kuliah 1 pendidikan untuk murid keperluan khas 1... · 3. menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis...
TRANSCRIPT
1
KULIAH 1 PENDIDIKAN UNTUK MURID KEPERLUAN KHAS
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep kanak-kanak berkeperluan khas
2. Menerangkan definisi dan konsep Pendidikan Khas.
3. Menjelaskan konsep dan pelaksanaan jenis program Pendidikan Khas di Malaysia.
Latihan 1.1
• Apakah perbezaan antara ‘murid berkeperluan khas’ dengan ‘murid kurang upaya’
daripada segi konsep dan ciri?
• Pada pendapat anda mengapakah program pendidikan khas perlu diwujudkan di
negara ini?
• Rumuskan definisi Pendidikan Khas.
• Apakah perbezaan dan persamaan antara program Pendidikan Khas dengan
program pendidikan biasa?
KEPELBAGAIAN ISTILAH BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak luar biasa (exceptional children)
• Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang
mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan
pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)
• Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan
secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau
ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan
mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa.
Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children)
• Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau
kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran.
Kanak-kanak berisiko (at risk children)
• Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang
besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas
biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.
2
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS
• Pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang terlibat bersama
golongan kanak-kanak khas, tetapi perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat,
terutamanya para guru di sekolah. Ini penting bagi membantu para guru mengenal
pasti kanak-kanak yang mungkin menghadapi masalah dalam pembelajaran yang
dapat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu.
DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
• Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan
keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah
penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran
dan pintar cerdas.
• Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan
kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental
skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan
ketidakupayaan individu.
• “Special education means specially designed instruction that meets the unusual
needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)
• "...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-
keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK
menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam
kurikulum yang standardize atau biasa."
(Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)
FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS:
" Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan
yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.”
OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan
keperluan khas
• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan
keperluan khas
• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan
keperluan khas
• Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan
terkini
3
• Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan
khas
CIRI-CIRI ‘KHAS’ PENDIDIKAN KHAS
1. Guru-guru terlatih khas
2. Pendekatan pelbagai disiplin
3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)
4. Kurikulum yang khas
5. Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek.
6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai
8. Kaedah pengajaran yang khas
9. Kaunseling ibu bapa
KHIDMAT YANG DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN
PEMBANGUNAN MASYARAKAT (Maklumat Pendidikan Khas 2007)
• Cacat fizikal yang teruk
• Rencatan akal sederhana dan teruk
• Pelbagai kecacatan dan
• Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-
sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian
Pendidikan Malaysia adalah:
• Sindrom Down
• Autisme ringan
• Attention Deficit Hyperaktif Disorder
• Terencat akal minimum
• Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)
KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN 1996
Program Khas bererti:
1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah
pembelajaran; dan
3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh
menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.
Konsep Sekolah Khas menurut Akta Pendidikan 1961
• Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk
murid-murid yang kurang upaya.
4
Latihan 1.2
• Siapakah yang layak mengikuti program pendidikan khas di sekolah penuh kerajaan?
• Jelaskan konsep “least restricted environment”.
• Beri penerangan ringkas tentang:
a. sekolah khas
b. program pendidikan khas integrasi
c. Pendidikan inklusif
SENARIO PENDIDIKAN KHAS
Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab
Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan
penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah
pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap
boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang
merangkumi:
• Kanak-kanak Down Syndrom
• Kanak-kanak Autistik Ringan
• Kanak-kanak kurang keupayaan mental
• Kanak-kanak bermasalah emosi
• Kanak-kanak bermasalah kesihatan
• Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan
1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan
Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner).
Syarat Penyertaan Program Khas:
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak yang boleh dididik
adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali mereka yang:
(a) cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa
(b) mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan anggota yang
terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat (homes/hospital/bawah JKM). Jadi
murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka mampu mengurus
diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan oleh panel yang
terdiri daripada : pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai
dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.
