kesan

25
Teknologi Edit 0 39 Sejarah Teknologi Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek τεχνολογία (technología); dari τέχνη (téchnē), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan -λογία (-logía), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu. Contohnya teknologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah. Takrifan lain teknologi ialah seni menggunakan ilmu pengetahuan secara saintifik atau kaedah manusia menggunakan kekuasaannya ke atas persekitaran. Teknologi merupakan pencantuman alat, ilmu pengetahuan dan budaya kerja yang menjadikan sesebuah organisasi menghasilkan input kepada output sebagaimana yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia yang mengaplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Komputer adalah alat yang digunakan untuk mengolah informasi menurut prosedur yang telah dirumuskan. Komputer literasi bernaksud pengguna tahu menggunakan komputer dengan betul. Contohnya, pelajar tahu nama- nama komponen komputer dan fungsi-fungsinya. Pelajar juga boleh membuat tugasan dengan menggunakan program yang betul. Contohnya,

Upload: danielyap

Post on 04-Oct-2015

104 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kesan

TRANSCRIPT

TeknologiEdit039Sejarah Teknologi

Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technologa); dari (tchn), yang bermaksud "seni, kemahiran, rekaan", dan - (-loga), yang bermaksud "pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu. Contohnya teknologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan lain teknologi ialah seni menggunakan ilmu pengetahuan secara saintifik atau kaedah manusia menggunakan kekuasaannya ke atas persekitaran. Teknologi merupakan pencantuman alat, ilmu pengetahuan dan budaya kerja yang menjadikan sesebuah organisasi menghasilkan input kepada output sebagaimana yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia yang mengaplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.

Komputer adalah alat yang digunakan untuk mengolah informasi menurut prosedur yang telah dirumuskan. Komputer literasi bernaksud pengguna tahu menggunakan komputer dengan betul. Contohnya, pelajar tahu nama-nama komponen komputer dan fungsi-fungsinya. Pelajar juga boleh membuat tugasan dengan menggunakan program yang betul. Contohnya, pelajar membuat surat rasmi dengan menggunakan MS Words dan membuat pembentangan dengan menggunakan Powerpoint.

Teknologi pendidikan, pengajaran melalui teknologi atau nama lainnya teknologi pengajaran merupakan satu proses yang menggabungkan penglibatan dan penggunaan tenaga manusia dan bahan teknologi untuk membantu dalam memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah difahami, menarik, menjimatkan masa dan lain-lain.

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"(Crowell (1971):Encyclopedia of education).

Di Malaysia pengaruh teknologi pendidikan bermula dengan bahan visual seperti gambar, carta dinding, peta, glob, bahan realia, model-model dan bahan-bahan terbuang. Penggunaan papan hitam, papan flanel, papan kenyataan dan papan magnet merupakan alat-alat utama bagi menyampaikan pengajaran manakala pelajar pula menggunakan bahan-bahan bercetak untuk pembelajaran.

Teknologi Pendidikan : Aplikasi prinsip- prinsip saintifik untuk membina dan membentuk sesuatu bahan bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

ICT Sebagai Teknologi Pendidikan

Penggunaan teknologi dalam pendidikan telah lama diperkenalkan di negara - negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. bagi mencapai wawasan dan inspirasi negara, Malaysia tidak ketinggalan dalam menghadapi arus pembangunan berasaskan teknologi. Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan akan menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pengupaya utama dalam proses pengajaran dan pembelajaraan.Dasar ini kesinambungan daripada inisiatif Sekolah Bestari yang menekankan penggunaan teknologi sebagai wahana mengalakkan perkembangan daya kreativiti, pembelajaran secara bekerjasama, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Contoh inisatif yang dijalankan oleh kerajaan untuk menjadikan ICT sebagai teknologi pendidikan ialah penggunaan SchoolNet, Makmal komputer Eduweb TV, Pusat Akses dan sebagainya.

