kertas kerja membaca pantas

Upload: miszjamal

Post on 14-Oct-2015

95 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Membaca Pantas

TRANSCRIPT

PROGRAM KELAS PEMULIHAN 2007

SK TERUSAN SUGUT

BELURAN

KERTAS KERJA

PROGRAM MEMBACA PANTASPEMULIHAN KHAS 3M

2010

DISEDIAKAN OLEH:

JAMALIAH BINTI MARIPATGURU PEMULIHAN

PROGRAM KELAS PEMULIHAN 2010A. Pengenalan

Program Pemulihan mengutamakan prinsip menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka terkebelakang menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui program pemulihan, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah akan dikenal pasti dan dipenuhi.

B. Konsep

Program pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas dalam menulis, membaca dan mengira (3M)

C. Matlamat

Program pertandingan Membaca PantasD. Objektif

Diharapkan setelah mengikuti program Membaca Pantas ini murid boleh:

Menambahkan minat yang mendalam untuk meluaskan bacaan. Menambahkan keyakinan pelajar terhadap tahap penguasaan 3M mereka setelah mengikuti Kelas Pemulihan. Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.E. Kumpulan Sasaran

Pelajar Darjah 2 sehingga Darjah 6 yang telah mengikuti kelas Pemulihan Khas dan telah berjaya menguasai 3M.

F. Strategi Pelaksanaan

i. Guru pemulihan mendapatkan sejumlah pelajar yang lemah 3M untuk dimasukkan ke kelas pemulihan dengan kerjasama pencalonan: Guru kelas, ibu bapa dan pihak pentadbir.

ii. Penentuan penempatan pelajar berdasarkan keputusan ujian diagnostik.

iii. Perancangan dan perlaksanaan pengajaran & pembelajaran berdasarkan tahap penguasaan pelajariv. Ujian penilaian dibuat dari masa ke semasa

v. Pengembalian pelajar ke kelas biasa

vi. Menyediakan modul/ bahan bacaan berdasarkan pencapaian sebenar pelajar.

G. Sasaran dan Penilaian

i. Januari Mac 2010 (3 bulan)

30% daripada jumlah pelajar boleh membaca dengan lancar.ii. Mac Ogos 2010 (6 bulan)75% daripada jumlah asal pelajar boleh membaca dengan lancar.

iii. Ogos November 2010 (4 bulan)100% daripada jumlah asal pelajar boleh membaca dengan lancar.H. Tarikh/Tempoh

Program Pemulihan ini bermula pada Januari 2010 dan berakhir pada bulan November 2010.I. Tempat

Kelas Pemulihan 3MJ. Ahli Jawatankuasa

Pengerusi

Guru Besar

Tim. Pengerusi

Penolong Kanan 1

Setiausaha

Guru Pemulihan

Ajk

Semua Guru Kelas (Kelas yang terlibat)

Semua Guru Matapelajaran BM

Penyelaras Pusat SumberK. Penutup

Berjaya dan tidaknya program Pendidikan Pemulihan bukan hanya bergantung kepada guru pemulihan tetapi perlu sokongan dan kerjasama semua pihak terutama dari pihak pengurusan sekolah, guru-guru terlibat dan ibu bapa pelajar.