kumpulan ninepro laporan kumpulan inovatif dan...

15
MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) 2019 MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI MENARA MPSP JALAN PERDA UTAMA BANDAR PERDA 14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

Upload: others

Post on 26-Dec-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

KUMPULAN NINEPRO

LAPORAN

KUMPULAN INOVATIF

DAN KREATIF (KIK) 2019

MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

MENARA MPSP

JALAN PERDA UTAMA

BANDAR PERDA

14000 BUKIT MERTAJAM

PULAU PINANG

Page 2: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

1

BAB 1

PENGENALAN KUMPULAN DAN PROJEK

a. Pengenalan Kumpulan

Nama Kumpulan : NinePro

Nama Organisasi : Majlis Perbandaran Seberang Perai

Alamat : Menara MPSP, Jalan Perda Utama, Bandar Perda

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

No. Telefon : 04-5497555

E-Mail : [email protected]

: [email protected]

Tarikh Kumpulan Ditubuhkan : November 2018

Bilangan Ahli : 9 Orang Dari Jabatan Kejuruteraan.

Pemilihan Ahli Kumpulan : Mengikut latar belakang teknikal dan unit dalam MPSP

Moto Kumpulan : Progresif, Produktif, Profesional

Misi Kumpulan : Menjamin Keselamatan dan Kesejahteraan

Masyarakat Seberang Perai

(Borang Pencalonan – Lampiran 1)

(Surat Pelantikan – Lampiran 2)

b. Butiran Projek

Nama Projek: : SAFETY TOP AND RESIZABLE GRATING(STAR-G)

Keterangan / Rasional / Ringkasan Eksekutif :

Majlis Perbandaran Seberang Perai dengan moto Seberang Perai Aspirasi Bandar

Masa Hadapan sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan berteraskan ‘People

Centric’. Demi kepuasan pelanggan dari aspek keselamatan dan kesejahteraan,

MPSP melalui Jabatan Kejuruteraan sentiasa memastikan proses penyelenggaraan

dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

Kerosakan dan kehilangan penutup longkang (grating) di lapangan adalah aduan

yang sering diterima oleh Jabatan Kejuruteraan. Perkara ini merupakan punca

berlakunya kes kemalangan fizikal dan kematian. Jabatan Kejuruteraan ambil

perhatian dan memandang serius perkara ini. Jabatan telah mengenalpasti punca

kelewatan penggantian grating ialah di bahagian fabrikasi grating. Grating tersebut

perlu ditempa khas berdasarkan saiz yang berlainan di tapak kerana tiada spesifikasi

khusus ditetapkan di Unit Kawalan Pembangunan.

Page 3: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

2

Sekiranya, masalah grating ini tidak dapat diatasi, perkara yang lebih serius boleh

terjadi seperti:

a. Kemalangan fizikal dan boleh mengundang kematian.

b. Persekitaran yang tidak selamat kepada masyarakat Seberang Perai.

c. Imej MPSP sebagai Pengurus Harta akan terjejas

d. Kepuasan Stakeholder akan menurun dengan peningkatan aduan yang

lambat selesai.

Bagi mengatasi masalah ini, kumpulan telah mengadakan sesi percambahan fikiran

bersama semua ahli kumpulan bagi mewujudkan satu tindakan penyelesaian ke atas

masalah ini. Kumpulan telah menghasilkan satu inovasi penciptaan bagi

meningkatkan mutu penyampaian dalam perkhidmatan dengan mencipta Safety Top

and Resizable Grating (STAR-G) yang mampu mengubah perspektif dan cara

mengatasi aduan grating rosak dan hilang.

Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan di tapak.

Inovasi ini juga turut menumpukan ke arah tindakan pantas dan segera sebelum

penggantian grating yang baru di tapak.

