kisah nabi adam, nabi idris & nabi nuh

Upload: zakwan-zainuddin

Post on 17-Jul-2015

304 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KISAH PARA NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S.

Nabi dan Rasul PertamaADAM A.S.KISAH penciptaan Nabi Adam dimulai dari pengisytiharan Allah kepada para Malaikat bahawa Allah akan menciptakan Adam dan keturunannya sebagai khalifah di bumi. Bererti Allah akan meletakkan Adam sebagai penguasa di bumi. Tetapi para malaikat terkejut mendengar berita ini, sehingga bertanya kepada Allah, "Apakah Engkau akan menjadikan manusia yang akan membuat kerosakan dan pertumpahan darah di dalamnya. Sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau." Tetapi Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, sehingga akhirnya malaikat akur dengan keputusan Allah kerana mereka meny edari kedhaifan mereka dalam mengetahui rahsia dan hikmah penciptaan Adam. 1. Penciptaan Adam Setelah Adam diciptakan, Allah mengajarinya nama-nama segala sesuatu, yang merupakan asas-asas ilmu pengetahuan, sebagai bekal kehidupan di bumi. Setelah Adam memperolehi ilmu pengetahuan, maka Allah memperlihatkannya kepada para malaikat bahawa Adam ternyata memiliki ketinggian darjat dari segi ilmu berbanding malaikat. Menyedari ketinggian darjat Adam, akhirnya malaikat berkata: "Sungguh kami mensucikan Engkau wahai Tuhan kami, kerana kami tidak mengetahui kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, dan Engkau Maha Mengetahui segalanya, Maha Bijaksana dalam segala urusan yang Engkau ciptakan." Peristiwa ini dijelaskan Allah SWT di dalam Al-Quran sebagai berikut: "Dan Dia mengajarkan Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya 1, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berkata, "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu orang-orang yang benar." Mereka menjawab, "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." Allah berfirman, "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda itu. Allah berfirman, bukankah sudah Kukatakan kepadamu bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan burnt dan mengetahui yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

1

Allah mengajarkan nama-nama kepada Adam. Maksudnya, seluruh benda yang mempunyai nama diajarkan Allah kepada Nabi Adam, iaitu ilmu tentang segala sesuatu di alam. Dengan menciptakan manusia, sekali gus Allah berikan ilmu sebagai bekal untuk meneroka alam yang luas ini. Kepada Adam juga diajarkan ilmu untuk mengesakan Allah dan beribadat kepada-Nya. Manusia selepas Adam mewarisi ilmu Adam secara turun-temurun sepanjang mas a.

1

KISAH PARA NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S.

(Al-Baqarah: 31-33) 2. Asal-usul Kejadian Adam Allah telah menyebutkan mengenai asal-usul kejadian Adam, iaitu dari tanah kering yang berasal dari lumpur hitam. Dari tanah hitam itu Allah membentuk Adam secara bertahap dan kemudian meniupkan ke tubuhnya roh. Maka jadilah manusia yang terdiri dari daging, darah, otak, yang bergerak menurut kemahuan dan fikirannya. Selepas Allah menyempurnakan kejadian Adam, Allah memerintahkan kepada para malaikat untuk bersujud kepada Adam. Yakni sujud dalam pengertian memuliakan dan menghormati Adam. Hal ini sebagaimana firman Allah: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (Yusuf: 28-29) Menerusi ayat tersebut, Allah memberi keistimewaan kepada Adam dengan tiga kemuliaan: Pertama: Allah telah menjadikan Adam dengan tangan-Nya. Kedua : Allah telah meniupkan kepadanya roh daripada-Nya. Ketiga : Allah menyuruh malaikat agar bersujud kepada-Nya. 3. Malaikat Sujud, Iblis Menolak Seluruh malaikat bersujud kepada Adam dan mematuhi perintah Allah, kecuali Iblis yang menolak untuk sujud kerana sombong dan degil. Allah yang Maha Tahu bertanya kepada Iblis, apa yang menyebabkan ia enggan untuk bersujud kepada Adam. Iblis menjawab bahawa kerana dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Adam dari segi asal-usul kejadiannya. Iblis diciptakan dari api manakala Adam diciptakan dari tanah. Dengan itu Iblis merasa dirinya lebih bermaruah dan memiliki darjat yang lebih tinggi daripada Adam, sekali gus membuat ia bongkak dan takbur. Maka Allah Taala melaknat Iblis kerana kederhakaannya ini dan mengusirnya dari syurga yang penuh kenikmatan untuk selama-lamanya. 4. Permusuhan Adam dan Iblis Kerana pembangkangan dan kesombongan Iblis untuk bersujud kepada Adam menyebabkan ia dilemparkan dari syurga dengan penuh kehinaan. Tetapi hukuman yang dite-rimanya justeru membuat ia dendam kepada Adam, sehingga ia bermohon kepada Allah agar dipanjangkan umurnya sampai had kiamat. Allah mengabulkan permohonan Iblis. Maka sejak saat itu bermulalah permusuhan antara Adam dan Iblis hingga hari kiamat. Permohonan Iblis disertai dengan hujjah-hujjah sebagai berikut: "Lantaran hukuman yang dijatuhkan ke atas diriku berupa kehancuran, wahai Tuhanku, maka aku bersumpah 2

KISAH PARA NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S.

akan berusaha sekuat tenaga untuk menyesatkan anak cucu Adam dan memesongkan mereka dari jalan yang benar. Aku akan datangi mereka dari segala penjuru untuk mengawasi kelemahan dan kecuaian mereka sehingga aku akan mudah mengheretnya ke lembah kesesatan dan menggoda mereka untuk melakukan perbuatan derhaka kepadaMu. Akan kujadikan mereka orang-orang yang tidak mahu bersyukur kepada-Mu." Permohonan Iblis tersebut, walaupun dikabulkan oleh Allah, tetapi Allah Taala mengutuk Iblis dengan firman-Nya: "Keluarlah kamu dari syurga ini dengan penuh hina-dina, kamu tidak akan mendapatkan rahmat-Ku, dan Aku bersumpah akan memenuhijahanam dengan kamu sekalian dan orang-orang yang mengikutimu." (Al-A'raf: 18) Walaupun Allah mengizinkan kepada Iblis untuk menggoda Adam dan anak cucunya, tetapi Allah mengisytiharkan: "Dan serulah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan seruan kamu, dan kerahkanlah kepada mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipu daya belaka. Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai pemelihara." (Al-Isra': 64-65) Maka sejarah permusuhan Adam dan Iblis tidak akan pernah padam hinggalah berakhirnya dunia ini. 5. Penciptaan Hawa Sebaik saja Allah mengusir Iblis dari syurga, Adam tinggal seorang diri di dalam syurga tanpa seorang kawan. Keindahan dan kesenangan syurga yang sukar untuk diungkapkan, membuat Adam terlena dalam tidur yang panjang. Pada ketika itulah, menurut sebahagian riwayat, Allah memerintahkan kepada malaikat Jibril untuk mencabut tulang rusuk Adam yang sebelah kiri, mengubahnya menjadi daging dan tulang, dan seterusnya diciptakanlah Hawa. Setelah bangun dari tidur, Adam mendapati seorang wanita duduk di sisinya. Maka sejak saat itu rasmilah Adam mempunyai seorang isteri yang diciptakan dari tulang rusuknya sendiri. Hal ini disebutkan Allah di dalam firman-Nya: "....Yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya." (An-Nisa': 1) 6. Tipu Daya Iblis Adam dan Hawa tinggal di syurga dengan segala kenikmatan dan kemewahan, dan bebas menikmati segala macam makanan dan buah-buahan di dalamnya. Tetapi Allah memberi amaran kepada mereka berdua agar jangan memakan satu jenis buah, malahan Allah melarang mereka berdua agar jangan mendekati pokok itu yang akan membawa mereka kepada mengambil dan seterusnya memakannya. Allah juga memberi amaran

3

KISAH PARA NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S.

bahawa apabila mereka berdegil dengan memakannya juga, maka mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim yang akan mendapat seksa dan azab daripada Allah. Iblis yang mengetahui mengenai pokok yang 'terlarang' itu segera mengambil inisiatif dan strategi untuk menjerumuskan Adam dan Hawa supaya melanggar larangan Allah itu. Iblis mengatur siasat dan tipu dayanya bagi menyesatkan kedua-dua makhluk yang baru diciptakan itu. Iblis yang sememangnya telah derhaka kepada Allah, segera melancarkan serangan: Berkata Iblis kepada Adam dan Hawa bahawa larangan Allah agar jangan memakan buah pokok tersebut adalah agar mereka berdua tidak menjadi malaikat dan tidak kekal di syurga yang penuh kenikmatan itu. Bahkan iblis bersumpah hanyalah menasihati mereka berdua agar tetap kekal di dalam syurga. 7. Hawa Digoda lblis Diriwayatkan dari Mujahid, bahawasanya ketika Nabi Adam memakan buah dari suatu pohon yang ada di syurga, seketika ini terlepaslah semua perhiasan dan pakaian syurga yang dipakainya dan tidak sehelai pun yang tertinggal, kecuali hanya mahkota saja. Dia tidak mampu menutupi dirinya dengan daun-daun yang ada di syurga. Setiap kali berusaha untuk menutupinya, maka terlepaslah daun-daun itu dari badannya. Sambil menangis, Adam lalu melihat kepada Hawa seraya berkata, "Persiapkanlah dirimu untuk keluar dari sisi Allah. Inilah awal munculnya tragedi maksiat." Hawa lalu menjawab, "Wahai Adam, selamanya aku tidak pernah menyangka ada makhluk yang berani bersumpah palsu kepada Allah." Itulah iblis yang telah bersumpah kepada Adam dan Hawa atas suatu pohon. Di dalam syurga itu Adam selalu berlari ke sana-ke mari kerana merasa malu kepada Allah Tuhan semesta alam, tiba-tiba pohon-pohon bergantung pada sebahagian cabang-cabangnya, sehingga Adam mengira bahawa azab Allah dipercepat. Adam lalu menundukkan kcpalanya seraya berkata, "Ampun-ampun." Allah SWT lalu berfirman, "Wahai Adam, adakah kamu akan melarikan diri dari-Ku?" Adam pun menjawab, 'Tidak, akan tetapi aku malu kepada Engkau wahai Tuhanku!" Allah kemudian memberikan wahyu kepada dua malaikat, "Keluarkanlah Adam dan Hawa dari sisi-Ku, kerana mereka berdua telah menderhakai-Ku!" Jibril pun melepaskan mahkota yang bertakhta di kepala Adam, dan Mikail melepaskan mahkota yang melekat di keningnya. Setelah Adam diturunkan dari suatu tempat suci ke tempat yang penuh kelaparan, dia pun menangisi kesalahannya selama seratus tahun. Dia selalu menelungkupkan kepalanya di atas kedua-dua lututnya, sehingga titisan air matanya yang membasahi bumi menumbuhkan rumput-rumput dan pohon-pohon, menggenangi pula ceruk-ceruk bebatuan. 8. Adam Bertaubat Dari Wahab bin Munabbih, bahawasanya Nabi Adam berada dalam murka Allah selama tujuh hari. Pada hari ketujuh, Allah berkenan memanggilnya, sedang Adam masih tertunduk memendam kesedihan yang sangat mendalam. Allah kemudian memberikan

