keseimbangan antara senaman dan imuniti -...

16

Upload: dangdieu

Post on 24-May-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 GAYA HIDUP YAKULT!

KeseimbanganAntara Senaman

Dan ImunitiSenaman berkait rapat dengan imuniti

dan terdapat pelbagai pendapat yang telah diperkatakan mengenainya.

Kebanyakannya percaya penyakit dapat dihindarkan dengan melakukan aktiviti fizikal serta mengamalkan gaya hidup yang aktif. Namun begitu, baru-baru ini ada pula pendapat yang mengatakan senaman yang terlalu berat akan melemahkan sistem imun badan. Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah senaman benar-benar bermanfaat kepada kesihatan?

Memetik kata-kata pelakon Paul.J Alessi, “Setiap cerita pasti mempunyai dua sisi dan kebenaran selalunya berada di antaranya.”

Senaman intensiti sederhana telah terbukti dapat melindungi seseorang daripada penyakit termasuklah demam selsema. Walaubagaimanapun, senaman yang terlalu kerap boleh mendatangkan kesan sebaliknya dan mengurangkan imuniti. Oleh itu, penting bagi kita untuk mengimbangkan kedua-dua aspek tersebut.

Bagaimana Senaman Menguatkan Imuniti?Senaman terbukti membantu penghasilan makrophage iaitu sejenis sel yang menyerang sejenis bakteria yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan atas. Kajian terkini telah membuktikan bahawa apabila seseorang itu

melakukan senaman, sel-sel yang merangsang imuniti akan bergerak di dalam sistem dengan lebih pantas dan mampu membunuh virus dan bakteria dengan lebih berkesan. Selepas bersenam, badan kembali kepada keadaan normal dalam beberapa jam dan tempoh imuniti akan kekal lama dengan senaman secara berkala. Senaman juga dapat melambatkan rembesan hormon stres yang terbukti meningkatkan risiko penyakit.

Terdapat juga pendapat bahawa kenaikan suhu badan ketika bersenam dapat menghalang pembiakan bakteria. Proses ini membantu tubuh badan melawan jangkitan dengan lebih berkesan.

Bagaimana Senaman Melemahkan Imuniti?Invidividu yang bersenam secara berlebihan boleh membawa kepada kemudaratan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa senaman intensiti tinggi seperti maraton menyebabkan seseorang lebih terdedah kepada Jangkitan Saluran Pernafasan Atas. Ketika bersenam, paru-paru terdedah kepada bakteria dan virus yang ada diudara disebabkan oleh kadar dan kedalaman pernafasan yang tinggi.

Di samping itu, senaman berat boleh menganggu fungsi sel-sel darah putih dan ia menghasilkan “laluan terbuka” yang menyebabkan badan kurang mendapat perlindungan apabila diserang

GAYA HIDUP YAKULT! 2

bakteria dan virus, seterusnya, meningkatkan risiko berlakunya jangkitan.

Ingatan Untuk Para Atlet!Kesan ini amat ketara berlaku di kalangan atlet yang sedang menjalani latihan intensiti tinggi sebelum pertandingan bermula. Hal ini kerana, fungsi imun para atlet belum kembali normal sepenuhnya selepas daripada menjalani sesi latihan dan sesetengah fungsi boleh menjadi kronik sehinggakan risiko Jangkitan Saluran Pernafasan Atas (URTI) menjadi tinggi. Jatuh sakit mahupun tidak dapat hadir latihan selama dua minggu adalah kesulitan sebenar bagi mana-mana atlet. Strategi untuk mencegah dan menguruskan penyakit amatlah penting untuk setiap atlet.

Langkah 1 – PENCEGAHANSetiap orang tidak terkecuali dari terdedah kepada patogen melainkan anda tinggal di dalam gelembung udara. Caranya adalah dengan mengurangkan risiko jangkitan penyakit tersebut. Sesi latihan intensiti tinggi memperlahankan aktiviti sel pembunuh semula jadi dan menyekat sistem imun sehingga 72 jam. Sel pembunuh semula jadi adalah sejenis sel imun yang boleh membunuh sel-sel tumor atau sel yang dijangkiti virus. Keadaan di mana imuniti terjejas ini dikenali sebagai “laluan terbuka”. Dalam tempoh ini, langkah pencegahan harus diamalkan untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan.• Elakkan latihan berlebihan dan keletihan

yang kronik. Sebaliknya amalkan latihan yang lebih selamat dan progresif.