Cadangan ini dilihat mampu menyelesaikan masalah utama yang melibatkan

keselamatan masyarakat setempat dan mengurangkan tuntutan pampasan akibat

kemalangan di lapangan.Selain itu, aduan dapat diselesaikan dengan lebih pantas

berbanding sebelum inovasi dihasilkan serta produktiviti pegawai juga dapat

ditingkatkan.

Secara keseluruhan, projek ini memberikan impak yang amat besar khususnya

kepada kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat Seberang Perai selaras dengan

misi dan visi MPSP.

Diharapkan bermula tahun 2019, masalah kelewatan penggantian dan kesukaran

mendapatkan grating baru dapat diselesaikan seterusnya dapat memberi faedah

kepada masyarakat Seberang Perai dalam kesejahteraan dan kualiti hidup.

c. Kategori Projek

Jenis/Bidang Inovasi : Inovasi Penyampaian Perkhidmatan (Inovasi

Penciptaan)

Penyataan Masalah : Kelewatan penggantian grating dan kesukaran

mendapatkan alat ganti kekal dengan segera.

d. Sokongan dan Kelulusan Pihak Pengurusan:

Pelaksanaan projek ini telah mendapat kelulusan daripada Pengarah Kejuruteraan. Surat

permohonan dan kelulusan pelaksanaan projek adalah seperti di Lampiran 3. (Surat

permohonan dan kelulusan: MPSP/50/1-83/1).

Page 4: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

3

BAB 2

SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK

a. Kaitan Dengan Fungsi Utama Agensi / Jabatan :

Jabatan Kejuruteraan merupakan salah satu jabatan di bawah Majlis Perbandaran

Seberang Perai. Antara fungsi utama Jabatan Kejuruteraan adalah:-

Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam dan infrastruktur.

Menyelenggara jalan-jalan taman perumahan di seluruh kawasan Seberang Perai.

b. Memenuhi Kehendak Pelanggan dan ‘Stakeholder’

Inovasi ini dicipta untuk memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder berdasarkan

Misi dan Visi MPSP (Lampiran 4) serta Seberang Perai Corporate Priorities (SPCP)

(Lampiran 5) seperti berikut:-

SP01 – Persekitaran Yang Selamat

SP02 – Kemudahan dan Infrastruktur yang Berkualiti

SP08 – Bandar Yang Berdaya Tahan dan Berdaya Huni

c. Kaitan Dengan Agenda Nasional

Inovasi ini dicipta untuk memenuhi beberapa agenda nasional seperti berikut:-

Dasar Keselamatan Negara

o Nilai Teras 8 - Keselamatan Rakyat (Lampiran 6)

RMK11 (Rancangan Malaysia Ke-11)

o Strategi Tumpuan Kedua – Kesejahteraan Rakyat (Lampiran 7)

Sustainable Development Goals

o Goal 3 – Good Health and Well Being (Lampiran 8)

o Goal 11 – Make cities inclusive, safe, resilient and sustainable

(Lampiran 9)

d. Kaitan Dengan Ekosistem Semasa

Idea ini tercetus ekoran daripada masalah dan situasi berikut :

Keadaan grating yang masih ada di lapangan yang tidak seragam.

Kelewatan penggantian grating yang perlu ditempa khas berdasarkan saiz

yang berlainan di tapak.

Aduan penyelenggaraan tidak dapat disiapkan mengikut tempoh yang

ditetapkan disebabkan grating yang perlu ditempa khas dan mengambil

masa yang lama. Ini menimbulkan persepsi negatif orang awam kepada

pihak Majlis.

Kontraktor perlu hadir ke tapak untuk mengukur saiz grating sebelum

menggantikan dengan grating yang baru.

Tiada syarat khusus yang ditetapkan oleh Jabatan Kejuruteraan pada

pemaju berhubung saiz grating untuk pembangunan.

