya perlu nyatakan vilus menambah luas permukaan penyerapan.

absorption – penyerapan analogise – membuat analogi blood stream – aliran darah diffusion – resapan

2.5 Memahami penyerapan semula air dan penyahtinjaan.

Membincangkan penyerapan semula air oleh usus besar dan proses penyahtinjaan. Membincangkan kepentingan amalan pemakanan yang baik untuk mengelakkan sembelit.

Murid boleh:

menyatakan bagaimana air diserap semula dalam usus besar.

menerangkan penyahtinjaan.

mengaitkan masalah penyahtinjaan dengan amalan pemakanan.

constipation – sembelit defecation – penyahtinjaan large intestine – usus besar reabsoption – penyerapan semula

Page 35: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

27

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.6 Mempraktikkan amalan pemakanan yang sihat.

Merancang dan melaksanakan amalan pemakanan yang sihat. Membincangkan topik berikut: a) mempraktikkan amalan

pemakanan sihat (contoh: makan makanan seimbang dan makan secara sederhana).

b) pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan.

c) membudayakan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.

Murid boleh:

mewajarkan kepentingan makan makanan berkhasiat.

mempraktikkan amalan pemakanan yang betul.

mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/memerlukan.

mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.

habits – amalan needy – sangat miskin nutritious food – makanan berkhasiat underprivileged – kurang bernasib baik religious beliefs – kepercayaan agama

Page 36: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

28

TEMA: MANUSIA DAN KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP BIDANG PEMBELAJARAN: 1. BIODIVERSITI

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami kepelbagaian organisma hidup dan pengelasannya.

Membincangkan kepelbagaian ciri umum organisma hidup. Mengumpul dan mengelaskan pelbagai tumbuhan dan haiwan berdasarkan ciri sepunya. - Haiwan: invertebrata, vertebrata,

mamalia, ikan, burung, amfibia, reptilia.

- Tumbuhan: Tumbuhan berbunga, tumbuhan tidak berbunga, monokotiledon, dikotiledon.

- Membina peta konsep tentang organisma hidup berdasarkan pengelasan di atas.

Membincangkan kepentingan kepelbagaian biologi sebagai satu warisan semulajadi negara.

Murid boleh:

menerangkan kepelbagaian organisma hidup dalam satu habitat.

mengelaskan kepelbagaian haiwan berdasarkan ciri sepunya.

mengelaskan kepelbagaian tumbuhan berdasarkan ciri sepunya.

menerangkan kepentingan kepelbagaian kepada persekitaran.

Konsep asas tentang kepelbagaian benda hidup telah diperkenalkan dalam sains sekolah rendah. Hanya perlu menekankan pada pengelasan dalam cadangan aktiviti pembelajaran. Malaysia sebagai salah satu daripada dua belas negara ‘mega-biodiversiti’ di dunia harus ditonjolkan.

amphibian – amfibia bird – burung dicotyledon – dikotiledon diversity – kepelbagaian fish – ikan flowering plant – tumbuhan berbunga invertebrate – invertebrata living organism – organisma hidup mammal – mamalia monocotyledon – monokotiledon non-flowering plant – tumbuhan tidak berbunga reptile – reptilia vertebrates – vertebrata

Page 37: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

29

BIDANG PEMBELAJARAN: 2. SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DAN PERSEKITARAN

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Menganalisa saling bersandaran antara organisma hidup.

Menjalankan kajian lapangan untuk mengkaji spesis, habitat, populasi, komuniti dalam suatu ekosistem. Menjalankan perbincangan tentang saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang.

Murid boleh:

menyatakan maksud spesis, populasi dan komuniti.

menyatakan maksud habitat dan ekosistem.

mengenal pasti pelbagai habitat dalam satu ekosistem.

menerangkan melalui contoh saling bersandaran organisma hidup dan persekitaran untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang.

Konsep asas habitat telah diperkenalkan di sekolah rendah. Konsep ekologi dibina melalui pembelajaran kontekstual semasa kajian lapangan.

community – komuniti ecosystem – ekosistem environment – persekitaran habitat – habitat interdependence – saling bersandaran predict – meramal population – populasi species – spesis

Page 38: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

30

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.2 Menilai interaksi antara organisma hidup.

