khazanah alam.docx
TRANSCRIPT
-
8/13/2019 Khazanah Alam.docx
1/8
Khazanah Alam: Hutan Paya Bakau
Bismillahirrahmanirrahim...
entry kali ini inshaAllah adalah berkisarkan tentang hutan paya bakau...Suatu perkongsian daripada
ilmu yang telah ku pelajari sewaktu masih sebagai pelajar ijazah pertama di bumi
Terengganu...Mungkin apabila disebut hutan paya bakau, yang terlintas di benak kita hanyalah
pokok-pokok bakau yang akarnya naik keatas bumi...membentuk komuniti pokok yang lain dari
kebiasaan pokok di hutan belantara... Namun, hakikatnya bukan sahaja pokok bakau yang akarnya
unik itu sahaja yang mewarnai hutan paya bakau ini...banyaklagi spesis dan hidupan lain yang turut
bersama mewarnainya...
Hutan paya bakau membentuk suatu komuniti yang mempunyai perlindungan unik di sepanjang
kawasan pasang surut pantai, di kawasan tropika dan separa tropika. Ia terbentuk daripada
pelbagai spesis pokok dan belukar (MacNae, 1968; Dawes, 1997). Komuniti yang terbenuk daripada
pelbagai spesis pokok bakau dikenali sebagai Mangal. Menurut Lugo dan Snedaker, 1974; Clintron
et al., 1985; Woodroffe, 1992; Dawes, 1997, terdapat enam jenis mangal.
Perkaitan antara setiap jenis adalah berpandukan kepada hydrodinamik atau lebih mudah
ditaarifkan sebagai pergerakan air di kawasan terbabit. Antara jenis- jenisnya adalah di lembah
sungai, tepian kiri dan kanan sungai, piggiran, tenggelam penuh dengan air, belukar dan ayunan-
hammock. Kepelbagaian taksonomi dan famili yang terdapat dalam mangal menunjukkan bahawa
komuniti mangal adalah bukan terbentuk secara semulajadi namun adalah disebabkan oleh evolusi
yang berlaku dalam adaptasi kepada ekologi ( Duke, 1992; Dawes, 1997).
Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kepelbagaian spesis bakau yang paling banyak di
http://3.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwP9JbhMKyI/AAAAAAAAA2A/OZiGFkTXzDI/s1600/mangrove.jpg -
8/13/2019 Khazanah Alam.docx
2/8
dunia. Keluasan hutan paya bakau di Malaysia adalah meliputi 300 000 hektar. Hutan paya bakau di
Larut Matang, Perak meliputi sebanyak 43 000 hektar, dimana ia merupakan kawasan terbesar
hutan paya bakau di semenanjung Malaysia.ianya adalah merangkumi Kuala Sepetang, Kuala Trong
dan Sungai Kerang. Antara kawasan lain yang mempunyai hutan paya bakau adalah seperti
Kertih,Terengganu, delta sungai Kelantan, Kuala Sungai Merbok dan Langkawi di Kedah, Sungai
Johor, Sungai Piai, Sungai Pulai dan Pulau Kukup di Johor, Kuantan dan Kuala Rompin di Pahang.
Sewaktu aku di semester lima pengajian, aku telah berpeluang ke hutan paya bakau di Kertih,
Kemaman Terengganu... kerja-kerja seperti pengecaman pokok bakau, penanaman semula,
inventori hutan bakau dan sebagainya telah dijalankan... Antara spesis bakau yang dijumpai di
hutan paya bakau Kertih, Kemaman adalah sepertiAcrosticum speciosum, Acrosticum aureum,
Brugueira parviflora, Exoecaria agallocha, Xylocarpus granatum, Nypa frutican, Ceriops decandra,
Aegiceras corniculatum, Caesalpinia bonduc, Avicennia lanata , Avicennia marina dan Rhizophora
apiculata.
