kuliah 2 (konsep2 asas integrasi
TRANSCRIPT
1
KONSEP ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL
2
Pengenalan INTEGRASI NASIONAL adalah proses
mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan dan sosial dalam satu unit.
INTEGRASI SOSIAL adalah suatu proses menyatupadukan pelbagai kumpulan kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing.
3
Integrasi Nasional
Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.(Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991)
4
Perpaduan Negara
Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.(Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992)
5
Konsep Bangsa Malaysia
Satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai satu masa depan yang sama dan diperkongsikan.Sejahtera dan bersatu padu di antara wilayah atau kumpulan etnik. Hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang sebenar dan adil. Satu Bangsa Malaysia yang kesetiaannya, politik dan kebaktiannya tertumpu kepada bangsa tersebut.(Tun Dr. Mahathir Mohamad, September 2003)
6
…sambungan Social integration, in sociology and other
social sciences, is the movement of minority groups such as ethnic minorities, refugees and underprivileged sections of a society into the mainstream of the society. Members of the minority groups thus gain full access to the opportunities, rights and services available to the members of the mainstream.
In sociology, social integration usually goes hand in hand with social solidarity.
7
Integrasi Sosial adalah pergerakan sama ada dalam kumpulan etnik minoriti, pelarian dan golongan2 tertentu kepada satu kumpulan yang utama (mainstream). Mereka yang temigrasi tadi akan mendapat peluang, keadilan dan bantuan sebagaimana golongan utama.
Dalam sosiologi, integrasi sosial akan menuju kepada Perpaduan Sosial (Social Solidarity).
…sambungan
8
Oleh itu, Integrasi Sosial adalah merupakan usaha pembentukan satu identiti di kalangan warganegara.
Keadaan ini berlaku apabila sesebuah negara berkenaan mempunyai masyarakat yang pelbagai lapis/ras (heterogenous).
Konsep heterogenous ini dikenali dengan panggilan masyarakat majmuk dan pertama kali diperkenalkan oleh J.S. Furnivall 1948.
…sambungan
9
Masyarakat / Komuniti “A group of humans broadly distinguished
from other groups by mutual interests, participation in characteristic relationships, shared institutions, and a common culture”
Satu kelompok manusia yang berbeza dari kelompok lain dari segi kepentingan bersama, penyertaan dalam perhubungan yang mempunyai ciri khusus, penyertaan dalam dalam institusi yang dikongsi bersama, dan mengamalkan budaya yang sama.
(http://education.yahoo.com/reference/dictionary/entry/society)
10
Satu komuniti tertentu yang tinggal di sebuah negari atau wilayah, dan mempunyai adat resam, undang-undang, serta organisasi yang dikongsi bersama.
“a particular community of people living in a country or region, and having shared customs, laws, and organizations”
(http://www.askoxford.com/concise_oed/society)
Masyarakat / Komuniti
11
Ciri-ciri Masyarakat/Komuniti Tinggal di negeri/wilayah
tertentu Berkongsi Budaya Berhubungan dan berkerjasama
antara satu sama lain Menganggotai institusi dan
organisasi bersama Mendokong undang-undang
bersama
12
Komuniti / Masyarakat (Gemeninschaft/Gesellschaft) Dipelopori oleh ahli Sosiologi Jerman,
Ferdinand Tonnies. Gemeinschaft merangkumi interaksi sosial
dalam komuniti yang melibatkan hubungan primary yang rapat dan bersemuka (face-to-face) di mana tradisi dan matlamat yang sama juga wujud.
Gesellschaft merujuk kepada masyarakat yang mempunyai hubungan2 sosial yang lebih specific, impersonal dan instrumental. Hubungan sosial yang terlibat adalah secondry dan hanya melibatkan sebahagian darijumlah individu dalam sesuatu kumpulan itu.
13
…sambungan Max Weber mengaitkan ke dua-dua
konsep ini dengan proses integrasi pelaku ke dalam sesuatu komuniti / masyarakat.
Asas bagi proses integrasi yang akan mengakibatkan Gemeinschaft / Komuniti ialah perasaan kekitaan yang dialami oleh pesertanya.
Asas bagi proses yang akan mengakibatkan Gesellschaft / masyarakat ialah melibatkan perkiraan atau hubungan kepentingan.
14
Masyarakat Majmuk
Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok ras/etnik yang berlainan yang berada di bawah satu sistem pemerintahan. Ciri-ciri utama dalam masyarakat ini adalah konflik, percanggahan dan paksaan.
