kreativiti dan reka cipta
DESCRIPTION
kemahiran hidup kreativiti dan reka ciptaTRANSCRIPT
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
UNIT 1 KREATIVITI DAN REKA CIPTA
Sinopsis
Unit ini memberikan pengetahuan berasaskan teknologi kepada murid. Melalui unit ini,
murid akan mengetahui kefungsian sistem pergerakan kit model melalui aktiviti membuka
dan memasang kit model. Murid juga akan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah
melalui pencetusan idea dan penjanaan idea projek eksperimental.
Hasil Pembelajaran
Mengenal pasti alatan tangan
Membuka dan mengenal pasti komponen
Menyatakan fungsi komponen
Memasangkan kit model semula
Mengenal pasti sistem pergerakan kit model
Membuka dan memasang kit model untuk mengenal pasti pergerakan kit
model
Mengenal pasti masalah
Menjana idea kreatif bagi menyelesaikan masalah
Membuat catatan dan lakaran
Memilih lakaran akhir projek eksperimental
Merancang pembinaan proje
Membina projek eksperimental
Membuat persembahan hasil binaan secara lisan
Menyatakan keperluan pendokumentasian dalam buku idea
Mengumpul dan merekod maklumat
Membuat buku idea
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Kreativiti dan Reka Cipta
Kajian Reka Bentuk dan Kefungsian ProdukPenyelesaian Masalah Pendokumentasian
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
Konsep
Tajuk ini akan menerangkan tentang kefungsian sistem pergerakan kit model melalui
aktiviti terbuka dan memasang kit. Murid akan mengenal pasti dan mengkaji sistem
pergerakan yang terdapat pada kit model. Di samping itu, murid dikehendaki
menyelesaikan sesuatu masalah dengan membina projek eksperimental. Murid juga akan
mengetahui kepentingan pendokumentasian dan mendokumentasikannya melalui buku
idea.
A. KAJIAN REKA BENTUK DAN KEFUNGSIAN PRODUK
Pernahkah kamu melihat kit model? Tentu kamu pernah membuka dan memasang
kit model. Kit model terdiri daripada komponen-komponen yang boleh di cantumkan
sehingga menjadi satu model yang lengkap. Terdapat pelbagai jenis kit model di pasaran.
Antara contoh kit model tersebut adalah seperti berikut:
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
LAMAN WEB
Untuk mengetahui pelbagai jenis kit model, sila layari
http://www.modelrectifier.com/
(i) MEMBUKA DAN MEMASANG KIT MODEL
Pernahkah kamu memasang kit model? Pemasangan kit model boleh dibuat
berpandukan buku manual yang disertakan.
ALATAN TANGAN
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
Komponen dalam kit model dicantum menggunakan pengikat. Pengikat yang
biasa digunakan untuk mencantum kit model ialah skru,bolt, dan nat.
Alatan tangan pula diperlukan untuk membuka dan memasang kit model.
Alatan tangan yang digunakan dalam pemasangan kit model adalah bersaiz kecil.
Contohnya sepana hujung terbuka, pemutar skru Philips, kunci Allen dan gandin
plastik.
Gandin plastik Kunci allen
Sepana hujung terbuka Pemutar skru Philips
FUNGSI ALATAN TANGAN
BIL ALATAN KEGUNAAN/FUNGSI
1 Pemutar Skru Rata
Melonggar dan mengetatkan skru kepala belah.
2 Pemutar Skru Phillips Melonggar dan mengetatkan skru kepala Phillips
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
3 Playar Muncung Tirus
Memegang benda-benda kecil dan membentuk benda kerja
4 Playar Gabung
Memegang, mencengkam, memotong, membengkok dan membentuk dawai.
5Gandin Plastik
Mengetuk bahagian kit model
6 Sepana Boleh Laras
Melonggarkan atau menge-tatkan bolt,nat, atau skru tudung.
7Sepana Hujung terbuka
Melonggar dan mengetatkan bolt dan nat
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
8Sepana gelang
Melonggarkan atau menge-tatkan bolt,nat, atau skru tudung.
9Sepana Gabung
Melonggarkan atau menge-tatkan bolt,nat, atau skru tudung.
10 Kunci Allen
Melonggar dan mengetatkan skru Allen
KOMPONEN KIT MODEL
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
Tahukah kamu setiap komponen dalam kit model mempunyai nama dan fungsi ?
mari kita mengenal fungsi komponen yang terdapat dalam kit model.
