kisah imam syafie menuntut ilmu

Upload: mohd-nazlan

Post on 02-Jun-2018

347 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    1/22

    Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    Imam Shafie merupakan salah seorang Imam Mazhab yang empat. Beliau mempunyai

    ketajaman akal dan kecerdikan yang luar biasa. Beliau telah menghafaz al-Quranseawal umur 9 tahun lagi. Setahun kemudian pula, beliau menghafal kitab al-Muwattakarangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang sangat mencintai ilmu. Lantaranitu, pada satu hari beliau meminta izin daripada ibunya untuk keluar menuntut ilmu keMadinah. Ia merupakan kali pertama Imam Shafie keluar daripada tempat kelahirannya,Makkah dan mengembara untuk meluaskan ilmu.

    Apabila tiba di Madinah, beliau terus menuju ke Masjid Nabawi dan menunaikan solatsunat dua rakaat. Setelah selesai solat, beliau terpandang satu Majlis ilmu yangdisampaikan oleh seseorang yang sangat hebat dalam masjid tersebut. Orang tersebutsedang bersyarah di hadapan begitu ramai anak-anak muda yang kesemuanya

    khusyuk mendengarnya. Orang itu ialah Imam Malik yang sedang mengajar murid-muridnya tentang hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Dengan langkah yang tertib, ImamShafie terus menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau.Imam Shafie lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur.Beliau menulis segala apa yang diajar oleh Imam Malik tersebut di atas tapaktangannya. Tanpa di sedari, Imam Malik memerhati segala tingkah lakunya.

    Selesai pengajian, Imam Malik pun memanggil Imam Shafie untuk menegur beliau.Sangkanya Imam Shafie berbuat perkara kurang sopan ketika belajar. Imam Malikbertanya kepada Imam Shafie, Apakah kamu berasal dari Makkah. Jawab ImamShafie, Benar. Imam Malik kemudian bertanya, Mengapakah engkau bermain-main

    dengan lidi dan air liurmu semasa aku sedang mengajar?. Jawab Imam Shafie, Maaftuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Oleh kerana saya tidak ada kertas danpena, segala yang tuan ajar saya tulis di atas tapak tangan saya dengan menggunakanlidi dan air liur untuk saya menghafalnya.

    Apabila Imam Malik membelek-belek tangan Imam Shafie, beliau tidak menjumpaisebarang tulisan pun. Beliau terus berkata, Tetapi kenapa tapak tangan engkau nikosong sahaja.

    Kata Imam Shafie, Benar tuan. Namun demikian tuan, saya telah pun menghafalsemua hadis-hadis yang tuan riwayatkan itu.

    Setelah beliau disuruh membaca apa yang dihafalnya, Imam Malik mendapati tidak adasatu hadis yang tinggal daripada 20 hadis yang diajar hari itu. Perkara yang aneh inibelum pernah terjadi sebelumnya. Imam Malik begitu tertarik hati dengankebijaksanaannya. Semenjak peristiwa itu, Imam Shafie dijemput untuk menetap dirumah Imam Malik sebagai tetamu sekali gus menuntut ilmu dengan Imam Malik.Selama 18 bulan Imam Shafie berguru dengan Imam Malik. Hatinya yang terangmemudahkan beliau memahami dan menghafal kitab al-Muwatta. Sehingga akhirnya,

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    2/22

    murid kesayangan Imam Malik ini sering diberi penghormatan bersyarah dan mengajarmurid-murid yang lain.

    Pengajaran:

    1.Diperhatikan kehadiran Imam Shafie yang sedikit lewat dalam majlis ilmu Imam Maliktelah sedikit sebanyak mengganggu perhatian Imam Malik untuk menyampaikan ilmusepenuhnya. Lantaran itu, dalam menuntut ilmu sebaik-baiknya biarlah berada didalam majlis seawal mungkin dan tepat pada masanya kerana sesungguhnya ilmuitu ditunggu dan bukannya menunggu. Hal ini juga dapat mengelak daripadapenyampai ilmu dan penerima ilmu yang berada dalam majlis merasa terganggudengan keterlewatan kita itu.

    2. Dalam majlis ilmu, tumpuan perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan kepadapenyampaian ilmu.Apa sahaja perlakuan yang tidak berkaitan seharusnya dielakkan.Perlakuan Imam Shafie sahaja yang sedang mencatat isi pengajaran kuliah Imam Malik

    dengan menggunakan lidi dan air liur di atas tapak tangan pun sudah begitumengganggu tumpuan Imam Malik untuk mengajar apatah lagi sekiranya ada anak-anak murid yang bercakap-cakap atau melakukan hal-hal lain yang tidak berkaitansemasa pengajaran.

    3. Seorang pendidik yang baik akan mengenal pasti kebolehan dan keistimewaananak muridnya dalam mendidik,agar dengan itu proses pendidikan dapat dilakukandengan tepat, sesuai dengan kebolehan dan keupayaan murid tersebut. Menyedarikemampuan dan keistimewaan Imam Shafie, Imam Malik terus mengajak Imam Shafieke rumah beliau untuk terus dididik dan dipertajamkan kebolehannya sehingga akhirnyailmu tersebut dapat dimanfaatkan untuk kebaikan umat.Nasihat Imam Syafie

    Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu,penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliaubanyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada parapelajar. Antaranya ialah :

    1. Imam al-Syafie pernah bersyair:

    Aku mengadukan kepada Waki (guru beliau) tentang buruknya hafalanMaka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat

    Dan berkata, Ketahuilah bahwa i lmu adalah cahayaDan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat

    2.Beliau Berkata :

    Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harusmening galkan pembicaraan yang t idak bermanfaat, meningg alkan d osa-dosa,mengh indar i perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang

    dikerjakan antara dia dan Allah . Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    3/22

    membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya.Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.

    Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :

    1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk

    mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmuyang bermanfaat.

    2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa ituamat berharga bagi seorang pelajar.

    3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui olehsesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

    4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya denganilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

    5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akanmenyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannyaselepas mati.

    10 PERKARA YANG SIA-SIA

    1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkan doanya untuk

    ibu-bapanya sendiri serta kaum Muslimin.

    .2. Orang yang kerapkali membaca Al-Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus

    ayat tiap-tiap hari..3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa

    mengerjakan solat tahiyyatul-masjid..

    4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepadapenghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

    .

    5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itutanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

    .

    6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidakmempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan..

    7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan

    masing-masing dan keluarganya..