Mengumpul dan mentafsir data tentang jenis interaksi antara organisma hidup seperti berikut: a) mangsa-pemangsa. b) simbiosis: komensalisme,

mutualisme, parasitisme (contoh: ikan remora dan jerung, alga dan kulat, cacing pita dan manusia).

c) persaingan.

Menjalankan satu aktiviti untuk menunjukkan kepentingan interaksi antara organisma dan persekitaran. Membincangkan kebaikan kawalan biologi dalam mengawal bilangan musuh tanaman di kawasan tertentu.

Murid boleh:

menyenaraikan jenis interaksi antara organisma hidup.

menerangkan dengan contoh interaksi antara organisma hidup.

mewajarkan kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran.

menerangkan melalui contoh kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam mengawal bilangan musuh tanaman di kawasan tertentu.

Konsep asas mangsa-pemangsa dan persaingan telah diajar di sekolah rendah. Rujuk kepada isu tempatan seperti masalah burung gagak di Klang.

advantage – kebaikan biological control – kawalan biologi competition – persaingan disadvantage – keburukan interaction – interaksi parasitism – parasitisme pest – perosak prey predator – mangsa pemangsa regulate – mengawal symbiosis – simbiosis

Page 39: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

31

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.3 Mensintesis siratan makanan. .

Mengumpul dan mentafsir data tentang pengeluar, pengguna, pengurai dan piramid nombor. Membina siratan makanan daripada beberapa rantai makanan dan mengenal pasti pengeluar, pengguna dan pengurai. Membincangkan aliran tenaga dalam siratan makanan yang dibina. Mengendalikan satu permainan untuk menunjukkan kesan penambahan atau pengurangan bilangan organisma dalam piramid nombor. Membincangkan akibat sekiranya satu komponen organisma hidup dalam satu ekosistem tiada.

Murid boleh:

menerangkan maksud pengeluar, pengguna dan pengurai.

menggabungkan beberapa rantai makanan untuk membina siratan makanan.

mengenal pasti pengeluar, pengguna dan pengurai dalam siratan makanan.

membina piramid nombor daripada rantai makanan.

mengaitkan siratan makanan dan piramid nompor dengan aliran tenaga.

meramal akibat sekiranya satu komponen organisma hidup dalam satu ekosistem tiada.

Rantai makanan telah diajar di sekolah rendah. Rujuk kepada masalah tapak sulaiman iaitu mahkota duri di taman laut.

balance in nature-keseimbangan alam consumer- pengguna decomposer-pengurai food web-siratan makanan primary consumer – pengguna primer producer-pengeluar pyramid number-piramid nombor secondary consumer – pengguna sekunder tertiary consumer – pengguna tertier

Page 40: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

32

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.4 Menganalisa fotosintesis.

Menjalankan perbincangan tentang fotosintesis. Menjalankan eksperimen menentukan faktor yang diperlukan untuk fotosintesis (contoh: karbon dioksida, air, cahaya dan klorofil). Membincangkan kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem yang seimbang. Membincangkan kitar karbon dan kitar oksigen.

Murid boleh:

menyatakan maksud fotosintesis.

menyatakan faktor yang diperlukan untuk fotosintesis.

menyatakan hasil fotosintesis.

mengawal pembolehubah yang diperlukan untuk fotosintesis.

menerangkan peranan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem yang seimbang.

Kitar karbon dan oksigen harus dimasukkan.

balanced ecosystem – ekosistem yang seimbang oxygen cycle - kitar oksigen carbon cycle – kitar karbon photosynthesis-fotosintesis

Page 41: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

33

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.5 Menilai kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

Mengumpul dan mentafsir data tentang memulihara dan memelihara organisma hidup. Menjalankan kajian lapangan di hutan simpan semulajadi (tanah lembap, hutan tanah tinggi atau hutan hujan tropika) atau santuari haiwan untuk mengkaji pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup. Menjalankan perbincangan tentang bagaimana kemajuan dalam sains dan teknologi membantu pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup. Menjalankan satu kempen yang menekankan kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup / menjalankan ‘main peranan’ yang melibatkan pihak yang berkenaan dalam penyelesaian masalah yang berhubungkait dengan pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

Murid boleh:

menerangkan maksud pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

menerangkan langkah yang diambil untuk memelihara dan memulihara organisma hidup.

mewajarkan kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan organisma hidup.

menyokong aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai pihak memelihara dan memulihara organisma hidup.

