kuliah 2 manhaj tafsir.ppt
DESCRIPTION
Manhaj tafsir2TRANSCRIPT
TUJUAN MEMPELAJARI TAFSIR
Memahamkan makna-makna Al-Quran, hukum-hukumnya, akhlak-akhlaknya dan petunjuk-petunjuk yang lain untuk memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Oleh sebab itu, faedah yang kita dapati daripada mempelajari tafsir ialah terpelihara dari salah memahami Al-Quran.
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
SUMBER PENTAFSIRAN
AL - QURAN
SUNNAH NABAWIYAH SAHABAT DAN TABI’IN
IJTIHAD
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
IJTIHAD
• Merupakan sumber terakhir bagi pentafsiran.
• Hanya menyentuh pengambilan untuk mengesahkan dan memilih riwayat-riwayat yang sahih atau menolak riwayat yang mungkar dan lemah.
• Digunakan untuk menjelaskan ayat-ayat gharib dengan syair- syair terdahulu.
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
Ilmu-ilmu Yang Perlu Dikuasai Oleh Penterjemah Al-Quran
a) llmu Bahasa Arab
diperlukan untuk mengetahui perbendaharaan kata dan makna menurut kedudukannya dalam rangkaian kalimat.
b) Ilmu Saraf
penting untuk mengetahui bentuk-bentuk kata yang mu’rab(berubah) dan yang mabniy(tidak berubah) serta dapat merasakan wazan setiap kata, bentuk dan sifatnya.
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
Ilmu-ilmu Yang Perlu Dikuasai Oleh Penterjemah Al-Quran
c) Ilmu al-Isytiqaq (Etimologi) ilmu yang mengkaji tentang asal usul dan
perkembangan sesuatu perkataan.
Ia membantu pentafsir untuk mengetahui dasar pembentukan asal perkataan yang melahirkan kata-kata yang serumpun dengan makna yang berlainan.
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
d) Ilmu al-Maaniy, al-Bayan dan al-Badi’
-ilmu al-Maaniy : dapat mengetahui kekhususan dan keistimewaan menurut faedah maknanya.
-ilmu al-Bayan : dapat diketahui sesuatu ayat yang sesifik sesuai dengan kejelasan atau kesamaran erti dan makna yang dimaksudkan.
-ilmu al-Bayan : digunakan untuk memahami dari segi keindahan susunan ayat.
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
e) Ilmu Hadith
berperanan menjelaskan maksud ayat yang mujmal(ringkas), menentukan yang mubham(masih samar pengertiannya), mengkhususkan yang umum, membataskan yang mutlak dan sebagainya.
f) Ilmu al-Asbab al-Nuzul
mengetahui cerita latar belakang sesuatu ayat atau sebab-sebab kenapa ayat itu diturunkan boleh membantu pentafsir untuk memahami dengan lebih
terperinci dan halus berhubung makna, takwilan dan tafsiran yang lebih kuat.
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
g) Ilmu al-Qiraat
-ia menyentuh cara-cara membaca yang pelbagai atau lebih dikenali Qiraat al-Sab’at :Nafi, bacaan Ibn Kathir, bacaan Abu Amr, bacaan
Ibn Amir, bacaan Asim, bacaan Hamzat, bacaan al-Kisaiy-untuk membetulkan bunyi sebutan lafaz-lafaz al-Quran mengikut bacaan yang sah iaitu bacaan yang selaras dengan tatabahasa Arab
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
h) Ilmu al-Nasikh dan al-Mansukh
-diperlukan untuk memahami setiap detik turunnya ayat al-Quran samada di Makkah atau Madinah.
-dapat membantu pentafsir untuk memahami sebab penurunan ayat secara lebih terperinci lagi
Manhaj Al-tafsir SLQ 2112
i) Ilmu Usul al-Din
-Membantu seseorang pentafsir untuk mengetahui sifat-sifat Allah serta dalil-dalilnya.
-mengukuhkan pegangan akidah termasuk mempercayai perkara-perkara ghaib seperti kewujudan syurga, neraka, malaikat dan mempercayai kebenaran kisah-kisah para rasul
yang terdahulu.