keutamaan menuntut ilmu

19
KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU

Upload: jannah-zakaria

Post on 19-Jul-2015

245 views

Category:

Spiritual


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keutamaan menuntut ilmu

KEUTAMAAN MENUNTUT ILMU

Page 2: Keutamaan menuntut ilmu

HUKUM MENUNTUT ILMU

��ٍم ِلْسٍمِل سُم سُك ِّلُم ع ٌةُم ىَع ىَل ىُم ٍمِرضي ىَض ٍمِمُم ىَف ٍمِعِلْل ِلْل سُبُم ا ىَط ىَل

Sabda Rasulullah SAW,•“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim” [HR. Ibnu Majah]•Dinilai shahih oleh Syaikh Albani dalam Shahih wa Dha’if Sunan Ibnu Majah no. 224].

Page 3: Keutamaan menuntut ilmu

• Dalam hadis ini, Rasulullah SAW dengan tegas menyatakan bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib atas setiap Muslim, baik lelaki mahupun perempuan dan bukan bagi sebahagian orang Muslim sahaja.

Page 4: Keutamaan menuntut ilmu
Page 5: Keutamaan menuntut ilmu

ILMU APAKAH YANG WAJIB DIPELAJARI ITU ?

Page 6: Keutamaan menuntut ilmu

• “Dan katakanlah,‘Wahai Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu’”

[TMQ Thaaha (20):114].

Page 7: Keutamaan menuntut ilmu

• Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah berkata

“Firman Allah Taala (yang ertinya), ‘Wahai Rabbku, tambahkanlah kepadaku ilmu yang mengandungi dalil yang tegas tentang keutamaan ilmu.

• Adapun yang dimaksudkan dengan (kata) ilmu di sini adalah ilmu syar’i. Iaitu ilmu yang akan menjadikan seorang mukallaf yang mengetahui kewajipannya yang berupa masalah-masalah ibadah dan muamalah, juga ilmu tentang Allah SWT dan sifat-sifatNya, serta apa-apa hak yang mesti dia tunaikan dalam beribadah kepadaNya, dan mensucikan Kitaabul Ilya daripada pelbagai kekurangan” (Fathul Baari, 1/92).

Page 8: Keutamaan menuntut ilmu

KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU AGAMA

Page 9: Keutamaan menuntut ilmu

Daripada Ibnu Mas'ud RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda,

•“Pelajarilah ilmu-ilmu agama dan ajarkanlah kepada orang ramai; - pelajarilah perkara-perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah kepada orang ramai; pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk-makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah berbagai-bagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara yang difardukan, yang mereka tak dapat seorang pun yang boleh menyelesaikan perkara yang diperselisihkan itu” [HR Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni].

Page 10: Keutamaan menuntut ilmu

• Sebagai seorang Muslim, kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan tentang setiap perbuatan yang ingin dilakukan

• Menurut kitab al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya-'Ulumuddin dan Imam asy-Syafi'i dalam kitabnya ar-Risalah menerangkan bahawa tidak seharusnya seseorang melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui terlebih dahulu hukum-hukum Allah SWT mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu

Page 11: Keutamaan menuntut ilmu

DARJAT ORANG YANG

BERILMU

Page 12: Keutamaan menuntut ilmu

• “Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” [TMQ al-Mujadilah (58): 11].

Page 13: Keutamaan menuntut ilmu

• Diterangkan dalam Tafsir Ibn Kathir bahawa 

• Imam Ahmad telah meriwayatkan bahawa Abu At-Tufayl `Amir bin Wathilah berkata bahawa Nafi` bin `Abdul-Harith telah bertemu Umar bin Al-Khattab semasa berada di wilayah `Usfan. Umar telah melantik Abu At-Tufayl menjadi Amir di Mekah. Umar bertanya kepada beliau,

Page 14: Keutamaan menuntut ilmu

• “Siapakah yang telah anda lantik  sebagai Penolong bagi (mengatur urusan) penduduk di lembah itu (Mekah)”. Amir berkata, “Aku telah melantik Ibn Abza, seorang daripada hamba-hamba yang telah kita merdekakan sebagai penolongku”. Umar berkata lagi, “Engkau telah menjadikan seorang hamba merdeka sebagai Amir mereka semasa ketiadaanmu?!”. Amir menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, dia telah menghafaz Kitab Allah dan dia mempunyai ilmu mengenai harta pewarisan di samping berupaya menjadi seorang hakim yang berwibawa”. Kata Umar, “Sungguh, Nabimu telah bersabda, “Sesungguhnya Allah mengangkat darjat suatu kaum kerana kitab ini (al-Quran) dan merendahkan kaum lainnya dengannya” 

    [HR Muslim].

Page 15: Keutamaan menuntut ilmu

• Sesungguhnya perumpamaan ‘ulama di bumi adalah seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk di dalam kegelapan bumi dan laut. Apabila dia terbenam maka jalan akan kabur”[HR Ahmad].

•“Sesungguhnya kedudukan seorang alim sama mulianya dengan bulan di tengah-tengah bintang. Sesungguhnya ‘ulama itu adalah pewaris para nabi” [HR Abu Daud dan Tirmidzi].

Page 16: Keutamaan menuntut ilmu

GANJARAN ALLAH SWT BAGI MEREKA YANG MENUNTUT ILMU

Page 17: Keutamaan menuntut ilmu
Page 18: Keutamaan menuntut ilmu

• Hadis ini menunjukkan bahawa antara jalan harus ditempuh untuk mencapai syurga tidak lain adalah dengan cara menuntut ilmu.

• Barangsiapa menempuh jalan lainnya atau menyangka bahawa dirinya akan mendapatkan kenikmatan syurga meskipun tanpa menuntut ilmu, maka akan sia-sialah usahanya meskipun dengan bersusah-payah dia menjalaninya

Page 19: Keutamaan menuntut ilmu

KHATIMAH

Sesungguhnya dengan menuntut ilmulah, seseorang akan mengenal RabbNya dan akan teguh di atas landasan agama yang mulia. Justeru itu, dengan menuntut ilmu, Allah SWT akan menyelamatkan seseorang daripada kegelapan syirik dan kemaksiatan serta kesesatan bid’ah dan keracunan pemikiran. Begitu pula, Allah SWT akan menyelamatkannya daripada kegelapan dan kesulitan serta dijauhkan daripada seksaNya pada hari kebangkitan.

Wallahu’alam.