khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
TRANSCRIPT
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
1/17
Khasiat daun sirih
untuk kesihatanBy Ashraf Nasser | Tupai Mon, Aug 27,
2012 2:57 PM MYT
Email
Print
View Photo
Khasiat daun sirihuntuk kesihatan
27 Ogos-Daun sirih
sememangnya sudahmenjadiamalangolongan daridahulu lagi.
Pasti anda mempunyai pengalaman melihat
http://my.entertainment.yahoo.com/_xhr/mtf/panel/http://my.entertainment.yahoo.com/_xhr/mtf/panel/http://my.entertainment.yahoo.com/photos/khasiat-daun-sirih-untuk-kesihatan-photo-065727165.htmlhttp://my.entertainment.yahoo.com/photos/khasiat-daun-sirih-untuk-kesihatan-photo-065727165.htmlhttp://my.entertainment.yahoo.com/photos/khasiat-daun-sirih-untuk-kesihatan-photo-065727165.htmlhttp://www.tupai.com.my/http://my.entertainment.yahoo.com/photos/khasiat-daun-sirih-untuk-kesihatan-photo-065727165.htmlhttp://www.tupai.com.my/http://my.entertainment.yahoo.com/photos/khasiat-daun-sirih-untuk-kesihatan-photo-065727165.htmlhttp://www.tupai.com.my/http://my.entertainment.yahoo.com/photos/khasiat-daun-sirih-untuk-kesihatan-photo-065727165.htmlhttp://my.entertainment.yahoo.com/_xhr/mtf/panel/ -
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
2/17
atuk atau nenek kita sentiasa mengunyah daunsirih. Tetapi golongan muda kini pasti tidaktahu khasiat yang terdapat pada daun sirih ini.
Khasiat daun sirih ini sudah banyak dikenal dantelah teruji secara klinis, dan sehingga kinipenelitian tentang tanaman ini masih terusdikembangkan. Daun sirih sangat bermanfaatuntuk mengubati berbagai penyakit.
Disini kami senaraikan 14 jenis masalahkesihatan yang dapat diubati denganmenggunakan daun sirih.
1. Batuk
Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air.Cuci daun sehingga bersih dan rebus sampaitersisa menjadi tiga perempat bahagian. Minumbersama madu.
2. Bronkitis
Rebus tujuh lembar daun sirih yang telah dicucibersih bersama sepotong gula batu dalam duagelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadisatu gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.
3. Menghilangkan bau badanAmbil lima lembar daun sirih dan rebus dengan
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
3/17
dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadisatu gelas. Minum pada waktu siang.
4. Luka bakarAmbil daun sirih secukupnya dan cuci bersih.Peras airnya dan tambahkan sedikit madu,kemudian letakkan ke tempat luka.
5. Mimisan
Siapkan satu lembar daun sirih yang agak muda,kemudian memarkan dan gulung. Gunakanuntuk menyumbat hidung yang berdarah.
6. BisulAmbil daun sirih secukupnya dan cuci bersih.
Setelah itu giling sampai halus dan disapukanpada bisul dan sekelilingnya. Balut dan gantidua kali sehari.
7. Mata gatal dan merahSediakan 5-6 daun sirih muda dan segar rebus
dengan segelas air sampai mendidih. Tunggusampai dingin dan gunakan untuk mencucimata dengan gelas cuci mata tiga kali seharisampai sembuh.
8. Koreng dan gatal-gatalRebus 20 lembar daun sirih sampai mendidih.Gunakan air rebusan yang masih hangat untuk
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
4/17
membasuh koreng dan gatal.
9. Menghentikan gusi berdarah
Rebus empat lembar daun sirih dalam dua gelasair. Gunakan untuk berkumur.
10. SariawanAmbil 1-2 lembar daun sirih kemudian cucibersih. Kunyah sampai lumat dan buang
ampasnya setelah selesai.
11. Menghilangkan bau mulutSiapkan 2-4 lembar daun sirih, cuci bersih danremas. Kemudian rendam daun sirih dengan airpanas lalu gunakan untuk berkumur.
