· kos sumbangan yang diluluskan a) hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang...

14

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

61 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara
Page 2:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 1 -

Nota ini bertujuan membantu amanah perniagaan melengkapkan Borang TN bagi Tahun Taksiran 2014. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2014 adalah benar dan lengkap. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan. Ketetapan Umum No. 10/2013 berkenaan pencukaian amanah perniagaan boleh diperoleh di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), http://www.hasil.gov.my . Semua helaian kerja, rekod dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengembalian Borang TN KECUALI bagi kes pembayaran balik di mana amanah perniagaan dikehendaki mengemukakan helaian kerja berikut yang boleh dicetak daripada Buku Panduan Borang C di Portal Rasmi LHDNM:- (i) Helaian Kerja HK-3 berkenaan tolakan cukai di bawah seksyen 51 Akta Kewangan 2007

(dividen); (ii) HK-6 berkenaan tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain); dan (iii) HK-8 / HK-9, jika berkenaan, berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara

asing. Walau bagaimanapun, ia perlu disimpan selama tujuh (7) tahun bermula daripada akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk tujuan rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak. Gunakan pen mata bulat berwarna hitam. Isikan semua ruang yang berkenaan dengan HURUF BESAR. Pastikan maklumat diisi dengan BETUL dan LENGKAP. Amaun dari ruangan A20 hingga A26 perlu diisi dengan nilai sen. Amaun di lain-lain bahagian hanya mengambil kira nilai ringgit sahaja. Contoh: Pendapatan bercukai (ruang A19) RM 2,180,246.00 Cukai kena dibayar (ruang A23) RM 865,927.93

MAKLUMAT ASAS

Ruang Perkara Keterangan

1. Nama Amanah Perniagaan

Nama amanah perniagaan seperti didaftarkan di pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

2. No. Cukai Pendapatan

Isikan nombor rujukan cukai pendapatan amanah perniagaan. Contoh : TN 2012345621 TN 2012345621

3. No. Rujukan (No.Pendaftaran)

Nombor pendaftaran dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

4. Tempoh Perakaunan

Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan amanah perniagaan. Sila rujuk contoh-contoh di ruang 5.

5. Tempoh Asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa amanah perniagaan. Jika amanah perniagaan baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang 5. Contoh 1: Syarikat yang baru beroperasi Akaun pertama: 1.5.2013 hingga 31.3.2014 (11 bulan) Akaun kedua : 1.4.2014 hingga 31.3.2015 (12 bulan) Ruang VII dan VIII perlu diisi seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2014 01/05/2013 - 31/03/2014 01/05/2013 - 31/03/2014 (11 bulan) 2015 01/04/2014 - 31/03/2015 01/04/2014 - 31/03/2015 (12 bulan)

PENDAPATAN BERCUKAI

CUKAI KENA DIBAYAR A23

A19 2 1 8 0 2 4 6 , ,

8 6 5 9 2 7 9 3 , .

Page 3:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 2 -

Contoh 2: Syarikat yang baru beroperasi Akaun pertama: 1.2.2013 hingga 30.4.2014 (15 bulan) Akaun kedua : 1.5.2014 hingga 30.4.2015 (12 bulan) Isi Ruang VII dan VIII seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2014 01/02/2013 - 30/04/2014 01/02/2013 - 30/04/2014 (15 bulan) 2015 01/05/2014 - 30/04/2015 01/05/2014 - 30/04/2015 (12 bulan) Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan Akaun sedia ada : 1.3.2013 hingga 28.2.2014 (12 bulan) Akaun berikutnya : 1.3.2014 hingga 31.12.2014 (10 bulan) 1.1.2015 hingga 31.12.2015 (12 bulan) Ruang VII dan VIII perlu diisi seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2014 01/03/2013 - 28/02/2014 01/03/2013 - 28/02/2014 (12 bulan) 2015 01/03/2014 - 31/12/2015 01/03/2014 - 31/12/2015 (22 bulan) Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan Akaun sedia ada : 1.7.2013 hingga 30.6.2014 (12 bulan) Akaun berikutnya : 1.7.2014 hingga 31.5.2016 (23 bulan) 1.6.2016 hingga 31.5.2017 (12 bulan) Isi Ruang VII dan VIII seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2014 01/07/2013 - 30/06/2014 01/07/2013 - 30/06/2014 (12 bulan) 2015 01/07/2014 - 31/05/2016 01/07/2014 - 30/06/2015 (12 bulan) 2016 01/07/2015 - 31/05/2016 01/07/2015 - 31/05/2016 (11 bulan) 2017 01/06/2016 - 31/05/2017 01/06/2016 - 31/05/2017 (12 bulan) Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan Akaun sedia ada : 1.1.2013 hingga 31.12.2013 (12 bulan) Akaun berikutnya : 1.1.2014 hingga 31.5.2014 ( 5 bulan) 1.6.2014 hingga 31.5.2015 (12 bulan) Isi Ruang VII dan VIII seperti berikut:- Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas 2013 01/01/2013 - 31/12/2013 01/01/2013 - 31/12/2013 (12 bulan) 2014 01/01/2014 - 31/05/2014 01/01/2014 - 31/05/2014 ( 5 bulan) 2015 01/06/2014 - 31/05/2015 01/06/2014 - 31/05/2015 (12 bulan)