Di samping itu, tugas mendidik menjadi lebih efektif dan berkesan dengan adanya teknologi multi media. Seluruh dunia menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluaskan. Ilmu tidak lagi melalui perantaraan guru dan pelajar sahaja, malah boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya alam maya. Para pelajar boleh mengakses maklumat berkaitan mata pelajaran yang diingini dengan hanya mengakses di internet dan mereka akan mendapat banyak maklumat. Namun ini tidak bermakna pengajaran guru di sekolah tidak penting.

Penggunaan Teknologi Dalam Perniagaan

Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global.

Teknologi boleh diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan.Malah, teknologi akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam apa juga jenis perniagaan. Dan, banyak pembangunan teknologi untuk beberapa tahun kebelakangan ini dibiayai oleh pemodal teroka.

Merujuk kepada kelebihan teknologi, biasanya wujud angin perubahan dari segi persaingan samada dalam dan luar negara. Jadi, syarikat perlu menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Selain membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang. Persoalannya sekarang, bagaimana teknologi boleh digunakan pakai untuk membantu perniagaan menjadi lebih cekap.

Kepentingan cantuman teknologi dalam perniagaan sepanjang masa akan mewujud hubungan yang harmoni di antara teknologi dan perniagaan, misalnya teknologi maklumat (IT) boleh membantu syarikat agar lebih berjaya. Peranan 'orang' sebagai salah satu elemen penting untuk memastikan teknologi yang digunakan berfungsi. Jadi, tumpuan kepada pengguna teknologi perlu menerusi pendidikan dan latihan agar mereka memahami bagaimana teknologi mewujudkan hubungan harmoni untuk pertumbuhan perniagaan.

Secara umumnya, penggunaan teknologi dalam pendidikan mempunyai pelbagai kebaikan iaitu:

1. Memotivasikan pelajar.2. Mengaitkan dengan kehidupan3. Alat sokongan dan perkongsian4. Memartabatkan profesion5. Mengurangkan kos

Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) secara yang bijaksana dapat menjamin matlamat tercapai. Oleh itu, para guru dan pendidik mestilah mempunyai pemikiran yang kritis, inovatif dan kreatif dalam menyediakan ABM yang bersesuaian dan menarik.

FAEDAH- FAEDAH PENGGUNAAN TEKNOLOGIKesan dan faedah adalah seperti berikut:

1. Boleh menjadikan pendidikan lebih produktif2. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersifat 'indivudual'3. Menjadikan pengajaran lebih berasaskan kepada hasil- hasil kajian yang lebih saintifik4. Boleh menjadikan pengajaran lebih bersemangat dan bertenaga5. Boleh menjadikan pembelajaran pelajar itu lebih hampir dengan keadaan sebenar6. Boleh berkomunikasi di mana - mana sahaja selagi terdapat kemudahan internet7. Boleh menjadikan pendidikan itu lebih seimbang8. Pelajar yang sukar bercakap dan memberi idea dalam kelas lebih teransang atau teruja untuk memberi komen mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan oleh guru

PERANAN TEKNOLOGI DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPerkembangan teknologi maklumat yang berlaku kini memberikan peluang dan cabaran seluas- luasnya kepada pelajar meneroka ilmu mengikut kehendaknya dan memberikan peluang yang seluasnya kepada mereka untuk melahirkan pendapat dan kreativiti.Guru perlu tahu bagaimana hendak menggunakan audio- visual dengan betul supaya semua kemudahan yang ditawarkan oleh bahan audio- visual tersebut dapat dipergunakan sepenuhnya.Dalam memilih bahan- bahan tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran, guru perlu menyematkan dalam fikiran tentang perkara- perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah:

1. Sesuai dengan taraf pendidikan pelajar dan pengetahuan am pelajar2. Dapat memperolehi maklumat dengan tepat3. Kecemerlangan dari segi mekanikal seperti bunyi, perbendaharaan kata, warna dan lain- lainKombinasi pemilihan media yang hendak digunakan dalam pemgajaraan hendaklah tidak hanya berdasarkan kepada kesesuaian setiap media dengan tujuan pembelajaran tetapi juga bagaimana dan dengan cara apa ia dapat memberi maklumat dan kesannya ke atas proses pembelajaran

HomeTeknologi Pendidikan

Apakah itu teknologi pendidikan?Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut:

Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&PPenggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.Apakah definisi teknologi pendidikan?Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991 Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003). Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004).Apakah prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)?Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses P&P dengan lebih berkesan. Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu:o Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajaro Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&Po Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan P&P Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum P&PApakah ciri-ciri teknologi pendidikan yang sesuai?Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan pelajaran Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpanApakah kepentingan teknologi pendidikan?

