kertas kerja lsb kuching

Download Kertas Kerja LSB Kuching

If you can't read please download the document

Upload: adele-kammi

Post on 05-Jul-2015

307 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

aa1

123


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KUCHING 2011SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINTULU

Anjuran : Kelab Pelancongan SMK BINTULU

1.0 PENDAHULUAN Papatah Melayu ada mengatakan bahawa Jauh Perjalanan Luas Pemandangan yang membawa maksud minda dan hati kita akan lebih terbuka apabila kita keluar dan meneroka tempat baru.Apabila para pelajar melawat ke sesuatu tempat yang diluar kehidupan biasa mereka, para pelajar mempunyai perspektif baru tentang dunia sekeliling mereka dan membantu mereka untuk menghargai kehidupan mereka. Lawatan sambil belajar merupakan suatu aktiviti yang dapat merangsang minda dan menggilap kemahiran sosial para pelajar.Melalui aktiviti lawatan sambil ini,para pelajar didedahkan dengan suasana dan persekitaran baru serta pengetahuan tentang suatu masyarakat khususnya tentang kebudayaan dan sejarah masyarakat tersebut.Para pelajar juga dapat mempelajari kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan,bekerjasama di dalam satu kumpulan,berdisiplin,menepati dan menghargai masa. Justeru itu,Kelab Pelancongan mengambil inisiatif untuk menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Kuching 2011 sebagai suatu aktiviti bagi para pelajar untuk menambah pengetahuan dan mengasah kemahiran sosial serta soft skill mereka. Lawatan Sambil ke Kuching bertujuan bagi mendedahkan dan menambahkan pengetahuan para pelajar tentang budaya dan sejarah masyarakat Sarawak serta mengasah kemahiran sosial mereka. 2.0 RASIONAL Para pelajar dapat membuka minda dan menambahkan pengetahuan tentang kebudayaan dan sejarah masyarakat khususnya masyarakat di Sarawak.Lawatan ini dilihat sebagai medan bagi para pelajar bagi menhargai keunikan kepelbagaian kaum,mempelajari kebudayaan dan sejarah serta menambahkan kemahiran sosial mereka. 3.0 MATLAMAT Melahirkan para pelajar yang berilmu dan berketrampilan di dalam kehidupan serta menghargai dan memelihara khazanah Negara sepanjang generasi. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Melalui Lawatan Sambil Belajar ini,para pelajar dapat: 4.1.1 Mencambahkan ilmu pengetahuan tentang kebudayaan dan sejarah masyarakat Sarawak

4.1.2 Mengilap kemahiran sosial para pelajar seperti komunikasi,menepati masa,bekerjasama dalam pasukan dan membina disiplin diri 4.1.3. Memberi peluang para pelajar untuk meneroka pengalaman baru dan menghargai serta Memelihara khazanah Negara 5.0 KUMPULAN SASARAN Ahli-ahli Kelab Pelancongan Sekolah Menengah Kebangsaan Bintulu Sesi 2011/2012 6.0 BUTIRAN LAWATAN Tarikh : 27 -29 Mei 2011 (Jumaat-Ahad) Masa : Tempat : Kuching Sarawak 7.0 JAWATANKUASA PENGELOLA Pengerusi : En.Ananthan a/l Subramaniam Pengetua Kanan Timbalan Pengerusi 1: En.Abu Othman bin Ross Penolong Kanan 1 Timbalan Pengerusi 2: En. Chin Kee Sin Penolong Kanan HEM Timbalan Pengerusi 3: En.Wan Ishak Wan Ahmad Penolong Kanan Kokurikulum Penyelaras Setiausaha Bendahari : Pn.Nik Azlizan binti Nik Tauran : Cik Nur Adeleena binti Kamarbashrudin : Cik Nurul Fitriyyah

Ahli Jawatankuasa: Pn.Nursiah Pn.Wong Tze Ding

Jawatankuasa Kecil Ketua Rombongan JK Pendaftaran : Pn.Nik Azlizan binti Nik Tauran : Pn.Wong Tze Ding

