kesediaan penggunaan e-learning di · pdf filecomputer and education course, ... ict...
TRANSCRIPT
i
KESEDIAAN PENGGUNAAN E-LEARNING DI KALANGAN PELAJAR
TAHUN KEDUA KURSUS SARJANA MUDA SAINS, KOMPUTER SERTA
PENDIDIKAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA - SATU TINJAUAN
LING NING NING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KESEDIAAN PENGGUNAAN E-LEARNING DI KALANGAN PELAJAR TAHUN KEDUA KURSUS SARJANA MUDA SAINS, KOMPUTER SERTA PENDIDIKAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - SATU TINJAUAN
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya LING NING NING
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 1A, LORONG 8E, JALAN ALAN, 96000 SIBU, EN. NORAFFANDY YAHAYA SARAWAK. Nama Penyelia Tarikh: 3 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains, komputer serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan :
Nama Penyelia: EN. NORAFFANDY YAHAYA
Tarikh : 28 APRIL 2008
i
KESEDIAAN PENGGUNAAN E-LEARNING DI KALANGAN PELAJAR
TAHUN KEDUA KURSUS SARJANA MUDA SAINS, KOMPUTER SERTA
PENDIDIKAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA - SATU TINJAUAN
LING NING NING
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains, Komputer Serta
Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : LING NING NING
Tarikh : 3 APRIL 2008
iii
Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
Ayah dan ibu yang amat saya hormati,
Kakak, abang-abang dan tunang saya yang amat saya kasihi.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada penyelia saya En. Noraffandy Yahaya, atas tunjuk ajar yang diberikan
di samping tidak jemu memberikan bantuan sepanjang melaksanakan kajian ini.
Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada pelajar-pelajar tahun pertama
dan tahun kedua kursus Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan yang sudi
memberi kerjasama bagi saya mengutip data.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan saya yang sudi menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada saya
bagi melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.
Penghargaan juga tidak lupa dirakamkan kepada ayah, ibu, adik-beradik dan
terutamanya tunang yang amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan
kewangan yang diberikan. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan
sokongan, cadangan dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian diskriptif ini bertujuan untuk meninjau kesediaan penggunaan e-
learning dari segi tahap pengetahuan, aspek sikap dan tahap motivasi di kalangan 61
orang pelajar tahun kedua yang mengambil kursus Sarjana Muda Sains, Komputer
serta Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang diubahsuai daripada Muhammed
Fauzi et al. (2004) dan Italo et al. (2004). Keputusan kajian ini dianalisis
menggunakan perisian komputer SPSS. Untuk ketiga-tiga aspek dalam kajian ini
iaitu tahap pengetahuan, sikap dan tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan e-
learning, kebolehpercayaan, α ialah 0.850. Statistik diskriptif digunakan dalam
kajian ini untuk melihat frekuensi, peratusan dan min. Keputusan kajian mendapati
bahawa kebanyakan pelajar tahun kedua yang dikaji mempunyai tahap pengetahuan
yang tinggi terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning dengan min sebanyak
4.14 dan sikap pelajar terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning adalah
positif dengan min sebanyak 3.67 tetapi tahap motivasi pelajar adalah pada tahap
yang sederhana iaitu dengan min sebanyak 3.38. Kajian ini memberi gambaran yang
lebih jelas kepada pihak pengurusan e-learning tentang kesediaan dan tahap
penggunaan e-learning oleh pelajar-pelajar fakulti pendidikan dalam jurusan Sains,
Komputer serta Pendidikan. Selain itu, kajian ini juga memberi maklumat kepada
pihak Universiti untuk lebih peka kepada isu yang diketengahkan dalam kajian ini
serta memberi cadangan dan maklumbalas kepada CTL.
vi
ABSTRACT
The aim of this descriptive study is to gauge the level of preparation in using
e-learning of 61 second year students chosen from the Bachelor of Science,
Computer and Education course, Faculty of Education, Universiti Teknologi
Malaysia. The aspects studied encompass the level of knowledge, the attitude and the
motivational level with regard to e-learning. The instrument used in this study is a
modified questionnaire taken from Muhammed Fauzi et al. (2004) and Italo et al.
