kertas kerja2013
DESCRIPTION
BIG PPGTRANSCRIPT
PROGRAM GOTONG-ROYONG AL-QIFAYAH DAN PENGURUSAN JENAZAHPROGRAM GOTONG-ROYONG AL-QIFAYAH DAN PENGURUSAN JENAZAH2013
KERTAS KERJA
PROGRAM GOTONG-ROYONG AL-QIFAYAH DAN PENGURUSAN JENAZAH 2013
1.0 Pendahuluan
Sekolah akan mengadakan program gotong-royong dan pengurusan jenazah 2013. Murid bersama-sama guru akan membersihkan kawasan masjid serta memulihara tanah perkuburan dan mempertingkatkan kebersihan serta keceriaan kawasan masjid Jeneri. Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam. Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi ianya adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman.
Dengan kesedaran inilah tenaga pendidik Sekolah Kebangsaan Jeneri mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada murid untuk mempelajari dan menginsafi perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Inilah Modal Insan yang cuba dibina oleh persatuan kami supaya menjadi agen pengembang, membina wasilah bangsa yang beriman lagi bertaqwa dan aura kendiri yang positif. Program ini diharapkan mendapat perhatian dari semua pihak untuk membantu dari segi pembiayaian dan kelancaran tentatifnya. Semoga Allah SWT memberikan perlindungan dengan Rahmat dan kasih Sayang-Nya di dunia dan di akhirat.
2.0 Visi
Membentuk Murid Melayu Islam Beriman Dan Bertaqwa Sebagai Aset Modal Insan Cemerlang Di Dunia dan Di Akhirat.
3.0 MottoINSPIRASI MURID BERIMAN & BERTAQWA TUNJANG NEGARA GEMILANG
4.0 Objektif
1. Merapatkan silaturrahim diantara guru, murid dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Al- Maarif, Jeneri.
2. Memberi peluang kepada murid murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum.
3. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan masjid agar lebih ceria dan menarik.
4. Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan fardu kifayah.
5. Memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara langsung kepada pelajar.
6. Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.
7. Memberi pendedahan awal kepada murid tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur tahyul dan mistik.
8. Menyemai semangat persaudaraan dan bertanggungjawab dikalangan murid dalam merancang bersama membangunkan perbadi.
5.0 Kumpulan Sasaran
123 orang murid berumur 12 tahun tahunenam
6.0 Rasional Menjayakan Program
1. Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah.
2. Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.
3. Menyedari kemajuan bukan sahaja diukur dengan kemampuan akademik, fizikal atau infrastruktur tetapi menitik beratkan faktor sahsiah dan sosio budaya masyarakat yang didokong oleh akhlak remaja / belia yang beriman dan bertqawa.
4. Menyuntik jatidiri untuk maju dan berdaya saing kepada murid bagi mewarisi bangsa yang kebal dari sebarang ancaman rohani atau jasmani.
5. Mendekatkan belia dengan golongan pemimpin supaya bakat atau tanggung-jawab itu meresap ke dalam diri belia untuk menjadi pemimpin yang berkarisma dan berketerampilan di masa akan datang.
6. Pelajar perlu diberi pendedahan secara praktikal tentang tuntutan fardu kifayah.
7. Pelajar perlu diberi pengalaman belajar sebagai langkah awal untuk melaksanakan tuntutan ini dalam keluarga dan masyarakat.
7.0 Justifikasi
Guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dan AJK Masjid Al-Maarif menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.