Peranan manusia dalam pemuliharaan dan pemeliharaan telah ditekankan di sekolah rendah. Nyatakan juga hutan merupakan tempat tinggal bagi orang asli.

conservation-pemuliharaan reserve forest – hutan simpan highland forest – hutan tanah tinggi indigenous people – orang asli preservation-pemeliharaan sanctuary-santuari tropical rainforest – hutan hujan tropika wetlands – tanah bencah / lembap

Page 42: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

34

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.6 Menilai peranan manusia dalam mengekalkan keseimbangan semulajadi.

Menjalankan sesi sumbangsaran untuk membincangkan isu persekitaran yang memberi kesan kepada keseimbangan semulajadi dan cara menyelesaikannya. Menjalankan perbincangan untuk mewajarkan bahawa manusia memerlukan ekosistem yang stabil dan produktif untuk memastikan kehidupan yang harmoni.

Murid boleh:

menerangkan kesan aktiviti manusia terhadap keseimbangan semulajadi.

memerihalkan cara manusia menyelesaikan masalah yang berhubungkait dengan persekitaran.

mewajarkan bahawa manusia memerlukan ekosistem yang stabil, produktif dan seimbang.

Contoh isu persekitaran: Perubahan iklim global, kemusnahan habitat, kepupusan spesis, pencemaran udara, tanah dan air, kehilangan tanah lembap, pengurusan sisa pepejal, penebangan hutan, penggunaan tanah yang tidak terkawal, penangkapan ikan tidak terkawal, toksin dalam persekitaran (membebaskan bahan kimia lebihan dalam persekitaran – termasuk pestisid, baja dan bahan cemar)

acid rain – hujan asid brainstorming – sumbangsaran climate change – perubahan iklim deforestation – penebangan hutan excessive – berlebihan land overuse – penggunaan tanah yang tidak terkawal green house effect – kesan rumah hijau over fishing – penangkapan ikan tidak terkawal pollution – pencemaran solid waste management – pengurusan sisa pepejal pesticides – pestisid species extinction – kepupusan spesis toxin – toksin

Page 43: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

35

TEMA: JIRIM DALAM ALAM BIDANG PEMBELAJARAN: AIR DAN LARUTAN

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Menganalisa ciri fizikal air.

Menjalankan aktiviti untuk menentukan yang berikut:

takat beku air,

takat didih air. Menjalankan aktiviti untuk memerhatikan kesan bendasing ke atas ciri fizikal air.

Murid boleh:

menyatakan maksud takat beku air.

menyatakan maksud takat didih air.

memerihalkan ciri fizikal air.

menerangkan melalui contoh kesan bendasing ke atas ciri fizikal air.

Teori Kinetik harus diperkenalkan. Hubungkaitkan takat beku dan takat didih air dengan Teori Kinetik.

boiling point – takat didih freezing point – takat beku impurities – bendasing inference – inferens physical characteristics – ciri fizikal

Page 44: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

36

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Menganalisa komposisi air.

Menjalankan elektrolisis untuk menentukan nisbah hidrogen kepada oksigen dalam satu molekul air.

Murid boleh:

menentukan komposisi air.

menguji kehadiran hidrogen dan oksigen.

Teori ionik tentang elektrolisis tidak diperlukan. Memahami hidrogen dihasilkan pada katod dan oksigen dihasilkan pada anod adalah memadai. Nisbah gas diperlukan.

anode – anod cathode – katod composition – komposisi ionic theory – teori ionik electrolysis – elektrolisis discharge – terhasil

Page 45: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

37

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.3 Menganalisa proses penyejatan air.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor mempengaruhi penyejatan air iaitu kelembapan, suhu persekitaran, luas permukaan dan pergerakan udara. Membincangkan faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan dan kaitannya dengan Teori Kinetik. Membincangkan persamaan dan perbezaan antara penyejatan dengan pendidihan. Mengumpul maklumat tentang proses penyejatan dan aplikasinya dalam kehidupan harian iaitu mengeringkan pakaian, pengawetan hasil pertanian dan pemprosesan makanan.

