kesan dadah pada akal gp3

28
KESAN DADAH PADA AKAL Disediakan oleh Aina Mazwin Mohamed Radzi Noraslina bt Mohd Zainin Engku Mardiah Engku Kamarudin

Upload: noorhisham-hamzah

Post on 06-Jun-2015

2.751 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

KESAN DADAH PADA AKAL

Disediakan oleh

Aina Mazwin Mohamed Radzi

Noraslina bt Mohd Zainin

Engku Mardiah Engku Kamarudin

Page 2: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

PENDAHULUAN

Dalam al-Quran dan Sunah terdapat perkara-perkara yang menyentuh hak-hak manusia

Perkara yang menyentuh hak utama individu yang mesti dipelihara ada lima iaitu hak ke atas agama, nyawa (diri), akal, keturunan (maruah) dan harta.

Pengabaian kepada pemeliharaan lima perkara ini seperti PENYALAHGUNAAN DADAH akan menyebabkan hilang (hak) dan mendatangkan kemudaratan kepada manusia.

Page 3: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

Pembentangan akan memfokus :

1) Takrifan Akal

2) Penjelasan Kepentingan Akal & Otak

3) Kesan jenis dadah kepada Akal dan Otak

4) Kesan Dadah Pada Akal

5) Penyalahgunaan Dadah dan Dalil Larangannya

6) Pandangan Pelbagai Agama Mengenai Dadah

Page 4: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

TAKRIF AKAL

Imam Al-Ghazali, “Akal ialah kekuatan pemikiran semula jadi yang dikurniakan Allah kepada manusia agar dengannya manusia dapat mengenali hakikat sesuatu perkara... Akal ialah tempat lahir dan tertegak nya ilmu. Hal ini disebutkan dalam Ihya Ulumuddin.

 

Page 5: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

PENJELASAN KEMULIAAN AKAL

Sahabat Omar Al-Khattab pernah bertanya kepada Tamim Ad-Dari, “Menurut pandanganmu, apakah benda yang paling mulia?” Tamim Ad-Dari menjawab, “Akal.” Berkata Omar Al-Khattab, “Kamu benar. Aku pernah bertanya kepada NABI soalan yang sama seperti yang aku ajukan kepadamu dan baginda menjawab, ‘Aku pernah bertanya Jibrail berhubung perkara yang paling mulia dan Jibrail berkata akal’.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnul Mahbar. Dalam riwayat yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Naim, nabi telah berpesan kepada Ali bin Abu Talib, “Apabila manusia mendekati Allah dengan pelbagai kebajikan maka kamu dekatilah Allah dengan akal mu.”

Page 6: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

KEMULIAAN AKAL

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memuliakan anak Adam atas dasar akal yang diamanahkan kepada kita. Allah telah menjadikan kita khalifah di muka bumi ini dan memudah bagi kita segala apa yang di langit dan di bumi. Dengarlah firman Allah ini:

(Al-Isra': ayat 70) Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak Adam, dan Kami angkat mereka di daratan dan di lautan, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebaikan makhluk yang telah Kami ciptakan.

Page 7: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

OTAK MANUSIA

Otak adalah satu organ istimewa yang dikurniakan Allah kepada manusia.

Otak ialah bentuk Fizikal Akal Berat otak 3lbs(paun) saja Mengikut Making The Most Of Your Brain terbitan

Reader’s Digest, ketika seseorang bayi berumur 7 minggu di dalam rahim ibu, struktur utama otak sudah dapat dilihat dengan jelas. Ketika bayi berumur 3 bulan, urat tunjang (spinal cord) pula mula berkembang. Di dalam rahim ibu, pertumbuhan sel-sel otak berlaku dengan pesatnya. Lebih kurang 2.5 juta sel otak yang baru (neurones) tumbuh pada setiap minit. Ketika dilahirkan jumlah sel-sel otak ini mencecah 100 bilion. Setiap sel ini pula mempunyai 1000 tempat di mana ia dapat berhubung dengan sel-sel otak yang lain.

Page 8: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

KESAN DADAH PADA OTAK

Sungguhpun kesan utama dadah adalah ke atas otak dan minda, tetapi kesan ini hanya dapat diperhatikan melalui gejala-gejala luaran yang mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti otak dan minda.

Ini termasuklah sistem-sistem yang berkaitan dengan tubuh badah seperti sistem jantung, pernafasan, gastro-usus, ginjal dan sebagainya kerana Otak ialah pusat utama yg mengawal segala sistem badan

Page 9: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

KESAN UMUM DADAH PADA OTAK & MINDA Kesan utama dadah berbanding dengan ubat-

ubatan adalah tindakannya yang agak ketara ke atas otak dan minda manusia sehingga boleh berlaku pergantungan ataupun ketagihan.

