kertas kerja mini olahraga maths
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS PEREMPUAN MELAYU,75400 DURIAN DAUN, MELAKA
TAJUK:
KERTAS KERJA MINI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2011
TEMPAT :
KOMPLEKS SUKAN PUTERI GUNUNG LEDANG,INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
TARIKH :
8 MAC 2011 (SELASA)
ANJURAN :
GURU PELATIH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN UNIT MATEMATIK JANUARI 2009 (SEMESTER 5)
DENGAN KERJASAMAUNIT KOKURIKULUM IPG KPM
1.0 PENGENALAN
Program Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) merupakan salah satu cabang yang
amat penting dalam bidang pendidikan. Kursus ini memberikan pengetahuan
tentang acara-acara dalam olahraga seperti acara lari pecut 100 meter, 200
meter, 4x100 meter, 400 meter dan 800 meter bagi acara balapan serta acara
lompat jauh dan lontar peluru bagi acara padang. Antara fokus perbincangan
kursus ini ialah pengelolaan Kejohanan Olahraga Mini/ Merentas desa/Mini
Marathon yang melibatkan penyediaan kertas kerja, pembentukan AJK
Pengelola, mesyuarat pelaksanaan, pelaksanaan projek dan Pasca Nilai.
Justeru, semua guru pelatih PISMP Matematik 2009 telah bersepakat untuk
menganjurkan Mini Kejohanan Balapan dan Padang 2011 dengan persetujuan
pensyarah penasihat unit kokurikulum kami iaitu En Azman Aziz dan pensyarah
penasihat yang lain. Penganjuran program ini bertujuan memberi peluang
kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari melalui kursus
Olahraga (WAJ 3112) terutamanya dalam menganjurkan program yang
memerlukan perancangan dan pengurusan yang sistematik. Diharapkan melalui
pelaksanaan program dan organisasi yang dibentuk secara tidak langsung akan
membantu guru pelatih dalam membina keperibadian, ketrampilan serta
mencungkil bakat kepimpinan yang boleh diaplikasikan pada masa akan datang.
2.0 RASIONAL
Mini Kejohanan Balapan dan Padang 2011 bukan sahaja merupakan medan
untuk mencungkil bakat guru pelatih dalam bidang sukan malah membantu guru
pelatih dalam aspek pengelolaan kejohanan yang dapat memberi ruang kepada
guru pelatih mengintegrasikan teori yang dipelajari dan pengalaman sebenar.
Selain itu, program ini juga dilihat dapat melahirkan guru pelatih yang bukan
sahaja memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan malah memenuhi
garid panduan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Guru.
Mini Kejohanan Balapan dan Padang 2011 juga berkait rapat dengan sukatan
pelajaran Olahraga (WAJ 3112). Sehubungan dengan itu, program ini membuka
peluang kepada guru pelatih untuk memantapkan pengetahuan dalam aspek
penyediaan kertas kerja, pembentukan AJK Pengelola, mesyuarat pelaksanaan,
pelaksanaan projek dan Pasca Nilai. Justeru, diharapkan melalui pelaksanaan
program ini guru pelatih dapat memupuk nilai-nilai murni yang dilihat melalui
aspek keperibadian, intelek dan jati dri serta kemahiran sosial untuk
dimanfaatkan sepenuhnya pada masa akan datang.
3.0 MATLAMAT
Mini Kejohanan Balapan dan Padang 2011 menyokong dasar pendidikan negara
yang menekankan pembangunan aspek-aspek JERIS iaitu jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial. Selain itu, program ini juga bermatlamat untuk
membentuk keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan bakal guru sebagai
pendedahan awal terhadap situasi sebenar yang akan mempengaruhi hala tuju
kehidupan guru pelatih dari aspek pengurusan, pentadbiran dan pengelolaan
aktiviti secara keseluruhan. Program ini turut memberi peluang kepada guru
pelatih dalam mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan pengalaman sebenar
yang mampu memberi impak positif kepada diri mereka.