Murid boleh:

menerangkan maksud penyejatan.

menerangkan melalui contoh faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air dengan merujuk Teori Kinetik.

membanding dan membezakan antara penyejatan dengan pendidihan.

memerihalkan aplikasi penyejatan air dalam kehidupan harian.

agricultural product – hasil pertanian evaporation – penyejatan evaporation of water – penyejatan air humidity – kelembapan movement of air – pergerakan udara preservation – pengawetan processing of food – pemprosesan makanan rate of evaporation – kadar penyejatan surface area – luas permukaan temperature of the surrounding – suhu sekeliling

Page 46: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

38

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.4 Menganalisa larutan dan kelarutan.

Membincangkan perbezaan antara zat terlarut, pelarut dan larutan. Menjalankan aktiviti untuk menyediakan larutan cair, larutan pekat dan larutan tepu. Membincangkan persamaan dan perbezaan antara larutan cair, larutan pekat dan larutan tepu. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan perbezaan antara larutan dengan bahan terampai. Menjalankan eksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi kelarutan zat terlarut

jenis pelarut,

jenis zat terlarut,

suhu pelarut.

Murid boleh:

menerangkan maksud zat terlarut, pelarut dan larutan.

membanding dan membezakan antara larutan cair, larutan pekat dan larutan tepu.

menerangkan maksud bahan terampai.

menerangkan maksud kelarutan.

menerangkan faktor yang mempengaruhi kelarutan zat terlarut di dalam air.

menerangkan kepentingan air sebagai pelarut universal dalam kehidupan.

memberi contoh kegunaan pelarut organik di dalam kehidupan harian.

Memperkenalkan bahan mendapan tidak terlarut sebagai sisa/baki.

concentrated solution – larutan pekat dilute solution – larutan cair nature of solute – jenis zat pelarut nature of solvent – jenis pelarut organic solvent – pelarut organik residue – baki/sisa suspension – bahan terampai saturated solution – larutan tepu sediment – bahan mendapan solubility – kelarutan solute – zat pelarut solution – larutan solvent – pelarut universal solvent – pelarut universal volume of solvent – isipadu pelarut

Page 47: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

39

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Menjalankan eksperimen untuk menentukan faktor yang mempengaruhi kadar keterlarutan:

suhu pelarut,

kadar kacauan,

saiz zat terlarut. Membincangkan kepentingan air sebagai pelarut universal dalam kehidupan harian. Mengupul maklumat tentang aplikasi pelarut organik dalam kehidupan harian.

Page 48: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

40

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.5 Menganalisa asid dan alkali.

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji:

sifat asid dari aspek nilai pH, rasa, sifat mengkakis, kesan ke atas kertas litmus, tindakan terhadap logam seperti magnesium dan zink.

sifat alkali dari aspek nilai pH, rasa, mengkakis, kesan ke atas kertas litmus.

menjalankan perbincangan untuk mendefinisi secara operasi asid dan alkali.

Menjalalankan aktiviti untuk menentukan bahan berasid dan bahan beralkali dalam kehidupan harian.

Murid boleh:

mengenal pasti sifat asid.

mengenal pasti sifat alkali.

menyatakan asid dan alkali hanya menunjukkan sifatnya dengan kehadiran air.

menerangkan melalui contoh definisi asid dan alkali.

mengenal pasti bahan berasid dan beralkali dalam kehidupan harian.

menyatakan kegunaan asid dan alkali dalam kehidupan harian.

menerangkan maksud peneutralan.

menulis persamaan perkataan untuk memerihalkan proses peneutralan.

menerangkan melalui contoh kegunaan peneutralan dalam kehidupan harian.