Acrosticum speciosum
Acrosticum speciosum (mangrove fern) dari famili Pteridaceae dikenali dengan nama tempatan
sebagai Piai Lasa. Teknik pengecaman pokok ini adalah melibatkan beberapa aspek utama iaitu
aspek ekologi dan morfologi pokok. Aspek ekologi yang diperhatikan adalah kawasan taburannya,
dimana spesis ini adalah mendominasi kawasan redup di bawah pohon-pohon bakau yang lebih
besar, seterusnya tumbuh melata dan membentuk koloni. Aspek morfologi pokok yang diperhatikan
adalah melalui akar, daun dan ketinggian pokok. Spesis ini tidak mempunyai akar diatas tanah yang
nyata. Hujung daun adalah fertil dan berwarna coklat, dan saiz daunnya adalah lebih kecil
daripadaAcrosticum aurem. Spesis ini boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter.
http://3.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQATp4ujaI/AAAAAAAAA2I/uNLP9TZAVyY/s1600/Acrostichum+speciosum.JPG -
8/13/2019 Khazanah Alam.docx
3/8
Acrosticum aureum
Acrosticum aureum(Giant Mangrove Fern) dari famili Pteridaceae dikenali dengan nama
tempatan sebagai Piai Raya. Spesis ini mendominasi kawasan yang lebih terdedah kepada cahaya
matahari. Ini disebabkan oleh daun yang lebih besar daripada Acrosticum speciosum, dan
melibatkan keperluan kepada lebih cahaya untuk penjanaan tenaga melalui fotosintesis untuk
keperluan hidup. Di Kertih, spesis ini dijumpai hidup menumpang diatas pokok Dungun atau
Heritiera littoralis. Daunnya mempunyai panjang dari 1 hingga 3 meter, manakala ketinggian pokok
ini juga boleh mencapai shingga 3 meter.
Brugueira parviflora
Brugueira parvifloraatau Tenggadai daripada famili Rhizophoraceae boleh tumbuh di semua
kawasan hutan paya bakau. Ketinggian spesis ini boleh mencapai 20m. Pengecaman pokok lebih
mudah dengan melihat kepada akar lutut( pneumatuphore) yang dimiliki oleh semua spesis di dalam
genus ini. Akar lutut boleh mencapai ketinggian sehingga 30 cm. Daunnya pula berbentuk elipsdengan hujung yang meruncing. Kelopak bunga yang dipunyainya adalah 8 dan mempunyai panjang
http://2.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQBXNHLK3I/AAAAAAAAA2Y/JCzDQEHsEs8/s1600/Brugueira++parviflora.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQA80cl50I/AAAAAAAAA2Q/vIDjNppJs5w/s1600/Acrostichum+aureum.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQBXNHLK3I/AAAAAAAAA2Y/JCzDQEHsEs8/s1600/Brugueira++parviflora.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQA80cl50I/AAAAAAAAA2Q/vIDjNppJs5w/s1600/Acrostichum+aureum.JPG -
8/13/2019 Khazanah Alam.docx
4/8
8 hingga 15cm. Propagule nya adalah berbentuk spiral. Brigueira gymnorrhiza atau Tumu Merah
memiliki kulit pokok yang berwarna coklat gelap atau hitam. Saiz buah adalah lebih kecil dan bunga
yang terbit dan bersaiz 30 hingga 50cm mempunyai 10 hingga 14 kelopak.
Exoecaria agallocha
Pokok buta-buta atau secara saintifiknya dikenali sebagai Exoecaria agallochatergolong dalam
famili Euphorbiaceae, iaitu famili yang sama seperti pokok getah yang terdapat di kawasan
daratan. Pokok ini dijumpai mendominasi kawasan yang tidak terdedah secara terus kepada pasang
surut air. Pengecaman mudah dapat dilakukan dengan melihat pada batang dan bahagian pokok lain
yang mengeluarkan cecair putih susu apabila ditoreh. Buahnya adalah sama seperti buah getah
dengan mempunyai tiga bahagian yang memuatkan biji benih. Namun, saiznya adalah 100 kali lebih
kecil daripada buah getah. Saiz biji benih yang kecil dan mudah dibawa ke bahagian atas kmuniti
bakau oleh air pasang. Ini dapat menerangkan tentang mengapa taburan pokok ini lebih
mendominasi di kawasan yang tidak terdedah secara terus kepada pasang surut air.
