kuliah 7 perenggan

33
Perenggan Mustakim (1994) - suatu bentuk pengungkapan idea yang terjalin dalam rangkaian beberapa kalimat Smalley& Rueten (1990) - gugusan ayat yang memperkembangkan satu idea utama; atau dalam kata lain, suatu perenggan memperkembangkan satu judul (topik)

Upload: muhd-hafizan

Post on 27-Sep-2015

259 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kuliah 7 perenggan

TRANSCRIPT

  • Perenggan

    Mustakim (1994) - suatu bentuk pengungkapan idea yang terjalin dalam rangkaian beberapa kalimat

    Smalley& Rueten (1990) - gugusan ayat yang memperkembangkan satu idea utama; atau dalam kata lain, suatu perenggan memperkembangkan satu judul (topik)

  • secara umum- merupakan bahagian-bahagian kecil atau unit sebuah penulisan

    pemerengganan- proses membentuk bahagian-bahagian kecil atau memecahkan sesebuah penulisan berdasarkan perkara-perkara yang dibincangkan

  • Kepentingan perenggan

    Memudahkan penulis menyampaikan idea-idea atau buah fikirannya secara sistematik.Perenggan yang baik bermakna penulis menunjukkan kepada pembacanya bahawa setiap perenggan dalam penulisannya merupakan satu unit pendapatnya.Dapat memandu penulis dalam menghasilkan perenggan yang lain. Ini berlaku apabila penulis dapat mengawal penyampaian isi karangan secara sistematik satu demi satu sehingga selesai.memudahkan pembaca mengikuti idea-idea penulis dan memahaminya.perenggan boleh merupakan satu alat yang dieksploitasi oleh penulis untuk menarik minat pembaca.
  • Jenis- jenis perenggan

    perenggan pendahuluan/pengenalan

    perenggan penutup

    perenggan isi

    perenggan transisi

    perenggan dialog

  • Perenggan pendahuluan

    Perenggan pendahuluan berperanan untuk memperkenalkan kandungan sesuatu bahan penulisan, sama ada bahan yang berbentuk makalah, esei, bab atau lain-lain. -Dalam perenggan ini terdapat idea utama atau tesis yang bakal dibicarakan dalam sesebuah tulisan.
  • Apa itu tesis?

    Tesis / Pernyataan tesis/ayat tesisSatu sudut pandangan khusus tentang 1 tajuk tertentu yang menjadi pegangan penulis dalam penulisannyaIdea inti karangan dan menjadi asas pengembangan seluruh karangan
  • Terbina daripada 2 unsur iaitu subjek dan fokusSubjek-perkara utama yang menjadi perbincanganFokus- hal-hal yang menceritakan subjek ituAyat tesis yang berkesan perlu terbatas, tidak terlalu luas dan dinyatakan dengan bahasa yang jelas
  • Contoh:

    Tesis terlalu umum: pendidikan memainkan peranan yang penting

    subjekfokus

    Tesis terbatas: pendidikan pra sekolah/ memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak

  • Fungsi perenggan pendahuluan

    memperkenalkan topikmenyatakan skop/batasan topikmenyatakan susunan/organisasi tulisanmenarik minat/perhatian pembaca
  • memperkenalkan topik

    Cara memperkenalkan topik boleh dilakukan dengan menyatakan tujuan penulisan.Contoh: Perbincangan ini akan memberi fokus kepada kesan globlisasi terhadap penggunaan bahasa dalam kalangan pekerja wanita kilang.
  • kita juga boleh memperkenalkan topik dengan membuat pernyataan secara negatif.Contoh: Dalam kajian ini, kami tidak akan membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa dalam kalangan pekerja wanita kilang.
  • menyatakan skop