Awas: Bahan kimia di dalam makmal tidak boleh dirasa. Gunakan hanya asid dan alkali cair. Jangan gunakan logam aktif seperti kalium dan natrium dalam tindak balas dengan asid.

active metal – logam aktif alkaline substance –bahan beralkali concentration – kepekatan concentrated acid – asid pekat concentrated alkali – alkali pekat corrosive – mengkakis dilute acid – asid cair dilute alkali – alkali cair equation in words – persamaan perkataan hydrochloric acid – asid hidroklorik litmus paper – kertas litmus metal – logam neutralization – peneutralan operational definition – definisi secara operasi potassium – kalium sodium – natrium sodium hydroxide – natrium hidroksida

Page 49: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

41

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Mengumpul maklumat tentang kegunaan asid dan alkali dalam kehidupan harian seperti bidang pertanian dan industri. Membincangkan maksud peneutralan. Menjalankan aktiviti untuk menentukan peneutralan dengan menggunakan asid hidroklorik dan natrium hidroksida pada kepekatan yang sama. Membincangkan aplikasi peneutralan dalam kehidupan harian (contoh: menggunakan syampu dan perapi, dan meneutralkan sengatan serangga).

Page 50: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

42

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.6 Menganalisa kaedah pembersihan air.

Membuat lawatan ke loji pembersihan air. Sumbangsaran tentang yang berikut:

sumber air semula jadi.

sebab pembersihan air. Membincangkan pelbagai jenis kaedah pembersihan air seperti penurasan, pendidihan, pengklorinan dan penyulingan. Menjalankan aktiviti untuk mengkaji pelbagai jenis kaedah pembersihan air seperti penurasan, pendidihan dan penyulingan. Murid membentangkan dapatan mereka untuk membincangkan kelebihan dan kekurangan pelbagai kaedah pembersihan air.

Murid boleh:

menyenaraikan sumber air semula jadi.

menyatakan sebab pembersihan air.

memerihalkan pelbagai jenis kaedah pembersihan air.

membandingkan kelebihan dan kekurangan pelbagai kaedah pembersihan air.

Kemajuan terkini dalam pembersihan air (contoh: rawatan ultra-violet boleh dibincangkan).

boiling – pendidihan chlorination – pengklorinan distillation – penyulingan filtration – penurasan natural resources – sumber semula jadi water purification site – loji pembersihan air

Page 51: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

43

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.7 Menganalisa sistem bekalan air.

Melawat ke loji pemprosesan air untuk mengkaji sistem bekalan air dan peringkat yang terlibat dalam pembersihan air. Membincangkan cara menjimatkan air. Membuat projek untuk mengkaji jumlah purata kegunaan air di rumah.

Murid boleh:

memerihalkan bagaimana sistem bekalan air berfungsi.

menerangkan cara untuk menjimatkan air.

domestic uses – penggunaan domestik usage of water – penggunaan air water supply system – sistem bekalan air

Page 52: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

44

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.8 Memahami pemeliharaan kualiti air. .

Mengumpul dan mentafsir data tentang bahan cemar yang merangkumi:

bahan buangan industri seperti bahan kimia dan sisa radioaktif.

bahan buangan domestik seperti sampah sarap dan kumbahan.

bahan kimia daripada aktiviti pertanian seperti baja dan racun haiwan perosak.

pengelodakan yang berpunca daripada pembinaan dan penebangan hutan.

tumpahan daripada kapal minyak.

Mengendalikan perbincangan tentang kesan pencemaran air ke atas benda hidup.

Menjana idea tentang cara mengawal pencemaran air.

Membincangkan cara memulihara dan memelihara air dan kualitinya. Menjalankan kempen ‘Cintai Sungai Kita’.

Murid boleh:

memberi contoh bahan cemar air.

menerangkan kesan pencemaran air ke atas benda hidup.

menerangkan cara mengawal pencemaran air.

menerangkan cara memelihara air dan kualitinya.

construction – pembinaan deforestation – penebangan hutan domestic waste – bahan buangan domestik fertiliser – baja garbage – sampah-sarap industrial waste – bahan buangan industri pesticide – pestisid preservation – pemeliharaan radioactive residue – sisa radioaktif siltation – pengelodakan sewage – sisa / bahan kumbahan water pollutant – bahan cemar air

Page 53: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

45

BIDANG PEMBELAJARAN: 2. TEKANAN UDARA

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Memahami tekanan udara.

