koleksi mee.docx

Upload: yung-siok-yii

Post on 08-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Koleksi Mee

Mee Jawa

Bahan-Bahan:1 kg mee kuning (dicelur)1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]300 gm tauge (buangkan kakinya)2 tangkai daun bawang (dihiris)5 biji cili merah (dihiris)3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)3 biji telur rebus (dibelah)3 biji limau nipis (dibelah)Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:1/2 kg keledek (direbus & dikisar)3 ulas bawang putih ]5 ulas bawang merah ]3 batang serai ] mesin halusSedikit halia ]sedikit lengkuas ]100 gm udang kering ]2 s/b cili kisar3 s/b serbuk kari dagingair rebusan dagingSedikit garamSedikit minyak masakSedikit gula

Caranya:1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Mee Sizzling

Bahan-Bahan:500 gm mee kuning (dicelur)100 gm daging ayam (dipotong kecil-kecil)100 gm udang [buang kulit]1 s/b lada hitam (tumbuk)3 cm halia (diketuk)3 ulas bawang putih (tumbuk])300 gm sawi(dipotong)100 gm kobis [potong kecil]1 batang carrot [potong kecil]4 s/b cili sos5 s/b kicap manis5 s/b sos tiram2 cawan air1 s/b tepung jagung2 biji telurMinyak secukupnya untuk menumiscili merah atau ciliapi = bawang putih [tumbuk]limau kasturi atau limau nipisCara:1. Panaskan minyak dan tumiskan halia dan bawang putih sehingga wangi.2. Masukkan ayam dan udang. Kacau rata.3. Masukkan air, sos tiram, kicap dan cili sos. Biarkan mendideh.4. Masukkan kobis dan carrot.5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sawi.6. Bila mendideh masukkan telur.7. Biarkan masak tuangkan atas mee yang telah dicelur.8. Hidangkan dengan cili merah atau ciliapi tumbuk + bawang putih dan jus limau.

Mee Bandung

Bahan-Bahan:500 gm mee kuning (dicelur)300 gm ayam (dipotong kecil)2 s/b cili mesin3 ulas bawang putih (ditumbuk)5 ulas bawang merah (ditumbuk)2 mangkuk stok ayam (atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)5 sudu besar sos tomato3 sudu besar sos cili1 sudu besar sos tiram2 biji limau kasturi/nipis (belah 2)2 biji telur (rebus dan belah 2)Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)1 biji tomato (belahbawang gorengcili merah/hijau (mayang)Garam & minyak masakCara:1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,bawang merah & cili kisar hingga garing.2. Masukkan stok ayam & ayam dan biarkan mendidih.3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.Biarkan merenih perlahan-lahan.4. Masukkan udang, sawi, & masak selama 2 minit.5. Bila dah masak boleh ditutp api dan hidangkan.

Kuetiaw Goreng

Bahan-Bahan:500 gm kuetiaw100 gm daging1 ikat daun kucai dipotong 1 inci1 cawan tauge1 tauhu basah [goreng dan potong kecil]2 sudu cili mesin4 ulas bawang putih [ketuk]2 biji telur [pukul sikit]4 sudu besar kicap manis2 s/b sos tomato2 s/b airsedikit minyak garam [jika perlu]Cara:1. Panas minyak dan tumiskan bawang putih hingga berbau wangi.2. Masukkan cili mesin dan kicap.3. Masukkan daging, tomato sos dan air. Biarkan daging lembut sbentar.4. Maukkan tahu, telur dan kuetiaw. Biarkan telur keras separuh masak baru digaulkan rata.5. Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sentar dan tutup api.

pastikan jangan terlalu kering... biarkan agak basah aje ...

Laksa Asam

Bahan1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya --> diperoikan /cincangkan1 bungkus laksa kering, [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga kembang dan toskan]

8 keping asam gelugur1 kuntum bunga kantan [belah 4]3 tangkai daun kesum10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang bijiair rebusan ikanGaram secukup rasa1 batang serai [ketuk pecah2]1/2 cawan jus asam jawa1 s/b minyak

Bahan A (Dikisar halus):5 cm belacan15 tangkai cili kering1nci lengkuas3 ulas bawang merah1 ulas bawang putih1 s/b belacan

Bahan (Dihiris halus):1 bawang timun2 biji bawang besar1/2 biji nanas2 biji cili merahdaun selum

Cara membuat kuah:1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.2. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan.3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.4. Renihkan sehingga pekat.

Mee Ladna

Bahan-Bahan:1 bungkus mee kuning [500 gram]100 gm udang [buangkan kulitnya]100 gm sotong [dipotong]100 gm isi ayam [dipotong]kacang sepatbunga kobiscarrotcapsicum merah dan hijau [potong panjang]1 s/k lada hitam1 biji telurair secukupnyasos tomatosos tiramMinyak masakdaun bawang & daun sup [racik]bawang goreng

Cara:1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang merah dan bawang putih cincang. Gorengkan sampai wangi.2. Masukkan ayam, udang dan sotong3. Masukkan air, sos tiram, tomato sos, lada hitam dan carrot.4. Bila mendideh masukkana telur dan kacau supaya hancur.5. Masukkan mee dan sayuran. Kacau rata. [Jangan masukkan garam kerana sos tiram dan sos tomato dah ada garam]6. Bila sayur dah layu boleh masukkan dalam pinggan hidang dan taburkan daun bawang & daun sup serta bawang goreng.

Mee Kungfu

Bahan A500 gm mee kuning5 biji telur [ dipukul]

Bahan B100 gm udang basah [buangkan kulit]150 gm ayam [dihiris]1 biji panjang fish cake [potong nipis]3 ulas bawang putih [dicincang]100 gm brokoli [dipotong]100 gm bunga kobis [dipotong]100 gm carrot [potong kecil dan panjang]5 tangkai baby corn2 sudu besar minyak masak2 s/b tepung jagung ]1 cawan air ] bancuhkan1 cawan air rebusan ayam2 s/b sos tiram1 s/b lada sulahgaramminyak

Cara:1. Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Fried Instant Mee

Bahan2 bungkus mee segera [rebus dan toskan]100 gram isi ayam [hiris nipis]sawi [potong kecil]kobis [potong kecil]carrot [hiris nipis]minyakkicap

bahan tumbuk3 biji cili merah2 ulas bawang merah

Cara1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Goreng sampai wangi.2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam lembut.3. Masukkan sayuran dan juga sedikit kicap dan air.4. Kacau rata. Masukkan mee dan biarkan sehingga lembut5. Angkat mee dan hidangkan.