    perenggan pendahuluan seharusnya memberi fokus yang jelas dan seharusnya membataskan topik agar dapat diurus dengan baik.misalnya jika sesuatu penulisan menyatakan skopnya sebagai saya akan membincangkan keseluruhan sejarah manusia adakah kita akan meneruskan pembacaan. Pasti tidak. Kenapa?
  • Dalam menulis prenggan pendahuluan, kita perlu pastikan bahawa kita hanya menyatakan sesuatu yang kita mampu tulis. Penyataan skop boleh dilakukan secara implisit (tersirat) /eksplisit (tersurat). Kita menggunakan pernyataan eksplisit apabila sesuatu bahan yang hendak disampaikan sukar difahami pembaca. Dalam hal ini penulis akan menyatakan dengan jelas skop penulisannya.
  • Tujuan pernyataan implisit muncul dari tulisan itu sendiri. Apabila pembaca membaca perenggan pendahuluan tersebut, mereka akan dapat mengetahui skopnya.
  • perenggan pendahuluan mestilah memaparkan satu fokus yang jelas kepada pembaca Kepentingannya bukan sahaja kepada penulis tetapi juga kepada pembaca
  • penulis-memudahkan penulisan pembaca-membantu pembaca sama ada bahan yang hendak dibaca itu benar-benar sesuai dengan kehendak mereka
  • Menyatakan susunan/organisasi

    sudah terdapat gambaran mengenai apa yang hendak disampaikan oleh penulis.Apakah aspek-aspek yang hendak dibincangkan.

    penyenaraian bagi beberapa kategori yang hendak dibincangkan.

    Perbincangan ini dibahagikan kpd beberapa bhg. Bhg.1 ialah, bhg 2 ialah, bhg3. pula..akhir sekali bhg 5 ialah kesimpulan

  • menggunakan klausa pertentangan misalnya walaupun, meskipun, biarpun dsb. Daripada penggunaan klausa ini pembaca akan dapat menjangkakan bahawa penulis akan melakukan susunan esei berasaskan kepada perbandingan dan pertentangan.
  • Menarik minat pembaca

    jika perenggan ini menarik pasti pembaca akan tertarik untuk terus membaca tulisan tersebut. Dengan demikian perenggan pendahuluan perlu menarik minat pembaca.Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menarik minat pembaca:



  • Beberapa cara yang boleh digunakan untuk menarik minat pembaca

  • 1. Menggunakan pernyataan umum

    Mulakan dengan penyataan umum- lebih umum daripada penyataan tesisTetapi berhati-hati jangan menggunakan klise seperti Dunia moden hari ini, teknologi menjadi semakin kompleks
  • Contoh: wanita sangat sinonim dengan kosmetik dan kecantikan. Bagi wanita kecantikan adalah isu utama dalam menjalani kehidupan di samping kemahiran sosial dan pendidikan. Lantaran itu modal utama kepada kecantikan adalah dengan berpaksikan kepada produk kosmetik untuk membentuk kecantikan dan keyakinan diri.
  • 2. Menggunakan definisi

    Terbaik elak menggunakan definisi kamus- telah menjadi sesuatu yang klise bagi karangan pelajarContoh: Jenayah juvana boleh didefinisikan sebagai jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja di bawah umur iaitu remaja yang berada dalam lingkungan umur 13 tahun hingga 18 tahun.
  • 3. Mulakan dengan Pertanyaan/soalan

    Mula dengan soalan khususnya melibatkan pembacaTetapi berhati-hati dengan soalan kerana mungkin terdapat pembaca yang boleh memberi jawapan yang kita tidak mahukan. misalnya Tahukah anda merokok itu berbahaya, bagi perokok pasti jawapannya peduli apa
  • Contoh

