kertas kerja mr2012

39
PENGHARGAAN Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, bersyukur pada Allah SWT kerana dengan Rahmat dan Izinnya kajian ini dapat disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah kami Iaitu Encik Mohd Suhaimi Ahmad kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang banyak membantu kami dalam menyiapkan penyelidikan ini. Segala kerja sama dan sokongan yang diberikan akan dikenang sepanjang hayat. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak UKM dan masyarakat secara keseluruhannya. “TINGKATKAN KREATIVITI DAN INOVASI MELALUI PENYELIDIKAN”

Upload: adam-ryan

Post on 24-Jul-2015

324 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja MR2012

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah SWT kerana dengan Rahmat dan

Izinnya kajian ini dapat disiapkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada

Pensyarah kami Iaitu Encik Mohd Suhaimi Ahmad kerana memberi bimbingan

dan tunjuk ajar yang banyak membantu kami dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Segala kerja sama dan sokongan yang diberikan akan dikenang sepanjang

hayat.

Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini.

Semoga dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pihak

UKM dan masyarakat secara keseluruhannya.

“TINGKATKAN KREATIVITI DAN INOVASI MELALUI PENYELIDIKAN”

ABSTRAK

Page 2: Kertas Kerja MR2012

Kajian ini bertujuan mengkaji kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian

kereta di Malaysia. Kajian ini secara spesifikasinya merangkumi penggunaan

sumber sama ada secara langsung ataupun yang tidak langsung meliputi aspek

seperti sumber pembacaan, akses terus kepada community, sumber dari laman

web (internet), temuduga secara langsung dengan individu terpilih, perbualan

secara terus dengan individu yang melibatkan diri dalam bidang penjualan kereta

di Malaysia. Skop kerja kami lebih focus ke arah kawasan penempatan individu

yang tinggal atau menetap di sekitar Bangi. Seramai 30 orang pengguna lelaki

dan perempuan telah dipilih sebagai responden kajian yang terdiri daripada

Melayu, Cina dan India. Kaedah persampelan rawak mudah telah digunakan

untuk pemilihan sampel kajian. Objektif pertama Kajian ini adalah untuk mengkaji

gelagat pembelian kereta dan factor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kereta di

kalangan pengguna Malaysia. Di samping itu, kajian ini turut melihat perbezaan

faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan pembelian Kereta

di kalangan pengguna berdasarkan jantina, etnik, umur, taraf perkahwinan, taraf

pekerjaan dan tahap pendidikan. Kami telah menggunakan kaedah soal selidik

sebagai instrumen utama bagi mendapatkan data dalam kajian ini. Data yang

diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan,

analisis min dan sebagainya.

Dari analisis soal selidik ini dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu,

seperti Kekerapan, Cross Tab (Min, Media, Mod), Persatuan Test (Chi Square

dan Coliration), dan perbezaan ujian (T-Test dan Annova). Dengan

menggunakan kaedah ini kepada kajian untuk menentukan penyelesaian ke atas

objektif kajian kami pada pengiklanan mudah alih dalam Masyarakat. Komen

yang dibuat ke atas penemuan kajian analitikal dan mengetahui secara langsung

mengenai pengiklanan mudah alih di Malaysia dari data yang diberikan oleh

responden. Secara amnya, responden kajian ini mencerminkan jawapan kepada

objektif kajian kita. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor perfectionictic

(High Quality Conscious) merupakan faktor utama mempengaruhi keputusan

Page 3: Kertas Kerja MR2012

pengguna semasa membeli kereta. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tidak

terdapat perbezaan yang signifikan proses membuat keputusan dalam tingkah

laku membeli di antara lelaki dan perempuan. Manakala terdapat perbezaan

yang signifikan proses membuat keputusan dalam tingkah laku membeli

berdasar etnik, status perkahwinan, umur, tahap pendidikan dan taraf pekerjaan

di kalangan responden.