    8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak

    dilayani tetamunya itu.

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    4/22

    .

    9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu

    yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti..

    10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri

    makan kekenyangan di dalam rumahnya.

    pENYELIDIKAN KEBERKESANAN j-QAF

    PROGRAM j-QAF : PERANAN DAN PERSEPSI GURU TERHADAP

    PELAKSANAANNYA DALAM MEMPERKASAKAN PROGRAM DAKWAH DI

    SEKOLAH KEBANGSAAN

    1.0 PENGENALANDakwah adalah tugasan utama yang diperintahkan oleh Allah kepada nabi Muhammad SAW

    dalam menyeru manusia ke arah kesejahteraan dunia dan akhirat. Firman Allah di dalam surah

    an-Nahl ayat 125:Maksudnya:

    Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat

    pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan carayang lebih baik; sesungguhnya tuhanmu dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat

    dari jalannya, dan dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah

    petunjuk.

    Al-Quran telah menjelaskan tiga metode dakwah yang menjadi teras dalam usahapendekatan dakwah iaitu metode al-Hikmah, al-Mauizah al-hasanah dan al-Mujadalah.

    Menariknya ketiga-tiga metode di atas juga digunakan dalam dunia pendidikan. Jesteru itu, salah

    satu cara yang paling efektif untuk berdakwah ialah melalui pendidikan. Kerana pada

    hakikatnya, wujud satu persamaan di antara dakwah dan pendidikan iaitu berlakunya prosespemindahan pengetahuan. Persamaan itu melahirkan beberapa persamaan tujuan antara dakwah

    danpendidikan iaitu membentuk keperibadian muslim yang sejatisebagai matlamat utama.

    Pendidikan sebagai agen perubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiapindividu masyarakat melalui pelbagai proses. Proses pemindahan tersebut ialah pengajaran,

    latihan dan indoktrinasi (Hassan Langgulung1987). Oleh yang demikian, proses pengajaran dan

    pembelajaran di institusi pendidikan merupakan salah satu proses dakwah terpenting, bahkanpaling banyak memberi kesan dalam pembentukan sahsiah pelajar tersebut.

    Di Malaysia, Perdana menteri Malaysia yang ke lima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah

    melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan di bawah penyelarasan Kementerian

    Pelajaran Malaysia yang mengandungi sepuluh teras asas. Dimulakan dengan pendahuluan,

    sistem pendidikan kebangsaan sebagai perletakan asas, pendidikan kebangsaan melangkah kehadapan, membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan sekolah

    kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion perguruan, melonjakkan

    kecemerlangan institusi pendidikan, serta faktor kritikal kejayaan (Pelan Induk PembangunanPendidikan 2006).

    Selaras dengan teras asas tersebut, Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian

    Pelajaran Malaysia telah lebih awal merealisasikan asas tersebut dengan menubuhkan sebuah

    http://ms.wikipedia.org/wiki/1987http://ms.wikipedia.org/wiki/1987http://ms.wikipedia.org/wiki/1987http://ms.wikipedia.org/wiki/1987
  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    5/22

    program pelajaran yang baru iaitu dinamakan program j-QAF. Program j-QAF ini berasaskan

    idea Y.A.B.Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya

    ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah

    diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui seminar , bengkel dan mesyuarat j-QAF

    (http://www.bpi.edu.my).

    Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan

    khusus dalam pengajaran jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang telah dilkasanakan

    diperingkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model

    dan modulnya yang tersendiri. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

    Tenaga guru yang khusus digunakan bagi mengendalikan program ini. Setelah program ini

    dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat (ibid):

    1. Menguasai bacaan dan tulisan Jawi2. Khatam Al-Quran3. Menguasai Bahasa Arab dan4. Memantapkan dan menghayati amalan Fardhu Ain

    Lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-

    model berkenaan adalah seperti berikut :

    Model Khas Pemulihan Jawi

    Model 6 bulan Khatam Al-Quran

    Model Tasmik

    Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi

    Model Bestari Solat

    Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid

    biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 Jawi diajar selama 2 seminggu. Selepas itu ia

    diajar selama 1 waktu seminggu. Model 6 bulan Khatam Al-Quran akan menggunakan waktu

    Pendidikan Islam sebanyak 4 waktu dalam tempoh 6 bulan pertama waktu persekolahan. Pada

    masa yang sama murid yang belum menguasai bacaan Al-Quran akan membaca dengan

    bimbingan guru dan meneruskan kaedah IQRA. Pada 6 bulan kedua, asuhan Tilawah Al-Quran

    menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu untuk tahun 2 hingga 6. Model Tasmik Al-

    Quran dillaksanakan di luar waktu persekolahan dengan bimbingan guru j-QAF, guru Pendidikan

    Islam dan guru-guru lain yang berkelayakan dengan persetujuan pihak pentadbir sekolah. Bacaan

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    6/22

    murid akan direkod oleh guru di dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran yang dibekalkan oleh

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Model Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi akan

    dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini, iaitu

    selama 2 waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata Pelajaran Bahasa Cina

    Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi. Model Bestari Solat akan dilaksanakan luar jadual

    waktu persekolahan. Ia akan dilaksanakan 4 kali setahun (ibid).

    Setelah model-model itu dilaksanakan, maka wujud beberapa model tambahan lain yang

    menyokong pelaksanaan model tersebut seperti Model Kem Literasi al-Quran dan Model Kem

    Bina Juara. Seterusnya di dalam program j-QAF telah dilaksanakan acara tahunan program

    dakwah j-QAF yang dinamakanprogram khatam al-Quran j-QAF. Acara yang diperuntukkan di

    dalam program ini seperti Pertandingan Tilawah Al-Quran, Kalam Jamaie, Dikir Barat Bahasa

    Arab, serta Kuiz Jawi, Bahasa Arab dan Fardu Ain. Semua acara pertandingan tersebut

    memerlukan pengetahuan dan penghayatan yang mantap terhadap ilmu fardu ain, kemahiran

    membaca al-Quran dan jawi, serta kemahiran asas bertutur bahasa arab.