6. Negara Mastautin Rujuk kod negara di muka surat 13 nota penerangan ini atau Lampiran E dalam Buku Panduan Borang C untuk menentukan kod negara.

7. No. Majikan Nombor rujukan cukai pendapatan majikan. Contoh: E 202154402

E 202154402

8. Menuntut / Menyerah kerugian di bawah peruntukan Relif Kumpulan

Rujuk seksyen 44A, ACP 1967 dan Ketetapan Umum No. 10/2013 berhubung syarat – syarat serahan dan tuntutan kerugian bagi sesebuah amanah perniagaan dalam kumpulan amanah perniagaan. Pilihan yang telah dibuat adalah muktamad dan tidak boleh ditarik balik. Amanah perniagaan menyerah dan menuntut adalah amanah perniagaan yang berkaitan jika sekurang-kurangnya 70% daripada unit yang dipegang berkaitan unit –

(a) amanah perniagaan menyerah adalah secara langsung atau tidak langsung (melalui medium amanah perniagaan lain yang bermastautin dan diperbadankan di Malaysia) dimiliki oleh amanah perniagaan yang menuntut, atau

(b) amanah perniagaan menuntut adalah secara langsung atau

Page 4:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 3 -

tidak langsung (melalui medium amanah perniagaan lain yang bermastautin dan diperbadankan di Malaysia) dimiliki oleh syarikat serahan, atau

(c) amanah perniagaan menyerah dan amanah perniagaan menuntut adalah secara langsung atau tidak langsung dimiliki oleh amanah perniagaan lain yang bermastautin dan diperbadankan di Malaysia

Dalam menentukan paras pegangan sebanyak 70%, mana-mana pegangan langsung atau tidak langsung oleh amanah perniagaan yang tidak bermastautin atau diperbadankan di Malaysia adalah diabaikan. Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya amanah perniagaan menuntut kerugian di bawah peruntukan ini dan kemukakan Borang TN (RK-T) bersama-sama dengan Borang TN. Jika menyerah kerugian, isikan ‘2’ dalam petak berkenaan dan kemukakan Borang TN (RK-S) bersama-sama dengan Borang TN. Isikan ‘3’ sekiranya tidak menyerah ataupun menuntut kerugian. Borang TN (RK-T) dan TN (RK-S) boleh diperoleh daripada Portal Rasmi LHDNM.

BAHAGIAN A: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN, PENDAPATAN BERCUKAI DAN CUKAI KENA BAYAR

Ruang Perkara Keterangan

A1 Pendapatan berkanun perniagaan

Jumlah semua pendapatan berkanun daripada perniagaan.

A2

Rugi perniagaan bawa hadapan

Kerugian perniagaan yang belum diserap oleh pendapatan tahun taksiran sebelumnya. Jika amaun A2 melebihi amaun A1, isikan amaun A1 dalam ruang ini. Isikan ‘0’ jika tiada kerugian bawa hadapan.

A3 Jumlah A1 tolak A2.

Pendapatan Berkanun Lain

A4 Faedah dan diskaun Amaun C dari Helaian Kerja HK-C 15 (Buku Panduan Borang C). A5 Sewa, royalti dan

premium Sewa Amaun D dari Helaian Kerja HK-C16 (Buku Panduan Borang C).

Royalti

Amaun F dari Helaian Kerja HK-C15 (Buku Panduan Borang C).

A6 Pendapatan lain Pendapatan lain selain daripada A4 dan A5 yang boleh dikenakan cukai.