Melancarkan proses P&P Menjimatkan masa, tenaga dan kos Mengekalkan minat dan perhatian murid Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum Memperkayakan pengalaman murid

Pernahkah anda terfikir??Acapkali kita mendengar tentang kebaikan, kecanggihan,kemodenan yang dibawa oleh teknologi tetapi pernahkah kita terfikir tentangkeburukan yang dibawa oleh teknologi? Saban hari kita di dedahkan dengan pelbagai cerita buruk yang dibawa oleh teknologi. setakat cerita suami mencari hiburan di laman web sosial, anak hilang ibu layan facebook, pelajar bunuh diri dibuli di laman siber ianya masih tidak membuka minda kita untuk menapis penggunaan teknologi. teknologi sememangnya memudahkan tetapi kadang kala perlu dipantau.

Teknologi banyak memberi manfaat kepada manusia, jadi kita perlu bersyukur dengan apa yang kita nikmati sekarang. Dalam era globalisasi yang penuh dengan teknologi canggih ini. Kita perlu sedar bahawa teknologi mempunyai ciri-ciri yang unik bagi membantu manusia menguruskan pembelajaran dan menyampaikan pembelajaran. Di sini betapa pentingnya teknologi dan sejauh manakah kita sebagai guru dapat menggunakan jenis-jenis teknologi pendidikan yang ada untuk diaplikasikan di dalam pendidikan.

Ciri-ciri Teknologi terbahagi kepada 5 :

1) Kesesuaian2) Kewibawaan atau kredibiliti dan kemaskini3) Aspek-aspek teknikal4) Berkaitan5) Ciri-ciri fizikal atau format

Jenis-jenis Teknologi pendidikan ialah:

1) Media Elektronik

Audio, termasuk perakam audio dan radio. Video, termasuk perakam video dan televisyen. Overhead projektor Slaid Komputer

2) Media Bukan Elektronik

Benda-benda seperti papan tulis, buku teks,surat khabar, foto, carta, gambar rajah, benda-benda semula jadi dan apa sahaja yang tidak bermesin atau berkuasa elektronik.

Terdapat 11 strategi di dalam menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengetengahkan teknologi sebagai agenda utama negara di dalam membentuk jatidiri dengan pengisian modal insan yang sempurna.Oleh itu,kupasan strategi berkaitan dengan topik yang dibincangkan adalah di antaranya ialah:

Penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasiPada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM.

Kekangan dan Cabaran penggunaan ICT dalam Pendidikan Sekolah MenengahTerdapat kekangan dan cabaran penggunaan ICT dalam pendididkan. Pada abad ke-21 negara menghadapi dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology, ICT). Pembaharuan pendidikan teknik dan vokasional terutama dari segi pengajaran-pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan teknik dan vokasional di negara ini menjelang abad ke-21. Pendidikan, sekolah dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan yang lebih ke hadapan bagi membentuk generasi muda yang celik komputer dan dapat merealisasikan dasar dan matlamat negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dalam bidang ICT. Antara cabaran-cabarannya ialah seperti:a) Kekangan Dalam Menghabiskan SilibusBagi guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer, didapati masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.b) Sikap Negatif GuruTerdapat sebahagian guru yang telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Ledakan teknologi ICT memberi cabaran baru kepada profesion guru dan sistem pendidikan di sekolah yang masih belum mengalami perubahan yang drastik dari segi pengadaptasian penggunaan teknologi baharu termasuk komputer, digital, elearning dan sebagainya. Penggunaan ICT dalam sekolah telah membuka perspektif baru tentang liberalisasi pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada sistem dan organisasi bilik darjah. Kemajuan dan kecanggihan teknologi komunikasi maklumat membolehkan pembelajaran menerusi jendela dunia diadaptasikan dalam pembelajaran maya dengan menggunakan internet, melayari website dan sebagainya.c) Kekurangan KemahiranPenggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. Tidak ramai para pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah.