4.0 OBJEKTIF
4.1Memenuhi sukatan pelajaran dan amali kursus Olahraga bagi guru
pelatih Semester 5. (Rujuk Lampiran)
4.2Memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar PISMP
Ambilan Januari 2009 untuk mengelolakan Mini Kejohanan Balapan
dan Padang 2011.
4.3Mendalami aspek pengelolaan program seperti peraturan, pengurusan
pertandingan dan cara pengadilan dalam acara balapan dan padang.
4.4Mengaplikasikan pengetahuan dalam pengurusan dan kepagawaian
yang telah dipelajari dalam kelas Olahraga.
4.5Menerapkan semangat kerjasama dan kesukanan di samping
mewujudkan persaingan secara sihat dalam kalangan guru pelatih.
4.6Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan
pihak-pihak tertentu dalam pelbagai situasi dan keadaan untuk
memastikan kelancaran program.
4.7Melahirkan guru pelatih yang aktif sepanjang berada di IPG dan
semasa berkhidmat kelak.
5.0 BUTIRAN PROGRAM
Nama Program: Mini Kejohanan Balapan dan Padang 2011
6.0 TARIKH
8 Mac 2011 (Selasa)
7.0 MASA
2.00 petang - 6.00 petang
8.0 LOKASI PROGRAM
Kompleks Sukan Puteri Gunung Ledang,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu.
9.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah 180 orang guru pelatih PISMP Semester 5.
10.0 ANJURAN
PISMP Ambilan Januari 2009 dengan kerjasama Unit Kokurikulum IPG Kampus
Perempuan Melayu.
11.0 KATEGORI AKTIVITI
Aktiviti 2.3 (Aktiviti Penyuburan Akademik dalam IPG KPM)
12.0 STATUS DALAM TAKWIM IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
Mini Kejohanan Balapan dan Padang 2011 ini termasuk dalam subjek “ GERKO
Olahraga, WAJ 3112 ” dan Takwim Unit Gerko IPG KPM 2011.
13.0 BILANGAN PEMOHONAN OLEH KUMPULAN YANG SAMA
Permohonan kali pertama bagi tahun 2011.
14.0 IMPLIKASI KEWANGAN DAN PERALATAN DIPERLUKAN
14.1 ANGGARAN KEWANGAN (TANGGUNGAN IPG KPM)
Bil Perbelanjaan Peruntukan/Orang (RM) Jumlah (RM)
1.0
MakananMinum Petang- Peserta dan pegawai
- Pensyarah dan VIP
RM2.50
RM3.00
RM2.50 x 207
orang
= RM517.50
RM 3 x 8 orang
=RM 24.00
JUMLAH RM541.50
2.0Hadiah
- Nombor 1 hingga 3
(Medal)
Acara Balapan:
100 m - RM5 x 3
4x100 m - RM5 x 12
800 m - RM5 x 3
Acara Padang:
Lontar Peluru - RM5 x 3
Lompat Jauh - RM5 x 3
RM30
RM15
RM60
RM15
RM15
RM 15
RM30
- Juara Keseluruhan
(Hamper)RM30
JUMLAH RM150.00
3.0 Alatan Tambahan- Kain Putih RM 3 x 5 meter RM15
JUMLAH KESELURUHAN RM706.50
14.2 PERALATAN YANG DIPERLUKAN DARI STOR PUSAT IPG KPM
Bil Keperluan Kuantiti
1 Tuala cenderahati IPG KPM 8 helai
2 Beg cenderahati IPG KPM 8 buah
3 Sijil Penghargaan 27 keping
4 Sijil Penyertaan 180 keping
5 Air Mineral 5 katun
6 Pin 1 kotak
7 Kain Rentang * 1 unit
8 Marker Pen (Hitam) 5 batang
9 Reben 1 gulung
10 Kertas A4 1 rim
11 Pita Pelekat 2 unit
* Hidup dan digunakan selamanya
14.3 PERALATAN YANG DIPERLUKAN DARI STOR KOKURIKULUM
Bil Keperluan Kuantiti
1 Blok permulaan 12 unit
2 Baton 8 unit
3 Jam randik 8 unit
4 Paper Holder (fail) 6 unit
5 Bendera 8 unit
6 Pelepas 2 unit
7 Papan putih (beroda) 1 unit
8 Peluru 5 unit
9 Pita Pengukur 3 unit
10 Perapi Pasir (penyodok pasir) 1 unit