8.0 Lokasi Cadangan
Kawasan persekitaran Masjid Al-Maarif
9.0 Tarikh Perlaksanaan
17 September 2013 (selasa)
10.0 Struktur Organisasi
Penasihat : En. Mahadzir bin Ismail - Guru Besar
Pengerusi: Pn. Suhaiza bt Ahmad - (PKKK)
N.Pengerusi: En. Helmi bin Abu - (PKK)
Tn. Haji Bahari bin Ahmad - (PK HEM)
Setiausaha : Muhammad Ridzuan Shahlan bin Ismail
Naib Setiausaha: Aida Rozaini binti Ishak
Bendahari : En. Mohd Fizal bin Abd. Hamid
PenyelarasKerja: Pn. Nuraya bt Ibrahim
10.1 JAWATANKUASA KERJA
PENDAFTARAN SIARAYA
1. Pn. Norhaya bt Abd. Razak 1. En. Mohd Amir b. Mohd Yusuff
2. Pn.Fauziah bt Abd Razak 2. En. Zairi Zamahshari
3. Pn. Zaiziyanti bt Zainon 3. En. Mohd Raohan b. Abdul Rahman
4.Pn. Hasnah binti Hamzah 4. En. Nazamuddin b. Othman
KAWALAN MURID AJK PERSIAPAN PENTAS/DEWAN
1. En. Mohd Fizal b. Abd Hamid 1. Pn. Maryani bt Hassan
2. Pn. Nor Hafniza bt Zainol2. Pn. Norizan bt Baharom
3. En. Muhammad Lutfi b. Ali3. Pn. Mazziana bt Marzuki
4. Pn. Nor Hayati bt Kadir4. Pn. Rohana bt Ahmad
5. En. Shafini b. Idris 5. En. Mohd Sani b. Mat Saad
6. En. Yudhas b. Dulliyah6. En. Redzuan b. Rejab
7. Pn. Atiyah bt Nordin7. En. Nor Azizi b. Yunus
8. Pn. Manisah bt Hamzah8. En. Lamzi b.Saad
9. En. Rashid b. Kasmani9. Pn. Asrul Naain bt Yahya
10. En. Nazamuddin bin Othman
11. En. Rohizard b. Abd.Rahman
12. En. Asahan@Azahar b. Ismail
13. En. Abdul Halim b. Ahmad
BACAAN DOA
1. En. Muhamad b. Ramli
DOKUMENTASICENDERAHATI
1. Pn. Hasnah bt Hamzah1. Pn. Aida Rozaini bt Ishak
2. Cik Wan Hayati bt Hasan2. Pn. Nuraya bt Ibrahim
3. Pn. Norhayatulniza bt Yahaya3. Pn. Som Phop a/p Din Chye
BROSUR PERSEMBAHAN
1. Pn. Hafizah bt Basri1. Pn. Rasyihah bt Ibrahim
2. Nor Asma Md. Noh2. Pn. Nor Azirah bt Ibrahim
3. Nor Hasifah bt. Ramli3. Pn. Siti Ziubaijah bt Ahmad
4. En. Rusli b. Shahidun Ghani
JAMUANPENGACARA
1. Pn. Rosmawati bt Yusuf1. Pn. Nor Masni bt Malim
2. Pn. Asma bt Che Long
3. Pn. Harishon bt Shaari
4. Pn. Salmiah bt Salleh
5. Pn. Roslina bt Ahmad
6. Pn. Zalbedah bt Md. Diah
7. Pn. Suhaila bt Samsudin
11.0 Tentatif Program :
MASA
AKTIVITI
07.30 pagi
Pelajar berkumpul di Tapak Perhimpunan SK Jeneri.
07.40 pagi
Murid mula bergerak ke Masjid Al-Maarif.
08.00 pagi
Taklimat Gotong-royong dan pembahagian lokasi
08.15 pagi
Gotong-royong bermula
10:15 pagi
Berkemas/membersihkan alatan/diri
10.30 pagi
Rehat
11.00 pagi
Ceramah ringkas tuntutan menguruskan jenazah
11.30 pagi
Demostrasi pengurusan jenazah
12.30 tengahari
Murid berkumpul untuk bergerak ke sekolah
12.50 tengahari
Murid tiba di sekolah/pulang
12.0 ANGGARAN PESERTA:
AJK Masjid 8 orang
Murid sekolah 123 orang
Guru-guru 8 orang
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Baner: RM 60.00
2. Makan/ Minum: RM 250.00
3. Dokumentasi: RM 20.00
4. Cenderahati: RM 100.00
JUMLAH: RM 430.00
14.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan Masjid Al- Maarif dan SK Jeneri
15.0 Penutup
Program Gotong-royong dan pengurusan jenazah 2013 adalah salah satu aktiviti selepas UPSR 2013 diharap dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan serta bantuan dari pelbagai pihak terutama dari murid-murid, AJK masjid Al-Maarif, Panitia Pendidikan Islam dan guru-guru SK Jeneri. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan sekolah agar mencapai slogan "Sekolahku, rumahku". Diharapkan program ini dapat menarik minat para pelajar untuk meminati mata pelajaran Pendidikan Islam dan seterusnya dapat menanamkan cita-cita untuk belajar dan Berjaya.
Disediakan oleh;
(Muhammad Ridzuan Shahlan Bin Ismail)
Setiausaha,
Program Gotong-royong Al-Qifayah
dan Pengurusan Jenazah 2013
5