konfrontasi dan perdamaian

28
3 K(VII)

Upload: sejarahsgb

Post on 18-Jul-2015

2.289 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konfrontasi dan perdamaian

3 K(VII)

Page 2: Konfrontasi dan perdamaian

Apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan, Indonesia dan

Filipina bukan sahaja enggan mengiktiraf Malaysia, malah

memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Presiden Soekarno (Indonesia) dan Presiden Macapagal Ruyong

(Filipina) beranggapan bahawa pihak British memberi

kemerdekaan kepada Tanah Melayu(Malaysia) dan akan

menggunakan Malaysia sebagai satu tapak untuk meluaskan

tanah jajahan British ke Indonesia dan Filipina.

Indonesia yang lebih agresif berbanding Filipina telah

mengambil langkah drastik dengan melancarkan KONFRONTASI

Situasi ketika Presiden Sukarno

memberi ceramah dan memperkenalkan

Ganyang Malaysia

Page 3: Konfrontasi dan perdamaian

Sikap penentangan terhadap Persekutuan Malaysia oleh Indonesia. Filipina juga menunjukkan reaksi yang sama kedudukannya.

Konfrontasi Indonesia didalangi oleh Parti Komunis Indonesia

Page 4: Konfrontasi dan perdamaian

Parti Komunis Indonesia atau PKI adalah parti komunis terbesar bukan pemerintah dalam dunia sebelum dikalahkan pada tahun 1965 dan diharamkan pada tahun berikutnya.

Page 5: Konfrontasi dan perdamaian

Walaupun konfrontasi semakin tegang, pemimpin Malaysia dan

Indonesia tetap meneruskan usaha-usaha perdamaian.

Malah, rundingan dijadikan sebagai Usaha ke Arah Perdamaian

Malaysia - Indonesia

Page 6: Konfrontasi dan perdamaian

Rundingan antara Tunku Abdul Rahman dengan Presiden Sukarno menghasilkan persetujuan untuk membawa isu konfrontasi ke sidang kemuncak di Manila, Filipina.

Page 7: Konfrontasi dan perdamaian

Pada sidang ini, MAPHLINDO (Malaysia, Filipina dan Indonesia)

ditubuhkan dengan tujuan meningkatkan hubungan persahabatan

negara anggota. Namun begitu, sidang ini juga menuntut wakil

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu membuat tinjauan semula

terhadap pendapat rakyat Sarawak dan Sabah untuk menyertai

Persekutuan Malaysia.

Page 8: Konfrontasi dan perdamaian

Dalam persidangan ini, Malaysia diwakili oleh Tun. Abdul Razak dan Indonesia

diwakili oleh Dr. Subandrio. Kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat

berkenaan gencatan senjata.

Perundingan pemulihan hubungan Malaysia dengan Indonesia di Bangkok

Page 9: Konfrontasi dan perdamaian

Persidangan ini gagal kerana Indonesia enggan

mengundurkan tenteranya dan menuduh Malaysia

membelakangkan keputusan Sidang Kemuncak

Manila.

Page 10: Konfrontasi dan perdamaian

Selain mengadakan rundingan, Malaysia membuat bantahan rasmi terhadap pencerobohan Indonesia kepada PBB melalui Dato’ Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Keselamatan Dalam Negeri pada ketika itu.

Akan tetapi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat bertindak kerana dihalang oleh kuasa Veto Rusia. Rusia bertindak sedemikian kerana hubungan baik dengan Indonesia.

Page 11: Konfrontasi dan perdamaian

Kerajaan telah menyusun semula Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT)

atau lebih dikenali sebagai Askar Wataniah.

Rakyat tempatan menyertai PPT untuk mempertahankan negara

daripada pencerobohan tentera Indonesia terus berlaku.

Pasukan Pertahanan Tempatan atau Askar Wataniah

Page 12: Konfrontasi dan perdamaian

Kerajaan Malaysia juga mendapatkan sokongan

daripada negara-negara Komanwel

(Commonwealth) seperti Britain, Australia,

New Zealand, dan Kanada untuk bantuan

ketenteraan.

