kertas_kerja_sukaneka_rakyat.doc

11
PROGRAM SUKANEKA RAKYAT DAN MAJLIS PELANCARAN KOSPEN PAUH LIMA Tema: ‘TERKENANG SEMASA DULU… HATIKU BERTAMBAH RINDU...’ Disediakan oleh :

Upload: syam

Post on 12-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

PROGRAM SUKANEKA RAKYATDAN

MAJLIS PELANCARAN KOSPEN PAUH LIMA

Tema:

‘TERKENANG SEMASA DULU…HATIKU BERTAMBAH RINDU...’

Disediakan oleh :

1.0 PENDAHULUAN

Page 2: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

Inisiatif “Komuniti Sihat, Perkasa Negara” (KOSPEN) adalah satu inisiatif kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Idea bagi inisiatif ini telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam pada bulan Julai 2013. Inisiatf ini adalah untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam penjagaan kendiri bagi mengurangkan beban penyakit tidak berjangkit (atau penyakit NCD) di Malaysia, dengan menggunakan mekanisma kerajaan di peringkat akar umbi. YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah secara dasarnya turut bersetuju dan menyokong cadangan kolaborasi bersama ini.

Memandangkan KEMAS banyak menjalankan program-program yang melibatkan masyakarat serta hubungan rapat dengan komuniti, maka KEMAS telah menjadi agensi pilihan sebagai rakan kongsi strategic kepada KKM bagi menjalinkan kerjasama dalam usaha untuk menerapkan gaya hidup sihat di dalam masyarakat Malaysia. Perlaksanaan inisiatif ini berkonsepkan holding hands di mana KKM memberi panduan teknikal kepada pegawai KEMAS dan juga Sukarelawan yang akan melaksanakan aktiviti di komuniti manakala KEMAS dan Sukarelawan di komuniti yang dilatih akan memainkan peranan sebagai agent of change bagi membentuk amalan sihat di kalangan masyarakat.

Penyakit NCD yang utama yang perlu diberikan perhatian dan berkongsi faktor risiko yang sama adalah diabetes, penyakit kardiovaskular (termasuk hipertensi, penyakit jantung dan strok), kanser dan penyakit respiratori kronik.

2.0 Objektif-objektif utama KOSPEN adalah: 2.1 Membentuk komuniti sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan

gaya hidup sihat seiring dengan peningkatan potensi diri, pemantapan tahap sosio-ekonomi serta pembangunan yang mapan;

2.2 Mendekatkan dan meluaskan capaian program komuniti bagi membentuk komuniti sihat bebas dari penyakit NCD yang merupakan beban utama negara masa kini;

2.3 Menambah nilai program dan aktiviti-aktiviti di bawah KEMAS melalui penerapan elemen pendidikan asas pencegahan dan prosedur mudah pengesanan faktor risiko penyakit NCD; dan

2.4 Mewujudkan sekumpulan sukarelawan kesihatan terlatih di kalangan ahli komuniti.

2

Page 3: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

3.0 PERINCIAN AKTIVITI

3.1 Tarikh, masa dan tempat

Program ini akan dijalankan seperti butiran berikut :

Tarikh : 16 hingga 17 Oktober 2015 Masa : 8.00 pagiTempat : Perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan Pulai Chondong

3.2 Penglibatan

Program ini melibatkan semua penduduk di Kampung Pangkal Gong, Kampung Pauh Lima, Kampung Bukit, Kampung Panggong, Kampung Peradong dan Kampung Kelubi.

3.3 Acara permainan yang dipertandingkan (Perincian bagi setiap acara permainan boleh rujuk di lampiran A)

3.3.1 Mengambil coklat dalam tepung3.3.2 Bawa bola ping pong dengan menggunakan sudu3.3.3 Memancing botol3.3.4 Meniup belon sehingga pecah3.3.5 Mengisi air dalam botol menggunakan span3.3.6 Boling Padang3.3.7 Futsal3.3.8 Futsal kain sarung

3.4 Format permainan

3.4.1 Pelajar akan dipecahkan kepada 4 kumpulan dengan 8 ahli bagi setiap kumpulan dan setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang ketua yang akan dilantik oleh ahli kumpulan tersebut semasa pembentukan kumpulan pada masa pendaftaran.

