kod etika profesionalisme keguruan

21
1.0 Pengenalan. Guru juga adalah model dalam kelompok masyarakat dunia. Tindak tanduk guru akan dinilai dan diikuti tanpa dipaksa. Inilah pengaruh guru yang tiada batasnya. Jika dilihat secara teliti, pengaruh guru tidak terkesan pada ilmu yang disampaikan semata-mata, malah setiap perkataan dan perbuatan akan membawa makna kepada anak bangsa. Lantaran itu, semangat dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik harus dilengkapi dengan nilai-nilai etika dan sikap profesionalisme agar martabat seorang guru layak diterima. Bagi melengkapi ciri-ciri seorang guru yang diidamkan negara, Kod Etika Profesionalisme Keguruan dan akauntabiliti guru di Malaysia wajar dijadikan panduan utama oleh semua guru. Justeru itu, menerusi penulisan esei ini saya akan menghuraikan secara menyeluruh tentang kedua-dua garis panduan tersebut dan rasionalnya Kod Etika Profesionalisme Keguruan serta akauntabiliti guru wajar direalisasikan dalam arena pendidikan negara. Perkataan etika berasal daripada bahasa Greek yakni ‘ethos’ yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkahlaku seseorang. Etika dicipta demi menyusun sikap masyarakat melalui set peraturan dalam sistem sosial. Etika menentukan sama ada tindakan seseorang betul atau tidak sesuai. Profesion pula adalah suatu bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pendidikan yang tinggi dalam bidang – bidang tertentu 1

Upload: peningla

Post on 16-Sep-2015

86 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ll

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan.Guru juga adalah model dalam kelompok masyarakat dunia. Tindak tanduk guru akan dinilai dan diikuti tanpa dipaksa. Inilah pengaruh guru yang tiada batasnya. Jika dilihat secara teliti, pengaruh guru tidak terkesan pada ilmu yang disampaikan semata-mata, malah setiap perkataan dan perbuatan akan membawa makna kepada anak bangsa. Lantaran itu, semangat dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik harus dilengkapi dengan nilai-nilai etika dan sikap profesionalisme agar martabat seorang guru layak diterima. Bagi melengkapi ciri-ciri seorang guru yang diidamkan negara, Kod Etika Profesionalisme Keguruan dan akauntabiliti guru di Malaysia wajar dijadikan panduan utama oleh semua guru. Justeru itu, menerusi penulisan esei ini saya akan menghuraikan secara menyeluruh tentang kedua-dua garis panduan tersebut dan rasionalnya Kod Etika Profesionalisme Keguruan serta akauntabiliti guru wajar direalisasikan dalam arena pendidikan negara. Perkataan etika berasal daripada bahasa Greek yakni ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkahlaku seseorang. Etika dicipta demi menyusun sikap masyarakat melalui set peraturan dalam sistem sosial. Etika menentukan sama ada tindakan seseorang betul atau tidak sesuai. Profesion pula adalah suatu bidang pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pendidikan yang tinggi dalam bidang bidang tertentu seperti perguruan, perubatan dan peguam. Setiap profesion memerlukan ahli yang beretika. Begitu juga dengan perguruan. Oleh itu, kementerian pendidikan telah menyarankan beberapa garis panduan kepada semua guru untuk mematuhi Kod Etika Profesionalisme Keguruan bagi menjaga imej, akhlak dan status profesion keguruan mereka. Menerusi kod etika bertulis secara rasmi ini, pandangan terhadap tugas guru tidak boleh dipandang remeh. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga mencakupi tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan sendiri, terhadap pelajar, sekolah, masyarakat dan negara. Kedua-dua panduan ini saling berkaitan dan mempengaruhi sistem pembentukan guru di Malaysia. Etika dan akauntabiliti guru perlu dipelihara bagi menjamin profesion keguruan di Malaysia.