    2.0 PENYATAAN MASALAHMasalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja muslim semakin membimbangkan, di antara

    faktor yang mendorong kepada masalah ini ialah faktor keluarga, rakan sebaya, keadaanpersekitaran sekolah dan terutamanya konflik dalaman diri remaja itu sendiri (Zainudin &

    Norazmah 2011) dan faktor-faktor ini membawa kepada perlanggaran disiplin disekolah seperti

    hisap rokok, bergaduh, vandalism, biadap terhadap guru, ponteng dan masalah buli (Khalim &

    Wan Zulkifli 2009). Faktor-faktor ini terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman sepertikekeliruan dalam diri pelajar itu sendiri dan faktor luaran seperti persekitaran sekolah, keluarga

    dan pengaruh rakan sebaya (Aswati 2007).

    Ditambah pula dengan kekurangan penghayatan agama seperti pengetahuan solat,kemahiran membaca al-Quran (Azhar Ahmad & Halim Tamuri 2005), kemahiran membaca jawi

    dan pengetahuan asas bahasa Arab dalam kalangan pelajar muslim semakin membimbangkan.

    Sering kali dinyatakan bahawa masalah ini berpunca daripada kelemahan sistem PendidikanIslam di sekolah (Asmawati 2008) kurangnya perhatian dari ibu bapa, pengaruh rakan sebaya

    (Zainudin & Norazmah 2011), ledakan media massa serta kemajuan penggunaan internet yang

    tiada tapisan secara menyeluruh.

    Kurang pengetahuan dan penghayatan agama ini bukan sahaja dialami oleh pelajardiperingkat menengah bahkan diperingkat pengajian tinggi pun turut terlibat dalam masalah ini.

    Maka Pendidikan Islam di sekolah menengah tidak dapat menangani masalah ini secara

    menyeluruh. Di Malaysia pelajar akan melalui beberapa peringkat pengajian yang dimulai dari

    peringkat rendah, menengah dan seterusnya keperingkat pengajian tinggi. Jesteru didikan awaldiperingkat rendah adalah sangat penting dalam pembentukan asas ilmu yang mantap.

    Namun Pendidikan Islam sedia ada di peringkat rendah tidak dapat berjalan dengan

    sempurna disebabkan tuntutan kurikulumn, masa yang terhad (Aderi & Rohani 2010) dankekurangan guru Pendidikan Islam itu sendiri. Begitu juga apabila di nilai tahap penghayatan

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    7/22

    agama adalah berbeza di antara beberapa jenis sekolah yang wujud seperti Sekolah Menengah

    Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama

    Penuh (SBP), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Teknik /Vokasional (SMT/V) (Sarimah et al. 2011).

    Maka dengan inisiatif kerajaan malaysia telah menubuhkan program j-QAF dengan

    beberapa matlamat tertentu. Program j-QAF adalah suatu program baru yang ditubuhkan bagimemperkasakan lagi program Pendidikan Islam disekolah rendah (SK, SJK) diseluruh negara.Program ini ditubuhkan bagi memantapkan lagi pencapaian pelajar dalam menguasai

    pengetahuan agama secara lebih menyeluruh dalam pembentukan ilmu agama dan akhlak

    Islamiah yang terpuji di samping dapat membantu guru Pendidikan Islam sedia ada disekolah.Jesteru itu beberapa modul telah diperkenalkan melalui program j-QAF. diantaranya

    Modul khatam al-Quran yang mensasarkan semua murid wajib khatam al-Quran sebelum

    berpindah ke sekolah menengah. Setelah modul ini berjalan selama 6 tahun iaitu dari tahun 2005

    sehingga tahun 2011, tahap kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid telahmenunjukkan peningkatan yang baik (Fairus 2011). Begitu juga dengan Modul Kem Bestari

    Solat j-QAF, menunjukkan peningkatan terhadap minat pelajar menyertai program tersebut

    adalah baik menurut (Asmawati & Lokman 2009). Namun tahap keberkesanan program inimasih belum dikaji secara menyeluruh. Tambahan pula, program ini baru dilaksanakan dan

    memerlukan kajian yang terperinci untuk proses penambahbaikan.

    Oleh yang demikian timbul beberapa persoalan di sini, apakah program j-QAF ini

    berperanan memberi sumbangan dalam mengislahkan (menambah baik) lagi program dakwahyang sedia ada di sekolah dan bagaimanakah persepsi guru Pendidikan Islam dan j-QAF

    terhadap perlaksanaan program dakwah di sekolah serta sejauhmanakah keberkesanannya

    terhadap pelajar dalam menguasai ilmu pengetahuan asas agama Islam.

    3.0 PERSOALAN KAJIAN

    1. Apakah peranan program j-QAF dalam memperkasakan pelaksanaan program dakwah disekolah.

    2. Bagaimanakah persepsi guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap tahap perlaksanaanprogram dakwah disekolah.

    3. Sejauhmanakah tahap keberkesanan program dakwah di sekolah dapat diperkasakanselepas pelaksanaan program j-QAF.

    4.0 OBJEKTIF KAJIAN

    1. Mengetahui peranan program j-QAF dalam memperkasakan pelaksanaan programdakwah di sekolah.

    2. Mengenal pasti persepsi guru Pendidikan Islam dan j-QAF terhadap perlaksanaanprogram dakwah disekolah.

    3. Menganalisis tahap keberkesanan program dakwah di sekolah dapat diperkasakan selepaspelaksanaan program j-QAF (melalui data e-pelaporan j-QAF).

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    8/22

    5.0 METODOLOGI KAJIAN

    5.1 Reka bentuk kajianPengkaji menggunakan kaedah kajian tinjauan sebagai reka bentuk kajian. Kajian tinjauan inimerupakan kajian infrensi yang menggunakan data-data kuantitatif dan kualitatif. Data-data

    dipungut melalui borang soal selidik, temu bual berstruktur dan rujukan maklumat dokumentasi.

    5.2 Subjek kajianKajian ini dijalankan sekolah-sekolah kebangsaan Jerantut, Pahang. Responden kajian ini adalahterdiri daripada guru Pendidikan Islam, j-QAF dan Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut.

    Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak mudah.

    5.3 Instrumen kajianTiga instrumen digunakan dalam kajian ini.

    1. Borang soal selidik diedarkan kepada guru Pendidikan Islam dan j-QAF.2. Temu bual berstruktur dan bersemuka secara individu.3. e-pelaporan j-QAF yang mengandungi item tahap penguasaan Wudu, Solat, Pencapaian

    Iqra, Pencapaian Khatam Al-Quran dan Bahasa Arab.

    5.4 Prosedur kajianProsedur pengumpulan data yang dilakukan melalui borang soal selidik diisi oleh respondensecara tidak serentak. Sebelum pengisian borang soal selidik responden kajian diberikan

    penerangan tentang cara pengisiannya. Masa pengisian borang soal selidik tidak dihadkan.