Page 4: Kertas Kerja MR2012

SENARAI KANDUNGAN

Page 5: Kertas Kerja MR2012

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

SENARAI KANDUNGAN v

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI LAMPIRAN x

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Pernyataan Masalah 2

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Hipotesis Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Skop Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 9

2.2 Definisi Konseptual dan Operasional 10

2.3 Proses Pembuatan Keputusan Pembelian 16

2.4 Kelakuan dan Perspektif Pengguna 20

2.5 Kajian Lepas Tingkah Laku Pengguna 22

2.6 Rumusan 25

Page 6: Kertas Kerja MR2012

vi

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Model Operasional Kajian 27

3.4 Lokasi Kajian 29

3.5 Subjek Kajian 29

3.6 Instrumen Kajian 30

3.7 Cara Menjalankan Kajian 31

3.8 Kaedah Analisis Data 31

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 33

4.2 Maklumat Diri Responden 33

4.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi Proses Membuat 40

Dalam Pembelian Barangan di kalangan Pengguna

4.4 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses 41

Pembuatan Keputusan Mengikut Jantina

4.5 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses 42

Pembuatan Keputusan Mengikut Etnik

4.6 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses 45

Pembuatan Keputusan Mengikut Umur

4.7 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses 47

Pembuatan Keputusan Mengikut Taraf Pendidikan

4.8 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses 48

Pembuatan Keputusan Mengikut Taraf Bekerja

4.9 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi Proses 50

Pembuatan Keputusan Mengikut Status Perkahwinan

Page 7: Kertas Kerja MR2012

vii

BAB V PERBINCANGAN, IMPLIKASI KAJIAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 53

5.2.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat 53

Keputusan pembelian barangan di kalangan

Pengguna

5.2.2 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya 55

Membuat keputusan pembelian barangan di kalangan

Pengguna berdasarkan jantina

5.2.3 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya 57

membuat keputusan pembelian barangan di kalangan

pengguna berdasarkan etnik

5.2.4 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya 59

membuat keputusan pembelian barangan di kalangan

pengguna Berdasarkan Umur.

5.2.5 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya 59

membuat keputusan pembelian barangan di kalangan

pengguna Berdasarkan taraf pendidikan.

5.2.6 Perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya 60

membuat Keputusan pembelian barangan di kalangan

pengguna Berdasarkan taraf pekerjaan.

5.2.7 Perbezaan Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya 60

Membuat keputusan pembelian barangan di kalangan

pengguna berdasarkan status perkahwinan

5.3 Implikasi dan Cadangan Kajian 60

5.4 Kesimpulan 62

RUJUKAN 63

LAMPIRAN 66

Page 8: Kertas Kerja MR2012

viii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jumlah Responden Kajian 29

4.1 Taburan Jantina Responden 33

4.2 Taburan Bangsa Responden 34

4.3 Taburan Umur Responden 35

4.4 Taburan Tahap Pendidikan Responden 35

4.5 Taburan Taraf Pekerjaan Responden 36

4.6 Taburan Tingkat Pendapatan Responden 37

4.7 Taburan Status Perkahwinan Responden 37

4.8 Taburan Tanggungan Keluarga Responden 38

4.9 Taburan Kekerapan Berbelanja Responden 38

4.10 Taburan Anggaran Perbelanjaan Sebulan Responden 39

4.11 Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya pembuatan 40

keputusan dalam proses pembelian di kalangan responden

4.12 Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian 41

Responden Berdasarkan Jantina

4.13 Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian 43

Responden Berdasarkan Etnik

4.14 Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian 45

Responden Berdasarkan Umur

4.15 Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian 47

Responden Berdasarkan Taraf Pendidikan

4.16 Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian 49

Responden Berdasarkan Jenis Pekerjaan

4.17 Perbezaan Gaya Pembuatan Keputusan Pembelian 51

Responden Berdasarkan Status Perkahwinan.