4

KISAH PARA NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S.

wahyu kepadanya, "Wahai Adam, kesedihan apakah yang Aku lihat menimpamu hari ini? Bencana apakah yang menimpamu sehingga membuatmu terhanyut?" Adam menjawab, "Sungguh besar musibahku, wahai Tuhanku. Aku telah diliputi oleh kesalahanku sendiri dan aku telah keluar dari kerajaan Tuhanku, sehingga aku berada di wilayah kehinaan yang sebelumnya aku berada dalam kemuliaan. Aku berada dalam wilayah celaka yang sebelumnya aku berada dalam kebahagiaan. Aku berada dalam wilayah yang sukar dimana sebelumnya aku berada dalam kemewahan dan kemakmuran. Aku berada di wilayah penuh bencana yang sebelumnya aku berada di wilayah yang penuh keselamatan. Aku sekarang berada dalam wilayah yang bakal punah dan musnah setelah berada dalam wilayah yang tenang dan tenteram. Aku sekarang berada dalam wilayah yang hancur setelah berada dalam wilayah yang kekal abadi, dan aku sekarang berada dalam wilayah yang penuh tipuan setelah berada dalam wilayah yang aman. Tuhanku, tentu saja aku menangisi kesalahanku? Bagaimana mungkin aku tidak meratapi diriku sendiri? Atau bagaimana mungkin aku dapat inenggantikan bencana dan musibah ini, wahai Tuhanku? Allah SWT lalu berfirman kepada Adam, "Bukankah Aku telah memilihmu untuk diriKu? Aku telah menghalalkan rumah-Ku untuk dirimu, Aku telah memilihmu atas semua makhluk-Ku, Aku telah mengkhususkan keramat-Ku terhadap dirimu, Aku telah mencurahkan kecintaan-Ku kepada dirimu dan Aku telah memberi peringatan kepadamu akan kemurkaan-Ku? Bukankah Aku telah menciptakanmu sendiri, Aku telah meniupkan nyawa ke dalam tubuhmu, Aku telah memerintahkan para malaikat agar bersujud kepadaKu? Bukankah Aku telah menjadikanmu sebagai pendamping-Ku di syurga-Ku. Kamu telah menggunakan keramat-Ku sekehendakmu sendiri, sehingga kamu telah menderhakai perintah-Ku, kamu telah melupakan janji-Ku dan kamu telah menyianyiakan wasiat-Ku? Lalu bagaimana sekarang kamu akan memungkiri seksaan-Ku? Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, seandainya di muka bumi ini penuh dengan orangorang yang seperti kamu, di mana (mereka) selalu bertasbih rnalam dan siang tiada hentihentinya. Kemudian mereka menderhakai Aku, maka Aku akan memberikan tempat kepada mereka sebagaimana tempat orang-orang yang derhaka! Sesungguhnya Aku mengasihani kelemahanmu, mengangkatmu dari kejatuhan, menerima taubatmu, mendengarkan permohonanmu yang tulus dan Aku telah mengampuni dosamu. Sekarang ucapkanlah, "Laa ilaaha illaa anta subhaanaka Allaahumma wabihamdika dzalamtu nafsii wa 'amiltus suu'a fatub 'alayya innaka antat-tawwabur rahiim" (Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau ya Allah dengan segala puji-Mu, aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan, maka terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Pengasih)." Adam pun mengikuti rnembacanya. Kepada Adam, Allah SWT juga berfirman yang maksudnya, "Ucapkanlah, Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau wahai Tuhanku, dan dengan segala puji-Mu aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan, maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasjh." Adam pun mengucapkannya. Allah SWT berfirman pula kepada Adam, maksudnya: "Ucapkanlah, Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau dan dengan segala puji-Mu aku telah menganiaya diriku sendiri dan aku telah melakukan kejahatan, maka kasihanilah aku, kerana sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengasih di antara yang pengasih."

5

KISAH PARA NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S.

9. Menangis Selama 200 tahun Wahab bin Munabbih lalu berkata, "Begitu besar musibah yang menimpa Adam, hingga membuatnya selalu menangis dan memendarn kesedihan yang mendalam, bahkan malaikat pun merasa sedih, turut menangis bersamanya. Di syurga, Adam telah menangis selama dua ratus tahun, kemudian Allah mengirimkan kepada Adam sebuah khemah dari sekian banyak khemah yang ada di syurga. Allah meletakkannya di tempat berdirinya Kaabah, sebelum Kaabah itu sendiri diciptakan. Di sanalah tinggal dan seterusnya mengembangkan keturunannya." Sebahagian ulama berpendapat kisah Nabi Adam ini-dan kisah-kisah para Nabi yang lain, tidak terlepas dari cerita-cerita yang berlebihan dan penambahan-penambahan. Saya tidak memberi catatan terhadap kisah-kisah tersebut, kecuali yang menodai kenabian dan risalah. Dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyebutkan ayat-ayat yang menceritakan kisah Nabi Adam. Sebagaimana firman Allah SWT: "Wahai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orangorang yang zalim. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman, "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, dan bagi kamu ada tempat tinggal di bumi, dan kesenangan hidup hingga suatu waktu yang ditentukan. Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha menerima taubat lagi Maha Pengasih." (Al-Baqarah: 35) 10. Antara Syurga dan Neraka Adam dan Hawa lupa bahawa iblis adalah musuh sehingga mereka terperangkap ke dalam fitnahnya dengan memakan buah larangan. Dengan memakan buah itu, mereka telah melakukan dosa yang menyebabkan turunnya kemurkaan Allah. Seterusnya mereka dicampakkan ke alam dunia. Maka berlakulah senario Allah sejak menciptakan Adam, iaitu bahawa ia akan diciptakan untuk menjadi khalifah di bumi. Setelah Adam bertaubat dan Allah menerima taubatnya, Allah mengkhabarkan bahawa di bumi tempat tinggal mereka berdua, dan di bumi pula mereka akan beranak-pinak mengembangkan keturunannya. Allah mewahyukan kepada Adam bahawa di antara anak-cucunya nanti akan terjadi saling permusuhan dan pertumpahan darah, di samping pula ramai yang akan memakmurkan bumi dan hidup dalam keadaan aman dan damai. Allah menurunkan pula petunjuk dan agama yang lurus, sementara iblis mengajarkan juga jalan kesesatan dan batil. Di antara anak keturunan Adam ramai yang akan menjadi pengikut setia iblis, di samping ramai pula yang akan mengikuti petunjuk dan hidayah Allah. Dua kelompok manusia yang memiliki dua aliran yang saling berbeza inilah yang akan menghuni bumi sehingga ajal mereka. Kelompok yang taat disebut orang-orang beriman yang akan dianugerahi syurga yang penuh kenikmatan lagi kekal, manakala 6

KISAH PARA NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S.

kelompok yang derhaka disebut orang-orang kafir yang akan diazab di neraka yang penuh penderitaan lagi kekal di dalamnya.