12. JerawatAmbil 7-10 lembar daun sirih, cuci bersih dantumbuk halus. Masukkan masukkan daun sirihyang sudah ditumbuk halus dengan dua gelasair panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci
muka. Lakukan 2-3 kali sehari.
13. KeputihanRebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersihdalam 2.5 liter air. Gunakan air rebusan yangmasih hangat tersebut untuk mencuci bahagiansulit.
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
5/17
14. Mengurangi ASI berlebihAmbil beberapa daun sirih, cuci bersih dansapukan sedikit dengan minyak kelapa.
Kemudian hangatkan di atas api sampai layu.Tempelkan di seputar payudara yang bengkakselagi masih hangat.
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
6/17
DAUN PEGAGA
Bagi yang mahukan wajah sentiasa dalam keadaan muda, fikiran sentiasa tenang dan meningkatkan
daya ingatan anda tidak perlu bersusah payah mencari ramuan dan herba lain yang mungkin ada
antaranya mengandungi bahan kimia.
Di sebalik bentuknya yang kecil tersimpan rahsia besar membuktikan pegaga sungguhpun kecil
namun tumbuhan ini banyak khasiatnya.
Rahsia dan khasiatnya terbukti sejak berkurun untuk dijadikan penawar pelbagai penyakit.
Pun begitu rahsia inilah yang membuka minat mendalam kepada pengamal herba untuk menjadikan
pegaga sebagai tanaman pilihan bukan sahaja untuk amalan memakannya sebagai ulam istimewa
malah penawar dan mencegah penyakit.
Che Som Ahmad, 68, dari Kampung Bukit Palong, Bongor Baling menjadikan amalan memakan daunpegaga telah menjadi amalan rutin hidupnya dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga.
Bagi Che Som tumbuhan merayap dan mudah hidup ini membawa keistimewaan pada dirinya kerana
sejak zaman muda mengamalkan petua makan daun pegaga sudah cukup sebati dalam dirinya
menyebabkan dia lantas menanam tumbuhan itu.
Biarpun tanaman pegaganya ditanam di atas tanah sawah terbiar, ia tidaklah menjangkau sayup mata
memandang namun batas-batas tanaman tumbuhan ini hidup subur.
Di sebalik deretan batas tanaman pegaga milik wanita ini dia tetap puas tanaman yang dianggap tidak
komersial ini sekurang-kurangnya mampu membuka persepsi baru bahawa tanaman ini tinggi nilai
perubatan dan kesihatan.
Untungnya tanaman merayap hasil usaha ibu kepada tujuh anak ini yang setiap baris tanaman kira-
kira lima meter panjangnya sudah cukup menggambarkan usaha wanita ini telah membuahkan hasil
yang cukup membanggakan.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 petak kawasan tanaman pegaga milik Che Som yang menghijau itu
telah memberikan peluang kepadanya menambah pendapatan keluarga.
Menurut Che Som setiap hari dia memetik daun pegaga bagi dijual kepada peraih dan penduduk
kampung yang datang membeli dari kebunnya.
Pegaga milik Che Som turut dijual di pasar malam dan minggu didaerah ini dan sekitar.
Katanya, kepada peraih dia menjualnya dalam bentuk ikat dengan harga antara lima puluh sen
ehingga RM1 seikat manakala bagi penduduk terpulang kepada mereka malah adakalanya dia enggan
mengambil duit.
"Tanaman ini mudah dijaga dan cepat membiak dan cepat matang,'' katanya.
Tambahnya, sekalipun serangan serangga kecil dan kekurangan air menyebabkan daun pegaga rosak
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
7/17
dan menjadi kekuningan namun ia tidaklah sesukar tanaman lain yang memerlukan perhatian.
Jelas Che Som, kebanyakan spesies pegaga boleh tumbuh di kawasan terbuka dan ada juga yang
memerlukan keadaan lindungan yang sederhana.
Namun menurut wanita ini, tumbuhan pegaga tumbuh meliar di kawasan lembap dan berdekatan air.
Tambahnya, menanam pegaga tidaklah sesukar tanaman lain kerana selepas dipetik dalam tempoh
beberapa hari ia akan tumbuh semula dan bersilih ganti menyebabkan tanaman ini tidak memerlukan
kawasan yang besar untuk menanamnya.