    Seterusnya temu bual secara berstruktur dilakukan kepada dua orang pegawai secara berasingan

    Masa yang diperuntukkan selama 30 minit setiap seorang dan jawapan direkod secara bertulisdan melalui rakaman video. Data e-pelaporan pula diambil dari 3 tahun ke belakang iaitu 2011,

    2010 dan 2009. Data e-pelaporan ini akan dirujuk dari data e-pelaporan j-QAF Pejabat Pelajaran

    Daerah Jerantut.

    5.5 Analisis dataData daripada setiap item borang soal selidik yang diisi oleh responden dikodkan dalam

    komputer dengan menggunakan program SPSS 18.0 (Statistic Package For Social Science). Data

    temu bual disusun secara sistematik mengikut susunan soalan yang telah ditetapakan di dalamtemu bual tersebut. Manakala data e-pelaporan j-QAF dianalisis melalui perisian data e-

    pelaporan 11.5. Data juga dipersembahkan di dalam bentuk jadual, graf dan carta.

    6.0 LIMITASI KAJIANLokasi kajian ini hanya meliputi sekolah-sekolah kebangsaan di daerah Jerantut Pahang.

    Responden terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan j-QAF serta Pegawai Pendidikan Islam

    dan j-QAF Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Item yang dikaji meliputi program dakwah dalamj-QAF sahaja.

    7.0 TINJAUAN LITERATURTinjauan literatur merupakan bahagian yang penting dalam penyelidikan, di mana pengkaji

    membuat tinjauan ke atas kajian-kajian lepas untuk memperolehi maklumat berkaitan dengankajian (Chua 2006). Pengkaji telah menemui beberapa kajian yang menjelaskan perkara yang

    berkaitan dalam memperkemaskan lagi kajian yang akan dilaksanakan. Beberapa perkara penting

    diambil kira dalam mencapai tujuan kajian ini yang menjadi faktor penting dalam menilai

    peranan guru Pendidikan Islam j-QAF dari segi keberkesanan pendidikan dakwah di sekolahdalam menangani masalah tersebut.

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    9/22

    Di antaranya ialah penjelasan mengenai keruntuhan akhlak remaja dan masalah disiplin

    (Zainudin & Norazmah 2011; Khalim & wan zulkifli 2009; Aswati 2007) dalam kalangan pelajar

    di malaysia. Seterusnya kajian yang menjelaskan tahap penghayatan agama (Azhar & HalimTamuri 2010; Adibah 2008; Sarimah et al. 2011; Ahmad Johari et al. 2008; Jaffary Awang et al.

    2009) dibeberapa peringkat pendidikan seperti di peringkat universiti dan diperingkat menengah.

    Tinjauan kajian juga mendapati beberapa konsep dan pendekatan (Halim Tamuri &Khairul Azman 2010; Maimun & Roslan 2005) yang telah dilaksanakan sebagai garis panduankepada guru Pendidikan Islam disekolah serta peranan (Ismail Abas 2007; Baharom et al. 2008;

    Amla Salleh & Abd. Aziz 2010; Sapora Sipon 1999) yang telah dimainkan oleh guru dalam

    mendidik akhlak pelajar dan juga beberapa persepsi pelajar dan guru (Syed Najmuddin 2009;Othman Napiah (2010); Azhar & Nor syakirah (2010) terhadap pelaksanaan Pendidikan Islam

    disekolah. Seterusnya kajian yang menjelaskan dasar pelaksanaan program j-QAF (Rafidah

    2009; Ghazali 2007; Asmawati & Lokman 2009; Fairuz 2011) yang telah ditetapkan oleh

    Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia secara umumnya. Berdasarkanpenjelasan ringkas di atas maka kajian literatur ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian.

    7.1 Faktor Keruntuhan Akhlak dan Disiplin Pelajar.

    Kajian Aswati (2007) menjelaskan bahawa ada dua faktor yang menjadi impak besar dalam

    pembentukan akhlak dikalangan orang Melayu iaitu Pertamanya; faktor luaran yang secara

    jelasnya melibatkan faktor persekitaran sosial yang tidakmembina seperti pengaruh media massadalam menyebarluaskan budayahidup glamor, budaya hiburan, nilai-nilai hidup materialistik.

    Kedua, faktor dalaman yang melibatkan kekeliruan minda, kerapuhan pegangan agamadalam

    kalangan masyarakat umum khususnya generasi muda dan sikapnegatif terhadap jaringankomunikasi dalam masyarakat.

    Kajian ini disokong oleh Zainudin & Norazmah (2011) yang menjelaskan Faktor-faktor

    yang mempengaruhi keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja disekolah ialah faktor latar

    belakang diri sendiri, faktor latar belakang keluarga, bentuk pengaruh rakan sebaya dan jugapermasalahan persekitaran dari sekolah yang merupakan faktor luaran. Dan seterusnya dapatan

    kajian merumuskan bahawa faktor latar belakang diri sendiri paling mempengaruhi remaja

    terlibat dengan masalah sosial yang merupakan faktor dalaman.Khalim dan Wan Zulkifli (2009) menyatakan bahawa faktor-faktor di atas adalah diluar

    kawalan sekolah dan amat rumit. Berdasarkan faktor-faktor diatas juga, lahirlah beberapa

    masalah perlanggaran disiplin dalam kalangan pelajar di peringkat remaja ini seperti menghisaprokok disekolah, bergaduh, vandalisme, biadap terhadap guru, kes buli dan ponteng.

    7.2 Tahap Pengetahuan dan Penhayatan Agama.Azhar Ahmad dan Halim Tamuri (2010) menjelaskan bahawa tahap penghayatan akhlak peribadi

    dalam kalangan pelajar sekolah menengah adalah sederhana tinggi. Manakala analisis terperincidari segi peratus kekerapan penghayatan tingkahlaku kesemua jenis akhlak peribadi

    menunjukkan pola penghayatan yang agak rendah dalam beberapa jenis tingkahlaku akhlak

    peribadi berbanding dengan beberapa jenis tingkahlaku akhlak yang lain.