Page 9: Kertas Kerja MR2012

ix

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Perbandingan Proses Pembuatan Keputusan 17

dalam Kelakuan Pengguna

2.2 Proses Pembuatan Keputusan Pengguna 18

2.3 Model Asas Kelakuan Pengguna 21

2.4 Penglibatan Pengguna Dalam Pembuatan Keputusan 23

2.5 Model Gelagat Pengguna Allport 25

3.2 Kerangka Operasional Gaya Pembuatan Keputusan Pengguna 27

Page 10: Kertas Kerja MR2012

x

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Soal Selidik 66

Page 11: Kertas Kerja MR2012

PENGENALAN

1.1. PENDAHULUAN

Dalam era globalisasi ini, masyarakat mengalami arus perubahan yang

semakin hari semakin kompleks sama ada dari segi sosio-ekonomi mahupun

dari aspek sosio-budaya. Perubahan ini membawa kepada satu perubahan

gaya hidup kesan daripada perkembangan teknologi yang menjadikan

pasaran di sesebuah negara semakin kompleks dari sehari ke sehari.

Kesannya, individu dalam sesebuah masyarakat mendapati semakin

sukar untuk membuat pilihan atau keputusan dalam pembelian kereta.

Pelbagai pilihan kereta yang diberi kepada pengguna yang ditawarkan oleh

pengedar kereta sehingga pengguna tidak dapat membezakan antara pilihan

yang terbaik untuk mereka.

Tindakbalas seseorang terhadap perubahan pada harga, iklan dan

kaedah pemasaran melibatkan aspek perubahan citarasa pengguna.

Seseorang itu dikenali sebagai pengguna apabila ia telah membuat

keputusan untuk membeli kereta.

Para pengguna memainkan peranan yang penting dalam pembangunan

ekonomi negara. Para pengguna secara langsung berbelanja untuk memulihkan

Page 12: Kertas Kerja MR2012

2

ekonomi negara kita. Ini tidak pula bermakna pengguna harus

berbelanja dan membeli barang sewenang-wenangnya. Justeru, pengguna

harus mengamalkan kebijaksanaan dalam membuat perbelanjaan untuk beli

kereta. Pengguna juga akan membuat keputusan dan pertimbangan sebelum

memilih kereta.

Berdasarkan definisi tentang pengguna dan tingkahlakunya, maka

dapat disimpulkan bahawa pengguna adalah terdiri daripada manusia sendiri,

tidak kira siapa, yang mempunyai keupayaan, kerelaan untuk menggunakan

kereta. Dalam kajian ini, pengguna adalah sesiapa sahaja asalkan

mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri dan dengan pendapatan

tersebut, mereka dapat membuat keputusan memilih dengan baik dengan

menggunakan kuasa beli masing-masing berbanding dengan pengguna yang

terpaksa bergantung kepada sumber kewangan dari orang lain untuk

membuat pembelian.

Pernyataan Masalah

Kajian ini menumpukan perhatian kepada faktor-faktor yang

mempengaruhi proses membuat keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan

pengguna di Malaysia. Dalam aspek psikologi, pengguna amat menitikberatkan

kepuasan mereka dari segi pemilihan kereta. Semasa proses membuat

keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna terdapat banyak faktor yang

akan mempengaruhinya.

Proses pemilihan adalah salah satu tatacara dalam melakukan aktiviti

pembelian dengan membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain untuk

Page 13: Kertas Kerja MR2012

3

membuat keputusan. Pemilihan beretika bermakna keputusan sukarela yang

diambil di antara dua alternatif yang dilabelkan sebagai baik dan buruk.

Ahli-ahli psikologi telah mengatakan bahawa salah satu pembolehubah

yang kuat dalam menentukan kekuatan sesuatu kebiasaan ialah jumlah

peneguhan yang diterima oleh seseorang individu (Berkman dan Gilson, 1981).

Mengikut Hukum Kesan Thorndike, apabila sesuatu perkara diikuti dengan

keadaan puas hati, kekuatannya akan bertambah dan kemungkinan perkara itu

diulangi adalah besar. Sebaliknya apabila sesuatu perkara itu diiringi oleh

keadaan yang tidak memberangsangkan kekuatannya akan menurun dan lemah.