http://2.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQBy7A4ZNI/AAAAAAAAA2g/edFZ7i4FmlA/s1600/Exoecaria+agallocha.JPG -
8/13/2019 Khazanah Alam.docx
5/8
Nypa frutican
Nipah atau Nypa frutican yang amat sinonim sebagai sumber makanan bagi penduduk Malaysia
terutamanya yang menetap di kawasan paya bakau. Spesis bakau ini dijumpai mendominasi di
bahagian depan muara sungai. Namun terdapat juga spesis ini di bahagian tengah komuniti bakau.
Ini disebabkan oleh bentuk dan saiz biji benih yang bulat dan besar, dimana ia akan tersekat di
kawasan awal pendaratan apabila dibawa air pasang. Jika biji benih jatuh ke dalam air sewaktu air
pasang, biji benih tersebut akan dibawa arus untuk menghuni di kawasan yang lebih keatas,
manakala jika ianya luruh di waktu air surut, ia akan bercambah seterusnya hidup di kawasan
muara- muara sungai sahaja.
Spesis unik lain iaitu Ceriops decandrayang dikenali sebagai Tengar turut mendominasi kawasan
muara Sungai Kertih, berdekatan komuniti pokok Rhizophorasp. DanAvicenniasp. Pokok ini
mempunyai ketinggian yang tidak melebihi 10m. Akarnya adalah dari jenis pneumatofor. Bunganya
mempunyai 5 kelopak berwarna hijau dan mempunyai lentisel dan berbintil. Buah atau hipokotilnyaadalah berbentuk silinder yang mempunyai hujung yang sedikit menggelembung dan berbintil warna
hijau hingga coklat. Panjag hipokotil adalah 15cm dan mempunyai diameter 8 hingga 12mm.
http://2.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQCU-DY7aI/AAAAAAAAA2o/yAfL8_xrHWY/s1600/Nypa+frutican.JPG -
8/13/2019 Khazanah Alam.docx
6/8
Aegiceras corniculatum
Aegiceras corniculatumatau lebih dikenali sebagai Kuku Helang daripada famili Myrsinaceae
mempunyai ketinggian 6m sahaja. Pengecaman dibuat melalui kulit pokok yang berwarna kelabu
dan licin. Bunganya mempunyai 5 kelopak dan berwarna putih dengan saiz yang kecil. Terdapat 15
hingga 20 bunga yang berbau seperti pisang busuk. Buahnya yang mempunyai panjang 5cm,
berwarna hijau hingga merah jambu( jika matang) dan berbentuk tiris di hujung, seperti kuku
helang memudahkan lagi pengecaman dilakukan.
AkarAvicennia sp.
Avicennia lanatadanAvicennia marina yang tergolong di dalam famili Avicenniaceae dan lebih
dikenali dengan panggilan api-api bulu dan api-api jambu mendominasi kawasan muara sungai
kertih. Pengkhususan zon habitat ini boleh diterangkan melalui faktor biji benih. Biji benih
avicennia yang lebih kecil membolehkannya untuk melekat pada lumpur. Beberapa adaptasiterhadap kekurangan oksigen, akibat dari ketebalan lumpur dapat diperhatikan seperti
http://2.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQDodCaEuI/AAAAAAAAA24/AePzglA3h8U/s1600/Avicennia+sp.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQDAcbDV6I/AAAAAAAAA2w/FYKp9kXrV6E/s1600/Aegiceras+corniculatum.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQDodCaEuI/AAAAAAAAA24/AePzglA3h8U/s1600/Avicennia+sp.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQDAcbDV6I/AAAAAAAAA2w/FYKp9kXrV6E/s1600/Aegiceras+corniculatum.JPG -
8/13/2019 Khazanah Alam.docx
7/8
percambahan pneumatofor.Pneumatofor digunakan sebagai tempat penyimpanan oksigen. Api- api
mempunyai adaptasi yang tinggi terhadap kemasinan yang tinggi. Api-api bulu dapat mencapai
ketinggian sehingga 30m. Kulit pokoknya berwarna kelabu dan mempunyai retak rekahan. Daunnya
adalah berbentuk elips, hujung membundar dan meruncing, dan mempunyai ukuran 9x5
cm.bahagian bawah daun mempunyai bulu. Bunganya pula berwarna jingga atau kuning dan
mempunyai 5 kelopak. Buahnya adalah lebih besar daripada A.marina dan diselaputi bulu
halus.ukurannya adalah 1-5 x 2-5cm. Api-api jambu mempunyai ketinggian kurang 12m dan
batangnya mempunyai kulit yang berwarna coklat kemerahan dengan berkulit lembut dan nipis.