    Manakala kajian Ahmad Johari et al. (2009) pula memfokuskan berkenaan tahappengetahuan agama dan amalan agama serta gaya hidup mahasiswa untuk dijadikan panduan

    kepada pihak pentadbiran universiti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan

    agama dalam kalangan pelajar di UTM adalah tinggi. Namun tahap penghayatan agama dari segiamalan mereka adalah sederhana. Ini kerana mereka lebih menumpukan kepada ekademik dan

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    10/22

    kepimpinan semata-mata dan hubungan pengetahuan agama dan amalannya adalah pada tahap

    yang rendah.

    Adibah (2008) di dalam kajiannya menjelaskan bahawa tahap penghayatan agama dalamkalangan pelajar pada peringkat tinggi ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor pendorong

    iaitu seperti faktor dorongan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, tahap pembelajaran dan

    persekitaran sekolah, pengaruh media massa, faktor idola serta suasana masyarakat sekeliling.Namun hasil dari dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa faktor idola adalah subjek yangpaling tinggi mempengaruhi pelajar.

    Perbezaan jenis sekolah juga telah mempengaruhi tahap pengetahuan dan penghayatan

    agama dalam kalangan pelajar. Seperti diselangor terdapat beberapa jenis sekolah yang berbezalatar belakang sistem pembelajaran dan sukatan pelajarannya seperti Sekolah Menengah

    Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama

    Penuh (SBP), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Teknik /

    Vokasional (SMT/V) (Sarimah et al. 2011).Kajian ini diperkukuhkan lagi oleh dapatan kajian yang dibuat oleh Jaffary awang et al.

    (2009) yang menjelaskan bahawa tahap pengetahuan, penghayatan dan amalan disekolah agama

    adalah lebih baik berbanding dengan sekolah menengah harian biasa. Perbezaan ini terjadidisebabkan pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru disekolah tersebut, seterusnya

    keseimbangan ilmu dunia dan akhirat serta budaya praktikal amalan agama yang istiqamah.

    7.3 Konsep dan Pendekatan Pendidikan Islam.Pendidikan Islam disekolah dilaksanakan dalam pelbagai bentuk pendekatan dan kaedah bagimenarik minat dan kecenderungan terhadap amalan agama dan penghayatannya. Halim Tamuri

    dan Khairul Azman (2010) telah membincangkan di dalam kajian mereka mengenai amalan

    pengajaran guru Pendidikan Islam yang berkesan dan beberapa komponen teras kesediaan yangperlu ada pada setiap guru Pendidikan Islam. Perbincangan ini berasaskan kepada konsep

    Mualim. Guru Pendidikan Islam seharusnya mempunyai 4 komponen asas yang menjadi syarat

    sebagai Mualim berkesan iaitu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, penguasaan

    ilmu, motivasi, dan personaliti sebagai guru Pendidikan Islam.Seterusnya Kajian yang telah dijalankan dibeberapa buah sekolah di brunei bagi

    mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang paling popular yang selalu digunakan oleh guru-

    guru agama dan juga untuk mengenal pasti kaedah-kaedah pengajaran yang berkesan di dalampengajaran Pengetahuan Agama Islam. Kajian ini mendapati beberapa kaedah pengajaran yang

    popular dan kerap digunakan di dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam iaitu kaedah

    penerangan, soal jawab, nasihat dan latih-tubi. Hasil utama kajian menunjukkan bahawa kaedah-kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran Pengetahuan Agama Islam adalah kaedah

    nasihat, hafalan, bercerita dan lakonan. Sementara itu, aplikasi kaedah-kaedah ini berkesan

    kepada kepelbagaian tingkah laku dan sahsiah pelajar di antaranya, berfikir dengan cara Islamik,

    mendorong minat pembelajaran, membantu pelajar mengamalkan ajaran-ajaran Islam,memperbaiki perangai dan akhlak mereka, membantu pelajar dalam menilai dan menyerap nilai-

    nilai Islam serta membina rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

    Selain daripada itu, dalam kajian ini mendapati pengajaran guru-guru perempuan lebih berkesan

    daripada guru-guru lelaki (Maimun & Roslan 2005).

    7.4 Peranan Pendidikan Islam, Guru dan Ibu bapa.Seterusnya tinjauan berkenaan peranan Pendidikan Islam dan guru dalam beberapa perspektif

    dikenal pasti. Di antaranya Ismail Abas (2007) menjelaskan beberapa item yang menunjukkanperanan guru dalam menghadapi gagasan 2020 dari gagasan yang ketujuh. Di antaranya ialah

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    11/22

    peranan guru membina watak seseorang pelajar itu dan menjadi guru yang berkualiti. Kajian ini

    seterusnya menjelaskan bahawa guru seharusnya sedar dan peka terhadap amalan murid setelah

    pengetahuan diserap kepada pelajar. Kefahaman dari segi amalan perlu diterapkan secara seriussehingga pelajar itu betul-betul mahir (Abdul Halim Muhammady 1986). Guru juga seharusnya

    sedar bahawa selepas waktu persekolahan murid akan berhadapan dengan masyarakat secara

    lebih luas dan tiada kawalan.Seterusnya diteliti kajian mengenai peranan Pendidikan Islam dalam membentukpersonaliti pelajar yang mencakupi aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani seiring dengan

    Falsafah Pendidikan Negara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman mengenai

    pengetahuan Pendidikan Islam adalah tinggi namun pelaksanaan nilai dalam kehidupan harianmereka adalah di tahap sederhana. Namun di antara faktor yang mempengaruhi amalan dan nilai

    yang diterapkan lebih menunjukkan pengaruh keluarga adalah memainkan peranan penting

    (Baharom et al. 2008).

    Bertepatan dengan dapatan kajian di atas satu kajian yang dibuat oleh Sapora Sipon(2008) iaitu menjelaskan berkenaan peranan ibu bapa dalam menangani masalah sosial remaja

    adalah paling penting. namun konflik yang terjadi di antara ibu bapa juga menjadi faktor utama.

    Akibatnya lahirlah beberapa kesan negatif kepada remaja yang membawa masalah sosial yangtinggi. Maka beberapa cadangan diberikan bagi menangani konflik tersebut seperti curahan kasih

    sayang yang secara menyeluruh, menyediakan suatu peruntukan masa yang cukup kepada

    mereka (remaja), didisplin, rasa hormat, didikan yang sempurna dan betul dan lain-lain.

    Amla Salleh dan Abd. Aziz (2010) menjelaskan mengenai peranan bapa dalammempengaruhi pembangunan sahsiah pelajar diperingkat remaja dari segi tanggungjawab ketua

    keluarga, pencapaian akademik pelajar dan juga pandangan pelajar bagaimana tahap komunikasi

    bapa dengan mereka. Seramai 468 pelajar digunakan dalam sampel kajian ini. Penggunaanmodel asuhan bapa digunakan sebagai asas pengukuran di dalam borang soal selidik.