11. Kisah Qabil dan Habil Di antara anak keturunan Adam adalah Qabil dan Habil. Kedua-duanya adalah anak Nabi Adam, di mana kisah mereka berdua ada dirakamkan di dalam Al-Quran untuk menjadi iktibar dan pelajaran bagi orang-orang yang kemudian. Qabil adalah seorang yang mempunyai perangai buruk, selalu berbuat dosa, tamak, kedekut dan kerap menentang kebenaran yang dibawa bapanya Nabi Adam a.s. Manakala adiknya, Habil, adalah seorang yang soleh, warak dan kuat menjalankan perintah Allah. Di antara kedua-duanya kerap berlaku perselisihan. Habil adalah orang yang selalu berpegang teguh pada kebenaran, mencintai kebaikan dan membenci sebarang kemungkaran dan maksiat. Qabil pula adalah seorang yang selalu menentang kebenaran dan membenci kebaikan. Maka perselisihan di antara kedua-dua adik beradik itulah adalah berpunca pada kebenaran yang ingin dipertahankan oleh Habil, sedangkan Qabil ingin merantuhkan kebenaran itu. Kemuncak daripada permusuhan mereka ialah terbunuhnya Habil yang dilakukan oleh Qabil angkara hasutan iblis laknatullah. Inilah peristiwa pembunuhan pertama yang berlaku di kalangan anak cucu Adam. Di antara para ahli tafsir terjadi dua perbezaan pendapat inengenai penyebab permusuhan kedua-dua anak Nabi Adam in sebut. Pendapat tersebut adalah sebagai berikut: Pertama, Habil adalah seorang yang mempunyai banyak ternak, sedangkan Qabil adalah seorang ahli pertanian. Kedua-duanya diperintahkan oleh Nabi Adam agar melakukan korban sebagai satu perintah Allah. Mereka diperintahkan untuk berkorban dengan mengeluarkan harta masing-masing dari apa yang mereka miliki, dan diperintahkan juga bahawa yang dikorbankan itu hendaklah dari harta mereka yang terbaik. Untuk menyahut perintah Allah itu, Habil memilih domba yang terbaik untuk dikorbankan. Tetapi Qabil memilih yang terburuk dari hasil pertaniannya untuk dikorbankan. Kemudian kedua-duanya menyerahkan korbannya masing-masing kepada Allah dengan meletakkan di puncak sebuah gunung. Tiba-tiba di turunkan api dari langit yang menyambar korban Habil dan inembiarkan korban Qabil. Setelah Qabil mengetahui bahawa Allah menolak korbannya dan menerima korban Habil, timbullah rasa iri dan dengki yang kemudian berakhir dengan pembunuhan Habil yang dilakukan oleh Qabil. Kedua, dikisahkan bahawa Nabi Adam as. mempunyai anak yang masing-masing dilahirkan oleh isterinya kembar dua, terdiri dari lelaki dan perempuan. Yang pertama Qabil dengan saudara kembarnya, manakala yang kedua adalah Habil dengan saudara kembarya. Adam ingin menjodohkan masing-masing anaknya secara bersilang. Qabil dijodohkan dengan saudara kembar Habil, manakala Habil dijodohkan dengan saudara kembar Qabil. Oleh kerana saudara kembar Qabil berparas cantik, maka Qabil menentang keputusan ayahnya dengan berkata, "Aku lebih berhak mengahwini saudara kembarku, sedangkan Habil lebih berhak mengahwini saudara kembarnya."

7

KISAH PARA NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S.

Untuk menenteramkan kedua-dua anak Nabi Adam tersebut, Nabi Adam memerintahkan kepada mereka berdua untuk melakukan korban. Barangsiapa yang korbannya diterima oleh Allah, dialah yang berhak mengahwini saudara kembar Qabil. Ternyata korban yang diterima adalah korban Habil, manakala korban Qabil ditolak oleh Allah SWT. Kisah ini diceritakan Allah di dalam Al-Quran: "Ceritakanlah kepada mereka berdua kisah anak Nabi Adam (Qabil dan Habil) menurut yang sebenarnya, ketika kedua-duanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia (Qabil) berkata: "Aku pasti membunuhmu." Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orangorang yang bertakwa. Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu, aku takut kepada Allah Tuhan sekalian akan. Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali (membawa) dosa (membunuh)ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim." Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah ia (Habil). Maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang merugi." (Al-Maidah: 27-30) Setelah Qabil membunuh saudaranya, ia tiba-tiba menyesal dan kebingungan melihat mayat adiknya yang bermandikan darah. Ia tidak tahu apa yang harus dilakukan terhadap mayat adiknya. Kemudian Allah mengutus dua ekor burung gagak, kedua-duanya bergaduh hingga terbunuhlah salah seekor di antara mereka. Gagak yang masih hidup mengorek lubang dengan paruh dan kakinya, lalu melemparkan gagak yang telah mati ke dalam lubang itu dan menimbunnya dengan tanah. Ketika Qabil melihat apa yang dilakukan gagak itu, timbullah pcngetahuannya untuk mengorek lubang bagi menguburkan saudaranya. Inilah maksud dari firman Allah berikut: "Kemudian Allah memerintahkan seekor burung gagak menggali lubang di tanah untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata Qabil, "Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak berbuat sebagaimana burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?" Kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal." (Al-Maidah: 31)

8

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI IDRIS AS.

Nabi dan Rasul Ke-2IDRIS A.S.IDRIS adalah seorang Nabi yang disebut di dalam Al-Quran bermaksud: "Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkat ke martabat yang tinggi." (Matyam: 56-57). Al-Quran menyebut Nabi Idris sebagai orang yang sabar dan mempunyai martabat yang tinggi. Ia diutus oleh Allah untuk memberi petunjuk kepada keturunan Qabil agar mereka bertaubat dari kekufuran dan kederhakaannya serta mengikuti jalan yang lurus. Para ulama berbeza pendapat mengenai kelahiran dan riwayat Nabi Idris. Sebahagian mereka berpendapat bahawa Idris dilahirkan di Mesir. Sebahagian lagi berpendapat bahawa Idris dilahirkan di Babilonia. Nama sebenarnya adalah Hurmus Al-Haramisah, berasal dari Yunani Armia, kemudian diistilahkan dalam bahasa Arab menjadi Hurmus. Allah Taala menerusi Al-Quran menyebutnya dengan nama Idris. Semasa kanak-kanak, Nabi Idris belajar kepada Syits (Syis) salah seorang putera Nabi Adam. Setelah ia dewasa, Allah menurunkan wahyu kenabian kepadanya. Kemudian ia menjalankan tugas kenabiannya melarang anak cucu Adam daripada membuat kerosakan dan kederhakaan. Pengikutnya hanya sedikit, kerana ramai yang menentangnya sehingga ia bersama pengikutnya terpaksa meninggalkan Mesir. Nabi Idris dan para pengikutnya menyeru makhluk-makhluk Allah untuk melakukan amar makruf nabi mungkar dan taat kepada Allah sebagaimana diriwayatkan: "Bahawa dia (Idris) menyeru untuk memeluk agama Allah (tauhid), beribadah kepada Allah, membebaskan diri dari azab akhirat dengan beramal soleh di dunia, menekankan hidup zuhud di dunia dan berlaku adil, memerintahkan kaumnya mengerjakan solat sesuai dengan ajarannya, mengerjakan puasa pada hari-hari tertentu setiap bulan, memerintahkan mengeluarkan zakat harta benda untuk membantu orang-orang lemah." Idris a.s. adalah salah seorang rasul yang diceritakan Allah dalam Al-Quran yang disebutkan dalam beberapa surah. Beliau termasuk rasul yang wajib diimani oleh setiap muslim secara yakin, wajib meyakini kenabian dan kerasulannya dengan pasti, kerana Al-Quran telah menyebutkan namanya dan menceritakan tentang keperibadiannya lalu diberinya gelaran kenabian dan sikap membenarkannya.

1. Garis Keturunannya

9

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI IDRIS AS.

Beliau adalah Idris bin Yarad bin Mahlail. Nasabnya berakhir pada Syits bin Adam a.s. Idris termasuk salah seorang nenek moyang nabi Nuh a.s. Beliau hidup sebelum Nabi Nuh a.s. Nabi Idris a.s. merupakan orang pertama dari keturunan Nabi Adam a.s. yang diberi darjat nabi setelah Nabi Adam dan Syits. Diriwayatkan bahawa Idris adalah orang pertama yang mcnulis dengan kalam. Beliau berjumpa dengan Nabi Adam selama 308 tahun kerana umur Nabi Adam 1,000 tahun. Di masa remajanya Nabi Idris belajar pada Syits. Ketika mencapai umur dewasa Allah mengangkatnya sebagai nabi, lalu beliau memulai berdakwah dengan melarang kaumnya melanggar syariat Nabi Adam dan Syits. Hanya sedikit di antara mereka yang mahu mentaatinya, kebanyakan menentangnya. Kemudian beliau berniat hijrah meninggalkan negerinya dengan menyeru para pengikutnya yang sedikit itu. Mereka merasa keberatan meninggalkan negeri mereka seraya berkata kepadanya: Jika kita pergi dari sini di mana lagi kita akan menemukan negeri yang serupa (Babil)? Beliau menjawab: Jika kita berhijrah kerana Allah maka kita akan memperolehi rezeki yang lain. Lalu Nabi Idris dan pengikut-pengikutnya berangkat meninggalkan negeri itu hingga tiba di negeri Mesir dan melihat sungai Nil, kemudian mereka berhenti di tepi sungai Nil dan bertasbih kepada Allah. Selanjutnya beliau dan para pengikutnya tinggal di negeri itu menyeru manusia untuk inenyembah Allah dan berakhlak yang mulia. Idris a.s. tinggal di negeri itu selama 82 tahun, kemudian Allah mengangkat ke sisi-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Dan Kami mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (Maryam: 57) Nabi Idris a.s. meninggalkan berbagai ajaran dan syariat. Beliau menyeru kepada agama Allah dan menyembah kepada Zat Pencipta Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi, membersihkan jiwa manusia agar terhindar dari seksaan di akhirat dengan amalan yang baik di dunia. Beliau juga menganjurkan kehidupan zuhud di dunia yang fana ini, memerintahkan umatnya melakukan solat, puasa, zakat dan bersuci dari jinabat, serta mengharamkan segala minuman keras dan memabukkan dengan larangan yang sangat keras. Diriwayatkan bahawa ada 72 bahasa yang digunakan oleh kaumnya ketika itu, dan Allah telah mengajarkan kepadanya semua bahasa agar behau dapat menyampaikan ajarannya sesuai dengan bahasa yang mereka gunakan, sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya (yang ertinya): "Kami tidak mengutus seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka." (Ibrahim: 4) Beliau merupakan orang pertama yang mengajarkan politik peradaban dan menetapkan rancangan pembangunan kota. Maka setiap kelompok dari kaumnya mulai membangun kota di negeri itu, hingga berdirilah 188 kota di kala itu. Nabi Idris a.s.juga banyak meninggalkan mutiara hikmah untuk sekalian umat manusia, antara lain: Sebaik-baik dunia adalah kerugian, dan seburuk-buruknya adalah penyesalan.

10

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI IDRIS AS.

