kupasan buku_ apa erti saya menganut islam_ _ _..mencari redha allah

4
MY FACEBOOK :..SAHABAT..: UMP FACEBOOK HOME :..MENCARI REDHA ALLAH..: KUPASAN BUKU: APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM? POSTED BY AN-NASRULLAH UNDEFINED- UNDEFINED- UNDEFINED 7 SCRATCHES KUPASAN BUKU: APA ERTI SAYA M ENGANUT ISLAM ? KARYA AL-FADHIL DR. FATHI YAKAN Prepared by: NASRUL HADI BIN JOHARI 1.0 Pendahuluan Buku yang dipilih untuk dikupas dalam tugasan ini adalah sebuah karya agung Al-Fadhil Dr. Fathi Yakan yang berjudul “Apa Erti Saya Menganut Islam” (Gambar 1). Buku yang sangat menarik ini telah diulang cetak banyak kali oleh beberapa syarikat penerbitan tanah air memandangkan sambutannya yang sentiasa segar. Buku ini juga telah di terjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa melayu untuk dijadikan tatapan dan rujukan umat Islam di seluruh dunia sejak 1980an lagi. Buku ini sangat sesuai dan telah dijadikan bahan tarbiyyah untuk dibicangkan dalam halaqah-halaqah ilmu seperti usrah, ceramah, diskusi dan sebagainya. Kitab ini telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama membicarakan persoalan “Apa ertinya saya menganut Islam”, dengan menghuraikan sifat-sifat yang wajib ada pada setiap orang Muslim. Sifat-sifat ini adalah sifat asas yang perlu difahami oleh setiap umat Islam agar benar- benar menjadi seorang Muslim. Manakala bahagian yang kedua pula membincangkan perihal “Apa ertinya saya menggabungkan diri dengan harakah islamiyah”. Dalam bahagian ini, Dr. Fathi Yakan telah membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud pada mereka yang menganut Islam supaya penggabungan diri mereka menjadi penggabungan yang benar. Gabungan kedua bahagian ini telah melengkapi antara satu sama lain untuk memberi panduan dan garisan yang sangat sesuai dan pratikal kepada para da`e (pendakwah) dalam memantapkan lagi kefahaman dan usaha untuk memurnikan Islam. Membaca dan memahami buku ini membuatkan pembaca menjadi lebih focus dan faham mengenai muslim dan tuntutannya, tidak lagi hanya tahu mengaku muslim dengan lafaz, tetapi telah tidak disertakan dengan perbuatan dan keseluruhan anggota tubuh dan akal. Mengaku muslim menuntut kita untuk menjadi umat yang terbaik. Umat yang sentiasa faham dan menyerah diri sepenuhnya kepada Islam seperti yang dituntu oleh Allah SWT. About Me An-Nasrullah Skudai, Johor, Malaysia Welcome to my Teratak! Semoga bermanfaat untuk semua 019- 9111787, [email protected] View my complete profile Time is flying Blog Archive ► 2012 (2) ► 2011 (7) ▼ 2010 (33) ► 11/14 - 11/21 (1) ► 10/03 - 10/10 (1) ► 09/19 - 09/26 (1) ► 08/29 - 09/05 (1) ► 08/08 - 08/15 (1) ► 07/25 - 08/01 (1) ► 06/27 - 07/04 (1) ► 06/06 - 06/13 (1) ► 05/30 - 06/06 (4) ► 05/09 - 05/16 (1) ► 05/02 - 05/09 (1) ► 04/25 - 05/02 (1) ► 04/18 - 04/25 (1) ► 04/11 - 04/18 (2) ► 03/28 - 04/04 (1) ▼ 03/21 - 03/28 (3) Maka bersyukurlah....

Upload: muhamad-nazmi-sutarman

Post on 14-Nov-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

qrtyuiodfghjk

TRANSCRIPT

  • MY FACEBOOK

    ":::WHISPER ACROSS THE

    SEA:::"

    6 HOURS AGO

    ~*DULU KINI & MASA

    DEPAN*~

    23 HOURS AGO

    AITE...NO HAL!

