ketoksikan lima racun serangga terhadap larva kupu-kupu ... papers/pert vol. 11 (2) aug... ·...

7
Pertanika 11(2), 195-201 (1988) Ketoksikan Lima Racun Serangga terhadap Larva Kupu-kupu Beras, Coreyra cephalonica St. NOORMA OSMAN dan AU WAI FONG 1 Jabatan Perlindungan Tumbuhan Fakulti Pertanian Universiti Pertanian Malaysia 43400 Serdang, Selangor, Malaysia Key words: Corcyra cephalonica; kupu-kupu beras; klorpirifos; diklorvos, malathion; permethrin fos-metii. ABSTRAK Keberkesanan klorpirifos, diklorvos, malatian dan pirimifos-metil terhadap larva Corcyra cephalo- nica St. telah dikaji secara in vitro. Berdasarkan nilai DK 50 , susunan kepekaan untuk enam instar larva terhadap klorpirifos ialah instar 2 > 1 >5>4>5>6, diklorvos ialah instar 1 >2>3>4>5>6 dan malation, permetrin dan pirimifos-metil ialah instar 1 > 2 > 3 >4 >6 >5. Susunan relatifkeracunan mengikut keberkesanan racun ialah diklorvos > klorpirifos > permetrin > pirimifos-metil > malation untuk larva instar kedua hingga kelima. Bagi larva instar pertama dan keenam susunan relatifkeracunan masing-masing ialah, diklorvos > permetrin > klorpirifos > pirimifos-metil > malation. Diklorvos boleh mengganti malation untuk mengawal beberapa spesies perosak barang simpanan. ABSTRACT The effects of five insecticides namely chlorpyrifos, dichiorvos, malathion, permethrin and pirimi- phos-methyl was tested in vitro on the six larval instars of Corcyra cephalonica St Based on the LC $0 values, the order of susceptibility of the different larval instars was 2 > 1 >3>4>5 >6 while for dichiorvos it was 1 >2>5>4>5>6. The order for malathion, permethrin and pirimiphos-methyl was 1 >2>3>4> 6 >5. The order of relative toxicity of the five insecticides was dichiorvos >chlor- pyrifos > permethrin > pirimiphos-methyl > malathion for the second to the fifth instar, while for the first and sixth instar it was dichiorvos > pirimiphos-methyl > malathion for the second to the fifth instar, while for the first and sixth instar it was dichiorvos > pirimiphos-methyl > permethrin > chlor- pyrifos > malathion, and dichiorvos > permethrin > chlorpyrifos > pirimiphos-methyl > malathion, respectively. Dichiorvos is recommended to replace malathion for the control of certain species of stored- product pests. PENDAHULUAN Corcyra cephalonica dikenali sebagai kupu-kupu beras, merupakan salah satu serangga perosak bahan makanan simpanan yang penting. la banyak dijumpai di kawasan tropika dan subtropika. Hanya peringkat larva C. cephalonica menyebab- kan kerosakan. C. cephalonica menyerang lebih daripada 30 jenis bahan makan simpanan (Rao, 1954). Di Malaysia ia menyerang beras (Oryzae sativa\ kekacang hitam (Phaseolus mungo), biji kopi (Coffea spp.), kelapa kering (Cocos nucifera\ tepung dan sekam beras (Yunus dan Ho, 1980). Sukprakarn (1984) melaporkan bahawa C. cepha- lonica juga menyerang jagung (Zea mays) dan kacang tanah (Arachis hypogaea). Alamat semasa: Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, P.S. No. 1401, 90008 Sandakan, Sabah.

Upload: dinhthuan

Post on 29-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ketoksikan Lima Racun Serangga terhadap Larva Kupu-kupu ... PAPERS/PERT Vol. 11 (2) Aug... · selamat perlu dikaji lebih lanjut untuk kegunaan di gudang-gudang bijirin (Tee, 1985)

Pertanika 11(2), 195-201 (1988)

Ketoksikan Lima Racun Serangga terhadap Larva Kupu-kupuBeras, Coreyra cephalonica St.

NOORMA OSMAN dan AU WAI FONG1

Jabatan Perlindungan TumbuhanFakulti Pertanian

Universiti Pertanian Malaysia43400 Serdang, Selangor, Malaysia

Key words: Corcyra cephalonica; kupu-kupu beras; klorpirifos; diklorvos, malathion; permethrinfos-metii.