Orang yang bahagia adalah orang yang mahu melihat dirinya sendiri, dan syafaat baginya di sisi Tuhannya adalah amal soleh. 2. Diangkat Ke Syurga Diriwayatkan bahawa sebab-sebabnya Nabi Idris a.s. diangkat ke syurga adalah disebabkan dia setiap hari dan setiap malam mempunyai amalan yang diterima, sebanyak amalan penduduk bumi. Maka Malaikat maut menjadi cinta serta rindu sekali kepadanya. Lalu Malaikat maut meminta izin kepada Allah Taala, supaya dibolehkan mengunjungi Nabi Idris. Alllah pun mengizinkannya. Malaikat maut pun datang kepadanya dengan bentuk menyerupai manusia biasa, memberi salam kepada Nabi Idris lalu duduk disampingnya. Di saat itu Nabi Idris sedang mengerjakan puasa sepanjang tahun, maka di saat menjelang waktu berbuka, ada Malaikat yang datang dengan membawa makanan dari syurga. Dan Nabi Idris pun memakan makanan tersebut dan mempersilakan Malaikat maut supaya makan bersamanya, namun Malaikat tersebut tidak mahu. Nabi Idris a.s. berdiri dan tekun mengerjakan ibadah, sedang Malaikat maut itu menantinya dengan duduk di sampingnya, sehingga fajar terbit dan terbit pula matahari, dan Malaikat maut yang menyerupai manusia (lelaki) itu, masih tetap duduk di sampingnya. Nabi Idris a.s. kagum seraya berkata: "Wahai hamba Allah, apakah engkau mahu berjalan-jalan bersamaku, agar kita dapat gembira!" Malaikat maut pun menjawab: "Ya mahu!" Keduanya lalu bangkit dan berjalan, sehingga tiba di sawah. Kata Malaikat maut: "Apakah engkau mengizinkan saya mengambil dari tanaman ini beberapa tangkai untuk kita makan?" Kata Nabi Idris a.s.: "Maha Suci Allah, kelmarin engkau tidak mahu makan sesuatu dari yang halal, dan hari ini engkau menghendaki makan dari yang haram!" Mereka pun meneruskan perjalanannya, sampai empat hari lamanya, yang selama itu Nabi Idris melihat keanehan-keanehan dari Malaikat itu, yang sangat berbeza dengan kebiasaan manusia umumnya. Maka Nabi Idris a.s. bertanya kepadanya: "Siapakah engkau ini sebenarnya?" Kata Malaikat itu: "Saya Malaikat maut." Kata Nabi Idris a.s.: "Apakah engkau ini yang mencabut nyawa setiap orang?" Kata Malaikat: "Ya." Kata Nabi Idris a.s.: "Selama empat hari engkau bersamaku, apakah engkau juga mencabut nyawa orang?" Kata Malaikat maut: "Ya, saya telah mencabut beberapa nyawa, dan sesungguhnya jiwa makhluk itu untukku sama halnya seperti hidangan di hadapan saya atau seperti engkau menghadapi sesuap makanan." Kata Nabi Idris a.s.: "Ya Malaikat maut, apakah engkau datang ini hanya sekadar berkunjung ataukah untuk mencabut nyawa saya?" Kata Malaikat maut: "Saya datang hanyalah untuk berkunjung dengan izin Allah Taala." Kata Nabi Idris a.s.: "Ya Malaikat maut, saya mempunyai keinginan denganmu." Kata Malaikat itu: "Apakah keinginanmu itu?" Kata Nabi Idris: "Keinginan saya denganmu adalah supaya engkau mencabut jiwa saya dan kemudian Allah Taala menghidupkan saya kembali, sehingga saya akan dapat

11

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI IDRIS AS.

beribadah kepada Allah Taala setelah saya merasakan sakaratul maut." Kata Malaikat maut: "Sesungguhnya saya tidak mencabut nyawa seseorang, kecuali izin Allah." Maka Allah Taala memberikan wahyu: "Cabutlah nyawa Idris." Malaikat pun kemudian mencabut nyawa Nabi Idris pada saat itu juga, dan Nabi Idris meninggal seketika, Malaikat maut menangis dan memohon-mohon kepada Allah Taala, supaya Dia (Allah) menghidupkan kawannya, iaitu Nabi Idris. Allah pun mengabulkan dan menghidupkan kembali Nabi Idris. Kata Malaikat tersebut: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya maut yang engkau hadapi?" Kata Nabi Idris: "Sesungguhnya, ibarat terkupasnya kulit dalam keadaan hiduphidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1,000 kali gandanya." Kata Malaikat maut: "Secara hati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah saya lakukan terhadap seseorang pun." Kemudian Nabi Idris a.s. berkata: "Ya Malaikat maut, saya punya keinginan lagi denganmu, iaitu saya ingin melihat neraka jahannam sehingga saya menyembah Allah Taala setelah saya melihat belenggu tangan, rantai-rantai, dan apa-apa saja yang ada di neraka." Kata Malaikat maut: "Bagaimana saya dapat pergi ke neraka Jahannam tanpa izin Allah?" Maka Allah Taala pun memberi wahyu kepada Malaikat maut itu dengan firman-Nya: "Pergilah engkau ke neraka Jahannam bersama dengan Idris." Malaikat maut pun pergi ke neraka Jahannam itu melihat segala macam yang diciptakan Allah Taala untuk para musuh-Nya, dari beberapa rantai belenggu serta berbagai belenggu tangan dan leher terbuat dari ular, kala jengking, api kayu gaharu dan buah zakum serta air yang mendidih. Lalu keduanya kembali. Berkata Nabi Idris a.s.: "Saya berkeinginan yang lain, iaitu agar engkau mengajakku ke syurga, sehinggga saya melihat apa-apa yang telah diciptakan Allah Taala di dalamnya untuk para hamba-Nya dan saya akan bertambah taat." Kata Malaikat maut: "Bagaimana saya akan dapat bersamamu ke dalam syurga, tanpa izin Allah Taala. Maka Allah Taala memberi wahyu kepada Malaikat tersebut: "Pergilah engkau bersama dengan Nabi Idris ke dalam syurga." Keduanya pun pergi dan berhenti di pintu syurga. Nabi Idris melihat di dalamnya dari bermacam kenikmatan, kerajaan yang besar, bermacam-macam anugerah, tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka macam. Kata Nabi Idris a.s.: "Ya saudaraku, sang pencabut nyawa, saya telah merasakan sakitnya maut, dan saya telah melihat pula segala macam risiko. di dalam neraka beserta segala macam azabnya, maka sudilah engkau memohon kepada Allah Taala supaya Dia (Allah) berkenan mengizinkan saya masuk ke dalam syurga, dan minum airnya, supaya hilang rasa sakit saat sakaratul maut diri saya dan terhindar pula dari seksaan neraka Jahannam." Malaikat memohon izin kepada Allah Taala, dan Allah pun memberikan izin kepadanya masuk ke dalam syurga dan kemudian keluar kembali. Maka Nabi Idris masuk ke dalam syurga dan meletakkan kedua kasutnya di bawah sebatang pohon dari beraneka pohon syurga. Dan dia (Nabi Idris), keluar dari syurga, lalu berkata "Ya Malaikat maut, kasut saya tertinggal di dalam syurga, maka hantarkan saya ke dalamnya."

12

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI IDRIS AS.

Nabi Idris a.s. masuk kembali ke syurga, dan dia tidak mahu keluar. Malaikat maut berteriak: "Ya Idris, keluarlah!" Berkata Nabi Idris a.s.: "Saya tidak akan keluar, kerana Allah Taala telah berfirman: "Setiap orang itu merasakan sakaratul maut,'' dan sesungguhnya saya telah merasakan maut." Dan firman Allah: "Tidak ada di antara kamu, kecuali dia memasukinya," dan sesungguhnya saya, sudah pernah memasuki neraka, dan Allahpun berfirman: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkan daripadanya." Maka Allah Taala memberikan wahyu kepada Malaikat maut; Tinggalkanlah dia (Idris), sesungguhnya Aku telah memutuskan di zaman penciptaannya dahulu, bahawa sesungguhnya dia (Idris) termasuk ahli dan keluarga syurga." Dan Allah Taala telah menceritakan kepada Rasul-Nya tentang kisah Nabi Idris a.s. dengan firman-Nya: Dan ingatlah olehmu (cerita) di dalam kitab Idrisdan seterusnya.