11 Penyapu 1 unit
12 Payung besar 4 unit
15.0 JAWATANKUASA PENGENDALI PROGRAM
JAWATANKUASA INDUK
Penaung : Pengarah IPG KPM
Puan Hajah Noor Hayatee bt Md. Noor
Penasihat : 1) Timbalan Pengarah IPG KPM
Datin Siti Hanifah bt Madarsa
2) Ketua Jabatan Unit Kokurikulum
Encik Azman bin Aziz
3) Pensyarah GERKO Olahraga
En. Dzulkifli bin Ab Samad
En. Abu Bakar bin Miskon
Tn. Hj. Zakaria bin Amin
HBB
ZAS
JAWATANKUASA KERJA :
Pengerusi : Suzana Binti Haron
Naib Pengerusi : Nurliyana Binti Badruddin
Setiausaha : Nurul Shahirah Binti Sharifuddin
Naib Setiausaha : Nor Syahirah Binti Mohd Yusof
Bendahari : Nurul ‘Atiqah Binti Mohd Noh
AHLI JAWATANKUASA KECIL
a. AJK Istiadat Perasmian, Penutup : Marni Hasliza Binti Hassan
dan Sambutan Aqma Najihah Binti Aziz
b. AJK Peralatan : Nur Hafizah Binti Adnan
Nurlatifah Binti Abdullah
c. AJK Teknikal dan Pertandingan : Wan Norhana Binti Wan Talib
Nuranis Farhan Binti Amiruddin
d. AJK Jamuan dan Makanan : Fathiah Binti Mohd Noah
Nur Amalina Binti Ahmad
e. AJK Hadiah dan Cenderamata : Khatijah Binti Mhd Salleh
Siti Mai Sarah Binti Mohd Noor
f. AJK Publisiti dan Dokumentasi : Hartini Binti Ismail
Nur Aina Safiah Binti Mohd Hadzir
g. AJK Kebajikan dan Keselamatan : Amalina Binti Abdul Rafid
Nabilah Surayar Binti Azami
h. AJK Kebersihan : Nurul Akmaal Binti Nordin
Syahidah Binti Idris
i. AJK Tugas-tugas Khas : Nur Firdaus Binti Zamrunmunaim
15. 1 JUSTIFIKASI TUGAS
JAWATAN BIDANG TUGAS
Pengerusi Ketua pengurusan program.
Bertanggungjawab terhadap semua yang berkaitan
dengan program.
Mempengerusikan mesyuarat.
Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan yang diputuskan.
Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa.
Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh
penyelaras dari semasa ke semasa.
Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penyelaras dan pensyarah penasihat kejohanan dari
semasa ke semasa.
Naib Pengerusi
Membantu pengerusi program dalam melaksanakan
tugas yang diberi.
Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan
pengerusi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penyelaras dan pengerusi kejohanan dari semasa
ke semasa.
Setiausaha
Menyediakan kertas kerja program.
Menguruskan hal-hal surat menyurat.
Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat dan
laporan kegiatan aktiviti.
Menyimpan dokumen berkaitan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penyelaras dan pengerusi kejohanan dari semasa
ke semasa.
Naib Setiausaha Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas
yang diberi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penyelaras dan pengerusi kejohanan dari semasa
ke semasa.
Bendahari
Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
program.
Membuat dan menyimpan penyata kira-kira program
serta bertanggungjawab di atas kesahihannya.
Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta
di dalam mesyuarat.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
pensyarah penasihat dari masa ke semasa.