Page 5: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

4

Maklumat- maklumat yang berkaitan sebelum pelaksanaan inovasi:

Bil Perkara Sebelum Inovasi

(Tahun 2017)

1 Bilangan Aduan Kerosakan Penutup Longkang (Lampiran 10)

2 Rekod kecederaan dan kemalangan melibatkan

grating (Lampiran 11)

3 Bilangan aduan grating yang dikumpul oleh panel

kontraktor sebelum ditempa khas (Lampiran 12)

4

Saiz grating tidak diseragamkan di bahagian Syarat

Khusus (Pemaritan) dalam Borang Semakan Pelan

Jalan dan Parit (PK-JP/KJT Lamp. 2 Keluaran 1

(01/05/2017))

(Lampiran 13)

e. Projek Memenuhi Lima Kriteria.

I. Kreatif Dan Inovatif

Inovasi ini adalah hasil cetusan idea semua ahli yang mana konsep dan

rekabentuk ini tidak pernah dilaksanakan / dihasilkan oleh mana-mana agensi

dan individu.

II. Impak Positif Yang Tinggi Dan Menyeluruh

Organisasi –MPSP dapat membuat tindakan pembetulan dengan segera.

Selain itu, kepuasan pelanggan dapat ditingkatkan sejajar dengan moto

MPSP ‘Seberang Perai Aspirasi Bandar Masa Hadapan’.

Masyarakat – Masyarakat atau orang awam akan berasa selamat dan selesa

ketika berada di Kompleks Makanan, Pasar Awam dan jalan-jalan MPSP

kerana kurangnya risiko kemalangan dikawasan tersebut. Aduan tentang

masalah penyelenggaraan infrastruktur awam juga dapat diatasi dengan lebih

cepat.

III. Pulangan Nilai Terbaik

Dengan adanya inovasi ini, aduan dapat diselesaikan dengan cepat dan

keselamatan masyarakat lebih terjamin kerana penggantian grating

dilaksanakan dengan segera setelah aduan diterima. Selain itu, semua

permohonan pembangunan baru bermula tahun 2020, pemaju dikehendaki

Page 6: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

5

untuk mengikut saiz grating yang telah ditetapkan di dalam Syarat Khusus

Borang Pelan Jalan dan Parit (JP1).Inovasi ini juga dijangka akan menjana

pendapatan tambahan kepada Majlis apabila ianya berjaya dipatenkan.

IV. Replikasi

Rekaan grating ini juga boleh digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT), dan juga agensi yang berkaitan.

V. Pengkomersialan

Boleh digunakan oleh pihak atau agensi berkaitan diseluruh Malaysia.

MPSP dapat memasarkan inovasi ini dan ianya sekaligus menjana

pendapatan tambahan kepada MPSP.

BAB 3

TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

a. Cadangan Penyelesaian dan Strategi Pelaksanaan

Kumpulan menggunakan kaedah Design Thinking bagi menjana idea inovasi dengan

mencipta nilai ke atas STAR-G.

Rajah 1: Design Thinking

Kumpulan membuat sesi Brainstorming berdasarkan analisa kaji selidik bagi memilih dan

menentukan halatuju untuk penambahbaikan keatas masalah yang dihadapi MPSP.

Melalui kaedah ini sebanyak lima (5) cadangan kaedah penyelesaian yang terbaik telah

dikenalpasti.

Kaji selidik dengan

Penduduk Taman

Perumahan sekitar

Seberang Perai

(Lampiran 14)

Menganalisa

kaji selidik

(Lampiran 15)

Sesi

Brainstorming

Kumpulan

(Lampiran 16)

Lakaran

Prototaip dan

AUTOCAD

design

(Lampiran 17)

Ujicuba dan

Pelaksanaan

(Lampiran 18)

Page 7: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

6

BIL KAEDAH PENYELESAIAN

1 Meletakkan barrier atau kon keselamatan sementara di lokasi aduan.

2 Menutup longkang dengan papan terlebih dahulu sebelum grating baru

dipasang.

3 Meletakkan plat besi biasa sementara di lokasi aduan.

4 Membuat program kesedaran berkenaan penjagaan kemudahan awam kepada

masyarakat Seberang Perai.