15
Masyarakat Majmuk Masyarakat majmuk disamakan
dengan konsep PLURALISME (kemajmukan). Tradisi yang dipegang dalam konsep ini adalah menganggap pluralisme sebagai suatu keadaan di mana pembahagian kuasa wujud di antara kelompok2 yang disatukan dengan perasaan taat setia, nilai bersama dan imbangan kuasa.
16
Masyarakat Majmuk J.S. Furnivall
Masyarakat majmuk terdiri dari pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri.
Van den Berghe Ketiadaan konsensus nilai. Kepelbagaian Kebudayaan. Wujudnya konflik di antara kelompok yang berlainan. Wujudnya autonomi atau kebebasan di antara bahagian dalam sistem
sosial. Peri mustahaknya paksaan dan saling bergantungan dari segi
ekonomi sebagai dasar integrasi. Dominasi politik oleh satu golongan tertentu. Hubungan di antara kelompok lebih bercorak secondary, segmental,
utilitarian, manakala hubungan dalam kelompok lebih berbentuk primary.
17
Pendekatan Fungsional Masyarakat wujud atas dasar konsensus
dan nilai bersama. Kritikan mengenai konsep masyarakat
majmuk oleh ahli fungsional:i. Teori masyarakat majmuk mengabaikan
perpaduan asas yang wujud dalam masyarakat.
ii. Dari segi kaedah teori masyarakat majmuk menganalisa sistem sosial berdasarkan bidang kebudayaan. Ini adalah satu pendekatan yang tidak sesuai dan mengelirukan.
…sambungan
18
iii. Teori masyarakat majmuk mengabaikan kenyataan sosial kerana tidak menghiraukan berbagai ikatan yang wujud di antara anggota dari kelompok-kelompok yang berlainan, baik sebagai individu maupun sebagai kelompok. Selain dari itu, teori masyarakat majmuk memberi keutamaan kepada perpaduan yang ada dalam tiap-tiap kelompok masyarakat sehingga mengabaikan perpecahan.
19
iv. Masyarakat majmuk bukannya satu masyarakat istimewa. Ianya tidak banyak bezanya daripada masyarakat yang mempunyai susun lapis yang kompleks atau masyarakat yang menghadapi masalah2 minoriti. Justeru itu suatu teori atau pendekatan istimewa tidak diperlukan untuk menghuraikan masyarakat majmuk.
20
Kelompok Social (Social Group) Kelompok sosial merupakan satu kelompok
individu yang mempunyai identiti yang sama, perasaan kekitaan, matlamat yang sama, serta hubungan sosial yang tertentu.
T.B. Bottomore (Sociology: a guide to problem and literature) mendefinisikan kelompok sosial sebagai satu kelompok sosial yang mempunyai dua individu:i- wujudnya hubungan tertentu di antara individu2
tersebut.ii- tiap-tiap kumpulan itu sedar akan kumpulan itu serta
simbolnya. Contoh kelompok sosial adalah keluarga, parti
politik, kesatua sekerja dan negara.
21
Konsep Ras The term race distinguishes one
population of humans (or non-humans) from another. The most widely used human racial categories are based on visible traits (especially skin color and facial features), genes, and self-identification. (http://education.yahoo.com/reference/dictionary/entry/race)
Istilah ras membezakan satu penduduk manusia (atau bukan-manusia) dengan yang lain. Kategori yang lazim digunakan bagi membezakan penduduk manusia adalah sifat visible (terutamanya warna kulit dan bentuk muka), baka, dan pengenalan diri
22
Perbincangan berkaitan konsep Integrasi dan Perpaduan Nasional seharusnya membincangkan aspek: Proses Sosialisasi Proses Pembudayaan
23
Socialization / Sosialisasi Sosialisasi adalah sebuah proses
penanaman atau transfer kebiasaan atau nilai dan aturan dari satu generasi ke generasi lainnya dalam sebuah kelompok atau masyarakat. Sejumlah sosiolog menyebut sosialisasi sebagai teori mengenai peranan (role theory). Karena dalam proses sosialisasi diajarkan peran-peran yang harus dijalankan oleh individu.
24
Jenis-jenis Sosialisasisosialisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu Sosialisasi Primer (dalam keluarga) dan sosialisasi sekunder (dalam masyarakat). Menurut Goffman kedua proses tersebut berlangsung dalam institusi total, iaitu tempat tinggal dan tempat bekerja. Dalam kedua institusi tersebut, terdapat sejumlah individu dalam situasi yang sama, terpisah dari masyarakat luas dalam jangka waktu kurun tertentu, bersama-sama menjalani hidup yang terkonkong, dan diatur secara formal.