A7 Tambahan mengikut peruntukan perenggan 43(1)(c)

Perolehan-perolehan berikut dianggap sebagai pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat amanah perniagaan:

- Perolehan ini berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencari gali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

- Perolehan ini diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

- Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu dimasukkan sebagai pendapatan agregat amanah perniagaan.

Page 5:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 4 -

- Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan. - Masukkan amaun hasil pengiraan dalam ruang ini.

A8 Agregat pendapatan berkanun lain

Jumlah semua pendapatan berkanun dari A4 hingga A7.

A9 Pendapatan Agregat A3 campur A8.

A10 Rugi perniagaan tahun semasa

Kerugian larasan perniagaan boleh dikira berpandukan format helaian kerja, Lampiran A1/A2/A3 daripada Buku Panduan Borang C. Campur semua kerugian larasan jika amanah perniagaan menjalankan lebih daripada satu perniagaan dan masukkan amaun tersebut dalam helaian kerja berkenaan. Amaun di A10 dihadkan kepada amaun di A9. Jika amaun di A10 melebihi amaun di A9, masukkan amaun A9 dalam ruang ini. Pindahkan amaun daripada ruang A10 (kerugian yang boleh diserap) ke helaian kerja yang berkenaan.

A11

Perbelanjaan Lain Peruntukan undang-undang membolehkan perbelanjaan berikut dibenarkan sebagai potongan daripada pendapatan agregat amanah perniagaan:

- Perbelanjaan mencarigali Jadual 4 dan perenggan 44(1)(b). - Perbelanjaan pra-operasi perniagaan Jadual 4B dan

perenggan 44(1)(b). - Perbelanjaan dibenarkan di bawah seksyen 60F atau 60H.

Masukkan amaun tuntutan (baki tahun-tahun sebelum dan tuntutan tahun semasa) dalam ruang ini. Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

A12 Derma / hadiah a) Hadiah wang tunai kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan. Subseksyen 44(6).

b) Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Muzium Malaysia atau Ketua Pengarah Arkib Negara. Subseksyen 44(6A).

c) Hadiah wang tunai yang tidak melebihi RM20,000.00 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam, perpustakaan sekolah / institusi pendidikan tinggi. Subseksyen 44(8).

d) Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri. Subseksyen 44(11).

A13 Hadiah wang atau kos sumbangan yang diluluskan

a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara 10% pendapatan agregat di A9 dengan jumlah potongan di bawah subseksyen 44(11B) dan subseksyen 44(11C) - Proviso kepada subseksyen 44(6).

b) Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri atau badan sukan yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 10% pendapatan agregat di A9 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11C) - Subseksyen 44(11B).

Page 6:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 5 -

c) Hadiah wang tunai atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan. Amaun yang dibenarkan adalah perbezaan di antara 10% pendapatan agregat di A9 dengan jumlah potongan di bawah proviso subseksyen 44(6) dan subseksyen 44(11B) - Subseksyen 44(11C).

A14 Zakat perniagaan Rujuk kepada subseksyen 44(11A) untuk menentukan kelayakan. Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di A9.

A15 Tuntutan kerugian di bawah peruntukan Relif Kumpulan

Ruang ini hanya berkaitan jika ruang 7 ditandakan dengan ‘1’. Isikan amaun kerugian yang dituntut mengikut peruntukan seksyen 44A dan kemukakan Borang TN (RK-T) bersama-sama dengan Borang TN.

A16 Jumlah Pendapatan A9 tolak (A10 hingga A15). Isikan ‘0’ jika hasil tolakan adalah negatif.

A17 Pendapatan berkanun daripada dividen

Pendapatan berkanun sesuatu amanah perniagaan daripada sumber yang terdiri daripada dividen yang dibayar kepadanya disifatkan sebagai jumlah pendapatan atau sebahagian daripada jumlah pendapatannya bagi tahun itu. Ini tidak termasuk dividen satu peringkat (‘single tier’) yang diterima. Masukkan amaun C dari HK-C14 (Buku Panduan Borang C) dalam ruang ini.

A18 Pendapatan Perintis Kena Cukai

Rujuk kepada seksyen 5 hingga seksyen 25 Akta Penggalakan Pelaburan 1986 untuk menentukan kelayakan dan membuat pengiraan. Masukkan amaun dari Helaian Kerja HK-PC2 (Buku Panduan Borang C) dalam ruang ini.