Daunnya adalah berukuran 9 x 4-5cm. Bahagian bawah daun mempunyai kelenjar khas untuk
merembeskan garam. Selain itu, rantingnya adalah berbentuk segi empat.
Caesalpinia bonduc
Caesalpinia bonducadalah merupakan spesis non-associated yang menjalar pada pokok yang
lebih besar seperti Nypa frutican. Daunnya berbentuk bulat dan berwarna hijau. Diameter daun
adalah 1-2cm. Spesis pokok ini adalah jarang ditemui.
Nyireh dijumpai mendominasi zon kawasan yang lebih jauh dari tebing sungai. Ini adalah
disebabkan buahnya yang besar dan berat untuk dilarikan arus. Spesis ini tidak boleh bertoleransi
dengan kawasan yang terlalu masin. Kulit pokoknya adalah berwarna merah jambu dan menyerupai
kulit pokok jambu batu. Pokok ini dapat mencapai ketinggian 25m. Daunnya adalah berbentuk elips,
oval dan hujung yang membundar dengan ukuran 4-17cm x 2-9cm. Daunnya adalah tebal dan
berpasangan. Namun terdapat juga daun yang tidak berpasangan. Bunganya pula terdiri dari jenis
biseksual atau betina sahaja dan berwarna merah jambu dengan 4 kelopak. Nyireh mempunyai buah
yang berbentuk seperti kelapa dan dalamnya berbentukpuzzle yang terdiri daripada 12-18 biji
yang akan pecah apabila telah kering. Ukuran diameter buahnya adalah 10-20cm dan ia berwarna
coklat-keemasan apabila telah masak.
Bakau minyak adalah pokok terbanyak yang mendominasi kawasan tebing sungai yang tinggi dengan
http://2.bp.blogspot.com/_adBbd4hFvLI/SwQEsprVNxI/AAAAAAAAA3A/W5AHZ_oxHw0/s1600/Caesalpinia+bonduc.JPG -
8/13/2019 Khazanah Alam.docx
8/8
kemasinan apabila air pasang. Adaptasi tinggi pokok ini terhadap kawasan tebing adalah dapat
dilihat daripada jenis akar yang tumbuh, iaitu prop rootatau akar tegak dengan ketinggian
sehingga 5m. Selain itu, spesis ini juga mempunyai akar udara yang keluar daripada dahan pokok,
iaitu drop root. Jenis pokok ini dapat mencapai tinggi sehingga 30m. Daun pokok ini berbentuk
elips menyempit dan hujung meruncing dengan ukuran daun 7-19cm x 3-8cm. Bunga berwarna
kekuningan dan terletak pada tangkai berukuran kurang 14mm. Bunganya mempunyai 4 kelopak
yang seterusnya membentuk buah yang bulat memanjang dan berwarna coklat dengan ukuran 2-
3cm. Buah kemudiannya membentuk hipokotil yang berukuran 30-40cm.
Rujukan:
Dawes, C.J.1997. Marine Botany 2nd Edition. John Willey& Sons, Inc.267-302pp
Ibrahim, S., Alias, A.H. 2007.Modul Amali Ekologi Muara dan Bakau.FMSM, UMT.148pp.