AJK Istiadat
Perasmian,
Penutup dan
Sambutan
Menyediakan juru acara perasmian.
Menentukan kedudukan ahli-ahli jawatankuasa
semasa istiadat sambutan.
Menyediakan dan menyematkan rozet.
Memastikan peserta mematuhi peraturan yang
ditetapkan dan berdisplin sepanjang kejohanan.
Menyusun aturcara istiadat perasmian.
Mengadakan raptai.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penyelaras dan pengerusi kejohanan dari semasa
ke semasa.
AJK Peralatan Membuat permohonan pinjaman peralatan yang
ditempah dari stor pusat.
Memastikan semua alatan selamat untuk
digunakan.
Memastikan peralatan mencukupi sebelum, semasa
dan selepas kejohanan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penyelaras dan pengerusi kejohanan dari semasa
ke semasa.
AJK Kebersihan
Memastikan kebersihan lokasi pertandingan
sebelum, semasa dan selepas kejohanan.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh penyelaras
dan pengerusi dari semasa ke semasa
AJK Teknikal &
Pertandingan
Mengenal pasti tempat kejohanan dan menyediakan
pelan lokasi kejohanan.
Memastikan balapan dan padang selamat serta
sesuai digunakan untuk kejohanan.
Menyediakan peraturan-peraturan pertandingan dan
mengedar jadual pertandingan
Mengumpul keputusan rasmi dan bertindak
memaklumkan kepada AJK Hadiah dan
Cenderamata.
Mengatur jadual tugas untuk pegawai-pegawai
kejohanan.
Memberi taklimat kepada pegawai kejohanan
(teknik, peraturan dan pemarkahan).
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penyelaras dan pengerusi kejohanan dari semasa
ke semasa.
AJK Jamuan dan
Makanan
Membuat tempahan makanan dan minuman kepada
VIP, pensyarah dan peserta program semasa hari
kejohanan.
Memastikan kuantiti makanan dan minuman selari
dengan jumlah peserta serta anggaran kewangan
yang direkodkan.
Menghidang dan menghias bilik jamuan VIP –
pastikan segala kelengkapan jamuan disediakan
seperti pinggang, piring, cawan, tisu.
Memastikan kebersihan peralatan dan makanan.
Mengemas, membasuh dan memulangkan perkakas
yang digunakan.
Menyediakan kupon minuman mengikut tarikh dan
tempat pertandingan dan menyerahkan kepada
bahagian-bahagian berkenaan.
Menghantar / menghidang minuman kepada
jemputan pegawai khas sekiranya tiada jamuan teh.
Menolong mengawal kebersihan.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penyelaras dan pengerusi kejohanan dari semasa
ke semasa.
AJK Hadiah dan
Cenderamata
Menyediakan hadiah dan cenderamata untuk VIP,
penyelaras dan peserta kejohanan.
Memastikan hadiah dan cenderamata yang
disediakan mencukupi berdasarkan acara
kejohanan.
Menyusun mengikut giliran penyampaiannya.
Membawa semua hadiah dan cendermata ke
tempat penyampaian hadiah.
Menyediakan tempat dan alatan bagi majlis
penyampaian hadiah (meja, alas meja, dulang dan
lain-lain alat yang diperlukan).
Mengiringi penyampai hadiah.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh penyelaras
dan pengerusi semasa ke semasa
AJK Publisiti dan
Dokumentasi
Menyediakan buku program pertandingan.
Mengedarkan kad-kad jemputan seminggu sebelum
kejohanan.
Menerima laporan daripada petugas-petugas
kejohanan
Membuat liputan dan catatan sepanjang kejohanan
untuk didokumentasikan.
Menyediakan sepanduk dan poster yang sesuai
dengan kejohanan yang diadakan.
Mempromosikan kejohanan yang akan berlangsung
kepada umum.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh penyelaras
dan pengerusi semasa ke semasa
AJK Kebajikan dan
Keselamatan
Menjaga keselamatan peserta sepanjang program.