• Elakkan bersalaman dan berada di tempat yang sesak.

• Kurangkan pergaulan dengan individu yang terkena jangkitan, kanak-kanak kecil, haiwan dan objek berjangkit.

• Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut.• Amalkan kebersihan tangan yang baik. Cuci

tangan secara berkala menggunakan sabun dan air.

• Jangan berkongsi botol minuman, cawan, kutleri dan tuala dengan individu lain.

• Tidur mengikut jadual. Disarankan untuk tidur sekurang-kurangkan 7 jam setiap malam.

Langkah 2 – SOKONGAN NUTRISIBeberapa makanan tambahan dan strategi seperti berikut terbukti meningkatkan sistem imun:• Pastikan anda mendapatkan tenaga, protein,

dan mikronutrisi penting secukupnya.• Makan beberapa jenis buah sekurang-

kurangnya 5 kali seminggu kerana makan buah dengan kerap dapat mencegah demam.

• Perkayakan diet anda dengan probiotik yang bersesuaian. Probiotik boleh menambah baik fungsi imun seperti mengaktifkan aktiviti sel pembunuh semula jadi dan mengurangkan kadar penyakit di kalangan atlet yang menjalani latihan berat.

Langkah 3 – PEMULIHANWalaupun pelbagai usaha dilakukan, namun anda belum tentu dapat menghalang diri daripada dijangkiti penyakit sepenuhnya. Jika anda jatuh sakit, dapatkan rehat serta minum air yang mencukupi serta dapatkan nasihat pakar. Kebanyakan jenis demam bermula daripada jangkitan virus, oleh itu, pengambilan antibiotik tidak begitu membantu kerana antibiotik adalah ubat untuk melawan jangkitan bakteria dan tidak mampu melawan jangkitan virus.

Malah, antibiotik boleh melemahkan imuniti kerana ia membunuh kesemua bakteria (baik dan jahat di mana terletaknya sebahagian sistem imun). Pengambilan probiotik dapat membantu mengembalikam keseimbangan bakteria dalam usus, sekaligus mempercepat proses pemulihan imuniti.

Rujukan:

1. Walsh. N.P., M. Gleeson, D.B. Pyne, D.C. Nieman, F.S. Dhabhar, R.J. Shephard, S.J. Oliver, S. Bermon, and A. Kajėnienė (2011a). Position Statement Part Two: Maintaining immune health. Exerc. Immunol. Rev. 17:64-103.

2. Matthews, C.E., I.S. Ockene, P.S. Freedson, M.C. Rosal, P.A. Merriam, and J.R. Hebert (2002). Moderate to vigorous physical activity and the risk of upper-respiratory tract infection. Med. Sci. Sports Exerc. 34:1242-1248.

3. Takeda. K. Role of NK Cells in Immunity. NK Cell activation by Lactobacillus casei Shirota

4. Gleeson. M. (2005). Effects of Exercise on Immune Function. Retrieved online: http://www.gssiweb.org/en/sports-science-exchange/article/sse-151-effects-of-exercise-on-immune-function#articleTopic_4

3 GAYA HIDUP YAKULT!

PANDELELA RINONG ANAK PAMGDilahirkan pada 2 Mac 1993Kampung Jugaan, Bau, Sarawak

Probiotik Sebagai Penaung SukanSebagai perintis probiotik, Yakult telah memulakan usahanya untuk menyokong atlet kebangsaan pada Julai ini dengan menaja ratu terjun Malaysia, Pandelela Rinong Anak Pamg dan Yakult kini merupakan minuman probiotik rasmi bagi Institut Sukan Negara (ISN).

Seorang penerjun dari Malaysia. Beliau merupakan wakil penerjun dan atlet wanita Malaysia yang pertama memenangi pingat gangsa dalam sukan Olimpik London 2012 bagi acara 10 m platform selain badminton.