    1 MONTH AGO

    TAMAN ARNAB

    5 MONTHS AGO

    ON MY EYES

    ABOUT...

    7 MONTHS AGO

    MENCARI TUJUAN DALAM

    HIDUP

    9 MONTHS AGO

    RAPTORARENA

    9 MONTHS AGO

    .::GREAT SHARK::.

    1 YEAR AGO

    CORETAN PENA

    BIRU

    1 YEAR AGO

    DIEPILOG

    KEHIDUPAN

    1 YEAR AGO

    BLOG MUZANI

    1 YEAR AGO

    MUTIARA IBRAH SEPANJANG

    PERJALANAN

    2 YEARS AGO

    "NEVER GIVE UP ON A

    MIRACLE"

    :..SAHABAT..:

    UMP FACEBOOK HOME

    :..MENCARI REDHAALLAH..:

    KUPASAN BUKU: APA ERTI SAYA MENGANUTISLAM?POSTED BY AN-NASRULLAH UNDEFINED- UNDEFINED- UNDEFINED 7 SCRATCHES

    KUPASAN BUKU:

    APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM?

    KARYA AL-FADHIL DR. FATHI YAKAN

    Prepared by:

    NASRUL HADI BIN JOHARI

    1.0 Pendahuluan

    Buku yang dipilih untuk dikupas dalam tugasan ini adalah sebuah karya agung Al-Fadhil Dr. Fathi

    Yakan yang berjudul Apa Erti Saya Menganut Islam (Gambar 1). Buku yang sangat menarik ini telah

    diulang cetak banyak kali oleh beberapa syarikat penerbitan tanah air memandangkan sambutannya

    yang sentiasa segar. Buku ini juga telah di terjemah ke dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa

    melayu untuk dijadikan tatapan dan rujukan umat Islam di seluruh dunia sejak 1980an lagi. Buku ini

    sangat sesuai dan telah dijadikan bahan tarbiyyah untuk dibicangkan dalam halaqah-halaqah ilmu

    seperti usrah, ceramah, diskusi dan sebagainya.

    Kitab ini telah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama membicarakan persoalan

    Apa ertinya saya menganut Islam, dengan menghuraikan sifat-sifat yang wajib ada pada setiap

    orang Muslim. Sifat-sifat ini adalah sifat asas yang perlu difahami oleh setiap umat Islam agar benar-

    benar menjadi seorang Muslim. Manakala bahagian yang kedua pula membincangkan perihal Apa

    ertinya saya menggabungkan diri dengan harakah islamiyah. Dalam bahagian ini, Dr. Fathi Yakan

    telah membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud pada mereka yang menganut Islam supaya

    penggabungan diri mereka menjadi penggabungan yang benar. Gabungan kedua bahagian ini telah

    melengkapi antara satu sama lain untuk memberi panduan dan garisan yang sangat sesuai dan

    pratikal kepada para da`e (pendakwah) dalam memantapkan lagi kefahaman dan usaha untuk

    memurnikan Islam.

    Membaca dan memahami buku ini membuatkan pembaca menjadi lebih focus dan faham mengenai

    muslim dan tuntutannya, tidak lagi hanya tahu mengaku muslim dengan lafaz, tetapi telah tidak

    disertakan dengan perbuatan dan keseluruhan anggota tubuh dan akal. Mengaku muslim menuntut

    kita untuk menjadi umat yang terbaik. Umat yang sentiasa faham dan menyerah diri sepenuhnya

    kepada Islam seperti yang dituntu oleh Allah SWT.

    About Me

    An-Nasrullah

    Skudai, Johor, Malaysia

    Welcome to my Teratak! Semogabermanfaat untuk semua 019-

    9111787,

    [email protected]

    View my complete profile

    Time is flying

    Blog Archive

    2012 (2)

    2011 (7)

    2010 (33)

    11/14 - 11/21 (1)

    10/03 - 10/10 (1)

    09/19 - 09/26 (1)

    08/29 - 09/05 (1)

    08/08 - 08/15 (1)

    07/25 - 08/01 (1)

    06/27 - 07/04 (1)

    06/06 - 06/13 (1)

    05/30 - 06/06 (4)

    05/09 - 05/16 (1)

    05/02 - 05/09 (1)

    04/25 - 05/02 (1)

    04/18 - 04/25 (1)

    04/11 - 04/18 (2)

    03/28 - 04/04 (1)

    03/21 - 03/28 (3)

    Maka bersyukurlah....

