kuliah objek seni anyaman mgkuang
TRANSCRIPT
OBJEK SENI MASYARAKAT PRIBUMI CWT3182
ANYAMAN (MENGKUANG) MOHD FAIZAL B. AB. OSMAN C07A182 MOHD ZAIM B. IBRAHIM C07A123
Pengenalan
Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan
digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat
pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan
seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini.
Latar Blakang Kajian Pengkaji telah membuat kajian
tentang anyaman mengkuang ini di Kampung Talang yang bertempat di Daerah Tumpat,Kota Bharu, Kelantan.
Masalah Kajian Dalam membuat kajian anyaman ini
pengkaji mempunyai beberapa masalah seperti mencari kedudukan kampung kerana kedudukan terlalu terlalu pedalaman.
Sudah tidak ramai pengerak seni anyaman yang masih wujud di kelantan
Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk
mendedahkan tentang seni anyaman dan untuk mengetengahkan kepada semua masyarakat tentang cara-cara pembuatan seni ini, sejarah,jenis-jenis kelarai, kegunaan anyaman dan lain-lain lagi.
Kepentingan Kajian mengetengahkan kepada masyarakat
tentang cara-cara pembuatan seni ini, sejarah,jenis-jenis kelarai, kegunaan anyaman.
Pendedahan seni ini kepada pelajar difikirkan dapat memberikan manfaat tentang budaya dan unsur pewarnaan setempat yang yang boleh membantu pelajar mengenali budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai.
Kaedah Kajian Pemerhatian, Pemerhatian awal
dilakukan untuk tujuan tinjauan tentang konteks kajian seperti keadaan persekitaran masyarakat,
Temu Bual, bertujuan untuk melengkapi dan mengesahkan data terhadap bahan kajian.
Btasan Kajian Pengkaji membuat kajian seni
anyaman ini hanya di Kawasan Kelantan sekitar Daerah Tumpat.
Hanya mengkaji tentang anyaman mengkuang
Tertumpu kepada motif anyaman
Definisi Konsep Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja".
Anyaman merupakan satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian daun, dengan mengunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik menyelang-nyelikan helaian antara satu sama lain. Anyaman juga merupakan sejenis kraftangan yang rumit serta memerlukan kesungguhan, kesabaran, kecekalan, dan ketekunan untuk mengerjakannya. Menganyam memerlukan kepakaran, penumpuan yang penuh dan ketelitian semasa menganyam. Rekabentuk yang unik, idea, yang asli boleh mengekal budaya Melayu yang asli.
Sejarah Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan
oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Seseorang wanita dianggap tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap jika tidak mahir dalam seni anyaman. Seni kraftangan ini dipercayai muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. . seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756 hingga 1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada bemban.
Sorotan Kajian Dayang Asiah bt. Awang Husin dari
Sabah(pencipta kelarai bunga kelabutan):“Setiap anyaman yang dihasilkan dihiasi dengan motif dan reka corak yang diilhamkan terutamanya dari tumbuh-tumbuhan, awan larat dan bentuk-bentuk geometri. Beliau menyimpul pelbagai falsafah dan firasat dalam setiap reka corak yang dihasilkan”.
Pengiat Seni Anyaman Cik Limah bt. Mamat dari Kelantan. Esah bt. Said dari Kelantan. Cik Siah bt. Jumaat dari Terengganu. Hajah Asiah bt. Salleh dari
Terengganu. Hajah Minah bt. Mohamed dari
Terengganu.
Analisis dan Perbincangan Warisan seni tradisional di kalangan orang
Melayu disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi, namun individu yang menghasilkannya mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik karya seni anyaman ini. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya seni seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia kerana unik dan menarik
Bahan dan Alatan Pewarna dariapada tumbuhan seperti: Kunyit Buah kesumba India Daun mengkudu.
Alatan. Parang ( untuk memotong daun). Alat jangka. Pelurut. Tempayan (untuk merendam daun). Bekas (untuk mencuci). Periuk (untuk merebus dan mencelup). Penyisip (untuk menganyam). Pisau kecil (untuk mengerat baki bilah daun).
Proses dan Pembuatan Daun yang diambik akan dilayur di atas bara api sehingga
kekuning-kuningan supaya daun lembut dan tahan lebih lama. Mengjangka daun, Jangka digunakan untuk membelah daun,
menjadikan daun mengkuang kepada bilah-bilah mengikut lebar yang dikehendaki.
Melurut, Daun kemudiannya dilurut, menggunakan pelurut.Tujuannya supaya bilah helaian daun menjadi lebih lembut dan tidak bergulung.
Merendam, Daun diikat menjadi tongkol-tongkol, sebelum direndam.Togkol-tongkol direndam di dalam air biasa selama dua hari dua malam.
Menjemur, Tongkol daun akhirnya dibuka untuk dicuci dan dijemur sehingga kering.
