kg sayap kota belud

58
OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI o mendedahkan pelatih kepada suasana pekerjaan sebenar. o Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan,kemahiran dan kebolehan yang dipelajari di IKM untuk dipraktikkan semasa latihan industry o Mendisiplinkan diri dalam suasana perkerjaan o Memberi pendedahan kepada pelatih yang ingin menceburi bidang keusahawanan teknikal setelah tamat latihan o Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam sistem latihan kemahiran MARA. o Sebagai salah satu syarat pengiktrifan CGPA dan penganugerahan sijil LATIHAN INDUSTRI DIBUAT SYARIKAT JURU UKUR SWASTA SELATAN/IKHTISAS 2-3-1B rd FLOOR LOT 1, BLOCK 2 KOLAM CENTER ,PHASE 2, JALAN LINTAS LUYANG, 88300 KOTA KINABALU SABAH IKM KK Page 1

Upload: politeknik-kk

Post on 19-Jun-2015

1.675 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kg sayap kota belud

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

o mendedahkan pelatih kepada suasana pekerjaan sebenar.

o Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan,kemahiran dan kebolehan yang

dipelajari di IKM untuk dipraktikkan semasa latihan industry

o Mendisiplinkan diri dalam suasana perkerjaan

o Memberi pendedahan kepada pelatih yang ingin menceburi bidang keusahawanan

teknikal setelah tamat latihan

o Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam sistem latihan

kemahiran MARA.

o Sebagai salah satu syarat pengiktrifan CGPA dan penganugerahan sijil

LATIHAN INDUSTRI DIBUAT

SYARIKAT JURU UKUR SWASTA SELATAN/IKHTISAS

2-3-1B rd FLOOR LOT 1, BLOCK 2

KOLAM CENTER ,PHASE 2,

JALAN LINTAS LUYANG,

88300 KOTA KINABALU SABAH

IKM KK Page 1

Page 2: Kg sayap kota belud

PENDEDAHAN ALAM PEKERJAAN SEBENAR

Semasa pelajar menjalani latihan industry, pelajar akan didedahkan kepda suasana di alam pekerjaan sebenar yang mana teori yang dipelajari oleh pelajar di ikm kk adalah sahih. Apabila pelajar sudah terdedah dengan kerja – kerja yang dilakukan disebuah firma, maka ianya secara tidak langsung dapat memberi pengalaman kepada pelajar tersebut tentang apa yang patut dilakukan dalam kerja – kerja didalam industry mengikut kursus yang diceburi oleh pelajar di ikm kk.

MELUAS DAN MENAMBAH PENGETAHUAN

Semasa pelajar menjalani latihan industry, pelajar akan terdedah kepada kepada kerja – kerja yang dilakukan oleh pekerja di sesebuah firma tersebut. Apabila pelajar berkenaan melakukan kerja bersama dengan pekerja senior tersebut secara tidak langsung akan dapat menambahkan pengetahuan secara teknikal dan kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu kerja dengan sendiri bedasarkan pengalaman yang ada pada pelajar itu sendiri.

PENAMPILAN DIRI DARI SEGI KEBOLEHAN ,KESANGGUPAN DAN SIKAP DEDIKASI

Pada dasarnya latihan industry juga bertujuan untuk menonjolkan kesanggupan pelajar serta sikap dedikasi kepda penyelia. Ini boleh dilihat apabila seseorang pelajar itu diberi sesuatu kerja untuk diselesaikan atau disempurnakan. Pelajar berkenaan perlu menunjukan kebolehan mereka dengan mempraktikan teori yang telah dipelajari semasa menuntut di ikm kk dan kesanggupan melakukan kerja walaupun kerja tersebut adalah rumit sama ada dari segi ciri – ciri kerja itu atau factor persekitaran yang mencabar.

IKM KK Page 2

Page 3: Kg sayap kota belud

MENINGKATKAN KESEDARAN DAN MINAT PADA SESI PENGAJIAN YANG SETERUSNYA.

Apabila pelajar telah merasai alam pekerjaan dalam semester empat (SIJIL), pelajar tersebut akan mengalami suatu kesedaran dalam diri mereka bahawa betapa pentingnya ilmu dan kemahiran dalam kehidupan dengan keadaan dunia yang semakin mencabar. Ini akan menimbulkan perasaan minat untuk meneruskan pelajaran ke peringkat diploma.

MELUASKAN PERGAULAN DENGAN RAKAN SEKERJA

Tujuan mengadakan latihan industry ini bukan setakat untuk mempraktikkan teori yang dipelajari malah ianya juga bertujuan untuk menambahkan buah fikiran dan tunjuk ajar mengenai kerja – kerja yang hendak dilakukan , ianya secara tidak langsung tanpa disedari oleh pelatih tersebut mengenai sesuatu masalah kerja dapat diselesaikan melalui pergaulan semasa menjalani latihan industry.

MENILAI KEBOLEHAN DALAM DIRI UNTUK PERSEDIAAN KE PEKERJAAN KELAK

Antara factor lain latihan industry ini ialah untuk menilai tahap kebolehan seseorang pelajar itu di alam pekerjaan kelak. Pelajar dapat menilai apa kelemahan mereka sebelum masuk ke alam pekerjaan yang sebenar apabila tamat pengajian.

IKM KK Page 3

Page 4: Kg sayap kota belud

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk melalui dan menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar. Ini penting sebagai persediaan kepada pelajar itu sendiri sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar apabila pengajian tamat.

Biarpun teori dan latihan amali dilakukan di kampus tetapi ia tidak menjamin pemahaman dan pengetahuan pelajar itu untuk mempraktikkan apa yang dipelajari. Dengan program latihan industry ini,pelajar dapat mengaplikasikan segala teori kepada latihan melalui tugasan yang dilakukan secara praktikal.

Melalui latihan industry, sedikit sebanyak ia membantu mematangkan pelajar baik dan berfikir, tindakan yang diambil, social dan segala aspek dalam menjalankan kerja – kerja seharian. Ini kerana pergaulan yang luas dalam alam pekerjaan banyak memberi pengalaman dan pengajaran kepada pelajar.

Bertukar – tukar pendapat dan kemahiran sama ada dengan rakan sekerja di tempat latihan industry dan pelajar – pelajar praktikal dari institusi lain. Kadangkala, bukan pelajar ikm sahaja yang menjalani latihan industry di sesebuah firma itu. Oleh itu, peluang tersebut dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk menambahkan pengetahuan melalui perbincangan yang dijalankan dengan pelajar dari institusi lain.

Disamping itu. Membuka minda pelajar tidak boleh tertumpu pada kelompok ikm amnya semata – mata. Untuk Berjaya dalam sesuatu bidang itu, pelajar perlu menimba pengetahuan bukan sahaja dikalangan kelompok itu sendiri, sebaliknya aspek pergaulan di tempat kerja juga mempengaruhi segalanya bagi mengecapi kejayaan juga di dalam perkara – perkara lain. Dengan menjalani latihan industry, para pelajar dapat menimba pengetahuan yang mungkin tidak diperolehi atau dipelajari semasa berada di ikm kk.