25
Sosialisasi Primer Peter L. Berger dan Luckmann
mendefinisikan sosialisasi primer sebagai sosialisasi pertama yang dijalani individu semasa kecil dengan belajar menjadi anggota masyarakat (keluarga). Sosialisasi primer berlangsung saat anak berusia 1-5 tahun atau saat anak belum masuk ke sekolah. Anak mulai mengenal anggota keluarga dan lingkungan keluarga. Secara bertahap dia mulai mampu membedakan dirinya dengan orang lain di sekitar keluarganya.
26
Sosialisasi Sekunder Sosialisasi sekunder adalah suatu proses
sosialisasi lanjutan setelah sosialisasi primer yang memperkenalkan individu ke dalam kelompok tertentu dalam masyarakat. Salah satu bentuknya adalah resosialisasi dan desosialisasi. Dalam proses resosialisasi, seseorang diberi suatu identiti diri yang baru. Sedangkan dalam proses desosialisasi, seseorang mengalami 'pencabutan/ kehilangan' identiti diri yang lama.
27
Agen-agen Sosialisasi
Keluarga Kawan-kawan Media massa Sekolah Lain-lain: jiran-jiran, agama,
kesukanan, tempat kerja dll.
28
Budaya Keseluruhan yang kompleks yang
terkandung di dalamnya pengetahuan, kepercayaan, kesenian, undang-undang, akhlak, adat resam, dan lain-lain keupayaan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
“that complex whole which includes knowledge, belief, art, law, morals, custom and any other capabilities and habits acquired by humans as members of society (Edward Tylor,1871)
29
…sambungan Sistem kepercayaan, nilai, adat resam,
tingkahlaku, dan artifak yang dikongsi bersama oleh anggota masyarakat, dan digunakan untuk urusan sesama mereka dan juga untuk menghadapi hidup di dunia. Perkara-perkara diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang lain melalui pembelajaran
“The system of shared beliefs, values, customs, behaviors, and artifacts that the members of society use to cope with their world and with one another, and that are transmitted from generation to generation through learning.”(http://www.umanitoba.ca/faculties/arts/anthropology/courses/122/module1/culture.html
30
Ciri-ciri utama budaya Diperturunkan dari generasi ke
generasi Dikongsi bersama (shared) Dipelajari (learned) Menggambarkan nilai dan identiti
kelompok Menyediakan kerangka rujukan bagi
satu-satu masyarakat Bersifat dinamis serta kreatif
31
Sub-budaya Sub budaya ialah nilai-nilai dan sikap
sesuatu kumpulan yang membezakannya dengan kumpulan budaya lain (budaya utama).
Subculture The values and related behaviors of a group that distinguish its members from the larger culture; a world within a world. (James M. Henslin, 48)
32
Countercultures Countercultures ialah nilai-nilai,
kepercayaan dan tingkahlaku yang bertentangan dengan budaya utama (luas).
CounterculturesA group whose values, beliefs, and related behaviors place its members in oppositions to the broader culture. (James M. Henslin, 49)
33
Stratifikasi Sosial (Social Stratification) The division of large numbers of people into
layers according to their relative power, property and their prestige; apply to both nations and to people within a nation, society or other group. (James M. henslin, 231)
Situasi dimana masyarakat dibahagikan berdasarkan kepada perbandingan sama ada kuasa, kekayaan dan prestige. Ia berlaku dalam satu-satu bangsa, masyarakat dan satu-satu kumpulan (group)
34
Kelas Sosial (Social Class) Konsep ini sukar nak diterangkan. Namun
jika dikaitkan dengan kehidupan harian ia mungkin bermakna segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi kuasa politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca2 pengeluaran. Ia berkait rapat dengan kekayaan, kuasa dan status sesuatu kumpulan kelas.
35
Institusi Sosial (Social Institutions)
Social Institutions is the organized, usual or standard ways by which society meet its basic needs.
Contoh: keluarga, agama, pendidikan, ekonomi, perubatan, politik, perundangan, sains ketenteraan, media dll.
36
Nilai (Value)
Nilai merupakan satu prinsip utama yang menyediakan anggota masyarakat dengan satu ukuran / standard untuk membuat pengadilan dan pemilihan mengenai tindakan dan matlamat yang tertentu.
37
…sambungan Menurut Clyde Kluckhodn, nilai adalah
suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Nilai juga merupakan satu keutamaan (preference) iaitu sesuatu yang lebih disukai baik mengenai hubungan sosial maupun mengenai matlamat2 serta ikhtiar untuk mencapainya.