5 Mewujudkan adjustable grating sebagai tindakan awal selepas aduan diterima.

Hasil daripada sesi tersebut, kumpulan telah memilih untuk melakukan penciptaan baru

adjustable grating yang dinamakan Safety Top and Resizable Grating (STAR-G) bagi

mempercepatkan penyelesaian aduan.

b.Pelan Tindakan Penyelesaian.

Carta PDCA (Plan-Do-Check-Action)

Berikut adalah carta PDCA:

Rajah 2: Carta PDCA STAR-G

PLAN

Tempoh :

2 bulan

(Mei - Jun 2018)

DO

Tempoh :

3 bulan

(Jul - Sept 2018)

CHECK

Tempoh :

4 bulan

(Okt 2018 – Jan 2019)

ACTION

Tempoh :

2bulan

(Feb–Mac 2019)

1. Perbincangan spesifikasi

yang telah dirancang

(Lampiran 19)

a. Penggunaan bahan

b. Kos bahan

c. Analisis bahan

d. Prototaip inovasi

1. Proses Pembuatan

Grating (Lampiran 20)

a. Fasa 1 b. Fasa 2 c. Fasa 3

1. Ujicuba Pertama (Lampiran 21)

a. Masalah yang dihadapi

b. Penambahbaikan c. Maklum balas daripada

kakitangan jabatan

2. Ujicuba Kedua (Lampiran 22)

a. Verifikasi daripada

agensi kerajaan

b. Final product

1. Tindakan

penyeragaman untuk

dalaman dan luaran

(Lampiran 23)

a. Penambahbaikan

proses kerja di

dalam SOP dan

prosedur Jabatan

b. Penambahbaikan

Syarat Khusus

Pemaritan dalam

Borang JP1

Page 8: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

7

Carta Perbatuan (Gantt Chart) STAR-G

Berikut adalah jadual perancangan tindakan penyelesaian pelaksanaan inovasi:

Keterangan Mei

‘18

Jun

‘18

Jul

‘18

Ogo

‘18

Sep

‘18

Okt

‘18

Nov

‘18

Dis

‘18

Jan

‘19

Feb

‘19

Mac

‘19

Perbincangan spesifikasi

yang telah dirancang

a. Penggunaan bahan

b. Kos bahan

c. Analisis bahan

d. Prototaip inovasi

1. Proses Pembuatan Grating a. Fasa 1 b. Fasa 2 c. Fasa 3

1. Ujicuba Pertama a. Masalah yang dihadapi

b. Penambahbaikan c. Maklum balas daripada

kakitangan jabatan

2. Ujicuba Kedua a. Verifikasi daripada

agensi kerajaan

b. Final product

1. Tindakan penyeragaman

untuk dalaman dan luaran a. Penambahbaikan

proses kerja di dalam

SOP dan prosedur

Jabatan b. Penambahbaikan

Syarat Khusus

Pemaritan dalam

Borang JP1

Page 9: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

8

Strategi pelaksanaan projek adalah seperti berikut :-

Uji Cuba Pertama (Oktober 2018) (Lampiran 18)

i. Mudah dipasang dimana sahaja.

ii. Air tidak dapat menerusi grating.

iii. Menggunakan MS Plate dengan ketebalan 2mm.

Uji Cuba Kedua (Disember 2018) (Lampiran 18)

i. Mudah dipasang di mana sahaja.

ii. Mempunyai lubang untuk aliran air.

iii. Mempunyai pemegang bagi memudahkan proses memasang dan

menanggal grating.

iv. Dipasang dengan kunci khas bagi mengelakkan kes kecurian.

v. Menggunakan MS Plate dengan ketebalan 2mm.

Penggunaan STAR-G di tapak bermula Januari 2019.