IKM KK Page 4

Page 5: Kg sayap kota belud

TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN OLEH SYARIKAT

o Membantu pekerja dalam mendirikan alat kaki tiga dan setting target/prisma

o Membantu pekerja setting total stationo Membantu pekerja menanam piket untuk memulakan kerja mengukur

di sesuatu kawasan

PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYELIA PELATIH

o Mr.chong vui leongo Mr. Bryan chong

IKM KK Page 5

Page 6: Kg sayap kota belud

NAMA SYARIKAT

SAYRIKAT JURU UKUR SWASTA SELATAN/IKHTISAS

Pintu masuk pejabat juru ukur swasta selatan/ikhtisas

LOKASI PEJABAT FIRMA

Firma ini pada mulanya beroperasi di likas, kota kinabalu sejak tahun 1977. Namun pada awal tahun 2005, firma ini telah berpindah ke jalan kolam fasa 2 di luyang, kota kinabalu iaitu kira – kira 7km daripada pusat bandaraya kota kinabalu.

Firma ini telah memasuki tahun kedua beroperasi di kawasan luyang setelah sekian lama beroperasi di likas.

SEJARAH SYARIKAT

IKM KK Page 6

Page 7: Kg sayap kota belud

Syarikat juruukur swasta ikhtisas pada permulaannya dikenali sebagai jurukur kinabalu sdn bhd. Syarikat ini bernaung dibawah jurukur swasta selatan. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1974 dengan perkongsian diantara En.chung vui leong, pengarah urusan jurukur swasta selatan dengan seorang jurutera yang berasal dari Negara new Zealand. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh En.chung vui leong apabila rakan kongsinya mengambil keputusan untuk kembali ke Negara asalnya. Jurukur swasta ikhtisas kemudiannya diselia oleh anak lelaki beliau iaitu En.chong Fen Zek@Bryan.

Syarikat ini telah beroperasi selama lebih kurang 22 tahun dan menjalankan kerja – kerja ukur seperti servis pengukuran jabatan tanah dan kadasteral, ukur kejuruteraan, topografi

dan hidrografi dan banyak lagi kerja yang berkaitan dengan bidang pengukuran.

En.chong vui leong yang mengetuai syarikat ini, mempunyai pengalaman selama 25 tahun sejak tahun 1974 ketika bersama – sama dengan jurutera daripada new Zealand. Syarikat ini berkembang dan mendapat projek – projek daripada pihak kerajaan, syarikat swasta tempatan dan juga orang perseorangan.

Terdapat dua bahagian kerja didalam syarikat ini, iaitu kerja dalam pejabat dan kerja di luar pejabat. Kerja luar pejabat melibatkan kerja di lapangan ukur, seperti kerja ukur di kawasan tapak pembinaan.

Manakala, kerja didalam pejabat pula melibatkan kerja pengiraan dan melukis pelan.

IKM KK Page 7

Page 8: Kg sayap kota belud

VISI DAN MISI SYARIKAT

PROFILE SYARIKAT

LOGO

IKM KK Page 8

Page 9: Kg sayap kota belud

CARTA ORGANISASI SYARIKAT JURUUKUR SWASTA SELATAN

DAN IKHTISAS (J.S.S DAN J.S.I)

IKM KK Page 9

DIRECTOR J.S.S

Mr. Chong vui leong

SURVEYOR ACCOUNTANT ADMINISTRATION

Mrs. Mdm.lo

Mdm. Wong Ka Mui

J.S.S

Mr.Corneli

J.S.I

Mr. Bryan

Mr. Mr.

Mr. jackter

Page 10: Kg sayap kota belud

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

OLEH SYARIKAT

Menghasilkan pelan kawasan ukur seperti yang dikehendaki oleh pelanggan

Menanam batu sempadan

Mencari sempadan tanah

Pemancangan tanah (setting out)

Membuat kerja – kerja topografi kawasan

Semua yang berkaitan dengan pengukuran tanah

IKM KK Page 10

Page 11: Kg sayap kota belud

BAB 3 LAPORAN TUGAS/TANGGUNGJAWAB/PROJEK YANG

TELAH DIBUAT SEMASA LATIHAN INDUSTRI

AKTIVITI/TUGAS YANG DIJALANKAN SEMASA LATIHAN INDUSTRI

Melapor diri, tempat latihan industry di juruukur swasta selatan/ikhtisas Ke taman hilltop lintas/luyang untuk belajar memasang alat ukur Mendirikan alat kaki tiga Belajar setting prisma (target) Melaraskan buble target Cara memasang alat kaki tiga dengan betul Mendirikan alat kaki tiga dan setting target selama seminit Mendirikan alat kaki tiga dan setting target di tanah rata Mendirikan alat kaki tiga dan setting target di tempat yang tidak rata Memegang mini target Menahan mini target di atas piket yang telah ditanam Mencat pancang (menunjukkan piket yang telah ditanam) Membuat jalan untuk ukur terabas dimulakan Topografi kawasan Turun site untuk kerja mengukur Setting total station (melaraskan buble) Memotong piket (kayu bulian) Membersihkan total station Membersihkan kaki tiga Membersihkan regenpol Menyusun alat – alat ukur Memulakan kerja mengukur dengan menanam piket Memegang regenpol dan mini target untuk topografi kawasan Ukur terabas untuk kerja – kerja penanaman pailing untuk bangunan balai seni lukis Mengukur luas bangunan Mengukur luas tanah Mencari batu sempadan Menanam batu sempadan Mengukur kawasan jalan raya untuk membuat jalan raya baru (asphalt) Mengambil gambar untuk buku log/laporan Melukis diagram

IKM KK Page 11

Page 12: Kg sayap kota belud

PROSES KERJA YANG DIJALANKAN

Sepanjang saya menjalankan latihan industry di syarikat ini, banyak tempat telah kami pergi untuk menjalankan kerja pengukuran. Aktiviti yang dilakukan semasa latihan industry ini banyak memberi pengetahuan, mengenali peralatan yang belum pernah dilihat semasa berada di ikm kk dan memberi pengalaman yang amat berharga.