Memastikan peti kecemasan mencukupi.
Mengurus pasukan bantu mula untuk bertugas
semasa hari kejohanan yang terdiri daripada ahli-
ahli BSMM.
Membantu memberi rawatan ketika kecemasan.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh penyelaras
dan pengerusi dari semasa ke semasa .
AJK Tugas-tugas
Khas
Menyediakan jadual tugas, mencatat/ melapor
setiap acara yang dipertandingkan.
Menyediakan dan melangkapkan borang penilaian
aktiviti semasa kejohanan.
Menyediakan Juri Rayuan.
Menjalankan tugas seperti diminta oleh pegawai
misalnya dalam hal protokol dan cenderamata.
Menjalankan tugas yang diarahkan oleh penyelaras
dan pengerusi dari semasa ke semasa
16.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
2.00 petang Peserta kejohanan berkumpul di Kompleks Sukan Puteri
Gunung Ledang.
2.05 petang Pendaftaran peserta dan taklimat oleh pegawai bertugas.
2.15 petang Aktiviti pemanasan badan dan kecergasan fizikal.
2.25 petang Bacaan doa
2.30 petang Ketibaan dan perasmian kejohanan oleh Puan Pengarah
IPG KPM
3.00 petang Acara mini kejohanan balapan dan padang bermula
Acara Balapan: 100m, 4x 100m, 800m
Acara Padang: lontar peluru, lompat jauh
5.00 petang Majlis Perasmian Penutup
- Ucapan dari Penyelaras Gerko PISMP Semester 5
- Penyampaian hadiah dan cenderahati
6.00 petang Jamuan makan dan bersurai
17.0 ACARA
Dalam Mini Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang 2011, antara
acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut:
Acara Balapan :
100m, 4x 100m , 800m
Acara Padang :
lontar peluru , lompat jauh
18.0 SISTEM ACARA
18.1 PERATURAN PERTANDINGAN OLAHRAGA
ACARA BALAPAN:
Larian Pecut 100 m, 4 x 100 m dan 800 m (umum)
Pelari yang didapati bersalah kerana menghalang laluan larian
peserta lain, akan dibatalkan penyertaan. Dalam kes ini, acara
larian akan dilakukan semula atas budi bicara pengadil.
Pelari tidak dibenarkan untuk berlari di kawasan lengkungan dalam
trek.
Pemantau teknikal akan memantau perlumbaan pada peringkat
saringan, suku akhir dan separuh akhir.
Panjang dan lebar trek larian perlu mengikut piawaian IAAF;
International Association of Athletic Federation.
Mana-mana pelari yang false start akan diberi amaran sekali.
Apabila pelari berkenaan melakukan kesalahan kedua, dia akan
dibatalkan penyertaan.
Kiraan masa dihitung menggunakan alatan yang diperakukan.
Sebarang mata tidak akan diberikan kepada pelari yang gagal
untuk menghabiskan perlumbaan.
Jika perlumbaan melibatkan lebih daripada 10 peserta, saringan
akan dilakukan. Peserta yang teratas dalam senarai perlumbaan
saringan akan bertemu pada pusingan yang seterusnya.
ACARA PADANG:
a) Lompat Jauh
Setiap peserta dibenarkan membuat sama ada tiga (3) atau enam
(6) lompatan, berdasarkan keputusan yang telah dibuat.
Lompatan terbaik, iaitu yang paling jauh di antara tiga atau enam
lompatan tersebut, akan dikira sebagai pencapaian terbaik
seseorang peserta.
Setiap peserta dikehendaki membuat lompatan pada papan
lompatan yang disediakan di tempat melompat. Bagaimanapun
peserta dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke
papan lonjak iaitu kaki lonjak tidak semestinya menyentuh tepat di
atas papan lompatan.
Lompatan akan dikira batal atau gagal jika seseorang pelompat
melakukan perkara-perkara berikut:-
1)Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan lompatan
melepasi tanda yang dibenarkan.