13

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

Nabi dan Rasul Ke-3NUH A.S.NUH bin Lamik bin Matusyalak bin Akhnukh (yakni Nabi Idris). Nabi Idris adalah datuknya yang tertua. Garis keturunannya berakhir pada Nabi Syits a.s. bin Adam, yang menjadi bapanya seluruh manusia. Jarak antara Nabi Nuh dengan Nabi Adam itu lebih dari 1,000 tahun. Di dalam kitab Taurat disebutkan, bahawa jarak antara keduanya adalah 1,056 tahun. Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata bahawa jarak antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 10 abad, yang seluruhnya berdasarkan tarikh Islam. Maka jika yang dimaksud dalam Al-Quran itu satu kurun maka ianya adalah 100 tahun, sebagaimana yang umum difahami oleh manusia. Dengan itu jarak antara keduanya yakni 1,000 tahun bukanlah hal yang mustahil. Akan tetapi tidak menutup kemungkinan jarak itu lebih lama lagi memandangkan apa yang dikatakan oleh Ibnu Abbas itu dikaitkan dengan Islam, kerana boleh jadi antara Adam dan Nuh itu ada masa lain yang tidak berada dalam suasana Islam. Akan tetapi hadis Abu Umamah menunjukkan hanya terhad pada 10 abad, kemudian Ibnu Abbas menambahkan bahawa mereka selurahnya berada dalam Islam. Di dalam kitab shahihnya, Ibnu Hibban meriwayatkan hadis yang menyatakan bahawa ada seseorang bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah Adam itu seorang Nabi?" Beliau menjawab: "Ya, nabi yang diajak bicara oleh Allah". Ia bertanya: "Berapa lama jarak antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh?" Baginda menjawab: "Sepuluh abad". Hadis Ibnu Abbas menolak para ahli sejarah dan ahli kitab yang berpendapat bahawa Qabil dan anak cucunya menyembah api. 1. Nuh Dalam Al-Quran Nabi Nuh disebutkan dalam Al-Quran sebanyak 43 tempat. Kisahnya disebutkan secara terpisah yang tersebar di berbagai surah dalam Al-Quran, di antaranya Al-A'raaf, Hud, Al-Mu'minun, Asy-Syu'ara dan Al-Qamar, serta beliau dikisahkan dalam surat khusus yang diberi nama Surah Nuh, yang seluruhnya menceritakan tentang mulai dibangkitkannya, risalahnya, kaedah dakwahnya, serta pembangkangan dan kemaksiatan yang dilakukan oleh umatnya, kesabarannya terhadap ejekan dan hinaan dari kaumnya, dan terhadap azab yang telah ditimpakan (Allah) kepada kaumnya yang mendustakannya iaitu dengan ditenggelamkan, serta selamatnya orang-orang yang beriman. Berikut ini rangkaian kisah Nabi Nuh a.s. secara terperinci. 2. Rasul Yang Pertama Di Dunia

14

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa Nabi Nuh a.s. adalah rasul pertama yang diutus Allah kepada penduduk dunia. Beliau diperintahkan Allah untuk memberikan peringatan dan menakut-nakuti mereka atas seksa Allah. Dengan demikian, Nabi Nuh a.s. adalah orang pertama yang memberi peringatan dan sebagai rasul, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya (dengan memerintahkan): "Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih". (Nuh: 1) Dalam hal ini mereka berhujahkan pendapatnya pada hadis Al-Bukhari dan Muslim, iaitu hadis tentang syafaat, di mana Rasulullah SAW bersabda: "Allah mengumpulkan orang-orang mulai dari yang pertama sampai yang terakhir pada satu tempat, di mana mereka dapat dilihat oleh orang yang melihat, didengar oleh orang yang memanggil-manggil, dan matahari didekatkan kepada mereka, sehingga manusia berada dalam keadaan yang sangat sulit dan payah yang mana mereka merasa tidak kuat dan tidak mampu menanggungnya. Lalu ada manusia yang berkata: "Bukankah engkau merasakan apa yang kamu alami ini, bukankah engkau tahu ada orang yang boleh memintakan syafaat bagi kamu". Sebahagian di antara mereka berkata kepada yang lain: "Bapamu Adam". Kemudian mereka datang kepadanya dan berkata: "Wahai Adam, engkau adalah bapa seluruh manusia, Allah menciptakan engkau dengan tangan-Ny a dan meniupkan roh (ciptaan)Nya kepadamu, para malaikat disuruh sujud kepadamu dan menempatkan engkau di dalam syurga. Bukankah engkau boleh memohonkan syafaat kepada Allah untuk kami? Bukankah engkau melihat keadaan yang kami alami pada saat ini?" Nabi Adam menjawab: "Sesungguhnya saat ini Allah sangat marah, suatu keadaan yang tidak pernah terjadi sebelum dan sesudahnya. Allah melarang aku mendekati suatu pohon akan tetapi aku mengingkarinya. Oh diriku, diriku, pergilah kamu kepada Nuh". Kemudian mereka datang kepada Nabi Nuh dan berkata: "Wahai Nabi Nuh, engkau adalah rasul yang pertama bagi umat manusia di dunia, dan Allah menyebutmu sebagai hamba yang sangat bersyukur. Bukankah engkau melihat keadaan yang kami alami saat ini? Bukankah engkau boleh memohonkan syafaat kepada Allah untuk kami'?' Nabi Nuh menjawab: "Sesungguhnya saat ini Allah sangat marah, suatu keadaan yang tidak pernah terjadi sebelum dan sesudahnya. Oh diriku, diriku"(Hadtih ini ditakhrijkan oleh Al-Bukhari dalam Bab Al-Anbiyaa' 6/264, Muslim dalam Bab Al-Aiman nombor 194, At-Tirmidzi dalam Bab Al-Qiyamah nombor 2436, dan lihat pula Jami'ul Ushul jilid X m.s. 482).

Dengan berdasarkan pada huraian di atas, mereka berpendapat bahawa Nuh a.s. adalah rasul pertama yang diutu oleh Allah kepada penduduk dunia. Inilah pendapat yang benar yang diikuti oleh majoriti ulama. Akan tetapi di sini tidak bererti bahawa tidak ada seorang nabi yang mendahului sebelumnya. Nabi Syits, Idris dan Adam adalah nabi yang telah diutus sebelumnya, akan tetapi mereka bukan sebagai rasul. Dengan demikian, Nuh adalah rasul yang pertama, dan bukan nabi yang pertama. Sebagaimana kita ketahui bahawa nabi dan rasul itu berbeza. Rasul adalah seseorang yang diberi wahyu oleh Allah yang berupa syariat dan diperintahkan untuk menyampaikannya, sedangkan nabi adalah seseorang yang diberi wahyu yang berupa syariat akan tetapi tidak disuruh untuk menyampaikannya.

15

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

3. Lama Masa Hidupnya Nabi Nuh a.s. hidup dalam masa yang lama dan mempunyai umur yang panjang. Beliau merupakan nabi yang terpanjang umumya di antara nabi-nabi yang lain dan paling besar jihadnya. Beliau menerima penganiayaan yang tidak pernah dirasakan oleh rasulrasul yang lain. Beliau menyeru kaumnya di waktu malam mahupun siang, dengan sembunyi-sembunyi mahupun hngan terangan-terangan. Beliau melaksanakan dakwahnya selama 950 tahun, dengan cara mengingatkan dan menasihati mereka, serta menyeru mereka ke jalan Allah dengan penuh kebijaksanaan dan tutur bahasa yang baik, akan tetapi tanggapan kaumnnya malah mendustakan, melawan, menentang dan berpaling. Hati mereka lebih keras daripada batu, dan akal fikiran mereka lebih tumpul daripada besi. Dalam masa yang panjang, di mana Nabi Nuh a.s. telah melaksanakan dakwahnya itu, yang mahu beriman hanya sedikit, sebagaimana firman Allah (yang ertinya): "Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit". (Hud: 40) Sebahagian mufassir ada yang berpendapat, bahawa jumlah orang yang beriman bersama Nuh hanya 10 orang, dan mereka itu adalah orang-orang yang ikut serta dalam perahu. Sebahagian mufassir lain berpendapat bahawa jumlah orang-orang yang beriman itu ada 40 orang. Dan ada riwayat shahih yang datang dari Ibnu Abbas, bahawa mereka itu berjumlah 80 orang berserta isteri mereka. Ini merupakan pendapat sebahagian besar mufassir tentang orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang selamat dari tenggelam. Nabi Nuh dalam menjalani kehidupannya selalu nampak memperoleh kesulitankesulitan dalam perjuangannya yang keras dan menjumpai kejadian-kejadian yang hebat dalam masa hidupnya yang panjang. Kehidupannya merupakan kehidupan yang sulit, penuh dengan perjuangan dan pengorbanan, seksaan dan cubaan, yang mana manusia tidak akan sanggup untuk menjalaninya kecuali para nabi yang mempunyai kesabaran yang tinggi. Oleh itu Nabi Nuh a.s. termasuk dalam golongan ulul 'azmi (orang-orang yang mempunyai keteguhan hati), sebagaimana disebutkan oleh Allah yang ditujukan kepada Rasulullah SAW (yang ertinya): "Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yan^ mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar". (Al-Ahqaaf: 35) Allah memerintahkan beliau untuk bersikap seperti mereka. Ulul 'azmi itu berjumlah lima orang, iaitu Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Semoga rahmat dan kesejahteraan Allah sentiasa dilimpahkan kepada mereka. 4. Menyembah Berhala Banyak ayat Al-Quran yang berkaitan dengan kisah Nabi Nuh a.s. yang menunjukkan bahawa beliau diutus kepada suatu kaum yang telah menyekutukan Allah, mereka menyembah berhala-berhala dan menyembah sembahan lain selain Allah.

16

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

Nuh adalah Rasul yang diutus menyampaikan risalah kepada kaumnya ketika mereka sudah berpaling menyembah patung-patung dan politeisme 2 serta berbuat kezaliman dan kekufuran. Al-Quran menyebutkan nama patung-patung yang disembah kaum Nabi Nuh sebagaimana dikatakan oleh pembesar-pembesar mereka sebagai berikut: "Dan mereka berkata, "Janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan), tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa, yaghuts, ya'uq dan nasr. Dan sesungguhnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan". (Al-Isra': 23-24) Di samping itu, mereka masih mempunyai sembahan-sembahan lain sebagaimana diisyaratkan oleh ayat yang berbunyi : "Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu". Dikatakan bahawa yang dimaksud adalah bintangbintang yang nampak di malam hari dan tenggelam di siang hari, dijadikan oleh mereka sebagai patung-patung yang menjadi perantara untuk mendekatkan diri pada tuhan-tuhan mereka. Nabi Nuh telah menggunakan waktu panjang dalam menyeru kaumnya untuk menyembah Allah. Allah berfirman: "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun..." (Thaha: 14) Akan tetapi, waktu yang begitu panjang tidak menghasilkar buah keberhasilan di kalangan mereka. Hanya sedikit kaum yang beriman dari kalangan mereka. Bahkan seorang ayah apabila anaknya sudah mencecah umur dewasa, mewariskan agar tidak mengikuti Nuh sepanjang hidupnya. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa anak-anak tersebut mewarisi kemusyrikan dan kemaksiatan orang-orang tuanya. 5. Dakwah ke Jalan Allah Nuh berkata kepada kaumnya, "Sesungguhnya aku ini orang yang menyampaikan ancaman Allah dan menerangkan jalan keselamatan kepada kalian. Maka beribadahlah hanya kepada Allah saja, dan janganlah menyekutukannya, kerana saya mengkhuatirkan kalau kalian menyembah kepada selainNya dan menyekutukanNya akan mendapat azab yang sangat pedih pada hari kiamat nanti". "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata), "Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan." (Hud: 25-26) Sebagaimana kata Nuh pula, "Sesungguhnya jika kalian taat kepada Allah dan menjauhi keburukan, nescaya Allah akan mengampuni dosa kalian yang telah lalu dan2