Pencapaian OLIMPIK • 2012 London –10 m platform – Gangsa• 2016 Rio de Janeiro – 10 m platform seirama –

Perak

KEJOHANAN DUNIA• 2009 Rom – 10 m platform seirama – Gangsa• 2013 Barcelona – 10 m platform seirama – Gangsa• 2015 Kazan – 10 m platform – Gangsa

SUKAN ASIA TENGGARA • 2007, 2009, 2011, 2013 dan 2015 – 10 m seirama

dan/atau platform individu – 6 Emas

Acara Akan Datang Kejohanan Dunia FINA Ke-17Budapest, Hungary – 10 m platform

Sukan Asia Tenggara 2017Malaysia – 10 m platform

Dengan adanya probiotik sebagai penaung, kami berharap agar imuniti yang optimum dapat membantu menyerlahkan lagi prestasi ratu terjun kita iaitu Pandelela Rinong!

Soalan TemubualS: Ceritakan mengenai diri anda.• Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang

pramugari supaya saya dapat melancong ke seluruh dunia dan meneroka tempat baharu. Namun, sewaktu saya berumur 8 tahun, segalanya berubah. Seorang jurulatih telah datang ke sekolah saya dan mencari seorang pelajar bagi sukan akuatik. Saya telah dipilih setelah membuat terjunan dari 5 m platform dan dari situlah perjalanan karier saya bermula.

S: Apakah cabaran terbesar anda pernah hadapi, dan apakah yang anda lakukan untuk mengharungi cabaran tersebut?• Cedera secara tiba-tiba dan sakit sewaktu hampir

dengan hari pertandingan. Bagi mengelakkan ini berlaku, saya memberi lebih perhatian terhadap kesihatan diri sendiri dengan mengambil makanan tambahan yang mencukupi dan menjalani fisioterapi serta mendapatkan urutan untuk pulih.

S: Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa latihan yang berat dan intensif boleh melemahkan imuniti. Apakah cara anda untuk memastikan kesihatan anda berada pada tahap optimum ketika sesi latihan kemuncak?• Betul. Kebiasaannya apabila latihan semakin

sukar, segelintir dari rakan sepasukan saya akan mengalami selsema atau sakit tekak dan ahli-ahli lain turut terjangkit. Perkara seperti ini amat membimbangkan saya terutama apabila rakan sebilik saya turut dijangkiti. Atas sebab inilah kadangkala saya akan meningkatkan pengambilan vitamin C , minum lebih banyak air dan berjaga-jaga dengan tindak balas badan dan persekitaran saya. Saya juga sering mengamalkan Yakult supaya tidak mudah jatuh sakit.

GAYA HIDUP YAKULT! 4

Kreuk!Anda Lebih Sihat

Dengan Mengunyah!

5 GAYA HIDUP YAKULT!

Kurang mengunyah memberi kesan? Bagaimana?

Sejak dahulu lagi, kita telah diajar supaya “kunyah makanan dengan baik”. Namun, tidak seperti makanan dahulu dimana

kunyahan berulang kali diperlukan, makanan yang wujud masa kini lebih terdiri daripada makanan yang fizikalnya lembut seperti pasta, burger ham dan makanan segera yang tidak begitu kenyal.

Satu kajian telah dijalankan di antara pelajar masa kini yang mengambil makanan moden dengan makanan yang di ambil oleh masyarakat pada zaman Yayoi. Hasil kajian menunjukkan bahawa makanan moden hanya memerlukan lebih kurang satu per enam dari jumlah kunyahan yang diperlukan untuk mengunyah makanan pada zaman Yayoi. Bukan itu sahaja, malah hanya separuh jumlah

kunyahan diperlukan untuk makanan moden berbanding makanan yang dimasak di rumah.

Perbandingan menu makanan pada zaman Yayoi dengan menu makanan moden:

Makanan zaman Yayoi

Jumlah kunyahan: 3990 Tempoh makan: 51 minit

Sup kerang/kepah, ikan panggang bersama garam, keladi Cina rebus, ikan Barat-barat kering, rocambole liar, kacang walnut, buah berangan, beras pulut hitam.

Sup jagung, stik, burger ham, spageti, salad kentang, kastard karamel, roti.

Makanan moden

Jumlah kunyahan: 620 Tempoh: 11 minit

Kebaikan mengunyah bukan sekadar untuk menyediakan makanan sebelum masuk ke dalam perut, tetapi lebih dari itu. Sebagai contoh, tenaga fizikal yang digunakan untuk mengunyah dapat merangsang sel, meningkatkan penyerapan nutrisi serta menguatkan gigi dan rahang. Tanpa kunyahan yang betul, sel-

sel hanya akan menyerap sebahagian sahaja nutrien walaupun anda makan banyak makanan berkhasiat dan sel-sel dalam badan termasuk sel yang berada dalam gigi dan rahang akan menjadi lemah.