2) Semasa mendarat, seluruh badan pelompat berada di luar
kawasan mendarat (kawasan pasir).
3) Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan, tetapi
pada kebiasaannya, jarak antara 15 hingga 40 meter digunakan.
4) Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di
kawasan mendarat. Ukuran dibuat mengikut jarak antara papan
melompat dengan kawasasn pendaratan, iaitu pada sudut tegak
daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh pelompat di
dalam kawasan mendarat.
Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang,
kecuali kasut berpaku (spike).
Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil akan
mengawasi sesuatu lompatan, iaitu seorang mengawasi papan
lompatan, seorang menentukan tempat mendarat dan seorang lagi
pencatat.
b) Lontar peluru
Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja.
Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan
lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher atau pipi
dan tangan pula tidak boleh direndahkan daripada paras ini semasa
hendak melontar. Peluru tidak boleh dibawa ke belakang garis
bahu.
Teknik balik kuang sisi tidak dibenarkan.
Pembinaan papan tersebut hendaklah berwarna putih , diperbuat
daripada kayu atau bahan lain yang sesuai berbentuk lengkok
supaya sisi sebelah dalamnya sepadan dengan bahagian dalam
lengkok bulatan. Ia diletakkan di tengah-tengah antara kedua-dua
garisan sektor dan dibuat supaya terletak dengan kukuh.
Ukuran papan tersebut ialah 11.2sm hingga 30sm lebar, 1.15 (+-
1sm) panjang dan 10sm (+- 2mm) tinggi daripada paras dalam
bulatan.
Peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan lain
yang tidak lembut daripada tembaga yang padu, atau kelonsong
diperbuat daripada bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan
plumbum atau bahan lain. Ia hendaklah berbentuk sfera yang
permukaan rata dan licin.
18.2 SUSUN ATUR PROGRAM
Borang pemarkahan (Rujuk Lampiran 1)
Susun atur acara (Rujuk Lampiran 2)
18.3 PEGAWAI PETUGAS (KETUA)
Acara Petugas
100 m Izzatul Basirah Binti Abd Talib
4 x 100 m Nur Zahidah Bte Said
800 m Nor Izzati Binti Muhammed Asri
Lompat Jauh Farhana Binti Abu Bakar
Lontar Peluru Nor Diyana Binti Mohd Azan
18. 4 SKOP TUGASAN
Tugas Tugas yang perlu dilakukan
Pengerusi Majlis
(Nurul ‘Atiqah Binti Mohd Noh)
Mempengerusikan majlis Mini Kejohanan Balapan dan Padang
Ketua Pegawai Petugas
Memastikan kelancaran setiap acara. Memastikan pemarkahan dijalankan dengan
adil
Pencatat Masa Mencatat masa bagi sepuluh pemenang
pertama
Runner(Amalina Abdul Rafid & Nabilah Surayar Azami)
Memantau lokasi acara Mini Kejohanan Balapan dan Padang
Memastikan kelancaran kejohanan
BORANG SEMAKAN, RALAT DAN SOKONGAN KETUA JABATAN
Penyediaan Kertas Cadangan Aktiviti
Nama : Nurul Shahirah Binti SharifuddinUnit : PISMP Matematik 2009
Tandatangan :Tarikh :
________________________________________________________________
Semakan oleh Pensyarah Penasihat / Pengurus Program:
Nama : Encik Azman bin AzizJabatan : Unit KokurikulumUlasan :
Tandatangan :
Tarikh :
________________________________________________________________
Semakan dan Sokongan Ketua Jabatan
Nama : Encik Azman bin AzizJabatan : Unit KokurikulumUlasan :
Tandatangan :
Tarikh :
19.0 PENUTUP
Kesimpulannya diharapkan agar program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan. Jutaan terima
kasih didahulukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam melaksanakan Mini Kejohanan Balapan dan
Padang 2011 atas kerjasama kalian.