Menjalankan aktiviti untuk membincangkan teori kinetik gas. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan udara mengenakan tekanan. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan faktor yang mempengaruhi tekanan udara iaitu isipadu dan suhu.

Murid boleh:

menerangkan kewujudan tekanan udara dengan merujuk kepada Teori Kinetik.

menerangkan faktor yang mempengaruhi tekanan udara.

air pressure – tekanan udara appliances – peralatan existence – kewujudan temperature – suhu volume – isipadu

Page 54: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

46

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.2 Mengaplikasi prinsip tekanan udara dalam kehidupan harian.

Mengumpul dan mentafsir data pada alatan yang menggunakan prinsip tekanan udara. Mengumpul maklumat dan membincangkan aplikasi tekanan udara dalam picagari, sifon, pam penyembur dan penyedut minuman. Membincangkan cara menggunakan prinsip tekanan udara untuk menyelesaikan masalah harian seperti sinki tersumbat dan menuang susu pekat daripada tin. Mengumpul maklumat bagaimana tangki gas di bawah tekanan tinggi berfungsi. Membincangkan langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan gas di bawah tekanan tinggi.

Murid boleh:

menerangkan dengan contoh alatan yang menggunakan prinsip tekanan udara.

menjana idea untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip tekanan udara.

menghubungkaitkan langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan gas di bawah tekanan tinggi.

Awas: Jangan letakkan tangki gas di bawah tekanan tinggi berdekatan dengan sumber haba.

syringe – picagari siphon – sifon spray – penyembur drinking straw – penyedut minuman blockage – tersumbat gas under high pressure – gas di bawah tekanan tinggi safety measures – langkah keselamatan

Page 55: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

47

TEMA: DAYA DAN GERAKAN BIDANG PEMBELAJARAN: 1. DINAMIK

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami daya.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan tolakan dan tarikan adalah daya. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan kesan daya (perubahan bentuk, kedudukan, kelajuan dan arah). Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan pelbagai jenis daya (daya geseran, daya graviti, daya elektrostatik dan daya magnetik).

Murid boleh:

nyatakan daya adalah tolakan atau tarikan.

menerangkan kesan daya.

menerangkan pelbagai jenis daya.

electrostatic force – daya elektrostatik frictional force – daya geseran gravitational force – daya graviti magnetic force – daya magnetik speed – kelajuan

1.2 Memahami pengukuran daya.

Membincangkan unit daya dan prinsip neraca spring. Menjalankan aktiviti untuk mengukur magnitud daya.

Murid boleh:

menyatakan unit untuk daya.

menerangkan bagaimana neraca spring berfungsi.

mengukur magnitud daya.

magnitude – magnitud spring balance – neraca spring

Page 56: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

48

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.3 Mengaplikasi daya geseran.

Membincangkan dengan contoh untuk menunjukkan kewujudan daya geseran. Menjalankan aktiviti untuk mengenal pasti arah bagi daya geseran dan mengukur magnitud bagi daya tersebut. Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan bagaimana permukaan yang berbeza mempengaruhi magnitud daya geseran. Mengumpulkan maklumat dan membincangkan kebaikan dan keburukan geseran. Menjalankan aktiviti cara: a) meningkatkan geseran. b) mengurangkan geseran. Membincangkan aplikasi meningkatkan dan mengurangkan geseran dalam kehidupan harian.

Murid boleh:

menerangkan dengan contoh kewujudan daya geseran.

menyatakan arah bagi daya geseran dan magnitud bagi daya tersebut.

menjalankan eksperimen untuk menunjukkan bagaimana permukaan yang berbeza mempengaruhi daya geseran.

menerangkan kebaikan dan keburukan geseran.

menerangkan cara meningkatkan geseran.

menerangkan cara mengurangkan geseran.

menerangkan dengan contoh aplikasi geseran dalam kehidupan harian.

.

Abaikan daya geseran statik.

existence – kewujudan surface – permukaan

Page 57: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

49

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.4 Mengaplikasi kerja.