Namun di sebalik usaha penanaman pegaga ini Che Som berkata nilai dan khasiatnya yang tinggi
ialah boleh mengekalkan pengamalnya awet muda.
''Amalan memakan daun pegaga boleh mengekalkan awet muda dan masalah kegemukan," ujarnya
tersenyum.
Pegaga atau nama saintifiknya, Centella asiatica berasal dari kawasan Asia iaitu India, Sri Lanka dan
Madagascar dan juga Afrika Timur.
Juga dikenali sebagai daun kaki kuda dari keluarga Umbelliferae di kalangan masyarakat tempatan
tanaman ini begitu popular kepada tiga kaum utama di negara ini.
Bagi kaum Melayu ia dimakan secara segar sebagai ulam dan juga sering dijadikan kerabu dengan
campuran dengan daun herba lain.
Bagi kaum Cina pegaga dijadikan minuman penyejuk badan manakala untuk kaum India digunakan
sebagai tonik kecerdasan minda.
Masyarakat India juga menjadikan pegaga sebagai sumber perubatan untuk penawar racun, anti
kanser,,ubat cirit birit dan dijadikan tonik mengubati penyakit kulit dan saraf.
Di Thailand pegaga di kenali Buabok telah menjadi satu produk yang dibotolkan secara jus diminum
sejuk menjadikan minuman pegaga asli begitu popular di negara gajah putih itu.
Sejarah perubatan Ayur Veda menunjukkan pegaga sebagai sumber paling baik dan menyegarkan
untuk sel-sel otak dan otot manusia.
Daun pegaga berbentuk otak atau ginjal dengan lebar antara tiga hingga lima sentimeter (sm) dan
panjang tangkai boleh mencapai sehingga 15 sentimeter mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan
tanaman.
Bunganya dalam jambak antara tiga hingga empat kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah
jambu.
Menjelaskan mengenai jenis pegaga Che Som berkata terdapat sekurang-kurangnya lima jenis yang
terdapat dan tumbuh meliar di negara ini iaitu pegaga cina, pegaga daun lebar, pegaga gajah, pegaga
salad, dan renek.
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
8/17
Istimewanya tumbuhan menghijau ini turut dijadikan penawar dalam menurunkan tekanan darah,
melawaskan kencing, penyembuhan luka, ulser, masalah kulit dan penawar alahan.
Tumbuhan ini kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi dan vitamin A dan
C.
Namun di sebalik usianya itu Che Som menyimpan hasrat supaya usahanya itu memberi semangat
terutama kepada petani muda menceburi penanaman pegaga secara komersial.
Memang tepat saranan Che Som kerana sejak kebelakangan ini industri kecantikan tempatan turut
menjadikan daun pegaga sebagai ramuan.
Dalam bidang kecantikan khasiat daun pegaga terbukti mampu menjadi bahan tambahan kepada anti
selulit dan anti kedutan untuk mata, muka dan menambah ketegangan kulit dan akhirnya membentuk
kulit baru.
Sambung Baca:http://anizyn.blogspot.com/2009/01/khasiat-daun-pegaga.html#ixzz25InGYgGL
http://anizyn.blogspot.com/2009/01/khasiat-daun-pegaga.html#ixzz25InGYgGLhttp://anizyn.blogspot.com/2009/01/khasiat-daun-pegaga.html#ixzz25InGYgGLhttp://anizyn.blogspot.com/2009/01/khasiat-daun-pegaga.html#ixzz25InGYgGLhttp://anizyn.blogspot.com/2009/01/khasiat-daun-pegaga.html#ixzz25InGYgGL -
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
9/17
DAUN LIDAH BUAYA
Khasiat Lidah Buaya:
Herba Terbaik
Bertemu lagi para pengunjung sekelian. Kali ini saya
dengan sukacita ingin membentangkan sedikit
maklumat tentang kebaikan dan potensi pengubatan
yang terdapat dalam Aloe Vera atau disebut pokok
Lidah Buaya. Saya akui bahawa saya adalah
pendokong pengubatan secara semulajadi, malah saya
sendiri menanam dan memakan tumbuhan ini.
