kertas kerja lawatan

5
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PARLIMEN, TUGU NEGARA DAN MUZIUM ISTANA NEGARA KERTAS KERJA PENGELOLA PROGRAM:

Upload: azaliza-abdullah

Post on 16-Jan-2016

746 views

Category:

Documents


34 download

DESCRIPTION

lawatan sambil belajar

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS kerja lawatan

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE PARLIMEN, TUGU NEGARA DAN MUZIUM

ISTANA NEGARA

KERTAS KERJA

PENGELOLA PROGRAM:GURU-GURU PENASIHAT KELAB RUKUN NEGARA

Page 2: KERTAS kerja lawatan

KELAB RUKUN NEGARA SMK KLEBANG BESAR

KERTAS KERJAPROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PARLIMEN MALAYSIA, TUGU NEGARA

DAN MUZIUM ISTANA NEGARAUNTUK AHLI-AHLI KELAB RUKUN NEGARA

TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan serta sokongan daripada

Pengetua, Sekolah Menengah Klebang Besar bagi mengadakan lawatan sambil belajar ke

Parlimen Malaysia. Lawatan ini akan diadakan pada 28 Julai 2015 bersamaan dengan hari

Selasa. Di samping itu, pelajar juga akan dibawa melawat ke Tugu Negara dan Muzium

Istana Negara.

LATAR BELAKANG

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja

Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua

Negara. Demokrasi berparliemn bermaksud rakyat melibatkan diri dalam system

pemerintahan Negara manakala Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat. Dalam

system pemerintahan demokrasi berparliemn, rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan

bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya.

Justeru, lawatan ke Parlimen penting bagi mendedahkan ahli Kelab Rukun Negara untuk

mengenali proses pentadbiran dn demokrasi negara dengan lebih dekat lagi. Pengisian

seperti pengetahuan tentang negara dan selok belok sepanjang persidangan Dewan Rakyat

dijalankan dapat difahami oleh pelajar seperti yang diinginkan. Kehadiran pelajar di dalam

Parlimen mendedahkan pelajar sedikit sebanyak tentang protokol dan peraturan semasa

perbahasan Dewan Rakyat dijalankan.

OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai melalui lawatan ini:

Page 3: KERTAS kerja lawatan

1. memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan

peranan mereka sebagai rakyat. Di samping itu juga, mendedahkan pelajar-pelajar

kepada fungsi Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

2. memberi peluang kepada para pelajar melihat proses penggubalan undang-undang.

3. mendalami dengan lebih dekat Parlimen Malaysia dan meningkatkan rasa cinta kepada

Negara Malaysia.

4. memupuk semangat kerjasama antara ahli-ahli kelab.

5. mewujudkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri pelajar.

CADANGAN

Tarikh : 22 April 2015

Hari : Rabu

Tempat : Parlimen Malaysia, Muzium Istana Negara

Peserta : 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring (Lampiran 1)

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.25 am Bertolak dari SMK Klebang Besar

10.00 am Lawatan dalam Parlimen

01.00 pm Lawatan tamat

01.00 – 02.00 pm Makan tengah hari dan solat zuhur

02.30 – 04.30 pm Lawatan ke Tugu Negara dan Muzium Istana

Negara

04.30 pm Bertolak pulang ke SMK Klebang Besar

ANGGARAN PERBELANJAAN/ PERBELANJAAN

Pendapatan Perbelanjaan

Page 4: KERTAS kerja lawatan

Peruntukan Unit KOKU : RM240

Sumbangan pelajar (40 pelajar x rm30): RM 1200.00

Pengangkutan (bas): RM1000.00

Makanan (RM5.00x40): RM200.00

Tiket Muzium Istana Negara:: RM2x40: RM80

Perbelanjaan Luar Jangka: RM160

JUMLAH:RM1440.00 JUMLAH: RM1440.00

PENUTUP

Kesimpulannya, lawatan ke Parlimen Malaysia, Tugu Negara dan Muzium Istana Negara

mustahil berjaya tanpa kerjasama pelbagai pihak. Dengan mengadakan lawatan ini, kita

dapat merealisasikan impian Negara dalam mencapai 1 Malaysia kerana nilai tolong

menolong telah wujud di antara ahli-ahli Kelab Rukun Negara. Kestabilan negara dari segi

politik mahupun ekonomi dapat dicapai melalui permuafakatan antara rakyat dan kerajaan.

Remaja yang merupakan tunjang negara haruslah berganding bahu dalam menjamin

kejayaan system demokrasi berparlimen supaya keharmonian yang sedia ada dapat

dikekalkan.

Oleh itu, kami amat berharap agar pihak tuan dapat meluluskan lawatan ini dan kerjasama

daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh;

.................................................

Guru Penasihat Kelab Rukun Negara

Page 5: KERTAS kerja lawatan