koperasi koperkasa sarawak berhad - muat turun/2019... · adalah berlandaskan syariat islam dan...
TRANSCRIPT
KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD
ANGGOTA LEMBAGA KOPERKASA 2019-2020
SETIAUSAHA
Abdoll Kader Bin Osman BBS
PENGURUSAN KOPERKASA Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-66 telah
diadakan pada 30 & 31 Mac 2019 bertempat di Imperial Hotel, Kuching. Seramai 76 orang daripada 78 orang anggota perwakilan Kawasan 1,2 dan 3 telah menghadiri mesyuarat agung perwakilan
tahunan ini.
Mesyuarat telah dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan daripada Pengerusi KOPERKASA. Dalam ucapannya, Pengerusi telah menyeru kepada semua anggota perwakilan agar sama-sama menyokong dan berusaha memartabatkan KOPERKASA agar lebih maju lagi di masa akan datang dengan adanya komitmen semua
pihak.
Dalam mesyuarat agung perwakilan kali ini, mesyuarat telah meluluskan pengagihan dividen kepada semua anggota KOPERKASA sebanyak 10% daripada keuntungan bagi tahun 2018 iaitu 4% diagihkan untuk dividen Modal Yuran Bulanan anggota berjumlah RMRM2.8 juta dan 6% diagihkan untuk dividen Modal Syer anggota berjumlah RM1.7 juta. Anggota yang menyimpan dalam akaun
Simpanan Peribadi juga turut menikmati pulangan
sebanyak 1.5% berjumlah RM236,000.00.
KOPERKASA te lah mencata tkan keuntungan sebanyak RM7.3 juta pada tahun 2018 dan pengagihan dividen ini melibatkan lebih kurang seramai 25,000 orang anggota di seluruh Negeri Sarawak. Para anggota boleh mengeluarkan dividen dan pulangan atas simpanan ini bila-bila masa mulai
2 Mei 2019.
Di samping itu, KOPERKASA juga turut mengagihkan sebanyak RM1.1 juta sebagai tambahan kepada dana Tabung Kebajikan & Kemasyarakatan, RM220,000 untuk Tabung Insentif 20 Tahun Keanggotaan dan RM180,000 untuk
Tabung Keselamatan Kredit.
KOPERKASA telah menganjurkan
Majlis Makan Malam Korporat sempena menyambut Ulang Tahun yang Ke-70 Penubuhan KOPERKASA pada malam 30 Mac 2019 bertempat di Imperial Hotel Kuching. Majlis yang bermula jam 7.30 malam ini telah dihadiri oleh para jemputan khas daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak, Maktab Kerjasama Malaysia Bahagian Kuching, ANGKASA, Coop Bank, Bank Rakyat, RHB Bank, Idris Ibrahim & Group dan beberapa
agensi lain.
Pada majlis tersebut, KOPERKASA turut memberi penghargaan kepada 9 orang kakitangan yang telah berkhidmat selama 20 tahun. Acara kemuncak majlis pada malam itu telah menyaksikan penyampaian anugerah penghargaan kepada tiga orang mantan Pengerusi KOPERKASA, Encik
Kamarusamy Thoney (1960-1961), Tuan Haji Saruji @ Seruji bin Arni (2007-2008) dan Encik Sajali @ Ismail
bin Ojek (2011-September 2018).
Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian daripada semua kakitangan KOPERKASA yang telah
menyanyikan lagu Gemuruh dan Kasih Sayang.