A19 Pendapatan Bercukai

Jumlah amaun A16, A17 dan A18.

A20 Jumlah Cukai Pendapatan Dikenakan

Pendapatan bercukai amanah perniagaan dikenakan cukai pada kadar 25% seperti syarikat [rujuk subperenggan 2(a) Jadual 1 ACP 1967]. Kadar cukai istimewa 20% bagi pendapatan bercukai RM500,000 yang pertama (perenggan 2A Jadual 1 ACP 1967) TIDAK terpakai bagi Amanah Perniagaan.

A21 Pengurangan cukai atas pendapatan aktiviti penjelajahan dan pengeksploitan petroleum dalam Kawasan Pembangunan Bersama

Sila rujuk Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali yang berkenaan di dalam Portal Rasmi LHDNM: http:// www.hasil.gov.my

A22 Seksyen 51 Akta Kewangan 2007

Tolakan cukai seksyen 51 Akta Kewangan 2007 (dividen)

Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun Y) dari Lampiran B1 (Buku Panduan Borang C) ke dalam ruang ini.

Seksyen 110 (lain-lain)

Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)

Masukkan jumlah cukai dipotong (amaun B) dari Lampiran B2 (Buku Panduan Borang C) ke dalam ruang ini.

Page 7:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 6 -

Seksyen 132 dan 133

Tolakan cukai Seksyen 132

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal. Rujuk Lampiran F (Buku Panduan Borang C) untuk menentukan negara-negara yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Gunakan Lampiran B3 (Buku Panduan Borang C) untuk senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing. dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132. Pindahkan amaun B dari Lampiran tersebut ke ruang ini. Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan. Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit. Tolakan cukai Seksyen 133

Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang tidak memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali dengan Malaysia. Gunakan Lampiran B4 (Buku Panduan Borang C) untuk senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133. Pindahkan amaun B dari Lampiran tersebut ke ruang ini. Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan. Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

A23 Cukai kena dibayar A20 tolak A21 tolak A22.

A24 Cukai dibayar balik A21 campur A22 tolak A20.

A25 Bayaran ansuran yang telah dijelaskan

Bayaran ini tidak termasuk amaun tunggakan di mana amaun tersebut akan diambil kira untuk cukai tahun taksiran kebelakangan.

A26 Baki cukai kena dibayar / Cukai terlebih bayar

a) Baki cukai kena dibayar : A23 tolak A25. b) Cukai terlebih bayar : A25 tolak A23.

AKUAN PENGURUS PEMEGANG AMANAH

Borang nyata yang tidak ditandatangani adalah dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikan kepada Amanah Perniagaan berkenaan. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

BAHAGIAN B: MAKLUMAT KEWANGAN AMANAH PERNIAGAAN [PERNIAGAAN UTAMA SAHAJA]

Ruang Perkara Keterangan

B1 Nama Perniagaan Isi nama perniagaan utama. B2

Kod Perniagaan Isi kod perniagaan (rujuk Lampiran G Buku Panduan Borang C) bagi

perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isi kod perniagaan bagi perniagaan yang mempunyai perolehan yang terbesar.

B3 Jualan / Perolehan Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama termasuk pendapatan terakru. Isikan ‘0’ jika tiada pendapatan.

Page 8:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 7 -

B4 Stok Awal Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

B5 Belian Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, B2.

B6 Kos Pengeluaran Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

B7 Stok Akhir Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

B8 Kos Jualan (B4 campur B5 campur B6) tolak B7. Isikan ‘0’ jika tiada.

B9 Untung / Rugi Kasar B3 tolak B8. Tandakan ‘X’ dalam petak yang disediakan jika nilai negatif (rugi).

B10 Keuntungan Pertukaran Wang Asing

Jumlah keuntungan pertukaran wang asing seperti yang diambil kira dalam Akaun Untung Rugi.

B11 Pendapatan Perniagaan Lain

Jumlah pendapatan bersih daripada punca perniagaan selain daripada B2.

B12

Pendapatan Lain Jumlah pendapatan bersih daripada semua punca bukan perniagaan. Ini termasuk bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang layak dikenakan cukai di bawah perenggan 4(f) ACP 1967.

B13 Keuntungan Tidak Dikenakan Cukai

Ruang ini mengambil kira keuntungan belum direalisasikan, keuntungan modal dan bahagian pendapatan / perolehan luar biasa yang tidak dikenakan cukai. Ini tidak termasuk pendapatan yang dikecualikan cukai.