    7.5 Persepsi Pelajar dan GuruSyed Najmuddin (2009) dalam Kajiannya telah menjelaskan persepsi pelajar terhadap

    kepimpinan guru Pendidikan Islam di MRSM. Penilaian tersebut terbahagi kepada beberapaperkara iaitu imej dan personaliti guru Pendidikan Islam, tahap pengajaran dan pembelajaran

    guru Pendidikan Islam, kepimpinan guru Pendidikan Islam serta bagaimana tahap kemahiran

    interaksi mereka dengan pelajar. 1011 orang pelajar terlibat di dalam kajian ini yangmenggabungkan 10 buah MRSM diseluruh negara. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap

    kepimpinan guru Pendidikan Islam adalah tinggi. Dan penilaian kepada seluruh aspek yang

    dinilai di atas adalah pada tahap yang tinggi.

    Penilaian ini disokong dengan Kajian yang menjelaskan persepsi pelajar terhadap mata

    pelajaran Pendidikan Islam dalam pembangunan pendidikan mereka disekolah. Seramai 132

    orang pelajar terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Pengkaji telah menggunakan kaedahanalisis statistik deskriptif bentuk kekerapan, peratusan min bagi menilai tahap penilaian kajian.

    Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar adalah secara positifnya tinggi dan bagi

    mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah suatu mata pelajaran yang penting (Othman

    2008).Seterusnya Azhar dan Nor Syakirah (2007) di dalam kajian mereka telah menjelaskan

    persepsi guru Pendidikan Islam terhadap tanggungjawab pelaksanaan etika profesion perguruan.

    Seramai 62 orang guru Pendidikan Islam di kawasan Johor Bahru terlibat sebagai responden

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    12/22

    dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan etika ini adalah tinggi

    terhadap rakan sejawat dan seterusnya kepada ibu bapa, pelajar, masyarakat dan negara.

    7.6 Konsep Pelaksanaan Proram j-QAF.Beberapa kajian telah dibuat menjelaskan dasar pelaksanaan program j-QAF di sekolah

    kebangsaan di seluruh negara. Kajian dibuat di atas dasar menguji tahap keberkesanan program

    tersebut serta mendapatkan pandangan dan persepsi jabatan pendidikan, guru, murid dan ibubapa terhadap pelaksanaan program tersebut.Rafidah (2009) telah membuat kajian dalam menjelaskan kaedah pelaksanaan j-QAF dan

    penguasaannya di Sk Seri Laksamana Masjid Tanah Melaka. 90 orang pelajar telah terlibat

    sebagai sampel kajian yagn diambil secara rawak berkelompok. Hasil kajian menunjukkanbahawa pengetahuan pelajar berkaitan dengan pelaksanaan program j-QAF disekolah tersebut

    pada keseluruhannya adalah tinggi. Mereka juga dapat menguasai kemahiran yang di ajar pada

    tahap sederhana tinggi.

    Seterusnya kajian berkaitan status pelaksanaan program j-QAF di institut perguruan jugadilaksanakan. Sampel terdiri daripada 834 orang guru j-QAF yang sedang mengikuti pengajian

    secara KDC, sedang berkhidmat di sekolah rendah seluruh negara dan 40 orang pensyarah j-QAF

    yang bertugas di institut perguruan. Hasil kajian menunjukkan pensyarah j-QAF menyatakanpemilihan guru j-QAF adalah memenuhi kriteria yang ditetapkan. Modul yang dibekalkan dapat

    membantu pensyarah melaksanakan tugas pengajaran kepada guru j-QAF. Guru j-QAF harus

    mempertingkatkan komitmen mereka kerana min item yang berkaitan dengan kepatuhan

    terhadap tugasan, ketepatan masa dan penyempurnaan tugasan institut agak rendah, jangka masakursus program j-QAF perlu disemak semula. Guru pelatih menyatakan terdapat tugas-tugas

    tambahan seperti guru ganti, menjaga kebersihan sekolah, menyediakan pentas bagi acara rasmi,

    mengawas disiplin murid, menceriakan bilik darjah dan menganggotai ahli jawatankuasa, namuntidaklah kerap sangat dilaksanakan (Ghazali 2007).

    Kajian mengenai beberapa program dakwah j-QAF juga telah dilaksanakan dengan

    mengambil sebahagian dari program tersebut seperti Asmawati dan Lokman (2009) mengkaji

    mengenai keberkesanan pelaksanaan Kem Bestari Solat j-QAF yang diperkenalkan olehBahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia. Seramai 309 orang guru j-QAF di

    Selangor terlibat sebagai responden di dalam kajian ini. Secara keseluruhannya menunjukkan

    bahawa pelajar berminat mengikuti aktiviti Kem Bestari Solat ini dengan baik.Fairus (2011) menjelaskan mengenai tahap pencapaian Literasi al-Quran pelajar yang

    melalui Program Khatam al-Quran j-QAF. Tahap kebolehan membaca al-Quran berdasarkan

    jantina juga dinilai dalam kajian ini berdasarkan skor markah yang diperolehi. Seramai 3443pelajar telibat dalam kajian ini. Dapatan kajian 81% murid tahun enam telah menguasai bacaan

    al-Quran pada tahap memuaskan dan selebih menguasai mengikut bacaan guru. Namun 0.78%

    murid tidak dapat menghabiskan sukatan khatam al-Quran ini.

    8.0 KERANGKA TEORITIKAL

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    13/22

    Model program dakwah j-QAF adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam untuk melahirkan

    pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji sebagai hamba Allah. Program dakwah j-QAF

    merupakan satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islammelalui modul khatam al-Quran dan Kem Bestari Solat bagi memantapkan akidah, ibadah dan

    akhlak dalam membentuk sahsiah terpuji dan dapatmembangunkan diri, masyarakat, alam

    sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. Prosespendidikan melalui program dakwah j-QAF ini dapat digambarkan seperti rajah berikut.

