kisah nabi adam dalam syurga

Upload: shamsiah-taha

Post on 06-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Kisah Nabi Adam Dalam Syurga

    1/3

    Kisah Nabi Adam di dalam Syurga ( perempuan)

    Bismillahirrahmanirrahim..

    Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh...

    Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagi

    bijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.

    Berdirinya saya di hadapan ini adalah semata-mata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quran iaitu

    Kisah Nabi Adam di dalam Syurga.

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Pantun;

    Bijak sungguh si Tuan Hakim

    Pesalah Penjenayah diberi hukuman

    Nabi Pertama Nabi Adam

    Dalam Syurga Hidup aman

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Sudah termaktub bahawa keadaan di dalam Syurga Allah SWT amatlah penuh dengan keindahan

    yang sempurna. Tiada cacat cela dan kekurangan. Maka dengan kehendak Allah SWT dan dengankekuasaan yang Maha Kuasa menjadikan Nabi Adam sebagai penghuni syurgaNya, manusia

    pertama yang dicipta daripada tanah.

    Firman Allah SWT,

    Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula),

    bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadiankamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. ( surah Ar-Rum

    ayat 20 )

    Ya, manusia dijadikan oleh Allah SWT , sebaik-baik makluk ciptaan-Nya. Namun sayangnya, kini,

    kita dapati bayi-bayi dibuang di sana sini. Selain itu, berlaku juga pemerdagangan bayi.

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Sesungguhnya Allah SWT telah mengarahkan para malaikat, iblis dan semua isi syurga supaya sujud

    hormat kepada Nabi Adam. Namun, Iblis enggan menuruti perintah Allah swt itu. Maka jadilah Iblis

    sebagai makhluk yang dilaknat oleh Allah swt.

  • 8/3/2019 Kisah Nabi Adam Dalam Syurga

    2/3

    Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi

    Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur,

    dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

    (Al-Baqarah ayat 34)

    Dengan penciptaan Nabi Adam ini, ia menimbulkan kebimbangan kalangan malaikat. Namun, Allah

    swt menyatakan kepada mereka bahawa Allah swt Maha Mengetahui apa yang dilakukan.

    Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak

    menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu

    dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang

    akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa

    bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku

    mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

    (Al-Baqarah ayat 30) |

    Kini, kita saksikan bahawa sifat takabur dan bangga diri telah banyak menjatuhkan diri sendiri

    contohnya para pemimpin dunia ramai yang bersifat takabur telah jatuh kerajaannya.

    Pengajarannya, kita jangan bongkak dan takabur dan jangan buruk sangka terhadap orang lain.

    Tuan-taun dan puan-puan sekalian,

    Sesungguhnya kehidupan Nabi Adam di dalam syurga telah dikurnia ilmu pengetahuan dan para

    Malaikat merasa takjub dengan ilmu baginda. Baginda mengetahui semua nama benda. Malaikat

    amat menghormati Nabi Adam.

    Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain

    dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui,

    lagi Maha Bijaksana".

    (Al-Baqarah ayat 32)

  • 8/3/2019 Kisah Nabi Adam Dalam Syurga

    3/3

    Namun, sebaliknya, Iblis berdendam dengan baginda dan ia berjanji untuk menyesatkan keturunan

    Nabi Adam iaitu kita semua.

    Nagara kita Malaysia pada masa ini dalam keadaan aman damai dan kita mesti bersyukur.

    Pengajarannya, kita wajib menanamkan sifat syukur atas nikmat dari Allah swt ini.

    Tuan-tuan dan puan sekalian,

    Ketika Nabi Adam berada di syura yang penuh dengan kenikmatan yang sempurna, baginda masih

    merasa sunyi. Maka, Allah swt telah menciptakan Hawa sebagai isterinya yang diambil dari tulang

    rusuk Nabi Adam. Maka, baginda pun tidak merasa sunyi lagi selepas itu.

    Allah swt juga melarang Nabi Adam dan isterinya daripada memakan buah khuldi.

    Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah

    dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri

    pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang

    yang zalim".

    (Al-Baqarah ayat 35)

    Kini, kita dapati kes penceraian semakin meningkat dalam negara kita.

    Pengajarannya, kita hendaklah sentiasa mewujudkan kasih dan sayang dalam kehidupan kita.

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Untuk mengakhiri kisah ini, Nabi Adam dikeluarkan oleh Allah swt dari syurga kerana tipu daya

    Iblis. Baginda dan isterinya diperdaya memakan buah khuldi.

    Pada hari ini, syirik dan murtad serta gejala sosial semakin membimbangkan kita semua.

    Oleh itu kita mesti kuatkan iman dan bertekad jangan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan.

    Wabilahitaufiwalhidayah wassalamualaikum warahmatulahiwabarakatuh.

    Sekian terima kasih.