Page 13: Konfrontasi dan perdamaian

Rakyat Malaysia telah bersatu dalam menghadapi

konfrontasi untuk mempertahankan kedaulatan negara di

sebalik keadaan yang semakin tegang itu.

Donald Stephens

mengetuai rakyat Sabah

untuk memberikan

sokongan padu kepada

Malaysia bagi

menghadapi konfrontasi

oleh Indonesia

Page 14: Konfrontasi dan perdamaian

Konfrontasi terhadap Malaysia semakin kendur apabila tentera Indonesia

di bawah pimpinan Jeneral Soeharto berjaya mengambil alih kuasa

daripada Presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September.

Perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dan Indonesia telah

ditandatangani pada bulan Ogos 1966. Filipina juga telah memulihkan

hubungan dengan Malaysia.

Page 15: Konfrontasi dan perdamaian

Percubaan rampasan kuasa oleh PKI di Indonesia. Dalam peristiwa ini, D.N. Aidit iaitu pemimpin PKI telah terbunuh.

Page 16: Konfrontasi dan perdamaian

Akhbar Berita Harian pada 19 September 1963

menyiarkan berita tentang putusnya hubungan

Malaysia-Indonesia.

Inilah semangat yang

dipaparkan dalam poster

kempen menentang

pencerobohan Indonesia.

Page 17: Konfrontasi dan perdamaian

Poster dan karikatur

yang menunjukkan

pihak yang

mendalangi

konfrontasi Indonesia

Page 18: Konfrontasi dan perdamaian

Konfrontasi Indonesia

terhadap Malaysia didalangi

oleh PKI.

Peta menunjukkan kawasan

pendaratan tentera

Indonesia semasa

pencerobohan.

Page 19: Konfrontasi dan perdamaian

Dokumen berkaitan konfrontasi Indonesia-

Malaysia.

Page 20: Konfrontasi dan perdamaian

Tindakan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dan melancarkan ancaman ketenteraan terhadap Malaysia tidak sepatutnya berlaku.

Apatah lagi, Indonesia merupakan sebuah jiran yang serumpun dan mempunyai hubungan sejarah yang lama.

Sebagai sebuah negara jiran, kita perlu terus menjalinkan hubungan baik dan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain demi keamanan serantau.

Rundingan pula merupakan cara yang terbaik untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan.

Page 21: Konfrontasi dan perdamaian

Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Adam

Malik, Menteri Luar Indonesia sedang bersalaman selepas

menandatangani Perjanjian Pemulihan Hubungan antara Malaysia

dengan Indonesia untuk menamatkan konfrontasi.

Page 22: Konfrontasi dan perdamaian

Dokumen Perjanjian Pemulihan

Malaysia-Indonesia yang

ditandatangani pada 11 Ogos 1966

bagi menamatkan Konfrontasi.

Page 23: Konfrontasi dan perdamaian

Page 24: Konfrontasi dan perdamaian
Page 25: Konfrontasi dan perdamaian

1. Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo

(Mei 1963) telah diadakan. Siapakah

yang mewakili Indonesia dan

Malaysia?

2. Siapakah yang membuat bantahan

rasmi kepada PBB?

3. Apakah tujuan rakyat tempatan

menyertai Pasukan Pertahanan

Tempatan (PPT)?

4. Mengapakah Rusia

menghalang Malaysia membuat

bantahan?

Page 26: Konfrontasi dan perdamaian
Page 27: Konfrontasi dan perdamaian

1. Indonesia => Presiden Soekarno

Malaysia => Tunku Abdul Rahman

2. Dato’ Dr. Ismail bin Abdul Rahman

3. Untuk menjaga kedaulatan negara.

4. Kerana Rusia mempunyai hubungan yang baik dengan Indonesia

Page 28: Konfrontasi dan perdamaian