JK Keselamatan dan Kebajikan : Pn.Nursiah JK Penginapan dan Pengangkutan : Cik Nurul Fitriyyah : Cik Nur Adeleena binti Kamarbashrudin 8.0 PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA Bil 1 Jawatankuasa Ketua Rombongan 1. 2. 3. 4. 5. 2 Pendaftaran Senarai Tugas Menguruskan permohonan lawatan sambil belajar Menyediakan kertas kerja Mengadakan mesyuarat JK Merancang dan menyelaras segala tugas supaya berjalan dengan lancar Memberi taklimat kepada guru pengiring dan para peserta Tindakan

1. Membekal maklumat dan no. Telefon para peserta 2. Menyediakan senarai kehadiran para peserta dan guru pengiring 3. Membuat analisa kehadiran peserta dan guru pengiring 4. Mengumpul dan menyimpan Biodata Peserta dan Borang Kebenaran Ibu bapa 5. Menyediakan senarai kehadiran para peserta dan guru pengiring yang sebenar dan lengkap selepas pendaftaran 1. Menyediakan peti kecemasan 2. Menghantar para peserta yang sakit ke klinik /hospital 3. Memastikan keselamatan para peserta 4. Menyediakan senarai kehadiran untuk setiap lawatan 1. Mengatur senarai penginapan para peserta dan guru pengiring 2. Memastikan para peserta dan guru pengiring mendapatkan/ memulangkan kunci bilik 3. Menguruskan makan minum para peserta dan guru pengiring 4. Menguruskan pengangkutan para peserta dan guru pengiring 5. Menyediakan jadual pengangkutan sepanjang program 6. Memastikan pengangkutan disediakan sepanjang program

3

Keselamatan dan kebajikan

4.

Penginapan dan Pengangkutan

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Perkara Penginapan Pelajar Pengangkutan bas Makan Minum Pelajar First Aid Mineral Water JUMLAH Kos x Unit RM 30x2x25 RM 500 x 3 hari x 1 bas RM 15x3x25 RM 50x 2 RM 30x 5 Jumlah Perbelanjaan RM 1500 RM 1500 RM 1125 RM 100 RM 150 RM 4375

10. SUMBER KEWANGAN 10.1 Peruntukan Unit Kokurikulum 10.2 Sumbangan Peribadi 10.3 Kutipan pelajar

11.0 ATUR CARA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUCHING

HARI Jumaat 8:30 p.m 9:00 p.m 7:00 a.m

MASA

AKTIVITI Berkumpul di sekolah Pendaftaran para peserta Bertolak ke Kuching Tiba di Kuching Check in Hostel Bermalam di hostel yang disediakan Sarapan Bertolak ke Sarawak Cultural Village Tiba di Sarawak Cultural Village Lawatan di Sarawak Cultural Village Rehat dan minum pagi Pertunjukan Kebudayaan Rehat dan makan tengahari Berkumpul dan mengambil kehadiran Muzium Sarawak Muzium Kucing Bersantai di Pantai Santubong Berkumpul dan pulang ke Hostel Berehat dan bermalam di hostel Berkumpul di hadapan tempat menunggu Bertolak ke Sarikin Tiba di Sarikin Aktiviti Bebas Rehat dan minum pagi Aktiviti Bebas di Sarikin Rehat dan makan tengah hari Berkumpul dan bertolak ke Kilang Pasu Sarawak Pasar Satok Kuching Waterfront 12.0

7:15a.m 8:00 a.m 9:00 a.m 10:30a.m Sabtu 11:30a.m 12:30p.m 1:45p.m 2:00p.m 3:00p.m 4:00p.m 6:00 p.m 7:00p.m 7:30a.m Ahad 8:00a.m 9:00a.m 10:30a.m 11:00a.m 12:00p.m 1:00p.m 3:00 p.m 5:00 p.m

