konsep asas he

22
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM

Upload: teochaw

Post on 19-Feb-2017

187 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Asas HE

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SECARA UMUM

Page 2: Konsep Asas HE

PENGENALAN

Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara MUNDUR kpd negara sedang MEMBANGUN dan kini menuju ke arah status negara MAJU.

Hubungan etnik paling kritikal sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka adalah PERISTIWA 13 MEI 1969.

Page 3: Konsep Asas HE

PENGAJARAN PENTING 13 MEI 1969

1. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik.

2. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang.3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang.

Page 4: Konsep Asas HE

APA PENTINGNYA

MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK?

Senarai Etnik di Malaysia.

Page 5: Konsep Asas HE

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Page 6: Konsep Asas HE

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK1. Masyarakat2. Budaya3. Perpaduan & Integrasi

MASYARAKATRoucek & Warren (1979): “Masyarakat sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. “

Page 7: Konsep Asas HE

CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT:a)berkelompok;b)berbudaya;c)mengalami perubahan;d)berinteraksi (dalaman & dengan pihak luar)e)mempunyai kepimpinan; danf) mempunyai aturan sosial (susun lapis, kelas, status dan kasta)

Page 8: Konsep Asas HE

KONSEP ETNIK- Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yg hampir seragam,

termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi.

- Etnik pada dasarnya bersikap ETNOSENTRIK. Iaitu mengganggap ciri-ciri budayanya wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah, ganjil atau tidak bermoral.

Page 9: Konsep Asas HE

Konsep Etnik membentuk konsep ETNISITIdan ETNOSENTRISME

ETNISITI:merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu.

ETNOSENTRISME:Rasa bangga yang wujud dalam kalangan sesebuahetnik tertentu bahawa budaya mereka lebih baik danhebat dari kelompok lain

Page 10: Konsep Asas HE

RAS DAN RASISME

RAS:

Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal-biologikal yang nyata (warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.)

RASISME:

Pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.

Page 11: Konsep Asas HE

KONSEP PREJUDIS DAN STEREOTAIPPREJUDIS:

- Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu; prejudis tidak diluahkan secara terbuka. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.

- Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

STEREOTAIP:merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik.

Contohnya “semua orang dari etnik X bersifat kasar” .” si A dari etnik A, maka A adalah orang yang kasar.”

Page 12: Konsep Asas HE

KONSEP DISKRIMINASI- Ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif

oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif.

- Kesannya, muncul perbuatan membandingbeza dan prasangka terhadap kumpulan etnik lain.

Page 13: Konsep Asas HE

KONSEP BUDAYAKONSEP BUDAYA

Page 14: Konsep Asas HE

BUDAYA: “Suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.”

Page 15: Konsep Asas HE

CIRI-CIRI PENTING BUDAYA:1. Dipelajari.2. Dikongsi.3.Bersifat sejagat.4. Diwarisi5. Berubah-ubah6. Mempunyai unsur simbolik7. Adanya pandangan semesta (world view)

Page 16: Konsep Asas HE

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

PERPADUAN- sebagai satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air.INTEGRASI- Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yang diterima oleh semua kelompok etnik dalm negara. Identiti, hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.

Page 17: Konsep Asas HE

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu SEGREGASI sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu AMALGAMASI

KONSEP SEGREGASI- merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dalam sesebuah negara.

Page 18: Konsep Asas HE

KONSEP AKOMODASI- merupakan proses yang menyebabkan

setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

Page 19: Konsep Asas HE

KONSEP ASIMILASI- Adalah satu proses percantuman dan

penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama.

Page 20: Konsep Asas HE

KONSEP AMALGAMASI- Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi

biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu.

Page 21: Konsep Asas HE

KONSEP AKULTURASI Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam

kalangan individu atau kelompok dari satu kebudayaan lain yang berbeza. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Page 22: Konsep Asas HE

ISL: Analisiskan kepentingan perpaduan

dan integrasi dalam kontekshubungan etnik di Malaysia.