3.4.2 Para ahli yang tidak dapat hadir bagi menjalankan aktiviti tersebut dikehendaki mengemukakan surat rasmi dengan menyatakan sebab-sebab yang munasabah. Sekiranya tiada, ahli tersebut akan dikenakan denda dan kumpulannya akan kehilangan markah sebanyak 5 point bagi setiap ahli yang tidak hadir.

3.4.3 Setiap kumpulan akan terlebih dahulu diberikan markah sebanyak 50 point bagi setiap kumpulan.

3

Page 4: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

3.4.4 Taklimat mengenai acara permainan akan diberikan oleh ahli jawatankuasa penganjur sebelum acara dimulakan dengan penerangan susunatur permaianan yang akan dimainkan serta format pemarkahan yang diberikan untuk setiap acara. Bagi setiap acara yang akan dimulakan, penerangan dan tatacara tentang acara tersebut akan diberikan terlebih dahulu oleh pihak penganjur.

3.4.5 Perlaksanaan untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan dinyatakan seperti berikut:-

Acara Aktiviti

1. Mengambil coklat dalam

tepung

Para peserta dikehendaki untuk mengambil coklat yang diletakkan di dalam tepung dengan menggunakan mulut. Peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item diletakkan). Peserta yang berjaya memperolehi item yang diminta dengan masa yang terpantas dikira pemenang.

2. Bawa telur menggunakan

sudu

Para peserta dikehendaki untuk membawa telur dengan menggunakan sudu dan sudu tersebut perlu diletakkan dimulut oleh setiap peserta. Peserta yang gagal dalam lariannya dikehendaki untuk mengulanginya semula di garisan mula. Peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item diletakkan). Peserta yang berjaya adalah dikira berdasarkan masa yang terpantas.

3. Memancing botol

Para peserta dikehendaki untuk memancing botol dengan menggunakan pancing yang direka khas oleh pihak penganjur. Peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item diletakkan) secara bergilir-gilir dengan peserta yang lain. Pemenang dikira berdasarkan masa terpantas oleh setiap peserta.

4. Meniup belon sehingga

pecah

Acara ini dimulakan secara serentak untuk ke semua peserta (individu). Peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item diletakkan). Peserta yang berjaya meniup belon sehingga pecah dengan masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

5. Mengisi air dalam botol

menggunakan

Para peserta dikehendaki untuk mengisi air dalam botol dengan menggunakan span. Setiap peserta dibekalkan span dan satu baldi air. Tindakan ini perlu

4

Page 5: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

span dilakukan secara bergilir-gilir. Peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item diletakkan). Peserta yang berjaya mengisi air dalam botol sehingga penuh dan dengan masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

6. Lari dalam guni

Acara ini dilakukan secara berkumpulan iaitu setiap kumpulan akan dipecahkan kepada dua kumpulan kecil utama. Setiap peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (ke kumpulan kecil ke-2). Larian ini dilakukan secara bergilir-gilir. Peserta yang berjaya melakukannya dalam masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

7. Tarik guni Acara ini dilakukan secara berpasangan di dalam setiap kumpulan peserta. Peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item diletakkan). Peserta pertama akan menarik pasangannya iaitu pasangan kedua sehingga ke garisan B dan sebaliknya apabila sampai di garisan tersebut peserta kedua pula akan memainkan peranannya. Peserta yang berjaya melakukannya dalam masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

8. Lari menggunakan

terompah tempurung

(kasut emas)