Halaman rumah dipenuhi dengan tumbuhan aloe vera.
Aloe vera adalah antara jenis herba semulajadi yang
paling banyak mempunyai khasiat penyembuhan
kepada manusia. Pengamal nutrien, Mike Adams dalam
kajiannya berpendapat aloe vera adalah herba yang
http://2.bp.blogspot.com/-vvRKqkNKH3c/T26QIOsFcgI/AAAAAAAAAVA/Ue04t2_FQVQ/s1600/aloe.jpg -
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
10/17
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
11/17
18. menghalang jangkitan
19. memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman
tenaga
20. memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang
rosak
21. menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
...dan banyak lagi!!!
Tiada tumbuhan yang dapat menandingi potensi
pengubatan yang terdapat di dalam aloe vera. Tetapi
kebanyakan orang masih tidak menyedarinya, atau
berfikir ia hanya sekadar untuk memelihara kulit dari
kesan sunburn. Lebih menyedihkan, ia hanya dijadikan
pokok hiasan di halaman rumah atau taman. Pada hal,
aloe vera sangat berfaedah untuk kegunaan luaran
mahupun dalaman.
Pembentukan Jeli Aloe Vera
Pokok aloe vera memang dijadikan Tuhan untuk
memerangkap air dan menyimpannya di dalam "tangki"
yang besar yang terdapat pada daunnya yang keras
dengan kulit yang tebal. Air yang terkumpul diubahkepada bentuk jeli. Jeli inilah yang memberikan khasiat
pengubatan untuk kegunaan manusia. Apabila daunnya
dikerat, dalam masa beberapa jam, jeli ini akan
bertindak membaluti bahagian yang dikerat dengan
sendirinya. Maka bahagian jeli yang terdedah tadi akan
terlindung dari seranganbakteria. Begitulah ia bertindak untuk memelihara kulit
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
12/17
manusia apabila terluka.
Sehingga kini, hanya satu cara yang terbaik untuk
mendapatkan faedah dari jeli aloe vera ini - iaitu
menanamnya sendiri. Sudah bertahun saya lakukannya.
Apabila ingin mendapatkan, saya akan pergi ke
halaman rumah, potong seulas daunnya, siat kulit dan
ambil jelinya. Kemudian jeli tersebut dimasukkan ke
dalam pengisar, lalu campurkan di dalam air minuman
atau air bertapis. Anda akan mendapat faedah yang
optimum dari herba semulajadi ini. Ia mempunyai gred
yang lebih tinggi, bebas dari racun serangga dan penuh
kepekatan. Cecair aloe vera yang terdapat di pasaran
(biasanya dibotolkan) adalah sangat lemah. Sebahagian
dicampur dengan pemekat supaya ia kelihatan seperti
jeli. Sesetengah pula langsung tidak mengandungi jusaloe vera sedikitpun. Malah ia dijual dengan harga yang
sangat mahal. Sesetengah lagi dimasak dengan suhu
yang tinggi sehingga memusnahkan nutrien-nutrien
berfaedah di dalamnya.
Faedah Kesihatan Dari Jeli Lidah BuayaKenyataan di sini adalah kenyataan ikhlas secara
peribadi dari saya tentang faedah kesihatan dari jeli aloe
vera. Menariknya, jika saya seorang pengusaha atau
penjual produk aloe vera, saya tidak berani membuat
kenyataan ikhlas ini kerana Kementerian Kesihatan
sudah tentu akan membekukan atau merampas produksaya dan mendakwa saya menjual "dadah yang tidak
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
13/17
diluluskan". Atau mereka menuduh saya menjual herba
yang "merbahaya"!!!
Tapi sebenarnya saya tidak terlibat dalam perniagaan
produk aloe vera. Saya hanya berkempen untuk
menyedarkan masyarakat tentang kebaikan produk-
produk semulajadi, memberi saranan supaya mencari
kaedah perubatan semulajadi, dan saya tidak akan
merahsiakan kebenaran tentang faedah penyembuhan
yang terdapat dari pohon lidah buaya ini.