Dadah boleh diberikan kepada 3 golongan utama:

1) Stimulan: Dadah yang boleh merangsang otak dan minda (Ecstasy, Amfetemin)

2) Depresen: Dadah yang boleh menekan fungsi otak dan minda(Morfin, heroin, kodein)

3) Jenis ketiga adalah bahan-bahan yang dipanggil sebagai halusinogen (ganja,LSD, PCP)

Page 10: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

Kesan Dadah Stimulan Pada Otak dan Akal merangsang otak/minda dgn memberi kesan

keriangan yang`palsu’ spt ketawa yg berlebihan. Tingkah lakunya turut menjadi agak luar biasa daripada berbagai segi, termasuk kelincahan mahupun dari segi pertuturan.

Dadah ini (cth Amfitemin) merencatkan pengeluaran hormon norendepherine & serotonin untuk menghasilkan kesan gembira yg semulajadi dan memerlukan dadah ini untuk rasa riang.

Page 11: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

Kesan Dadah Depresen (Menekan Fungsi) Otak & Minda tidak aktif tetapi sebaliknya dalam keadaan tertekan

dan sugul. Lesu, malas untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Keadaannya seolah- olah rasa mengantuk, pertuturannya lambat dan meleret.

Tumpuannya begitu rendah sekali sehinggakan ia tidak begitu memperdulikan persekitaranya.

Contoh: kodein, ubat tidur/pelali berfungsi dengan menekan aktiviti otak sehingga dapat menghasilkan rasa mengantuk dan tidur.Apabila otak terus tertekan, orang itu akan berada di dalam keadaan tidak sedarkan diri. Berbagai tekanan fungsi badan seperti jantung, pernafasan mahupun buah pinggang turut terjejas.

Page 12: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

Kesan Dadah Halusinogen Pada Otak Dan Akal menukar persepsi di pengguna. seolah-olah tidak berpijak di alam nyata. Misalnya

seorang pengguna dadah jenis halusinogen mungkin merasakan dirinya boleh terbang dan apabila cuba melakukan sedemikian, ianya akan mendapat kecederaan dan mungkin maut. Ada juga ketikanya mereka-mereka yang menggunakan ubat-ubatan LSD misalnya mendakwa dapat berjumpa dengan Tuhan. Kesemuanya ini adalah khayalan yang mirip kepada fenomena halusinasi

Page 13: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

KESAN DADAH PADA AKAL:Menjadikan Manusia Tidak Berilmu• Antara kewajipan yang dituntut dalam memelihara akal ialah

menuntut dan menguasai ilmu.

• Dadah menutup Fungsi Akal dan Otak yang penting untuk menguasai Ilmu, sedangkan manusia diwajibkan menuntut Ilmu. Seperti kata Imam Al-Ghazali tadi “Akal ialah tempat lahir & tegaknya Ilmu“

Page 14: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

KESAN DADAH PADA AKAL:Menjadikan Manusia Tidak Berfikir

Ali-Imran ayat 190-191, Allah berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab (iaitu golongan yang berakal). (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka’.”

Satu di antara ciri yang terdapat pada golongan ulul albab ialah banyak berfikir. Banyak berfikir tentang penciptaanAllah akan melahirkan ilmu serta penemuan baru

Page 15: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

Kesan Dadah Pada Akal :Menutup Fungsi Akal b)Dadah menyebabkan Akal tidak dapat

membezakan antara yang baik dan buruk serta tidak bermoral.

Seorang penagih dikatakan tidak berakal kerana akalnya tidak berfungsi secara normal dan hanya memikirkan ‘najis’ itu semata hingga sanggup melakukan jenayah seperti merompak dan membunuh.

Ini jelas dalam Surah Al-Anfal:22, “Sejahat-jahat makhluk ialah mereka yang tidak berakal”

Page 16: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

Dadah Menutup Fungsi Akal:Hilangnya Rasa Tanggungjawab Dengan akal juga manusia layak menjadi khalifah

Allah untuk memakmurkan muka bumi ini, dan layak pula memikul tanggungjawab. Akan tetapi apabila akal dipengaruhi dadah, maka manusia tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya seperti yang diperintah Allah. (Cth:suami abai rumahtangga, anak menderhaka dsb)

Ibn Qayyim:“Dadah menghilangkan keberanian, sifat-sifat mulia, tidak menepati janji, khianat, pembohong, mematikan hati dan perasaan bertanggungjawab…”

Page 17: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

KESAN DADAH PADA AKAL:Kemusnahan Kehidupannya Menurut Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’

Ulumu al-Din menyebut; “Ketahuilah bahawa badan manusia itu seperti sebuah kota. Akal, yakni kekuatan mengetahui daripada manusia itu adalah sebagai raja yang menguruskan hal ehwal kota itu”

Jelas jika AKAL rosak dengan PENYALAHGUNAAN Dadah dan tidak mampu berfungsi dengan waras, maka seluruh individu itu akan musnah.