  • Gambar 1: Kitab Apa erti saya menganut Islam oleh Dr. Fathi

    Yakan, terjemahan oleh Pustaka Salam.

    2.0 Biografi Penulis

    Dr Fathi Yakan dilahirkan pada 9 Februari 1933 di Tripoli

    Lubnan. Beliau memperolehi PhD dalam bidang pengajian Islam

    walaupun pada peringkat BA dan MA beliau belajar dalam bidang

    kejuruteraan. Beliau berkahwin dengan Dr Mona Haddad Yakan

    dan dikurniakan lima cahaya mata. Beliau adalah pelopor

    gerakan Islam di Lubnan dan dunia Islam bahkan antara pelopor

    yang mengasaskan gerakan Islam di Lubnan bersama-sama

    dengan 50 saudaranya yang lain selepas mereka menziarahi Dr.

    Mustafa As-Sibaie di Syria. Beliau telah menyumbang tenaga di dalam mempelopori fikrah gerakan

    Islam di dunia Arab dan telah menyebarkan risalah-risalah dakwah yang berbentuk ideologi untuk

    menjadi panduan generasi kebangkitan Islam. Kebanyakan tulisan-tulisan beliau telah diterjemahkan

    ke dalam banyak bahasa. Beliau pernah memenangi kerusi dalam pilihanraya Lubnan pada tahun

    1992. Walaupun suatu ketika beliau tidak bersetuju dengan pilihanraya kerana tidak pernah berlaku

    pada zaman Rasulullah.

    Apa Ertinya saya menganut Islam ditulis dengan kupasan yang amat ringkas dan mudah difahami.

    Beliau berbuat demikian kerana, mahu menyedarkan khususnya umat Islam Lubnan untuk kembali

    berpegang kepada Islam. Pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera, pemuda yang tidak

    mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-

    kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti kufur dan zalim, pemuda pondan yang tidak ada kebaikan

    pada mereka, tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya. (Dr Fathi Yakan)

    3.0 Ringkasan muqaddimah

    Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga

    bukan penggabungan secara zahir sahaja. Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah

    penggabungan dengan ajaran Islam itu sendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran

    Islam serta menyesuaikan diri dengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.

    Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiap muslim

    untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sah dan benar.

    Firman Allah Subhanahu Wata'ala yang bermaksud:

    Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya

    Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaranperbuatan kamu dan supaya

    kamu pula layak menjadi orang-orang yang member keterangan kepada umat manusia (tentang yang

    benar dan yang salah).

    (Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).

    4.0 Bahagian Satu Apa ertinya saya menganut Islam

    Bahagian yang pertama ini mengandungi 6 bab semuanya. Bab-bab tersebut adalah:

    1- Saya mestilah Muslim di sudut Akidah

    2- Saya mestilah Muslim di sudut Ibadat

    3- Saya mestilah Muslim di sudut Akhlak

    ANTARA TAAT DAN SEMBAH

    KUPASAN BUKU: APA ERTI SAYA MENGANUT

    ISLAM?

    03/14 - 03/21 (2)

    03/07 - 03/14 (3)

    02/21 - 02/28 (1)

    02/07 - 02/14 (1)

    01/31 - 02/07 (1)

    01/24 - 01/31 (1)

    01/17 - 01/24 (1)

    01/10 - 01/17 (1)

    2009 (19)

    2008 (33)

    2007 (15)

    Kedai Buku

    Iklan

    Popular Posts

    CARA-CARA MEMIMPIN HATI

    Hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik.

    Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia

    bersih, akan membersihkan seluruh kehid...

    KUPASAN BUKU: APA ERTI SAYA

    MENGANUT ISLAM?