Sesuatu organisma cenderung untuk mengulangi sesuatu yang pernah

memuaskan hatinya (Berkman dan Gilson, 1981). Hukum ini dapat dikaitkan

dengan kebiasaan membeli kereta. Apabila jenama kereta yang pertama kali

dibeli dapat memuaskan hati pengguna maka kemungkinan atau kebarangkalian

barang itu dipilih semula adalah besar.

Dalam kurun ke-dua puluh, satu gejala yang sedang berkembang ialah

penekanan kepada pembelian mengikut jenama. Kini, sebahagian besar iklan

barangan pengguna direkabentuk untuk mengukuhkan nama sesuatu keluaran

(Deci et.al.,1972). Oleh itu, kesedaran tentang sesuatu jenama atau model

kereta boleh mempengaruhi pemilihan kereta pengguna. Burke (1973)

memahami jenama sebagai satu nama yang jelas yang mengidentifikasikan

product atau kereta pengeluar.

Hasty dan Will (1977) pula memberikan pengertian yang lebih komprehensif lagi.

Bagi mereka jenama ialah simbol, istilah, tanda, nama atau kombinasi

kesemuanya yang bertujuan untuk mengenalpasti barangan yang dihasilkan oleh

pengeluar. Jenama boleh berupa apa sahaja kecuali pembungkusan atau bentuk

keluaran tersebut.

Model tingkahlaku pengguna oleh Engel et. al., (1978) sendiri meletakkan

faktor jenama ini khusus dalam peringkat penilaian keluaran jenama. Ini

Page 14: Kertas Kerja MR2012

menunjukkan betapa pentingnya jenama sebagai faktor yang terlibat dalam

Page 15: Kertas Kerja MR2012

proses pemilihan yang bertitiktolak dari kepercayaan dan sikap pengguna.

Dalam kajian tersebut kesedaran jenama merujuk kepada sejauhmana

pengguna begitu prihatin dengan jenama kereta yang dipilih. Maklumat pula

boleh mempengaruhi pengguna seperti halnya maklumat dari iklan, TV dan

suratkhabar, keluarga atau kenalan. Jelasnya ia adalah sebarang bentuk

penerangan samada secara audio, visual, atau lisan.

Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba melihat faktor-faktor yang

mempengaruhi pemilihan kereta dan perbezaannya berdasarkan faktor jantina,

etnik, taraf pendidikan, umur, taraf pekerjaan dan status perkahwinan.

Berdasarkan latar belakang masalah di atas, kajian ini dijalankan untuk

menjawab dua persoalan utama seperti berikut:

i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan

dalam memilih kereta di kalangan pengguna?

ii. Adakah terdapat perbezaan gaya membuat keputusan dalam memilih

kereta berdasarkan faktor-faktor demografi iaitu etnik, umur, tahap

pendidikan, taraf pekerjaan dan status perkahwinan?

Objektif Kajian

Berdasarkan dua persoalan di atas beberapa objektif kajian ini adalah

seperti berikut:

i. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat

keputusan dalam pembelian kereta di Malaysia.

ii. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat

keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan

jantina.

Page 16: Kertas Kerja MR2012

5

iii. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat

keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan etnik.

iv. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat

keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan tahap

pendidikan.

v. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat

keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan umur.

vi. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat

keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan jenis

pekerjaan.

vii. Melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat

keputusan pembelian kereta di kalangan pengguna berdasarkan

status perkahwinan.

Hipotesis Kajian

Hipotesis-hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Hipotesis 1:

Terdapat perbezaan yang signifikan

segi gaya membuat keputusan dalam

pengguna.

antara lelaki dan perempuan dari

pemilihan kereta di kalangan

Page 17: Kertas Kerja MR2012

6

Hipotesis 2:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara etnik Melayu, Cina dan India dari segi

gaya pembuatan keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna.

Hipotesis 3:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara status perkahwinan dari segi gaya

pembuatan keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna.

Hipotesis 4:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pendidikan dari segi gaya

pembuatan keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna.

Hipotesis 5:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis pekerjaan dari segi gaya

pembuatan keputusan dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna.