(2004). The computer software SPSS was used to analyze the results. The results
obtained gave reliability, α, of 0.850 for level of knowledge, attitude and
motivational level. Descriptive statistics was used in this study to view the
frequency, percentage and mean values. The results of this study showed that most of
the second year students studied have a high level of understanding regarding e-
learning with a mean of 4.14 and that most of them have a positive attitude towards
e-learning with a mean of 3.67. On the other hand, the motivational level of the
students only came to moderate with a mean of 3.38. This study shows the e-learning
administrators a clear picture of the level of preparedness and usage of e-learning
among students of the Bachelor of Science, Computer and Education course. This
study also holds useful information for the university to be aware of and furthermore,
gives recommendations as well as feedback to CTL with regards to the
implementation of e-learning among students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Objektif Kajian 3
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Batasan Kajian 4
1.6 Rasional kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Definisi Operasional 7
1.8.1 Kesediaan 7
1.8.2 Sikap 7
1.8.3 Pelajar 8
viii
1.8.4 Pengetahuan 8
1.8.5 Motivasi 8
1.8.6 E-learning 9
1.9 Penutup 9
2 SOROTAN KAJIAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Konsep Pembelajaran 10
2.3 Definisi E-learning 11
2.4 Kepentingan E-learning 13
2.5 Konsep Sikap 14
2.6 Konsep Motivasi 15
2.7 Konsep Pengetahuan 17
2.8 Model Kajian 19
2.9 Kajian-kajian Lepas 19
2.9.1 Kajian-kajian Lepas dalam Negara 20
2.9.2 Kajian-kajian Lepas luar Negara 23
2.10 Penutup 26
3 METODOLOGI 27
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Populasi dan sampel Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.5 Kajian Rintis 31
3.6 Prosedur Kajian 32
3.7 Analisis Data 34
3.7.1 Analisis Kuantitatif 34
3.8 Penutup 37
ix
4 ANALISIS DATA 38
4.1 Pengenalan 38
4.2 Latar Belakang Responden 39
4.2.1 Jantina 39
4.2.2 Bangsa 40
4.2.3 Kekerapan Penggunaan E-learning
dalam Waktu Seminggu 41
4.3 Tahap Pengetahuan Dalam Penggunaan
E-learning 43
4.4 Aspek Sikap Pelajar Terhadap Kesediaan
Penggunaan E-learning 47
4.5 Tahap Motivasi Pelajar Dalam Penggunaan
E-learning 51
4.6 Analisis Tahap Pengetahuan, Sikap dan
Motivasi Pelajar terhadap Kesediaan
Penggunaan e-learning. 56
4.7 Penutup 57
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN 58
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 58
5.2.1 Perbincangan Dapatan Persoalan
Pertama 59
5.2.2 Perbincangan Dapatan Persoalan
Kedua 61
5.2.3 Perbincangan Dapatan Persoalan
Ketiga 62
5.3 Kesimpulan 65
5.4 Cadangan Kajian 66
x
5.4.1 Cadangan Memperbaiki Kajian 66
5.4.2 Cadangan Meningkatkan Kesediaan
Pelajar Dalam Penggunaan E-learning 67
5.5 Penutup 69
RUJUKAN 70
LAMPIRAN A 77
xi
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan populasi kajian 29
3.2 Skala Likert Pengukuran Tahap 35
3.3 Taburan pernyataan positif dan pernyataan negatif 35
3.4 Skor bagi pernyataan positif dan pernyataan negatif 35
3.5 Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e-learning
berdasarkan min skor 36
3.6 Sikap pelajar terhadap penggunaan e-learning berdasarkan
min skor 36
3.7 Tahap motivasi pelajar terhadap kesediaan menggunakan
e-learning berdasarkan min skor 36
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 39
4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 40
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut kekerapan
penggunaan e-learning dalam seminggu 42
4.4 Taburan kekerapan (dan peratusan) dan min mengikut tahap
pengetahuan pelajar dalam kesediaan penggunaan e-learning 46
4.5 Taburan kekerapan (dan peratusan) dan min mengenai sikap
pelajar terhadap kesediaan dalam penggunaan e-learning 50
4.6 Taburan kekerapan (dan peratusan) dan min mengenai
tahap motivasi pelajar terhadap kesediaan dalam
penggunaan e-learning 55
4.7 Analisis tahap pengetahuan, sikap dan motivasi pelajar dalam
penggunaan e-learning 57
xii
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK HALAMAN
2.1 Tahap persediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik
dalam pembelajaran 19
4.1 Taburan responden mengikut jantina 40
4.2 Taburan responden mengikut bangsa 41
4.3 Taburan responden mengikut kekerapan penggunaan e-learning dalam seminggu 42
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
CTL Centre of Teaching and Learning
ICT Information and Communication Technology
INTI International Network for Technical Information
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
MBA Masters in Business Administration
MDLSB Meteor Distance Learning Sdn. Bhd.