B14 Faedah Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

B15 Bayaran profesional, teknikal, pengurusan dan kos guaman

B16 Bayaran fi teknikal kepada penerima bukan pemastautin

B17 Bayaran Kontrak Amaun bayaran kontrak yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi. Ini tidak termasuk bayaran kontrak yang diklasifikasikan sebagai kos jualan.

B18 Gaji dan Upah Ini termasuk bonus,elaun, bayaran kerja lebih masa dan gaji cuti seperti dalam Akaun Untung Rugi.

B19 Kos Opsyen Stok Pekerja

Jumlah kos seperti dalam Akaun Untung Rugi.

B20 Royalti Jumlah kasar sebelum ditolak cukai pegangan.

B21 Sewa / Sewa Pajakan

Jumlah yang dibayar untuk sewa premis, tanah, kenderaan, peralatan, lain-lain sewaan dan pajakan yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

B22 Penyelenggaraan dan Pembaikan

B23 Penyelidikan dan Pembangunan

Jumlah bayaran seperti dalam Akaun Untung Rugi.

Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

Page 9:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 8 -

B24 Promosi dan Pengiklanan

B25 Perjalanan dan Penginapan

B26 Kerugian Pertukaran Wang Asing

Jumlah kerugian pertukaran wang asing seperti yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

B27 Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain

Jumlah semua perbelanjaan selain daripada B14 hingga B26, yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

B28 Jumlah Perbelanjaan

Jumlah perbelanjaan dari B14 hingga B27.

B29 Untung / Rugi Bersih

Untung atau rugi bersih seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif.

B30 Perbelanjaan Yang Tidak Dibenarkan

Perbelanjaan yang tidak dibenarkan:

Perundangan Perkara 33(2) Faedah yang tidak boleh ditolak daripada

pendapatan perniagaan.

34(4) Caruman kepada skim yang diluluskan yang melebihi 19% daripada saraan pekerja.

39(1)(a) Perbelanjaan peribadi atau domestik dalam apa jua bentuk.

39(1)(b) Perbelanjaan yang dilakukan tidak kesemuanya dan semata-mata untuk menghasilkan pendapatan kasar. Contoh:

Perbelanjaan mencetak dan mengedar laporan tahunan dan kos mengadakan mesyuarat agung dan mesyuarat tergempar.

Perbelanjaan untuk penyenaraian dalam bursa saham.

Perbelanjaan sebelum perniagaan bermula atau perbelanjaan untuk menutup perniagaan.

Perbelanjaan guaman berhubung dengan pemerolehan aset atau untuk urusan peribadi.

Derma Denda atas kesalahan melanggar

undang-undang termasuk denda dan perbelanjaan rayuan cukai pendapatan.

Perbelanjaan hadiah (kecuali untuk pekerja sendiri).

Bayaran keahlian kelab dan yuran ahli kelab persendirian.

Bayaran untuk pinjaman dan perjanjian agensi.

Pembelian aset dan perbelanjaan yang seumpama dengannya.

Perbelanjaan lain

Jumlah yang dituntut dalam Akaun Untung Rugi.

Page 10:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 9 -

39(1)(c) Modal ditarik balik atau sebarang jumlah digunakan atau bermaksud digunakan sebagai modal.

39(1)(d) Bayaran kepada kumpulan wang simpanan yang tidak diluluskan.

39(1)(e) (i) Perbelanjaan lombong yang layak (Jadual 2) (ii) Perbelanjaan pertanian / hutan yang layak

(Jadual 3) (iii) Perbelanjaan cari gali yang layak (Jadual 4)

39(1)(f) Bayaran faedah atau royalti kepada bukan pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109.

39(1)(g) Bayaran lesen atau permit membalak yang dibayar kepada pihak lain selain daripada Kerajaan Negeri.

39(1)(i) Bayaran kontrak yang dibuat tanpa mematuhi seksyen 107A.

39(1)(j) Bayaran kepada bukan pemastautin tanpa mematuhi seksyen 109B.

39(1)(k) Bayaran sewa kenderaan bukan komersil melebihi RM50,000.00.

39(1)(l) Keraian.

39(1)(m) Perbelanjaan tambang cuti untuk pekerja di dalam atau luar Malaysia.