Politeisme: kepercayaan kepada lebih daripada satu Tuhan

17

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

membebaskan kalian menikmati kenikmatan dunia hingga batas waktu yang telah ditentukan oleh Allah. Akan tetapi kalian berbuat maksiat terhadap Tuhan, maka Tuhan akan menangguhkan umur kalian bahkan segera akan menimpakan azab yang datang secara tiba-tiba kepada kalian, sehingga tidak merasakan dan menduga-duga bila datangnya azab itu. Nuh berkata, "Hai kaumku, sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan kepada kamu, (iaitu) sembahlah olehmu Allah, bertakwalah kepadaNya dan taatlah kepadaku, nescaya Allah akan mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu, sampai kepada waktu yang ditentukan. Sesungguhnya ketetapan Allah apabila telah datang tidak dapat ditangguhkan, kalau kamu mengetahui." 6. Kesombongan Kaum Kafir Akan tetapi, kaum Nabi Nuh tidak mahu mendengarkan nasihat dan ancaman Allah. Mereka mengingkari kenabian Nuh berdasarkan beberapa alasan berikut: a) Nuh adalah manusia biasa yang memerlukan makan dan minum, bagaimana mungkin manusia biasa menjadi Nabi? Nabi, menurut pandangan mereka haruslah malaikat. b) Pengikut-pengikut Nuh adalah orang-orang lemah, yakni orang-orang fakir yang terdiri dari para buruh, petani dan orang-orang lemah yang miskin. Mereka yang mengikuti Nuh, menurut anggapan mereka, tanpa berfikir terlebih dahulu, dan tidak mempunyai kelebihan apa-apa. c) Mereka menuduh Nuh dan para pengikutnya sebagai orang-orang sombong. Tetapi, tuduhan mereka hanya berdasarkan sangkaan tanpa bukti. Para pernimpim pembangkang yang terdiri dari orang-orang kafir yang menentang Nabi Nuh berkata, Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang yang hina dina di antara kami yang mudah percaya begitu saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apa pun atas kami, bahkan kami yakin bahawa kamu adalah orang-orang yang berdusta." Dalam Al-Quran Allah SWT menggambarkan kesombongan dan pembangkangan kaum Nuh terhadap seruannya dan mencelanya sebagai orang yang sesat. Di samping itu, digambarkan tentang kelemah-lembutan Nuh dan kesabarannya dalam menghadapi kaumnya itu. Nabi Nuh berkata ketika membela diri di hadapan kaumnya: "Hai kaumku, saya ini tidaklah sesat sebagaimana kalian tuduhkan itu. Akan tetapi saya adalah Rasul Allah, yang berkewajipan menyampaikan risalah berisi wasiat, hukum untuk kemaslahatan kehidupan kalian, dan kami tidak memberi nasihat melainkan untuk kebahagiaanmu dan memperingatkan kamu dari perbuatan yang mengakibatkan kesengsaraan berdasarkan apa yang telah diajarkan Allah kepadaku yang kalian belum ketahui". Kemudian Nuh menerangkan kepada mereka bahawa sama sekali tidak luar biasa jika Allah mengutus seorang Rasul yang, terdiri dari salah seorang dari kaum itu sendiri, kemudian memberi nasihat dan peringatan agar memperolehi rahmai Allah dan redha-

18

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

Nya. Tetapi para pemimpin dari kaumnya malah berkata, "Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata". Nuh menjawab, "Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak ketahui. Dan apakah kamu (tidak percaya) dan hairan bahawa datang kepada kamu peringatan dari Tuhanmu dengan perantaraan seorang laki-laki dari golonganmu agar dia memberi peringatan kepadamu dan mudah-mudahan kamu bertakwa dan supaya kamu mendapat rahmat." 7. Nuh Meneruskan Dakwahnya Nuh meneruskan dakwahnya dengan menggunakan kaedah diskusi dan mencuba untuk melembutkan kekerasan hati mereka. Nuh berkata kepada kaumnya, "Bagaimana pendapatmu mengenai diriku di depan matamu, andaikata aku mempunyai bukti yang kuat dari Tuhanku bahawa Dia memberiku kenabian dan risalah dengan rahmat dan kekuasaan-Nya? Sebenarnya diri kalian terhalang untuk menerima petunjuk adalah disebabkan kebodohan dan terpedayanya dengan harta dan kedudukan. Apakah dapat dibenarkan kiranya kalau aku membenci kedegilan kalian terhadap kenabian? Padahal aku ini tidak meminta upah dalam memberi petunjuk kepada kalian, sama ada berupa harta mahupun kedudukan. Akan tetapi aku hanyalah mengharapkan pahala dari Allah semata-mata." Rupanya, perkataan Nuh kali ini nampak berpengaruh di kalangan mereka. Akan tetapi setelah mereka mengetahui bahawa pengikut-pengikut Nabi Nuh terdiri dari orang-orang fakir dan orang-orang lemah yang jauh mempunyai perbezaan dengan mereka, sama ada dari segi sosial mahupun kekayaan. Maka mereka mengemukakan syarat kepada Nabi Nuh bahawa mereka akan beriman kepadanya asalkan Nuh mahu menyingkirkan orangorang lemah dari sisinya, mengusir dan menghalau mereka. Mendengar perkataan mereka itu, Nuh Nuh menjawab, "Aku sama sekali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman itu hanya kerana ingin memenuhi permintaan kalian atau kerana penghinaan kalian terhadap mereka. Tidak, mereka adalah orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah dan akan menemui Tuhan mereka pada hari kiamat dengan mendapatkan pahalanya. Adapun kalian, menurut pandanganku adalah orang-orang yang bodoh. Semua orang, dalam pandangan Allah adalah sama. Dia tidak membeza-bezakan manusia berdasarkan kekayaan dan kedudukannya di dunia ini. Hai kaumku, ketahuilah! Tidak ada seorang pun yang dapat menolong dan menyelamatkanku dari seksa Allah andaikata aku mengusir mereka sesudah mereka beriman. Apakah kalian tidak ingat bahawa mereka mempunyai Tuhan yang akan menolong mereka? Kemudian, aku tidak pernah mengatakan bahawa aku pemilik kekayaan Allah yang dapat menggunakan segala sesuatu menurut kehendakku. Aku tidak mengatakan bahawa aku lebih mengetahui yang ghaib dan tidak mengatakan bahawa aku seorang malaikat sehingga mareka mahu mengikutiku. Sebenarnya, aku tidak lebih dari manusia biasa. Aku tidak mengatakan kepada orang-orang yang kamu hina bahawa Allah tidak mendatangkan keberuntungan kepada mereka kerana mencari muka di hadapan kalian. Kerana, Allah sendiri Maha Mengetahui keikhlasan dirimu. Kalau aku lakukan perbuatan itu kerana untuk memenuhi permintaanmu, nescaya aku ini termasuk golongan orang-orang yang sesat."

19

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

Seterusnya Nuh berkata, "Hai kaumku, bagaimana fikiranmu, jika aku ada mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan diberinya aku rahmat dari sisi-Nya, tetapi rahmat itu disamarkan bagimu. Apa akan kami paksakan kamu menerimanya, padahal kamu tidak menyukainya?" Nuh juga berkata,"Hai kaumku, aku tidak meminta harta benda kepada kamu sebagai upah bagi seruanku. Upahku hanyalah dari sisi Allah dan aku sekali-kali tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui." Nuh berkata lagi, "Hai kaumku, siapakah yang akan menolongku dari (Azab) Allah jika aku mengusir mereka. Maka tidaklah kamu mengambil pelajaran? Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa), Aku mempunyai sumber-sumber rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tidak mengetahui yang ghaib, dan tidak (pula) mengatakan, "Bahawa sesungguhnya aku adalah malaikat-malaikat, dan juga tidak aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina menurut penglihatanmu". Sekalikali tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka. Allah lebih mengetahui apa yang ada pada diri mereka; Sesungguhnya aku, kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang zalim". (Hud: 28-31) 8. Kederhakaan Yang Mencelakakan Perkataan dan nasihat Nuh tidak membekas di dalam hati kaumnya. Bahkan mereka membantah, "Hai Nuh, kamu telah menentang kami secara berlarut-larut. Maka andaikata benar dakwahmu itu, cubalah kamu datangkan azab yang kamu ancamkan itu." Nuh menjawab, "Masalah azab itu ada pada kekuasaan Allah dan Dialah yang akan menimpakan azab kepada kalian dan tak dapat seorangpun melarang-Nya. Sama halnya dengan nasihat yang telah aku sampaikan kepadamu, namun kalian tidak mahu memanfaatkannya walaupun aku menghendaki kebaikan kalian di sebalik nasihat itu. Andaikata Allah menghendaki untuk menjerumuskan kalian yang disebabkan keburukan perangai kalian sehingga tidak mahu menerima kebenaran itu maka Allah SWT memang Tuhan kalian. Pada hari kiamat nanti, kalian semua akan kembali kepada-Nya, dan akan memberi balasan sesuai dengan perbuatan-perbuatan kalian di dunia." Mereka berkata, "Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah membantah kami, dan kamu telah memperpanjang bantahan terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar." Nuh menjawab, "Hanyalah Allah yang akan mendatangkan azab itu kepadamu jika Dia menghendaki, dan kamu sekali-kali tidak dapat melepaskan diri. Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak memberi nasihat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu. Dia adalah Tuhamu, dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan." 9. Amaran Nabi Nuh Sesudah Nabi Nuh tidak menemukan jalan lain dalam menghadapi kaumnya, ia mengadukan penentangan itu kepada Allah, "Hai Tuhanku, hamba telah menyeru kaumku untuk beriman kepada-Mu dan meninggalkan penyembahan patung. Aku benarbenar mengharapkan agar mereka mahu beriman dan aku sudah berusaha dengan