SELAMAT MALAM CIKGU!!Di tengah dunia 4G yang bergerak cepat, teknologi menimbulkan impak yang amat besar dalam institusi kehidupan keluarga. Hampir 70 peratus keluarga di dunia setuju bahawa teknologi membantu anggota-angggota keluarga mereka untuk dapat terus saling berhubung, namun terdapat impak yang negatif tanpa kita sedari. Misalnya saat menghabiskan masa bersama-sama sebagai satu keluarga, hampir setengah dari jumlah orang tua mengatakan bahawa perhatian keluarga mereka teralih kepada teknologi.Senario ini berlaku kepada keluarga dengan kedua orang tua yang bekerja, dimana lebih dari setengah jumlah mereka mengakui bahawa dengan adanya telefon bimbit dan teknologi komputer mereka menjadi terlalu obses dengan pekerjaan dimana pada mereka dengan hanya mengangkat telefon mereka juga dapat meluangkan meluangkan masa bersama keluarga di rumah atau dimana mereka berada sekalipun. Pada pandangan mereka, tidak bersua muka pun, sekurang-kurangnya dapat bercakap dengan keluarga pun itu sudah memadai. Memadaikah itu tanpa ada pelukan kasih sayang dari ibu bapa kepada anak-anak mahupun ibu bapa dengan orang tua mereka sendiri?

Bagi anak-anak masa kini yang hidup di zaman teknologi, kehadiran teknologi ini mempengaruhi bagaimana mereka menghabiskan masa bersama orang tua dan keluarga. Sekitar satu perempat dari jumlah orang tua di seluruh dunia mengatakan bahawa mereka lebih banyak berkomunikasi dengan anak-anak mereka melalui teknologi daripada secara bersua muka.Di negara-negara dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat seperti China dan India, teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan sehari-hari, komunikasi melalui teknologi ini menembusi angka 50 peratus dan 42 peratus di negara tersebut..Bahkan, hampir 90 peratus berkomitmen untuk memastikan bahawa tidak melewatkan masa dengan anak-anak mereka dengan menggunakan teknologi yang ada.Jadi semuanya terletak di tangan kita, sebagai ibu bapa gunakanlah sebaik mungkin teknologi yang ada tapi diharapkan tidaklah seperti kata pepatah " kera dihutan disusukan,anak di rumah mati kelaparan."

Dalam era globalisasi masa kini, teknologi sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Malah, tanpanya, individu itu akan digelar kolot, buta teknologi dan paling menyedihkan kehidupan mereka menjadi serba kekurangan dan menyukarkan rutin harian mereka. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu dilakukan bagi memastikan bidang teknologi dalam pendidikan ini terus menjadi rutin harian masyarakatTeknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Di Malaysia

Konsep pembelajaran terkini telah banyak mengalami transformasi ekoran revolusi dalam ciptaan dan kreativiti bidang ICT. Daripada penggunaan pen dan kertas kepada Tablet yang mudah dibawa ke mana-mana dan mampu menyimpan banyak maklumat serta penghantaran data dari tablet ke tablet. Penggunaan peralatan ICT tersebut boleh dijadikan rutin dalam kehidupan seharian baik sebagai seorang pelajar mahu pun dalam kerjaya. Ada yang menjadikannya untuk tujuan berseronok-seronok seperti bermain games. Ada yang bertujuan untuk menambah kenalan seperti di ruangan facebook. Ada juga yang menjadikannya untuk melicinkan tugas-tugas harian seperti outlooks untuk mencatat dan mengingatkan tugasan yang perlu diselesaikan. Malah ada juga yang menjadikannya untuk menambahkan hasil pendapatan keluarga seperti e-dagang dan jual beli atas talian. Kebiasaanya sesuatu yang "baru" akan dianggap "lebih baik" dalam bidang teknologi atau kejuruteraan. Contohnya komputer baru lebih laju dari komputer lama, dan kereta baru lebih menjimatkan petrol dari kereta lama Berdasarkan kenyataan di atas kita perlu memastikan bidang Teknologi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian.