Hipotesis 6:

Terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dari segi gaya pembuatan keputusan

dalam pemilihan kereta di kalangan pengguna

17

Page 18: Kertas Kerja MR2012

PENJENAMAAN KERETA

Penjenamaan kereta dibuat berdasarkan kepada pilihan syarikat pengeluar kereta

tersebut seperti syarikat kereta Honda, Toyota, Proton, Perodua dan sebagainya.

Merujuk kepada perkara tersebut, syarikat pengeluar itu sendiri yang akan meletakkan

jenama kereta masing yang dilihat berkemampuan untuk mempengaruhi segmen dalam

pasaran automobil di Malaysia pada hari ini. Sebagai contoh, Honda mempunyai kereta

yang dikeluarkan atas nama seperti Honda City, Accord, CRV dan lain-lain. Begitu juga

dengan syarikat pengeluar kereta lain-lain di Negara ini.

MAKLUMAT PEROLEHAN SEBELUM PEMBELIAN

Seperti yang sedia maklum, kebanyakkan pelanggan yang berpotensi akan mengumpul

data maklumat sesuatu kereta yang diminati atau dikehendaki dan akan

membandingkan antara satu sama lain yang mana lebih berkelayakan sebelum individu

tersebut membuat keputusan pembelian. Antara maklumat yang akan dicari oleh

pelanggan adalah seperti maklumat tentang harga, keupayaan, kepuasan yang akan

diperolehi, warna, reka bentuk, jenama, model kereta tersebut dan lain-lain.

TEORI MEMBUAT KEPUTUSAN

Kebanyakan individu yang berpotensi untuk membeli kereta akan cuba teori membuat

keputusan dengan menekankan kaedah alternatif yang mungkin dipertimbangkan itu

antara paling baik dan berkesan sebelum membuat keputusan.

PRODUK MASA HADAPAN

18

Page 19: Kertas Kerja MR2012

Individu juga akan menilai aspek produk untuk masa hadapan sama ada kereta sedia

ada yang dimiliki itu bersesuaian lagi untuk 5 atau 10 tahun akan datang dari tahun

semasa. Individu juga akan menilai harga kereta tersebut pada masa hadapan di mana

kebanyakan kereta akan jatuh nilai perolehan asalnya kepada nilai perolehan semasa.

Hal yang demikian kerana kereta mempunyai pengiraan spesifik dari segi kadar susut

nilai tahunan dan lain-lain.

Individu yang mampu dan mahu memiliki produk masa hadapan akan menilai sesuatu

produk masa hadapan adalah lebih baik dari sedia ada sama ada dari segi variasi,

teknologi dan sebagainya.

PEMILIHAN PRODUK KERETA

Seperti yang sedia maklum, individu akan memilih produk kereta tersebut berdasarkan

sama ada dari segi harga, jaminan, peningkatan pencapaian, nilai dan harga, faktor

ekonomi, kemampuan kewangan, warna, saiz dan lain-lain.

MODEL DAN SALURAN PEMASARAN

Di dalam penyediaan kertas kerja ini saluran pemasaran yang digunakan meliputi

harga, promosi dan pembahagian beserta harga bagi kajian tersebut.

SEBAB PEMBELIAN KERETA

Kertas kerja ini juga akan menekan sebab individu membeli kereta sama ada kerana

minat atau keperluan dan sebagainya. Ia penting kerana ia akan mampu mengkaji

alasan yang munasabah.

KAJIAN MENGENAI GELAGAT PENGGUNA

19

Page 20: Kertas Kerja MR2012

Kajian terhadap gelagat pengguna turut mempengaruhi pemilihan dan keputusan

individu terhadap pembelian kereta sama ada meliputi tempat, kekerapan, bilangan

kereta, kelajuan kereta dan sebagainya.

KAJIAN LITERATUR

Pengenalan Terhadap Pemasaran Kereta Di Malaysia

Salah satu strategi pemasaran terbaik yang syarikat atau organisasi boleh lakukan

adalah dengan menghantar pesanan dan maklumat kepada umum melalui hebahan

media masa sedia ada sebagai salah satu medium atau kaedah untuk menjual kereta

kepada pelanggan.Pemasaran adalah selalu dilihat, didengar, dan dipandang sama ada

melalui televisyen, radio, computer dan kini saluran untuk mempromosi telah makin

berkembang dengan cepat di dalam ekonomi Negara pada hari ini. Malahan yang

terbaru pada hari ini adalah kaedah pemasaran secara terus melalui telefon bimbit yang

memudahkan individu mendapat maklumat dengan lebih cepat kepada pelanggan.