    KUPASAN BUKU: APA ERTI SAYA

    MENGANUT ISLAM? KARYA AL-

    FADHIL DR. FATHI YAKAN Prepared by: NASRUL

    HADI BIN JOHARI 1.0 Pendahuluan Bu...

    21 Things U should never buy

    new!!!

    assalamualaikum wth...

    wah..lame betul x update

    blog..nyaris-nyaris menjadi usang dan

    kusam..dinaiki sarang labah-labah di bucu-bucu

    blog...

    LAWAN HAWA NAFSUMU!

    LAWAN NAFSU MU! Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi (

    http://genta-rasa.com/2010/10/20/lawan-hawa-

    nafsumu/ ) Bagaimana keadaan kita jika terlihat s...

    There was an error in this gadget

  • 4- Saya mestilah Muslim di sudut Berkeluarga

    5- Saya mestilah mampu mengawal diri

    6- Saya mestilah yakin bahawa masa depan di tangan Islam.

    Ke enam-enam bab ini mengupas cirri-ciri atau sifat-sfat seorang muslim yang perlu dimiliki. Dalam

    bab yang pertama, ianya sangat bersesuaian dengan pendekatan baginda Rasulullah SAW dalam

    uslub dakwah dan juga pendekatannya. Seorang muslim itu mestilah selesai pemahaman hatinya

    terhadap Allah dan rasul serta Islam. Akidah yang jelas dan mantap akan melahirkan perbuatan,

    pemikiran dan percakapan yang islami, iaitu perbuatan ibadah. Ia juga seterusnya akan menjadi asas

    dalam perbuatan ibadah seorang muslim. Melakukan ibadah tanpa ada kefahaman akidah yang jelas

    ibarat perbuatan yang sia-sia dan tiada manfaatnya.

    Seterusnya apabila kita telah selesai bab akidah yang jelas dan ibadah yang sahih, maka pastinya

    seorang muslim itu akan berakhlak dengan akhlak Islam. Ini kerana akhlak yang baik hanya akan di

    zahirkan melalui hikmah dan manfaat ibadah yang baik. Di dala Islam, akhlak yang mulia itu lahir

    sebagai hasil daripada pelbagai ibadat yang dilakukan. Tanpa hasil ini, ibadat-ibadat yang kita

    lakukan ibarat satu upacara gerak geri ritual kosong, yang tidak membawa apa-apa nilai dan faedah.

    Kemudian, apabila kita telah menganut agama Islam, kewajipan telah jatuh ke atas diri kita untuk

    menjadi pendakwah segenap kehidupan kita. Maka, langkah pertama yang mesti kita lakukan ialah

    menjadikan rumah tangga saya sebagai sebuah rumah tangga muslim. Kita wajib menyampaikan

    ajaran Islam terhadap keluarga dan masyarakat disekeliling kita. Selain itu, dalam bab keempat dan

    kelima ini juga engajar kita untuk sentiasa dapat menguasai diri. Jangan sesekali kecundang kepada

    hawa nafsu diri sendiri yang pastinya akan memusnahkan diri.

    Manakala di dalam bab yang keenam pula, kita mesti meyakini bahawa keimanan kita dengan Islam

    sepatutnya sampai ke peringkat meyakini bahawa masa depan kelak ialah milik Islam. Agama Islam

    adalah satu-satunya manjah kehidupan yang sangat sesuai dan selaras dengan kehidupan manusia.

    5.0 Bahagian Dua Apa ertinya saya menggabungkan diri dengan harakah Islamiyyah

    Seterusnya, di dalam bahagian kedua, telah dinukilkan oleh Dr.Fathi beberapa bab iaitu:

    1. Saya mesti hidup untuk Islam

    2. Saya mesti beriman bahawa beramal untuk Islam itu adalah wajib

    3. Tanggungjawab, cirri-ciri dan persediaan harakah islamiyah

    4. Saya mesti memahami cara-cara beramal untuk Islam

    5. Saya mesti memahami sejauh mana penggabungan denagn harakah islamiyyah

    6. Saya mesti mememahami makna pemutusan amal islami

    7. Saya mestilah memahami syarat-syarat baiah dan keanggotaannya.

    Bahagian kedua buku ini yang bertemakan apa ertinya saya menggabungkan diri dengan harakah

    Islamiyyah membentangkan ciri-ciri penting yang mesti wujud pada mereka yang menganut Islam

    supaya penggabungan diri mereka menjadi penggabungan yang benar.