Kunyahan yang betul mampu merangsang rasa kenyang dengan baik, mengelakkan makan secara berlebihan justeru mampu mengelakkan obesiti.

Mengunyah dapat merangsang aktiviti metabolik dalam sel otak dan meningkatkan fungsi kognitif. Selain itu, mengunyah juga menggalakkan aliran darah dan mengaktifkan sel-sel di bahagian kanan otak yang berfungsi untuk mengawal emosi, fikiran dan kreativiti. Oleh itu, mengunyah memainkan peranan penting dalam sensitiviti emosi.

Mengunyah merangsang rembesan hormon yang penting untuk badan kita. Contohnya, ia dapat merangsang rembesan air liur yang banyak untuk tujuan pencernaan kanji (oleh enzim amilase), penambahan mineral dalam gigi (statherin), dan menghasilkan kesan antibakteria (laktoferrin).

GAYA HIDUP YAKULT! 6

Mengubah tabiat makan dengan cepat seseorang kelihatan sukar. Idea-idea berikut boleh digunakan untuk menjadikan mengunyah sebagai tabiat ketika makan.

a. Olah diet anda. Masukkan makanan yang kenyal seperti makanan berserat tinggi (cendawan dan sayur-sayuran akar) dalam diet. Mengunyah gula-gula getah diantara waktu makan juga berkesan untuk menjadikan mengunyah sebagai tabiat. Tetapi, jangan buang gula-gula getah merata-rata ya!

b. Kunyah, kunyah dan telan. Setiap suapan perlu dikunyah sekurang-kurangnya 30 kali. Kebanyakkan makanan harus bertukar kepada tekstur seperti bubur sebelum ditelan. Memberi tumpuan ketika mengunyah dan menelan juga merupakan cara makan bagi

warga tua untuk mengelakkan masalah radang paru-paru dan tercekik.

Info tambahan:Radang paru-paru adalah jangkitan paru-paru yang berlaku apabila anda tersedut makanan, cecair atau muntah masuk ke dalam paru-paru.

c. Terapi pergigian. Ini juga penting untuk merawat masalah gigi reput, periodontitis, gigi palsu yang rosak dan sebagainya.

Program latihan untuk menjadikan mengunyah sebagai tabiat. Jom cuba!

Program latihan 15 saat untuk mengubati tabiat buruk menelan makanan dengan cepat.

1. Kemam air di dalam mulut sambil pandang ke atas (lebih kurang 5 saat)

2. Pastikan air di dalam mulut tidak berkurangan dan gerakkann lidah ke sekeliling mulut (lebih kurang 5 saat)

3. Cuba untuk kunyah tanpa menelan air (lebih kurang 5 saat). Cara ini menutup hulu kerongkong dan membenarkan anda mengunyah apa jua jenis makanan.

Amalan 30 kali kunyahan

1. Letakkan makanan ke dalam mulut dan letakkan sudu/garfu anda.

2. Kunyah sebanyak 5 kali di bahagian kanan belakang mulut. Gerakkan makanan ke bahagian kiri gigi menggunakan lidah dan kunyah sebanyak 5 kali. Ulangi langkah ini sekali lagi untuk setiap bahagian, dan lakukan 5 kunyahan untuk bahagian kanan dan 5 kunyahan untuk bahagian kiri.

3. Akhir sekali, kunyah sebanyak 10 kali untuk kedua-dua bahagian gigi.

Makanan mungkin telah berubah mengikut peredaran masa, namun ini bukanlah satu-satunya sebab masyarakat pada masa kini tidak begitu mengunyah. Dahulunya, waktu makan merupakan peluang dimana keluarga dapat berkumpul disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti adab dimeja makan, kunyah makanan dengan baik dan menghabiskan makanan tanpa sebarang pembaziran. Sudah berapa lamakah anda dan keluarga tidak makan bersama? Ayuh kita jadikan tabiat mengunyah sebagai amalan yang sihat demi kesihatan yang lebih baik dan juga meluangkan lebih banyak waktu bersama orang tersayang.