Membincangkan dengan contoh, kerja dilakukan apabila objek digerakkan oleh daya. Menjalankan aktiviti untuk menentukan kerja dilakukan dengan menggunakan rumus berikut: Kerja (J) = Daya (N) X Jarak (m)

Murid boleh:

menerangkan dengan contoh bagaimana kerja dilakukan.

menyatakan unit untuk kerja.

menentukan kerja yang dilakukan.

distance – jarak work – kerja

1.5 Mengaplikasi kuasa.

Menjalankan aktiviti untuk menentukan kuasa dengan menggunakan rumus berikut: Kuasa (W) = Kerja (J) Masa (s)

Murid boleh:

menyatakan maksud kuasa.

menyatakan unit untuk kuasa.

menentukan kuasa ke atas kerja yang dilakukan.

power – kuasa

1.6 Menganalisa kepentingan daya dalam kehidupan.

Mereka satu aktiviti contoh melukis poster, melakonkan sketsa atau lakonan untuk menunjukkan bagaimana kehidupan sekiranya tiada daya.

Murid boleh:

memerihalkan bagaimana kehidupan jika daya tidak wujud.

sketch – lakaran

Page 58: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

50

BIDANG PEMBELAJARAN: 2. SOKONGAN DAN GERAKAN

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Memahami sistem sokongan dalam haiwan.

Mengumpul maklumat dan membincangkan pelbagai sistem sokongan bagi: a) haiwan vertebrata darat dan

akuatik. b) haiwan invertebrata darat dan

akuatik.

Menjalankan perbincangan tentang yang berikut: a) persamaan dan perbezaan

antara sistem sokongan haiwan vertebrata darat dan akuatik.

b) persamaan dan perbezaan antara sistem sokongan haiwan invertebrata darat dan akuatik.

Murid boleh:

menerangkan sistem sokongan haiwan vertebrata dan pelbagai sistem sokongan haiwan invertebrata.

membanding dan membezakan sistem sokongan antara haiwan vertebrata darat dan akuatik.

membanding dan membezakan sistem sokongan antara haiwan invertebrata darat dan akuatik.

Bagi haiwan invertebrata, perkenalkan rangka luar, rangka dalam dan rangka hidrostatik.

aquatic – akuatik buoyancy – keapungan chitin – kitin cuticle – kutikel endoskeleton – rangka dalam exoskeleton – rangka luar hydrostatic – hidrostatik shell – cangkerang skeletal system – sistem rangka support system – sistem sokongan

2.2 Memahami sistem sokongan dalam tumbuhan.

Menjalankan kajian lapangan untuk mengkaji pelbagai sistem sokongan bagi tumbuhan. Menjalankan aktiviti untuk mengelaskan tumbuhan berdasarkan sistem sokongannya.

Murid boleh:

menerangkan pelbagai sistem sokongan bagi tumbuhan berkayu dan tidak berkayu.

mengelaskan tumbuhan berdasarkan sistem sokongannya.

Ciri yang membantu tumbuhan tidak berkayu termasuklah sulur paut, duri, ruang udara dalam tumbuhan akuatik.

Page 59: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

51

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.3 Menghargai sistem sokongan dalam benda hidup.

Membincangkan isu seperti berikut: a) ketidakupayaan paus kembali

ke laut selepas terdampar ke darat.

b) orang kurang berupaya yang menggunakan tongkat ketiak untuk sokongan.

Murid boleh:

mewajarkan kepentingan sistem sokongan kepada benda hidup.

beached whale – paus yang terdampar di pantai crippled – tempang crutches – tongkak ketiak inability – ketidakupayaan

Page 60: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

52

TEMA: PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN INDUSTRI DALAM MASYARAKAT BIDANG PEMBELAJARAN: 1. STABILITI

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahami bahawa pusat graviti mempengaruhi kestabilan.

Menjalankan aktiviti untuk mencari titik keseimbangan bagi bentuk sekata dan tidak sekata. Menjalankan aktiviti untuk menyiasat bagaimana pusat graviti mempengaruhi kestabilan objek dengan memanipulasikan: a) tinggi. b) luas tapak. Membincangkan hubungan antara pusat graviti dan kestabilan.