Antara tempat – tempat yan kami pergi untuk menjalankan kerja – kerja pengukuran sepanjang tempoh 5 bulan adalah :

1) Lahad datu.2) Poring ( ranau ) kolam air panas3) Sandakan4) Lokkawi5) Kg takis ( papar )6) Smk tun fuad7) Luyang perdana8) Balai seni lukis9) Arkib Negara cawangan sabah10) Kolombong11) Kudat (hospital kudat)12) Kota merudu13) Penampang 14) sipitang

IKM KK Page 12

Page 13: Kg sayap kota belud

1) Lahad datu (OIC)

Merupakan tempat kerja pertama dan kedua saya semasa saya berada di firma tersebut. Kumpulan kami telah diarahkan untuk mencari piket lama yang telah ditanam oleh bekas pelajar latihan industry pada tahun 2008 menggunakan alat GPS. Setelah kumpulan kami telah menemui piket tersebut. Kami telah memulakan kerja mengukur dengan piket yang telah dijumpai dengan mendirikan alat kaki tiga dan setting total station di atas piket tersebut.kerja ukur terabas telah dibuat untuk menanam setiap sudut kawasan tersebut dengan menanam piket baru dan pancang untuk mengetahui keluasan kawasan tersebut. Selepas kerja ukur terabas telah siap.kerja – kerja topografi telah kami buat pada setiap piket yang kami telah tanam.

Peralatan yang digunakan ialah :

o Total station’ Top Con

o Reflector’ (prisma pemantul ) Top Con

o Tripod ( kaki tiga )

o Pancang jajar

o Walkie – talkie

o Pita ukur

o Tukul dan paku

o Riben

o Cat merah

o piket

ketua kami telah membahagikan tugas yang berlainan kepada saya dan rakan saya. Saya telah diarahkan untuk mendirisiapkan alat ‘reflector’diatas piket yang berhampiran dengan ‘total station’ dan tempat yang hendak ditanam piket.

Rakan saya yang lain pula diarahkan untuk mendirisiapkan satu lagi alat reflector, dan seorang lagi akan memegang pancang jajar. Ketua kami akan mendirisiapkan alat total station dan menjadi pencerap ‘bearing’ dan jarak. Setelah siap kerja mendirisiap alat reflector, ‘bearing’ dan jarak. Setelah siap kerja mendirisiap alat reflector, bearing akan diset oleh pencerap pada alat total station dengan berpandukan peda pelan terabas yang lalu.

Setelah bearing siap disetkan,kerja penanaman sempadan di lakukan pencerap akan menunjukkan bearing dan jarak titik sempadan kepada pemegang pancang jajar.setelah titik dikenalpasti,saya dan rakan-rakan saya akan menanam satu piket kayu pada titik tersebut sekiranya titik tersebut berada di tanah.sekairnya titik tersebut terletak di atas permukaan yang keras seperti jalan raya atau konkrit,sebatang paku akan di tanam.semua tanda sempadan akan diwarnakan dengan cat berwarna merah dan direbenkan untuk memudahkan ianya dilihat.

IKM KK Page 13

Page 14: Kg sayap kota belud

2) poring ( ranau) kolam air panas

di tempat ini, kami telah diarahkan untuk menanam piket untuk melakukan kerja ukur terabas di sekitar kawasan restoran yang berdekatan dengan kolam air panas.restoran tersebut telah kami ambil keluasannya kerana telah termasuk dalam kawasan yang kami akan ukur. Kami telah menggunakan pita ukur untuk mengambil keluasan restoran tersebut. Apabila kerja mengukur telah siap di kawasan tersebut, saya telah diarahkan untuk melukis diagram kawasan tersebut untuk mengetahui keadaan kawasan disekitarnya.

3) Sandakan (taman buaya)

Ditempat ini saya telah diarahkan untuk mendirikan alat kaki tiga dan setting GPS untuk mencari piket lama yang telah lama ditanam oleh pekerja daripada syarikat ini.kerja saya di tempat ini sangat mudah, iaitu hanya menjaga alat GPS sahaja. Pekerja dan pelajar daripada politeknik dan ilp telah pergi untuk mencari piket lama dengan membawa alat GPS.kerja mencari piket lama telah siap dalam masa setegah har i sahaja.

4) Lokkawi

Ditempat ini kami telah diarahkan untuk membuat kerja topografi jalan raya setelah kerja ukur terabas telah siap dilakukan dan diperiksa. Kerja topografi pula dilakukan. Kerja topografi lambat disiapkan kerana terlalu banyak data yang perlu diambil seperti sudut jalan raya, sudut parit, kedalaman manhole, dan sebagainya.kami melakukan kerja disana selama 4 hari.

5) Kg takis (papar)

Ditempat ini kami telah diarahkan untuk melakukan kerja ukur terabas di setiap penjuru dengan menanam piket untuk mengetahui keluasan kawasan tanah lapang di sana. Kerja – kerja yang telah saya lakukan semasa di kg takis papar ialah, mendirikan alat kaki tiga dan setting target ( prisma) serta menanam piket.

IKM KK Page 14

Page 15: Kg sayap kota belud

6) Smk tun fuad

Ini adalah tempat yang paling banyak kerja kami lakukan iaitu penanaman terabas untuk mencari batu sempadan. Kerana di tempat ini kami telah disuruh untuk mencari batu sempadan sebanyak lima batu sempadan. Dan di tempat ini kami telah menjumpai batu sempadan hanya tiga sahaja, dan kami telah membuat ukur terabas dikawasan yang berdekatan dengan smk tun fuad untuk menanam piket baru untuk menunjukkan batu sempadan baru. Kerana batu sempadan diantaranya telah hilang.

Peralatan yang digunakan ialah :

Total station ‘top con’ Reflector (pemantul prisma top con) Tripod (kaki itga) Pancang jajar Walkie talkie Pita ukur Tukul dan paku Cat merah

7) Luyang perdana

Ditempat ini kami hanya melakukan kerja – kerja topografi kawasan sahaja.kami mulakan kerja topografi kawasan dengan memulakan kerja pada paku yang pertama ditanam.

Peralatan yang digunakan :

Total station ‘top con’ Pancang jajar Mini target Kaki tiga (tripod)

8) Balai seni lukis

IKM KK Page 15

Page 16: Kg sayap kota belud

ditempat ini kami telah diarahkan untuk membuat kerja setting out untuk penanaman pailing untuk pembinaan bangunan balai seni lukis. Ditempat ini kami telah disuruh untuk menanam piket di luar kawasan mengikut bearing yang telah ada. Kami menanam piket sekitar dua puluh meter dari kawasan yang akan dilakukan kerja penanam an pailing nanti. Selepas kerja menanam piket telah siap kami telah mulakan kerja menanam piket untuk tempat pailing ditanam nanti.

Peralatan yang digunakan :

Total station Reflector (pemantul prism top con) Kaki tiga (tripod) Pancang jajar Piket kayu bulian Tape Mini target Cat merah

9) Arkib Negara cawangan sabah

ditempat ini kami telah melakukan kerja ukur terabas sahaja, kami melakukan kerja ukur terabas keliling bangunan arkib Negara. Untuk mengetahui keluasan kawasan tersebut.