MeLS Motivational E-learning System
MMU Multimedia University
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
S Setuju
SPACE School of Professional and Continuing Education
SPK Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPP Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPSS Statistical Packages for Social Science
SPT Sarjana Muda Sains, Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tak Setuju
TAM Technology Acceptance Model
TP Tak Pasti
TS Tak Setuju
UNITAR Universiti Tun Abdul Razak
US United State
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 77
1
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Dewasa ini, ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) meletus di
mana-mana sepanjang masa. Evolusinya seakan-akan tidak terhenti tanpa mengira
tempat dan waktu (Zawawi, 2001). Dari segi telekomunikasi, peralatan audio, video,
komputer dan sebagainya mengalami evolusi yang begitu pantas. Oleh itu,
perkembangan teknologi informasi memiliki dampak yang sangat besar. Kepesatan
ICT telah mempengaruhi iklim ataupun atmosfera kemodenan sedunia. Semua sektor
ingin mengetahui, mempelajari serta mengkaji apa yang boleh disumbangkan serta
penyumbangan yang boleh dilakukan oleh dunia ICT tersebut. Dari sektor perubatan,
ekonomi, perkapalan, astronomi, hartanah dan sebagainya, semuanya adalah
berlandaskan ICT.
Begitu juga dengan dunia pendidikan. Seperti yang kita ketahui, tren
teknologi pada era globalisasi saat ini telah memberikan pengaruh yang signifikan
terhadap dunia pendidikan. Dalam pendidikan, penggunaan internet bukan sahaja
tertumpu kepada pencarian maklumat sahaja tetapi juga sebagai medium
penyampaian bahan pengajaran serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang
berkesan (Noraffandy dan Wan Salihin, 1999). Bermula dengan penggunaan papan
hitam tradisional di sekolah, kemudian beralih ke papan putih, seterusnya ke alat
bantuan mengajar seperti OHP dan sehinggalah yang terkini iaitu pembelajaran
secara on-line ataupun e-learning iaitu pembelajaran elektronik. Menurut Pelgrum
2
dan Enderson (1999), pertumbuhan dan penggunaan teknologi maklumat serta
komunikasi (ICT) dalam bidang pembelajaran menggalakkan pelajar untuk
mewujudkan pembelajaran kendiri (self-learning), penyelesaian masalah, pemikiran
kritis. E-learning adalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) (Zawawi, 2001). Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang, dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan P&P (Syarifah, 2003). Selain itu, inovasi
perkembangan ICT membolehkan penggunaan pembelajaran elektronik (e-learning)
dalam memudahkan proses pembelajaran dan memberi keberkesanan (Kramer,
2001). E-learning yang seakan-akan mitos 10 tahun dulu kini menjadi keperluan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembelajaran e-learning merupakan satu mod pembelajaran yang berasaskan
kepada penggunaan perkakasan elektronik dan dikaitkan dengan pembelajaran
melalui internet (Baharuddin Aris et al., 2000). Di Malaysia, e-learning masih lagi
'baru' kehadirannya jika dibandingkan dengan negara-negara Barat khasnya di US di
mana sesetengah sekolah telah menjadikannya sebagai satu kaedah asas
pembelajaran bagi menggantikan teknik-teknik pembelajaran tradisional.