Di Malaysa teknologi terkini yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaana e-learning. Apakah itu 'e-learning? E-learning ialah kemajuan teknologi pada masa kini dan ianya merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcaraan. Internet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini. Pengajaran boleh disampaikan secara 'synchronously' (pada waktu yang sama) ataupun 'asynchronously' (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Di dalam pembelajaran 'e-learning' fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran 'e-learning' akan 'memaksa' pelajar memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar akan membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri. Penggunaan 'e-learning' di sekolah-sekolah di Malaysia ialah bertujuan membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pernbelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana yang 'selamat' tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.

'E-learning' yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, mentor atau fasilitator. Bahan pengajaran dan pembelajaran 'e-learning' yang dirancang dan disediakan secara profesional dan baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada 'e-learning' serta minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam Internet, maka sudah tiba masanya ianya digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula kejayaan agenda 'e-learning' kebangsaan banyak bergantung kepada pelaksanaan ICT di selolah. Jika pelajar dapat dibimbing untuk menggunakan 'e-learning' dengan cara yang berfaedah maka ianya akan membantu mengurangkan penggunaan negatif yang lain. Jika sekolah-sekolah ada komputer dan talian Internet, maka bahan-bahan le-learning' dapat digunakan dengan efektif dan efisien sekali. Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej Swasta semuanya sedang berusaha untuk menggunakan 'e-learning' sebagai teknik yang terkini untuk menyampaikan modul-modul mereka. Begitu juga syarikat antarabangsa sudah mula menggunakan 'e-training' bagi melatih pekerja mereka.

Oleh yang demikian adalah wajar 'e-learning' diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia secepat mungkin supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perkernbangan teknologi yang begitu pesat sekali.

Sebagai bakal guru kita akan berdepan dengan pelajar generasi Connect (gen-c) . Dimana mereka lebih terkedepan dalam bidang ICT ini berbanding kita.Semua maklumat hanya di hujung jari mereka.Sebagai contoh yang sangat ketara sekarang,kita akan melihat ditangan anak kecil seawal usia 3 tahun adanya gadget-gadget yang terkini. Mereka pandai untuk menggunakan aplikasi yang ada di setiap gadget itu cuma mereka belum pandai membaca sahaja. Ini kerana pada peringkat umur begini kanak-kanak cepat memahami dan mempelajari apa yang mereka lihat dan menarik perhatian mereka.Oleh itu,sebagai bakal guru ataupun guru kita perlu mempersiap diri dalam bidang teknologi untuk lebih bersedia menghadapi cabaran yang maha hebat ini.Setiap apa yang dipelajari semasa pengajian di UPSI harus diaplikasi sebaik mungkin. Supaya kita tindak dianggap guru yang ketinggalan zaman.

Kebaikan dan Keburukan Teknologi Kepada Masyarakat

Dewasa ini, masyarakat kita semakin terdedah dengan kemajuan teknologi. Sebelum membincangkan mengenai kebaikan dan keburukan teknologi maklumat ini, amat baik sekali untuk kita ketahui maksud teknologi itu dahulu dan juga mengetahui mengapa ia amat berperanan penting dalam kehidupan manusia sekarang. Teknologi maklumat pada masa ini bukan sahaja melibatkan penggunaan komputer sahaja, malah ia digunakan secara meluas dalam proses komunikasi dan juga proses menyelesaikan masalah dalam tugasan.

Penggunaan teknologi dalam lapangan pekerjaan adalah sebagai pembantu yang dapat mengubah masyarakat untuk menjadi masyarakat yang lebih bermaklumat. Jika pada masa dahulu, kerja yang dilakukan atau dibuat adalah secara manual dan ini memerlukan fizikal dan tenaga manusia yang banyak. Dengan wujudnya teknologi yang canggih, semua kerja dapat disempurnakan dengan baik dengan bantuan teknologi. Contohnya, semua kerja dapat disiapkan hanya dengan satu klik sahaj pada tetikus (mouse).