Dengan meningkatnya penggunaan dan pemilikan kenderaan di Malaysia dari saban

tahun ke tahun dan penambahbaikan fasiliti terhadap pengeluaran kereta dijangka

meningkatkan lagi kelebihan kepada pengguna untuk memilih kereta yang paling

diminati dan diperlukan.

Menurut kepada kajian data dari Bank Negara Malaysia meramalkan bahawa jumlah

penjualan kenderaan di Malaysia akan terus meningkat kerana dasar kewangan sedia

ada yang menawarkan kadar faedah yang tetap dan rendah dijangka merangsang

minat pembelian kereta oleh pengguna.

Berdasarkan perkara tersebut, kebanyakan syarikat pengeluaran kereta di Malaysia

akan mencari pelbagai kaedah untuk memenuhi kepuasan hati dan keperluan

pelanggan dengan menyediakan kemudahan teknologi kepada pusat servis kereta,

20

Page 21: Kertas Kerja MR2012

menjalinkan kerjasama yang erat di antara bahagian-bahagian dalam organisasi dan

pelaksanaan tugas yang padat dan mencabar.

LATARBELAKANG KERTAS KERJA

PELUANG PERMASALAHAN

Bidang pengeluaran kereta di Malaysia semakin berkembang dan permintaan

pengguna bagi memiliki kereta sendiri semakin hari semakin meningkat. Begitu juga

permintaan kereta yang tinggi menyumbang kepada kepesatan ekonomi dan industri ini

di Malaysia dengan banyak syarikat pengeluar kereta melabur dan mewujudkan kilang

mahupun pejabat hab masing-masing ini di negara kita.

Kajian juga akan dilaksanakan terhadap permasalahan dan halangan untuk membuat

pemilihan pembelian kereta di Malaysia sama ada dari segi sudut kewangan, minat,

rekabentuk dan lain-lain.

Kertas kerja ini adalah mengkaji kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian

kereta di Malaysia di mana bermula di tempat yang mempunyai keinginan dan peluang

pada masa hadapan. Kajian ini turut akan berusaha untuk memastikan ramai rakyat. Di

samping itu, ia bertujuan untuk membuka mata terhadap semua berkenaan dengan

pemilihan dan pemasaran sama ada mampu memberikan kelebihan atau keburukan.

DEFINISI MASALAH

Kajian ini menghuraikan apa yang diperlukan oleh pengguna sama ada dari segi

peluang yang boleh diperolehi dan kriteria dalam membuat keputusan membeli kereta

di Malaysia. Dengan adanya masalah dalam perkara ini, organisasi akan berusaha

mencari kaedah dan alternatif bagi memastikan individu yang berpotensi membeli

kereta membuat keputusan dengan lebih mudah. Di samping itu, ia mampu untuk

membantu organisasi mencari sebab dan alasan sekiranya gagal mencapai objektif

21

Page 22: Kertas Kerja MR2012

beserta kesan sekiranya berlaku pertambahan dan kekurangan pengeluaran kereta di

pasaran Malaysia yang bergantung kepada keputusan pengguna.

Di dalam definisi permasalahan ini turut menekan gejala-gejala di dalam produk dan

harga dalam jualan kereta di Malaysia terutamanya melibatkan faktor-faktor contohnya

kenaikan harga minyak akan mempengaruhi kelakuan pengguna untuk membeli kereta,

kenaikan kadar faedah atas pinjaman yang dikenakan bank dan sebagainya.