E-learning di negara kita lebih terarah kepada pembelajaran secara jarak jauh
dan on-line yang kebanyakannya hanya ditawarkan di peringkat Universiti serta
kolej-kolej swasta. Dua buah Institut pengajian tinggi iaitu MMU dan UNITAR
telah menawarkan kursus untuk mendapatkan diploma dan ijazah melalui internet
secara online iaitu perintis penggunaan e-learning sepenuhnya sebagai pembelajaran
alternatif di kalangan pelajarnya (Baharuddin et al., 2003). Tujuan utama
kebanyakan Universiti melaksanakan on-line learning adalah untuk menyediakan
persekitaran yang berpusatkan pelajar di mana ia membolehkan pelajar menjana
pemikiran dan pengetahuan sendiri tanpa bergantung kepada pengajar (Mohd Fazli,
2002).
3
UTM merupakan salah sebuah institusi pendidikan yang bertaraf dunia, iaitu
world class university. UTM mempunyai tenaga yang cemerlang malah boleh
melahirkan lebih ramai graduan yang bukan sahaja berkualiti dan berketrampilan
dalam bidang sains dan teknologi serta pendidikan (Buletin UPSP, 2002). Menurut
Jamalludin (2000), sejak teknologi maklumat (IT) diletakkan pada mercu segala
teknologi, pendidikan maya, dan elektronik pembelajaran (e-learning) menjadi
simbol status yang membanggakan.
Projek e-learning merupakan salah satu daripada aplikasi yang dibangunkan
dalam projek kampus siber UTM yang dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan
pada tahun 1997 (Mohamed Noor,2001). Dengan itu projek e-learning telah
dimulakan secara bersepadu di UTM. Pada tahun 2004, pihak UTM telah mengambil
inisiatif iaitu perlaksanaan sistem e-learning dengan menggunakan moodle.
Memandangkan sistem sokongan e-learning baru dilaksanakan selama dua
tahun di UTM, jadi ia adalah sangat penting untuk mengetahui kesediaan pelajar
terhadap penggunaan e-learning yang disediakan oleh pihak UTM. Aspek-aspek
seperti pengetahuan, sikap, motivasi, kesedaran, minat dan lain-lain lagi
mempengaruhi kesediaan pelajar menggunakan e-learning. Dengan itu, pengkaji
akan meninjau kesediaan pelajar terhadap penggunaan e-learning dari tiga aspek
yang penting iaitu tahap pengetahuan, sikap dan motivasi pelajar.
1.3 Objektif Kajian
Objektif-objektif kajian yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini
adalah untuk:
i) meninjau kesediaan pelajar tahun kedua yang mengambil kursus
Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan dari segi tahap
pengetahuan menggunakan e-learning.
4
ii) mengkaji kesediaan pelajar tahun kedua yang mengambil kursus
Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan dari segi sikap
menggunakan e-learning.
iii) mengenalpasti kesediaan pelajar tahun kedua yang mengambil kursus
Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan dari segi tahap
motivasi menggunakan e-learning.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang disasarkan oleh pengkaji dalam kajian ini ialah:
i) Sejauh manakah tahap pengetahuan pelajar tahun kedua yang
mengambil kursus Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan
dalam kesediaan penggunaan e-learning?
ii) Sejauh manakah sikap pelajar tahun kedua yang mengambil kursus
Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan dalam kesediaan
menggunakan sistem e-learning?
iii) Sejauh manakah tahap motivasi pelajar tahun kedua yang mengambil
kursus Sarjana Muda Sains, Komputer serta Pendidikan dalam
kesediaan menggunakan e-learning?