Pewarnaan, Daun diikat dalam bentuk tongkol-tongkol kecil dan dimasukkan ke dalam cecair pewarna, Tongkol-tongkol daun kemudian dikeluarkan selepas setengah jam dan dibuka dijemur di tempat teduh sehingga kering.
Teknik dan proses anyaman Lagang, Dikenali sebagai proses manaja, Lagang
ialah tulang sesuatu ciptaan Menganyam, Setiap bilah daun dibentuk seperti
huruf ‘V’ di tengahnya, iaitu tempat anyaman bermulaDilakukan di tengah atau badan sesuatu anyaman. Daun diselang-selikan secara menegak dan melintang dengan sehelai di atas dan sehelai lagi di bawah
Mengepai, Proses mematikan tepi anyaman tikar supaya tidak terurai
Pepeh atau Lepih, Dikenali sebagai anyaman mati tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman.
Kelarai Anyaman Kelarai ialah corak atau motif pada
anyaman Anyaman yang lengkap harus
dihiasi dengan kelarai
Jenis Kelarai Kelarai berakar Kelarai beras patah Kelarai bunga ator Kelarai bunga berembang Kelarai beras patah. Kelarai berdiri/lurus. Kelarai beragi. Kelarai dam. Kelarai kisi-kisi. Kelarai mata bilis. Kelarai melintang. Kelarai ketapang gilir kacang. Kelarai selang-seli. Kelarai tapak catur. Kelarai Bugis. Kelarai Malaysia. Kelarai Muar. Kelarai Palembang.
Pengaruh Keindahan Alam Terhadap Kelarai Ianya berasal dari pengamatan
masyarakat Melayu yang mendalam terhadap alam yang menjadi sumber inspirasi .
Elemen ‘bunga’ yang sedang mekar berkembang menjadi lambang dalam fenomena permulaan kehidupan ini.
Bunga yang sedang berkembang mekar ditengah-tengah anyaman juga menjadi lambang keagungan dan kebesaran Tuhan dalam memberi nyawa dan kehidupan pada makhluk-makhlukNya.
Kepupusan Generasi muda sekarang kurang berminat
untuk meneruskan kegiatan kraftangan tradisional yang diwarisi sejak turun temurun
penerus generasi anyaman kebanyakannya hanyalah terdiri dari kalangan warga tua.
Kurang mendapat sambutan daripada penguna
Penguna lebih suka mengunakan peralatan modern
Komersil Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
organisasi ini mempopular, dan memasarkan hasil seni anyaman.
Muzium Seni Negara, organisasi ini membantu dalam memelihara dan mengekalkan seni anyaman dalam bentuk penulisan.dokumentasi,mempamerkannya dalam bentuk pameran, disamping mencungkil bakat-bakat baru dalam ciptaan yang baru
Rumusan Apa yang dapat dirumuskan dalam
kajian ini,setelah membuat penelitian tentang seni warisan tradisional ini, pengkaji dapat tahu tentang sejarah anyaman,cara pembuatan, motif-motif yang dihasilkan dalam seni anyaman dan juga hasil karya daripada anyaman.
Cadangan dan Pandagan Seni anyaman wajar dijadikan komponen aktiviti
kokurikulum di sekolah atau institusi pengajian tinggi kerana seni tersebut merupakan sejenis kraftangan yang rumit serta memerlukan kesungguhan, kesabaran, kecekalan, dan ketekunan untuk mengerjakannya.ini dapat memaksimumkan kemahiran berfikir pelajar kerana pelajar akan berusaha mencipta motif yang lebih menarik
Dokumentasi bahan wajar dilakukan. Dokumentasi boleh dilakukan dalam bentuk audio-visual dan catatan bertulis. Ini kerana kebanyakan pengiat seni anyaman yang mewarisinya sudah lanjut usia. Andai tiada sebarang usaha dilakukan, seni warisan ini dikhuatiri pupus dan masyarakat Melayu akan kehilangan khazanah seni yang bernilai.
Kesimpulan Sikap Genarasi hari ini perlu
diubah supaya timbulnya kesedaran betapa pentingnya seni warisan agar terus memberi sokongan supaya seni warisan ini tidak pupus ditelang zaman
LAMPIRAN
Memproses Daun
Alat jangka Mewarna
Menjemur Melurut
Proses Menganyam.
Anyaman tengah
Mengepai
Daun diselang-selikan
Anyaman sudut
kelarai
Kelarai Cik Kedah Berakar
Kelarai Cik Kedah Bersila
Kelarai tapak anjing Kelarai mata berkait
Kelarai jari kedidi Kelarai bunga cina
Kelarai beras patah Kelarai bunga durian
Kelarai bunga mempelas kelarai pucuk rebung
Kelarai bunga berembang Kelarai tampuk jantung
Kelarai ling koak kelarai pucuk jala
Kelarai cik kedah ketapang kelarai mak mek
Kelarai bunga api kelarai berkaki
Hasil Anyaman
Bakul
Bayung
Kipas
Kolobon
Hasil Anyaman
Rombong
Timpak
Layar tong padi
Tikar