- Semua jenis peruntukan (termasuk hutang ragu am) selain daripada peruntukan hutang ragu spesifik.

- Perbelanjaan berhubung dengan pindaan modal dibenarkan dan modal berbayar.

- Perbelanjaan profesional berhubung dengan pemerolehan aset tetap atau pelaburan.

- Pengubahsuaian dan tambahan kepada bangunan.

- Perbelanjaan selain daripada di atas.

B31 Kenderaan

B32 Loji dan Jentera B33 Tanah dan

Bangunan B34 Aset Tetap Lain

B35 Jumlah Aset Tetap Jumlah dari B31 hingga B34.

B36 Jumlah kos aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas

Hanya jumlah kos asal aset tetap yang diperoleh dalam tempoh asas diambil kira dalam ruang ini. Jika aset tetap diperoleh secara sewa beli atau pajakan kewangan, hanya jumlah prinsipal yang dibayar sahaja patut dinyatakan.

B37 Pelaburan Kos pelaburan dan simpanan tetap. B38 Penghutang

Dagangan Penghutang dagangan seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Page 11:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 10 -

B39 Penghutang Lain Penghutang lain seperti dalam Kunci Kira-Kira tetapi tidak termasuk pinjaman kepada pengarah.

B40 Stok Stok akhir termasuk bahan mentah, barangan separa siap dan barangan siap seperti dalam Kunci Kira-Kira.

B41 Pinjaman kepada Pengarah

B42 Baki Tunai dan Baki di Bank

B43 Aset Semasa Lain Aset semasa selain daripada B38 hingga B42.

B44 Jumlah Aset Semasa

Jumlah aset semasa dari B38 hingga B43.

B45 Jumlah Aset Jumlah B35, B37 dan B44.

B46 Pinjaman dan Overdraf

Dalam bentuk jangka pendek seperti overdraf bank, ‘banker’s acceptance’, ‘trust receipt’ dan sebagainya.

B47 Pemiutang Dagangan

Jumlah yang berbangkit daripada pembelian barang dagangan dan perkhidmatan yang diterima.

B48 Pemiutang Lain Pemiutang selain daripada pemiutang dagangan dan pinjaman kepada pengarah.

B49 Pinjaman daripada Pengarah

Dalam bentuk pinjaman dan pendahuluan seperti dalam Kunci Kira-Kira.

B50 Liabiliti Semasa Lain Liabiliti semasa selain daripada B46 hingga B49.

B51 Jumlah Liabiliti Semasa

Jumlah dari B46 hingga B50.

B52 Liabiliti Jangka Panjang

Pinjaman jangka panjang seperti pinjaman berpenggal, debentur, bon dan lain-lain seperti dalam Kunci Kira-Kira.

B53 Jumlah Liabiliti Jumlah B51 dan B52.

B54 Modal pemegang unit

B55 Baki bawa hadapan

B56 Pendapatan bersih tahun semasa

B57 Pengagihan pendapatan

Amaun seperti dalam Kunci Kira-Kira.

B58 Baki Hantar Hadapan

(B55 campur B56) tolak B57.

B59 Akaun Rizab Ini termasuk semua akaun rizab kecuali untung tertahan.

B60 Jumlah Dana Pemegang Unit

Amaun seperti dalam Kunci Kira-Kira.

BAHAGIAN C: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan. Guna Helaian Kerja HK-J ( Buku Panduan Borang C ) untuk melaporkan pendapatan ini dan simpan pengiraan cukai yang berkenaan untuk semakan.

Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Amaun seperti dalam Kunci Kira-Kira.

Page 12:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 11 -

BAHAGIAN D: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976 Ruang Perkara Keterangan

D1

Telah melupuskan aset?

Tandakan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya ada melupuskan aset atau ‘2’ jika tidak berkenaan.

D2 Telah melaporkan pelupusan kepada LHDNM?

Ruang ini hanya perlu diisi jika D1 = ‘1’. Isi ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ jika tidak. Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan amanah perniagaan (pelupus). Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my .

BAHAGIAN E: MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

Helaian Kerja HK-M dalam Buku Panduan Borang C boleh digunakan untuk pengiraan.

Ruang Perkara Keterangan

E1 Seksyen 107A Bayaran kontrak dalam tempoh asas kepada kontraktor bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan mengikut ACP 1967: 10% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh kontraktor tersebut [perenggan 107A(1)(a) ACP 1967] campur

3% atas jumlah kasar berhubung cukai yang kena atau boleh dibayar oleh pekerja-pekerja kontraktor tersebut [perenggan 107A(1)(b) ACP 1967].

