komitmen organisasi dengan budaya sekolah

32
HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA SEKOLAH 1

Upload: syidah-ahmad

Post on 06-Nov-2015

43 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BUDAYA SEKOLAH

TRANSCRIPT

  • HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA SEKOLAH*

  • Guru Dan Budaya Sekolah

    Cheng (1993) dalam kajiannya mendapati sekolah yang mempunyai budaya yang kukuh menghasilkan guru yang bermotivasi, persekitaran organisasi yang kaya dengan idealogi, penyertaan bersama dan kepimpinan berkarisma.

    *

  • Guru atau pendidik merupakan tunjang dan pelaksana yang paling utama untuk menjayakan reformasi pendidikan pembangunan sumber manusia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Wan Mohd Zahid, 1994).

    *

  • Oleh itu, guru patut didedahkan dengan budaya sekolah yang positif dan kolaboratif untuk memupuk semangat yang tinggi dan motivasi kendiri agar nilai-nilai murni dapat dijayakan melalui aktiviti kokurikulum dan interaksi dalam sekolah.

    *

  • KOMITMEN GURU DENGAN KEPIMPINAN PENGETUA

    ISU 1*

  • Takrifan KomitmenMowday, Steer dan Porter (1979), menjelaskan komitmen sebagai tingkah laku individu yang mempunyai satu kepercayaan yang kuat terhadap nilai dan matlamat organisasi, semangat sukarela untuk meningkatkan pencapaian organisasi dan keinginan yang kuat untuk terus berada dalam organisasi.*

  • Mowday, Porter dan Steers (1982), komitmen organisasi yang tinggi adalah dilihat sebagai faktor positif di antara pekerja dengan organisasi, pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi merasakan dirinya selamat, dipunyai dan mempunyai kepuasan terhadap pekerjaan dan prospek organisasi. *

  • Pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi akan menunjukkan prestasi kerja yang tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai komitmen yang rendah.

    *

  • Hubungan Komitmen Guru dengan Kepimpinan PengetuaIshak dan Mastura (2010) menyatakan bahawa tingkah laku kepimpinan pengetua mempunyai impak yang signifikan kepada kepuasan kerja guru dan komitmen guru terhadap sekolah.

    Kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia, khususnya hubungan antara pemimpin dan pengikut.

    *

  • Corak penyeliaan yang diamalkan oleh pengetua kadang-kala akan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan guru dan seterusnya akan menjejaskan perhubungan guru dengan pengetua yang akan mempengaruhi komitmen guru terhadap tugasan yang diberikan (Collmer, 1990). *

  • Yaakob (2007), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan sekolah dan komitmen guru.

    Pemimpin mempengaruhi pengikut dalam kebanyakan perkara terutamanya dalam membuat keputusan atau melakukan perubahan bagi meningkatkan kualiti kehidupan pengikutnya.

    *

  • Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan moral guru-gurunya ke tahap yang tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidang akademik(Al Ramaiah,1993);(Lim The Eng, 1986).

    Hellinger dan Hack (1998) menyatakan bahawa sekolah yang lemah boleh bertukar menjadi sekolah yang berkesan dan berjaya dengan adanya kepimpinan pengetua yang berkualiti.

    *

  • Walau bagaimanapun, hasrat menjadikan sekolah berkesan tidak akan kesampaian jika guru-gurunya tidak berkesan.Guru-guru merupakan staf yang memainkan peranan yang penting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah berkesan tercapai. Matlamat untuk menjadikan sebuah sekolah berkesan tidak akan tercapai sekiranya guru-guru tidak efektif dan efisyen.*

  • Sejak kebelakangan ini ketidakpuasan kerja di kalangan guru semakin ketara. Antara puncanya ialah tekanan kerja yang wujud dari pelbagai tugas baru. Ini kerana banyak program baru dari berbagai peringkat dalam KPM (Azizi, 2007).Guru-guru yang merasa tidak puas terhadap kerjanya lebih cenderung melakukan perlakuan negatif seperti ponteng kelas, kurang beri tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak minat mengajar (Burrows dan Mundy, 1996).

    *

  • Oleh yang demikian, untuk mewujudkan sekolah berkesan, kepuasan kerja guru-guru mesti diberi keutamaan oleh pengetua.Guru-guru yang mempunyai kepuasan kerja yang tinggi akan berasa seronok melaksanakan tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaian matlamat sekolah juga adalah tinggi (Andermant, Belzer & Smith, 1991).

    *

  • Sergiovanni (1984) mengatakan, untuk menjamin kepuasan kerja guru-guru dan komitmen guru-guru terhadap sekolah kekal di tahap yang tinggi, seseorang pengetua itu perlulah memantapkan kualiti kepimpinannya.Pengetua yang mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi akan mampu mempengaruhi tingkah laku guru-gurunya supaya semangat kerja terarah kepada pencapaian matlamat (Stogdill, 1974).*

  • Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti dan Motivasi Kerja GuruISU 2*

  • Takrifan Kepuasan KerjaKepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi (Abu Ajip, 1994). Azura (2004) menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan keperluan utama manusia sebagai pekerja dan harus dipenuhi bagi mencapai tahap kesempurnaan kendiri*

  • Takrifan Kepuasan KerjaDinham and Scott (2000) menerangkan kepuasan kerja merupakan satu perasaan yang diperoleh daripada sesuatu tugas sebagai menepati nilai kerja yang berselarasan dengan keperluan individu.