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KE-66
KETUA EDITOR
Haji Jaya Suria Bin Muss
SIDANG PENGARANG
Connie Stephen Jampi
See Mui Ling
Lynn Angeline Ganguly
Ho Ho Lian
Susan Lim Siok Chin
Hashimah Wahab
Angela Julius Dusi
EDITOR GRAFIK
Abdul Razib Bin Abdillah
SIDANG REDAKSI
PENGURUS BESAR Haji Jaya Suria Bin Muss
PENGURUS KANAN Connie Stephen Jampi
BAHAGIAN PENTADBIRAN & MODAL INSAN Connie Stephen Jampi
BAHAGIAN KEWANGAN & AKAUN See Mui Ling
BAHAGIAN PERNIAGAAN & KOMUNIKASI Lynn Angeline Ganguly
BAHAGIAN KEANGGOTAAN Ho Ho Lian
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Abdul Razib Bin Abdillah
BAHAGIAN PEMBIAYAAN Susan Lim Siok Chin
BAHAGIAN PENGURUSAN KREDIT & KUTIPAN Angela Julius Dusi
BAHAGIAN PERKASA AR-RAHNU Hashimah Wahab
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN
MAJLIS PELANCARAN ULANG
TAHUN KOPERKASA KE-70
EDISI 01-2019
PENGERUSI
Fathi Bin Haji Hambali CA (M), PPB
BENDAHARI
Jaris Ting Kaik Hang ABK, PPT
ALK
Othman Bin Bujang BBS
ALK
Haji Sulaiman @ Suliman Bin Buhari PPS
ALK
Zainal Bin Abdullah @ Janail Singh PPS
ALK
Zolkipli Bin Mohamad Nusi ABK
ALK
Amin Bin Anis PPT
ALK
Mohammad Hossen Bin Abdul Rahman
SETIAUSAHA
Ibrahim Bin Mohammad @ Lee Heng Leong
PENGERUSI
Haji Omar Bahrein Bin Unin
AJK
Yong Ing Thung KB, PA,
PPT
Selepas Pemeriksaan Usaha Wajar (DDE) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Secara Keseluruhan kedudukan kewangan dan operasi KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD adalah
PENARAFAN KOMPOSIT
KOMPONEN PENARAFAN 31 DIS 2017
Struktur Kewangan F BAIK 4
Likuiditi L BAIK 4
Kualiti Aset A BAIK 4
Pengurusan M BAIK 4
Perolehan E BAIK 4
Teknologi Maklumat T BAIK 4
BAIK 4 KESELURUHAN
PROFIL 100 KOPERASI
TERBAIK MALAYSIA 2018
Berdasarkan Statistik oleh pihak SKM:
Jumlah Anggota (orang) 24,282
Jumlah Modal Syer & Yuran (RM) 90,660,341.00
Jumlah Aset Koperasi (RM) 234,427,461.00
Jumlah Aset Kumpulan (RM) 0.00
Perolehan Koperasi (RM) 65,372,257.00
Perolehan Kumpulan (RM) 0.00
Cawangan Sri Aman Bangunan Koperkasa, Lot 447, Block 3 STD, Jalan Hospital, 95000 Sri Aman, Sarawak. Tel: 083-320487 Fax: 083-320227
Cawangan Sarikei No.18, Jalan Wisma Jubli, 96100, Sarikei, Sarawak. Tel: 084-656673 Fax: 084-658279
Cawangan Sibu No.84, Tingkat 1, Lorong Pahlawan 7A4, Jalan Pahlawan, 96000, Sibu, Sarawak Tel: 084-210445 Fax: 084-210439
Cawangan Bintulu Sublot 173, Lot 3459 (Phase II), Parkcity Commercial Centre, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak. Tel: 086-338199 Fax: 086-332198
Cawangan Miri Lot 2488, Jalan Boulevard Centre, 98000 Miri, Sarawak. Tel: 085-410644 Fax: 085-417644
Cawangan Limbang Ricketts Commercial Centre, Jalan Tarap, 98700 Limbang, Sarawak. Tel: 085-216825 Fax: 085-216542
IBU PEJABAT No. 19 - 20, Wisma Koperkasa, Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak
Tel: 082-424596 Fax: 082-421278
Emel: [email protected] Web: www.koperkasa.com.my
KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD KOPERASI KOPERKASA SARAWAK BERHAD
LAWATAN KETUA PENGARAH INSTITUT KOPERASI
MALAYSIA (IKM) KE KOPERKASA
PENYAMPAIAN ZAKAT KOPERKASA KEPADA
YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK
MEJA PENGERUSI
MAJLIS INTEGRITI & IKRAR BEBAS RASUAH
Syukur Alhamdulillah dengan izin-Nya Koperasi kita dapat
menerbitkan Buletin Koperkasa pada Sukuan Pertama tahun
2019. Cetakan buletin ini dirancangkan dan bertujuan untuk
memaklumkan kepada Anggota-Anggota Koperkasa tentang
perkembangan dan maklumat terkini Koperkasa yang kita
sertai dan sayangi.
Sebagai Koperasi terbesar di Sarawak adalah wajar
kita memberitahu perkembangan semasa dan aktiviti-aktiviti
terkini untuk makluman kepada anggota-anggota yang
berada di seluruh pelusuk negeri Sarawak.