Page 18: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

Kesan Dadah Pada Akal: Jatuhkan Maruah dan Martabat Jika kita abaikan akal seperti Penyalahgunaan Dadah,

maka manusia tidak lagi dimuliakan bahkan martabatnya menjadi lebih rendah dari binatang ternakan. Ini jelas dalam (Surah Al-A’raff: 179):

“Sesungguhnya Kami telah jadikan untuk (isi neraka) Jahannam kebanyakan daripada Jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah), mempunyai mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Page 19: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

Kesan Dadah Pada Akal :Kepincangan Dalam Ibadatnya Merosakkan Iman dan amalan seseorang

kerana tidak mampu mengerjakan perintah Allah kerana dadah itu seperti arak menutup akal. (akal tidak waras)

Surah An-Nisaa’:Ayat 43

“…Janganlah kamu hampiri solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, hinggalah kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan Janganlah…………………..”

Page 20: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

DADAH

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. 

Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam. 

Page 21: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

PENYALAHGUNAAN DADAH

Definisi oleh WHO :“Penggunaan dadah

secara berlebihan secara tetap atau tidak yang tiada kaitan dengan perubatan”

Blumfield et al : “Penyalahgunaan dadah ialah sebarang penggunaan dadah atau terbitannya secara haram”

Page 22: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

DALIL PENGHARAMAN DADAH(Pandangan Agama)

Larangan pengambilan dadah adalah jelas HARAM berdasarkan dalil yang diqiaskan kepada ARAK berdasarkan keterangan nas-nas (Al-Quran & Hadis)

Dalam Surah Al-Maidah ayat 90 dan 91.

“Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya khamar (arak), berjudi, dan pemujaan berhala serta merenung nasib adalah perbuatan keji dan merupakan amalan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya semoga kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengerjakan solat….”

Page 23: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

SABDA RASULULLAH SAW :”Setiap yang memabukkan adalah Khamar dan setiap khamar adalah haram”

Allah berfirman: “Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” (An-Nisa 4:29) Di dalam sebuah hadis, Ummu Salamah telah berkata: “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

ISLAM : HADIS, Diriwayatkan oleh Anas r.a, Nabi Muhammad S.A.W bersabda :“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar : pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya”.

Page 24: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

PANDANGAN AGAMA LAIN

KRISTIAN : Kitab Injil menegaskan “Book of Proverbs” bab 23:29-33, menjelaskan :

“Jangan lihat kepada arak apabila ia merah, bila ia masuk ke dalam gelas dan masuk dengan baik. Tetapi akhirnya menggigit seperti ular, dan bisa seperti ular beludak…”.

Page 25: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

HINDU : “ Matlamat utama Hindu ialah menjadi satu dengan Tuhannya dan ini hanya boleh dicapai melalui tubuh dan akal yang sihat. Untuk itu Hindu memperakui makanan yang bersih dan mengelakkan diri seperti alkohol yang menyebabkan paksaan untuk menarik diri dan kekuatan untuk berfikir”.

BUDDHA :Satu daripada lapan prinsip Buddha menyatakan dengan jelas, “ Penganut Buddha mestilah menghindarkan diri dari arak. Buddha juga melarang menjual arak bagi tujuan untuk hidup”.

Page 26: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

Ringkasan:

Semua agama melarang penyalahgunaan dadah

Penyalahgunaan Dadah diharamkan oleh Islam kerana ia merosakkan 5 masalahah manusia iaitu : Agama, Jiwa, Akal, Keturunan dan Harta.

Page 27: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

KESIMPULAN

Akal adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia dan tidak dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. Disebabkan kelebihan akal yang dikurniakan oleh Allah ini, manusia mampu untuk mencipta malah merekacipta pelbagai bentuk teknologi yang memberikan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan.

Di dalam memelihara kemurnian dan kesihatan akal, setiap individu harus menyedari bahawa anugerah Allah yang amat berharga itu tidak akan berguna andainya tidak disusuli oleh amalan dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

Sebagai seorang Islam, kita perlu meyakini menjaga dan memelihara akal serta menggunakan untuk mencari nikmat Allah adalah salah satu perkara wajib dan amat dituntut oleh agama. Oleh itu, kita perlu menjauhi Penyalahgunaan Dadah dan sama-sama membenterasnya DADAH boleh melemahkan umat Islam dan membawa kepada maut. Umat yang lemah tidak akan mampu memperjuangkan maruah agama.

Page 28: KESAN DADAH PADA AKAL gp3

“ILMU ITU SANTAPAN AKAL

ZIKIR ITU SANTAPAN JIWA”

SEKIAN, TERIMA KASIH