Bil Komponen Fungsi
1
Roda
Digunakan untuk
mengurangkan daya
geseran dan memudahkan
pergerakan kit model
2
Gandar
Digunakan untuk
menyambung dan
menggerakkan roda
3
Suis
Digunakan untuk
menyambung dan
memutuskan arus elektrik
4
Gear
Digunakan untuk menukar
kelajuan atau arah
pergerakan
Cuba perhatikan kit model lain yang ada pada kamu.Kenal pasti komponen yang terdapat dalam kit modelNyatakan fungsi setiap komponen tersebut
SEMAK KENDIRI 1.1
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
5
Motor
Digunakan untuk
mengerakkan gear pada kit
model
6
Pemegang bateri
Digunakan sebagai tapak
untuk meletakkan bateri
pada kerangka kit model
7
Kerangka kereta
Digunakan sebagai tapak
untuk memasang
motor,gear, pemegang
bateri dan suis pada kit
model
8
Badan kereta
Digunakan untuk mengikat
kerangka bawah kereta
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
MEMASANG KIT MODEL SEMULA
Mari kita memasang kit model yang telah kamu buka itu semula. Rujuki manual
pemasangan jika kamu menghadapi masalah pemasangan kit model.
1. Pasangkan pelekat pada badan kit model
2. Masukkan gear pada syaf motor
3. Pasangkan roda pada gndar dan pasangkan pada kerangka kit model
4. Pasangkan motor dan plat besi pada tempat yang betul
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
5. Pasangkan bateri pada pemegang bateri
6. Pasangkan badan kereta pada kerangka yang telah siap di pasang.
SISTEM PERGERAKAN KIT MODEL
Perhatikan kit model kereta yang kamu uji. Bagaimana kit model tersebut boleh
bergerak? Sekarang, mari kita kenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit
model tersebut.
Motor
Kit model kereta digerakkan oleh motor. Motor ialah sejenis alat elektrik
yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus
elektrik dibekalkan pan gkan dengda motor, syaf pada motor tersebut
akan berputar. Syaf pada motor biasanya dipasang dengan gear atau
takal untuk melakukan sesuatu kerja.motor yang digunakan pada kit
model menggunakan arus terus.
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
Gear
Gear merupakan salah satu komponen penting bagi sesuatu kit model
kerana berfungsi sebagai pengantar kuasa dan menggerakkan kit model.
Gear mempunyai gigi supaya berjalin dengan gear lain. Setiap gear kan
bersentuhan akan menggerakkan gear yang lain melalui gigi pada gear.
Gear yang dipasang pada syaf motor dinamai gear pemacu. Apabila
motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan gear yang lain, iaitu
gear dipacu. Antaranya ialah gear taji, gear serong, gear belitan, gear
heliks, gear rak dan pinan. Yang berikut ialah jenis dan fungsi bagi setiap
jenis gear.
Bil. Jenis Gear Fungsi
1.
Gear taji
Digunakan untuk memindah
tenaga putaran antara syaf
yang berkedudukan selari.
2.
Gear serong
Digunakan untuk
memindahkan tenaga
putaran antara syaf yang
berkedudukan bersudut.
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
3.
Gear belitan
Digunakan untuk
mengurangkan kelajuan
putaran dan memindahkan
gerakan putaran syaf yang
bersudut
4.
Gear heliks
Digunakan untuk
mekanisme atau pergerakan
yang berkelajuan tinggi
5.
Gear rak dan pinan
Digunakan untuk
memindahkan gerakan
putaran kepada gerakan
lurus atau sebaliknya.
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
Takal dan tali sawat
Takal biasanya digabungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan
tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga
kinetic dari satu syaf ke satu syaf yang lain. Lazimnya, takal digunakan
untuk menaikkan bendera dan pada kren untuk mengangkat barang.
Sistem takal dan tali sawat boleh digunakan untuk menukar dan
memindahkan kelajuan tinggi kepda kelajuan rendah dan sebaliknya.
Rantai
Rantai digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai
menghubungkan gear pemacu yang dipasang pada motor dengan gear
yang dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gear ke gandar
roda apabila motor berputar. Lazimnya rantai digunakan pada basikal,
motosikal dan gergaji elektrik.