10) Kelombong

Ditempat ini kami telah melakukan kerja ukur terabas dan kerja topografi. Dimana kami telah memulakan kerja dengan menanam piket pertama. Apabila piket sudah ditanam, total station telah didirikan diatas piket tersebut. Dan piket kedua telah ditanam sejauh empat puluh meter daripada stesen pertama dan piket seterusnya. Selesai kerja ukur terabas. Kerja topografi kawasan telah kami buat. Setiap piket yang ditanam telah didirikan total station untuk mengambil bearing atau data yang diperlukan.

11) Kudat (hospital kudat)

IKM KK Page 16

Page 17: Kg sayap kota belud

Ditempat ini kami telah melakukan kerja ukur terabas dan kerja topografi

kawasan hospital kudat. Kami memulakan kerja dengan menanam pek pertama dan

apabila pek pertama telah ditanam, total station telah didirikan diatas pek pertama

yang telah ditanam. Dan pek kedua telah ditanam setelah bearing telah diberi oleh

pekerja juruukur swasta. Ditempat ini kami telah membahagikan dua kumpulan iaitu

kumpulan pertama iaitu encik Cornelius, kumpulan kedua encik haisyham. Saya telah

mengikut kumpulan kedua iaitu encik haisyham. Kerana ditempat ini didalam

kawasan hospital kudat ada dua kawasan yang perlu di buat pengukuran. Kami

membuat pengukuran ini ialah untuk naik taraf hospital kudat.

Peralatan yang digunakan :

Total station Kaki tiga Pancang jajar Target Mini target Paku Piket Tape

12) Kota merudu

Ditempat ini kami perlu menyiapkan kerja pengukuran dua kawasan. Iaitu site1 dan site2. Di site1 kami telah melakukan kerja ukur terabas iaitu menanam pek keliling kawasan mengikut bearing yang telah ada. Selepas kerja ukur terabas telah siap, kerja topografi kawasan telah kami buat iaitu mengambil spot level kawasan sahaja. Setelah kerja di site1 telah siap, pada keesokan harinya kami memulakan kerja ukur terabas di site2.kerja-kerja yang telah saya buat di kawasan ini ialah, mendirikan alat kaki tiga dan setting prisma, menanam piket dan merantis jalan untuk kerja-kerja ukur terabas.

13) Penamapang (blue7)

IKM KK Page 17

Page 18: Kg sayap kota belud

Ditempat ini, kerja pertama yang telah kami buat ialah kerja ukur terabas kawasan, iaitu menanam pek pertama dan seterusnya sehingga pek yang terakhir di tanam boleh Nampak di pek pertama yang telah ditanam. Setelah kerja-kerja ukur terabas telah siap,kami telah melakukan kerja topografi kawasan tersebut. Ditempat ini kerja yang telah saya buat ialah, mendirikan kaki tiga dan setting buble prisma. Menanam pek baru untuk kerja ukur terabas.

Peralatan yang telah digunakan :

Total station Kaki tiga Pancang jajar Target Mini target Paku Piket Tape paku

14) sipitang

ditempat ini kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menyiapkan kerja di kawasan ini, keluasan kawasan ini ialah, 800 ekar. Dan kami hanya melakukan kerja ukur terabas terbuka sahaja di kawasan ini. Kerana jika kami melakukan kerja ukur terabas tertutup di kawasan ini, kerja kami akan sangat sukar kerana di kawasan ini adalah kawasan paya dan sangat sukar untuk mendirikan alat kaki tiga dan setting total station. Di kawasan ini juga kami tidak membawa target/prisma, kami hanya membawa pancang jajar dan mini target sahaja.

Peralatan yang digunakan :

Total station Kaki tiga Reging pool (pancang jajar) Mini target Parang Pek Tape Pemantul prisma

Kerja Ukur

Skop Perkhidmatan

IKM KK Page 18

Page 19: Kg sayap kota belud

Perkhidmatan yang diperlukan adalah untuk menjalankan kerja ukurkejuruteraan dan penyediaan pelan ukur yang berkaitan.

Skop Kerja

Skop kerja ukur adalah seperti berikut :

1) Penentuan dan penandaan sempadan tapak

2) Penentuan spot levels

3) Penandaan butiran-butiran topografi di tapak dan persekitarannya termasuk jalan masuk dan discharge point.

4) Penyediaan pelan ukur mengandungi maklumat-maklumat perkara 2.1, 2.2, 2.3, dua kodinit, pelan lokasi dan legenda. Pelan ukur tersebut perlu dilengkapi dengan garisan kontur bersela 1 meter atau 2 meter (mengikut kesesuaian) dan dihitamkan setiap perbezaan 5 meter .

5) Pelan ukur yang disediakan dalam para 2.4 di atas perlu disahkan oleh Juruukur Tanah Berlesen.

6) Penyediaan pelan pra hitungan untuk tapak TNB,sekolah, masjid, simpanan jalan dan lain-lain kemudahan asas yang berkaitan.

KERJA UKUR UNTUK PENENTUAN SEMPADAN TAPAK

1) Menentukan & menandakan kedudukan batu-batu

IKM KK Page 19

Page 20: Kg sayap kota belud

sempadan tapak projek berdasarkan kepada Pelan Akui yang berkaitan dan juga sempadan baru yang belum ada Pelan Akui berdasarkan kepada hitungan awal.

2) Kerja ukur dijalankan hendaklah memenuhi ukuran kelas dua seperti mana yang terkandung dalam Survey Regulation 1976.

KERJA UKUR TOPOGRAFI & KEJURUTERAAN

1) Kedudukan spot height perlu merangkumi keseluruhan tapak projek dan kawasan bersebelahan dalam lingkungan 30m - 40m di luar kawasan tapak projek.

2) Aras ketinggian perlu dirujuk berdasarkan kepada Batu Aras yang berdekatan dan untuk kawasan pendalaman di mana Batu Aras belum ada, ketinggian anggaran boleh dipakai bagi tujuan pengiraan kerja tanah di tapak projek tersebut.

3) Aras dalam untuk butiran-butiran yang terdapat ditapak projek seperti sungai, parit, paya, longkang dan sebagainya perlu diambil.

Kedudukan Butiran Topografi:

a) Bangunan

IKM KK Page 20

Page 21: Kg sayap kota belud

b) Pagar

c) Jalan masuk, jalan/lorong

d) Tiang elektrik, tiang telefon, tiang lampu

f) Paip air utama (main pipe)

g) Pili bomba

h) Pembetung (culvert)

i) Kotak pengumpul (sump box)

j) Kotak kabel telefon/kabinet telefon

k) Lurang (manhole)

l) Talian voltan tinggi

m) Pokok besar dengan bergaris pusat minimum 0.8

meter dan nama pokok berkenaan

n) Paya/kolam/lombong

o) Batu besar/batu tongkol (boulder)

p) Batu tanda jalan (landmark)

Sekiranya tidak terdapat parit,longkang,sungai atau

seumpamanya di kawasan projek, harap dapatkan juga

di kawasan yang berhampiran untuk tujuan discharge

point.