Isnin

7: 00 a.m 8:00 a.m

Sarapan Berkumpul dan bertolak ke Bintulu

PENUTUP Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuching merupakan satu aktiviti yang dapat mendedahkan para pelajar tentang Sarawak secara keseluruhan dan merangsang minda mereka.Pelajar-pelajar juga dapat mempelajari tentang kebudayaan dan sejarah masyarakat Sarawak di mana terdapat percambahan ilmu pengetahuan dalam kalangan mereka.Di samping itu,mereka juga dididik untuk menepati masa,berdisiplin,bekerjasama di dalam pasukan,bertoleransi serta nilai-nilai positif di dalam diri mereka. Melalui lawatan ini,para pelajar ini juga diharapkan dapat menanam semangat cinta akan bangsa dan Negara kerana mereka merupakan pemelihara dan pelapis untuk memelihara dan melindungi khazanah Negara.

Disediakan oleh,_____________________ ( ESTHER)

Setiausaha Kelab Pelancongan SMK Bintulu

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINTULUKM 5,Jalan Sultan Iskandar, Peti Surat 97 97007 Bintulu Telefon:086-331217 Sarawak Fax :086-317518

Melalui Pengetua, SMK Bintulu, KM 5,Jalan Sultan Iskandar Peti Surat 97,97007 Bintulu Sarawak Y..B Datuk Tiong King Sing

16APRIL 2011 Tuan, MEMOHON KUCHING Merujuk perkara di atas,saya Pn.Nik Azlizan binti Nik Tauran ,guru penasihat bagi Kelab Pelancongan SMK Bintulu ingin memohon memohon sumbangan Y..B Datuk Tiong King Sing untuk lawatan sambil belajar ke Kuching yang akan diadakan pada 27-30 April.Lawatan Sambil Belajar ke Kuching merupakan medium pembelajaran tidak rasmi untuk perkembangan intelek,emosi dan sosial para pelajar.Di samping itu,para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan dan meneroka pengalaman baru untu perkembangan pelajarpelajar. 2 Sehubungan itu,saya sebagai wakil kepada Kelab Pelancongan memohon kerjasama SUMBANGAN UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE

dan pertimbangan Y.B Datuk Tiong King Sing agar program Lawatan Sambil Belajar ke Kuching dapat dijalankan dengan lancar.Saya lampirkan bersama kertas kerja program tersebut. Sekian, Terima Kasih Saya yang menjalankan tugas, ________________________ (NIK AZLIZAN BINTI NIK TAURAN) Guru Penasihat kelab Pelancongan SMK BINTULU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINTULUKM 5,Jalan Sultan Iskandar, Peti Surat 97 97007 Bintulu

Telefon:086-331217 Sarawak Fax :086-317518

Pengetua, SMK Bintulu, KM 5, Jalan Sultan Iskandar Peti Surat 97 97007 Bintulu SARAWAK Tuan,

12APRIL 2011

MEMOHON KEBENARAN UNTUK LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUCHING Merujuk perkara di atas, selaku SetiausahaKelab Pelancongan SMK Bintulu ingin memohon memohon kebenaran pihak tuan untuk lawatan sambil belajar ke Kuching yang akan diadakan pada 27-30 April.Lawatan Sambil Belajar ke Kuching merupakan medium pembelajaran tidak rasmi untuk perkembangan intelek,emosi dan sosial para pelajar.Di samping itu,para pelajar dapat menimba ilmu pengetahuan dan meneroka pengalaman baru untu perkembangan pelajar-pelajar. 2. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut: Guru pengiring: Pn.Nik Azlizan binti Nik Tauran Cik Nur Adeleena binti Kamarbashrudin Pn.Wong Tze Ding Pn. Nursiah Bilangan pelajar : 50 ahli Kelab Pelancongan Tarikh : 27-30 Mei

2

Sehubungan itu,saya sebagai wakil kepada Kelab Pelancongan memohon kerjasama

dan pertimbangan pihak tuan agar program Lawatan Sambil Belajar ke Kuching dapat dijalankan dengan lancar. Sekian, Terima Kasih Saya yang menjalankan tugas,

________________________ (NUR ADELEENA BINTI KAMARBASHRUDIN) Setiausaha SMK BINTULU