5
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KPM
• Dikendalikan oleh:
i. J.P. Khas (JPK)
ii. J.P. Negeri (JPN)
iii. J.P. Teknikal (JPT)
• 3 jenis program:
1. Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
2. Program Inklusif
3. Program Pendidikan Khas Integrasi
STRUKTUR PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk:
• merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah,
• merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi
(percantuman),
• merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang
pendidikan yang seimbang, khidmat Bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan
khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas
• merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas,
• menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas,
• menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan
• menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
6
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas bererti (AKTA PENDIDIKAN 1996)
1. Satu program yang disediakan di sekolah khas bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
2. Satu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran;
dan
3. Satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang
boleh menghadiri kelas biasa bersama dengan murid-murid biasa.
JENIS PROGRAM PENDIDIKANKHAS:
(1) SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)
• Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)
• Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid bermasalah
pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah).
(a) Prasekolah
• Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
- berumur tidak kurang dari lima (5) tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan
- boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
7
(b) Pendidikan Rendah
• Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun
Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)
disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan
orang lain.
Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran)
mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka
akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah
termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50
sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).
Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti
kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif
(c) Pendidikan Menengah
• Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah:
berumur 13+ hingga 19+ tahun
Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun
maksimum)
disahkan oleh pengamal perubatan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional.
Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti pendidikan
menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program
Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK
Persekutuan Pulau Pinang atau SMPK Setapak)
Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt murid di
arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti
Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian
mereka di peringkat sekolah.
Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk
meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid
bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM
bagi yang layak.
Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah
menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan
Khas Integrasi.
8
BILANGAN SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN DI BAGI TAHUN 2010
Kategori Prasekolah & Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah
Masalah Penglihatan + 28 (+ 1 kelas BP) 4 (+23 kelas BP) 32 Masalah Pendengaran Nota: BP-Bermasalah Pembelajaran;
Sekolah Menengah: SMPK Setapak, SMPK Persekutuan, SMPVK Shah Alam (ada 8 kelas BP), & SMPVK Indahpura (ada 15 kelas BP)
Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia
JUMLAH KELAS MENGIKUTI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MENGIKUT KATEGORI
KETIDAKUPAYAAN DI SEKOLAH KHAS BAGI TAHUN 2010
Kategori Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah
Masalah Penglihatan 5 49 22 76 Masalah Pendengaran 22 263 51 336 Masalah Pembelajaran 1 17 23 41
Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia
(d) Pendidikan Pasca Menengah
Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada murid-murid bemasalah
pendengaran untuk melanjutkan pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-
kursus teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.
Politeknik yang terlibat ialah:
Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Politeknik Johor Bharu
Politeknik Shah Alam
Kursus yang ditawarkan ialah:
Penyelenggaraan mekanikal
Awam Pembinaan
Rekaan dan Fesyen dan Pakaian
Hotel dan Ketering
Rekabentuk grafik
9
(2) PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
• Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.
• Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap
yang minimum (LRE).
• Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat
bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
• Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah
teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.
10
Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Integrasi
PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MENGIKUT KATEGORI KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010
Kategori Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah
Masalah Penglihatan - 27 25 52 Masalah Pendengaran - 66 50 116 Masalah Pembelajaran 144 1,089 532 1,785
Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia
PERKEMBANGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI MENGIKUTI BILANGAN MURID KETIDAKUPAYAAN TAHUN 2010
BIL MURID Prasekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jumlah
Masalah Penglihatan - 169 292 461 Masalah Pendengaran - 531 859 116 Masalah Pembelajaran 665 25,038 15,331 41,034
Sumber: Data Pendidikan Khas 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS TEKNIK DAN VOKASIONAL
Ditadbir oleh Jabatan Pendidikan Teknikal, manakala JPK bertanggungjawab
terhadap perkara-perkara berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.
Murid bermasalah pendengaran yang memilih aliran vokasional atau elektif mata
pelajaran vokasional (MPV) boleh meneruskan pelajaran di sekolah menengah
pendidikan khas atau sekolah menengah teknik.