Pelan Lakaran

Rajah 3: Pandangan Atas Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)

Page 10: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

9

Rajah 4: Pandangan Bawah Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)

Rajah 5: Pandangan Hadapan Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)

Page 11: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

10

Rajah 6: Pandangan Isometric Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)

Rajah 7: Load Test (Displacement) Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)

Load test ini dijalankan berdasarkan program Solidworks. Beban maksimum yang diletakkan

adalah 3000kg di titik tengah.

Page 12: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

11

Rajah 8: Fatigue Test Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)

Fatigue test ini dijalankan berdasarkan program Solidworks. Beban maksimum yang

diletakkan adalah 3000kg secara konsisten dengan tekanan selama 1000 saat sebanyak 50

tekanan di titik tengah.

Rajah 9: Load Test (Ultimate Stress) Safety Top and Resizable Grating (STAR-G)

Page 13: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

12

Load test ini dijalankan berdasarkan program Solidworks. Berdasarkan beban maksimum

yang dikenakan iaitu 3000kg di permukaan, ultimate stress untuk STAR-G adalah 1000

Newton per milimetre square.

Sehubungan itu, berdasarkan ujian yang telah dijalankan menggunakan program Solidworks,

tahap kelenturan STAR-G adalah 2.991 x e0.01mm.

Hasil daripada sesi uji cuba yang telah dilakukan, kumpulan mendapati reka bentuk Uji Cuba

Kedua adalah lebih praktikal. Sehubungan dengan itu, kumpulan bersetuju untuk

melaksanakan projek ini bermula bulan Disember 2018.

BAB 4

KEBERHASILAN PROJEK – OUTCOME PROJEK DAN PEMBUKTIAN

a. KESAN JANGKA PENDEK

Masa

Masa untuk memberi maklum balas dalam Sistem Aduan MPSP lebih pendek.

(Lampiran 24)

Tindakan penggantian grating menggunakan STAR-G dapat dilaksanakan dengan

segera. (Lampiran 25)

Produktiviti

Pegawai lebih responsif dalam keberkesanan memberikan maklum balas aduan.

Keselamatan

Mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan di lokasi aduan. (Lampiran 26)

b. NILAI TAMBAH

Sosial

Inovasi ini dapat membantu menyelesaikan aduan sivil yang diterima di Seberang

Perai dengan segera.

Dapat mengurangkan kerosakan harta benda penduduk seperti kenderaan akibat

kemalangan di lokasi aduan.

Penduduk setempat akan berasa lebih selesa dan selamat dalam menjalani

kehidupan seharian.

Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Ekonomi

Dapat meningkatkan ekonomi setempat dengan keyakinan Stakeholders dan pelabur

dengan komitmen MPSP dalam menyelesaikan masalah keselamatan infrastruktur /

fasiliti.

Page 14: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

13

Menarik minat Pihak Berkuasa Tempatan lain, memandangkan mereka juga

mempunyai masalah yang sama seterusnya MPSP dapat menjana hasil baru dari

inovasi ini setelah dipatenkan.

Ekonomi kejuruteraan di kawasan Seberang Perai akan lebih lancar.

Keselamatan

Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang boleh mengakibatkan

kecederaan serius atau kematian.

Seberang Perai akan lebih selesa dan selamat.

Kepuasan Pelanggan

Masyarakat atau orang awam akan berasa lebih selamat ketika berada di Kompleks

Makanan, Pasar Awam dan jalan-jalan MPSP kerana kurangnya risiko kemalangan di

kawasan tersebut dan juga aduan tentang masalah penyelengaraan infrastruktur

awam dapat diatasi dengan lebih cepat. (Lampiran 27)

Membantu mempercepatkan tindakan penyelesaian ke atas aduan sivil.

BAB 5

IMPAK PROJEK DAN PEMBUKTIAN

a. Kesan Jangka Panjang Serta Kesan Kepada Pembangunan Negara.

Keharmonian sosial - Meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

Mewujudkan amalan pembudayaan inovasi dalam kalangan pegawai sektor awam.