ABSTRAKKeberkesanan klorpirifos, diklorvos, malatian dan pirimifos-metil terhadap larva Corcyra cephalo-

nica St. telah dikaji secara in vitro. Berdasarkan nilai DK50, susunan kepekaan untuk enam instar larvaterhadap klorpirifos ialah instar 2 > 1 > 5 > 4 > 5 > 6 , diklorvos ialah instar 1 > 2 > 3 > 4 > 5 > 6dan malation, permetrin dan pirimifos-metil ialah instar 1 > 2 > 3 >4 > 6 >5 . Susunan relatifkeracunanmengikut keberkesanan racun ialah diklorvos > klorpirifos > permetrin > pirimifos-metil > malationuntuk larva instar kedua hingga kelima. Bagi larva instar pertama dan keenam susunan relatifkeracunanmasing-masing ialah, diklorvos > permetrin > klorpirifos > pirimifos-metil > malation. Diklorvosboleh mengganti malation untuk mengawal beberapa spesies perosak barang simpanan.

ABSTRACTThe effects of five insecticides namely chlorpyrifos, dichiorvos, malathion, permethrin and pirimi-

phos-methyl was tested in vitro on the six larval instars of Corcyra cephalonica St Based on the LC$0

values, the order of susceptibility of the different larval instars was 2 > 1 >3>4>5 >6 while fordichiorvos it was 1 > 2 > 5 > 4 > 5 > 6 . The order for malathion, permethrin and pirimiphos-methylwas 1 >2>3>4> 6 > 5 . The order of relative toxicity of the five insecticides was dichiorvos >chlor-pyrifos > permethrin > pirimiphos-methyl > malathion for the second to the fifth instar, while for thefirst and sixth instar it was dichiorvos > pirimiphos-methyl > malathion for the second to the fifthinstar, while for the first and sixth instar it was dichiorvos > pirimiphos-methyl > permethrin > chlor-pyrifos > malathion, and dichiorvos > permethrin > chlorpyrifos > pirimiphos-methyl > malathion,respectively. Dichiorvos is recommended to replace malathion for the control of certain species of stored-product pests.

PENDAHULUANCorcyra cephalonica dikenali sebagai kupu-kupuberas, merupakan salah satu serangga perosakbahan makanan simpanan yang penting. la banyakdijumpai di kawasan tropika dan subtropika.Hanya peringkat larva C. cephalonica menyebab-kan kerosakan.

C. cephalonica menyerang lebih daripada

30 jenis bahan makan simpanan (Rao, 1954).Di Malaysia ia menyerang beras (Oryzae sativa\kekacang hitam (Phaseolus mungo), biji kopi(Coffea spp.), kelapa kering (Cocos nucifera\tepung dan sekam beras (Yunus dan Ho, 1980).Sukprakarn (1984) melaporkan bahawa C. cepha-lonica juga menyerang jagung (Zea mays) dankacang tanah (Arachis hypogaea).

Alamat semasa: Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, P.S. No. 1401, 90008 Sandakan, Sabah.

Page 2: Ketoksikan Lima Racun Serangga terhadap Larva Kupu-kupu ... PAPERS/PERT Vol. 11 (2) Aug... · selamat perlu dikaji lebih lanjut untuk kegunaan di gudang-gudang bijirin (Tee, 1985)

NOORMA OSMAN DAN AU WAI FONG

Kegunaan racun serangga lindane dan mala-tion yang meluas pada jangka masa yang lamatelah mengakibatkan serangga-serangga perosakbijirin dalam simpanan, rintang terhadap racun-racun serangga ini (Champ dan Dyte, 1976). Olehitu, racun serangga yang lebih berkesan danselamat perlu dikaji lebih lanjut untuk kegunaandi gudang-gudang bijirin (Tee, 1985).

Kepekaan C. cephalonica terhadap keba-nyakan racun serangga kurang diketahui dan tiadamaklumat lebih lanjut tentang dosej optima selainbeberapa laporan dosej tunggal yang digunakan(Hodges, 1979). Oleh yang demikian, kajian inidijalankan untuk menilai ketoksikan 5 jenis racunserangga terhadap peringkat larva C cephalonica.Perbandingan keberkesanan dan kepekaan racun-racun serangga ini terhadap instar larva yang ber-lainan juga telah ditentukan.