PENYEDIAAN PELAN UKUR

Pelan Ukur yang disediakan mestilah mengandungi:-

1) Sempadan tapak projek dengan bering dan jarak serta

lot-lot berdekatan dan lot-lot bertentangan dengan tapak

projek jika tapak projek bersebelahan dengan jalan.

2) Kedudukan titik ketinggian tanah (spot level)

3) Garisan kontur yang bersela 1m atau 2m mana-mana

yang sesuai mengikut keadaan tapak.

Maklumat Am:-

a) Nama Projek

IKM KK Page 21

Page 22: Kg sayap kota belud

b) Negeri, Daerah, Mukim

c) Arah utara

d) Sekil

e) Dua nilai kodinit untuk sempadan tapak.

f) Pelan lokasi dan kedudukan tapak (extract

daripada Syit Piawai.)

Nota Am (terletak di sebelah kanan pelan)

a) No. Pelan Akui dirujuk

b) No. Batu Aras dan ketinggiannya

c) Keluasan tapak

d) Keadaan tapak projek secara am

e) No. Syit Piawai

f) Petunjuk/simbol untuk setiap butiran

TERABAS

IKM KK Page 22

Page 23: Kg sayap kota belud

PENGENALAN

Terabas adalah satu rangkaian garisan yang bersambung antara satu sama lain, dimana garisan tersebut mempunyai nilai bearing dan jarak. Terabas dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

i) Terabas tertutupii) Terabas terbuka

Terabas tertutup

Terabas tertutup dibahagikan kepada dua iaitu :

i) Terabas yang bermula dan berakhir pada titik yang sama iaitu membuat satu pusingan dan kembali ke titik yang asal. Biasanya dilakukan pada pengukuran kawasan – kawasan yang diperlukan sahaja.

ii) Terabas yang bermula dan berakhir pada dua titik yang berlainan tetapi diketahui nilai koordinat di kedua – dua titik tersebut.

a

b

IKM KK Page 23

Page 24: Kg sayap kota belud

f

c

e

d

rajah diatas menunjukkan contoh terabas tertutup

terabas terbuka

terabas terbuka adalah kerja ukur yang dilakukan tidak dimulakan atau diakhiri atau kedua – duanya sekali pada titik – titik yang berkoordinat. Terabas jenis ini sukar untuk dilakukan penyelarasan.

b d

e

a c

rajah diatas menunjukkan contoh terabas terbuka

\

KEGUNAAN TERABAS

Dalam pengukuran bagi tujuan kejuruteraan, kegunaan kerja ukur terabas tiodolit

dapat dibahagikan kepada dua iaitu :

IKM KK Page 24

Page 25: Kg sayap kota belud

1) Penyediaan pelan kawasan

2) Projek – projek pembinaan

3) Penentuan sempadan tanah

Penyediaan pelan kawasan

Terabas menghasilkan satu jaringan titik atau stesen (hentian ukur)

Yang ditandakan diatas permukaan tanah. Stesen – stesen ini merupakan satu system

kawalan yang dapat dipelotkan dengan tepat berdasarkan kepada skala yang tertentu.

Kedudukan butiran – butiran semulajadi atau ciptajadi adalah relative kepada jaringan

terabas ini. Ini bermakna, butiran – butiran tersebut boleh dipelotkan dengan merujuk

kepada jaringan stesen kawalan didalam terabas tersebut.

Projek – projek pembinaan

Projek – projek pembinaan bermaksud projek – projek seperti pembinaan jalan,

rumah, tangki air, dan lain – lain lagi. Dalam hal ini, pembinaan dibuat daripada stesen

terabas dengan berpandukan kepada maklumat atau data yang diberikan. Ini diikuti

dengan membuat penandaan (setting out) menggunakan piket – piket bagi membentuk

satu rangka kerja bagi pembinaan yang akan dijalankan kelak.

Penentuan sempadan tanah

Terabas juga digunakan bagi menentukan sempadan tanah sesuatu kawasan terabas

sigunakan bagi mencari batu sempadan dan menanam sempadan tanah yang baru.

KELAS TERABAS

IKM KK Page 25

Page 26: Kg sayap kota belud

Terabas terbahagi kepada beberapa kelas. Ini bertujuan untuk memudahkan pengguna dalam menentukan cara kerja dan untuk memastikan kejituan yang dikehendaki. Ianya amat penting kerana sesetengah kerja memerlukan terabas yang berkejituan tinggi manakala yang lain mungkin sebaliknya.

Kelas terabas yang berlainan sudah tentu mempunyai nilai kejituan (selisih yang dibenarkan) yang berbeza. Nilai kejituan pula secara tidak langsung mempengaruhi cara dan peralatan kerja. Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa pengkelasan terabas dapat menolong jurukur menentukan kaedah kerja yang perlu dilaksanakan dan dapat menolong memilih peralatan yang sesuai. Secara umumnya, terabas dapat dikelaskan kepada empat iaitu :

i) Terabas piawai ii) Terabas kelas pertama iii) Terabas kelas kedua

Terabas kelas ketiga

Jadual diatas menunjukkan ciri – ciri kelas terabas

PERINGKAT KERJA LUAR TERABAS

IKM KK Page 26

Kelas TikaianLurus

Jarak dicerap

Bearing dipelot

Bearing dicerap

Tutup(selisih)

Cerapanpenyilang

piawai 1:25000 0.001m 1” 10” 1’15” 2

1 1:8000 0.001m 1”/10” 10” 1’15” 2

2 1:4000 0.001m 10”/20” 30” 2’30” 2

3 1:3000 0.01m 1’ 1’ 5’ 1

Page 27: Kg sayap kota belud

Didalam kerja luar terabas, tatacara untuk menjalankan kerja luar ini meliputi peringkat – peringkat seperti berikut :

i) Peninjauan ii) Pemilihan stesen ukuriii) Penandaan stesen ukuriv) Pengambilan cerapan v) Mengukur jarak

Peninjauan

Tujuan tinjauan dilakukan adalah untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh mengenai sesuatu kawasan, agar dapat memudahkan jurukur dalam membuat pilihan tentang cara pengukuran dan pemilihan stesen –stesen ukur. Antara aspek yang perlu diambil kira oleh jurukur ialah :

Tujuan ukur dibuat Masa yang diperuntukan Kejituan kerja yang diperlukan Kemudahan – kemudahan yang tersedia Kos pengendalian

Pemilihan stesen ukur

Pemilihan stesen ukur ini dijalankan ketika peringkat tinjauan dijalankan di mana kedudukan yang sesuai untuk stesen – stesen ukur dikenal pasti. Dalam peringkat ini, perkara – perkara berikut perlu diperhatikan.