    Rajah 1 : Model Program Dakwah j-QAF (Diubahsuai dari Falsafah Pendidikan Islam)

    9.0 SIGNIFIKAN KAJIAN

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    14/22

    Penemuan daripada hasil kajian ini diharapkan dapat menunjukkan tahap keberkesanan program

    j-QAF di Daerah Jerantut, Pahang. Pengkaji juga cuba untuk mengetahui persepsi guru

    Pendidikan Islam dan j-QAF serta pegawai pelajaran daerah terhadap pelaksanaan programdakwah j-QAF di sekolah rendah. Dapatan dari persepsi ini juga dapat memberi maklumat

    kepada guru Pendidikan Islam dan j-QAF mengenai proses dakwah disekolah serta dapat menilai

    tahap pengajaran yang telah mereka laksanakan disekolah.Kajian ini seterusnya boleh memberi input yang sangat berguna kepada warga jabatan,khususnya Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sumber rujukan

    untuk mengislahkanprogram dakwah dalam Pendidikan Islam agar tahap keciciran pelajar Islam

    mengenai pengetahuan agama mencapai tahap sifar cicir.

    10.0 KESIMPULANKeruntuhan akhlak dalam kalangan remaja umat Islam seluruh dunia semakin membimbangkan.

    Bertapa dahsyatnya pengaruh yang dibawa oleh musuh Islam terutamanya pengaruh media

    massa dari barat yang telah membawa satu budaya songsang menjelajahi negara umat Islam.Keadaan ini adalah disebabkan kelemahan umat Islam itu sendiri. Pengetahuan umat Islam yang

    terlalu lemah terutamanya pengetahuan agama Islam itu sendiri. Para ulamak dan cendikiawan

    Islam sedar sesungguhnya peranan pendidikan dalam gerakan dakwah Islam adalah pendekatanyang paling utama dan secara menyeluruhnya dakwah itu adalah pendidikan. Jesteru itu,

    pendidikan awal umat Islam adalah satu usaha yang sangat perlu diambil berat kerana ia

    merupakan pembentukan asas dan teras yang kukuh kepada umat Islam dalam menghadapi

    cabaran global yang hanya mendidik manusia mengejar kepada kemajuan keduniaan semata-mata. Pengetahuan dan pengamalan solat amatlah penting kepada pembentukan jati diri yang

    teguh dalam kalangan kanak-kanak Islam. Begitu juga dengan kemahiran membaca al-Quran,

    sepatutnya tidak wujud umat Islam yang buta huruf dalam membaca al-Quran terutamanyamanusia di zaman ini yang telah mempunyai pelbagai alat dan cara untuk memudahkan

    pengusaan al-Quran.

    RUJUKANAl-Quran.

    Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010.Amalan Pengajaran Guru Pendidikan

    Islam Berkesan Berteraskan Konsep Muallim.. Journal Of Islamic And Arabic Education 2(1),43-56.

    Adibah Mat Jusoh. 2008.Faktor Pendorong Penghayatan Agama Dalam Kalangan Pelajar Islam

    Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda Sains serta Pendidikan,Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

    Ahmad Johari Sihes, Abdul Rahim Hamdan, Jamaluddin Ramli, Nor Salis Samingan. 2010.Pengaruh

    Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti

    Teknologi Malaysia. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.Amla Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud & Abd. Aziz Mahyuddin. 2010.Peranan Bapa dalam

    Pembangunan Sahsiah Remaja dan Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaan. Jurnal

    Pendidikan Malaysia 35(2)(2010): 9-17.

    Asmawati Suhid & Lukman Abdul Mutalib. 2009. Tinjauan Terhadap Pelaksanaan Kem Bestari Solat.Journal Of Islamic And Arabic Education 1(1) 15-28.

    Aswati Hamzah. 2007. Satu Kajian Skema Taakulan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Melayu. Tesis Dr.

    Fal, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia.

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    15/22

    Azhar Ahmad & Ab. Halim Tamuri. 2005.Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah. Journal Of

    Islamic And Arabic Education.

    Azhar Muhammad & Nor Syakirah Samsuni. 2010.Persepsi Guru Pendidikan Islam Terhadap

    Tanggungjawab Pelaksanaan Etika Profesion Perguruan. Fakulti Pendidikan Universiti

    Teknologi Malaysia.

    Baharom Mohamad, Ali Suradin, Zaaba Helmi Khamisan. 2008.Peranan Pendidikan Islam DanPendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti. Persidangan PembangunanPelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia.

    Chua, Yan Piaw. 2006.Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia)

    Sdn.Bhd.Fairuz Samsudin. 2011. Tahap Pencapaian Murid-Murid Tahun Enam Dalam Modul Khatam Al-Quran

    j-QAF Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kuala Muda Yan. Tesis Sarjana Pendidikan,

    Fakulti Pendidikan Dan Bahasa, Universiti Terbuka Malaysia.

    Ghazali Darusalam. 2007. Pelaksanaan Program j-QAF Mengikut Persepsi Pensyarah dan Pelajar.

    Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, Jilid 10, 2007.

    http://www.bpi.edu.myIsmail Abas. 2007. Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran 2020. Jurnal Penyelidikan

    Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor, Jilid 10, 2007.Jaffary Awang, Rozmi Ismail, Kamaruddin Salleh, Hairunnizam Wahid. 2009. Sosialisasi Agama Di

    Kalangan Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Di Selangor. Kumpulan Kajian Dunia Melayu &

    Islam Institut Alam dan tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.Khalim zainal & wan zulkifli wan hassan. 2009. Pendekatan Islam Dalam Menangani Masalah Disiplin

    Tegar Dalam Kalangan Pelajar Sekolah: Satu Kajian Kes. Journal Of Islamic And Arabic

    Education 1(2) 2009, 1-14.

    Maimun Aqsha Lubis & Roslan Aspar. 2005.Kaedah Pengajaran Pengetahuan Agama Islam Di BruneiDarussalam. Jurnal Pendidikan 30, 141-150.

    Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009.Persepsi Pelajar Terhadap Amalan PengajaranTilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 93109.

    Othman Napiah & Munada Mohamad Rodi. 2010.Persepsi Pelajar Sekolah Agama Terhadap Mata

    Pelajaran Pendidikan Islam : Kajian Di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak. Selangor Fakulti

    Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.Pelan Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Rafidah Muhamad Noor. 2009.Kaedah Pelaksanaan Program j-QAF Dan Penguasaannya Dalam

    Kalangan Pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana, Masjid Tanah, Melaka. Tesis Sarjana

    Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan, Universiti TeknologiMalaysia.

