kisah golongan masuk syurga tanpa dihisab

1
Kisah Golongan Masuk Syurga Tanpa Dihisab Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ; 1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya. 2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan hajinya. 3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan. 4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan membelanjakannya di jalan Allah tanpa riak. Keempat-empat golongan ini berebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail as menghakimi mereka. Berkata Jibrail as kepada orang mati syahid : "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?" Berkata orang yang mati syahid : "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah." Berkata Jibrail as : "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?" Orang yang mati syahid menjawab : "Aku mendengar daripada alim ulama." Berkata Jibrail as lagi : "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu." Kemudian Jibrail as bertanya kepada yang mengerjakan haji : "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?" Berkata yang berhaji : "Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah." Berkata Jibrail as : "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala haji?" Berkata yang berhaji : "Aku mendengar dari alim ulama." Berkata Jibrail as lagi : "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu." Berkata Jibrail as kepada penderma pula : "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?" Menjawab si penderma : "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T." Jibrail as berkata lagi : "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?" Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama." Maka Jibrail as pun berkata : "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu." Kemudian orang alim berkata : "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud : "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk." Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda : "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu." Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu." Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 27/06

Upload: dinhkhuong

Post on 17-Jan-2017

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Golongan Masuk Syurga Tanpa Dihisab

Kisah Golongan Masuk Syurga Tanpa Dihisab

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

"Apabila telah datang hari kiamat, maka didatangkan 4 golongan manusia di sisi pintu syurga tanpa dihisab dan disiksa, mereka ialah ;

1. Orang alim yang mengamalkan ilmunya. 2. Seorang haji yang sewaktu menunaikan haji tidak melakukan

sebarang perkara yang membatalkan hajinya. 3. Orang yang mati syahid di dalam peperangan. 4. Dermawan yang mengusahakan harta yang halal dan

membelanjakannya di jalan Allah tanpa riak.

Keempat-empat golongan ini berebut untuk mendahului memasuki syurga, kemudian Allah memerintahkan kepada Jibrail as menghakimi mereka.

Berkata Jibrail as kepada orang mati syahid : "Apakah yang telah kamu lakukan sewaktu di dunia sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"

Berkata orang yang mati syahid : "Aku telah terbunuh dalam peperangan kerana mencari keredhaan Allah."

Berkata Jibrail as : "Dari siapa kamu mendapat tahu tentang pahala orang yang mati syahid?"

Orang yang mati syahid menjawab : "Aku mendengar daripada alim ulama."

Berkata Jibrail as lagi : "Jagalah kesopanan, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Kemudian Jibrail as bertanya kepada yang mengerjakan haji : "Apakah yang kamu telah lakukan di dunia dahulu sehingga kamu hendak masuk ke syurga?"

Berkata yang berhaji : "Aku telah menunaikan haji semata-mata kerana Allah."

Berkata Jibrail as : "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala haji?"

Berkata yang berhaji : "Aku mendengar dari alim ulama."

Berkata Jibrail as lagi : "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Berkata Jibrail as kepada penderma pula : "Apakah yang kamu lakukan sewaktu kamu di dunia dulu?"

Menjawab si penderma : "Aku telah banyak menderma semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T."

Jibrail as berkata lagi : "Siapakah yang memberitahumu tentang pahala orang yang menderma kerana Allah?"

Berkata si perderma, "Aku mendengarnya dari para alim ulama."

Maka Jibrail as pun berkata : "Jagalah kesopananmu, jangan kamu mendahului guru yang mengajar kamu."

Kemudian orang alim berkata : "Ya Tuhanku, tidaklah boleh aku menghasilkan ilmu kecuali dengan sebab sifat kasih dermawan dan kebaikan orang yang dermawan itu."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud : "Telah benar kata si alim itu, bukakanlah pintu syurga supaya si dermawan masuk dahulu. Kemudian barulah orang-orang lain masuk."

Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda : "Keutamaan orang alim di atas ahli ibadah itu seperti keutamaan saya di atas orang yang paling rendah di antara kamu."

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya, "Aku Maha Berilmu dan Aku suka kepada orang yang berilmu." Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 27/06