BAHAN DAN KAEDAH

Kajian ini dijalankan di Makmal Entomologi,Jabatan Perlindungan Tumbuhan, Fakulti Perta-nian, Universiti Pertanian Malaysia dan Ogos1985 hingga Februari, 1986.

Pemeliharaan Serangga

Populasi dewasa permulaan diperoleh darigudang LPN (Lembaga Padi dan Beras Negara)di Bukit Raja, Klang, Selangor. C. cephalonicadewasa dimasukkan ke dalam balang gelas (11 x10 x 10 cm) pengumpul telur untuk mengumpultelur-telurnya setiap hari. Telur-telur dibasmi-kumankan dengan 5% formalin sebelum diguna-kan untuk memulakan kultur. Bahan makananuntuk larva adalah mengikut kandungan dankadar yang digunakan oleh McDonald dan Speirs(1972) dan Osman et al (1983). Kadar yangdigunakan ialah 150 g bahan makanan bagi setiap20 mg telur. Balang-balang pemeliharaan dilapikdengan piring petri yang terlangkup dan diletakkandi atas minyak pelincir untuk mengelak seranganhama dan serangga perosak lain. Suhu dan kelem-bapan bandingan harian di makmal masing-masingialah 27 + 2°C dan 79 + 2%.

Racun-racun Serangga

Racun serangga yang digunakan dalam kajianini ialah klorpirifos (Dursban 20EC), diklorvos(Vapona 48EC), malation (malathion 72 EC), per-

metrin (Ambush 11.1 EC) dan pirimifos-meti](Actellic 50EC) kerana ia adalah racun-racunserangga yang terdapat di Malaysia dan digunakandi merata dunia untuk mengawal serangga perosakbarang simpanan.

Penentuan Keberkesanan Racun Serangga DengmMencari Dosej Kematian (DK50)

Kaedah yang digunakan diubahsuai sedikildaripada cara'paper impregnated' yang disyorkaroleh FAO (1974). FAO (1974) menyarankarpenggunaan piring kaca (plate glass) untuk meletakkan kertas turas yang sudah dibasahi dengarlarutan racun serangga dan dikeringkan semalaman. Larutan primer yang disarankan ialah

UjianAwal

Ujian ini dUakukan untuk menentukan do:yang berkeupayaan membunuh serangga dalarrlingkungan 5-95%. Setiap jenis racun serangg*dicairkan dengan asiton kepada siri kepekataryang tertentu. Setiap kepekatan tidak direplikasikan. Sebanyak 0.5 ml bancuhan racun serangg*pada kepekatan tertentu diratakan ke atas kerta;turas (bergaris pusat 9 cm) yang telah dimuatkarke dalam piring petri. Bagi rawatan kawalanasiton sahaja digunakan. Kertas-kertas turas dikeringkan selama 24 jam selepas rawatan di bililmakmal entomologi. Kemudian 20 ekor larva Ccephalonica bagi instar yang sama diletakkan ktdalam piring petri tadi. Instar-instar larva yanjdigunakan ialah instar pertama hingga keenamKematian larva selepas 24 jam dicatat. Larviyang tidak bergerak dengan normal dianggajmati.

Ujian Akhir

Rawatan yang digunakan adalah sanudengan ujian awal tetapi lima replikasi digunakanDaripada data kajian awal, lima titik kematiardipilih. Siri pencairan kepekatan yang secocoldengan 5 titik kematian disediakan untuk meneruskan kajian ini. Kematian yang terdapat pad*setiap rawatan akan diubahsuai jika terdapat kematian dalam rawatan kawalan dengan menggunakan formula Abbot.

Data kematian dianalisiskan dengan kaedatprobit (Finney, 1971) dan dos kematian 5((DK50) ditentukan.