15saat

30kali

Rujukan: Shigeru, S. (2016). Why Modern Japanese People Stopped Chewing . Food and Nutrition of the Japanese People, 20-21. Retrieved May 12, 2017.

Festival Jepun YakultHari Terbuka Kilang Yakult telah kembali untuk kali ke-2! Bersempena dengan tema Festival Jepun pada tahun ini, pelbagai aktiviti menarik, pertandingan, gerai makanan Jepun dan minuman serta persembahan menyeronokkan untuk semua orang telah berlangsung! Mari kita imbas kembali!

Pengunjung di sambut mesra oleh Maskot Yakult!

Pelancaran majlis oleh ADUN Juasseh, Y.B Dato’ Hj Mohammad Razi dan ADUN Ampangan Y.B Dato’ Haji Abu Ubaidah.

Persembahan tarian tradisional oleh Jabatan Keseniaan dan Kebudayaan Negeri Sembilan.

Aktiviti pentas pertama, iaitu pertandingan mewarna! Terima kasih atas semua penyertaan dan tahniah kepada ketiga-tiga “bakal artis”

Persembahan gendang Wadaiko sungguh mengagumkan. Semua penonton teruja dengan persembahan hebat mereka

Pembukaan majlis istimewa gambit oleh duta cilik kami, Lara Alana.

7 GAYA HIDUP YAKULT!

Cabaran balingan botol Yakult ke dalam bakul. Jack Lim melakukan demonstrasi balingan dan mencabar beberapa pengunjung di atas pentas.

Kelas membuat sushi bersama Jack Lim. Seronok sungguh kanak-kanak ini menyediakan sushi mereka sendiri.

Pengunjung sangat teruja untuk mencuba permainan tradisional Jepun, Superball sukui.

Kanak-kanak tidak sabar untuk menyertai permainan pentas bersama oleh Scha, Awal dan Lara.

Semua pengunjung berseronok di booth permainan beku dan tangkap tatkala cuaca panas terik. Masukkan tangan anda ke dalam baldi yang berisi ais dan kamu mungkin berpeluang untuk menangkap Yakult!

Demonstrasi memasak oleh Enot yang dibawakan khas untuk anda dan ditemani oleh seorang pelawak Jepun.

Terima kasih kerana menyertai kami pada tahun ini! Jumpa lagi tahun hadapan!

Pertandingan Foto Purikura juga dijalankan sepanjang hari pada hari tersebut. Kami berbesar hati untuk mengucapkan tahniah kepada Puan Faten Nadia kerana memenangi hadiah percutian ke Jepun bersama ahli keluarganya. #YakultFiesta17

Duta Yakult , Scha juga mencuba permainan tradisional Jepun, Yoyo Suri. Scha berjaya pada percubaan pertama.

GAYA HIDUP YAKULT! 8

9 GAYA HIDUP YAKULT!

Kanser Payudara – Jangan Buat Anda Berisiko! (Oktober – Kempen Reben Merah Jambu)

Tiada cara yang pasti untuk mencegah kanser. Namun, masih ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko kanser.

6 Faktor Risiko Kanser Payudara Yang BOLEH Anda Kawal: 1. Berat badan berlebihan.

Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti dengan Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 25 mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser payudara berbanding mereka yang mengekalkan berat badan yang sihat, terutamanya selepas menopaus. Mempunyai berat badan berlebihan juga meningkatkan risiko pengulangan kanser payudara di kalangan wanita yang sudah menghidapi penyakit tersebut. Ini kerana sel-sel lemak adalah tempat penyimpanan hormon estrogen yang terlibat dengan perkembangan dan penyebaran kanser payudara.

3. Kurang Bersenam

Menurut kajian, senaman yang kerap selama 4 hingga 7 jam seminggu berkait rapat dengan pengurangan risiko kanser payudara. Senaman akan menggunakan serta mengawal gula dalam darah dan menghadkan paras darah dalam faktor pertumbuhan insulin. Mereka yang kerap bersenam lebih cenderung untuk menjadi sihat dan mengekalkan berat badan ideal.

2. Makanan Tidak Berkhasiat

30% hingga 40% dari diet anda adalah penyebab semua jenis kanser. Tiada makanan atau diet yang dapat mencegah anda dari mendapat kanser payudara, namun, ada beberapa jenis makanan yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak mungkin. Berdasarkan kajian, makanan yang ditanam tanpa penggunaan racun perosak boleh melindungi sel dari sebarang perubahan yang tidak sihat.