20

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

menggunakan bermacam-macam cara tanpa mengenal siang mahupun malam. Akan tetapi, hasil dari harapan dan dakwahku untuk beribadah kepada-Mu hanyalah penentangan dan ugutan. Ketahuilah hai Tuhanku, ketika aku berdakwah untuk menyembah-Mu, mereka sangat berlebihan dalam keburukan. Mereka tutup telinga dengan hujung-hujung jarinya agar tidak mendengar dakwahku. Bahkan begitu bencinya padaku, mereka tutup seluruh tubuh mereka dengan kain-kain agar tidak dapat melihat aku dan dakwah yang aku sampaikan kepada mereka. Mereka itu memang benar-benar melampau dalam menentang dakwah ke jalan Allah. Bahkan mereka sangat sombong dalam berdepan dengan para pengikutku dan menghina dakwahku. Kemudian, hai Tuhanku, aku teruskan dakwahku dengan menggunakan berbagai macam dan metod, kadang-kadang dengan terang-terangan di depan kumpulan mereka, kadang-kadang secara perseorangan dan sembunyi-sembunyi. Aku katakan pada mereka, mintalah ampun kepada Tuhan kalian atas kekufuran dan kemaksiatan yang telah kalian lakukan, sesungguhnya Tuhan Maha menerima taubat dan mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya. Dia akan memberi pula taubat dan permohonan kalian. Kemudian akan menurunkan hujan lebat yang menyuburkan tanah-tanah kalian. Memberi rezeki yang berupa harta benda yang membuat kalian makmur, memberi kepada kalian keturunan sebagai kekuatan yang membentengi, kebun-kebun yang menyegarkan kehidupan, sungai-sungai untuk mengairi sawah kalian. Allah SWT berfirman bermaksud: "Nuh berkata, "Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat. Kemudian sesungguhnya aku telah menyeru mereka (kepada iman) dengan cara terangterangan, kemudian sesungguhnya aku (menyeru) mereka (lagi) dengan terangterangan dan dengan diam-diam, maka aku katakan kepada mereka, mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya) untukmu sungai-sungai." (Nuh: 5-12) 10. Kekuasaan Allah Setelah Nabi Nuh menerangkan erti istighfar kepada kaumnya dan kaitannya dengan kebahagiaan duniawiyah, ia mengalihkan pandangan kaumnya kepada kekuasaan Allah dengan maksud agar mereka mahu beriman. Dia berkata kepada kaumnya, "Bagaimana kalian tidak takut kepada keagungan dan kekuasaan Allah yang telah menciptakan kalian secara beransur-ansur, dari nutfah menjadi 'alaqah kemudian mudghah dan terakhir dijadikan tulang dan daging. Allah SWT berfirman:

21

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian". (Nuh: 13-14) Kemudian Nabi Nuh meneruskan dakwahnya dengan menyeru mereka supaya memandang kepada kekuasaan Allah yang ada di angkasa raya ini. Allah telah menciptakan bintang bintang, bulan yang beredar di atas agar menerangi bumi pada malam hari, matahari sebagai pelita yang menerangi di siang hari, dan menciptakan manusia pada mulanya daripada tanah serta menumbuhkan tanam-tanaman yang menjadi keperluan makan untuk menguatkan daya tahan tubuh. Kemudian manusia dikembalikan ke dalam tanah sesudah mati (dikubur) dan dibangunkan kembali pada hari kiamat untuk dihisab. Hal iin bagi Allah adalah mudah seperti mudahnya Allah menciptakan bumi yang terbentang ini, agar kita dapat hidup mencari rezeki yang sebanyak-banyaknya. Allah SWT berfirman: "Tidaklah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita? Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya, kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenarbenarnya. Dan Allah menjadikan bumi untukmu sebagai hamparan, supaya kamu menjalani hidup yang luas di bumi itu." (Nuh: 15-20) 11. Ugutan Terhadap Nabi Nuh Dakwah Nabi Nuh hanya memberikan pengaruh yang kecil sekali ke atas kaumnya sebagaimana diterangkan oleh Al-Quran: ".. Dan tidak beriman bersama dengan Nuh itu kecuali sedikit." (Hud: 40) Adapun kebanyakan kaumnya tidak mendengarkan seruannya, malahan menuduh Nabi Nuh dengan tuduhan gila. Mereka juga mengugut Nabi Nuh dengan bermacammacam ugutan dan ancaman. Allah SWT berfirman: "Sebelum mereka, telah mendustakan (pula) kaum Nuh, maka mereka mendustakan hamba kami (Nuh) dan mengatakan, "Dia seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman." (Al-Qamar: 9) Mereka mengugut untuk merajam Nabi Nuh. Mereka berkata, "Sungguh jika kamu tidak (mahu) berhenti wahai Nuh, nescaya benar-benar kamu akan termasuk orang-orang yang dirajam." Akan tetapi Nabi Nuh tidak memberikan sebarang reaksi terhadap ugutan itu, bahkan Nabi Nuh mencabarnya dengan berkata, "Seandainya kehadiranku sebagai penyampai risalah Tuhanku ini merupakan seksaan bagi kalian, maka aku pun tidak akan berhenti menyampaikan dakwahku sambil bertawakal kepada Allah. Bersekutulah kalian dengan tuhan-tuhan yang batil itu untuk memusuhiku, namun aku takkan gentar. Cepatlah laksanakan kejahatan kalian kepadaku kalau kalian mampu menyeksaku. Namun,

22

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

ingatlah kalian tak akan mampu melaksanakannya kerana Tuhanku melindungiku dengan kasih sayang. Maka kalau kalian tetap saja menentang dakwahku, hal itu sama sekali tidak akan membahayakanku kerana aku tidak minta upah dari dakwahku ini. Upahku hanyalah dari Allah semata-mata, Dia telah memerintahkan kepadaku untuk tunduk kepada-Nya saja." Allah berfirman, "Dan bacakanlah kepada mereka bertiga berita penting tentang Nuh semasa dia berkata kepada kaumnya, "Hai kaumku, jika terasa berat bagimu tinggal (bersamaku) dan peringatanku (kepadamu) dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah-lah aku bertawakal, kerana itu bulatkanlah keputusanmu dan (kumpulkanlah) sekutu-sekutumu (untuk membinasakanku). Kemudian janganlah keputusanmu dirahsiakan, lalu lakukanlah terhadap diriku, dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku. Jika kamu berpaling (dari peringatan), aku tidak meminta upah sedikit pun dari kamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya termasuk golongan orangorang yang berserah diri kepada-Nya". (Yunus: 71-72) 12. Kutukan Kepada Para Pembohong Setelah Nabi Nuh mengerahkan segala kemampuannya untuk menyeru kaumnya kepada kebenaran, ternyata ia mengalami tentangan yang hebat. Dia mengadukan kaumnya kepada Allah: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah mendustakan aku, kerana itu adakanlah keputusan antaraku dan antara mereka, dan selamatkanlah aku dan orang-orang yang Mukmin yang bersamaku." Seterusnya, Nabi Nuh memohon agar kaumnya dihancurkan. Nuh berkata: "Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorang pun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hamba-Mu, dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir." Nabi Nuh berdoa kepada Tuhannya agar melenyapkan semua orang kafir dari permukaan bumi ini, tak seorang pun yang perlu ditinggalkan. Kerana, seandainya Allah membiarkan orang-orang kafir berlarut-larut berbuat kesesatan, akan menyesatkan orang lain dari kebenaran, akan menyebarluaskan perbuatan dosa, bahkan akan mewariskan kesesatan itu kepada generasi penerusnya. Sebab bagaimanapun juga, mereka itu akan hidup di kawasan orang yang berbuat dosa dan kekufuran. 13. Membuat Kapal Allah mengabulkan doa Nabi Nuh. Sebelum menghancurkan kaum Nuh, Allah menghendaki agar Nuh dengan risalahnya berupaya membuat alat keselamatan bagi orang-orang Mukmin, dengan memberinya wahyu. Tetapi tak seorangpun mempercayai adanya wahyu itu kecuali orang-orang Mukmin. Allah memerintahkan agar Nuh tidak bersedih hati atas maki-hamun dan penghinaan orang-orang kafir kerana Allah akan menenggelamkan mereka semua. Allah memerintahkan membuat kapal keselamatan (safinatun-najah), dan diberitahukan bahawa dalam pembuatan perahu itu akan sentiasa mendapat pengawasan dan perlindungan Allah. Allah melarang agar jangan merasa belas