(a) Pendidikan Teknik dan Vokasional di SPK Tahun 2010
1. SMPK Persekutuan Pulau Pinang (bermasalah pendengaran)
2. SMPKV Shah Alam (bermasalah pendengaran & bermasalah pembelajaran)
3. SMPKV Indah pura, Kulai, Johor (bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran & bermasalah pembelajaran
4. SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu (bermasalah pendengaran)
5. SMK Dato’ Patinggi Haji Abdul Gapor, Kuching, Sarawak (bermasalah pendengaran)
6. SMK Tunku Ampuan Durrah, N. Sembilan (bermasalah pendengaran)
(b) Pendidikan Khas Integrasi Teknik dan Vokasional
- Untuk murid PK bermasalah pendengaran
- Sekolah-Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tahun 2010:
1. SMT Jalan Stadium
2. SMV Kerian, Perak
3. SMV Batu Pahat, Johor
4. SM Teknik Tanah Merah, Kelantan
5. SMT Keningau, Sabah
11
PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS
Semua murid pendidikan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan menduduki
peperiksaan awam spt UPSR, PMR, SPM, dan STPM (pasca menengah)
Bagi murid yang mengikuti kurikulum alternatif:
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLKV): menduduki penilaian Standard
Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan boleh ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.
Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas: akan mengikuti
penilaian berasaskan sekolah dan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas
Vokasional.
(3) PROGRAM INKLUSIF (PI)
Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi
murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa
bersama-sama dengan murid-murid biasa.
Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada
tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan
khas di sekolah biasa.”
• Ditadbir oleh JPN
• Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh
guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
• Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan
seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan
hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak
kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)
• Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di
samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa
mengambil kira perbezaan individu.
• Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid
khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh.
• Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
• Terdapat 2 jenis PI:
Inklusif Penuh
Inklusif Separa/Separuh Inklusif
• Program PI dimulakan pada 1993 (3 orang pelajar ditempatkan di Ting. 6 Rendah di
SM. Methodist (L), KL.
• 1994- Pembukaan kelas PI secara projek perintis di 14 buah sekolah di seluruh
negara (pemilihan pelajar adalah melalui program percantuman/sekolah khas, 2
atau 3 orang dalam 1 sekolah).
• 1998- 53 buah sekolah rendah; 10 buah sekolah menengah
• 1999- Jab. Teknikal melaksanakan Inklusif penuh untuk pelajar Masalah
Pendengaran (24 orang di 11 S.M. Teknik/ Vokasional).
12
• 2000- diubahsuai kepada separa inklusif, program diluaskan kepada murid Masalah
Pembelajaran di S.M. Teknik/vokasional.
• 3 buah Politeknik melaksanakan Inklusif bagi pelajar Masalah Pembelajaran pada
Jun 2000.
(4) PROGRAM PEMULIHAN KHAS
• Merupakan program yanG disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi
masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas
membaca, menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti
sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti
Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah.
Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu
(PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2
(murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3). Pendekatan pengajaran dan
pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara
(withdrawal)
(5) PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK DISLEKSIA
KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai
murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa
tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan
menulis.
Syarat kemasukan ke program ini:
- murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1
sekurang-kurangnya 6 bulan,
- murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah
atau pemulihan khas,
- keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan
mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.
Program rintis disleksia dilaksanakan pada tahun 2004:
- 2 buah sekolah di setiap negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3
buah)
- sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan, menjadikan
- jumlah: 31 buah
Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi
melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan
13
RUJUKAN
Buku Maklumat Pendidikan Khas 2007. Kementerian Pelajaran Malaysia
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan khas Dan pemulihan : bacaan asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Data Pendidikan Khas 2010. Kementerian Pelajaran Malaysia
Kirk, S.A., Gallagher, J.J., & Anatasiow, N.J. (1993). Educating exceptional children (7th
ed.). Boston: Allyn and Bacon.