komputer dalam pendidikan

of 28/28
TUTORIAL MINGGU 2 Sistem Operasi Pengurusan Fail Keselamatan Komputer

Post on 22-Jun-2015

3.275 views

Category:

Technology

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. TUTORIAL MINGGU 2
    • Sistem Operasi
  • Pengurusan Fail
  • Keselamatan Komputer

2.

  • Sistem Pengoperasian ialah sistem yang menentukan program apa yang perlu dilaksanakan, dan sumber apa (memori atau I/O) yang perlu digunakan.

APAKAH SISTEM OPERASI? 3.

  • Sistem Pengoperasian (OS)membekalkan perkhidmatan ( service ) kepada program lain, contohnya kod ( driver ) yang membenarkan Ahli Program ( programmer ) menulis program untuk mesin tanpa perlu mengetahui lebih terperinci tentang alat elektronik pada sistem komputer.

4.

  • Sistem operasi juga berfungsisebagai susunan arahan yang dapat difahami oleh komputer.
  • Ia mengarahkan komputermelaksanakan, mengawal, menjadualkan, dan menyelaraskan sesuatu operasi komputer.

5.

  • Contoh sistem operasi :
  • Microsoft Windows, Linux, Mac OS X
  • Namun begitu,Windowsadalah pilihan pertama individu kerana senang digunakan berbanding sistem operasi lain (Windows adalah salah satu sistem operasi daripada Syarikat Microsoft).

6.

  • Terdapat beberapa jenis Windows :
    • Windows 95,
    • Windows 98,
    • Windows ME, Windows NT,
    • Windows XP
    • Windows Vista(terbaru 2007)

7. 8. Ciri-ciri utama

  • Sistem operasi Windows terutama Windows XP mementingkan 3 aspek utama iaitusetting,kemaskinidantahap keselamatan.
  • Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sokongan teknologi baru yang menyediakan pengalaman yang lebih baik selain membolehkan pengkomputeran lebih produktif.

9.

  • Teknologi baru yang diperkenalkan itu adalah pengadangpop-upIE,menjadikan kegiatan melayari internet lebih menyeronokkan selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang tidak diingini

10.

  • Permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows yang sebelumnya.
  • Microsoft Windows XP- permukaannya lebih cantik yang di sebut sebagaiLuna .
  • Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah menggunakan aplikasi sepertiStyleXP, WindowBlindsdan lain-lain.

11.

  • Pengguna Windows boleh menukarkan latar belakang ( theme ) Windows mengikut kemahuannya
  • Pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada permukaan perisianMac OS X (Aqua), Linuxdan lain-lain yang boleh dimuat turun di internet.
  • Juga memuatkan perisian yang sedia ada sepertiDisk Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpaddan sebagainya.

12. Antaramuka asas Microsoft Windows

  • Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagaidesktopdengan beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem sepertiMy Computer, Recycle Bindan sebagainya.
  • Recycle Binadalah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang daripada cakera keras.

13.

  • Terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagaibar tugasan .
  • Bar tugasan yang asas menempatkan menuStart ,dan beberapa butang bagi program-program aplikasi yang dibuka.
  • Ini membolehkan pengguna menukar program yang dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain.
  • Ciri tersebut menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan ( multi-tasking ).

14.

  • MenuStartmenempatkan senarai penuh program yang dipasang di dalam Windows, pautan kePanel Kawalan ,Bantuandan perintah untuk log keluar akaun Windows serta perintah menutup Windows.
  • Komputer akan dimatikan secara automatik setelah proses menutup Windows selesai.

15.

  • Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat yang dikenali sebagai tetingkap.
  • Tetingkap mempunyaibar tajuk, bar menu, bar peralatan, ruang programsertabar status.

16.

  • Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk program, serta butang-butangMinimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di dalam bar tugasan),Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang desktop),Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) danClose(menutup program).

17.

  • Semua arahan di dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa perintah.

18. KESELAMATAN KOMPUTER

  • Antara ancaman yang biasa dihadapi adalah virus
  • Perkara yang palingpenting- memilikiperisian antivirus yang sentiasa dikemaskinikan
  • Boleh dikatakan hampir setiap hari pelbagai jenis virus komputer yang hebat telah dicipta. Oleh kerana itu, sekadar memiliki perisian antivirus adalah tidak mencukupi.

19. SIMPTOM KOMPUTER DIJANGKITI VIRUS 20.

  • Komputer Menjadi Perlahan .
  • Ini kerana virus sedang berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer.
  • Ia juga kerana virus sedang melakukan tugas kotornya seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.

21.

  • Task Manager Tidak Boleh Dibuka.
  • Task manager biasanya digunakan untuk melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer.
  • Virus akan mematikan fungsi task manager supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.

22.

  • Folder Option Hilang.
  • Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail. Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.

23.

  • Proses Start Up Menjadi Perlahan.
  • Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan.
  • Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda.
  • Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.

24.

  • Tidak Boleh Mencetak Dokumen
  • Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak. Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.

25.

  • Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus.
  • Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.

26. 27. KEPENTINGAN BACK UP

  • Ancaman daripada virus adalah salah satu sebab mengapa anda perlu membuat salinan backup data dan fail-fail komputer anda (mp3, gambar, dokumen dan lain-lain).
  • Sesetengah program boleh melekatkan dirinya ke dalam sistem operasi.
  • Walaupun terdapat program-program untuk membebaskan malware sepertiSpybotdanHijack This , namun ada kalanya dalam beberapa keadaan, anda masih perlu memasang semula keseluruhan sistem operasi.

28. PERBINCANGAN

  • Bagaimana untuk menghasilkan backup file?