1) Bilangan stesen mestilah seberapa minimum yang boleh tetapi tidak akan

menjejaskan kerja. Sebaiknya stesen adalah tidak melebihi 25 stesen.

2) Pandangan – pandangan cerapan hendaklah melebihi 30m. Bertujuan untuk

mencegah berlakunya kesilapan.

3) Keadaan permukaan bumi disekitar stesen hendaklah stabil bagi menampung

tiodolit.

4) Permukaan yang basah. Cerun dan semak seboleh – bolehnya dielakkan.

5) Menempatkan stesen berdekatan butiran yang hendak diambil.

6) Stesen mestilah bebas daripada halangan semulajadi dan tempat umum.

7) Setiap stesen mestilah saling Nampak antara satu sama lain.

IKM KK Page 27

Page 28: Kg sayap kota belud

PENANDAAN STESEN UKUR

Ciri – ciri yang berikut perlu dititikberatkan dalam penandaan stesen ukur :

1) Stesen – stesen ditandakan dengn piket kayu kira – kira 0.5m panjang dan muka

keratan 40mm x 40mm. Sekiranya terabas yang dibuat terletak diatas permukaan

yang keras, steen boleh ditandakan menggunakan paku.

2) Piket ditanamkan ke dalam tanah dan ditinggalkan 2cm dari permukaan tanah.

3) Untuk kejituan yang lebih baik, satu tanda paku ditanamkan pada bahagian

tengah atas piket tersebut.

4) Stesen – stesen hendaklah ditentu letak dengan membuat ukuran jarak dari tiga

paramuka tetap dan dibuat rekod diatas lakaran tujuannya ialah untuk

memudahkan mencari semula kedudukan stesen sekiranya piket hilang.

PENGAMBILAN CERAPAN

Pengambilan cerapan hendaklah mengikut spesifikasi yang telah

ditetapkan didalam arahan ukur. Ia juga mestilah dilakukan dengan berhati – hati

kerana sebarang kesilapan dalam pengambilan bearing dan jarak akan

menyebabkan selisih yang menyebabkan kejituan pengukuran terjejas.

MEGUKUR JARAK

Jarak antara dua stesen boleh diukur dengan berbagai kaedah dan kaedah tradisi

kepada kaedah moden yang menggunakan peralatan yang lebih cangih seperti total station

IKM KK Page 28

Page 29: Kg sayap kota belud

Pencerap sedang

mengambil bacaan jarak dan bearing

CARA MENCARI BATU SEMPADAN ASAL TANAH

BERPANDUKAN TERABAS YANG TELAH DIBUAT DENGAN

BANTUAN PROGRAMABLE CALCULATOR DAN TOTAL

Pada kebiasaanya, kami diarahkan untuk mencari batu sempadan tanah sesuatu

kawasan berdasarkan terabas yang dibuat sebelumnya. Batu sempadan dicari berdasarkan

sudut dan jarak yang diperolehi melalui proses pengiraan.

Batu sempadan

IKM KK Page 29

Page 30: Kg sayap kota belud

PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM

KERJA UKUR

PENGENALAN

Dalam melakukan kerja ukur, peralatan yang lengkap adalah amat diperlukan bagi

memastikan kerja –kerja ukur dapat dijalankan dengan lancar dan senang. Pekerja juga

perlu mempunyai kemahiran dalam menggunakan peralatan – peralatan ukur.

Terdapat beberapa jenis alat yang digunakan dalam kerja mengukur, peralatan yang

digunakan adalah bergantung kepada jenis kerja ukur yang digunakan.

Peralatan – peralatan yang digunakan dalam kerja ukur biasanya mempunyai harga

yang tinggi dan boleh mencapai puluhan ribu seunit. Peralatan – peralatan ini merupakan

barangan import khas dari luar Negara seperti jepun, jerman dan Switzerland.

PERALATAN UKUR

IKM KK Page 30

Page 31: Kg sayap kota belud

a) Total Station

b) Prism Circular

c) Tripod (kaki tiga)

d) Mini Tripod

e) Mini Prism

f) Pancang Jajar

g) Walkie – Talkie

h) Pita ukur

Total Station

Total station merupakan peralatan utama yang digunakan dalam mana –

mana jua jenis kerja ukur pada masa sekarang. Total station mempunyai kejituan

yang tinggi dalam pengambilan sudut dan juga jarak. Ia dapat memudahkan lagi

kerja mengukur. Alat ini dilengkapi dengan system pemprosesan mikro

(microprocessor). Yang membolehkan hubungan terus dilakukan secara

automatic dan kerja ukur dapat disempurnakan dengan cepat dengan kesilapan

yang minimum. Terdapat beberapa jenis total station seperti TCR 307, TCR 100,

TCR 300 dan TCR 500.

Total station

IKM KK Page 31

Page 32: Kg sayap kota belud

TOTAL STATION

rough sighting collimator

Battery

Lens side oftelescope

vertical control

Horizontalcontrols

Tribrachwith leveling

screws

display laser plummet

Penggunaan EDM juga memudahkan kerja – kerja pemplotan, ini kerana total station

juga di lengkapi dengan perisian (program) dan kad ingatan (memory card) bagi tujuan

IKM KK Page 32

Page 33: Kg sayap kota belud

mengumpul dan menyimpan data. Ianya juga boleh disambungkan dengan computer untuk

tujuan memproses data bagi menghasilkan pelan (rajah).

Total station disambungkan

Rajah diatas menunjukkan kabel yang digunakan untuk menghubungkan total station

dengan komputer

Cara memulakan pengambilan bacaan pada setiap stesen

IKM KK Page 33

Page 34: Kg sayap kota belud

1) Sebelum mengambil bacaan pada setiap stesen, haruslah ditentukan dahulu stesen

pertama total station itu didirisiapkan. Sebagai contoh adalah total station itu

didirisiapkan diatas bench mark atau lain – lain stesen seperti piket kayu baru atau

atas batu sempadan.

2) Dalam menjalankan kerja ukur seperti ini buku kerja luar sering digunakan untuk

mencatat stesen pertama yang diduduki dan bacaan pada pandangan hadapan dan

pandangan belakang.

3) Dalam mengambil bacaan pertama, pandangan hadapan harus didahulukan iaitu

dengan penyilang kiri didahulukan dan barulah penyilang kanan. Horizontal dan

vertical juga perlu diambil beserta jarak. Harus ada pelan sedia ada untuk melihat

bearing dan jarak agar tidak menimbulkan masalah kelak dan pembaziran masa lagi

mencari stesen pengukuran. Adalah lebih bagus, jika pengukuran yang dijalankan itu

dimulakan di batu aras dan piket kayu lama kerana ianya sekurang – kurangnya

memberi bacaan yang sama dengan bacaan yang sebelumnya.