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
B. PENYELESAIAN MASALAH
Dalam kehidupan seharian ,kita sering menghadapi masalah yang memerlukan kita
membuat keputusan. Kadang kala kita membuat keputusan yang terburu-buru tanpa
berfikir panjang.
Penyelesaian masalah bermaksud mencari dan mereka cara untuk menjawab,
memenuhi,mengatasi sesuatu kerumitan dan kesukaran yang dihadapi. Ia melibatkan
kombinasi pengetahuan, pengalaman ,kemahiran dan pemilihan alternatif dengan bijak.
Sebuah meja telah digunakan untuk meletakkan buku di dalam kelas Haziq. Meja
tersebut diletakkan di sudut bacaan. Dia mendapati meja tersebut tidak stabil dan
melendut. Selaku Ketua Sudut Bacaan di kelasnya, dia perlu menyelesaikan masalah
tersebut.
Apabila kita menghadapi masalah, elakkan daripada mencuba menyelesaikannya
dengan satu idea penyelesaian sahaja. Pandangan dan pendapat orang mestilah diambil
kira dalam menyelesaikan masalah yang sama kerana setiap individu mempunyai
pandanga berbeza terhadap masalah yang dihadapi.
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
(i) PENCETUSAN DAN PENJANAAN IDEA KREATIF MELALUI
PROJEK EKSPERIMENTAL
Setelah mengenalpasti masalah, kamu perlu mencari jalan menyelesaikannya.
Langkah pertama yang perlu dilakukanadalah melalui aktiviti pencetusan dan penjanaan
idea kreatif. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Pencetusan dan
penjanaan idea bermaksud memberikan pendapat,pandangan atau buah fikiran untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
MENGENAL PASTI MASALAH
Dalam kehidupan seharian,kadang kala kita menghadapi masalah dan sukar untuk
menyelesaikannya. Oleh itu, kita perlu mengenal pasti masalah tersebut dan
menyatakannya dalam bentuk pernyataan atau catatan. Pencetusan dan penjanaan idea
boleh dilakukan melalui sumbang saran,pemerhatian, lawatan,soal selidik, pembacaan
dan projek eksperimental.
MENJANA IDEA KREATIF BAGI MENYELESAIKAN
MASALAH
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang telah dikenal pasti ,bebrapa cetusan
idea perlu difikirkan. Hal ini dilakukan untuk menghasilkan produk yang baik. Proses
penyelesaian masalah bermula dengan mencetuskan pelbagai idea kreatif. Penjanaan
idea pula berlaku setelah idea dicetuskan. Yang berikut ialah contoh penjanaan idea bagi
menyelesaikan masalah meja yang melendut.
- Luaskan tapak kaki meja - Luaskan permukaan meja
- Rendahkan kaki meja - Memasang kekuda pada kaki meja
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
MEMBUAT CATATAN DAN LAKARAN
Idea yang terhasil boleh dinyatakan dalam bentuk lakaran. Pelbagai lakaran yang
dihasilkan membolehkan kita memilih lakaran yang terbaik. Kita juga boleh
menggabungkan beberapa lakaran tersebut.hal ini membolehkan kita membuat keputusan
yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah.
(ii) MENTERJEMAH IDEA KEPADA BENTUK 3D
Lakaran yang terbaik akan menjadi panduan untuk membina projek tersebut.
Lakaran tersebut perlu diterjemahkan dalam bentuk lakaran 3D. Lakaran ini
memberikan maklumat tentang rupa,bentuk,saiz dan sebagainya.
MEMILIH LAKARAN AKHIR PROJEK EKSPERIMENTAL
Untuk memilih lakaran yang terbaik, kamu perlu mengikuti beberapa langkah
seperti carta alir di sebelah
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
Sekiranya kamu gagal membuat keputusan, kamu perlu kembali kepada langkah
pertama untuk memilih lakaran yang terbaik. Lakaran yang telah dipilih perlu
diterjemahkan kepada bentuk tiga dimensi (3D).
Setelah menterjemah idea dalam bentuk 3D, murid merancang untuk membina
projek dalam kumpulan. Perancangan dibuat sebelum menghasilkan sesuatu projek
bertujuan:
Mendapatkan hasil yang baik
Melaksanakan kerja dengan teratur
Mengelakkan pembaziran masa, tenaga dan bahan.