GAYA HIDUP YAKULT! 10

Bagaimana Risiko Kanser Payudara Boleh Dikurangkan? Pengambilan makanan berasaskan soya serta probiotik hidup strain Shirota boleh membantu mengurangkan risiko kanser payudara.

Apabila minum Yakult, strain Shirota hidup akan menghasilkan asid laktik yang akan menggalakkan pembiakan bakteria semula jadi di dalam usus. Sementara itu, makanan berasaskan soya yang telah dihadamkan akan menghasilkan isoflavon yang dinamakan daidzein. Daidzein kemudiannya akan ditukarkan kepada equol oleh bakteria semula jadi dalam usus. Equol bertindak sebagai penyerang yang membunuh sel kanser dan mengurangkan risiko berlakunya kanser payudara.

Rujukan: 6 Breast Cancer Risk Factors you CAN control. Retrieved from http://www.breastcancer.org/risk/factors/slideshows/can-control?slide=1

Takagi, A., Kano, M., & Kaga, C. (2015). Possibility of Breast Cancer Prevention: Use of Soy Isoflavones and Fermented Soy Beverage Produced Using Probiotics. Int J Mol. Sci. . Retrieved May 16, 2017, from https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4463682/.

4. Minuman Beralkohol

Wanita yang minum 3 minuman beralkohol seminggu mempunyai risiko 15% lebih tinggi untuk menghidapi kanser payudara berbanding wanita yang tidak mengambil minuman beralkohol. Penyelidikan berterusan mendapati bahawa minum minuman beralkohol boleh meningkatkan paras estrogen dan hormon berkaitan dengan reseptor positif kanser payudara.

6. Terapi Gantian Hormon

Oleh kerana hormon estrogen wanita menggalakkan pertumbuhan sel payudara, pendedahan berpanjangan terhadap estrogen tanpa henti boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Pengambilan terapi gentian hormon selama lebih 10 tahun berkait rapat dengan peningkatan risiko kanser payudara.

5. Merokok

Merokok merupakan penyebab terjadinya pelbagai jenis penyakit serta meningkatkan risiko kanser payudara dalam kalangan anak muda dan juga wanita di awal menapous. Kajian menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara pendedahan asap rokok yang sangat tebal dan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita menopaus.

11 GAYA HIDUP YAKULT!

Teh Hijau atau Matcha – Makanan Sarat Nutrisi Agar Anda Kekal Sihat!

Matcha (disebut sebagai MA-cha), adalah cara penyediaan teh yang mendapat tempat di hati rakyat Jepun dan ia telah

diraikan dalam upacara tradisi minum teh Jepun setelah sekian lama. Teh hijau matcha berbeza dengan teh biasa dari segi pemprosesan dan pertumbuhan daunnya.

Bagaimanakah ia dihasilkan? Beberapa minggu sebelum menuai pada musim bunga, pekebun akan menutup tanaman teh mereka dengan tikar buluh supaya tanaman tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Cara ini dapat meningkatkan jumlah klorofil dan mengubah warna daun kepada hijau gelap, secara tidak langsung memberikan matcha warna hijau yang lain dari yang lain.

Selepas menuai, daun-daun tersebut distim dan dibiarkan kering. Kemudian, daun disimpan untuk digred dan akhir sekali batang dan urat daun dibuang. Daun teh menjadi tencha pada ketika ini sebelum bertukar kepada matcha. Matcha terhasil setelah tencha dikisar.

Bagaimana untuk menyediakan Teh Hijau Matcha? Dengan menggunakan pemukul buluh dan mangkuk teh Langkah 1 – Ayak 1-2 sudu teh matcha ke dalam cawan menggunakan pengayak kecil.Langkah 2 – Tambahkan air panas. Untuk hasil terbaik, gunakan air yang baru sahaja mendidih.Langkah 3 – Kacau pada arah zig zag dengan laju sehingga teh tersebut berbuih. (Walaupun teh matcha tampak bersusu, hakikatnya tiada susu ditambah kedalamnya. Tekstur berbuih yang terhasil adalah disebabkan teknik mengacau teh).Langkah 4 – Nikmati teh matcha anda terus dari mangkuk.