4) Tekan butang distance pada total station untuk melihat jarak total station itu

didirisiapkan dengan prism circular yang didirisiapkan.

5) Sesudah mengambil bacaan pada pandangan belakang, bacaan pandangan

hadapan diambil dengan memusingkan total station mengikut arah jam. Penyilang

kiri, kanan, vertical dan tekan distance untuk mendapatkan jarak. Pastikan penyilang

kiri dan penyilang kanan bezanya adalah 180 darjah dan adakalanya ianya kurang

atau lebih tetapi sekurang – kurangnya tidaklah jauh dari 180 darjah.

6) Seterusnya semasa memindahkan total station ke suatu tempat ke stesen lain, total

station didirisiapkan iaitu dipandangan hadapan satu prism lagi ditempat total station

didirisiapkan sebelumnya iaitu sebagai pandangan belakang nanti. Satu lagi prism

circular didirisiapkan di satu stesen dihadapan.

Mengakhiri kerja ukur

IKM KK Page 34

Page 35: Kg sayap kota belud

1) Dalam penggunaan total station, haruslah sentiasa berhati – hati semasa

mendirisiapkan dan menggunakan alat. Pastikan kerja ukur yang dibuat tepat dan

kesalahan besar haruslah dielakkan kerana akan memberi impak kepada kerja yang

mendatang.

2) Dalam penghasilan terabas tertutup, bacaan bearing dan jarak mestilah tepat.

Semasa total station dipindahkan ke station tempat permulaan kerja ukur dimulakan.

Harus diketahui bacaan jarak dan bearing adalah sama dengan permulaannya. Jika

tidak pun ianya mestilah kurang sama dan tidak jauh berbeza dengan bearing dan

jarak permulaannya.

3) Adakalnya bearing berlainan dengan bearing yang asal tetapi harus dipastikan

bearing itu sama ada bahagian penyilang ataupun bahagian penyilang kanan.

Menutup total station

1) Sebelum menyimpan total station didalam tempatnya, pastikan suis tekan tutup total

station ditutup terlebih dahulu.

2) Buka pengunci kakitiga yang memegang total station dan angkat dengan betul

(memegang kepala dan plet bawahnya) dan masukkan dalam keadaan yang

sepatutunya didalam kotaknya.

3) Sesudah total station dimasukkan ke dalam tempatnya maka ianya perlu dibawa

dengan baik.

Kompenen – kompenen dalam total station dan fungsinya

IKM KK Page 35

Page 36: Kg sayap kota belud

1) Tapak skru pemfokus.

Fungsinya adalah untuk menghilangkan beza lihat dengan memusingkannya untuk

menajamkan imej.

2) Kanta mata

Fungsinya adalah untuk melihat imej dan apabila skru kanta matadiputarkan ia dapat

menjelaskan lagi bebenang stadia.

3) Pencerap kasar atau pembidik.

Fungsinya adalah untuk mencerap sasaran secara kasar sebelum cerapan secara

teliti dilakukan.

4) Skru micrometer

Fungsinya adalah untuk menyelaraskan bacaan minit dan saat. Ianya digunakan

untuk mendapatkan bacaan bearing yang paling tepat semasa teropong dihalakan

kearah prism circular.

5) Pengunci plet

Fungsinya adalah untuk mengunci plet total station dengan tapak.

6) Kanta

Fungsinya adalah untuk membuat pembesaran imej agar kelihatan lebih jelas. Kanta

ini haruslah dielakkan daripada terguris.

7) Suis tekan tutup

Fungsinya adalah untuk menghidupkan dan menamatkan kerja pada total station.

8) Bateri (charger)

Bateri memainkan fungsi utama dalam pengendalian total station. Bateri untuk total

station ini boleh dicas.

9) Skrin

IKM KK Page 36

Page 37: Kg sayap kota belud

Total station jenis TCR 307 mempunyai skrin. Dalam skrin ini ada tertera kedudukan

bearing jarak, horizontal dan vertical. Skrin ini juga akan menunjukkan keadaan total

station yang dilaraskan sama ada seimbang atau tidak kerana gelembung air juga

ada ditayangkan pada skrin total station.

10) Tapak

Bahagian paling bawah pada total station dan akan dikuncikan pada tripod.

Gelembung udara

IKM KK Page 37

Page 38: Kg sayap kota belud

Pengunci plet

skrin

Skru pelaras

Prism circular

IKM KK Page 38

Page 39: Kg sayap kota belud

Prism circular lebih dikenali dengan nama target, ianya kerana, total station akan

dihalakan kepada target untuk mendapatkan bacaan sudut dan jarak. Prism circular

memantulkan gelombang daripada alat total station kembali kepada total untuk

mendapatkan bacaan sudut dan jarak. Prism circular harus didirisiapkan dengan keadaan

mendatar sehingga gelembung air masuk ke tengah – tengah bulatan sama seperti kaedah

mendirisiapkan total station.

Cara mendirisiapkan prism circular adalah lebih kurang sama cara mendirisiapkan alat

total station, perbezaannya adalah titik stesen perlu dicerap melalui skru optic, kerana prism

circular tidak mempunyai pancaran laser.

Target / reflector

Tripod

IKM KK Page 39

Page 40: Kg sayap kota belud

Juga dikenali sebagai kaki tiga, ianya merupakan alat yang digunakan untuk

mendirisiapkan total station dan prism circular, fungsinya adalah memegang dan

membolehkan kedua – dua alat tersebut, didirisiap mengikut ketinggian yang dikehendaki

dan bersesuaian. Antara kompenen tripod ialah seperti, nat pengunci dan juga kaki tiga.

Rajah diatas menunjukkan alat kaki tiga / tripod

Mini prism

Fungsi mini prism adalah sama dengan fungsi prism circular, Cuma ianya adalah

lebih kecil daripada prism circular, tetapi, ianya tidak boleh digunakan bagi mendapatkan

pandangan belakang, dan juga hadapan dalam terabas, ianya hanya digunakan untuk

mencari batu, atau piket lama dengan bantuan total station, berpandukan bearing dan jarak

yang terdapat pada pelan sesuatu kawasan.

Rajah diatas menunjukkan mini prism

Mini tripod

IKM KK Page 40

Page 41: Kg sayap kota belud

Fungsi mini tripod adalah sama dengan fungsi tripod besar iaitu mempunyai kaki

tiga.Cuma ianya mempunyai penyepit untuk menyepit mini prism semasa mini digunakan

untuk mengambil jarak. Mini tripod bukan digunakan untuk mendirikan total station dan

prism circular.

Pancang jajar (raging poo)

Pancang jajar merupakan sejenis pancang yang kebiasaanya diperbuat daripada

steel, terdapat 10 link yang terdapat pada pancang jajar dan dicat warna putih dan merah

secara berselang seli. Ketinggiannya juga boleh diselaraskan mengikut kesesuaian kerja.