196 PERTANIKA VOL. 11 NO. 2, 1988

Page 3: Ketoksikan Lima Racun Serangga terhadap Larva Kupu-kupu ... PAPERS/PERT Vol. 11 (2) Aug... · selamat perlu dikaji lebih lanjut untuk kegunaan di gudang-gudang bijirin (Tee, 1985)

JADUAL1Respon larva Corcyra cephalonica terhadap lima jenis racun serangga

mpo

2IKA

<O

2O

0000

5

Racun aerangga

a

KlorpirifosDiklorvosMalationPermetrinPirimifos-metil

KlorpirifosDiklorvosMalationPermetrinPirimifos-metil

KlorpirifosDiklorvosMalationPermetrinPirimifos-metil

KlorpirifosDiklorvosMalationPermetrinPirimifos-metil

Ujian khi-kuasadua

X2

b

6.6631.2077.2663.4117.640

0.7810.8787.2697.7281.589

2.1044.1702.3322.5072.595

1.9771.6110.2292.0841.515

Persamaan probit* .2regrasi

c

instar per tarn aY = 1.147x+ 1.965Y=1.450x+3.190Y = 2.674x-3.389Y=3.81Ox-4.971Y = 2.024x-0.269

instar keduaY= 1.660X + 0.915Y=3.670x + 3.51Y=3.536x-8.O7Y = 2.257x- 1.923Y=1.912x- 1.112

instar ketigaY = 2.607x- 3.104Y=3.661x- 3.417Y = 2.785x- 6.102Y = 2.204x-2.724Y = 3.727x - 8.843

instar keempatY = 5.501x-13.521Y = 6.846x-13.756Y = 2.118x-5.533Y - 3 . 8 2 8 x - 8.656Y = 4.168x-13.490

D K 3 0

(b.s.j.)

d

442.26417.591

1371.574413.685401.235

289.40961.748

4970.1161167.7341571.952

1285.062199.114

9694.1253194.9545182.031

2328.145549.D35

93806.9743693.809

27289,490

Ralat piawai4

e

0.1970.2380.265 ';0.355 ^0.287

0.3870.2850 . 2 9 7 '•:• .

0.254 *;

0.253 0

0.3380.3860.4210.5350.520

0.5601.0000.3520.6620.591

Had fiduksial(b.sj.)

f K

202.768- 966.051 -11.596- 26.685 i

1237.086- 1519,148 1, 382.596 - 447.363 ;:

355.631 - 475.335 ?

,i218.625 - 316.040 "

56.698 - 67.2984570.882 -5395.106 ;»1035.142- 1315.2251372.777 - 1829.785

1166.004-1469.941184.884- 214.338

8877.690- 10957.2102884.032 - 3767.0384817.259-5609.235

2202.926 - 2449.063527.473- 575.175

83675.824-108943.163454.618-3995.766

25609.435 -29214.604

"i .?;,

V-

y

• % '

• \

V*.

•i B •

m

1UK

Al* L

IM >n2

m

|

>Hm

|

r70

c

ccDOm70

Page 4: Ketoksikan Lima Racun Serangga terhadap Larva Kupu-kupu ... PAPERS/PERT Vol. 11 (2) Aug... · selamat perlu dikaji lebih lanjut untuk kegunaan di gudang-gudang bijirin (Tee, 1985)

JADUAL 1 - Sambungan

m

/~\

zp

X)

KlorpirifosDiklorvosMalationPermetrinPirimifos-metil

KlorpirifosDiklorvosMalationPermetrinPirimifos-metil

1. X 2 = 7.8; pada P =

4.8920.7564.7795.0903.585

2.1431.8402.3411.3102.362

0.05; df= 32. Y = bx + a ; Y = Probit kematian; b «3. Dos kematian b.sj.4. Ralat oiawai lerene

- bahagian sejutab.

instar kelimaY=3.123x- 6.765Y = 7.130x-15.314Y= 1.83Ox- 4.307Y = 5.580x-16.279Y = 4.060x-13.091

instar keenamY«3.638x- 9.292Y = 5.385x -10.427Y = 2.293x- 6.429Y« 4.322x-11.444Y = 1.927x- 2.973

keceninan garis probit regrasi; x

5843.863706.530

122186.1176508.706

28563.073

8482.930732.989

96265.5506271.548

13696.650

= logkepekatan;a = titik

0.2751.1390.440.6240.596

0.4640.6510.4480.5140.354

bersilang pada x = 0

5354.637680.143

108867.939 -6195.411

26915.348-

6698.846690.844

85133.4045907.449

11220.185

- 6377.787- 757.530156711.187

- 6854.882- 31188.895

- 10616.956- 777.714-108617.549-6801.426-15205.475

Page 5: Ketoksikan Lima Racun Serangga terhadap Larva Kupu-kupu ... PAPERS/PERT Vol. 11 (2) Aug... · selamat perlu dikaji lebih lanjut untuk kegunaan di gudang-gudang bijirin (Tee, 1985)