Manfaat Kesihatan Matcha: • Khasiat teh hijau matcha telah mengalahkan

banyak makanan sarat nutrisi yang lain. Ia mengandungi 6 kali ganda lebih antioksida terkandung dalam beri goji, 7 kali ganda lebih antioksida terkandung dalam coklat gelap, 17 kali ganda lebih antioksida dari bluberi dan juga 60 kali ganda antioksida yang terkandung dalam sayur bayam. Khasiat ini boleh diperolehi hanya dari satu sudu teh matcha!

• Bukan itu sahaja, teh hijau yang menawan hati ini berkesan mencegah kanser kerana kandungan antioksidanya yang tinggi. Ia membantu imun badan melawan radikal bebas.

• Matcha mengandungi kandungan klorofil 5 kali lebih tinggi berbanding teh biasa. Klorofil merupakan pigmen hijau dalam tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu mendapatkan kulit yang bersih, melindungi darah dan jantung dan juga, mencegah radang sendi.

• Nutrisi bagi satu gelas teh hijau matcha bersamaan dengan 10 cawan teh biasa.

• Kafein di dalam teh matcha hanyalah sebanyak 35 miligram, iaitu satu pertiga kurang dari secawan kopi hitam biasa.

Lihat Resipi Matcha Yakult di halaman 14!

Beri GojiCoklat Gelap

BluberiSayur Bayam

Kandungan antioksida dalam satu sudu kecil Matcha bersamaan dengan:

10 20 30 40 50 60 70

1 2 3 4

=

GAYA HIDUP YAKULT! 12

Perkataan Tersembunyi

D

TIM

U

ES

Y

EM

IB A C T E

HI

T

B L I N

IN

ESTINEW

J A

Q

DR

KHIN

FVXBNQBN

Y

A

Y

D

YA

AYA

UA

W F L

F

A G UW YL

W YL

Y

HR

S

S M

U F M

H

AR

C I DA

S

A

Y

B

HR

R

A

A B

N

K

KM

F

UG

A

YK

A

SU F A

C AL K

U

T

FH

FA

NQF

XBNQ

FA

U

UA

Y

R

GWS M

VP

N A

LT

MT

KU

U

R

S

S

US

M

U

A

K

TT F Y

SA K U F W

TA

G

S

Y ASF A

U

MA

LA

U

A

A

A HFA OKB

G UA

T B U R NE

E

O

R

F E N E M

YO

S

E

G

N

F

A

B

A F

CCS T K C

R

A

OL

C

A

L

M

RA

C RL OH

C

FN TA

I

ES

T

P H Y

E

T

RB

G

A

M

IK

NO

FO

L

I

A

EI

R

E

S E L

M

I TO B

L A

PA

M

K

M

S MENE

P

I

S

AA

TR

E

EL

KN R

AD

B

FE

N

ITSR

LT

A

I

B

R

E

A AD

O

O

L G O

A

AT

H

M

C

O

O

A

N

T

UG HY A

Permainan Kuiz

Cari dan bulatkan setiap jawapan yang betul dalam rajah untuk soalan-soalan berikut.

KluBaca keseluruhan kandungan terbitan ini dan jawapan pastinya berada dihujung jari anda.

1. _______ menggalakkan aliran darah dan mengaktifkan sel-sel di bahagian kanan otak yang berfungsi untuk mengawal emosi, berfikir dan kreativiti.

2. Kunyahan yang betul mampu merangsang rasa kenyang dengan baik, mengelakkan makan secara berlebihan justeru mampu mengelakkan _______.

3. Senaman intensiti sederhana telah terbukti dapat melindungi seseorang daripada penyakit termasuklah demam _______.

4. Kajian yang menunjukkan bahawa senaman intensiti tinggi seperti _______ menyebabkan seseorang lebih terdedah kepada Jangkitan Saluran Pernafasan Atas.

5. _______ boleh menambah baik fungsi imun seperti mengaktifkan aktiviti sel pembunuh semula jadi.

6. Atlet wanita Malaysia yang pertama memenangi pingat gangsa dalam sukan Olimpik London 2012 bagi acara 10 m platform selain badminton.

7. _______ meningkatkan risiko kanser payudara dalam kalangan anak muda dan juga wanita di awal menapous.

8. _______ merupakan pigmen hijau dalam tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu mendapatkan kulit yang bersih, melindungi darah dan jantung dan juga, mencegah radang sendi.