Penggunaan teknologi dalam pekerjaan ini boleh membantu untuk menjimatkan masa kerana proses perniagaan dapat dilakukan dalam beberapa minit sahaja, malah ianya dapat dikemaskini dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Aspek kehidupan harian bermula dari perniagaan sehingga ke gaya hidup masyarakat mula berubah dengan adanya kemajuan teknologi.

Alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet, bukan sahaja menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat sekarang, malah ianya merupakan keperluan penting dalam kehidupan. Kesan teknologi dalam masyarakat dapat dilihat dalam alam pekerjaan dengan jelas sekali. Kebaikan teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, keberkesanan dari sudut kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan baru. Dalam aspek globalisasi, bukan perhubungan yang rapat di dunia sahaja yang ditunjukkan, malah ia dilihat sebagai memberi peluang kepada ekonomi-ekonomi di dunia untuk menjadi satu sistem yang saling bergantungan antara satu sama lain.

Halangan dan sekatan sempadan dapat dikurangkan dengan penggunaan teknologi ini kerana perkongsian maklumat dapat dilakukan secara tepat dan efisien. Dengan bantuan teknologi, dunia kini dibangunkan dalam Global Village yang mana negara-negara kurang kemajuan dan negara-negara maju yang mempunyai perbezaan jarak dan bahasa perantaraan dapat berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain.

Dengan bantuan teknologi, aspek komunikasi pula telah menjadi lebih murah, cept dan efisien. Proses komunikasi antara kita boleh dilakukan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menghantar teks mesej atau e-mail. Komunikasi secara terus dari bahagian-bahagian yang berbeza di seluruh duna juga dapat dibuat dengan teknologi. Selain itu, dalam alam pekerjaan, teknologi ini digunakan melalui video conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus dari negara-negara lain untuk turut serta dalam mesyuarat.

Bagi aspek keberkesanan kos, dengan teknologi maklumat, semua proses perniagaan dikomputerkan dan perniagaan ini akan mendapat pulangan yang tinggi dengan penggunaan mesin-mesin yang berteknologi. Dalam masa yang sama, peningkatan produktiviti akan memberi keuntungan pada perniagaan. Teknologi maklumat ini juga membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu masyarakat yang berbeza budaya untuk berkomunikasi dan saling bertukar idea dan pandangan dalam meningkatkan kesedaran dan mengurangkan prejudis.

Selain itu, kebaikan teknologi maklumat ialah ia dapat meluangkan lebih masa. Ini kerana ia memberi peluang bagi perniagaan untuk beroperasi selama 7 hari dan 24 jam di seluruh dunia. Penggunaan teknologi ini membenarkan sesuatu perniagaan untuk dibuka pada bila-bila masa, di mana-mana dan membuat pembelian dari negara yang berbeza serta mudah dan selesa. Perkhidmatan penghantaran terus ke muka pintu juga dapat dinikmati masyarakat dengan kemajuan teknologi dalam perniagaan ini.

Teknologi ini juga telah menyebabkan wujudnya beberapa peluang pekerjaan yang baru dan menarik. Antaranya ialahComputer Programmers,System Analyzers, Hardware andSoftware Developersdan Web Designer.

Walau banyak kebaikan teknologi ini dalam kepuasan semua, tetapi terdapat juga keburukan yang terselindung di sebaliknya. Keburukan teknologi yang boleh disebut ialah hak persendirian, budaya dominasi, kekurangan dalam keselamatan pekerjaan dan isu pengangguran.

Dalam aspek hak persendirian, kewujudan teknologi ini menjadikan proses komunikasi menjadi lebih cepat, lebih mudah, dan lebih selesa. Tetapi, ia juga menimbulkan isu hak persendirian (privacy). Dalam kemajuan dunia sekarang, masyarakat risau apabila maklumat peribadi didedahkan menjadi maklumat awam. Perkara ini terjadi kerana kemajuan teknologi membolehkan data-data peribadi yang disimpan dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.