Acara ini juga dilakukan secara berkumpulan iaitu setiap kumpulan akan dipecahkan kepada dua kumpulan kecil utama. Setiap peserta dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (ke kumpulan kecil ke-2). Larian ini dilakukan secara bergilir-gilir. Peserta yang berjaya melakukannya dalam masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

9. Belah buah kelapa

Acara ini hanya memerlukan wakil bagi setiap kumpulan peserta. Hanya empat orang wakil diperlukan untuk mengupas buah kelapa sehinggalah ia dibelahkan. Parang dibekalkan kepada setiap peserta. Peserta yang berjaya melakukannya dalam masa yang terpantas dikira sebagai pemenang dan mewakili kumpulan masing-masing.

10. ‘Musical chair’

Acara ini memerlukan dua orang wakil bagi setiap kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Peserta akan bertanding secara berasingan di antara lelaki dan perempuan. Muzik (lagu) akan dimainkan oleh pihak penganjur dan peserta dikehendaki untuk berebut untuk mendapatkan kerusi yang diletakkan apabila muzik diberhentikan. Peserta yang berjaya mendapatkan kerusi dalam masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

11. Makan epal

Acara ini memerlukan kerjasama bagi setiap kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Peserta akan bertanding secara berasingan di antara lelaki dan

5

Page 6: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

perempuan. Peserta dikehendaki untuk makan epal yang digantung sehingga habis. Peserta yang berjaya memakan epal sehingga habis dalam masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.

12. Pakaian beragam

Acara ini merupakan acara kemuncak permainan. Setiap kumpulan dikehendaki memilih seorang peserta untuk dijadikan model. Peserta tersebut perlu ditutupkan rupanya dengan menggunakan surat khabar yang dibekalkan. Ahli kumpulan yang lain perlu bekerjasama dan kreatif dalam usaha untuk membentuk model-model mereka agar tidak nampak rupa diri yang sebenar. Setiap kumpulan hanya dibekalkan ‘salotep’ dan surat khabar sahaja. Kumpulan peserta yang berjaya membentuk model mereka dalam tempoh masa yang diberikan dikira sebagai pemenang.

3.4.6 Markah maksimum yang akan diperolehi oleh setiap kumpulan adalah sebanyak 94 mata (50 mata bonus + 44 mata acara permainan).

4.5 Rekabentuk gelanggang permainan (rujuk lampiran B)

4.6 Hadiah

Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap kumpulan dengan mengambilkira tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat. Terdapat juga hadiah bagi peraduan ‘Teka Gula-gula’. Semua peserta program boleh meneka bilangan gula-gula yang terkandung di dalam sebuah bekas khas yang diletakkan di khemah urusetia.

4.7 Makanan/Minuman

Semasa acara dijalankan air minuman disediakan dan diletakkan di khemah urusetia. Makanan serta minuman akan diberikan selepas sahaja selesai semua acara dipertandingkan iaitu pada majlis penutupan program.

4.8 Keselamatan

Pihak penganjur akan menyediakan peti kecemasan (First Aid Kit) sewaktu program sedang berlangsung. Penganjur juga menyediakan kenderaan sekiranya berlaku kecemasan/kecederaan.

4.9 Pakaian

6

Page 7: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

Para peserta diingatkan agar memakai pakaian yang sesuai bagi menjalankan aktiviti ‘Sukaneka Rakyat’ ini. Penggunaan/pemakaian selipar, barangan kemas dan telefon bimbit adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN BIDANG TUGAS

4.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat Program : En. Mahmad Amir Bin Radzali