    Pernahkah anda mendengar iklan yang berbunyi di mana anak-anak anda? di corong radio? Jika pernah, sebagai ibu bapa apa pandangan anda mengenainya? Sekali dengar ia mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada anda sebagai ibu bapa jika anda sendiri tidak memberi perhatian serius terhadapnya
  • 4. Menggunakan kaedah pengenalan secara mengejutkan

    penulis cuba menyatakan sesuatu yang memeranjatkan pembaca-apabila pembaca terperanjat, mereka akan meneruskan pembacaan untuk mengetahui kebenarannya.
  • Contoh: Di dalam buku Doctors, terdapat pendedahan bahawa seorang doktor mempunyai peluang sebanyak 2.1 kali lebih tinggi daripada bukan doktor untuk dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa; 2.6 kali lebih tinggi untuk menjadi pemabuk (atau lebih tinggi kerana para doktor enggan dirawat; 5.3 kali lebih tinggi untuk menghadapi masalah dadah. Kadar bunuh diri adalah lebih tinggi daripada orang awam, enam kali lebih tinggi daripada guru, dan sepuluh kali lebih tinggi daripada pegawai awam. Kenyataan-kenyataan inilah agaknya yang menjadi bukti bahawa bidang perubatan dianggap kerjaya yang menekan perasaan.
  • Seperti yang diketahui umum, negara Malaysia terkenal dengan masyarakat yang hidup dalam keadaan harmoni serta aman damai. Namun di sebaliknya kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kes penganiayaan dan keganasan kini semakin menular. Setiap hari kita menatap berita yang mendedahkan orang-orang tertentu yang sanggup melakukan perbuatan ganas seperti merompak, merogol dan membunuh.
  • 5. Menggunakan pernyataan provokatif (yang bersifat menghasut)

    boleh dinyatakan dalam bentuk soalan.

    Contoh 1: Adakah telefon bimbit penting untuk pelajar universiti?

    -Contoh 2:Kebanyakan pemimpin kini amat mementingkan kuasa dan kepentingan sendiri sebagai jaminan untuk kesejahteraan hidup mereka. Mereka akan berjuang bermati-matian walau pun mereka terpaksa menggunakan cara kotor untuk mencapai kepentingan dan kesenangan diri sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain di dalam kelompok mereka. Perkara ini amat bahaya jika dibiarkan berlarutan

  • 6. Membuat perbandingan masa

    gunakan perkataan dahulu, sekarang dsb

    Cth: Dulu harga sebungkus garam ialah 6 sen. Sekarang sebungkus garam telah menjangkau 1 rm.

  • Bidang pertanian telah mengalami yang pesat akibat daripada kemajuan teknologi. Kalau dahulu, petani menggunakan tulang empat kerat, bergantung sepenuhnya kepada cuaca dan menggunakan perkhidmatan kerbau. Tetapi kini ciptaan-ciptaan moden telah mengambil alih peranan yang dimainkan oleh unsur-unsur tradisonal itu. Kini alat-alat moden telah merevolusikan bidang pertanian dan penemuan-penemuan baru telah mengubah corak kehidupan petani.
  • 7. Melibatkan pembaca

    contoh: Kita semua tahu mengenainya atau kita rasa kita tahu. Dadah! Sudah terlalu banyak pihak yang membicangkan tentang penagihan dadah. Tetapi adakah cukup bagi kita hanya setakat membincangkan tanpa mengambil tindakan yang praktikal
  • 8. menggunakan anekdot

    Menggunakan cerita pendek untuk dalam perenggan pendahuluan untuk menarik minat pembaca. Adalah penting bagi kita untuk melihat sesuatu perkara dengan menggunakan perspektif yang betul berdasarkan konteksnya. Jika kita melihatnya dengan menggunakan bahagian-bahagian yang terasing, maka akan terhasillah fikiran yang tidak tepat. Kita tentu teringat kepada cerita tujuh orang buta yang menemui gajah. Yang memegang perutnya menyatakan bahawa gajah itu bentuknya seperti dinding. Seorang yang memegang kakinya beranggapan gajah itu seperti pokok. Yang memegang ekornya berasa yakin bahawa gajah itu seperti tali dan seterusnya. Bagi memuat gambaran yang tepat tentang sesautu kita boleh melihatnya berdasarkan fragmen-fragmennya.