E2 Seksyen 109 Bayaran faedah / royalti dalam tempoh asas kepada seseorang bukan pemastautin. Mengikut Bahagian II Jadual 1 ACP 1967, kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar untuk faedah dan 10% atas jumlah kasar bagi royalti. Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang C sekiranya terdapat kadar berbeza yang ditetapkan mengikut Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali.

E3

Seksyen 109A Bayaran dalam tempoh asas berkenaan dengan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia oleh seseorang penghibur awam. Kadar cukai pegangan adalah 15% atas jumlah kasar (Bahagian II Jadual 1 ACP 1967).

E4

Seksyen 109B Bayaran jenis kelas khas dalam tempoh asas di bawah seksyen 4A kepada seseorang bukan pemastautin. Kadar cukai pegangan seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Sila rujuk Lampiran F Buku Panduan Borang C).

E5

Seksyen 109F Bayaran kepada seseorang bukan pemastautin berhubung pendapatan di bawah perenggan 4(f) ACP 1967 adalah tertakluk kepada cukai pegangan pada kadar 10% atas jumlah kasar seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967.

E2 hingga E5 JUMLAH KASAR DIBAYAR Jumlah bayaran kasar yang dibuat sebelum apa-apa tolakan. JUMLAH CUKAI YANG DIPEGANG DAN DIREMIT KEPADA LHDNM Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi.

Page 13:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 12 -

BAHAGIAN F : MAKLUMAT PENGURUS PEMEGANG AMANAH

Ruang Perkara Keterangan

F1 Nama Pengurus Pemegang Amanah

Nyatakan nama pengurus pemegang amanah.

F2 No.Rujukan (No.Pendaftaran)

Isikan nombor rujukan (nombor pendaftaran) pengurus pemegang amanah.

F3 No. Cukai Pendapatan

Isikan nombor rujukan cukai pendapatan pengurus pemegang amanah.

F4 No. Telefon Nombor telefon pengurus pemegang amanah di premis amanah perniagaan.

F5 Nama Bank Nyatakan nama bank di mana amanah perniagaan mempunyai akaun bank. Untuk tujuan pembayaran balik oleh LHDNM (sekiranya melalui bank), sila pastikan maklumat bagi ruang F5 dan F6 adalah betul.

F6 No.Akaun Bank Nombor akaun bank amanah perniagaan berkenaan di bank seperti dinyatakan di ruang F5.

F7 Alamat Surat-Menyurat

Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM. Bagi tujuan pembayaran balik oleh LHDNM (sekiranya melalui cek): Sila pastikan alamat yang dilaporkan kepada LHDNM adalah

terkini dan bukan alamat peti surat. Cek pembayaran balik akan dihantar ke alamat surat-menyurat

yang terakhir dalam rekod LHDNM.

F8 e-Mel / Laman Sesawang

e-Mel / laman sesawang amanah perniagaan (jika ada). Sila pastikan maklumat ini adalah betul dan tepat.

F9 Pegangan unit dalam Amanah Perniagaan

Peratusan pegangan unit secara langsung oleh pengurus pemegang amanah dalam amanah perniagaan

BAHAGIAN G: MAKLUMAT 3 PEMEGANG UNIT UTAMA AMANAH PERNIAGAAN

Ruang Perkara Keterangan

G1a hingga

G1c

Nama Pengarah Nyatakan nama tiga pemegang unit utama mengikut susunan keutamaan.

G2a hingga

G2c

Pegangan unit dalam amanah perniagaan

Peratusan pegangan unit secara langsung oleh tiga pemegang unit utama di G1a hingga G1c.

BAHAGIAN H: MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah peruntukan subseksyen 153(3) ACP 1967.

Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata berkenaan.

Page 14:  · kos sumbangan yang diluluskan a) Hadiah wang tunai kepada institusi / organisasi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah terhad kepada perbezaan di antara

- 13 -

KOD NEGARA

Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Tuan boleh merujuk kepada Lampiran E Buku Panduan Borang C untuk senarai yang lengkap. Negara Kod Negara Kod Negara Kod

Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA Brunei BN Japan JP Singapore SG Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW Denmark DK Malaysia MY Thailand TH Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB India IN New Zealand NZ United States US Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of