    Sapora Sipon. 1999.Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Sosial Remaja. Dlm. Peranan

    Psikologi Dalam Masyarakat Malaysia Semasa. Jabatan Kemajuan Negeri Cawangan Sabah.Sarimah Mokhtar, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Ab. Halim Tamuri, Kamarulzaman Abdul Ghani. 2011.

    Kajian Persepsi Penghayatan Akhlak Islam Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

    Diselangor. Gjat | December 2011 | Vol 1 Issue 1 Issn : 2232-0474 | E-Issn : 2232-0482.

    Syed Najmuddin Syed Hassan, Ab. Halim Tamuri, Isahak Othaman, Mohd. Sabri Mamat. 2009.KajianPersepsi Pelajar Terhadap Profesionalisme Guru Pendidikan IslamMRSM. Journal of Islamic

    and Arabic Education 1(2), 2009 31-50.

    http://www.bpi.edu.my/http://www.bpi.edu.my/http://www.bpi.edu.my/
  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    16/22

    Zainudin Sharif & Norazmah Mohamad Roslan. 2011.Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Remaja

    Terlibat Dalam Masalah Sosial Di Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka.Journal of

    Education Psychology & Counseling, volume 1 Mac 2011, Pages 115-140 / ISSN: 2231-735X.

    10 GANGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT

    1. WAS-WAS SEMASA MELAKUKAN TAKBIRATUL IHRAM

    Saat mulai membaca takbiratul ihram Allahu Akbar , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya

    itu sudah sah atau belum sah.

    Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus

    terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk.

    Ibnul Qayyim berkata, Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah

    was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat.

    2. TIDAK KHUSYUK SEMASA MEMBACA BACAAN DALAM SOLAT

    Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan

    mengadu,Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat

    bacaanku salah.Rasulullah SAW menjawab, Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib.

    Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglahkepada Allah SWT. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu

    dariku. (HR. Muslim)

    3. LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

    Abu Hurairah r.a berkata, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, Jika salah seorang

    dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa

    rakaat yang ia telah lakukan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia

    sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru

    mengucapkan salam. (HR Bukhari dan Muslim)

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    17/22

    4. HADIRNYA FIKIRAN YANG MENGGANGU

    Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda, Apabila dikumandangkan azan solat,syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut.

    Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari.

    Apabila telah selesai iqamah, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya

    berkata kepadanya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak

    tahu berapa rakaat ia solat. (HR Bukhari)

    5. TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SHOLAT

    Ibnul Qayyim berkata, Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-

    gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta

    meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    http://3.bp.blogspot.com/_nvdd7zHrtks/TOGZRVAY7tI/AAAAAAAAB0w/T9Nf_E3wiaQ/s1600/76131_167605773268599_128378787191298_420735_7499429_n.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_nvdd7zHrtks/TOGYgAt5ldI/AAAAAAAAB0o/WjRB73_TUr0/s1600/solat.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_nvdd7zHrtks/TOGZRVAY7tI/AAAAAAAAB0w/T9Nf_E3wiaQ/s1600/76131_167605773268599_128378787191298_420735_7499429_n.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_nvdd7zHrtks/TOGYgAt5ldI/AAAAAAAAB0o/WjRB73_TUr0/s1600/solat.jpg
  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    18/22

    Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. Asal

    boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. Pada

    zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW

    memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.

    Rasulullah SAW bersabda kepadanya, Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu

    bacalah dari Al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu

    bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar

    sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu. (HR Bukhari dan Muslim)

    6. MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

    Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-

    balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat: Jangan

    bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti

    apa yang dikerjakan Rasulullah SAW. Orang tersebut bertanya, Apa yang dilakukannya?

    Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk

    menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan

    Rasulullah SAW, kata Ibnu Umar. (HR Tirmidzi)

    7. MELIHAT KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

    http://3.bp.blogspot.com/_nvdd7zHrtks/TOGYdLrgf1I/AAAAAAAAB0k/-ch-Nl3ho9Y/s1600/khusyuk-solat.jpg
  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    19/22

    Dengan sedar atau tidak, orang tersebut melihat ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan

    syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Yaitu

    tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata, Saya bertanya kepada

    Rasulullah SAW tentang hukum melihat ketika solat. Rasulullah SAW menjawab, Itu adalah

    curian syaitan atas solat seorang hamba. (HR Bukhari)

    8. MENGUAP DAN MENGANTUK

    Rasulullah SAW bersabda, Menguap ketika solat itu dari syaitan. Oleh itu bila kalian ingin

    menguap maka tahanlah seboleh mungkin. (HR Thabrani).

    9. BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

    Syaitan ingin menganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan

    Abdullah bin Masud, Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan (Riwayat Thabrani).

    Ibnu Hajar mengulas kenyataan Ibnu Masud, Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah

    yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu

    tidak lain karena syaitan memang ingin menggangu solat seseorang dengan berbagai cara.

    10. TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

    Rasulullah SAW bersabda, Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan

    di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar

    dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya.

    (HR Muslim)

    P/S ; Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam

    gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-

    gangguan tersebut..Aminnn

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    20/22

    30 PESANAN IMAM SYAFIE

    1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamucemerlang di dunia dan akhirat.

    2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkanmenyebut akhirat daripada menyebut dunia.3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan

    syaitan gerun.4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu

    sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya

    perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang

    sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,

    kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat

    dan dan dicintai Allah.

    6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan

    beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

    8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh danlelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapatmenambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-

    dosa kamu.

    9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmindan pelindung kepada serangan iblis.

    10.Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibaratpokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan

    kemenangan.

    11.Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cubamerobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai

    dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah,

    bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.12.Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit

    jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

    13.Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batinadalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.

    14.Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagiyang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar

    menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.15.Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya

    dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar

    sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedariAllah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad

    kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    21/22

    16.Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lainsedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

    17.Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayarkerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan

    pasukan kebatilan.

    18.Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lariketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.19.Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf

    kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan

    meninggikan darjatnya di sisi manusia.20.Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti

    pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan

    pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

    21.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmucemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang

    soleh.

    22.Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkanperkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkanbercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

    23.Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akandisakiti (dihimpit) dengan tanah.

    24.Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyakkebaikan.

    25.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjatdan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

    26.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapatpertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang

    bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orangyang beriman.

    27.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapatpembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

    28.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pastimenaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang

    bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.

    29.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalanlurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud" Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang

    lurus."

    30.Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezekiyang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allahsebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud,

    sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan

    mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

  • 8/11/2019 Kisah Imam Syafie Menuntut Ilmu

    22/22