    Locke (1976) mendefinisikannya sebagai satu keseronokan atau emosi positif secara langsung hasil daripada peghormatan atau pengalaman kerja seseorang. *

  • Dworkin (1987) telah menjalankan kajian ke atas guru-guru di Wilayah Timur Amerika Syarikat dan mendapati 50 peratus daripada responden akan menukar kerja lain jika diberi peluang. Menurut penemuan kajian tersebut antara puncanya adalah terlalu banyak masa diperlukan untuk kerja-kerja perkeranian, gaji yang tidak memuaskan, dan tidak mendapat kerjasama daripada rakan sejawat.Hubungan Kepuasan Kerja Guru dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru*

  • Dalam kajian Lim (2005) telah membuktikan bahawa sesetengah guru memang mengalami perasaan tertekan dan telah memikirkan atau mengambil keputusan untuk berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini disebabkan ketidakpuasan kerja kerana peranan yang kabur terhadap kerja dan beban kerja yang tinggi.*

  • Zembylas (2003) pula telah mengemukakan beberapa pandangan berhubung dengan faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja. Antaranya adalah keadaan kerja yang tidak menentu, tiada hubungan yang erat di antara pekerja, penyelia atau pemimpin yang kurang berkesan, dan peluang kenaikan pangkat yang terhad. *

  • Satu kajian lain yang telah dijalankan oleh Castillo et al., (1999) mengenai sikap dan minat terhadap profesion perguruan dalam kalangan guru-guru pertanian di Ohio telah mendapati bahawa guru-guru tidak puas hati dengan keadaan kemudahan yang disediakan di sekolah. Guru juga tidak berpuas hati terhadap beban tugas yang kian bertambah dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk menyelaraskan aktiviti yang lebih kreatif. *

  • Selain itu, hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa sebanyak 55% responden kajian memilih profesion perguruan kerana gagal mendapat pekerjaan lain. Perkara yang lebih menyedihkan adalah lebih kurang 47% responden akan meninggalkan kerjaya ini jika mendapat pilihan lain.*

  • Menurut Azura (2004), kepuasan kerja dikaitkan dengan kebolehan individu menyesuaikan diri dengan suasana keadaan pekerjaannya. Oleh yang demikian, kurangnya penyesuaian terhadap suasana kerja akan menjejaskan tahap kepuasan kerja yang dialami.*

  • Kebolehan penyesuaian juga merupakan ciri asas untuk berkomunikasi dengan suasana kerja mereka (Abu Ajip, 1994). Kegagalan menyesuaikan diri menyebabkan pekerja gagal mencapai tahap kepuasan dalam kerja mereka.

    *

  • Jika dilihat dalam fenomena perguruan di Malaysia hari ini, terdapat situasi di mana ilmu yang dipelajari tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana berlainan bidang pengkhususan semasa mengikuti kursus perguruan dengan pengkhususan pengajaran di sekolah*

  • Perhubungan antara guru juga adalah penting bagi menjamin kepuasan kerja seseorang. Konflik dalam kalangan guru akan menjejaskan prestasi kerjaya seseorang guru. Semua guru harus bersedia bekerjasama untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran (Markandan, 1984).*

  • Sekiranya masalah ketidakpuasan guru ini berterusan, bidang pendidikan bukan sahaja akan mengalami masalah guru yang tiada komitmen, tidak dedikasi, dan tidak profesional malahan akan kehilangan tenaga pengajar yang berkualiti dan seterusnya akan menjejaskan produktiviti dan kualiti Pendidikan (Ruhland, 2001)*

  • Oleh itu, kepuasan kerja adalah penting disebabkan ini merupakan salah satu faktor untuk memperolehi hasil kerja yang optimal. Bagi seseorang yang mempunyai kepuasan dalam pekerjaan tentunya akan terpupuk satu semangat dan komitmen yang mampu membantu dalam penyelesaian tugasan harian pekerjaan mereka. Maka, semangat tersebut bukan saja mampu membantu dalam produktiviti kerja malahan kualiti kerja juga dapat ditingkatkan.*

  • Hasil kajian yang didapati oleh Mohan Raju dan Srivastava (1999) menunjukkan bahawa pekerja yang mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan adalah lebih komitmen terhadap tugas yang dijalankan.Kenyataan ini telah disokong oleh Shann (2001) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan penentu kepada komitmen terhadap pekerjaan.*

  • Guru yang mempunyai kepuasan tinggi adalah guru yang berkesan dan dapat menghasilkan pelajar yang lebih bermotivasi dan dapat mempertingkatkan pencapaian pelajar (Mertler, 1992).*