Soalan Kajian

i. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kelakuan pengguna terhadap

pemilihan pembelian kereta di Malaysia melalui sampel atau responden?

ii. Apakah motif yang mempengaruhi kelakuan pengguna terhadap pemilihan

pembelian kereta di Malaysia?

iii. Apakah sikap dan persepsi terhadap data statistik daripada pengeluaran

kereta di Malaysia?

iv. Apakah maklumat mengenai diri anda dan pengalaman anda semasa

memilih untuk membeli kereta di Malaysia?

Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang

mempengaruhi kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia.

Kajian ini mempunyai tiga bahagian yang merupakan sebahagian A, B, bahagian dan

C. sebahagian Dalam Bahagian A, kajian dilakukan untuk mengetahui motif maklumat

peribadi. Ini adalah untuk mengukur motif responden yang mempengaruhi semasa

pembelian kereta. Manakala Dalam Bahagian B, kajian itu adalah kira-kira dan kritiria

untuk membuat keputusan semasa membeli kereta yang bersesuaian. Dalam seksyen

ini, soal selidik untuk mengukur sikap dan persepsi responden terhadap pemilihan

untuk membeli kereta di Malaysia. Dalam Bahagian C, Bahagian ini adalah untuk

mengumpul maklumat mengenai terperinci responden (kriteria penduduk) dan

22

Page 23: Kertas Kerja MR2012

pengalaman responden dalam pemilihan pembelian kereta. Responden kriteria yang

seperti jantina, kumpulan umur, tahap pendidikan, status perkahwinan, pendapatan isi

rumah sebelum cukai, etnik, dan lain-lain.

OBJEKTIF PENYELIDIKAN

a) Untuk mengkaji keberkesanan terhadap kelakuan pengguna untuk memilih

membeli kereta di Malaysia.

b) Untuk mengenal pasti saluran dan kriteria yang diperlukan bagi membuat

keputusan membeli kereta.

c) Untuk mengenalpasti maklumbalas dari maklumat pemasaran kereta di

Malaysia.

d) Untuk mengenal pasti syarikat-syarikat pengeluar model kereta yang lebih

diminati dan mempengaruhi pengguna di Malaysia.

e) Untuk mengkaji kepentingan kereta di dalam urusan harian pengguna di

Malaysia.

f) Kita boleh mengenal pasti dan mengesan kepincangan dan kelemahan dalam

pemasaran kereta berkenaan dengan hasil produk atau model kereta oleh

syarikat-syarikat pengeluar kereta.

g) Untuk mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi

kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta melalui sampel atau

responden.

h) Untuk mengukur motif yang mempengaruhi kelakuan pengguna dan juga sikap

dan persepsi terhadap maklumat diperolehi semasa kajian dilaksanakan.

Manakala untuk mengukur maklumat mengenai diri, pengetahuan dan

pengalaman anda dalam bidang automotif kereta di Malaysia.

i) Memastikan maklumat yang dibekalkan hendaklah relevan, tidak berat sebelah,

tepat, dan mampu memberi penyelesaian terhadap masalah pemasaran.

23

Page 24: Kertas Kerja MR2012

LOKASI KAJIAN

Kajian ini dicadang untuk diadakan di lokasi sekitar kawasan Melaka

memandangkan persekitaran sedia ada yang sesuai dan relevan.

METHODOLOGI

i. Kajian itu dilakukan berdasarkan kuantiti bukan kualiti. Secara amnya, dalam

Bahagian A dan Bahagian B, soalan menggunakan Skala Likert. Responden

dikehendaki untuk menyatakan peringkat bersetuju atau tidak bersetuju dengan

setiap siri penyataan yang berkaitan dengan objek rangsangan. Skala Likert

sering digunakan dalam pemasaran. Ia adalah mudah untuk membina dan

mentadbir, ia adalah mudah untuk responden untuk melengkapkan, dan ia

adalah sesuai untuk pemilihan kriteria kereta dan peribadi data.

ii. Dalam bahagian C Soalan adalah tidak berstruktur. Soalan tidak berstruktur

adalah soalan terbuka di mana responden mempunyai kebebasan untuk

membalas dalam perkataan mereka sendiri dan bukannya terhad kepada

pemilihan salah satu alternatif sambutan. Ini paling sesuai digunakan sebagai

soalan pembukaan. Soalan yang berstruktur spesifikasi berbentuk alternatif

pilihan dan berformat. Ini akan membantu meningkatkan dan menambahbaik

kerjasama pihak kami dalam mendapatkan data kajian dengan lebih baik dan

mudah.