Murid boleh:

menentukan titik keseimbangan bagi bentuk sekata dan tidak sekata.

menghubungkait titik keseimbangan sebagai pusat graviti objek.

menghubungkait pusat graviti dengan kestabilan objek.

base area – luas tapak center of gravity – pusat graviti height – ketinggian manipulating – mengubah point of equilibrium – titik keseimbangan stability – kestabilan

Page 61: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

53

Objektif pembelajaran Cadangan Aktiviti

Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.2 Menghargai kepentingan kestabilan.

Mengadakan sesi sumbangsaran tentang cara meningkatkan kestabilan. Menjalankan aktiviti seperti membuat projek atau permainan untuk membina model yang mengaplikasikan konsep kestabilan.

Murid boleh:

mencadangkan cara meningkatkan kestabilan objek di sekeliling mereka.

menerangkan dengan contoh aplikasi kestabilan dalam kehidupan.

Page 62: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

54

BIDANG PEMBELAJARAN: 2. MESIN RINGKAS

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1 Menganalisa tuas.

Membincangkan bagaiamana daya yang kecil mampu mengangkat beban yang berat dengan menggunakan tuas.

Membuat pemerhatian tentang alat yang menggunakan prinsip tuas. Mengenal pasti beban, daya dan fulkrum, dan seterusnya mengelaskan sistem kepada tuas kelas pertama, kedua dan ketiga.

Membincangkan bagaimana manusia mengaplikasi prinsip tuas untuk mengatasi beban yang berat.

Membincangkan momen daya = daya X jarak tegak dari pangsi ke daya. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan hubungan momen daya dan hasil darab daya dan jarak.

Murid boleh:

menyenaraikan objek di sekeliling mereka yang menggunakan prinsip tuas.

menyatakan apa yang boleh dilakukan oleh tuas.

mengenal pasti beban, daya dan fulkrum dalam tuas.

mengelaskan tuas.

menerangkan maksud momen daya.

menyelesaikan masalah berkaitan tuas.

Apabila membuka pintu atau menggunakan spanar untuk melonggarkan nat, kita mengenakan daya yang menghasilkan kesan putaran seperti yang dikehendaki. Kesan putaran itu dinamakan momen daya.

fulcrum – fulcrum force – daya lever – tuas load – beban perpendicular distance – jarak tegak

Page 63: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

55

Objektif pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tuas dengan menggunakan rumus berikut:

Beban (N) X jarak beban dari fulkrum (m) = Daya (N) X jarak daya dari fulkrum (m)

2.2 Menghargai usaha inovatif dalam mereka bentuk mesin untuk memudahkan kerja.

Menjalankan projek untuk membina alat menggunakan prinsip tuas.

Murid boleh:

mereka bentuk atau mengubahsuai alat yang menggunakan prinsip tuas.

design – reka innovative – inovatif

Page 64: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

56

Penasihat Datu Dr Hj. Julaihi Hj. Bujang

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Mohd Zanal bin Dirin Timbalan Pengarah (Sains dan Teknologi) Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penasihat Editorial

Zainon Abd. Majid Ketua Unit Sains Teras Bahagian Pembangunan Kurikulum

Editor

Aizatul Adzwa Mohd. Basri Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum

Penterjemah Burhanuddin Dahalan

SMK Alang Iskandar Bagan Serai, Perak

Fong Woon Yoke SMK Menglembu Menglembu, Perak

Roslan Yusoff SMK Seri Perak Teluk Intan, Perak

Hafiz Zaki Hamdan SMK Seri Perkasa Hutan Melintang, Perak

Norhaida Alias SMK Sultan Abdul Jalil Shah Seberang Perak, Teluk Intan, Perak

Nazirah Abdul Rahman SMJK Hua Lian Taiping, Perak

Maslina Ayu Shaharuddin SMK Convent Taiping, Perak

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH

SAINS TINGKATAN 2

PANEL PENTERJEMAH

Page 65: Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM · PDF fileKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah SPESIFIKASI KURIKULUM SAINS TINGKATAN 2 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

2011