Humbankan Peti Pertolongan Cemas Di Dapur Anda
(First Aid Kit), Gantikan Dengan Aloe Vera
Aloe Vera adalah anti-bakteria, anti-viral dan anti-kulat.
Ia boleh menyembuhkan kesan luka pada kulit tanpa
meninggalkan parut. Ia jelas terbukti apabila sayapernah terluka di tangan selepas terjatuh, kemudian
saya hanya usapkan bahagian yang luka dengan jeli
aloe vera, 3 bulan kemudian tiada lagi parut pada luka
tersebut. Bahagian yang luka itu akan tertutup kembali
mengikut warna kulit badan kita, jika kulit anda cerah
atau gelap, ia akan menuruti warna kulit anda. Sukaruntuk saya mengesan di manakah zon luka saya
dahulu. Berbagai produk kosmetik berasaskan kimia
dan ubat-ubatan untuk kulit yang diusahakan oleh
industri-industri bernilai berbilion dolar dengan pelbagai
jenama yang popular sebenarnya tidak diperlukan jika
anda sudah mengenali peranan pohon lidah buaya ini.
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
14/17
Ia juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet
makanan semulajadi. Ia memelihara kesegaran
makanan. Anda tidak perlukan pengawet dari kimia
merbahaya yang boleh mendatangkan kanser. Tetapi
mengapa masih ramai tidak yakin atau kurang
menggunakan aloe vera? Sebabnya mudah. Ia tidak
berjenama dan tidak dapat dipatentkan. Ia boleh
didapati dengan mudah dan murah apabila kita sendiri
menanamnya.
Pengusaha-pengusaha besar tentu tidak dapat
menggunakan 100% bahan asli dari aloe vera
sebaliknya mencampurkan dengan formula-formula
kimia mereka sendiri dan mendakwa kononnya produk
aloe vera mereka lebih hebat dan lebih berkuasa dari
aloe vera jenama lain.
Anda tidak perlu lagi mendapatkan produk aloe vera
yang dibotolkan yang dijual dengan harga berpuluh-
puluh ringgit sebotol kerana anda boleh dapatkan yang
lebih asli dan pekat dengan menanamnya sendiri di
belakang rumah anda. Aloe vera yang dijual begitumahal sebenarnya adalah strategi pemasaran dan
psikologi pengguna, kerana pengguna hari ini sudah
sinonim berfikiran, "barang yang mahal tentu nilainya
lebih baik, dan yang murah tentu tidak berkualiti atau
tiruan".
Jika mereka menjual sebotol aloe vera dengan harga
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
15/17
RM3 sebotol, tentu ramai yang tidak yakin malah tidak
percaya botol tersebut mengandungi lidah buaya!
Mereka menganggap, jika ia ubat yang berkualiti,
harganya tentu lebih mahal. Itulah kesilapan kita para
pengguna hari ini. Pengguna sendiri yang
menggalakkan pengusaha menaikkan harga.
Sebenarnya aloe vera yang boleh ditanam sendiri dan
khasiatnya lebih baik dari yang terdapat di pasaran.
Tetapi memang sudah menjadi budaya, pengguna lebih
suka membeli dari menanam sendiri.
Apa Yang Terkandung Di Dalam Lidah Buaya:
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. enzim
7. triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula
dalam darah)
8. glyconutrien & glycoprotein9. polisakaraid
10. acemann, mannose-6-fosfat polimannan
11. fenolik glikosid
12. dihidrokomarin
Resepi:
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
16/17
1. sekeping jeli segar aloe vera
2. 1 sudu teh gula tebu organik atau madu lebah
3. 1 mug air bertapis
~ Masukkan jeli, gula organik atau madu lebah dan
sedikit air bertapis ke dalam mesin pengisar.
~ Kisarkan sehingga menjadi halus. Kemudian tuangkan
ke dalam mug berisi air minuman bertapis.
Minum airnya. Lakukan 2-3 kali seminggu. Anda akan
mendapat sistem pertahanan tubuh yang kuat.
*Airnya juga boleh disapukan pada muka sebelum tidur
untuk mendapat kulit yang licin, halus dan berseri.
-
8/10/2019 Khasiat daun sirih untuk kesihatan.docx
17/17