Meningkatkan imej negara di mata dunia.

Peningkatan keselamatan awam – Tindakan pembetulan dapat dilaksanakan segera

selepas aduan diterima sekaligus mengurangkan risiko kemalangan.

STAR-G diletakkan di setiap Rumah Pam dan Depoh Operasi Pembersihan MPSP di

sekitar kawasan Seberang Perai untuk mempercepatkan proses pemasangan di

kawasan sekitar sekiranya aduan diterima oleh Jabatan Kejuruteraan.

b. Impak Projek (Hasil Luar Jangka)

Menjana pendapatan kepada MPSP apabila inovasi dipaten dan dikomersialkan.

BAB 6

POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK

a. Penyeragaman SOP

Penyeragaman saiz di bahagian Syarat Khusus (Pemaritan) akan dilaksanakan untuk

pembangunan baru masa hadapan. (Lampiran 23)

Perbincangan bersama Unit Kawalan Pembangunan, Jabatan Kejuruteraan telah

dilakukan pada 4 Mac 2019. (Lampiran 23)

Page 15: KUMPULAN NINEPRO LAPORAN KUMPULAN INOVATIF DAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2559-safety-top-and-resizable... · Penumpuan projek ini adalah kepada reka bentuk dan kebolehlaksanaan

14

b. Tahap Ketersediaan Teknologi / Inovasi

Tahap kesiapsiagaan (Readiness):

i. Inovasi ini dapat digunakan dengan serta merta kerana kosnya yang rendah

dan mudah dikendalikan.

ii. Inovasi ini telah menambahbaik serta mewujudkan nilai baru dalam proses

kerja sedia ada.

iii. Inovasi ini sentiasa bersedia menerima pembaharuan serta dinaiktaraf

mengikut peredaran masa serta teknologi semasa.

c. Tahap Pengkomersialan / Replikasi

Inovasi ini dapat menarik minat serta boleh digunapakai di PBT serta agensi lain.

Inovasi ini dapat mengurangkan kes kemalangan di lokasi aduan.

Idea dan inovasi yang dapat dikembangkan dan dikomersialkan ke negeri-negeri lain

memandangkan masalah yang sama dihadapi.

d. Usaha Untuk Mempatenkan Inovasi

a. Kumpulan telah menghantar surat permohonan kelulusan mempatenkan inovasi

kepada Yang Dipertua MPSP dan telah diluluskan pada 12 Jun 2019. (Lampiran 28)

b. Surat Permohonan Paten Untuk Safety Top And Resizable Grating (STAR-G) MPSP

ke MyIPO telah dihantar pada 25 Jun 2019. (Lampiran 29)

e. Way Forward

Kumpulan NinePro berhasrat untuk menambahbaik inovasi yang sedia ada:-

i. Menyeragamkan saiz grating di bahagian Syarat Khusus (Pemaritan) dalam

Borang Semakan Pelan Jalan dan Parit (JP1).

Pemaju perlu mengikut saiz grating yang telah ditetapkan dalam

pembuatan grating di taman perumahan.

ii. Saiz bingkai untuk grating akan dimodifikasikan secara berperingkat

berdasarkan Syarat Khusus (Pemaritan) bermula dengan grating yang rosak

supaya bajet tahunan tidak terjejas.

Penyeragaman saiz di bahagian Syarat Khusus (Pemaritan) dijangka akan

dilaksanakan untuk permohonan pembangunan baru pada tahun 2020.

Pengubahsuaian saiz bingkai untuk grating secara berperingkat berdasarkan Syarat

Khusus (Pemaritan) dijangka akan dilaksanakan bermula penghujung tahun 2019.

Penggunaan bahan yang lebih ringan dan tiada nilai jualan lusuh bagi mengelakkan

STAR-G dicuri.

Majlis juga terbuka untuk mengkaji dengan lebih lanjut bersama agensi pakar yang

lain untuk penambahbaikan reka bentuk.