KETOKSIKAN LIMA RACUN SERANGGA TERHADAP LARVA KUPU-KUPU BERAS

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1 membentangkan persamaan garis probitregrasi, DK50 dan had fidusial (b.s.j) kelima-limaracun serangga yang diuji terhadap instar pertamakc instar keenam larva C. cephalonica. Padaumumnya, diklorvos didapati paling peka terhadapkeenam-enam instar larva perosak ini dibandingkandengan racun-racun serangga yang lain.

Persamaan Garis Probit Regrasi

Semua garis probit regrasi dalam kajian iniadalah homogen (P T 0.05). Kecerunan garisprobit regrasi berbeza-beza antara satu denganyang lain. Ini menunjukkan tindakan racun-racunserangga ini berbeza-beza pada instar yang ber-lainan. Data keracunan malation dan pirimifos-metil terhadap larva Ephestia cautella (Wlk) danC. cephalonica yang telah ditunjukkan oleh Pawardan Yadav (1982) juga memberi keputusan yangserupa.

Mulai dari instar keempat, kecerunan per-samaan garis probit regrasi malation agak mendatarjika dibandingkan dengan keempat-empat racunserangga yang lain yang diuji. Ini menunjukkan ke-rn ungkinan terjadinya resistan di dalam populasi(Golob et aL, 1985) atau kurang kepekaan (Zet-tler, 1974) larva C. cephalonica terhadap malation.

Kepekaan Larva C. cephalonica Terhadap RacunSerangga

Pada amnya, DK50 bertambah denganbertambahnya umur larva. Susunan kepekaanberdasarkan DK50 (Jadual 2) ialah instar 2 > 1 >3 > 4 > 5 > 6 . Susunan ini berbeza bagi diklorvos,

iaitu 1 > 2 > 3 > 4 > 5 > 6 . Ini bermakna kepeka-an menurun dengan bertambahnya umur larva.Manakala malation, permetrin dan pirimifos-metilmempunyai susunan keracunan yang sama iaitu1 > 2 > 3 > 4 > 6 > 5 . Susunan ini berlainandengan susunan menurut pendapat Witethom(1980) yang melaporkan susunan relatif keracu-nan larva C cephalonica terhadap malation danpirimifos metil adalah 1 > 2 > 4 > 3 > 6 > 5 .Keputusan ini mungkin disebabkan oleh perbeza-an strain, media pemeliharaan serta keadaan suhudan kelembapan bandingan bilik makmal di tem-pat kajian itu dijalankan.

Ketoksikan relatif Racun-racun Serangga TerhadapSetiap Peringkat Larva C cephalonica.

Ketoksikan relatif ialah nisbah DK50 racunserangga yang dikaji dengan DK5 0 malation(Yadav et al 1980) pada peringkat instar yangsama. Semua nilai yang didapati adalah kurangdaripada 1.00 (Jadual 3). Ini bermakna semuaracun yang dikaji adalah lebih toksik terhadaplarva C cephalonica jika dibandingkan denganmalation.

Pada umumnya, larva C. cephalonica sangatpeka kepada diklorvos tetapi toleran kepada mala-tion. Untuk instar pertama, susunan relatif ke-racunan mengikut keberkesanannya ialah diklorvos> pirimifos-metil > permetrin > klorpirifos >malation. Larva instar ke-2 hingga ke-5 susunanrelatif keracunan adalah berbeza sedikit, iaitu,diklorvos > klorpirifos > permetrin > pirimifos-metil > malation; manakala instar ke-6 ialahdiklorvos > permetrin > klorpirifos > pirimifos-metil > malation.

JADUAL 2Dos kematian 50 (DK50) larva Corcyra cephdlonica terhadap 5 jenis racun serangga.