23

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

kasihan terhadap orang-orang kafir itu, kerana mereka akan diberi hukuman dengan ditenggelamkan. Dalam membuat kapal itu, Nabi Nuh tidak hanya sekadar berdoa kepada Allah. Tetapi memanggil tukang-tukang kayu untuk mengerjakannya. Hal itu mengundang ejekan orang-orang kafir dan kesombongan mereka semakin menjadi-jadi terhadap Nabi Nuh. Nabi Nuh menjawab kesombongan mereka dengan mengatakan, "Kalau kalian masih saja mengejekku dan pengikut-pengikutku (dari orang-orang yang beriman) maka kami juga akan menghina kamu sebentar lagi. Kerana, aku lebih mengetahui siapa yang akan ditimpa azab dan kehancuran, dan kalian juga akan mengetahuinya nanti siapa yang akan dijerumuskan ke dalam seksa dunia. Kemudian, kelak di akhirat, akan mendapat seksa yang abadi. Allah SWT berfirman: "Dan diwahyukan kepada Nuh, bahawasanya sekali-kali tidak akan beriman di antara kaummu, kecuali orang yang telah beriman (saja), kerana itu janganlah kamu bersedih tentang apa yang selalu mereka kerjakan. Dan buatlah bahteramu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang zalim itu, sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan. Dan mulailah Nuh membuat bahtera. Dan setiap kali pemimpin kaumnya berjalan melalui Nuh, mereka mengejeknya. Berkatalah Nuh, "Jika kamu mengejek kami maka sesungguhnya (kami pun) mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek (kami). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakannya, dan yang akan ditimpa azab yang kekal". (Hud: 36-39) 14. Datangnya Banjir Setelah Nabi Nuh selesai membuat kapal, nampaklah tanda-tanda akan datangnya azab, yakni memancarnya air dari tanah. Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk mengumpulkan semua jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan, masing-masing satu pasang (jantan dan betina) untuk dibawa serta ke dalam kapal pada saat banjir besar tiba yang akan memusnahkan seluruh kehidupan, sehingga dapat dijadikan bibit-bibit kehidupan selepas banjir nanti. Demikian pula Allah memerintahkan agar Nuh membawa serta seluruh keluarganya dan orang-orang Mukmin, kecuali seorang anak dan isterinya yang kafir. Nabi Nuh segera menyiapkan kapalnya dan memerintahkan seluruh orang-orang Mukmin, "Naiklah dengan mendahulukan kaki kanan serta berzikir kepada Allah sampai kalian turun nanti. Kerana, kapal itu sama sekali bukan sebagai sebab keselamatan kalian, akan tetapi hadapkanlah had kalian kepada Allah kerana hakikatnya Dialah yang menjalankan dan menghentikan kapal ini, sebagaimana kalian menyebut (zikir) asma Allah, kerana Dia Maha Pengampun lagi Penyayang terhadap hamba yang beriman sehingga kalian diselamatkan dari kebinasaan." Maka berjalanlah bahtera itu di antara gelombang-gelombang besar yang menderu. Hingga apabila perintah Allah datang dan bumi telah memancarkan air, Allah berfirman: "Masukkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang-orang yang telah terdahulu 24

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

ketetapan terhadapnya dan (masukkan pula) orang-orang yang beriman. Dan tidak beriman bersama Nuh itu kecuali sedikit." Nuh berkata, "Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu belayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung." (Hud: 40-42) 15. Banjir Besar Al-Quran menerangkan kepada kita bahawa Nabi Nuh memohon kepada Tuhannya agar Allah membalas perbuatan kaumnya. Allah mengabulkan permohonannya, dan menurunkan hujan yang cukup kuat yang belum pernah terjadi sebelumnya di dunia ini, dan memerintahkan agar bumi memancarkan air dari segala penjuru. Kemudian, terkumpullah antara air langit (hujan) dan air dari dalam bumi yang menjelma menjadi banjir besar yang telah ditentukan Allah untuk menghancurkan orang-orang kafir sesuai dengan permohonan Nabi-Nya. Untuk menyelamatkan Nabi Nuh serta orang-orang yang beriman, telah tersedia sebuah bahtera yang belayar di bawah perlindungan Allah. Dan inilah yang disebutkan Allah menerusi firman-Nya: ("Sebelum mereka, telah mendustakan (pula) kaum Nuh, maka mereka mendustakan hamba Kami (Nuh) dan mengatakan, "Dia seorang gila dan dia sudah pernah diberi ancaman). Maka dia mengadu kepada Tuhannya, "bahawasannya aku ini orang yang dikalahkan, oleh sebab itu menangkanlah (Aku)." Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air maka bertemulah air-air itu untuk satu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan kayu yang belayar dengan pemeliharaan Kami sebagai balasan bagi orang-orang yang diingkari (Nuh)." (Al-Qamar: 10-14) 16. Putera Nuh Pada permulaan datangnya banjir, Nabi Nuh telah mengingatkan anaknya, sebagai tanda kasih sayang seorang ayah kepada anaknya, dan memanggilnya untuk naik bahtera bersama seluruh keluarganya. Anak itu telah menjauhkan diri lari mereka akibat kekufurannya yang telah meresap ke dalam darah dagingnya. Nuh berkata: "Hai anakku, naiklah bersama kami agar kamu tidak tenggelam, dan janganlah kamu bersama orangorang kafir yang keras kepala terhadap agama Allah." Akan tetapi anak tersebut tidak mendengarkan panggilan ayahnya (Nuh), bahkan menutup telinganya. Ia mengira bahawa peristiwa yang sedang terjadi hanyalah peristiwa alam yang biasa terjadi. Ia berfikir akan dapat selamat tanpa naik ke atas bahtera. Berkatalah ia kepada ayahnya, "Saya akan naik ke atas gunung yang tidak dijangkau air. Maka akan selamatlah aku dari bahaya tenggelam." Ayahnya menjawab, "Di sana tidak ada kekuatan apapun yang boleh mengatasi bahaya tenggelam yang telah ditentukan oleh Allah sebagai balasan terhadap orang-orang kafir." Anak itu tetap menolak panggilan ayahnya. Ia mengira bahawa naik ke puncak gunung adalah sebagai jalan yang

25

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

menyelamatkan dari bahaya tenggelam. Tetapi, kekuatan derasnya air dan amukan gelombang menelan anak yang sesat dan kufur itu. Bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nabi Nuh terus memanggil anaknya yang berada di tempat yang jauh terpencil. Namun anaknya terus naik ke puncak bukit dan tenggelam bersama arus air yang menenggelamkan bukit itu. 17. Tenggelamnya Putera Nuh Timbul belas kasihan di dalam hati Nuh terhadap anaknya. Segera ia meminta dengan sedih kepada Tuhannya agar menyelematkannya. Bukankah Allah telah menjanjikan sebelumnya, akan rnenyelamatkannya beserta seluruh keluarga? Sedang anaknya termasuk keluarganya pula. Dan jika Allah berjanji, pasti menepatinya. Dia adalah seadiladilnya Hakim. Mendengar permintaan Nuh tersebut, Allah menjawab, "Bahawa anaknya yang kafir itu tidak termasuk keluarga yang telah dijanjikan Allah atas keselamatan mereka itu. Kerana, ia belum beriman, bahkan sebaliknya dia fanatik dalam kekufurannya, dan melakukan perbuatan yang tidak terpuji. Oleh kerana itu Allah melarang nabi Nuh meminta suatu permintaan kecuali apabila sudah diiringi dengan suatu keyakinan tentang kebenaran keyakinannya itu. Allah juga telah melarang masuk golongan orang-orang zalim yang tidak diberi pertolongan dari azab Allah, walaupun mereka itu anaknya sendiri. Kasih sayang orang tua terhadap anaknya, sama sekali tidak menggugurkan hukum Allah. Nuh menyesali perbuatannya dan mengakui berdosa sambil berkata, "Aku mohon perlindungan-Mu hai Tuhanku, dan takut kepada-Mu. Sekarang, aku berlindung kepadaMu jika Engkau tidak segera mengampuni dan menyayangiku, nescaya aku termasuk orang-orang yang merugi. 18. Surutnya Banjir Besar Setelah semua orang kafir hancur akibat banjir besar, Allah memerintahkan bumi untuk menelan air banjir itu dan memerintahkan langit agar berhenti menurunkan hujan. Lenyaplah air banjir dari permukaan bumi, dan terdamparlah perahu Nuh di atas gunung Al-Juud. Ketika itu, berserulah penumpang perahu itu terhadap orang-orang kafir yang telah hancur, "Jauhilah orang-orang zalim dari rahmat Allah dan kasih sayang-Nya." 19. Turun Dari Kapal Setelah bahtera berlabuh di atas gunung, dan bumi telah menelan airnya, Allah memerintahkan Nabi Nuh turun dari bahtera ke darat. Nabi Nuh, keluarganya dan seluruh pengikutaya dengan menerima berkah Allah, dan kelak akan menjadi umat yang beriman. Sebahagian dari mereka akan memperolehi kenikmatan dunia. Tetapi sebahagian yang lain tidak mendapat berkah Allah kerana mereka menyimpang dari kebenaran, dan disesatkan oleh syaitan yang mengakibatkan mereka akan menerima azab Allah. Dalam akhir kisah ini, Allah menghadapkan pembicaraan kepada Nabi Muhammad SAW, seraya berfirman yang bermaksud: "Kisah Nuh dan kaumnya yang Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) adalah khabar ghaib; kamu dan kaummu tidak mengetahui kisah ini secara terperinci sebelum kami turunkan wahyu tentang kisah ini kepadamu. Maka sabarlah

26

KISAH PARA NABI & RASUL

NABI NUH AS.

dalam menghadapi penghinaan dari kaummu, seperti kesabaran Nuh dahulu. Kerana, akibat yang kamu perolehi adalah keburuntungan sebagaimana yang pernah diperolehi Nuh. Dan akibat yang baik itu sentiasa akan diperolehi orang-orang yang bertaqwa" (Hud: 49) Janji Allah adalah benar, dan Allah menolong Nabi Muhammad dalam menghadapi musuh-musuhnya, sebagaimana Allah telah menolong Nabi Nuh sebelumnya. Ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Al-Quran adalah wahyu Ilahi, dan diutusnya Nabi Muhammad adalah benar kerana Allah, mengkhabarkan masalah-masalah ghaib yang akan dan sudah terjadi, dan tidak ada yang mengetahui yang ghaib kecuali Allah.

27