Pancang jajar digunakan bersama – sama alat target, dimana alat target disambungkan

pada bahagian kepala pancang jajar. Pancang jajar banyak digunakan semasa membuat

pengukuran topografi dipadang berikutan, pancang jajar dapat digunakan pada suatu stesen

yang memerlukan pelarasan yang bersifat sementara.

Rajah diatas menunjukkan pancang jajar (reging pool)

Walkie Talkie

IKM KK Page 41

Page 42: Kg sayap kota belud

Walkie talkie digunakan sebagai alat perhubungan semasa menjalankan kerja

ukur, walkie talkie perlu digantung di leher bagi mengelakkan daripada terjatuh dan

mengalami kerosakan. Walkie talkie menggunakan bateri yang boleh dicas sebagai sumber

kuasa utama. Jarak lingkungan alat ini boleh didengar antara satu sama lain ialah 5km.

IKM KK Page 42

Page 43: Kg sayap kota belud

Alatan tangan dalam kerja ukur

a) Tukul dan paku

b) Tombak

c) Cat

d) Reben merah dan pancang kayu

Tukul dan paku

Tukul digunakan untuk membenamkan pek stesen ke dalam tanah, paku pula

digunakan sebagai titik tengah sesuatu stesen.

Tombak

tombak digunakan untuk membuat lubang untuk menanam batu dan kayu

sempadan, tombak dipilih berdasarkan keadaan tanah. Jika tanah itu keras, maka tombak

yang berat digunakan dan sebaliknya.

cat

digunakan untuk mengecat kayu sempadan yang telah ditanam. Cat merah

digunakan untuk menanda sempadan. Manakala cat putih pula digunakan untuk

menandakan sudut bangunan.

Reben merah dan pancang kayu

Reben merah dikaitkan pada pancang kayu bagi menunjukkan tempat dimana

sesuatu pek sempadan. Ataupun batu sempadan ditanam.

IKM KK Page 43

Page 44: Kg sayap kota belud

KESESUAIAN KURSUS DENGAN LATIHAN

YANG DIIKUTI

o Banyak menambahkan ilmu pengetahuan.

o Berkeinginan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma.

o Pengalaman bertambah.

o Bercita-cita ingin membuka syarikat ukur sendiri

o Dapat mencuba kerja-kerja seorang juru ukur seperti ukur terabas sesuatu kawasan,

cara – cara mencari batu sempadan menggunakan bearing.

o Dapat merasakan kerja seorang juru ukur

IKM KK Page 44

Page 45: Kg sayap kota belud

MASALAH TUGAS DAN KAEDAH

PENYELESAIAN SEMASA LATIHAN

INDUSTRI

Masalah Tugas

o kurang mahir dalam kerja – kerja seorang juru ukur.

o tidak fasih dalam menggunakan total station

o tidak memahami cara menggunakan alat GPS

o tidak memahami cara – cara pengiraan

Kaedah Penyelesaian

o Banyak belajar daripada pekerja juru ukur

o Banyak bertanya kepada pekerja

IKM KK Page 45

Page 46: Kg sayap kota belud

Setelah menjalani latihan industri selama 5 bulan, banyak yang telah saya pelajari

serta banyak pengalaman yang telah berjaya ditimba.Sepanjang tempoh latihan, saya dapat

memperbaiki kelemahan diri yang selama ini tidak pernah diuji dengan melakukan kerja-

kerja yang berkaitan bidang juruukur.Sungguhpun begitu, terdapat beberapa cadangan yang

ingin saya kemukakan kepada pihak syarikat yang mana adalah lebih baik sekiranya para

pelatih diberikan modul khas sepanjang menjalani latihan industri agar sentiasa ada kerja

untuk dibuat setiap hari.Di samping itu, adalah lebih baik sekiranya lawatan oleh pensyarah

ikmkk dapat dilakukan dengan lebih kerap untuk mengetahui perkembangan pelajar.Namun

begitu, kepada semua palajar diharap dapat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal

sebelum menjalani latihan industri.Hal ini kerana suasana alam pekerjaan yang bakal

ditempuhi adalah sangat berbeza.Pada masa yang sama, pengetahuan dalam bidang teori

perlulah dikuasai sepenuhnya kerana semasa menjalani latihan industri, pengetahuan teori

diaplikasikan bersama dengan pengetahuan dalam bidang teknikal.Hal ini sedikit sebanyak

dapat memudahkan penyelia yang mengawasi pelajar semasa latihan industri tidak perlu

menerangkan perkara-perkara asas (basic) yang sepatutnya telah sedia maklum semasa

menjalani sesi pembelajaran di institut kemahiran mara.

IKM KK Page 46

Page 47: Kg sayap kota belud

Sepajang menjalani latihan industri selama 5 bulan di juruukur swasta selatan,

banyak kesukaran serta cabaran yang perlu dilalui namun semuanya saya ambil secara

positif iaitu sebagai satu pengajaran kepada saya untuk memperbaiki kelemahan diri

saya.Selama saya menjalani latihan industri, saya telah didedahkan dengan suasana alam

pekerjaan yang sebenar.Ini sedikit sebanyak telah membuka fikiran saya untuk lebih

mendalami lagi bidang kerja juruukur.Sehubungan dengan itu, selama menjalani latihan

industri saya juga berpeluang untuk menimba pengetahuan berkaitan dengan kerja-kerja

mengukur,cara-cara memasang alat ukur,cara-cara menggunakan alat-alat ukur, kerja-kerja

ukur dan banyak lagi.Di samping itu, segala yang telah saya pelajari semasa di institut

kemahiran mara dapat saya aplikasikan semasa latihan industri malah lebih mendalam lagi

dengan tunjuk ajar daripada mereka yang terlibat.Latihan industri juga sedikit sebanyak

dapat mendisiplinkan seseorang khususnya dari segi ketepatan terhadap masa,komunikasi

dengan pihak-pihak yang terlibat, pengelibatan dalam perbincangan dan lain-lain lagi. Oleh

itu, latihan industri telah membentuk peribadi serta jati diri yang kukuh.Oleh yang demikian,

latihan industri juga sedikit sebanyak telah menyuntik semangat kepada saya untuk terus

mendalami bidang berkaitan juruukur. yang masih banyak lagi belum saya terokai secara

meluas.Sehubungan dengan itu, laporan latihan industri ini juga sedikit sebanyak

membuktikan sejauh mana pengetahuan yang telah saya perolehi sepanjang tempoh latihan

industri iaitu selama 5 bulan.Secara keseluruhannya, latihan industri ini telah memberikan

peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan

sama ada kerja di dalam pejabat mahu pun kerja luar pejabat. Ianya juga telah membentuk

sikap bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan.

IKM KK Page 47