Dunia ini telah menjadi Global Village dalam teknologi, tetapi ia juga menyebabkan berlakunya dominasi budaya yang dipandang sebagai kelemahan atau keburukan yang paling dahsyat. Umpamanya dalam isu yang hangat diperkatakan ialah pengaruh budaya US di Malaysia yang mana telah menjadi ikutan remaja kini. Gelagat, cara pemakaian dan mengikut gaya budaya barat telah menjadi ikutan kebanyakan remaja dewasa ini.

Selain itu, Bahasa Inggeris merupakan bahasa primer yang digunakan dalam komunikasi perniagaan juga dalam aspek lain seperti pembelajaran. Untuk isu pengangguran, secara tidak langsung teknologi telah menyebabkan peningkatan pengangguran. Ini adalah kesan dari downsizing dan outsourcing. Pengganguran berlaku kerana pekerja mahir dan separa mahir yang kebanyakannya kehilangan pekerjaan. Perkara ini berlaku kerana pekerjaan yang mereka lakukan telah diganti dengan penggunaan peralatan pemesinan yang canggih.

Konklusinya, teknologi bukan sahaja membawa kebaikan kepada semua pihak, malah tanpa disedari ia juga membawa impak yang besar dalam kehidupan masyarakat kini.

Secara kolektif, setiap masyarakat dan budaya memiliki pengetahuan yang unik dan bertindak dengan cara yang berbeza apabila berhadapan dengan keperluan yang sama serta dalam menghasilkan berbagai bentuk penyelesaian. Budaya sesebuah masyarakat mempengaruhi cara penggunaan, pembinaan dan penguasaan terhadap teknologi bagi memenuhi keperluan serta keinginan mereka. Perubahan dalam corak kegiatan ekonomi dan persekitaran memerlukan masyarakat menyesuaikan diri dengan teknologi baru dari masa ke semasa dengan menyerap nilai-nilai baru yang sesuai bagi memajukan diri mereka. Proses ini dikenali sebagai pembudayaan teknologi yang merujuk kepada satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Pembudayaan teknologi melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi

Budaya teknologi adalah berkaitan dengan soal persepsi, kepercayaan dan nilai yang disemai dalam sesebuah masyarakat dalam penggunaan teknologi. Pembudayaan teknologi merupakan satu proses penyesuaian dalam cara pemikiran, tindakan serta amalan bagi menangani perubahan teknologi serta persekitaran yang berlaku dalam sesebuah masyarakat. Proses ini melibatkan peralihan minda kepada cara pemikiran serta sikap dan perlakuan yang mendorong kepada penguasaan kemahiran serta pengetahuan baru dalam bidang teknologi. Kajian-kajian lampau banyak membuktikan bahawa terdapat perkaitan positif antara budaya dengan perwatakan diri, gelagat organisasi, penguasaan ilmu, penguasaan IT, kemampuan inovasi, perlakuan yang berdaya saing dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Kemajuan teknologi sesebuah bangsa ditunjangi oleh amalan serta nilai-nilai yang membentuk budaya teknologi bangsa berkenaan. Budaya ilmu dan pembelajaran, amalan penyelidikan serta inovasi perlu disemai dan diterapkan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan pencapaian dalam bidang teknologi untuk kekal berdaya saing.

Budaya berserta struktur ekonomi dan politik sesebuah negara turut mempengaruhi keupayaan untuk mendorong dan menyokong inovasi. Dunphy dan Herbig (1994) menyenaraikan lima halangan kepada inovasi dalam masyarakat seperti berikut:-

1. struktur masyarakat itu sendiri dan keadaan institusi perniagaan, politik dan pendidikan;

2. sistem ganjaran masyarakat berkenaan atau kekurangannya;

3. sikap dan konsep di kalangan tenaga kerja dan falsafah mereka yang terlibat dalam memberi sumbangan tenaga mereka kepada pengeluaran dan inovasi;

4. kuasa-kuasa politik yang mempengaruhi keseluruhan ekonomi;

5. piawai-piawai, jika ada, yang berasaskan kepada produk daripada jangkaan-jangkaan prestasinya (Dunphy and Herbig, 1994: 52).