    Asas bagi penggabungan seseorang dengan harakah Islamiyyah ialah dengan wujudnya ciri-ciri dan

    sifat-sifat penggabunagn seseorang dengan agama Islam itu sendiri. Inilah yang menjadikan harakah

    Islamiyyah mengambil berat ke atas persiapan peribadi Muslim yang sebenarnya sebelum memulakan

    usaha membentuknya sebagai seorang anggota harakah Islamiyyah.

    Langkah ini perlu kerana penggabungan diri seseorang dengan ajaran Islam adalah asas, manakala

    penggabungan ke dalam harakah pula adalah sebahagian yang tidak boleh diceraikan dari hakikat

    penggabungan seseorang dengan agama ini.

  • Sehingga hari ini telah berlaku pelbagai peristiwa dalam dunia Islam umumnya yang merupakan satu

    bukti bagaimana sebenarnya umat Islam hidup dalam keadaan kekosongan yang melampau dalam

    pelbagai lapangan kehidupan. Dalam peristiwa-peristiwa berdarah dan sekatan dunia, telah banyak

    system peraturan hidup dan prinsip-prinsip Islam telah gugur dan lenyap. Telah banyak gerakan-

    gerakan Islami dan pemimpin-pemimpinnya yang syahid gugur di medan perjuangan. Sistem-sistem

    Islam dan pengaruhnya sudah langsung tiada taring. Hilang begitu sahaja.

    Justeru, kesemua ini menuntu kepada perlunya sebuah Harakah, yang akan berhadapan dengan satu

    tanggungjawab terhadap sejarah masa depan umat Islam, memurnikan kembali iman dan iradah yang

    telah tercemar. Maka, buku ini tiada lain, menyeru pembacanya untuk berubah. Melengkapi diri

    dengan cirri-ciri Islam untuk menggabungkan jasad dan roh kepada harakah islamiyyah.

    6.0 Penutup

    Benarlah buku ini tersangat mengkagumkan sebagai hasil nukilan seorang manusia biasa yang bukan

    Rasul bukan pula Nabi. Titipan semangat dalam panduannya mampu mengubah dunia, hasil daripada

    didikan-didikan tarbiyyah yang sarat didalamnya. Sangat dicadangkan kepada semua untuk membaca

    dan mentadabburnya.

    7.0 Rujukan

    Kitab Apa Erti Saya Menganut Islam, Dr.Fathi Yakan.

    Inilah Jalanku, Prof Dr Sayyid Alawi Maliki, Terjemahan Sheikh Fuad Kamaluddin

    Categories: Labels: deenul islam

    7 Responses so far.

    zulkola says:

    22 March 2010 15:50

    wah, hebat sungguh kupasan yang saudara bicarakan di sini. Sememangnya buku ini sangat menarik dan bagus

    untuk dibaca oleh semua orang. Tahniah untuk saudara nasrul memberi maklumat yang sangat berguna ini. Nak

    tanya sikit, artikel ini buat sendiri ke amik dari orang?hehe

    An Nasrul says:

    22 March 2010 20:32

    alhamdulillah wat sndri la zul..ade kesempatan aritu wat..ini jugak utk assignment subjek science social...nape x

    caye? amanah dlm menulis

    zulkola says:

    26 March 2010 18:39

    hahaha percaya2..ooo assignment rupanya, patut ar skema ja ayatnya...huhu bagus2, teruskan menulis, jangan

    berhenti setakat tu jer...

    rijalunsodaqu says:

    9 February 2012 18:57

    Salam.

    Terima kasih, dapat rujukan pantas melalui tulisan tuan.

    Along Atin Jieha says:

    8 June 2012 18:22

    assalamualaikum.. w.b.t

    Mohon sangat2 keizinan drpd tuan punya blog untuk mencopy artikel ini demi tujuan pembentangan bedah buku

    maza yakni .