Racun serangga

Klorpirifos

Diklorvos

Malation

Permetrin

Pirimifos-metil

1

34.77

1.38

107.83

32.52

31.55

2

22.75

4.85

390.75

91.81

123.59

instar

3

101.03

15.65

762.15

251.19

407.43

4

183.04

43.17

7375.10

290.41

2145.52

5

459.44

55.55

9606.27

511.71

2245.63

6

666.93

57.63

7568.40

493.07

1076.83

PERTANIKA VOL. 11 NO. 2, 1988 199

Page 6: Ketoksikan Lima Racun Serangga terhadap Larva Kupu-kupu ... PAPERS/PERT Vol. 11 (2) Aug... · selamat perlu dikaji lebih lanjut untuk kegunaan di gudang-gudang bijirin (Tee, 1985)

NOORMA OSMAN DAN AU WAI FONG

JADUAL 3Ketoksikan relatif1 lima racun serangga terhadap enam instar larva Corcyra cephalonica

Racun serangga

Klorpirifos

Diklorvos

Malation

Permetrin

Pirimifos-metil

ketoksikan relatif

1

0.322

0.013

1.000

0.302

0.293

_ Dos kematian 5<

2

0.058

0.012

1.000

0.235

0.316

Instar

3

0.133

0.021

1.000

0.330

0.535

0 (DK50) racun serangga

DK 5 0 malation

4

0.025

0.006

1.000

0.039

0.291

5

0.048

0.006

1.000

0.053

0.234

6

0.088

0.008

1.000

0.065

0.142

Pawar dan Yadav (1982) telah membuktikanbahawa malation tidak berkesan terhadap kupu-kupu seperti C. cephalonica dan Ephestia cautella.Kajian beliau yang dijalankan di gudang, menun-jukkan guni yang dirawat dengan malation menye-babkan jangkitan E. cautella yang lebih tinggidaripada kawalan. Ini mungkin disebabkan olehparasitoid Hymenoptera yang telah dikawal olehracun serangga ini.

Dalam beberapa kajian, didapati pirimifos-metil lebih berkesan daripada malation terhadapserangga-serangga perosak bahan simpanan (Mc-Donald dan Gillenwater, 1976; Tyler dan Binns,1977;McCallum, 1978).

Dalam kajian ini, klorpirifos didapati lebihberkesan terhadap setiap instar larva kecuali instarpertama jika dibandingkan dengan pirimifos-metildan malation. Schulten (1973) membuktikanbahawa klorpirifos yang disembur selang setiapempat minggu dengan kadar 500 mg/m2 padaliessian sheets' yang menutupi timbunan guniberas lebih berkesan daripada pirimifos-metilpada kadar yang sama untuk mengawal E. cautella.

Di antara kelima-lima jenis racun seranggayang dikaji, diklorvos merupakan racun yang pa-ling toksik kepada larva C cephalonica. Kajianoleh Strong (1969) juga membuktikan bahawadiklorvos lebih berkesan terhadap kupu-kupuperosak bahan simpanan dewasa daripada klor-pirifos dan malation.

Oleh yang demikian diklorvos seharusnyadigunakan untuk menggantikan malation, kerana

200 PERTANIKA VOL

beberapa spesies serangga perosak barang-barangsimpanan telah dilaporkan resistan terhadap mala-tion. Namun, kajian untuk menentukan keberkesa-nan beberapa' racun serangga lagi yang selamat ter-hadap spesies serangga perosak barang simpananseharusnya berterusan, kerana fenomena resistanjuga berterusan.

RUJUKAN

AYYAR, P.N. (1934): A very destructive pest of storedproducts in South India, Corcyra cephalonicaSt. (Lep.). Bull. Ent. Res. 25(2) : 155-169.

BUSVINE, R.J. (1971): A critical review of the tech-niques for testing insecticides. The common-wealth Institute of Entomology, 345 pp.

CHAMP, B.R. and C.E. DYRE (1976): Report of theglobal survey of pesticide susceptibility of storedgrain pests. FAO Plant Prod, and Prot. Ser. No. 5,297 pp.

FAO Working Party on resistance to pesticides (1974):Recommended methods for the detection andmeasurement of resistance of agricultural peststo pesticides. FAO Method No. 15. FAO PlantProtection Bulletin 3i: 127-37.

FINNEY, D.J. (1971): Probit Analysis. CambridgeUniversity Press, 333 pp.