38
Norma Sosial (Social Norm) Norma Sosial merupakan kelakuan yang
standard yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya.
Penerimaan terhadap norma sosial adalah penting untuk mewujudkan perpaduan sesuatu kelompok atau masyarakat.
Contoh norma sosial dalam masyarakat seperti larangan terhadap pembunuhan, pencurian dan perompakan.
Tingkahlaku yang bertentangan dengan norma sosial/ tidak mematuhi norma sosial dianggap/dikenali sebagai devience .
39
…sambungan Norma sosial wujud akibat dari interaksi
sosial. Ia mencerminkan jangkaan bersama mengenai tingkah laku dakam sesuatu kelompok.
Norma sosial dipelajari melalui proses sosialisasi dan internalisasi.
Ia tidak tetap dan berubah-ubah dari masa ke semasa.
Ia dipengaruhi oleh kawalan sosial (social control) dalam bentuk folkways dan mores yang telah dipopularkan oleh W.G. Summer.
40
Devien
The violation of rules or norms.
Jadi, dalam masyarakat yang menganggap kejujuran sebagai satu standard kelakuan/norma, maka penipuan adalah devience.
41
Konflik Sosial (Conflict Social) Konflik sosial adalah pertentangan secara
langsung dan sedar di antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat bersama.
Untuk mencapai matlamat bersama ini, pihak lawan yang terlibat dalam sesuatu konflik itu perlu ditewaskan terlebih dahulu.
Dalam situasi konflik, oleh kerana timbulnya permusuhan yang kuat, kerap kali penewasan lawan dianggap lebih penting dari pencapaian matlamat.
42
Keseimbangan Sosial (Social Equalibrium) Dalam bidang sains sosial konsep ini
membawa pengertian harmoni dan penyesuaian di antara bahagian-bahagian sesuatu sistem sosial yang dianggap sebagai satu keseluruhan yang bersifat integrasi.
Pelopor konsep ini adalah Herbert Spencer. Kemudian konsep ini digunakan dengan lebih teratur oleh Vilfredo Pareto dalam bukunya The Mind and Society.
43
Kesepaduan Sosial (Social Cohesion)
Kesepaduan sosial adalah keadaan di mana anggota kelompok atau masyarakat bersatu padu akibat dari interaksi dan ikatan sosial yang tertentu.
Apabila wujud tingkat kesepaduan yang tinggi, anggota kelompok yang berkenaan mempunyai perasaan kekitaan (espirit de corp) di antara satu dengan lain.
Kesepaduan sosial juga melibatkan kesepakatan berhubung dengan matlamat, nilai, norma dan peranan sesuatu kelompok itu.
Konsep ini banyak dibincangkan oleh Auguste Comte dan Durkheim.
Antara buku Durkheim yang mendapat perhatian adalah the division of labour in society, suicide dan elementary forms of religious life.
44
Kerjasama (Cooperation)
Kerjasama ialah interaksi sosial yang melibatkan individu atau kelompok dalam membuat tindakan bersama bagi mencapai matlamat yang sama.
45
Diskriminasi
Diskriminasi bermakna layanan yang berbeza-beza terhadap individu atau kumpulan atas dasar-dasar tertentu, seperti ras, kebudayaan, jantina, agama, atau kelas sosial.
46
Etnosentrisme (Ethnocentrism)
Percaya bahawa sifat dalaman satu-satu kelompok etnik atau budaya seseorang itu adalah superior dari kelompok atau budaya orang lain (the belief in the inherent superiority of one's own ethnic group or culture)
Kecenderungan melihat kelompok atau budaya asing dari kacamata budaya sendiri (a tendency to view alien groups or cultures from the perspective of one's own)
(http://www.infoplease.com/dictionary/ethnocentrism)
47
Prasangka (Prejudice) Prasangka adalah satu sikap yang kurang
baik (atau yang baik) terhadap individu atau kelompok oleh kerana ciri-ciri yang tertentu spt ras, agama, pekerjaan, jantina dan kelas.
Prasangka biasanya berbentuk prejudgement (sikap atau penilaian yang dibentuk sebelum ditinjau fakta2 yang berkenaan).
Namun begitu, sikap atau penilaian itu tidak berubah walaupun individu tersebut terdedah dan dicabar oleh pengetahuan dan bukti2 yang baru.
48
Akomodasi (Accommodation)
Akomodasi adalah satu proses apabila kelompok2 yang berkonflik bersetuju untuk menghentikan atau mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau selamanya.
49
Asimilasi (Assimilation)
Proses pencantuman dan penyatuan di antara kelompok atau individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.