2.0 Konsep keguruanMenurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru.

3.0 Kepentingan Kod Etika Profesionalisme Keguruan.Kod Etika Profesionalisme Keguruan merupakan satu set tingkahlaku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, rakan sejawat, masyarakat dan negara. Kod Etika Profesionalisme Keguruan mempunyai empat fungsi utama yakni:-i. Kod etika menjadi pedoman kepada guru dengan menggariskan beberapa standard tingkahlaku yang harus dipatuhi guru. Secara tidak langsung, kod etika mengingatkan ahli-ahli mengenai tingkahlaku yang patut dipamerkan apabila berada dalam kelompok masyarakat. Melalui kod ini, guru lebih jelas dan prihatin terhadap pelbagai perkara yang wajar dan tidak wajar dilakukan. Oleh itu, kod etika menjadi pedoman kepada guru di Malaysia. ii. Kod etika digunakan oleh badan-badan professional atau pihak berkuasa bagi mencegah tindakan di luar norma dan tidak berdisiplin dalam kalangan ahli-ahlinya. Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan akan dilakukan untuk menentukan sejauh manakah seorang ahli telah melanggar kod etika. Secara tidak langsung, kod etika mendisiplinkan ahli-ahli supaya berpegang kepada prinsip yang di persetujui oleh semua yang terlibat.iii. Kod etika memelihara maruah profesionalisme keguruan dengan memberi imej positif kerana setiap ahli. Masyarakat pula akan lebih yakin dengan sesuatu profesion jika kod etika yang digariskan diikuti oleh ahlinya. Cerminan positif yang dilemparkan oleh guru kepada masyarakat mampu mempertahankan integriti profesion keguruan sekali gus mengangkat maruah insan yang beridentiti guru.iv. Kod etika juga dapat mengelakkan konflik dan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli sesuatu profesion atau pihak lain yang berkaitan. Jika seseorang ahli didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya. Iaitu, meyakinkan yang terlibat bahawa perkara yang telah dia lakukan tidak salah di sisi kod etika.

Nilai-nilai profesionalisme yang terkandung dalam Kod Etika Profesionalisme Keguruan mampu meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan. Guru yang berkhidmat di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia tertakluk kepada etika kerja KPM. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ini berupa panduan yang boleh dijadikan rujukan. Antaranya adalah seperti berikut:-a. Amanah yakni menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan dan cuai. Tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. Berdisiplin dan mengawal diri.b. Jujur dan ikhlas dalam melakukan tugas tanpa niat yang tersembunyi atau mengharapkan balasan. Guru mestilah bercakap benar dan menepati janji. Guru seharusnya bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh. Seorang guru juga mesti memberi dan menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan pelajar. c. Bijaksana juga nilai yang penting dalam melaksanakan tugas dan membuat keputusan. Guru haruslah menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Guru mestilah berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti serta sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme.d. Bersyukur yakni menghargai nikmat dan pemberian yang diterimanya tanpa menganggap kejayaan sebagai hak dirinya. Guru juga mestilah bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, dendam atau menabur fitnah. Seorang guru mempunyai sifat yang tenang dalam menghadapi masalah serta rela menerima kegagalan dan tidak mudah berputus asa.e. Dedikasi atau rela mengorbankan masa dan tenaga, bekerja tanpa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah juga adalah nilai utama dalam bidang pendidikan.f. Ikhlas dan berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. Menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat sekolah, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. g. Penyayang, pemaaf, tidak sombong dan tidak suka meninggi diri ciri penting yang perlu ada pada guru. Menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk termasuk anak murid.Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada ahlinya. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang profesional. Semua etika profesional yang diguna pakai di seluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakaunan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan kod etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.