JANGKAAN KEPUTUSAN

Kami menjangkakan keputusan kajian yang mempengaruhi kelakuan pengguna

terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia boleh diperolehi dengan baik tertakluk

kepada budi bicara dan kriteria yang digunapakai oleh responden ketika kajian ini

dijalankan melibatkan empat puluh (40) sampel soalan kaji selidik.

24

Page 25: Kertas Kerja MR2012

JANGKAAN MASA

Kajian dan pengumpulan maklumat dari responden akan mengambil masa untuk

dilaksanakan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari.

Cadangan tempoh masa dikemukakan seperti berikut:-

MINGGU 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Pelaksanaan Mesyuarat

x

Pembentukan Kumpulan

x x

Fokus Kumpulan x x

Ringkasan Kualitatif

x

Reka Bendtuk Soal Selidik

x x

Komposisi Sampel x x

Lokasi Kajian x x x

Analisis x x

Pra Pembentangan x

Pembentangan Akhir

x

ANGGARAN PERBELANJAAN

Kajian kelakuan pengguna terhadap pemilihan pembelian kereta di Malaysia ini

dikecualikan daripada sebarang kos perbelanjaan.

25

Page 26: Kertas Kerja MR2012

HAD KAJIAN

Terdapat had perbatasan dalam melaksanakan kajian seperti di bawah:

i. Kurang kerjasama daripada orang ramai kerana tidak berminat untuk menjawab

soal selidik.

ii. Responden tidak menunjukkan keghairahan dan keperluan untuk menjawab soal

selidik.

iii. Ahli kumpulan tidak mempunyai masa untuk mendapatkan maklum balas

daripada responden yang komprehensif kerana kekurangan had masa kerana

kerja dan komitmen keluarga.

iv. Kajian ini dilakukan tertumpu di lokasi tertentu tanpa melakukan di kawasan yang

lebih luas.

v. Kurang kerjasama daripada ahli kumpulan untuk melakukan projek ini kerana

rumah ahli kumpulan adalah jauh daripada satu sama lain.

REKABENTUK KAJIAN

Pasaran yang berubah-ubah. Pesaing sedang diusahakan. Jangkaan pelanggan yang

semakin meningkat. Inovasi adalah lebih sukar untuk mencapai dan lebih sukar untuk

mengekalkan berbanding sebelum ini. Ekonomi global yang sentiasa berubah-ubah

memaksa organisasi untuk mencari jalan baru untuk bersaing. Penyelesaian SPSS

membantu syarikat-syarikat mencari dan melaksanakan sumber baru bagi kelebihan

daya saing melalui analisis ramalan. Inilah perjalanan Perusahaan ramalan.

SPSS, Syarikat IBM, adalah sebuah pembekal terkemuka global analisis perisian

ramalan dan penyelesaian. Pelanggan komersil, kerajaan dan akademik di seluruh

dunia bergantung pada SPSS teknologi sebagai kelebihan yang kompetitif dalam

menarik, mengekal dan meningkatkan pelanggan, di samping mengurangkan penipuan

dan mengurangkan risiko.

Perisian SPSS membantu organisasi meramalkan peristiwa masa hadapan dan proaktif

bertindak atas pandangan bahawa untuk memacu hasil perniagaan yang lebih baik.

26

Page 27: Kertas Kerja MR2012

Dengan menggabungkan SPSS Analytics ramalan ke dalam operasi harian mereka,

organisasi menjadi ramalan perusahaan boleh mengarah dan memuktamadkan

keputusan untuk memenuhi matlamat perniagaan dan mencapai kelebihan daya saing

yang boleh diukur.

PENUTUP

Sehubungan dengan itu, Cadangan Penyelidikan diangkat untuk pertimbangan dan

tindakan tuan selanjutnya. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului

dengan ucapan terima kasih.

27