Pengarah Program : En. Ahmad Yusri Bin Mohamad

Timbalan Pengarah : Pn. Fauziah Bt. Aziz

Setiausaha : En. Haziri Bin Husain

Bendahari : Cik Faizatul Hafilah Bt. Abdul Halim

AJK Logistik : En. Charles Muling

AJK Cenderahati : Pn. Azmanirah Bt. Abdul Rahman

AJK Tugas Khas : Pn. Aina Haslinda Bt. AnuarCik Halida Bt. Harun

4.2 Bidang Tugas AJK

4.2.1 Pengarah Program

5.2.1.1 Memantau setiap AJK menjalankan tugas dan memastikan program berjalan dengan lancar.

5.2.1.2 Berurusan dengan pihak pengurusan untuk kelulusan kertas kerja dan pelaksanaan program.

4.2.2 Timbalan Pengarah Program

4.2.2.1 Membantu Pengarah Program menjalankan tugas seperti 5.2.1.1 dan 5.2.1.2

4.2.3 Setiausaha

7

Page 8: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

4.2.3.1 Menyediakan minit mesyuarat.4.2.3.2 Menyediakan urusan surat-menyurat rasmi.4.2.3.3 Menyediakan kertas kerja.

4.2.4 Bendahari

4.2.4.1 Menyediakan anggaran belanjawan program.4.2.4.2 Mengumpul dan memegang kutipan yuran program.4.2.4.3 Bertanggungjawab ke atas perbelanjaan program.4.2.4.4 Memantau prestasi kewangan.

4.2.5 AJK Logistik

4.2.5.1 Menyediakan segala peralatan yang diperlukan.4.2.5.2 Mengatur dan menyediakan gelanggang untuk

pertandingan acara.4.2.5.3 Membekalkan makanan dan minuman kepada peserta.

4.2.6 AJK Cenderahati

4.2.6.1 Menyediakan hadiah untuk setiap pemenang.4.2.6.2 Bertindak sebagai urusetia program.4.2.6.3 Memastikan perjalanan acara program berjalan dengan

baik seperti yang dirancangkan.

4.2.7 AJK Tugas Khas

4.2.7.1 Memberi taklimat dan penerangan bagi setiap acara yang akan dimulakan.

4.2.7.2 Menyediakan format pertandingan dan pemenang.4.2.7.3 Bersedia jika berlaku kecemasan sewaktu menjalankan

acara.4.2.7.4 Menyediakan kenderaan sekiranya berlaku kecemasan.

5.0 TENTATIF PROGRAM

8

Page 9: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

Tarikh Masa Aktiviti Tempat

11 Julai 2002 (Khamis)

2.00 ptg

2.15 ptg

2.20 ptg

2.40 ptg

2.45 ptg

3.00 ptg

5.45 ptg

5.50 ptg

6.15 ptg

Semua peserta berkumpul dan pendaftaran

Bacaan doa selamat

Ucapan aluan dan perasmian oleh penasihat program

Ucapan pengarah program

Taklimat acara permainan

Acara permainan ‘Sukaneka Rakyat’ dimulakan (perincian bagi setiap acara permainan boleh rujuk di lampiran A)

Acara permainan tamat

Majlis penutup program- Ucapan penutup program - Penyampaian hadiah

kepada peserta program

Bersurai

Padang Rugby Politeknik Parit

Raja

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

9

Page 10: Kertas_Kerja_Sukaneka_Rakyat.doc

Pendapatan

Kutipan yuran peserta RM 8 @ 36 orang RM 288.00

(-) Perbelanjaan

Peralatan permainan RM 92.00Makanan & minuman RM 96.00Hadiah (peserta dan penasihat) RM 90.00Belanja pentadbiran RM 10.00

Jumlah RM 288.00 RM 288.00

Lebihan/Kurangan RM 0.00========

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar segala objektif dan tujuan yang telah dirancang dalam kertas kerja ini dapat dicapai dengan jayanya. Sehubungan itu, kami amat berharap agar kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................ ...............................................HAZIRI BIN HUSAIN AHMAD YUSRI B. MOHDSetiausaha PengarahProgram ‘Sukaneka Rakyat’ Program ‘Sukaneka Rakyat’Biro Permainan Biro Permainan

10