Dalam bidang industri, Jepun mempunyai ideologi kebangsaan yang mengutamakan pembaikan diri dalam meningkatkan kualiti dan kecekapan yang lebih baik. Ideologi ini menjadikan Jepun berada jauh ke hadapan dalam mengeluarkan barangan berkualiti. Barang keluaran Jepun jarang sekali rosak atau cacat kerana syarikat-syarikat Jepun telah menanam sifat menganggap masalah seperti itu sebagai sesuatu yang memalukan dan mencerminkan ketidakjujuran syarikat. Tabiat kebangsaan inilah yang menyokong ketinggian mutu barangan Jepun. Penekanan terhadap kualiti sebagai teras budaya menjadikan barangan keluaran Jepun terus berdaya saing di pasaran antara bangsa. Teknologi Jepun mendapat nama baik kerana mengeluarkan barangan bermutu dengan kos yang rendah.

Bagi negara Amerika Syarikat yang mengalami pertembungan budaya, kemajuan yang dicapainya adalah melalui kepandaiannya menggunakan tenaga manusia dan pengetahuan daripada semua negara Eropah. Kejayaannya adalah hasil daripada cantuman manusia dan pengetahuan dan daripada perhubungan kedua-duanya kepada perniagaan (Masanori, 1985: 156). Pada umumnya, orang-orang Amerika telah menggunakan sains dan teknologi sebaik mungkin bagi mendapatkan keuntungan dari segi penggunaan dan kewangan. Ini terbukti dengan hasil-hasil ciptaan seperti telefon oleh Alexander Graham Bell dan kapal terbang oleh Wright Bersaudara. Inovasi Amerika berkembang pesat sepanjang abad ke 19 dari berbentuk amatur berubah kepada aktiviti profesional. Banyak syarikat-syarikat besar membina makmal-makmal mereka sendiri seperti General Electric,Penggunaan Teknologi Dalam Kehidupan SeharianSeperti yang kita semua tahu, teknologi memainkan peranan yang besar dalam kehidupan harian masyarakat dan membawa manfaat kepada kita. Ada yang menggunakan teknologi sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran, ada yang menggunakan sebagai medium untuk perniagaan dan ada segelintir juga yang menggunakan sebagai perantara komunikasi. Walau apa pun kegunaan ataupun fungsi teknologi, tetapi masih terdapat keburukan dalam penggunaan teknologi masa kita. Antara contoh penyalahgunaan yang sering kita hadapi adalah laman web lucah, pornografi, plagiat, jenayah kolar biru dan lain-lain. Teknologi seharusnya digunakan untuk kebaikan, tetapi jika disalahgunakan ia boleh membawa keburukan.Jika masalah ini tidak dipantau, makin berleluasalah penyalahgunaan teknologi.

KESAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru boleh mendapatkan maklumat dengan lebih cepat melalui internet serta menyampaikan kepada pelajar dengan lebih berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik apabila guru menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar seperti penggunaan powerpoint, flash, video. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.

2. Mewujudkan suasana yang menyeronokkan.

Guru dapat mempelbagaikan pengajaran dengan menggunakan ICT serta memperoleh maklumat dengan cepat dan berkesan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Guru dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan menggunakan ICT yang akan menarik minat pelajar untuk melibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan aktif daripada pelajar akan mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan pelajar akan lebih minat untuk belajar.

3. Dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya. Proses pengajaran yang melibatkan ICT secara tidak langsung akan melibatkan guru dan pelajar menggunakan ICT. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kemahiran guru dan pelajar dalam penggunaan teknologi. Guru dan pelajar akan mempelajari sesuatu yang baru dan akan berusaha untuk menerokai ICT supaya mereka tidak ketinggalan.

4.Dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Guru boleh menggunakan ICT untuk menghasilkan bahan pengajaran yang menarik mengikut minat pelajar. Jadi, guru dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dengan bantuan ICT. Contohnya, guru boleh menggunakan video untuk pelajar yang lebih suka kepada gambaran. Oleh itu, guru dapat menarik minat pelajar dan pelajar akan lebih fokus kepada pengajaran guru kerana minat. Jadi, guru akan memberi peluang yang sama kepada semua murid dengan menggunakan ICT dan diaplikasikan mengikut kehendak murid atau kebohupayaan seseorang murid itu.