GOLOB, P., CHANGJARAROEN, P., AHMED A. danCOX, J. (1985). Susceptibility of Prostephanustruncatus (Horn) (Coleopetra : Bostrichidae) toinsecticidies. J. Stored Prod. Res 21(3) : 1 4 1 -151.

HODGES, R.J. (1979): A review of the biology and con-trol of the rice moth Corcyra cephalonica St.(Lepidoptera : Galleriinae). Rep. Trop. Prod. Inst.,G125.vi+ 20 pp.

11 NO. 2, 1988

Page 7: Ketoksikan Lima Racun Serangga terhadap Larva Kupu-kupu ... PAPERS/PERT Vol. 11 (2) Aug... · selamat perlu dikaji lebih lanjut untuk kegunaan di gudang-gudang bijirin (Tee, 1985)

KETOKS1KAN LIMA RACUN SERANGGA TERHADAP LARVA KUPU-KUPU BERAS

McCALLUM, DJ. (1978): Pirimiphos methyl and otherinsecticides in the control of stored product in-sects. Outlook on Agriculture, 9 : 240-245.

McDONALD, L. dan H.B. GILLENWATER, (1976);Toxicity of pirimiphos-methyl and Bay SRA7660 to six species of stored product insects./. GeorgiaEnt. Soc. 11(2) 110-113.

McDONALD, L. dan D. SPEIRS. (1972); Toxicity offive new insecticides to stored product insects./. Econ. Ent 65(2): 529-530.

OSMAN, N.B., V.E. WRIGHT, dan R.B. MILLS. (1963):The effects of rearing temperatures on certainaspects of the biology of Corcyra cephalonicaStainton, the rice moth. Proc. of the Third Inter-national Working Conf. of Stored Product Ento-mology, 23-27 Aug 1983. Kansas State Univer-sity, Manhattan, Kansas, USA.

PAWAR, C.S dan T.D; YADAV. (1982); Toxicity oforganophosphorus insecticides against Caudracautella (Walker) and Corcyra cephalonica (Stain-ton). India J. Ent 44(2) 149-157.

RAO D.S. (1954): Notes on the rice moth, Corcyra ce-phalonica (Stainton) (Family: GaUeriidae; Lepi-doptera). Indian I Ent. 16(2): 95-113.

SCHULTEN, G.G.M. (1973): Further insecticide trials onthe control of Ephestia cautella in stacks of baggedmaize in Malawi. International Pest Control 15(2):18-21.

STRONG, R.G. (1969): Relative susceptibility of fivestored-product moths to some organophosphorusinsecticides. /. Econ. Ent 62(5) : 1036-1039.

SUPRAKARN, C. (1984): Control of stored grain insectpests in maize. Proc. of the 7th. Asean TechnicalSeminar on Grain Post-harvest Technology. 21-24August 1984, Kuala Lumpur, Malaysia.

TEE, S.P. (1985): Integrated approach to control ofinsect pests stored rice in Malaysia. In : IntegratedPest Management in Malaysia. Malaysian Plant Pro-tection Society, 335 pp.

TYLER, P.S. dan T.J. BINNS. (1977): The toxicity ofseven organophosphorous insecticides and lindaneto eighteen species of stored product beetles. /.Stored Prod. Res. 13(1) : 39-43.

WITETHOM, B. (1980): Natural control of the rice mothCorcyra cephalonica st. (Lepidoptera, Galleriinae)by a parasitic wasp Bracon hebetor (Hymenop-tera, Braconidae) and the effect of some commoninsecticide treatments on the host-parasite relation-ship. Report submitted to BIOTROP (SEAMEORegional Centre for Tropical Biology), Bogor,Indonesia, 48 pp.

YADAR, T.D., C.S. PAWAR, S.C. KHANNA, dan S.SINGH. (1980): Toxicity of organophosphorusinsecticides against stored product beetles. Indian/. Ent 42(1) 28-33.

YUNUS, A. dan T.H. HO. (1980): List of economic pests,host plants, parasites and predators in West Malay-sia. Ministry of Agriculture Bull. No. 153, 538 pp.

ZETTLER, J.L. (1974): Malathion resistance in Tribo-Ihim castaneum collected from stored peanuts./. Econ. Ent 67(3) : 339-40.

(Received 17 December, 1987)

PERTANIKA VOL. 11 NO. 2, 1988 201