Perkhidmatan dan perniagaan yang diceburi adalah
untuk memberi kemudahan kepada anggota-anggota
Koperkasa, Pembiayaan Peribadi, Perkasa Ar-Rahnu,
Perhotelan dan Pembiayaan Motosikal adalah contoh produk
Koperkasa. Perkembangan ICT sekarang memungkinkan
anggota-anggota Koperkasa mendapat maklumat di hujung
jari melalui telefon pintar. Dengan ke arah ICT yang canggih
diharapkan dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik lagi
daripada tahun-tahun yang lalu.
Selaras dengan usia Koperkasa yang Ke-70 tahun,
ramai anggota Koperkasa mencapai umur persaraan wajib.
Usaha menambahkan anggota-anggota baru perlu digiatkan
secara aktif demi masa hadapan yang lebih cemerlang.
Harapan kita anak-anak muda baru dilantik dalam
kerajaan negeri dan persekutuan dapat menyertai Koperkasa
dengan segera bagi menikmati perkhidmatan dan kebajikan
yang disediakan bagi menempuh cabaran kehidupan yang
sentiasa berubah terutama dari segi pengurusan kewangan.
Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad
(KOPERKASA) telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah semasa Majlis Intergriti Dan Ikrar Bebas Rasuah dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sarawak (SPRM) yang telah diadakan pada 8 Disember, 2018 bertempat di Hotel Riverside
Majestic, Kuching.
Program yang berlangsung selama setengah hari ini disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Tailb bin Zulpilip, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti Dan Ombudsman). Dalam amanat beliau, agar KOPERKASA akan sentiasa menjaga integriti dan mengukuhkan kepercayaan dalam setiap urusan serta amanah yang diberikan
oleh anggota-anggotanya.
Dalam ucapan Pengerusi, Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad, Encik Fathi bin Hambali bahawa di antara matlamat program ini ialah membudayakan amalan bebas rasuah serta meningkatkan lagi tahap Integriti Warga KOPERKASA bagi menyakinkan seramai 25,000 orang anggota KOPERKASA dan rakan niaga serta pihak yang berkepentingan. Ini adalah selaras
dengan Dasar Koperasi Negara.
Acara pada hari tersebut diisi dengan sesi ceramah bertajuk INTEGRITI oleh Tuan Zulhairy bin Zaidel, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Negeri Sarawak. Peserta program terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalam dan seramai 58 orang warga kerja Koperasi Koperkasa
Sarawak Berhad.
Yang turut hadir dalam majlis itu ialah Tuan Haji Adana bin Haji Jed, Pengarah Unit Integriti Dan Ombudsman, Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sarawak dan Maktab
Koperasi Malaysia Zon Sarawak.
PRODUK PEMBIAYAAN
Kursus Segulai Sejalai (Esprit De Corps) telah
diadakan pada 19 dan 20 Januari 2019 bertempat di
Damai Beach Resort Santubong. Kursus ini anjuran
Jawatankuasa Kecil Pentadbiran & Modal Insan
bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran,
kesefahaman dan kerja sepasukan demi memajukan
KOPERKASA.
Kursus ini telah dikendalikan
oleh Yong Ing Thung,
Pengetua Cemerlang SMK
Pending, Kuching dan beliau
juga merupakan salah
seorang daripada anggota
perwakilan Kawasan 1.
Lima (5) objektif utama yang
telah digariskan untuk kursus
ini iaitu mewujudkan
semangat kerja sepasukan dalam Koperkasa,
meningkatkan sifat kemanusian dalam diri,
meningkatkan tanggungjawab diri terhadap
keluarga, jiran, rakan dan pekerjaan, mengendalikan
emosi dalam situasi kehidupan seharian dan
mengetahui cara meningkatkan self-esteem
manusia.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 79
orang peserta yang terdiri daripada kakitangan,
Anggota Lembaga, Jawatankuasa Audit Dalam dan
wakil perwakilan daripada Kawasan 2 dan Kawasan
3.
Sikap dan amalan pekerja-pekerja adalah
antara factor-faktor utama yang menentukan
kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi.
Organisasi yang pekerja-pekerjanya terlatih,
mengamalkan budaya kerja berasaskan sikap kerja
positif serta mempunyai esprit de corps yang tinggi,
sudah pasti akan lebih produktif dan berkesan dalam
mencapai matlamat-matlamat organisasi. Pada akhir
kursus diharap semua peserta mendapat manfaat
sepenuhnya dan meningkatan ESPRIT DE CORPS.
