kuih bakul buah limau

13
CERPEN KUIH BAKUL BUAH LIMAU MOHD. HELMI AHMAD

Upload: slwong86

Post on 10-Nov-2015

124 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Cerpen Tingkatan 1

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

CERPEN KUIH BAKUL BUAH LIMAU MOHD. HELMI AHMAD

Mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.PERSOLAN :Kepercayaan pada perkara khurafatKeegoan seorang bapaKeberanian menyuarakan pendapatKeinsafan seorang bapa

TEMAKasih sayang keluarga yang kembali terjalin.

PLOTPermulaan/EksposisiSim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang beraya. Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

PerkembanganLim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.

KlimaksLim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun dia masih ragu-ragu akan penerimaan bapanya.

PeleraianLim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.

TEKNIK PENCERITAANPemerianContoh : Memerihalkan jiran-jiran Lim Pooi dan Sim Pau yang sudah membuat persiapan untuk menyambut perayaan sedangkan mereka tidak membuat sebarang persiapan.

Imbas KembaliContoh : Sim Pau mengimbas kembali punca kematian Lim Foong akibat lemas ketika melarikan diri daripada orang yang menuntut hutang.

Imbas MukaSim Pau memberitahu Lim Pooi bahawa Lim Meng akan pulang semasa Tahun Baru Cina kelak.

DialogContoh : Perbualan antara Sim Pau, Lim Meng dengan Lim Pooi tentang barang-barang yang hendak dibeli untuk menyambut perayaan.

Monolog DalamanContoh : Sim Pau berkata-kata di dalam hati bahawa dia terlalu menurut kata-kata Lim Pooi namun sampai bila?

SaspensContoh : Pembaca tertanya-tanya punca Lim Pooi menyatakan bahawa hutang darah mesti dibayar dengan darah.

WATAK & PERWATAKANSim PauIsteri kepada Lim PooiIbu kepada Lim Foong dan Lim MengMemiliki keberanian menyatakan kebenaranContoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.Memiliki kesabaranContoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran Lim Meng.Mudah terasa / sensitifContoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

WATAK SAMPINGANLim Pooi Suami kepada Sim Pau.Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.Memiliki sikap suka berdendamContoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong.EgoContoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.Peniaga yang tamakContoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang mahal.PemarahContoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.Menginsafi kesalahannyaContoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.

WATK SAMPINGANLim MengAnak bongsu daripada dua beradik.BertanggungjawabContoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.Suka mengalahContoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.PemaafContoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

WATAK SAMPINGANLim MengAnak bongsu daripada dua beradik.BertanggungjawabContoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.Suka mengalahContoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.PemaafContoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

GAYA BAHASASimpulan bahasaContoh : Baginyahutang darahperlu dibayar dengan darah.Contoh :Air matanya sudah tiada nilai lagi bagi Lim Pooi.PeribahasaContoh : Dia bukannya mahumenegakkan benang yang basahtapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut perasan.Sinkof/sinkopeContoh : Akutakbenarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.Contoh : Anak akudahmati.

GAYA BAHASAPersonifikasiContoh : Segalakekusutan dan kerinduan yang membelit hatinyaperlahan-lahan terungkai setelah menjawab telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.Contoh : Sebaliknya kata-katanya ituibaratracun yang disembur pada ladangbunga-bunga gembirayang baru berputik di hati Sim Pau.SimileContoh : Sebaliknya kata-katanya ituibaratracun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.MetaforaContoh : Lim Pooi masih berada dalamkandang kemarahan.Bahasa perbualanContoh : Lim Meng pernah mengadudekataku orang kampung semuanyakompelin.

NILAI & PENGAJARANNILAINilai keberanianContoh : Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong.

Nilai keikhlasanContoh : Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.

Nilai kasih sayang.Contoh : Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.

PENGAJARANKita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.Kita mestilah bersikap jujur.Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.

SELAMAT MENJAWAB