9. Hormon ini menggalakkan pertumbuhan sel payudara, pendedahan berpanjangan terhadap hormon ini tanpa henti boleh meningkatkan risiko kanser payudara.

10. Mendapat tempat di hati rakyat Jepun dan ia telah diraikan dalam upacara tradisi minum teh Jepun setelah sekian lama.

13 GAYA HIDUP YAKULT!

Tertakluk pada terma dan syarat:

Sila bulatkan jawapan dalam kotak rajah yang disediakan. Terhad kepada SATU penyertaan untuk setiap isi rumah. Jawapan dan senarai pemenang akan diumumkan dalam laman Facebook www.facebook.com/yakultmalaysia. 100 penyertaan pertama dengan jawapan yang betul bakal menerima hadiah.

Nama:

Nombor telefon:

Alamat:

Hantar jawapan anda kepada kami melalui faks (03-55698961) atau imbas dan emel kepada [email protected] or atau poskan kepada:

Yakult (M) Sdn Bhd.Lot No. 7, Jalan Jururancang U1/21, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150, Shah Alam. Attention: PR Department Sila tulis nama penuh anda (tulisan rumi), nombor telefon dan alamat anda.

Jadual Lawatan Kilang YakultKilang Yakult dibuka untuk lawatan. Kami menjemput semua pelanggan setia dan baru kami untuk datang dan lihat sendiri penghasilan Yakult!

Lawatan dibuka setiap hari (Isnin – Jumaat) dan hari Sabtu yang terpilih dari 8.30 pagi hingga 3.30 petang.

Jadual Lawatan Hari Sabtu adalah seperti berikut:

Hari Lawatan: Isnin hingga Jumaat & Sabtu terpilih Masa: 08.30pg to 03.30ptg (1.5 jam satu sesi) Yuran: Percuma Kapasiti: Maksimum 120 orang satu sesi

TIADA caj bayaran di kenakan untuk lawatan ini. Tempahan lawatan adalah diperlukan. Jika berminat, tempah sesi lawatan anda dilaman sesawang www.yakult.com.my/factory-tour/

Bulan (2017) Julai OgosSeptemberOktoberNovemberDisember

Tarikh hari Sabtu

8hb 19hb

30hb

14hb

11hb & 25hb 9hb

Bahan-bahan: (boleh menghasilkan sebiji kek keju setebal 8 inci)

Bahan asas kek keju: Biskut Graham – 200g Mentega tanpa garam – 65gSerbuk teh hijau Matcha – 1 sudu teh

Inti Kek Keju: Krim keju (suhu bilik) – 400g Gula halus – 40gSerbuk teh hijau Matcha – 2 sudu teh Krim putar– 400ml Yakult Ace – 2 sudu Ekstrak Vanila – 1/2 sudu teh Gelatin – 2 sudu tehAir suam – 2 1/2 suduSerbuk teh hijau Matcha sebagai hiasan.

Jom Kita Mulakan! 1. Pertamanya sediakan asas kek dengan mencampurkan mentega yang telah

dicairkan, biskut Graham yang hancur dan juga serbuk teh hijau Matcha. Mampatkan kesemua bahan dalam loyang kek yang lebih kurang 8 inci. Simpan di dalam peti sejuk sementara menyediakan inti kek keju.

2. Untuk menyediakan inti kek keju, letakkan krim keju ke dalam mangkuk dan pukul sehingga halus menggunakan pengadun elektrik. Campurkan serbuk teh hijau matcha dan gula. Kemudian, adun sebati adunan bersama krim putar, Yakult dan ekstrak Vanila. Dalam bekas yang lain, larutkan gelatin bersama air suam. Akhir sekali, campurkan gelatin ke dalam inti, dan kacau menggunakan pengadun elektrik sehingga sebati.

3. Tuang inti ke dalam loyang kek dan letakkan semula ke dalam peti sejuk supaya kek mengeras (lebih kurang 4 jam).

4. Potong tepi keliling kek dengan pisau yang tajam, tarik keluar alas bawah loyang dan keluarkan kek dengan berhati-hati.

5. Letakkan serbuk teh hijau matcha ke dalam pengayak dan ayakkan ke atas permukaan kek. Sedia dinikmati!

Kek Keju Matcha Yakult

GAYA HIDUP YAKULT! 14