Perancangan biasanya dilakukan secara bertulis, tersusun mengikut langkah kerja
sistematik. Sebelum membuat perancangan bertulis, seseorang itu perlu mendapatkan
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
maklumat yang berkaitan dengan bahan, alatan , kos, masa projek dilaksanakan. Dalam
perancangan tersebut, terdapat bebrapa perkara seperti yang berikut.
(iii) MEMBINA PROJEK EKSPERIMENTAL
Setelah membuat perancangan untuk membina projek, mari kita bina projek
eksperimental.
LANGKAH MEMBINA PROJEK EKSPERIMENTAL
PROJEK:MEMBINA MODEL MEJA
1. Kenal pasti lakaran yang dipilih
2. Terjemahkan lakaran yang dipilih kepada bentuk 3D
3. Sediakan bahan dan alatan yang diperlukan.
- Pita pelekat
- Gunting
- Penyedut minuman
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
- Pembaris keluli
4. Bina projek eksperimental berdasarkan lakaran.
5. Uji projek eksperimental tersebut.
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
Sekiranya projek gagal,kenal pasti kelemahan dan perbaiki projek. Uji projek sehingga
berjaya.
(iv) MEMPERSEMBAHKAN PROJEK EKSPERIMENTAL
Kamu bolehlah mempersembahkan projek eksperimental di hadapan kelas setelah
siap. Kamu juga boleh menerangkan hasil dan keistimewaan projek eksperimental yang
telah dibina.
Setiap kumpulan haruslah bersedia dengan maklumat yang lengkap berkaitan dengan
projek tersebut. Antara maklumat yang perlu dinyatakan semasa persembahan adalah
seperti berikut:
a) Memperkenalkan nama projek
b) Menyatakan tujuan projek dibina
c) Menerangkan lakaran projek yang dilukis
d) Menyatakan bahan dan alatan yang digunakan .
e) Menerangkan kaedah membina projek
f) Menerangkan jumlah kos yang digunakan jika ada
g) Menyatakan ciri-ciri dan keistimewaan projek.
C. PENDOKUMENTASIAN
Sebagaimana yang telah kamu pelajari, pendokumentasian boleh dilakukan
dengan pelbagai cara. Salah satu cara pendokumentasian adalah melalui penghasilan
buku idea.
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
KEPERLUAN PENDOKUMENTASIAN DALAM BUKU IDEA
Buku idea merupakan laporan bertulis yang disediakan oleh murid. Buku idea juga
mengandungi maklumat tentang projek yang dihasilkan. Buku idea boleh digunakan
sebagai:
1. Bukti ciptaan
2. Bahan rujukan
3. Rekod maklumat projek
MENGUMPUL DAN MEREKOD MAKLUMAT
Semua lakaran dan maklumat yang berkaitan dengan projek yang dihasilkan
perlulah didokumentasikan. Maklumat tersebut bioleh dikumpulkan dan drekodkan secara
sistematik. Maklumat tersebut boleh dijadikan bahan rujukan dan bacaan.
MEMBUAT BUKU IDEA
Setelah kamu mengumpulkan semua maklumat projek yang dihasilkan, kamu perlu
membuat buku idea. Contoh maklumat yang perlu ada dalam buku idea ialah:
1. Nama sekolah
2. Nama projek
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
3. Nama individu atau nama kumpulan
4. Tahun/kelas
5. Tarikh projek disiapkan
6. Penerangan berkaitan projek :
- Mengenal pasti masalah/ keperluan
- Kegunaan /faedah
- Ciri-ciri keselamatan
- Fungsi
- Kos projek
7. Lakaran projek dalam bentuk 3D
8. Bahan dan alatan yang digunakan
9. Langkah kerja
- Proses langkah kerja
- Lakaran kerja
10.Lampiran
11.Ulasan murid
12.Ulasan guru
INFO MINDA
Pendokumentasian juga boleh dibuat dalam pelbagai cara
seperti buku skrap, folio,dalam fail dan sebagainya.
AKTIVITI PENGUKUHAN 1
A. Namakan jenis gear seperti dalam gambar rajah di bawah ini.
Gear Belitan Gear Serong Gear Rak dan Pinan Gear Taji
Gear Heliks
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
B. Namakan model yang terdapat dalam gambar rajah di bawah ini.
1. 2.
KREATIVITI DAN REKA CIPTA TAHUN 5
3. 4.
5.