ko kurikulum membentuk insan cemerlang

3
Bismillah…… Assalamualikum…… Sekalung ucapan terima kasih buat Tuan Pengerusi Majlis, panel kehakiman , dif – dif kehormat, guru – guru serta hadirin sekalian. Tampilnya saya pada hari ini untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “ Kokurikulum Membentuk Insan Cemerlang “ Sebelum pidato ini saya teruskan , elok sekiranya kita sama – sama memahami intipati tajuk pidato ini. Kokurikulum membentuk insan cemerlang secara konseptual membawa maksud aktiviti luar bilik darjah yang meliputi aktiviti kelab, sukan dan unit berunifom berperanan penting dalam melahirkan individu yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HS Persoalannya , Bagaimanakah aktiviti kokurikulum ini berperanan membentuk insan yang cemerlang. Hari ini akan saya kemukakan 3 bukti yang menunjukkan kokurikulum membentuk insan cemerlang. Kokurikulum membentuk kecemerlangan kepemimpinan. Dalam aktiviti kokurikulum itu sendiri telah menetapkan para pelajar akan memimpin pelajar. Senario ini akan membenihkan asas kepemimpinan dalam kalangan pelajar. Aktiviti Kelab/ persatuan dan unit berunifom telah berjaya menonjolkan bakat kepemimpinan. Di sini para guru merupakan fasilitator yang akan melatih, membantu, membimbing dan membentuk para pelajar memimpin organisasi mereka. Ahli jawatankuasa yang dibentuk itu merupakan satu cabaran yang perlu dipikul dalam menggerakkan kelab atau persatuan yang mereka terajui. Dr Hanafi Ismail dalam buku 7 cabaran menjadi pelajar cemerlang ada menyatakan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah merupakan jalan penting dalam membentuk kepemimpinan yang 1

Upload: ahmadmuslim3022

Post on 30-Jul-2015

1.193 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ko Kurikulum Membentuk Insan Cemerlang

Bismillah……Assalamualikum……

Sekalung ucapan terima kasih buat Tuan Pengerusi Majlis, panel kehakiman , dif – dif kehormat, guru – guru serta hadirin sekalian. Tampilnya saya pada hari ini untuk menyampaikan pidato yang bertajuk “ Kokurikulum Membentuk Insan Cemerlang “

Sebelum pidato ini saya teruskan , elok sekiranya kita sama – sama memahami intipati tajuk pidato ini. Kokurikulum membentuk insan cemerlang secara konseptual membawa maksud aktiviti luar bilik darjah yang meliputi aktiviti kelab, sukan dan unit berunifom berperanan penting dalam melahirkan individu yang cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

HS

Persoalannya , Bagaimanakah aktiviti kokurikulum ini berperanan membentuk insan yang cemerlang. Hari ini akan saya kemukakan 3 bukti yang menunjukkan kokurikulum membentuk insan cemerlang.

Kokurikulum membentuk kecemerlangan kepemimpinan. Dalam aktiviti kokurikulum itu sendiri telah menetapkan para pelajar akan memimpin pelajar. Senario ini akan membenihkan asas kepemimpinan dalam kalangan pelajar. Aktiviti Kelab/ persatuan dan unit berunifom telah berjaya menonjolkan bakat kepemimpinan. Di sini para guru merupakan fasilitator yang akan melatih, membantu, membimbing dan membentuk para pelajar memimpin organisasi mereka. Ahli jawatankuasa yang dibentuk itu merupakan satu cabaran yang perlu dipikul dalam menggerakkan kelab atau persatuan yang mereka terajui. Dr Hanafi Ismail dalam buku 7 cabaran menjadi pelajar cemerlang ada menyatakan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah rendah dan menengah merupakan jalan penting dalam membentuk kepemimpinan yang cemerlang. Contohnya kita lihat pemimpin negara hari ini ialah pemimpin pelajar pada zaman persekolahan mereka.

Seterusnya kokurikulum membentuk kecemerlangan sahsiah. Tidak dapat kita nafikan bahawa penglibatan dalam aktiviti kokurikulum akan menyemai sahsiah yang cemerlang. Aktiviti – aktiviti yang dijalankan ini sudah pasti melahirkan para pelajar yang mempunyai jati diri mantap, toleransi, dedikasi, amanah, kerjasama , menonjolkan keperibadian yang mulia dan sebagainya . Dalam aktiviti kokurikulum itu sendiri menyerapakan nilai – nilai tersebut dalam diri pelajar contohnya aktiviti perkhemahan pengakap, permainan bola sepak dan aktiviti persatuan , nilai penting yang dapat dilihat adalah kerjasama yang komited, bertoleransi dan saling memerlukan antara satu sama lain dan sebagainya. Mantan Menteri Pelajaran, Datok Sri Hishamuddin Tun Hussin pernah menyatakan bahawa pembentukan sahsiah yang cemerlang hasil penglibatan aktiviti kokurikulum akan menjurus ke arah tercapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang cemerlang dari aspek intelek, rohani , emosi dan jasmani.

1

Page 2: Ko Kurikulum Membentuk Insan Cemerlang

HS

Kokurikulum membentuk kecemerlangan akademik pelajar. Aktiviti kokurikulum sebenarnya ialah kesinambungan aktiviti di dalam bilik darjah malah matlamat asalnya adalah untuk kecemerlangan akademik. Aktiviti kokurikulum itu telah membuka banyak pengalaman kepada murid bagi mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang akademik. Aktiviti kokurikulum juga mampu memantapkan fizikal dan mencerdaskan minda. Fizikal yang mantap dan minda yang cerdas inilah kunci kejayaan dalam akademik. Seseorang yang mempunyai keseimbangan dalam kedua-dua domain ini akan mampu berfikir dengan matang dan mampu membentuk wawasan untuk kejayaan. Contohnya Azali Azlan , pelajar Sek. Men. Agama Yan , Kedah yang merupakan seorang pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya muncul pelajar cemerlang SPM 2007 dengan keputusan 21A.

Kesimpulannya, keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan penyertaan pelajar dalam bidang kokurikulum merupakan satu langkah bijaksana bagi membentuk insan cemerlang dalam segenap aspek. Masa depan negara bukan hanya bergantung pada kecemerlangan akademik semata-mata tetapi sumbangan kokurikulum juga mampu membentuk kemahiran generik yang diperlukan dalam pembentukan insane cemerlang. Oleh itu, semua pelajar diseru supaya mengambil bahagian secara aktif dan konsisten dalam aktiviti kokurikulum agar kita sama-sama menjadi insane cemerlang.

Sekian

2