KURSUS SEGULAI SEJALAI (ESPRIT DE CORPS)
Diketuai oleh Tuan Haji Ariffin bin Mamat,
Ketua Pengarah Maktab Koperasi Malaysia
(MKM) serta rombongan telah mengadakan
lawatan ke Ibu Pejabat Koperasi Koperkasa
Sarawak Berhad, Kuching pada 29 Januari,
2019.
L a w a t a n i n i b e r t u j u a n
mempromosikan program latihan MKM Zon
Sarawak yang akan dijalankan sepanjang
tahun 2019 disamping mengeratkan lagi
hubungan MKM dengan pihak Koperasi
Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA)
dan pada masa yang sama juga melihat
kerjasama yang boleh dijalankan.
Pengisian pada hari tersebut ialah
sesi taklimat tentang latar belakang serta
aktiviti KOPERKASA dan begitu juga pihak
Maktab Kerjasama Malaysia.
Majlis diakhiri dengan penyampaian
cenderamata dari KOPERKASA dan juga dari
Maktab Kerjasama Malaysia.
Koperkasa menyediakan pelbagai jenis
kemudahan pembiayaan untuk anggota-
anggotanya. Terdapat 7 jenis pembiayaan iaitu
Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan 100%,
Pembiayaan Kenderaan, Pembiayaan Alat &
Barangan, Pembiayaan Pendidikan ,Pembiayaan
Kebajikan dan Pembiayaan Pelancongan.
Kadar keuntungan pembiayaan adalah serendah 3.49% setahun.
Tempoh maksimum pembiayaan adalah 10 tahun. Koperkasa turut
menjalin kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak melalui taklimat-
taklimat pembiayaan dan pembukaan kaunter-kaunter khidmat nasihat
Koperkasa untuk memberi perkhidmatan secara jerayawara di samping
mempromosikan perkhidmatan yang disediakan.
1) Pembiayaan Peribadi 1 & 2
2) Pembiayaan 100%
3) Pembiayaan Kenderaan
4) Pembiayaan Pembelian Alat & Barangan
5) Pembiayaan Pendidikan
6) Pebiayaan Kebajikan
7) Pembiayaan Pelancongan
TUKAR EMAS UNTUK TUNAI SEGERA
MUDAH, SELAMAT & TANPA RAGU
Selaras dengan dasar koperasi untuk
mempelbagaikan cabang perniagaan, satu
produk baru iaitu PERKASA AR RAHNU
dimiliki sepenuhnya oleh Koperkasa telah
dilancarkan pada 11 April 2011 oleh Y.B. Dato’
Sri Ismail Sabri Bin Yaakob, menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada ketika itu.
Memajak dan menggadai barang kemas di Ar Rahnu semakin
popular di kalangan rakyat Malaysia atas sebab sistem yang digunakan
adalah berlandaskan syariat Islam dan berbeza dengan pajak gadai
konvensional sedia ada. Koperkasa tidak mahu ketinggalan dan telah
menyahut cabaran serta ingin bersaing secara sihat dengan bank-bank dan
koperasi-koperasi lain yang juga semakin agresif melancarkan dan
mempromosikan produk Ar-Rahnu ini.
PERKASA AR RAHNU telah memulakan operasi sepenuhnya
pada Jun 2011 dan terbuka kepada orang ramai. Sehingga kini, PERKASA
AR RAHNU telah semakin berkembang dan akan menyasarkan untuk
menambah lebih banyak cawangan seluruh Sarawak.
FATHI BIN HAJI HAMBALI
Pengerusi
Majlis Penyampaian Zakat Gerakan Koperasi Negeri Sarawak
telah diadakan pada hari Jumaat, 31 Mei 2019 bersamaan dengan
26 Ramadhan 1440 Hijrah, bertempat di kediaman rasmi Tuan
Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri
Haji Abdul Taib Mahmud, di Demak Jaya, Jalan Bako, Kuching.
Rombongan Gerakan Koperasi diketuai oleh Basuini Bin
Ali, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Negeri Sarawak (SKM) Negeri
Sarawak. Sebanyak RM258,879.98 telah disumbangkan sebagai
zakat gerakan koperasi bagi tahun 2018.
Daripada jumlah tersebut, Koperkasa telah menyumbang
sebanyak RM70,000.00. Harapan kita dengan sumbangan yang
dikira mengikut formula khas ini akan dapat membantu asnaf yang
ada hak termaktub dalam syariah agama Islam.