3.1 Cabaran terhadap melaksanakan Etika Profesionalisme Keguruan.Gelombang modenisasi dan kepesatan teknologi era kontemporari hari ini menghasilkan generasi yang rumit difahami, didekati dan menguji kesabaran hati apabila ingin diperbaiki. Isu disiplin dan gejala sosial remaja kini memerlukan guru yang benar-benar kreatif dan dedikasi agar matlamat pendidikan negara dapat dicapai. Oleh itu, guru yang merupakan pencorak masa depan negara menyandang tanggungjawab yang besar untuk dilaksanakan. Namun begitu, fitrah sebagai manusia yang tidak lari dari kesilapan serta cabaran dunia hari ini yang rumit menjadi halangan kepada guru menepati kesemua kod etika tersebut. Ada sahaja isu guru yang tidak bermoral atau beremosi dalam mengawal pelajar saban hari. Isu-isu sebegini pasti mendapat liputan media secara besar-besaran. Mekanisme tersebut menunjukkan bahawa setiap tingkah laku guru itu penting di mata masyarakat. Oleh itu, tindakan di luar norma masyarakat akan dipertikai. Kadang kala membawa bahana kepada imej dan identiti guru se Malaysia. Antara Isu-Isu Etika Guru yang telah berlaku dalam negara adalah seperti guru tidak masuk kelas sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran. Guru mendisiplinkan pelajar murid yang lemah dengan merendam mereka ke dalam kolam. Guru memperkosa murid, masuk ke kelas lambat, tidak mengajar mengikut sukatan pelajaran dan berkelahi dengan pelajar. Selain itu, isu berniaga di sekolah juga semakin serius kebelakangan ini. Ada antara guru yang ghairah berniaga sampai lupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka. Ada pula guru yang menjalankan perniagaan dari boot kereta. Tindakan guru sedemikian menjejaskan imej profesion yang begitu mulia. Guru sepatutnya melaksanakan tanggung jawab sebagai pendidik di dalam bilik darjah dan bukan menjalankan perniagaan di sekolah. Amalan ini melanggar kod etika perguruan dan Perintah Am. Kerja Sambilan juga giat dilakukan oleh guru-guru di Malaysia. Sebagai kakitangan kerajaan, guru perlu memohon kelulusan untuk membuat kerja sambilan. Kelulusan hanya akan diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan. Contohnya, kerja sambilan tidak itu tidak dilakukan pada waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas hakiki mereka. Kerja sambilan yang kerap dilakukan guru ialah mengadakan kelas tuisyen. Mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006) pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan, kerja sambilan tidak melebihi 4 jam seminggu, pemohon memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu bersamaan atau melebihi 80%, pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat tuisyen atau seumpama dengannya, dengan sebarang bentuk cara termasuklah melalui risalah atau secara lisan kepada pelajar dan pemohon tidak dibenarkan menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah (2010), ada kalangan guru yang menganggap kerjaya mereka sebagai sambilan dan mereka mengutamakan kegiatan mencatu pendapatan tambahan dengan mengadakan kelas tuisyen di rumah mereka. Mereka menitikberatkan kelas tuisyen berbanding dengan tanggungjawab mereka di sekolah. Isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini termasuklah isu gangguan seksual dan rogol di sekolah. Kelakuan berunsur seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya. Hubungan guru dan pelajar adalah suci dan seperti penjaga atau ibu bapa di sekolah. Malangnya segelintir guru telah mengambil kesempatan dan melakukan jenayah yang sungguh kejam, iaitu merogol pelajar, termasuk murid sekolah rendah. Bak kata pepatah Harapkan pagar, pagar makan padi. Bayangkan masa depan mangsa yang dirogol. Kemungkinan trauma yang dialami akan kekal sepanjang hayat hingga dewasa. Isu diskriminasi dan layanan tidak adil juga senario yang kerap berlaku di sekolah. Secara ringkasnya diskriminasi tercetus apabila pelajar berdepan dengan layanan berat sebelah daripada pihak sekolah atau guru atas beberapa faktor seperti latar belakang keluarga atau kekurangan diri. Kod etika perguruan menekankan bahawa; Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal-usul keluarga, intelek, akademik dan status-status lainBerdasarkan isu yang berbangkit pada hari ini, kita dapat menilai pandangan masyarakat yang peka dan mula memandang serius tentang tingkah laku guru kerana sedikit sebanyak isu-isu negatif ini akan menjejaskan profesion perguruan. Sungguhpun isu-isu negatif sedemikian hanya melibatkan segelintir daripada 450,000 guru di Malaysia, namun bahananya mampu menggegarkan seluruh warga pendidik negara. Lantaran daripada itu, isu negatif yang tertera pada hari ini perlu dikurangkan dan di hakis sedikit demi sedikit. Guru juga perlu mengusai Kod Etika Profesionalisme Keguruan dan mengetahui batas perlakuan agar tidak melanggar nilai dan norma kehidupan. Penghayatan terhadap etika mampu mendisiplinkan guru ke arah perilaku luhur. Sesungguhnya identiti guru itu, tidak terletak pada nama individu sahaja tetapi terletak atas nama sebuah organisasi yang boleh dihormati, disegani dan dijadikan model kendiri, dalam masa yang sama boleh juga dicaci atau dibenci jika tidak bijak membawa diri.

4.0 Akauntabiliti Keguruan.4.1 Konsep AkauntabilitiMengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan pula bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan menggariskan beberapa tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Antaranya termasuklah akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara serta profesion keguruan tersendiri.

4.2 Akauntabiliti Terhadap Pelajar.Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperoleh model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak dibenci, dipandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya. Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

4.3 Akauntabiliti Terhadap Kendiri.Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan input yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. Guru juga perlu memelihara perlakuan mereka agar tidak mencemarkan sifat profesionalnya dan menggugat kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Perlakuan yang menjatuhkan maruah diri dan pecah amanah harus dielakkan serta berlaku jujur pada setiap tindakan.

4.4 Akauntabiliti Terhadap Sekolah.Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertanggungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru disiplin, kaunselor, setiausaha peperiksaan, setiausaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

4.5 Akauntabiliti Terhadap Masyarakat dan Negara.Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibu bapa dan masyarakat, serta mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh masyarakat .

4.6 Akauntabiliti Terhadap Profesion Keguruan.Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. . Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Melalui penghayatan terhadap prinsip akauntabiliti tersebut, guru dapat memahami tanggungjawabnya mereka yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabiliti terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-cita kan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

5.0 Penutup

Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukkan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi (Anwar Ibrahim, 1998). Apabila FPK ini dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada murid atau pelajarnya mahu atau tidak menerimanya. Di samping itu mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan, malah sikap, tingkahlaku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional.8